Selasa, 13 Mei 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] Krisis UMNO Terengganu: Luahan Kekecewaan Bekas MB Dato' Seri Ahmad Said

Posted: 13 May 2014 02:48 AM PDT





Kemelut Terengganu: Politikus Tukar Keputusan Jika Kena ‘HARGANYA’ - A. Kadir Jasin

Posted: 13 May 2014 02:42 AM PDT



[TMI] Bekas ketua pengarang kumpulan akhbar New Straits Times (NST), Datuk A Kadir Jasin tidak menolak kemungkinan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno di Terengganu yang keluar parti boleh bertukar fikiran jika kena pada "harganya".

Kemelut politik dalaman Umno di negeri itu tercetus selepas peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai menteri besar dan kemudian diikuti dua lagi Adun.

Lebih meruncingkan, PAS mendakwa empat lagi Adun akan keluar parti sebagai tanda membantah keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Ini hanya perkembangan awal.

"Ahli politik boleh bertukar fikiran secara sukarela jika kena pada 'harganya'. Seringkali dikatakan ahli politik yang kita percayai sudah tiada lagi," kata Kadir dalam blognya kadirjasin.blogspot.com hari ini.

Kadir juga membayangkan keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya beberapa Adun lain di Terengganu mengambil langkah sama keluar parti.

"Situasi pasti buruk kepada BN (Barisan Nasional) sekiranya ada Adun Umno lain mengikut jejak Ahmad dan Ghazali," katanya.

Jangkaan Kadir tersebut semakin menjadi kenyataan apabila Adun ketiga, Roslee Daud dari Bukit Besi meninggalkan Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.

Kadir berkata, PAS boleh membentuk kerajaan baharu di Terengganu dengan mendapatkan undi tidak percaya ke atas menteri besar baharu menerusi sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Mereka (PAS) juga boleh mendesak sesi khas DUN untuk mendapatkan undi tidak percaya ke atas menteri besar memandangkan beliau tidak memiliki majoriti di dalam dewan," katanya.

Ahmad bersama dua lagi Adun Umno keluar parti beberapa jam selepas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik sebagai menteri besar baharu semalam.

Tindakan tersebut menyebabkan komposisi DUN yang dikuasai oleh BN di Terengganu berubah dan menjadikan jumlah kerusi sama dengan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Azhar Abdul Hamid berkata BN masih kekal memerintah Terengganu walaupun tiga wakil rakyatnya keluar parti.

Beliau berkata, walaupun bilangan wakil rakyat BN berkurangan daripada 17 kepada 14 dan pembangkang mempunyai 15 anggota dalam dewan undangan negeri, speaker juga dikira sebagai wakil kepada kerajaan negeri yang memerintah dengan kedudukan kerusi 15:15:3.

Secara konvensyennya, kebanyakan ahli politik menandatangani surat peletakan jawatan undur tarikh sebelum memegang jawatan di Malaysia.

Ahmad yang mengawal sesetengah pecahan dalam Umno Terengganu mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada Mac 2008, walaupun Umno memilih Datuk Seri Idris Jusoh.

Idris kini merupakan menteri pendidikan II dalam Kabinet Najib.

Tahun lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut mereka tidak boleh campur tangan di Terengganu jika berlaku DUN tergantung disebabkan BN menang tipis.

Menurut SPR, terpulang kepada parti politik untuk menyelesaikan masalah itu. – 13 Mei, 2014.



[PANAS] Empat Lagi Adun Dijangka Sertai Ahmad Said - Adun PAS

Posted: 12 May 2014 09:11 PM PDT



[TMI] Empat lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno di Terengganu dijangka menyertai bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said untuk keluar parti, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, Ariffin Deraman.

Ariffin yang juga Adun Alor Limbat berkata, beliau difahamkan ada lagi Adun Umno yang akan keluar parti itu, ketika tiga Adun di negeri itu sudah mengesahkan keluar Umno untuk menjadi wakil rakyat Bebas, susulan tindakan Putrajaya menggugurkan Ahmad daripada jawatan menteri besar.

Malam tadi Adun Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai menteri besar baharu di depan Sultan Terengganu, namun enam Adun Umno tidak menghadiri majlis bersejarah itu termasuk Ahmad.

Ahmad bersama dua lagi Adun Umno, Roslee Daud (Bukit Besi) dan Ghazali Taib (Adun Ajil) menghantar surat meninggalkan Umno dan mengisytiharkan menjadi Adun Bebas.

Ini menjadikan MB Terengganu hilang majoriti dalam DUN apabila hanya mempunyai 14 Adun berbanding Pakatan Rakyat 15 (PAS 14, PKR 1) dan Bebas 3 dalam DUN yang mempunyai 32 ahli itu.

Sehubungan itu, Ariffin berkata, pihaknya memilih untuk bertukar kerajaan tanpa perlu membuat pilihan raya semula.

"Saya difahamkan, Umno sedang berusaha untuk membubarkan DUN untuk membolehkan pilihan raya diadakan semula, namun saya lebih setuju penukaran kerajaan sahaja sebagaimana Perak," kata Ariffin kepada The Malaysian Insider sebelum memasuki dewan mesyuarat Dewan Harian PAS Terengganu yang mengadakan mesyuarat tergempar pagi ini.

Dewan Harian adalah badan tertinggi dalam PAS Terengganu yang dipengerusikan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat dengan disertai tiga timbalan pesuruhjaya, ketua dewan ulama, pemuda dan muslimat serta setiausaha, bendahari, ketua penerangan dan pengarah pilihan raya.

Ariffin berkata, dengan pilihan raya umum baru sahaja berlangsung tahun lalu, mengadakan pilihan raya sekali lagi tidak akan disenangi rakyat dan melibatkan kos yang besar.

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dijatuhkan berikutan dua Adun PKR dan satu daripada DAP keluar meninggalkan parti masing-masing dan menjadi Adun Bebas yang menyokong BN.

Berdasarkan wawancara dengan Adun, Sultan Perak yang merupakan bekas ketua hakim negara memutuskan melantik Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak pada 6 Februari 2009 selepas mendapat sokongan 27 Adun Umno, 1 MCA dan 3 Bebas dalam DUN yang mempunyai 59 ahli itu.

"Lebih mudah membuat pertukaran kerajaan berbanding mengadakan pilihan raya semula," katanya dengan mengandaikan Ahmad dan penyokongnya setuju bekerjasama dengan Pakatan Rakyat.

PAS pernah memerintah Terengganu sebanyak dua kali namun kedua-duanya tidak bertahan lama apabila kerajaan pertama hanya bertahan beberapa bulan manakala kerajaan kedua yang dipimpin Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal untuk satu penggal sahaja.

Selain Satiful, Hadi juga antara yang disebut-sebut bakal menjadi MB Terengganu sekali lagi.

Ahmad menandatangani surat peletakan jawatan setahun selepas menjadi MB Terengganu buat penggal kedua selepas pilihan raya umum Mei 2013 lalu.

Namun Ahmad memohon agar tempoh itu dilanjutkan sedikit lagi kerana beliau akan melangsungkan perkahwinan anaknya 17 Mei ini.

Menurut laporan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menolak permohonan itu dengan alasan ia hanya masalah peribadi. – Zulkifli Sulong/13 Mei, 2014.


Gadis Terjun Bunuh Diri dari Bangunan UMNO

Posted: 12 May 2014 08:04 PM PDT

MAYAT Tieu ditemui orang ramai dengan kesan kecederaan di kepala dan perut.

Tewas tertekan duduki peperiksaan

[HM] Georgetown: 'Mak, ayah, jaga diri baik-baik'.

Demikian nota dalam bahasa Mandarin ditinggalkan seorang wanita yang juga pelajar kolej ditemui mati dengan kecederaan teruk di kepala dan perut di tepi Bangunan UMNO, Jalan Macalister, di sini, semalam. 

Difahamkan, akibat tekanan perasaan untuk menghadapi peperiksaan, pelajar berkenaan disyaki terjun dari Bangunan UMNO sebelum ditemui orang ramai dalam keadaan telentang dan berlumuran darah pada jam 8.05 pagi. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan mendapati mangsa, Tieu Hooi Theng, 20-an, dari Taman Mesra, Butterworth dipercayai bertindak demikian akibat tekanan yang dihadapi ketika menduduki peperiksaan.

Beliau berkata, mayat mangsa ditemui orang ramai dengan kecederaan teruk di kepala dan perut dipercayai akibat terjatuh ke atas bumbung zink di bahagian parkir di tepi bangunan berkenaan.

Katanya, hasil siasatan awal di lokasi kejadian, polis menemui sepasang kasut, telefon bimbit dan kunci kereta dipercayai milik mangsa yang ditinggalkan di tepi tangga di tingkat 18 bangunan berkenaan. 

"Mangsa dipercayai membunuh diri dengan terjun dari koridor tangga di tingkat 18 berdasarkan kepada kedudukan tempat si mati jatuh. 

"Polis turut menemui beberapa barang milik mangsa termasuk kasut, telefon bimbit dan kunci kereta serta kereta Perodua Viva yang diletakkan berhampiran Bangunan UMNO. -13/5/14


Krisis UMNO Terengganu: ADUN Bukit Besi Roslee Daud Umum Keluar Parti

Posted: 12 May 2014 07:49 PM PDT


[MK] Seorang lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno keluar parti di Terengganu hari ini, dipercayai ekoran tidak puas hati dengan pertukaran menteri besar negeri semalam.

Hari ini, ADUN Bukit Besi Roslee Daud pula dilapor mengekori jejak langkah bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil Ghazali Taib.

Seperti dua pendahulunya, Roslee juga memilih menjadi calon bebas.

Langkah terbaru itu menyebabkan BN kini hilang penguasaan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu selepas bertahan hanya dengan kelebihan dua kerusi selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu.

BN sebelum ini mempunyai 17 wakil dalam DUN berbanding Pakatan Rakyat dengan 15 anggota. 

Selepas hilang tiga kerusi, BN kini hanya mempunyai 14 kerusi dalam DUN.

Jika tiga bekas ADUN Umno itu memilih menyokong Pakatan, kerajaan negeri akan jatuh ke tangan Pakatan, situasi yang hampir sama dengan krisis yang berlaku di Perak sebelum ini apabila BN merampas negeri itu.

Ahmad semalam berkata, lebih ramai lagi ADUN negeri itu akan mengikuti langkahnya, walaupun tidak menyatakan bilangan tepat.-13/5/14



Berita awal di sini, dan di sini.

Tiada ulasan: