DUNIACACAMARBA |
- Pengawal Culik dan Cabul Remaja Lelaki Ditangkap
- Pandangan Bukan Islam: Kumutha Anggap Wanita MCA Tidak Memahami Hudud
- Pandangan Bukan Islam: Ramesh Kagum Lihat Negara Laksana Hudud
Pengawal Culik dan Cabul Remaja Lelaki Ditangkap Posted: 09 May 2014 07:01 PM PDT
[HM] Sungai Buloh: Tindakan gila seorang lelaki misteri yang gemar menculik pelajar sekolah sebelum dipaksa menjadi alat pemuas nafsu sejak sebulan lalu akhirnya terbongkar selepas dia diberkas tengah hari semalam. Suspek yang juga seorang pengawal keselamatan berusia 34 tahun itu dikesan mempunyai nafsu gila apabila gemar memujuk mangsa dalam kalangan remaja lelaki supaya membuka seluar sebelum dicabul. Sumber polis berkata, pihaknya yang menerima beberapa laporan berhubung kejadian itu sebelum ini bertindak melakukan risikan dan siasatan menerusi operasi Ops Cantas semalam. Menurutnya, anggota polis melakukan intipan terhadap seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah pusat beli-belah di sini sekitar jam 12.30 tengah hari semalam. "Pemerhatian mendapati suspek yang bertugas di bahagian pakaian kanak-kanak di pusat beli-belah itu dilihat memujuk seorang pelajar lelaki supaya mengikutnya menaiki motosikal. "Anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) kemudian melihat suspek membawa pelajar lelaki itu menaiki sebuah motosikal model Demak ke kawasan Perindustrian SB Jaya di sini," katanya. -Mohd Jamilul Anbia Md Denin/10/5/14 | ||
Pandangan Bukan Islam: Kumutha Anggap Wanita MCA Tidak Memahami Hudud Posted: 09 May 2014 05:55 PM PDT [HD] KUALA LUMPUR:Tindakan Wanita MCA membuat laporan polis berhubung hasrat PAS Kelantan membentangkan usul Rang Undang-Undang Persendirian bagi melaksanakan hudud di Kelantan disebabkan kurangnya kefahaman mereka terhadap hukum tersebut. Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP), Kumutha Raman, berpandangan tindakan itu disebabkan mereka bukan beragama Islam dan tidak memahami secara jelas berkaitan hukum jenayah Islam. "Mereka tidak tahu dan tidak faham tentang hudud. Sebab itu mereka bimbang dan mendakwa akan menggugat keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini. "Jika mereka faham apa itu hudud, saya fikir mereka tidak mempunyai masalah dengan hasrat kerajaan negeri Kelantan itu," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Beliau yang menyokong pelaksanaan hukum hudud menambah, jika rakyat bukan Islam di negara ini diberikan penerangan secara terperinci berkaitan hudud, ia tidak menimbulkan pelbagai kerisauan dan persoalan di kalangan mereka. Berdasarkan pengalaman beliau menjadi salah seorang panelis pada majlis forum berkaitan hudud di Sabak Bernam, minggu lalu, beliau mendapati kebanyakan hadirin bukan Islam yang membangkitkan persoalan berkaitan hudud akhirnya jelas dan faham dengan penerangan yang diberikan pada majlis tersebut. "Saya ditemui hadirin selepas tamat forum hudud tersebut yng akhirnya mengakui faham tentang hudud ini. Malah ada di kalangan mereka yang berasakan pelaksanaan hudud ini boleh membantu mencegah kegiatan jenayah yang semakin berleluasa," jelas beliau. Ekoran penerimaan itu, Kumutha yang juga penasihat undang-undang di sebuah firma guaman, mengharapkan lebih banyak siri forum penerangan berkaitan hudud diadakan bersama nonmuslim dengan menampilkan para ahli panel yang berkelayakan. Malah, katanya menampilkan ahli panel di kalangan wakil DHPP yang memahami berkenaan hudud juga amat dialu-alukan bagi memudahkan lagi komunikasi di antara kelompok bukan Islam. Semalam, Wanita MCA melalui Setiausaha Agungnya, Ooi Siew Kim membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, mendakwa usul tersebut bakal menggugat keharmonian masyarakat berbilang bangsa dan agama. Mereka juga bimbang ia akan mengancam dan menjejaskan ketenteraman rakyat secara umum. - Anis Nazri/ 9/5/2014 | ||
Pandangan Bukan Islam: Ramesh Kagum Lihat Negara Laksana Hudud Posted: 09 May 2014 05:52 PM PDT [SH] KUALA LUMPUR - "Pengalaman menyaksikan bagaimana pelaksanaan hukum hudud di Arab Saudi menyebabkan saya terdorong untuk menyokong hukum hudud supaya dilaksanakan di Malaysia". Demikian menurut Presiden Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin, Ramesh Rao apabila diajukan persoalan mengenai isu huhud yang kembali diperdebatkan. "Bagi saya, saya menyokong hudud. "Sebab pengalaman saya ke Arab Saudi (Jeddah), hati saya begitu tersentuh tatkala melihat bagaimana keberkesanan perlaksanaan hukum hudud di sana. "Ketika di sana (hari Jumaat), saya cukup terpegun, bayangkan tatkala umat Islam menunaikan solat Jumaat, semua kedai tidak ditutup, dibiarkan terbuka, tanpa takut dicuri atau dirompak. "Kemudian saya bertanya kepada orang di sana tentang suasana tersebut, dan mereka katakan kepada saya inilah hudud," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini. Menyentuh perkara yang sama, Ramesh berkata banyak kebaikannya sekiranya hudud dilaksanakan di negara kita. "Jika negara kita laksanakan hudud, negara kita bebas maksiat, tiada kelab malam, rumah urut,dengan itu ianya akan mewujudkan suasana yang aman damai. "Oleh itu, sebab apa kita perlu takut dengan hudud,lagipun undang-undang yang sedia ada banyak kelonggaran, penjenayah begitu bebas. "Sebab penjenayah boleh lantik peguam untuk membela mereka,jadi penjenayah tidak serik untuk ulangi kesilapan mereka. "Bayangkan ada satu kes (di Malaysia), apabila seorang penjenayah itu ditangkap, apabila diselidik penjenayah itu mempunyai 16 rekod jenayah sebelum ini, itu sebabnya hudud perlu dilaksanakan," jelasnya lagi. - MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI/9 Mei 2014 |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan