DIALOG RAKYAT |
- Hadir ke mahkamah hanya sebagai kawan, kata kelab penyokong Dr Mahathir
- Malaysia keladai dadah dan Amerika
- Dakwa semula guna PAA, Peguam Negara hina mahkamah
- “Terima kasih, keputusan saya terus berjuang di Malaysia” – Anwar
- GST: 78% rakyat M’sia pendapatan kurang RM3 ribu, majoriti Melayu
- Teresa mangsa terbaru usaha BN lemahkan Pakatan melalui mahkamah
- Sanjeevan: Setahun berlalu, IO pun belum tahu
- NGO: Waspada Melayu Kristian seperti Muslim
- 'Wajib pasang CCTV di semua kem PLKN'
- Bicara kes saman Anwar terhadap Syed Hamid 23 Jun
- Tidak berbaloi ambil pemain import wakili Malaysia
- Nik Nazmi dilepaskan tanpa bebas
- Wakil rakyat Pakatan didakwa lagi bangkit semangat penyokong, hakis Barisan
- [MH370] Lagi Dakwaan Menyatakan Pesawat Sebenarnya Terhempas Di Laut Cina Selatan
- Mohd Yacoob Berhasrat Tanding PRK Bukit Gelugor
- Teresa Mengaku Tidak Bersalah, Dibenar Ikat Jamin RM4000
- Ziela Jalil Nyaris Batalkan Penggambaran Kerana Syarat Tidak Masuk Akal Novelis
- Warga China Dipercayai Diculik Lelaki Bersenjata Di Lahad Datu
- Ramkarpal Singh sedia tanding PRK Bukit Gelugor
- Datuk Aziz Satar meninggal dunia
- Keluarga diterbang ke Perth bila ada kepastian
- Peminat JDT cetus provokasi
- Tanya Bippa pada Mufti, mana prinsip keadilan dalam cukai GST?
- Pengerusi Mywatch syak dua suspek, termasuk Datuk terlibat ugut
- Demo GST bukti rakyat masih dahagakan perubahan
Hadir ke mahkamah hanya sebagai kawan, kata kelab penyokong Dr Mahathir Posted: 06 May 2014 08:29 AM PDT Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) semasa perbicaraan bekas Dr Kassim Ahmad pagi ini di Putrajaya bukannya menyokong kenyataan presiden Parti Sosialis Rakyat Malaysia itu sebaliknya atas semangat setia kawan, kata kelab penyokong bekas perdana menteri itu. Timbalan Presiden Kelab Che Det, Syed Hassan Syed Ali berkata, Dr Mahathir bukannya bersetuju dengan pandangan Kassim sepenuhnya tetapi terkilan dengan cara penangkapan aktivis sosial berkenaan. "Apa masalahnya Dr Mahathir hadir ke mahkamah beri sokongan kepada Kassim? Berpuluh-puluh pemimpin kanan Melayu ke mahkamah bila Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa kes liwat, satu kes yang cukup jijik. "Ada juga pemimpin Islam hadir ke mahkamah beri sokongan kepada pihak gereja hendak guna kalimah Allah. Bahkan ada yang sokong pula penggunaan kalimah Allah oleh penganut lain," katanya menerusi kiriman teks kepada The Malaysian Insider. Dr Mahathir hari ini dilihat hadir di Mahkamah Tinggi Putrajaya bersama anak perempuannya, Marina untuk memberikan sokongan terhadap Kassim. Mahkamah menetapkan 17 Julai untuk perbicaraan berikutnya setelah peguam Kassim, Rosli Dahlan memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Sivil semalam. Syed Hassan berkata walaupun Dr Mahathir sering dicap menyebelahi Kassim, namun beliau percaya Bapa Pemodenan itu masih berpegang kepada ajaran Islam sebenar. Beliau turut menafikan Dr Mahathir menolak hudud sebaliknya mengambil sikap berhati-hati bagi memastikan hukum Allah itu dijlankan dengan penuh keadilan. "Saya percaya Dr Mahathir terus amalkan ibadah seperti mana yang dikehendaki. Saya sendiri kerap terjumpa Dr Mahathir di Masjid Negara menunaikan solat Jumaat. Beliau bersolat seperti mana ulama dan umat Islam lain bersolat. "Dr Mahathir jug tidak pernah menolak atau anti hudud. Beliau percaya hudud itu adil tetapi mungkin beliau tidak nampak hudud dapat dijalankan dengan adil di negara ini," katanya. Hujung bulan lalu, Dr Mahathir berkata tindakan PAS menimbulkan semula isu pelaksanaan hukum hudud berpunca daripada kelemahan kerajaan yang ditadbir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Katanya, halangan ke atas pelaksanaan hukum hudud semasa era pemerintahannya adalah kerana sokongan majoriti yang diberikan kepada kerajaan. Katanya, pelaksanaan undang-undang Islam itu bermotifkan politik dan bukannya mengenai keadilan kepada rakyat. "PAS lakukannya untuk politik, bukan mengenai Islam. Bila kamu buat undang-undang ini, orang akan kata parti kamu Islam dan rakyat akan sokong. Ia bukan mengenai keadilan. "Mungkin mereka ingat kerajaan perlukan sokongan kerana semasa zaman saya, kami berkuasa dengan dua pertiga majoriti," kata Dr Mahathir ketika ditemui di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) bulan lalu. | |||
Malaysia keladai dadah dan Amerika Posted: 06 May 2014 08:09 AM PDT MSO[Catatan: Dipostkan tulisan SH Alattas] Ramai yang melihat dengan mata hati betapa sedihnya keluarga penumpang MH370 yang hilang macam itu saja tanpa meninggal sebarang pesanan kepada keluarga. Tak pasal – pasal perempuan yang yang dulunya isteri menjadi janda, anak menjadi yatim, dimana tempat hendak mengadu? Dimanakahkan ku cari ganti? 'Sesiapa saja yang mata kepala dan hatinya masih menyimpan sehiris perikemanusiaan akan menyalahkan yang salah dan menghentikan kesalahan itu daripada terus berlaku' patutkah kita salahkan Tuhan? Tuhan tidak pernah zalim, ini kerja manusia durjana. Memang kita percaya hidup, mati, jodoh pertemuan, tanah kubur, adalah ketentuan dari Allah Subhana Wa Taala kepada mereka yang percaya pada rukun Iman. Berat mata memandang, tentu berat lagi bahu memikul begitu kata pepatah melayu. Apakah selaku seorang pemikir penulis yang punya tanggungjawab, saya sekadar pandang, tengok macam lembu? Atau macam beruk? Kerana beruk ada persamaan dengan manusia. Manusia makan pisang beruk pun makan pisang juga. Mereka yang percaya pada teori Darwin mengaku datuk nenek mereka beruk, tak percaya yang manusia itu khalifah Allah diatas muka bumi. Tak ada consciences. Asal – usul saya dari Allah yang menciptakan Adam dan Hawa. Saya makan daging macam singa dan harimau sebab itu saya berani, tapi saya tak sanggup makan daging manusia seperti haiwan politik yang berideologi materialistik. Saya bukan seperti orang yang buta pekak dan bisu tanpa rasa kepedulian? Itulah antara tanggungjawab 'ulama pewaris nabi' untuk menyampaikan hatta sepotong ayat. Sebesar – besar jihad adalah berani berkata benar di hadapan pemimpin yang zalim. Manusia adalah makhluk yang alpa, Islam adalah agama yang nasihat dan menasihati. Ada masanya kita perlu berperang, kita perang dan bersedia mati syahid. "Pelik Altantuya wanita yang datang dari Mongolia yang nak tuntut commission, jasad dan maklumat passportnya pun hilang. Apakah selepas terbitnya buku ini saya pun mungkin hilang. Lu Fikirlah Bro!" -MH370 Hilang Ke Mana Najib Nak Menghilang Satu perkara penting yang tak banyak orang tanyakan pada diri sendiri. Bagaimana dia menghabiskan masa mudanya? Ketika dewasa dari mana dia dapat duit atau kekayaan? Dan bagaimana dia membelanjakannya? Itulah yang sedang saya fikirkan tentang nasib umat Islam yang berada di dalam MH370. Apakah mereka mati diluar atau didalam iman? Jika di umur muda, ketika nafsu menguasai diri, jika mereka tidak sempat meminta ampun, marilah kita berdoa semoga Allah akan mengampunkan dosa – dosa mereka, dan kita mengambil iktibar, kita tafakur dan muhasabah diri, untuk mengingatkan kita, apakah kita tahu bila dan bagaimana kita akan mati? Siapa sangka Karpal Singh mati ketika kemalangan. Dia akan dikenang sepanjang zaman, seorang lagenda yang tak ada ganti. Mari kita meminta keampunan semasa ada lagi waktu untuk bertaubat kerana Allah Maha Pengampun. Apakah kita sudah bersedia untuk melakukan taubat nasuha? Apakah kita sudah bersedia untuk mendekatkan diri dengan Tuhan kita? Kenapa tunggu tua nanti baru mahu beribadat. Sudahkah kita bersedia menjawab dari mana kita dapat jutaan ringgit? Rasuah Berjemaah? Menyamun merompak guna imuniti dan kekebalan? Lu jawab sendiri dengan Tuhan Bro. Namun yang penting, Bagaimana kita mahu menghabiskan masa hari tua kita? Selain melakukan amal jariah meninggalkan anak yang soleh, apakah kita telah meninggalkan ilmu yang bermanfaat? Sekurangnya kita menghadiahkan buku yang boleh memberi manfaat dunia dan akhirat. Ahli politik namanya jika buku – buku pun tak mahu membaca? Apakah kita tidak nampak bala bencana yang lebih besar yang mungkin akan diturunkan? Iktibar dari MH370 rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap manusia yang bergelar pemimpin, kerana mereka tak pandai jadi pembohong, bohong yang disampaikan tak cukup hebat, hingga diragukan, kalau nak berbohong pun kena pro hingga orang tak tahu yang ianya satu pembohongan. Betul ke MH370 terhempas dilautan Hindi? Cara Perdana Menteri Australia membuat pengumuman menambahkan keraguan kita, kerana mereka akan turun mencari hingga bulan 9. Hari ini sudah 53 hari hilang, kalau adapun serpihan sudah tenggelam. Kata beliau. Jawabnya pasti tak terjumpa di laut Hindi. Ia menjadi seperti peristiwa 9/11 bangunan dan rakyatnya korban di Amerika untuk merosakkan imej Islam. Jika terhempas di laut Andaman, kenapa pergi cari di lautan Hindi yang mustahil boleh terjumpa? Lu fikirlah bro! Please don't insult my intelligent. Apakah tidak cukup dengan bala bencana yang sedang kita hadapi oleh umat Islam di negeri ini? Nasib baik kita telah melakukan Selawat Perdana dan Selawat Cinta Allah dan Rasul di beberapa tempat di Malaysia di mana ulama Wahabi tidak berkuasa. Untuk tahu peranan Wahabi baca bab Sejarah Ringkas Fahaman Wahabi dalam dalam buku MH370 Hilang Ke Mana Najib Nak Menghilang? Jangan nanti nasib Wahabi jadi macam nasib Syiah. Obama selepas meninggalkan Malaysia pergi ke Filipina dan akan menjadikan negara tersebut untuk pertahanan Amerika selama 10 tahun. Sampai bila kita mesti jadi bodoh tak buat apa-apa? Untuk memerangi perang dingin yang dilakukan terhadap China di mana kita umat Islam menjadi mangsa. Akibat kita takut hendak menyoal disebabkan minda sudah terperangkap 'Captive Mind' disebabkan terlalu mengagung dan mendewa – dewakan manusia. Terutama Amerika musuh Islam yang mahu mematikan pengaruh Islam diseluruh dunia menggunakan pemimpin Islam sebagai alat. Saya tidak pasti apakah yang bermain dalam otak manusia yang kononnya mempunyai 'minda kritikal', sepanjang tragedi kehilangan misteri pesawat MH370? Ada orang kata kita kena main. Betul ke? Pelik, kena main dan kena tipu pun, kita tak tahu akibat 'bebal'. Ini yang buat saya naik darah hingga terpaksa menulis buku. MH370 Hilang Kemana Najib Nak Menghilang? Tapi saya tak emosi. Pandainya pemain silap mata menggunakan media massa hingga tak sempat kita terfikir apakah tak mustahil MH370 telah diletupkan di Lautan Andaman, ketika kita sedang sibuk menumpukan perhatian ke Laut China Selatan, apakah tak mustahil 'kotak hitam' sudah pun ditemui di Andaman supaya cerita sebenar apa yang berlaku di dalam MH370 dan semua rampasan ia telah disembunyikan siapa pun tak tahu melainkan yang menipu dan mempermainkan kita, hingga terpaksa pergi ke lautan Hindi untuk cari 'kotak hitam' yang memang tak ada disitu. Hebat sandiwara. Saya tak peduli apa orang hendak kata tentang tulisan saya, macam sampah, saya pemfitnah mencari keuntungan dalam kesempitan, yang penting saya telah melakukan 'fardu kifayah' yang tak banyak orang mahu buat hari ini pertama mereka yang cinta dunia takut mati. Saya mengajak orang berfikir, apakah tak mustahil MH370 diletupkan dan semua penumpang dimatikan diatas pesawat lagi seperti yang di sampaikan oleh "AAIB memaklumkan kepadanya syarikat pembekal data satelit, Inmarsat telah melakukan perkiraan terhadap semua data menggunakan analisis yang tidak pernah digunakan sebelum ini sehingga berjaya mengesan laluan terakhir pesawat" kata Najib Tun Razak. Apakah tragedi ini berlaku disebabkan Hakcipta Drone yang dimiliki oleh 4 orang China Amerika yang membawa kelengkapan untuk dipasang di China bersama seorang rakyat Amerika? Yang dikatakan 4 tan Buah Manggis. Bayangkan mereka yang mengata saya ikut sedap mulut sekadar cakap di kedai kopi di facebook, apa yang mereka tahu mengenai bahaya Drone, pesawat yang terbang tanpa pilot yang digunakan di Yaman untuk membunuh mereka yang di musuhi tanpa sedikit belas ikhsan. Ketika mereka berada ditanah perkuburan atau di majlis kenduri, sebab itu kalau nak kritik buku saya, MH370 Hilang Ke Mana Najib Nak Menghilang, baca dulu buku itu. Tengok gambar Drone, baca bab bagaimana dan siapa sebenarnya yang membunuh mereka yang ada di menara kembar 9-11? Kalau mereka sanggup menghancurkan sebuah bangunan dan membunuh rakyatnya sendiri apa sangat 239 penumpang dalam MH370 kerana yang mendapat nama buruk Malaysia. Manusia jangan jadi seperti anjing "seekor anjing menyalak anjing yang lain turut menyalak sama".Kita ini pun haiwan juga, tapi haiwanunatik. Haiwan yang punya akal fikiran dan ada hubungan dengan alam kerohanian, manusia bukan sekadar haiwan yang pandai berkata, maka kenapa kita mengagungkan manusia yang lebih hina dari haiwan. Lebih setan dari setan. Selaku umat Islam kita ada dunia dan akhirat, ada roh dan jasad, ada awal dan akhir. Kita punya tanggungjawab selaku Khalifah Allah di muka bumi, itulah mesagge yang cuba saya sampaikan, selain mengisikan nama dan gambar – gambar penumpang kerana ramai yang masih menunggu kotak hitam akan hampa kerana setakat ini berita hanya di internet dan media massa, belum ada dalam bentuk buku. Sudah tentu banyak pengajaran yang dapat kita pelajari dari Tragedi MH370 jika saja kita mahu berfikir. Bayangkan jika kita mati dalam keadaan arak dalam perut, kerana dalam MAS boleh minum tak ada undang – undang yang boleh tangkap walaupun kita orang Islam. Bayangkan badan kita tak bersih kerana tak mandi bersih. Belum sempat solat Isyak? Sebab itu dalam perjalanan jauh perlu solat musafir dan berdoa kerana di mana juga kita berada, pada bila – bila masa, maut boleh cari kita. Apakah kita sempat mengucap dua kalimah syahadah La illahail Allah Muhammadur Rasulullah. Mati dalam Iman? Kebetulan saya telah dilabel sebagai penulis yang Pro UMNO. Bukan mudah bagi seorang penulis untuk menggalas misi berat untuk memastikan Malaysia tidak terpesong dari landasan yang di iktiraf sebagai masyarakat antarabangsa yang maju sebab itu kita perlu menjaga nama baik bangsa dan negara dan berani berperang dengan siapa saja yang bersubahat dengan musuh – musuh negara kerana mereka adalah pengkhianat seperti Si Kitol di Melaka dan Sang Rajuna Tapa di Singapura. Penderhaka kepada agama, bangsa dan negara. Tanggungjawab mempertahankan agama, bangsa dan negara bukan seorang Perdana Menteri dan para pemimpin politik, tapi ianya menjadi tanggungjawab penulis, para pemikir dan para ulama yang mempunyai jiwa jihad. Cintakan negara adalah sebahagian dari Iman. Hebat macam manapun lakonan Hishamuddin di pentas sandiwara, orang tahu dia bukan seorang penipu yang professional, dia gagal hendak membohongi kita, cara menjawab soalan media tak dapat menyelesaikan masalah jangka panjang hal – hal yang berkaitan dengan 'common sense' payah akal kita nak terima. Bukan semua rakyat Malaysia bodoh. Ibarat "sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah". Jika Najib berhenti selaku Perdana Menteri sejauh manakah Hishamuddin boleh menguasai kementerian, yang perlu menyelaras antara satu sama lain? Memanglah dia hebat kalau di banding dia sebelum tragedi MH370 dari segi Image Building dia menang. Jika dia bertanding kerusi Naib Presiden sekarang pasti dia dapat undi terbanyak meninggalkan Mukhriz Tun Mahathir jauh kebelakang. Saya tak setuju, dia mewarisi kerusi PM. Bukan kerana saya dengki iri hati, bukan ada anak saya yang mahu jadi Perdana Menteri, kerana bapa Hishamuddin Tun Hussein tak sehebat Tun Razak atau Tun Mahathir. Jika tuan menebang jati biar serpih jangan tumbang, jika tuan mencari ganti biar lebih jangan kurang. Itulah kerja saya selama ini selaku king maker dalam politik Malaysia. Buku – buku saya sebagai bukti. Bermula dengan Siapa Selepas Musa. Klimax Challenger Siapa Lawan Siapa. Baca buku Musa Hitam Lawan S.H Alattas oleh Halim Mahmood Integriti dan kredibiliti penulis menjadi ukuran sejauh mana dia layak diiktiraf selaku The Writer, tugasnya sebagai penyampai suara hati nurani rakyat yang perlu menyuarakan suara Tuhan, bukan suara TUAN KAU, selagi berTuankan Allah sebagai Boss. Allahu Akbar Allahu Akbar. Takbir. Apakah kita buta atau bodoh 'Bebal' melihat Najib dan Hisham gagal membohongi kita semua. Kalau hendak jadi pembohong, berbohonglah dengan pintar (credible lie) kerana rakyat yang bersifat intelek, boleh tahu sama ada fakta yang digunakan untuk menyokong pembohongan itu, fakta yang dicipta (manufactured fact) atau fakta asli (natural fact). Itulah sebabnya saya terpaksa menulis buku 'JANGAN JADI BODOH'. Kalau hendak berbohong, bohonglah sehingga diri sendiri pun percaya bahawa cerita karut marut yang disampaikan itu satu cerita benar. Baru best. Macam Obama menyatakan dia terlalu sibuk hendak berjumpa Anwar Ibrahim, sebenarnya dia hendak bunuh karier politik Anwar untuk menaikkan imej Najib dan Hishamuddin. Kita adalah makhluk tiga dalam satu. Minda, jasad dan roh. Asal dari tanah kembali ke tanah. From dust to dust. Mati ditengah laut ini perkara biasa bagi mereka yang dulu pergi mengerjakan Haji, mati dilaut diturunkan ke laut, dibawah laut ada tanah juga. Yang kita tinggalkan sesudah mati dua benda, nama baik dan nama jahat. Apa yang saya dokumentasikan dalam tulisan dibuku saya mengingatkan kita nama baik atau nama jahat yang akan kita tinggalkan. Apakah kita seperti Firaun, Namrud atau khalifah Umar bin Abdul Aziz atau Sultan Ibrahim Adham atau seperti Imam Khomeini atau Ghandi, Abraham Lincoln atau Buddha. Kita hanya terhutang nyawa pada pencipta, tidak terhutang hidup dengan mana manusia, sebab itu saya tak takut berkata benar. Jika kita takut pada Allah pasal apa hendak takut dengan manusia. Lu fikirlah Bro. Bolehkah kita, hentikan cakap – cakap rakyat yang semakin hari semakin kencang ketika kredibiliti kabinet yang memerintah diragui dengan kedatangan Obama? Obama pun badut Joker dia buat apa saja yang disuruh takut hilang jawatan. Setiap orang yang memasuki politik, 'fikir' dialah yang paling layak jadi Perdana Menteri. Ingat pesan pepatah jangan ukur baju di badan orang ukur di badan sendiri. Dulu dulu dulu, jangan nak kata hendak jadi Imam apalagi nak mengaku Ulama, hendak jadi ketua darjah pun kebanyakan murid menolak, kenapa? Kerana kita sedar diri, kita ada maruah, kita kenal siapa diri kita, jangan ular lidi nak jadi ular sawa, cicak mengkarung biawak berlagak macam naga. Kerajaan yang ada adalah kerajaan kita, government of the people, by the people for the people, bila telah disalah gunakan menjadi kerajaan keluarga mereka yang berkuasa. Apakah salah jika kita bersuara? Dulu Sultan saja, yang boleh bersultan di mata beraja dihati. Berikan sesuatu jawatan kepada orang yang tidak layak maka tunggulah akan kehancurannya. Bolehkah saya tidur nyenyak ketika bangsa dan negara kita sedang menuju jurang kehancuran akibat jawatan diberikan kepada yang bukan ahlinya. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Perdana Menteri telah menyiapkan pengganti yang baik iaitu Tun Razak bukan Putranya Tengku Nerang Putra. Tun Hussein Onn merasakan dia tidak layak, meletak jawatan bila Suleiman Palestin bertanding kerusi Presiden UMNO dan mendapat sokongan pemimpin dan ahli UMNO. Akhirnya Mahathir terpilih, penggantinya terbukti jauh lebih baik dan berjaya memerintah negara selama 22 tahun. Kelemahan Tun Mahathir tidak membuat persiapan untuk calon menggantikannya, sedih bila pengganti macam Abdullah Badawi, Menteri Tidur diganti Najib, Menteri Takut Bini. Atas kesedaran bahawa Perdana Menteri dan negara kita berada bawah tekanan dan ugutan pihak tertentu, terutama Amerika yang merasakan negaranya sebagai 'Super Power' dan Polis Dunia dan pengaruh media masa arus perdana cuba mengkagumi Obama sebagai Presiden yang datang untuk menyelamatkan kita dari China selaku kuasa besar dari rantau ini dan betapa baiknya Amerika datang menolong mencari MH370 kita terlupa bertanya, apakah tidak ada agenda yang tersirat, hidden agenda? Mungkin apa yang dikatakan buah Manggis dalam Kargo itu rahsia Negara. Ingat senang ke nak dapat hingga bertan – tan buah Manggis ketika bukan musim buah Manggis. Mungkin China pun tahu kemana hilangnya MH370 itu dan kemana MH370 menghala? Tapi untuk menjaga rahsia Manggis mereka pun terpaksa turut mengiyakan cakap Najib. Apakah tak mustahil Amerika memilih Selat Melaka untuk dijadikan Pengkalan Tentera Amerika? Supaya dia dapat menguasai Selat Melaka? Untuk menguasai nusantara? Untuk pengetahuan Najib dan para pemimpin sekelian, zaman dan era rakyat boleh kena bodoh mudah di kelentong dan digula - gulakan sudah berlalu, itupun mereka belum baca lagi buku saya 'Jangan Jadi Bodoh'. Rakyat sekarang ini berada di zaman langit terbuka mereka sudah mahukan Islam selaku Addin. Inilah yang ditakuti oleh Amerika dan sekutunya. Musuh – musuh Islam tahu bila umat Islam sudah tidak lagi mempercayai sesama manusia terutama orang politik mereka dan mahu mempelajari ilmu kenal diri dan Tuhan dan alam kerohanian. Tak ada lagi benda – benda yang boleh disembunyikan dalam kain, atau di mana saja bila mata hati sudah celik. Ramai yang jadi bodoh hari ini kerana mereka tak kenal diri dan tak kenal Tuhan yang disembah. Dan mata hati mereka buta. Saya sedih bila Malaysia sudah jadi macam kuih bakar, atas api bawah api, oleh dua kuasa besar China dan Amerika. Apakah tragedi MH370 ini akan menjadikan Malaysia sebagai keldai dadah Amerika? Lu fikirlah bro! | |||
Dakwa semula guna PAA, Peguam Negara hina mahkamah Posted: 06 May 2014 07:56 AM PDT Lyn Nasir PETALING JAYA : Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail telah menghina mahkamah kerana tidak menghormati keputusan Mahkamah Rayuan 25 April lalu yang membatalkan dakwaan terhadap Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dibawah seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman. Justeru, peguam N Surendran berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang berhubung tindakan pejabat AG yang berterusan tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti terkandung dalam Artikel 10 Perlembagaan Malaysia. "Saya terkejut apabila kerajaan dan Gani Patail membuat perkara sebegini, dan tindakan ini menyebabkan mereka sendiri terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang. "Kita akan ambil tindakan undang-undang untuk menentang perkara ini," kata Surendran (gambar) ketika ditemui di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, hari ini. Sementara itu, Nik Nazmi berkata, tindakan Gani Patail itu disifatkan sebagai terdesak dalam mencari jalan untuk menyekat rakyat untuk terus menumbangkan kerajaan. "Hakim sendiri terkejut dengan dakwaan ini, kita boleh lihat betapa terdesaknya kerajaan selepas 1 Mei, rakyat sudah mula ramai berhimpun secara aman. "Mereka cuba cari jalan untuk menyekat apa yang diputuskan oleh mahkamah rayuan tempoh hari, "Tapi pada saya ini 1 kemenangan untuk kita tapi kita akan tetap lawan tindakan yang tidak masuk akal seperti ini." ujar Nik. Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Yasmin Abdul Razak hari ini membebaskan Nik Nazmi daripada satu pertuduhan baru ke atasnya berhubung perhimpunan 'Black 505′, Mei tahun lalu. Dalam penghakimannya Yasmin memutuskan, Nik Nazmi telahpun dibebaskan dan dilepaskan dari pertuduhan sama oleh Mahkamah Rayuan, 11 hari lalu. Hakim Yasmin memutuskan Nik Nazmi dilepaskan tetapi tidak dibebaskan dari pertuduhan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 itu. | |||
“Terima kasih, keputusan saya terus berjuang di Malaysia” – Anwar Posted: 06 May 2014 07:54 AM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Meskipun dipujuk kumpulan Islam di United Kingdon dan bekas Naib Presiden AS, Al Gore untuk tinggal di luar negara berikutan kebarangkalian tidak mendapat perbicaraan adil, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menetapkan untuk terus berjuang di Malaysia. "Saya serta beberapa rakan-rakan di London bermesyuarat dengan kumpulan Al Gore dan kumpulan Islam di UK. Mereka semua tanpa teragak-agak memujuk saya untuk kekal di London supaya tidak pulang. "Mereka semua tahu sistem badan kehakiman kebal dan menganggap bahawa saya akan masuk ke penjara. "Tetapi saya berkata kepada mereka. Terima kasih banyak dan saya telah membuat keputusan untuk terus berjuang di Malaysia," kata Anwar dalam temubual bersama media dari Jepun, The Diplomat minggu lalu. Ketika ditanya soalan sama ada beliau akan ke penjara berdasarkan rekod perjalanan mahkamah yang pincang, kata Anwar rakyat Malaysia punya had dan kesabaran melihat semua ini. "Bukan saya sahaja dan Karpal Singh dalam percubaan mereka untuk disumbat ke penjara, tetapi beberapa ahli parlimen, Adun, pemimpin-pemimpin parti. "Saya rasa trend ini akan berterusan. Ke mana anda akan pergi jika mempunyai masalah? Adakah anda akan pergi ke mahkamah? Anda tidak akan mendapat perbicaraan yang adil. "Saya fikir pemimpin 'kuku besi' gagal menyedari bahawa ada had untuk masyarakat bertahan," kata Anwar. Tambah Anwar, dari senarai nama hakim, cara mereka mempercepatkan proses perjalanan mahkamah, selain tidak membenarkan tempoh mendapatkan dokumen perubatan jelas membuktikan kelemahan selain menyalahguna fakta-fakta dam kes Fitnah II terhadapnya. "Sangat jelas bahawa eksekutif (mahkamah) telah bertindak di bawah arahan penguasa politik mereka," kata Anwar. Tambah Anwar, pihaknya melakukan persiapan terbaik mendapatkan pasukan peguam untuk mendedahkan keseluruhan kemelut di mahkamah. Mahkamah Rayuan 7 Mac lalu membenarkan rayuan pihak pendakwa terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini membebaskan Anwar daripada tuduhan Fitnah II. | |||
GST: 78% rakyat M’sia pendapatan kurang RM3 ribu, majoriti Melayu Posted: 06 May 2014 07:51 AM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR - Senator Dr Syed Husin Ali mendedahkan, kira-kira 78.6 peratus dari pada penduduk negara ini berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dengan majoritinya terdiri dari orang Melayu dan bumiputera. Justeru kata Dr Syed dalam perbahasan Rang Undang-Undang GST di Dewan Negara semalam, cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dirancang kerajaan untuk dilaksana berkuatkuasa 1 Mei 2015 adalah tidak masuk akal. "Selain itu 38 peratus daripada pekerja berpendapatan kurang daripada RM860 sebulan. (Gaji) ini dibawah paras garis kemiskinan. "Sekali lagi, majoriti daripada mereka terdiri daripada orang Melayu dan bumiputera. GST tidak patut dilaksanakan manakala kadar pendapatan masih rendah," kata Dr Syed Husin dalam perbahasan di Dewan Negara semalam. Tambah Dr Syed, tindakan kerajaan meluluskan RUU GST dilihat membiarkan golongan berpendapatan rendah ditekan, berikutan kenaikan kos harga barang dan kepeluan. Dr Syed Hesin berkata, GST tidak wajar dikenakan dalam keadaan masih meluas berlakunya rasuah atau ketirisan dalam pentadbiran kerajaan. "Ketirisan teruk berlaku di kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan dijelaskan dalam Laporan Ketua Audit. "Jumlah kerugian ialah antara 20-30 bilion setahun. Jika ini boleh dikawal, GST tidak perlu, tegasnya. Dalam pada itu, Dr Syed turut mencadangkan cukai khusus ke atas syarikat-syarikat yang terlibat dengan industri 'berdosa' seperti rokok, minuman keras dan perjudian; cukai ke atas keuntungan besar yang diperolehi secara mendadak (windfall profit tax). Selain itu, beliau mencadangkan kerajaan menyelaraskan jenis cukai lebih progresif dengan mengenakan cukai lebih tinggi kepada golongan yang paling kaya | |||
Teresa mangsa terbaru usaha BN lemahkan Pakatan melalui mahkamah Posted: 06 May 2014 07:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan BN buat kesekian kalinya menggunakan mahkamah untuk melemahkan Pakatan Rakyat. Terbaru, Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok Suh Sim didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 ekoran penerbitan klip video satira Onederful Malaysia. Ketika ditemui wartawan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, beliau menyifatkan dirinya sebagai mangsa terbaru dakwaan bermotif politik kerajaan BN. "Sangat jelas dakwaan ini bermotif politik. Ini menunjukkan kerajaan sedang menggiatkan usaha untuk melemahkan Pakatan melalui pendakwaan di mahkamah. "Selepas (Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan (bekas Pengerusi Kebangsaan DAP) mendiang Karpal Singh, serta beberapa pemimpin lain, kini giliran saya," ujar Naib Pengerusi DAP Kebangsaan itu. Pada tahun ini sahaja beberapa pemimpin utama Pakatan telah dijadikan sasaran, antaranya Anwar yang dihukum penjara lima tahun dalam kes fitnah liwat 2 dan Karpal yang didenda RM4,000 serta hampir hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen selepas memberikan pandangan perundangan berhubung krisis kerajaaan Perak pada tahun 2009. Selain itu, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke, Ahli Parlimen DAP Ipoh Timur Thomas Su, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 ekoran perhimpunan 'Black 505' pada 8 Mei lalu. Teresa didakwa di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta yang sama. Sabit kesalahan, Teresa boleh dihukum denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali, serta mungkin hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen. Beliau yang hadir dengan mengenakan baju kurung merah pagi tadi diwakili peguam Sankara Nair, Gobind Singh Deo, Dato' Param Cumarasamy dan Aaron Lee Chen Yee. Katanya lagi, pendakwaan itu secara jelas satu penyalahgunaan Akta Hasutan serta membuktikan kerajaan tidak pernah serius dalam janjinya memansuhkan akta zalim itu. "Cukup mengarut apabila kerajaan mendakwa saya hanya kerana satira politik itu. Ia bukan sahaja menunjukkan ketidakjujuran janji Perdana Menteri untuk menghapuskan akta itu, malah betapa gelapnya suasana politik di negara ini selepas Pilihanraya Umum lalu. "Saya akan melawan dakwaan kejam ini sehingga tamat. Saya tidak membuat apa-apa kesalahan dan ia akan dibuktikan di mahkamah nanti," katanya lagi. – Roketkini.com | |||
Sanjeevan: Setahun berlalu, IO pun belum tahu Posted: 06 May 2014 04:31 AM PDT MALAYSIAKINI Pengerusi Pasukan Bertindak Badan Pemantau Jenayah (MyWatch), R Sri Sanjeevan hari ini menyelar pihak polis kerana bertindak lambat dalam penyiasatan berhubung kes jenayah ke atas dirinya. Beliau turut mempersoalkan mengapa sehingga kini tiada sebarang tindakan susulan terhadap kes tembakan yang berlaku kepada dirinya Julai tahun lalu yang sehingga kini masih tiada tangkapan. "Malah saya sehingga kini tidak tahu siapa pegawai penyiasat saya. Saya ditembak di Jempol tetapi pegawai penyiasat dari Seremban. "Tak ada tindakan susulan, saya harap ada tindakan lanjut dari polis," kata beliau dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini. Sanjeevan turut mendedahkan beliau telah menerima tiga butir peluru hidup 9mm di dalam peti surat rumah keluarganya di Kampung Taman Jaya, Bahau dua hari lalu. "Peluru ini sama jenis dengan yang telah tembak saya tahun lalu," kata beliau lagi. Sanjeevan juga mendakwa polis bertindak "berat sebelah" kerana beliau sebagai rakyat Malaysia tidak menerima perlindungan keselamatan sama seperti sesetengah orang lain. "Kalau melibatkan orang berkepentingan seperti menteri, kes disiasat dengan begitu cepat. "Bila berkaitan kes yang hampir meragut nyawa saya masih tiada tindakan," kata beliau. Pada 27 Julai tahun lalu, Sanjeevan ditembak oleh seorang pembonceng motosikal semasa beliau berada dalam sebuah kereta dalam kejadian di Jempol, Negeri Sembilan. Peluru mengenai siku kanannya dan menembusi sebelah kanan tulang rusuk sehingga mengakibatkan beliau koma selama 35 hari di Hospital Serdang. Polis telah mengklasifikasikan kes itu sebagai cubaan membunuh di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan. Sanjeevan mendakwa kejadian tersebut berlaku kerana beliau telah mendedahkan sidiket pengedaran dadah melibatkan pegawai tinggi polis di Negeri Sembilan. Katanya, beliau juga masih menunggu untuk bertemu dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Noor Rashid Ibrahim berhubung kes tersebut. Beliau berkata, pertemuan itu masih belum berlaku walau telahpun diarahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Beliau juga sebelum ini menuntut polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengambil tindakan dua anggota polis di Johor yang didakwa memiliki wang berjumlah RM1.5 juta dalam akaun masing-masing. "Jika polis tidak mengambil tindakan MyWatch tidak teragak-agak untuk mendedahkan nama mereka," katanya lagi. | |||
NGO: Waspada Melayu Kristian seperti Muslim Posted: 06 May 2014 04:29 AM PDT MALAYSIAKINI Sebuah NGO Muslim hari ini memberi amaran agar orang Melayu berwaspada terhadap kewujudan Melayu Kristian yang hidup seperti Muslim dan menyembunyikan kepercayaan mereka. Setiausaha Agung, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) Abd Karim Omar mendakwa golongan itu tidak menyimpan tanda salib di rumah dan tidak melakukan upacara keagamaan di depan orang lain. Malah mereka kadang kala didakwa melakukan ibadah Muslim seperti berpuasa dan ke masjid, serta tidak mempamerkan sebarang bahan bacaan Kristian di rumah mereka. Menurutnya, kewujudan golongan itu adalah berdasarkan satu disertasi kedoktoran berjudul "Religious identity and life of Malay Christians of Malaysia". Disertasi itu didakwa disediakan John Cheong pada September 2012 sewaktu mengikuti pengajian peringkat kedoktoran falsafah di Trinity International University, Illinois. Beliau berkata demikian pada "Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara" di Shah Alam, petang ini. Menurutnya, gerakan ini dikenali sebagai 'gerakan dalaman' dan jika ia berterusan, populasi Kristian Malaysia yang kini 9.2 peratus daripada penduduk Malaysia boleh meningkat kepada 40 peratus dan sama ramai dengan Muslim. 'Kontekstualisasi' mubaligh Beliau memberi contoh penganut Kristian di Nigeria yang mewakili 21.4 peratus daripada populasi negara itu pada tahun 1953 berkembang biak kepada 49.3 peratus tahun 2010. Jumlah itu mengatasi populasi Muslim di negara itu pada tahun 2010 yang hanya membentuk 48.8 peratus. "Bolehkah ini berlaku di Malaysia?" tanya beliau kepada hadirin seminar itu. Bagaimana pun, Karim tidak menyokong unjuran populasi Kristian di Malaysia itu selain daripada membandingkannya dengan perkembangan penganut agama itu di Nigeria. Jelasnya lagi, kewujudan komuniti Melayu Kristian ini adalah hasil 'kontekstualisasi' mubaligh Kristian. Ia adalah strategi menyuai padan elemen agama asal seorang Muslim ke dalam agama Kristian. Menurutnya, golongan itu tidak perlu ke gereja tetapi cukup dengan berbaju Melayu, berkopiah dan membaca Bible dengan meletakkannya di atas rehal, seperti membaca al-Quran. | |||
'Wajib pasang CCTV di semua kem PLKN' Posted: 06 May 2014 04:26 AM PDT MALAYSIAKINI Semua kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) disyaratkan memasang kamera litar tertutup (CCTV) sebagai mematuhi syarat dalam jadual pematuhan 2014 untuk kerja-kerja menaik taraf kem berkenaan. Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata pemasangan CCTV itu adalah sebagai langkah keselamatan dan ia perlu dipasang di pintu masuk bilik kediaman, dewan makan dan beberapa kawasan yang telah ditentukan. Katanya setiap pengusaha kem perlu melakukan semua kerja menaik taraf kemudahan di kem masing-masing sebelum pertengahan 2015. Setakat ini, terdapat 12 kem dari Pahang, Negeri Sembilan dan Sabah telah mengemukakan pelan susun atur menaik taraf kem latihan. "Tempoh yang diberikan kepada pengusaha untuk melakukan kerja menaik taraf telah bermula Januari tahun ini dan semua pelan susun atur bagi kerja menaik taraf perlu mendapat kelulusan Kementerian Pertahanan," katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan di PLKN Kem Syruz, Machang Bubuk di Bukit Mertajam hari ini. Abdul Hadi berkata, pengusaha kem yang gagal melakukan pengubahsuaian akan berdepan tindakan pembatalan kontrak," katanya sambil menambah kos perlu ditanggung pengusaha. Beliau berkata antara perkara utama yang perlu dibangunkan semula ialah menaik taraf dewan makan, tandas yang mencukupi dan pelebaran serta pembesaran kawasan padang kawad dan kemudahan sukan bagi bola jaring, bola keranjang, bola tampar, sepak takraw, bola sepak dan futsal. "Kemudahan surau juga perlu dibangunkan, lantainya mestilah jubin dan kemudahan tempat berwuduk yang mencukupi. Selain itu perlu ada kawasan pejalan kaki berbumbung di antara bilik kuliah," katanya. Katanya, pengusaha kem juga perlu menyediakan bangunan untuk jurulatih seperti bilik guru untuk mereka melakukan aktiviti serta menaik taraf bilik kediaman pelatih. "Kesemua bangunan mestilah konkrit sepenuhnya dan bukan separuh simen," katanya. Setakat ini terdapat 80 kem PLKN yang beroperasi di seluruh negara dengan 31,000 pelatih. - Bernama | |||
Bicara kes saman Anwar terhadap Syed Hamid 23 Jun Posted: 06 May 2014 04:16 AM PDT KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 23 Jun depan untuk perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar berhubung penyiaran satu artikel dalam sebuah akhbar. Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas bertemu peguam K.Muralidharan yang mewakili Anwar dan Peguam Kanan Persekutuan Tengku Intan Suraya Tengku Ismail bagi pihak Syed Hamid. Murali memaklumkan pemberita bahawa pihaknya akan mengemukakan sebanyak lima saksi manakala pihak defendan akan mengemukakan seorang saksi iaitu Syed Hamid. Anwar memfailkan saman menamakan Syed Hamid sebagai defendan pertama dan kerajaan Malaysia defendan kedua selepas mendakwa bekas menteri itu mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen pada 2 Julai 2008, dan kenyataan berkenaan diterbitkan The Star bertarikh 3 Julai 2008. Anwar mendakwa artikel itu menunjukkan beliau seorang pengkhianat, tidak setia kepada negara, agama dan bangsa serta seorang yang tidak boleh dipercayai. Selain RM100 juta, beliau menuntut ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah. - Bernama | |||
Tidak berbaloi ambil pemain import wakili Malaysia Posted: 06 May 2014 04:02 AM PDT PENASIHAT Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, tidak berbaloi bagi negara mengambil pemain import untuk mewakili Malaysia semata-mata kerana mengidamkan kejayaan peringkat antarabangsa. Katanya, dasar Jabatan Imigresen dan Persekutuan Badan Induk Bola Sepak Dunia (Fifa) juga jelas bahawa tiada pemain import boleh bermain untuk Malaysia. "Dasar kita jelas tidak boleh menerima dua kerakyatan. Bagi Fifa pula pemain yang mewakili negara asal tidak oleh bermain untuk negara lain," kata Annuar mengulas cadangan supaya Malaysia mengambil pemain import untuk memperkuat cabaran negara di persada antarabangsa. Annuar yang juga ahli Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara ditemui selepas merasmikan Arked Kayang milik Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Kangar, semalam. Beliau berkata, pemain import hanya boleh mewakili negara selepas melalui tempoh lima tahun (bertenang) namun masih ada beberapa syarat lain seperti pemberian status warganegara atau penduduk tetap yang perlu diambil kira. "Pemain import rata-rata berumur 25 tahun ke atas. Selepas tamat cooling off period mereka sudah tua kerana proses mendapatkan kerakyatan mengambil masa panjang. Nak ambil pemain remaja (import) pula ibu bapa mereka menjadi halangan. "Yang terbaik dan relevan sekali ialah melatih bakat-bakat muda melalui perancangan jangka panjang dan dilaksanakan dengan sistematik serta menambah baik Liga Malaysia," kata Annuar. Beliau bagaimanapun mengalukan-alukan hasrat pemain import yang mahu mewakili Malaysia. Katanya lagi, walaupun Malaysia pernah mendapat khidmat atlet jalan kaki Yuan Yu Fang dari China dan angkat berat Hidayat (Indonesia) dalam menghadapi Sukan Komanwel, perkara itu tidak akan berlaku dalam bola sepak. Menurut Annuar, dalam bola sepak ada peraturan tambahan yang menghalang seseorang itu mewakili negara, sehingga memenuhi syarat Fifa. - Bernama | |||
Nik Nazmi dilepaskan tanpa bebas Posted: 06 May 2014 03:58 AM PDT PETALING JAYA - Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi daripada tuduhan menganjurkan perhimpunan haram, Mei tahun lalu. Hakim, Yasmin Abdul Razak membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan peguam bela N Surendran yang menghalang anak guamnya dibicarakan ekoran keputusan mahkamah rayuan membebaskan dan melepaskan Nik Nazmi daripada pertuduhan yang sama. | |||
Wakil rakyat Pakatan didakwa lagi bangkit semangat penyokong, hakis Barisan Posted: 05 May 2014 09:26 PM PDT Tindakan Putrajaya untuk membawa dua lagi wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat (PR) ke mahkamah hari ini atas tuduhan hasutan dan perhimpunan haram akan mengukuhkan lagi pakatan pembangkang tetapi menghakis sokongan kepada parti pemerintah, Umno dan Barisan Nasional (BN), kata penganalisis. Pemimpin PR bengang dengan dakwaan hasutan yang terbaru terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan dakwaan semula atas kesalahan gagal memberikan notis awal bagi mengadakan perhimpunan terhadap Timbalan Speaker DUN Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad. Tindakan mengugut ahli politik pembangkang menerusi saluran undang-undang mungkin menyebabkan pemimpin utama dalam Umno berpendapat parti itu "berlagak kuat", tetapi ia hanya dugaan kecil bagi Pakatan Rakyat, kerana ada ramai lagi yang akan bangkit menentang perkara itu, kata penganalisis politik, Khoo Kay Peng kepada The Malaysian Insider. "Tindakan menakut-nakutkan seperti ini tidak akan berjaya, anda kejar Nik Nazmi, akan ada 10 lagi Nik Nazmi menunggu untuk mengambil tempatnya dan bertanding. "Orang ramai akan beratur untuk menyertai pembangkang," kata Khoo. Pemimpin pembangkang lain yang berdepan hukuman penjara ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas didapati bersalah dalam kes liwat keduanya dan Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang yang kini disiasat atas kesalahan menghasut. Mendiang Karpal Singh yang juga bekas pengerusi DAP juga disabitkan kesalahan menghasut Februari lalu tetapi ahli Parlimen Bukit Gelugor itu maut dalam nahas jalan raya bulan lalu ketika rayuannya masih berlangsung di mahkamah. Tetapi dakwaan baru terhadap Nik Nazmi mencetuskan rasa jengkel Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu dan penyokongnya kerana beliau dibebas dan dilepaskan daripada kesalahan berkenaan pada 25 April oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang sebulat suara mendapati Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 – yang membabitkan kesalahan jenayah kerana gagal memberikan notis 10 hari sebelum perhimpunan – tidak mengikut perlembagaan. Nik Nazmi didakwa kerana tidak memberikan notis untuk perhimpunan bantahan besar-besaran Black505 di Stadium Kelana Jaya tahun lalu terhadap keputusan pilihan raya umum pada 5 Mei. "Black505 berlaku lagi tetapi jika mereka rasa ia akan menjejaskan semangat rakyat, tidak langsung. Perjuangan adalah perjuangan," kata Adun dua penggal itu dalam akaun Twitternya malam tadi. Anwar hanya berkata:"Penindasan!" sebagai reaksi awalnya terhadap berita pendakwaan terhadap Nik Nazmi. Kok akan didakwa atas tuduhan menghasut berhubung klip video Onederful Malaysia, yang dianggapnya sebagai parodi dan dimuat naik di laman YouTube sempena sambutan Tahun Baru Cina lalu. "Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok akan didakwa menghasut kerana video Onederful Malaysia, esok. Ini adalah pemahaman Najib terhadap Malaysia sebagai demokrasi terbaik dunia," kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang, malam tadi. Penganalisis Politik, Profesor James Chin, berkata walaupun tindakan undang-undang digunakan untuk mengganggu pembangkang dan mungkin menjejaskan mereka, ia juga mencetuskan tindak balas terhadap Umno. Bagaimanapun, katanya, ia adalah akibat yang perlu ditanggung kerajaan pemerintah. "Ini hanyalah cerita sampingan, perkara utama di Malaysia sekarang ialah hudud," kata Chin. Ditanya jika gangguan kepada pembangkang akan memburukkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa, Chin berkata, Malaysia tidak pernah peduli mengenai pendapat dunia jika ia membabitkan perkara politik atau sosial. "Itu sebabnya apabila Obama datang dan membuat kenyataan mengenai kepelbagaian dan peluang kepada minoriti, media arus perdana tidak menyiarkannya, hanya media alternatif saja," katanya merujuk kepada lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia, baru-baru ini. "Mereka akan hanya risau jika ia ada kaitan dengan ekonomi, perdagangan atau pelaburan asing, tetapi bukan isu awam dan politik," kata Chin, dan menambah ia adalah punca Malaysia belum memeterai sebarang konvensyen antarabangsa mengenai isu sosial, hak asasi manusia dan kebebasan. Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian, berkata cubaan untuk menyekat pembangkang dalam jangka panjang boleh mengurangkan keyakinan terhadap sistem yang mengendalikan negara. Katanya, ia juga akan menyebabkan kekurangan sokongan kepada parti pemerintah, terutama sekali dengan wujudnya bantahan terhadap peningkatan kos sara hidup dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula April tahun depan. "Secara tradisinya, mereka yang menyokong pembangkang diketahui mampu berfikir untuk diri sendiri dan menggunakan sosial media dan internet untuk berkongsi pandangan mereka. Jadi sebarang langkah untuk memecahkan pembangkang akan dicabar," katanya. Khoo turut bersetuju dan berkata, tindakan menakut-nakutkan dnegan mendakwa pemimpin pembangkang dengan pelbagai kesalahan tidak akan menghalau penyokong atau mematahkan Pakatan. Katanya, apa yang lebih bahaya ialah apabila pakatan pembangkang bersetuju sesama mereka mengenai isu utama. "Ia lebih bahaya, contohnya isu hudud yang menyebabkan mereka berpecah buat masa sekarang," katanya. | |||
[MH370] Lagi Dakwaan Menyatakan Pesawat Sebenarnya Terhempas Di Laut Cina Selatan Posted: 05 May 2014 09:19 PM PDT KELAB GREENBOCSeorang ahli arkeologi marin British, Tim Akers mendakwa menemui bangkai pesawat MH370 kira-kira 3,000 batu nautika dari kawasan pencarian sekarang di Lautan Hindi, lapor Mail Online semalam. Beliau mendakwa mengenal pasti sebahagian daripada ekor pesawat itu di luar pantai Vietnam, kira-kira 1,000 batu nautika dari lokasi pesawat berkenaan berlepas. Katanya, gambaran satelit menunjukkan ekor pesawat, sayap dan beberapa serpihan lain di pantai Timur Vietnam. Sehubungan itu, Akers, 56, dari North Yorkshire yakin beliau mungkin sudah menemui pesawat membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu. Sokong laporan bekas juruterbang AS Penemuan itu sekali gus menyokong laporan bekas juru terbang Amerika Syarikat, Michael Hoebel dari New York, yang turut mendakwa bangkai pesawat itu berada di luar pantai Thailand. Akers yang dirujuk sebagai penyelidik bebas bersama Muzium Maritim Nasional, berkata beliau kini sedang mengenal pasti bahagian pesawat itu, yang mana sebelum ini pihak berkuasa Vietnam menerima laporan daripada pekerja pelantar minyak yang melihat pesawat terbakar. Beliau berkata, adalah lebih munasabah pesawat itu terhempas di Laut China Selatan daripada terjatuh di selatan Lautan Hindi. Akers, sebelum ini pernah membuat kajian di perairan Australia di Perth selama bertahun-tahun bagi mencari tinggalan kapal Perang Dunia Kedua, HMAS Sydney. Pencarian lokasi kapal HMAS Sydney yang karam itu dilakukan di perairan sama pesawat Boeing 777-200ER milik Penerbangan Malaysia (MAS) dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi, di luar pantai Australia Barat. Akers telah mencari pesawat yang hilang dengan memproses data dari imej-imej satelit dari Landsat 7 - satelit fotografi utama NASA dan asas bagi Google Earth. Akers pernah berjaya di dalam kajian-kajiannya. Pada bulan Ogos 2006 Encik Akers pernah mendedahkan di akhbar tempatan di Wetherby, North Yorkshire, bahawa beliau telah menemui HMAS Sydney - walaupun kerajaan dan pencarian antarabangsa telah menghabiskan masa 60 tahun untuk tujuan berkenaan. Dakwaannya itu disahkan pada Mac 2008 apabila bangkai pesawat tersebut ditemui oleh ahli sains marin Amerika David Mearns berhampiran dengan lokasi yang sama Akers telah ramalkan di luar pantai Australia. Akers berkata beliau menggunakan kaedah penggabungan imej dari bahagian yang berlainan di spektrum cahaya. Menggunakan perisian yang beliau bangunkan sendiri beliau berkata beliau dapat melihat 75 kaki di bawah bumi dan 10,000 kaki di bawah laut. Encik Akers telah menerbitkan dakwaannnya itu di tapak web miliknya australias-titanic.com. ULASAN GB Berulang kali dah GB nyatakan bahawa MH370 terhempas di Laut Cina Selatan. Kini semakin ramai pengkaji-pengkaji "membenarkan" jangkaan GB itu. GB ulangi: Sekalipun ada spekulasi menyatakan pesawat berkenaan ada di Diego Garcia, di Andaman, di Mexico, dan lain-lain tempat, GB tetap berpegang kepada prinsip "jika sesat dihujung jalan baliklah ke pangkal jalan". Ertinya di dalam keadaan bercelaru di dalam menentukan dimana sebenarnya kedudukan MH370 hari ini, adalah perlu untuk memulakan pencarian di tempat dimana ia terputus hubungan dengan satelit iaitu di Laut Cina Selatan. Itu pangkalnya. Carilah sampai ke dasar lautnya. Mengapa terlalu cepat SAR memberhentikan operasinya di Laut Cina Selatan? Selebihnya baca di bawah ini: klik untuk baca | |||
Mohd Yacoob Berhasrat Tanding PRK Bukit Gelugor Posted: 05 May 2014 09:14 PM PDT RAKYATNEWS KUALA LUMPUR - Calon Bebas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pinang pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Mohd Yacoob Mohd Noor menyatakan hasratnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor 25 Mei ini. Menurut Mohd Yaacob, setelah mengadakan mesyuarat bersama penyokongnya, maka keputusan (bertanding) diambil walaupun dia tewas pada PRU13 lalu. "Walaupun kalah pada pilihan raya umum lepas tetapi semangat memang berkobar-kobar. Saya juga sudah beberapa kali buat program 'himpunan rakyat' sendiri dan berdasarkan pemerhatian, ramai orang mulai menyokong saya dan kami juga telah mempersiapkan jentera pilihan raya bagi tujuan berkempen," katanya yang kini menguruskan rangkaian inap desa di Pulau Pinang. Pada PRU13, Mohd Yacoob hanya memperoleh 141 undi dalam pertembungan tiga penjuru di DUN Sungai Pinang yang dimenangi calon DAP, Lim Siew Khim dengan 12,354 undi manakala calon Barisan Nasional, Looi Swee Cheang mendapat 7,647 undi. Tambahnya, beberapa syarikat telah bersetuju untuk menaja bahan kempennya dan akan mendapatkan dana daripada hasil jalan cenderahati yang dilakukan penyokongnya bagi menampung kos pilihan raya kecil ini. "Berdasarkan maklum balas yang saya terima daripada penduduk di kawasan Bukit Gelugor, mereka memberi sokongan kepada saya. Saya menggunakan slogan 'Yaacob Bebas Demi Rakyat'," katanya. PRK Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya 17 April lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mei sebagai hari penamaan calon, pengundian awal 21 Mei dan hari mengundi 25 Mei. | |||
Teresa Mengaku Tidak Bersalah, Dibenar Ikat Jamin RM4000 Posted: 05 May 2014 09:09 PM PDT Safiq Yaacob KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini mengaku tidak bersalah di bawah Akta Hasutan berhubung penghasilan klip video kontroversi `ONEderful Malaysia CNY 2014' yang disiarkan sempena Tahun Baru Cina lalu. Hakim Norsharidah Awang menetapkan RM4000 sebagai ikat jamin dengan seorang penjamin dan 9 Jun ini sebagai tarikh pengurusan kes, manakala 2 hingga 5 September depan sebagai tempoh perbicaraan. Klip video berdurasi 11 minit 39 saat sempena sambutan Tahun Baharu Cina itu memaparkan Teresa selaku moderator bersama tiga tetamu undangan, mengeluarkan kenyataan menyindir pemimpin negara dalam beberapa perkara termasuk pendidikan dan keganasan di Sabah. Teresa menerima banyak kecaman daripada pelbagai pihak termasuk beberapa golongan profesional Cina yang menyifatkan kandungan klip video itu jelas memaparkan mesej yang mampu mempengaruhi masyarakat. Teresa walaubagaimanapun enggan meminta maaf dan menganggap tindakannya itu hanya sebagai satu lawak jenaka yang menyindir isu semasa di negara ini. Pada 20 Februari lalu, pejabat pusat khidmat Ahli Parlimen Seputeh dekat Kuchai Entreprenuers berhampiran Jalan Kuchai Lama di sini telah disimbah cat merah dipercayai ada kaitan dengan penghasilan video. Selain cat merah, bangkai seekor ayam jantan juga ditemui di pusat khidmat tersebut. Lebih 290 laporan polis berhubung klip video itu telah dibuat oleh pelbagai pihak sehingga 7 Februari lalu. Sementara itu pada 12 Februari lalu, tiga pelakon klip video berkenaan iaitu pelakon wanita, Lim Ching Miau dan dua pelakon lelaki yang hanya dikenali sebagai Ah Kok dan Lim telah dipanggil oleh pihak polis untuk memberi keterangan. | |||
Ziela Jalil Nyaris Batalkan Penggambaran Kerana Syarat Tidak Masuk Akal Novelis Posted: 05 May 2014 09:02 PM PDT Oleh: KEMALIA OTHMAN Ziela berkata, pada peringkat awal penulis novel yang dikenali sebagai Hana Ilhamy bersetuju untuk karyanya itu diadaptasi kepada drama namun selepas segalanya berjalan lancar dia meletakkan beberapa syarat lain yang sukar dilaksanakan sebelum memulakan penggambaran. "Kami masih dalam proses perbincangan lagi kerana pada awalnya semua berjalan lancar, namun bila mahu memulakan penggambaran penulis novel ini pula letak macam-macam syarat. "Dia mahu perempuan yang melakonkan watak itu perlu seorang yang benar-benar bertudung, watak pasangan suami isteri hendaklah pasangan suami isteri yang sebenar sementara karya itu pula hanya perlu disiarkan untuk stesen televisyen AlHijrah sahaja," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin. Dalam pada itu, Ziela berkata, jalan cerita novel tersebut yang mempunyai beberapa babak dalam sebuah kelab malam dan kehidupan skandal suami menyukarkan watak tersebut dilakonkan oleh pasangan pelakon suami isteri yang sah. "Syarat tersebut tidak munasabah kerana jalan cerita novel berkenaan mahukan watak perempuan itu pada mulanya tidak bertudung dan sering ke kelab malam. "Sementara itu, jalan cerita yang banyak memaparkan kehidupan hitam tidak layak untuk tayangan AlHijrah kerana stesen televisyen itu mempunyai garis panduan tertentu," ujarnya. Bagaimanapun, tambah Ziela, ketika mahu membatalkan perjanjian tersebut, penerbit novel tersebut iaitu Karya Seni menghubunginya sekali lagi bagi membincangkan semula hal tersebut dan mempersetujui penggambaran berkenaan perlu diteruskan tanpa syarat. "Bila banyak syarat, saya mahu batalkan sahaja dan buat semula skrip lain tetapi pihak mereka baru sahaja hubungi saya untuk membincangkan semula hal itu," katanya. Telefilem yang bakal ditayangkan pada Ramadan ini akan memulakan pengambaran pada pertengahan Mei depan. Jelas Ziela, dia juga memilih negara Turki sebagai salah satu lokasi penggambaran telefilem bercorak keagamaan ini. Telefilem ini membariskan artis- artis popular seperti Diana Danielle, Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose dan Keith Foo. | |||
Warga China Dipercayai Diculik Lelaki Bersenjata Di Lahad Datu Posted: 05 May 2014 08:52 PM PDT Oleh: MUGUTAN VANAR KOTA KINABALU: Seorang warga China dipercayai diculik dari sebuah ladang ternakan ikan di Silam, Lahad Datu, lebih kurang 24 jam selepas sekumpulan lanun merompak nelayan di perairan Tanjung Labian. Laporan tidak rasmi itu mendakwa bahawa kumpulan lelaki bersenjata itu telah menculik warga China yang dikenal pasti sebagai Yang Zailin, yang merupakan seorang pengurus Wonderful Terrace Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mengendalikan ladang ikan di kawasan itu pada kira-kira pukul 2.45 pagi Selasa. Dipercayai bahawa kumpulan lelaki bersenjata itu telah melarikan diri ke arah selatan Filipina. Pada kira-kira pukul 11 malam Ahad, empat lelaki yang berpakaian seragam ala tentera merompak seorang guru dan tiga rakan beliau yang memancing di perairan Sungai Bilis di Tanjung Labian dengan melarikan dua enjin bot sangkut dan satu enjin bot pam. Tidak ada yang tercedera dalam kejadian itu dan keempat-empat mereka diselamatkan oleh sepasukan anggota polis yang melakukan rondaan berhampiran kawasan pantai pada kira-kira pukul 2 pagi Isnin. Ia merupakan penculikan kedua dalam tempoh hampir sebulan. Pada 2 April lalu, pelancong China Gao Hua Yuan, 29, dan seorang pekerja resort Marcy Darawan, 40, diculik dari Singamata Reef Resort di Semporna. Kedua-duanya diculik oeh sekumpulan lelaki bersenjata yang menuntut tebusan di selatan Filipina. | |||
Ramkarpal Singh sedia tanding PRK Bukit Gelugor Posted: 05 May 2014 08:50 PM PDT GEORGETOWN - Anak ketiga mendiang Karpal Singh, Ramkarpal Singh bersedia bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, pada 25 Mei ini. Peguam kelahiran Pulau Pinang berusia 38 tahun itu mengesahkan namanya antara calon yang disenarai pendekkan. Bagaimanapun, katanya terserah kepada DAP untuk membuat keputusan. "Saya bersedia untuk itu (PRK) dan telah memaklumkan kepada mereka (DAP) jadi saya serahkan keputusan kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis memperingati Karpal Singh di Sekolah Tinggi Han Chiang, di sini malam tadi. Mengenai sama ada kakaknya, Sangeet Kaur Deo merupakan antara calon terpilih, Ramkarpal berkata kakaknya tidak disenaraikan dan ia telah disalah laporkan sambil menambah pengumuman calon akan dilakukan pada Rabu. Ditanya sama ada Karpal Singh secara peribadi meminta beliau untuk menyertai politik, Ramkarpal berkata bapanya ada membayangkan perkara itu kepada abang-abangnya dan beberapa yang lain, namun tidak secara peribadi kepadanya. Karpal Singh, dalam biografi pertama bertajuk 'Karpal Singh-Tiger of Jelutong' telah mencalonkan anaknya Ramkarpal untuk menggantikan beliau sekiranya kehilangan kerusi Parlimen itu berikutan sabitan ke atasnya dalam kes hasutan. Ditanya sama ada beliau berminat menyertai politik, Ramkarpal berkata: "Secara tidak langsung, saya terlibat dalam politik sepanjang hidup saya. Minat itu hanya dikembangkan sejak beberapa tahun,". Ramkarpal, yang secara rasmi menyertai DAP tahun ini, bercakap buat pertama kalinya di khalayak umum semasa kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan Karpal Singh berada disisinya, di Sekolah Tinggi Han Chiang. PRK Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh (DAP) dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mei sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 21 Mei dan hari mengundi pada 25 Mei. Mendiang Karpal Singh, yang juga bekas pengerusi DAP, memenangi kerusi itu pada PRU 2013 dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon BN Teh Beng Yeam, yang memperoleh 13,597 undi. - Bernama | |||
Datuk Aziz Satar meninggal dunia Posted: 05 May 2014 08:47 PM PDT PELAKON veteran, Datuk Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang pada kira-kira jam 2 pagi tadi. Memetik laporan sebuah media, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu. Allahyarham dilaporkan dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung. Jenazah yang akan dibawa pulang ke rumahnya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital dan urusan pengebumian dijangka dilakukan pagi ini. Allahyarham yang dilahirkan di Surabaya, Indonesia merupakan rakan seangkatan Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin popular menerusi filem Seniman Bujang Lapok | |||
Keluarga diterbang ke Perth bila ada kepastian Posted: 05 May 2014 08:44 PM PDT KUALA LUMPUR - Waris penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang, akan diterbangkan ke Perth sebaik sahaja sebarang serpihan berkaitan pesawat itu dikenal pasti dan disahkan. Menurut kenyataan rasmi berhubung Mesyuarat Tiga Pihak di Canberra, Australia, yang dihantar kepada Bernama, menteri-menteri yang turut serta dalam mesyuarat itu telah bersetuju, antara lain bahawa MAS akan bertanggungjawab bagi urusan perjalanan itu. "Syarikat penerbangan itu juga akan bertanggungjawab bagi keperluan mereka untuk perjalanan itu, termasuk penerbangan, penginapan, pengangkutan dan bantua keluarga," katanya. Perkara itu, antara lain, dipersetujui dalam Mesyuarat Tiga Pihak dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Australia Warren Truss di Canberra, pada Isnin pagi sebagai sebahagian daripada program yang telah dipersetujui untuk waris. Mesyuarat itu turut disertai Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pengangkutan China Yang Chuantang. Menteri berkenaan juga bersetuju bahawa Australia menyediakan bantuan dan maklumat kepada waris, dari segi syarat kemasukan untuk memastikan perjalanan mereka untuk masuk dan keluar Australia berjalan lancar. China juga akan secara aktif mempermudah dan membantu dalam hal ehwal berkaitan waris warga China, menurut kenyataan itu. Terdahulu, Truss dalam sidang akhbar selepas mesyuarat itu, menjelaskan pencarian kini akan dipergiat di dasar laut selatan Lautan Hindi termasuk untuk memetakan kawasan pencarian. Beliau berkata, langkah itu perlu selepas kegagalan mengesan sebarang serpihan pesawat yang hilang itu melalui usaha mencari dari udara, di permukaan air dan dalam air sejak 59 hari lalu. Truss berkata, pemetaan demografi lautan dijangka mengambil masa enam minggu, kerana sebahagian besar kawasan itu tidak pernah dibuat pemetaan sebelum ini. - Bernama | |||
Posted: 05 May 2014 08:33 PM PDT Pemain JDT I Norshahrul Idlan Talaha dan Pemain Pahang Mohd Saiful Nizam Miswan (no 3) bertengkar ekoran kekasaran yang dilakukan oleh pemain Pahang Damion Delano Stewart terhadap pemain JDT I Mahali Jasuli pada perlawanan separuh akhir pertama piala FA, Johor Darul Ta'zim (JDT I) menentang Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunus Larkin di Johor Bahru hari ini. - Foto Bernama SUASANA di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Johor Bahru tegang apabila penyokong Johor Darul Takzim (JDT) mencetuskan provokasi terhadap penyokong Pahang sejurus tamat perlawanan separuh akhir Piala FA, malam semalam. Kira-kira 1,000 penyokong tuan rumah berkumpul di pekarangan stadium sejak pukul 11 malam dan enggan bersurai lebih sejam kemudian walaupun diarah pihak polis. Mereka menghamburkan kata-kata kesat sambil memaksa penyokong Pahang segera keluar meninggalkan stadium. Perkara itu menyebabkan pemain dan penyokong pasukan pelawat tidak dibenar keluar dari stadium oleh pihak berkuasa bagi mengelak kejadian buruk berlaku. Kira-Kira 500 anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat cuba menenangkan keadaan meskipun tidak diendah penyokong terbabit. Pada perlawanan itu, JDT1 seri 1-1 dengan Pahang. Difahamkan, tindakan segelintir penyokong JDT itu berpunca daripada rasa tidak puas hati ekoran insiden selepas perlawanan Liga Super membabitkan kedua-dua pasukan di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 7 Februari lepas. Dalam insiden itu, bas yang membawa penyokong JDT mengalami kerosakan. Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintenden Abdul Samad Salleh berkata, pihaknya berjaya menyuraikan penyokong JDT hampir dua jam selepas tamat perlawanan. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut sama ada terdapat sebarang tangkapan. Sejurus selepas semua penyokong JDT bersurai, pemain serta penyokong Pahang dilihat meninggalkan stadium. - Bernama | |||
Tanya Bippa pada Mufti, mana prinsip keadilan dalam cukai GST? Posted: 05 May 2014 04:52 PM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN (Bippa), Ahmad Kassim menggesa mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman menerangkan tentang prinsip keadilan Islam dalam cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)."Tiada masalah jika cukai dikutip dengan cara yang betul, (tetapi) tidak munasabah sekiranya dikutip daripada orang miskin. "Perlu guna prinsip keadilan di mana orang layak sahaja dikenakan kutipan cukai. "Sebaliknya GST ini semua golongan kena bayar dan kita kena perbetulkan," kata Ahmad Kassim kepada Keadilandaily. Abdul Rahman dalam kenyataan seperti dilaporkan Bernama 2 Mei lalu menyatakan bahawa umat Islam di negara ini tidak boleh menyalahkan kerajaan kerana melaksanakan GST. Malah, beliau turut menggalakkan orang ramai mengambil sikap membina dan membantu kerajaan dalam menyokong usaha tersebut. Dalam pada itu tambah Ahmad Kassim, bantahan atau protes terhadap sesuatu isu adalah dibenarkan menurut pandangan sarjana Islam. "Himpunan GST adalah himpunan aman yang dibenarkan untuk menyatakan bantahan terhadap ketidakadilan kerajaan. "Mufti perlulah berlaku adil dalam membuat sesuatu keputusan dan jawapan," kata Ahmad Kassim | |||
Pengerusi Mywatch syak dua suspek, termasuk Datuk terlibat ugut Posted: 05 May 2014 04:45 PM PDT Lyn Nasir KUALA LUMPUR : Dua suspek yang mempunyai kaitan rapat dengan seorang pegawai polis berpangkat Datuk disyaki terlibat dalam kes ugutan terhadap pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan. "Dalam dua minggu ini saya sibuk mendedahkan kes pelacuran dan perjudian di Melaka dan ia mempunyai kait rapat dengan pegawai kanan polis yang berpangkat Datuk. "Mungkin individu tersebut yang buat semua perkara ini," kata Sanjeevan kepada Keadilandaily. 3 Mei lalu, Sanjeevan yang merupakan pengerusi Pasukan Bertindak Badan Pemantau Jenayah (MyWatch) dikejutkan dengan penemuan tiga butir peluru hidup dalam peti surat rumah keluarganya di Kampung Taman Jaya, Jempol, Negeri Sembilan. Namun, tidak ada sebarang nota di dalam sampul tersebut dan Sanjeevan yakin ia adalah ancaman daripada pihak yang menembaknya tahun lalu. Berikutan ancaman tersebu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Bahau, pada hari yang sama. "Dan boleh jadi juga kes tembak di Bahau, peluru yang ada dalam badan saya ukurannya 9mm. Ssama dengan peluru yang ditemui dalam peti surat tersebut iaitu 9mm. "Kedua-dua orang ini adalah individu yang berbeza. Jadi saya syak antara mereka yang melakukan perkara ini," katanya. Beliau yang juga calon Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam Pemilihan KEADILAN bagaimanapun berkata, tidak akan berdiam diri berikutan ugutan yang diterima, malah akan terus mendedahkan segala penyelewengan yang berlaku. Satu sidang media akan dibuat dalam masa terdekat bagi mendesak sebuah pasukan khas ditubuhkan polis bagi menyiasat segala kes yang cuba dibongkar olehnya | |||
Demo GST bukti rakyat masih dahagakan perubahan Posted: 05 May 2014 04:41 PM PDT Oleh Shahbudin Husin Perhimpunan aman membantah perlaksanaan cukai GST pada 1Mei lalu pada umumnya telah mencapai sasaran yang ditetapkan. Dengan jumlah kehadiran dianggarkan seramai 50 ribu orang dan turut disertai oleh pemimpin-pemimpin utama PR, ia adalah isyarat jelas bahawa UMNO dan BN masih tidak boleh "tidur lena" menjelang PRU 14 nanti. Di sebalik perbagai kekecohan yang cuba dicetuskan dalam perhimpunan itu, terutama oleh golongan berbaju hitam dan memakai topeng, namun secara umumnya hasrat untuk menunjukkan suara bantahan terhadap dasar tidak adil dan mengabaikan rakyat bawahan yang cuba diperkenalkan oleh kerajaan, telah mencapai sasarannya. Sesiapa pun dapat menjangka dari mana datangnya dan siapa yang menaja "budak-budak berbaju hitam dan bertopeng" yang mencetuskan kekecohan dan cuba menggambarkan perhimpunan aman itu seolah-olah dipenuhi dengan unsur keganasan serta kekerasan. Mereka bukanlah peserta demo tulen sebenarnya. Mereka ini nampaknya sengaja dihantar ke perhimpunan itu untuk mencetuskan huru-hara. Sebab itu sasaran serangan mereka ialah media supaya ianya lebih mudah mendapat perhatian dan menjadi tajuk besar di akhbar, tv dan portal berita. Sekiranya mereka ini hanya ingin menyertai perhimpunan dan tidak mahu mencetuskan huru-hara, apa perlunya memakai topeng dan menyembunyikan identiti diri? Bagaimanapun kehadiran yang masih boleh kira membanggakan dalam perhimpunan itu,m terutama oleh anak-anak muda dan golongan bawah 40an, sekali lagi ia merupakan bukti bahawa mereka masih tidak mahu bersama BN dan kerajaan. Walaupun kehadiran peserta bukan Melayu tidak begitu ramai, tidak seperti mana-mana perhimpunan sebelum PRU 13 lalu tetapi trend dan kecondongan undi mereka memang sudah diketahui umum tidak berubah seperti yang ditunjukkan di dalam peti undi pada pilihanraya lalu. Setelah setahun berlalu, pengundi bukan Melayu tetap mahukan perubahan. Sama seperti pengundi muda dan Melayu yang tinggal dibandar dan separa bandar, perubahan dan mahu melihat BN ditumbangkan masih lagi menjadi prioriti. Jika keputusan pilihanraya kecil DUN Kajang yang baru berlalu turut diambil kira, jelas bahawa pengundi bukan Melayu masih bersama PR dan menolak BN. Keadaan ini menjadikan kelompok yang masih menyokong UMNO dan BN kekal daripada Melayu kampung, luar bandar dan peneroka Felda. Perhimpunan membantah GST itu juga diadakan hampir genap setahun selepas pilihanraya umum 5 Mei 2013. Jika sebelum ini Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri kerana menumpang ehsan kuasa yang ditinggalkan oleh Tun Abdullah Badawi, tetapi sejak 5 Mei 2013 tahun lalu, beliau berdiri atas tapak yang lebih rapuh lagi. Bukan saja majoriti kerusi makin berkurangan, malah pelbagai isu dan masalah yang melanda negara memperlihatkan bahawa rakyat masih dahagakan perubahan. Perhimpunan membantah GST 1 Mei sekali lagi menjadi bukti rakyat begitu menginginkannya. Jika hanya setahun selepas PRU 13, perhimpunan aman masih boleh diadakan dengan kehadiran yang membanggakan serta semangat rakyat yang kekal membara, ia tentulah menunjukkan masih banyak yang tidak kena dengan kerajaan. Dan sekiranya perhimpunan yang seterusnya diadakan atau ianya diadakan ketika semakin mendekati tarikh PRU 14, tentulah semakin ramai yang hadir nanti. Walaupun kerajaan melalui kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan bahawa cukai GST tetap akan dilaksanakan disebalik adanya bantahan dan perhimpunan aman, kerajaan tidak seharusnya memandang enteng semangat perubahan yang sedang berlaku di kalangan rakyat. Memanglah kerajaan masih boleh berkeras dengan pendiriannya tetapi janganlah lupa hakikat bahawa 52 peratus undi rakyat sudah tidak lagi bersama mereka dan perbezaan jumlah kerusi Parlimen pula hanyalah 23 sahaja. Jika kerajaan masih enggan mendengar suara rakyat dan pemimpin pula kekal dengan slogan berbaur sombong "kami lebih mengetahui" walaupun sebelum ini beberapa kali Datuk Seri Najib mengingatkan bahawa era "kerajaan mengetahui segala-galanya" telah berakhir, rakyat juga tidak akan teragak-agak menjatuhkan hukuman. Menyedari bahawa mungkin lebih banyak demonstrasi akan diadakan selepas ini, mewujudkan kekecohan dan huru-hara serta menggambarkan perhimpunan itu dipenuhi keganasan dan menyusahkan rakyat, tidak lain adalah percubaan melencongkan pemikiran rakyat agar terus kekal bersama BN. Kerajaan nampaknya bukan mahu menyambut suara bantahan rakyat dengan mereka sendiri berubah, lebih prihatin dan mendengar suara rakyat tetapi seperti amalan biasa sejak berpuluh tahun lalu, rakyat yang cuba bersuara juga yang cuba dipersalah dan digambarkan sebagai "golongan hitam dan jahat". Tidak diragukan lagi, hanya perubahan yang dapat mengubah mentaliti itu. Shahbudin Husin merupakan bekas wartawan yang kini menulis bagi menjadikan Malaysia lebih bagi untuk semua warganya - See more at: http://bm.theantdaily.com |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan