DIALOG RAKYAT |
- PRK Teluk Intan: Umno ‘pening’ PAS sokong Dyana
- Nasir Bilal Khan Nafi Sertai Pembangkang
- Kemangkatan Sultan Perak: PRK Teluk Intan Diteruskan - SPR
- Finas ‘dibidas’ lagi!
- Istiadat pelantikan Sultan Perak baharu esok
- Zahid Hamidi Sempitkan Lagi Harapan Calon BN
- [VIDEO] Raja Bomoh Kata Khairy Penyebab Kekalahan Negara Rebut Piala Thomas
- Ahli DAP terkejut diumum sokong BN...
- BERSIH: SPR hanya jadi pemerhati, tak amanah
- Program 150 ahli DAP masuk BN berakhir dengan kekeliruan
- Ada kebebasan tetapi Chegubard jejaskan imej PKR, kata Dr Wan Azizah
- Ceroboh DUN: Kerajaan negeri mahu hukuman lebih berat dikenakan
- Anggota tentera maut, dua awam cedera ditembak di Lahad Datu
- Perkosa gadis: 12 ditahan setakat ini
- Sultan Azlan Shah mangkat
- Bank Negara harus siasat skandal pinjaman babitkan menteri
- Bukit Jelutong: Melayu tidak lagi alergik pada DAP
- PKR gantung keahlian ‘Chegu Bard’ serta merta
- Isu hudud tidak jejaskan kesetiaan PAS
- Perspektif baru hudud
- Anwar: Dyana simbol pembaharuan politik Malaysia
- Kematian Beng Hock bukan kes bunuh, habis apa?
- Siasatan JPP sahkan 4 elemen sabotaj Pemilihan KEADILAN
- Dyana Mania : Anak Muda Meninggalkan Umno-Bn
- BN takut Pakatan buat hatrik
PRK Teluk Intan: Umno ‘pening’ PAS sokong Dyana Posted: 28 May 2014 07:43 AM PDT TELUK INTAN: Barisan Nasional khususnya Umno kini semakin 'pening' untuk menghadapi Pilihanraya Kecil (PRK) Teluk Intan selepas melihat sokongan padu jentera PAS terhadap calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud. Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, Umno sebelum ini berharap PAS tidak akan memberikan sokongan kepada Dyana, terutama selepas hubungan antara PAS dan DAP dilihat tegang ekoran isu hudud. "Umno harap PAS tak akan sokong Dyana, dengan harapan undi Melayu yang menyokong kami akan pergi kepada mereka. "Namun kini mereka jadi serabut, selepas melihat kerjasama baik (jentera PAS sepanjang kempen)," katanya ketika sesi ramah mesra bersama media di Kampung Padang Tembak, di sini petang tadi. Sebelum ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan komitmen parti itu untuk menggerakkan seluruh jentera untuk berkempen membantu DAP dalam PRK ini. Presiden PAS itu juga memuji 'keberanian' Dyana kerana menyertai DAP yang sering ditohmah sebagai parti 'chauvinis'. Program diadakan di kediaman Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Muhaimin Sulam, serta turut disertai Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub. – Roketkini.com | ||
Nasir Bilal Khan Nafi Sertai Pembangkang Posted: 28 May 2014 07:31 AM PDT Oleh: FERIDE HIKMET ATAK PETALING JAYA: Pelakon Nasir Bilal Khan berharap foto dia bersama dua wanita memegang bendera parti pembangkang PAS yang tersebar di internet tidak perlu diperbesar-besarkan oleh mana-mana pihak. Nasir, 54, berkata, ia sekadar sekeping foto bersama peminat yang dirakam beberapa tahun lalu di Kedah dan tiada kaitan dia terlibat dengan parti politik berkenaan. "Perkara ini tidak perlu diperbesar-besarkan. Foto biasa sahaja dengan peminat. "Bagi saya tidak kiralah peminat datang daripada mana-mana parti sekalipun, jika mereka mahu bergambar dengan saya, apa salahnya. "Diharap foto itu tidak memberi sebarang persepsi negatif," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Selasa. Sebuah portal pada Selasa memaparkan foto Nasir bersama dua wanita memegang bendera parti PAS. Pelakon itu dikatakan dilihat seperti sedang menghadiri sebuah kempen untuk parti pembangkang tersebut.Foto tersebut membuatkan ramai berpendapat Nasir kini menyertai dunia politik. Sementara itu, Nasir berkata dia mengambil pendekatan untuk tidak menyertai mana-mana parti politik mahupun sekadar menjadi ahli kerana risau sekiranya dianggap menyebelahi mana-mana pihak. "Saya memang tidak mahu menjadi ahli mana-mana parti. "Bagi saya, sebagai seniman, kita perlu berada di tengah-tengah dan akan bersuara jika ada perkara yang tidak disenangi. "Ada artis lebih suka bersuara lantang mengenai rasa tidak puas hati mereka, tetapi saya lebih senang meluahkannya menerusi karya seni lakonan yang dibawakan," tegasnya. | ||
Kemangkatan Sultan Perak: PRK Teluk Intan Diteruskan - SPR Posted: 28 May 2014 07:27 AM PDT berikutan kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada Rabu. Beliau bagaimanapun berkata, suruhanjaya itu menasihatkan semua yang terlibat dalam PRK Teluk Intan terutama parti politik yang bertanding supaya menghormati Almarhum Sultan Perak dengan menjaga tutur kata dan tingkat laku semasa berkempen. "Selaras dengan kehendak undang-undang, SPR memutuskan bahawa Pilihan Raya Kecil P.076 Teluk Intan akan diteruskan mengikut tarikh yang diwartakan iaitu pada Sabtu 31 Mei 2014. "Adalah disarankan semua pihak agar berkempen mengikut kehendak undang-undang, peraturan dan tata etika pilihan raya tanpa menimbulkan isu sensitif yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu. Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari Rabu dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar pada Khamis. Berita kemangkatan Sultan Perak itu diumumkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. PRK Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandanganya, Seah Leong Peng akibat kanser pada 1 Mei lalu. Hari mengundi PRK Teluk Intan pada 31 Mei ini. | ||
Posted: 28 May 2014 07:22 AM PDT BARU-baru ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, tampil menegur sikap segelintir pegawai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang dilihat tidak mengambil peluang pasaran ketika menghadiri Festival Filem Antarabangsa (FFA) di Cannes, Perancis. Menurut beliau, walaupun acara itu dihadiri wakil Finas setiap tahun, namun tiada apa yang 'dibawa' pulang untuk dipraktikkan dalam industri tempatan. Katanya, rata-rata pegawai yang 'terbang' ke Cannes dilihat sekadar 'makan angin' dan memenuhi undangan dan semata-mata. Teguran itu dibuat ketika majlis ramah mesra bersama pemimpin dan ahli 27 persatuan perfileman tempatan yang berlangsung di Finas. Walaupun Finas kini lebih selesa mengambil pendekatan untuk berdiam diri, namun perkara ini turut diakui oleh Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Malaysia (Gafim), Jurey Latiff Rosli. Ikuti temu bual yang disusun bersama pucuk pimpinan Gafim yang juga Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) ini.} Pada pandangan anda, adakah wajar teguran itu diberikan kepada Finas? Ia adalah satu tindakan yang sangat wajar kerana sebagai menteri, beliau perlu melihat perkara ini dalam konteks yang menyeluruh. Demi industri, beliau perlu bersuara agar pihak yang berkenaan tidak hanya 'goyang kaki' tanpa perlu memikirkan apa-apa tindakan untuk memajukan industri. Malah, saya lihat, teguran itu bukan untuk menjatuhkan Finas namun, lebih kepada teguran ikhlas yang ada asasnya. Apakah sebelum ini Gafim sudah memerhatikan senario itu? Sebenarnya, saya juga perasan ada dalam kalangan pegawai yang berpuluh kali ke sana, namun tidak membawa pulang pengalaman di sana. Sebelum ini, Gafim pernah membuat teguran seumpama itu sebelum ini, namun ia hanya dibawa angin lalu. Kami juga pernah bertanya, mengapa orang industri tidak dibawa bersama kerana kami lebih tahu untuk mengaplikasikan di sini. Bukan sahaja peluang pasaran dan industri, kita juga mampu mengadakan penganjuran festival yang meriah seperti FFA di Cannes jika mendapat pengalaman di sana. Namun, peluang itu tidak diberikan kepada kami dan mereka (Finas) lebih selesa membawa pegawai sendiri. Pada pandangan anda, adakah teguran secara terbuka oleh menteri itu akan mengubah cara kerja Finas selepas ini? Gafim mengharapkan perubahan positif dari Finas dan saya dimaklumkan, Festival Filem Malaysia ke 26 (FFM26) akan lebih meriah dan cemerlang berbanding sebelum ini. Namun, apa yang pasti, sehingga kini, Gafim masih belum dipanggil untuk berbincang. Kami juga tidak menerima apa-apa penjelasan mengenai FFM26 sedangkan festival itu bakal diadakan pada September depan. Saya harap, Finas dapat melakukan yang terbaik pada tahun ini. FFM bukanlah festival biasa kerana ianya adalah malam anugerah berprestij untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat seni tanah air. Jadi, lakukanlah dengan sehabis baik. Mengenai FFM26, adakah Gafim akan turut sama menjayakannya? Kemungkinan besar, Gafim hanya penganjur bersama. Namun, saya tidak kisah sekiranya Finas memutuskan Gafim untuk tidak turut serta kerana menteri telah memberitahu bahawa FFM26 akan diserahkan kepada Finas. Pun begitu, saya harap agar Finas dapat menjalankan tanggungjawab ini dengan baik dan berjaya dari segi penganjuran, itu sahaja. Selepas memilih untuk berdamai dengan Finas pada Oktober tahun lalu, Gafim dilihat lebih banyak 'diam'. Bagaimana maklum balas dari persepakatan lalu? Saya diam kerana orang tak tanya. Tapi, sebenarnya, banyak perkara yang dijanjikan gagal untuk dilaksanakan. Saya masih menunggu panggilan daripada Finas untuk berjumpa, berdialog dan berdiskusi. Namun, sejak perjumpaan tahun lalu, sehingga kini masih belum ada sebarang perjumpaan. Saya sendiri tertanya-tanya, adakah Finas ikhlas dalam berdamai? Dalam perjumpaan tahun lalu, Finas dan Gafim berjanji untuk tidak memberi teguran menerusi akhbar. Namun, bagaimana kami ingin berbincang kalau Finas sendiri buat begini? Mereka masih berdiam dan semakin menjauhkan diri dari industri. Bagaimana masalah nak diselesaikan jika begini sikap Finas. Berbalik kepada perjanjian lalu, tidakkah anda bimbang jika hubungan ini kembali retak? Kami menegur bukan kerana ada agenda lain mahupun niat untuk menjatuhkan Finas. Kami tegur kerana Finas adalah badan yang bertanggungjawab memayungi industri. Kami sayangkan industri dan ekosistem industri perlu diubah. Saya tak tahu kenapa Finas seakan enggan mengambil tahu masalah industri. Ini bukanlah cara menyelesaikan masalah, namun menambahkan lagi masalah yang sedia ada. Masalah seperti cetak rompak, dana pengurusan persatuan dan bayaran stesen televisyen masih belum menemui jalan penyelesaian. Di tambah pula pada tahun ini, kutipan filem di pawagam semakin merudum dan teruk. Saya turut risau dengan keadaan ini. Akhir sekali, apakah yang anda harapkan daripada Finas? Saya bercakap bukan atas dasar peribadi atau individu. Saya bercakap mewakili Gafim dan atas dasar prihatin kepada nasib industri. Saya mohon Finas 'celik mata' dan fikirkan mengenai industri kita. Selain Finas, badan-bahan berkenaan termasuk kementerian dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) perlu memainkan peranan. Kalau bukan mereka, siapa lagi yang akan memperjuangkan hak-hak industri. Artikel Berkaitan | ||
Istiadat pelantikan Sultan Perak baharu esok Posted: 28 May 2014 07:16 AM PDT IPOH - Istiadat pelantikan dan pengisytiharan Sultan Perak yang baharu akan diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada petang esok. Setiausaha Dewan Negara Perak Datuk Ayob Hashim berkata istiadat tersebut akan dijalankan sebelum istiadat pengebumian jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah, yang mangkat hari ini. Beliau berkata satu mesyuarat khas Dewan Negara Perak akan diadakan lewat petang ini bagi menentukan pengganti Sultan Azlan Shah untuk menerajui takhta pemerintahan negeri Perak. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin akan mempengerusikan mesyuarat tersebut yang berlangsung di Istana Iskandariah, katanya. Mesyuarat khas itu diadakan berdasarkan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Bahagian Yang Kedua yang terkandung dalam Fasal LXIII yang antara lain menetapkan Dewan Negara hendaklah bermesyuarat di Kuala Kangsar dalam tempoh dua puluh empat jam daripada kemangkatan seorang Raja Pemerintah. Ayob berkata, istiadat pelantikan dan pengisytiharan Sultan Perak yang baharu itu akan berlangsung selepas orang ramai dan orang kenamaan menziarahi serta memberi penghormatan terakhir buat Almarhum Sultan Azlan Shah. Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari ini dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok. - Bernama | ||
Zahid Hamidi Sempitkan Lagi Harapan Calon BN Posted: 28 May 2014 04:12 AM PDT shahbudindotcomMenteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi adalah pemimpin UMNO yang paling kerap dan rajin turun berkempen di Teluk Intan. Boleh dikatakan seetiap hari atau selang hari, kelibatnya akan kelihatan di bandar ini. Keadaan ini bukan saja disebabkan kedudukannya sebagai pemimpin kanan UMNO yang mahu memastikan kemenangan calon BN, Mah Siew Keong tetapi mungkin juga disebabkan kawasan Parlimen yang diwakilinya, Bagan Datoh adalah bersebelahan dengan Teluk Intan. Ahmad Zahid juga paling banyak program serta paling banyak bercakap dengan media. Dalam masa yang sama, beliau juga paling banyak mengeluarkan mengeluarkan kenyataan sensasi dan kontroversi di Teluk Intan ini. Beliau bercakap mengenai anggota RELA yang tidak mengundi dalam pilihanraya umum lalu dan memberi amaran agar menunaikan tanggungjawab kali ini. Ini kerana, dakwanya, beliau tahu siapa mereka itu. Beliau juga menawarkan janji memberi uniform baru kepada anggota RELA jika calon BN menang dalam pilihanraya kecil ini tetapi jika BN kalah, "belilah sendiri". Ketika semua media dan jentera kempen banyak memperkatakan calon DAP, Dyana Sofya yang dianggap cantik dan muda, berbeza dengan calon BN, Mah Siew Keong yang dianggap agak tua dan kitar semula, Ahmad Zahid juga berkata, "Dyana Sofya bukanlah cantik sangat. Dia hanya cantik dalam gambar dan cantik sikit ketika muncul dalam televisyen tapi tidaklah cantik sangat secara realitinya". Mengenai pengundi Cina pula, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO melabelkan mereka sebagai golongan yang tidak bersyukur dan gembira jika calon BN kalah kerana mereka adalah golongan kaya dan mempunyai pelbagai jenis perniagaan. Katanya, beliau, orang Melayu dan India akan sedih jika DAP menang lagi di Teluk Intan ini tetapi pengundi Cina tidak terkesan apa-apa kerana mereka sudah kaya sedangkan dengan bantuan orang Melayu dan India yang membeli barangan merekalah, maka mereka menjadi kaya. Semalam pula, Zahid sekali lagi menimbulkan sensasi dengan memberi amaran kepada golongan kongsi gelap dan penjenayah agar tidak mengambil kesempatan sepanjang kempen pilihanraya kecil Teluk Intan ini. "Jangan ugut orang, jangan cuba campurtangan dalam politik. Saya tahu muka mereka, saya tahu nama mereka, saya mereka duduk di mana dan lari ke mana. Saya bukan sekadar beri amaran, tapi tahu macam mana nak lakukan," katanya dalam ceramah malam tadi. Nampaknya, sama seperti anggota RELA yang diketahuinya tidak mengundi BN dalam pilihanraya umum lalu, Ahmad Zahid juga tahu mengenai kegiatan jenayah di Teluk Intan. Cumanya, kalau sudah tahu semuanya, bertindaklah segera. Menjelang hari-hari terakhir kempen ini, Ahmad Zahid mungkin lebih kerap turun ke Teluk Intan dan tidak mustahil juga lebih banyak lagi kenyataan sensasi dan kontroversi yang ditimbulkannya. Kenyataan beliau mengenai anggota RELA yang diketahuinya tidak mengundi dianggap oleh DAP bercirikan ugutan manakala tawarannya mahu membelikan uniform pula dilihat sebagai jelas percubaan mahu merasuah pengundi. Tetapi SPR sehingga ini mempertahankan kenyataan Ahmad Zahid itu dan menganggapnya sebagai nasihat saja. Tetapi kenyataan beliau mengenai pengundi Cina yang tidak bersyukur bukan saja mengundang rasa tidak senang DAP yang mahunya meminta maaf tetapi juga telah menyinggung perasaan MCA, Gerakan dan MIC. Parti komponen BN ini jelas tidak gembira dengan keceluparan Ahmad Zahid itu, mahunya memberi penjelasan lanjut mengenai takrifan "tidak bersyukur" itu serta mengingatkannya agar tidak cuba membangkitkan sentimen kaum dalam pilihanraya ini kerana ia lebih menyempitkan peluang BN untuk menang dalam pilihanraya 31 Mei nanti. Kenyataan Zahid mengenai pengundi Cina bukan saja bersifat perkauman, malah tidak wajar diucapkan oleh seorang yang bertaraf pemimpin dalam kerajaan. Ini kerana menyokong pembangkang bukanlah suatu kesalahan di sisi undang-undang dan DAP juga merupakan parti yang sah berdasarkan amalan demokrasi berparlimen di negara ini. Begitu juga pengundi Melayu di Kelantan, Terengganu dan Kedah yang banyak menyokong Pas tidak seharusnya dilabelkan tidak bersyukur. Malah pengundi Melayu atau bukan Melayu yang menyokong kerajaan juga belum tentu mereka itu bersyukur. Pilihan terhadap parti disebabkan banyak faktor dan keinginan. Seharusnya kedudukan negara yang berbilang kaum, kerencaman rakyat dalam memilih parti yang mahu disokong, amalan demokrasi, kebebasan dan hak setiap rakyat hendaklah dihormati. Pilihanraya hanyalah proses memilih wakil di Parlimen dan bukan sesuatu yang mengancam keharmonian atau keselamatan negara. Berkempen secara tidak wajar dengan membangkitkan api perkauman dan ketegangan, tidak membantu menjadikan negara jni lebih baik untuk semua rakyatnya, malah serangan kepada aliran sokongan sesuatu kaum lebih menjadikan mereka semakin jauh dengan kerajaan. Keresahan MCA, Gerakan, MIC terhadap kenyataan Ahmad Zahid itu bukan saja mengenai peluang menang Mah Siew Keong yang mungkin lebih tipis dalam pilihanraya kecil ini tetapi juga dalam menghadapi cabaran pilihanraya yang seterusnya. Jika pengundi Cina terus dilabel tidak bersyukur dan menyokong DAP seolah-suatu suatu dosa serta kesalahan, tanpa ada usaha lain untuk mendekati dan berbaik-baik dengan mereka, sudah tentulah ia akan menjarakkan lagi hubungan mereka dengan kerajaan. Keengganan pengundi Cina menyokong kerajaan haruslah juga dilihat dalam konteks prestasi kerajaan dan kewibawaan pemimpinnya yang turut banyak dipertikaikan. Tidak seharusnya hanya pengundi Cina yang dipersalahkan sedangkan kerajaan dan pemimpinnya tidak mahu memperbaiki diri. Di Teluk Intan, sementara majoriti Cina memang menjadi penyokong DAP berbanding MCA atau Gerakan, kenyataan Ahmad Zahid yang menyinggung perasaan itu akan membuatkan blok sokongan mereka lebih melimpah kepada calon DAP, Dyana Sofya yang pada pandangan mata beliau "tidaklah cantik sangat" itu. Kenyataan Ahmad Zahid secara langsung membuatkan Dyana Sofya "lebih cantik" di mata pengundi Cina dan ini membuatkan jentera BN terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan lebih sokongan daripada pengundi Melayu. Mah Siew Keong sudah direntap harapannya oleh Ahmad Zahid untuk mendapat sokongan daripada kaumnya sendiri | ||
[VIDEO] Raja Bomoh Kata Khairy Penyebab Kekalahan Negara Rebut Piala Thomas Posted: 28 May 2014 04:10 AM PDT KELAB GREENBOCBomoh 1Malaysia, Datuk Ibrahim Mohd Zin menyifatkan Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai punca kekalahan skuad Piala Thomas dan perlu memikul tanggungjawab dengan meletakkan jawatan sebagai menteri. Ini kerana, menurutnya kenyataan Khairy sebelum ini meminta masyarakat agar tidak meletakkan sebarang harapan kepada skuad negara itu. "Ini kerana sejak awal-awal lagi dia telah mengatakan skuad ini tidak akan masuk ke peringkat akhir, tetapi bila dapat masuk peringkat akhir dia (cuba) ambil kesempatan (publisiti)"ujar kepada wartawan Suara.TV sebentar tadi. Ibrahim turut meminta Khairy agar meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang menteri. Menurutnya sebagai seorang menteri yang diberi tanggungjawab menjaga dan membangunkan sukan negara, Khairy sepatutnya terus memberikan semangat kepada para pemain dan bukannnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menajtuhkan moral pemain. Namun sebaik sahaja pasukan badminton negara berjaya melangkah ke separuh akhir menentang Jepun, Khairy dikatakan terhegeh-hegeh mencari publisiti dengan menghadiri perlawanan akhir itu. "Dia mengata, kemudiannya memuji. "Menteri (KJ) ini bodohlah, dia patut meletakkan jawatan" ujarnya lagi. Memetik laporan Utusan Malaysia sebelum ini, Khairy dilaporkan meminta rakyat negara ini agar tidak meletakkan harapan tinggi terhadap skuad Pia¬la Thomas negara untuk melakar kejayaan yang besar pada kejohanan dwi tahunan itu. Beliau berkata, peluang skuad kebangsaan untuk sampai ke peringkat separuh akhir adalah amat sukar "Saya rasa lebih elok jika kita meletakkan satu sasaran yang sederhana kerana saya tidak mahu ada yang memberikan harapan yang terlalu tinggi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Malaysia Purple League. Menurut Khairy, harapan yang diletakkan terhadap skuad badminton negara perlulah lebih realistik bersesuaian dengan barisan pemain yang Malaysia miliki pada masa sekarang. | ||
Ahli DAP terkejut diumum sokong BN... Posted: 28 May 2014 03:00 AM PDT MALAYSIAKINI TELUK INTAN Satu majlis bekas 'anggota' DAP menyertai BN malam tadi tidak berjalan seperti dirancang apabila seorang peserta sebaliknya mengaku masih setia menyokong DAP dan tidak diberitahu terlebih dahulu tentang tujuan majlis berkenaan dianjurkan. Shantini a/p Subramaniam, 46, (kiri) seorang pemandu teksi berkata beliau setia menyokong DAP sejak berumur 21 tahun dan terkejut apabila diumumkan sebagai seorang daripada 150 orang bekas anggota DAP yang akan menyokong BN pada majlis lewat petang semalam. "Saya ini Barisan tadak punya, sampai sekarang saya DAP punya orang. "Saya bawa teksi punya orang, saya datang sini tangkap gambar punya. "Saya (sejak umur) 21 tahun sampai sekarang umur saya 46 tahun, saya punya keluarga semua (sokong) DAP. "Saya masih ahli (DAP), dia orang suruh datang, saya datang," katanya sewaktu ditemubual pemberita selepas gimik majlis itu selesai. Shantini kemudian diminta penganjur, seorang individu dikenali sebagai 'ayahanda' Arjami Ali yang mengaku dari NGO Pewaris Malaysia untuk terus meninggalkan majlis. Shantini sebelum itu bersama dua orang lagi menerima baju-T BN daripada Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan. Majlis yang berlangsung di padang perumahan Taman Desa Bakti, Teluk Intan itu kemudiannya menyaksikan seorang daripada mereka menerima bendera DAP dari penganjur dan meletakkannya ke atas tanah sebagai simbolik meninggalkan DAP. Ketua Wanita MIC, Mohana Muniandy sewaktu diminta menjelaskan kekeliruan tersebut berkata Shantini mungkin tidak faham dengan soalan wartawan. Menjelaskan tindakan Shantini yang diminta meninggalkan majlis lebih awal, Mohana berkata beliau pulang untuk mengambil kad keanggotaan DAP miliknya. "Awak tanya dalam bahasa apa kepada dia? "Kadang-kala ada kekangan bahasa juga," kata Mohana apabila mengetahui wartawan bertanya dalam bahasa Melayu kepada Shantini. 'Kejutan' kedua adalah apabila petugas media pada awalnya menerima maklumat majlis itu diadakan untuk menerima anggota DAP yang akan 'melompat parti' kepada BN. Namun akhirnya, petugas media dimaklumkan bahawa bekas 'anggota' DAP yang hadir semalam tidak akan menyertai mana-mana parti komponen BN. Sebaliknya, majlis diadakan untuk mengalu-alukan sokongan mereka yang kini bersama BN, seperti disahkan ADUN Cangkat Jong, Mohd Azhar Jamaluddin pada sidang media ringkas, selepas majlis itu. Seorang petugas media turut menggesa peserta agar melakukan gimik memotong kad keahlian DAP mereka sebagai simbolik meninggalkan DAP. Namun, Ahmad Maslan menolak permintaan itu atas alasan ia bukan budaya BN. Sebahagian peserta yang duduk selama hampir dua jam dalam keadaan gelap di luar khemah yang tidak berlampu, dengan memakai baju-T dan topi BN pada majlis itu kemudian diberikan sebuah kotak berlogo 1Malaysia setiap seorang oleh penganjur, selepas majlis berakhir. Petugas media cuba menemubual peserta untuk mengetahui isi kotak itu namun dihalang oleh Arjami Ali yang berkata "media suka jaga tepi kain orang". Sebelum beredar, petugas media turut meminta seorang lagi penganjur, Yusof Abd Manaf untuk mencari seorang peserta yang sanggup diwawancara. Yusof kemudian membawa seorang perempuan berusia 60 tahun ke bawah khemah untuk diwawancara media. Namun, wawancara itu terhenti sebelum bermula dengan sempurna apabila Arjami bertindak membawa perempuan itu pergi dan menutup lampu khemah. Yusof kemudian meluahkan kekecewaannya apabila media lebih menyerlahkan 'orang KL' yang datang pada malam itu berbanding NGO tempatan yang bekerja keras selama dua minggu untuk majlis itu. "Kami dah pujuk orang-orang ini (peserta) selama lebih dua minggu tapi awak malam ini datang dan tanya 'orang KL' yang cuma datang sekejap dan tak tanya kami tentang majlis ini terlebih awal," katanya dipercayai merujuk kepada Ahmad Maslan dan Mohana. | ||
BERSIH: SPR hanya jadi pemerhati, tak amanah Posted: 28 May 2014 02:48 AM PDT MALAYSIAKINI Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) hari ini mengkritik sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap kenyataan menteri dalam negeri beberapa hari lalu sewaktu berkempen kepada anggota RELA di Teluk Intan. Menurut BERSIH, kenyataan Datuk Seri Zahid Hamidi yang mendakwa beliau tahu mana-mana anggota RELA yang tidak turun mengundi dan menggesa mereka agar mengundi calon BN adalah satu kesalahan berdasarkan Akta Kesalahan Pilihan Raya. "Pelanggaran undang-undang secara terang benderang begini tidak boleh berterusan. "Pihak berkuasa yang dikawal sepenuhnya oleh parti pemerintah sudah tidak mengendahkan seruan rakyat supaya menjalankan tugas mereka. "Yang paling teruk sekali antara mereka SPR, telah mengurangkan peranannya kepada sekadar pemerhati sahaja, di mana jenayah seperti ini dilakukan tanpa segan. "SPR mempunyai tugas di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menegakkan integriti pilihan raya tetapi seperti yang lazimnya tidak memenuhi amanah ini," kata Naib Pengerusi BERSIH, Datuk Dr Toh Kin Woon (atas). Beliau berkata demikian pada sidang media BERSIH di Teluk Intan, tengah hari ini. Bekas anggota jawatankuasa pemandu BERSIH, Wong Chin Huat berkata SPR tidak boleh berpihak kepada Zahid apabila ia melibatkan kesalahan pilihan raya. "SPR tak boleh selamatkan Zahid (dengan) kata (kenyataan Zahid berupa) nasihat dan Zahid tak boleh kata ia bergurau kerana kalau dia bergurau dengan sesuatu yang bersifat jenayah, dia perlu letak jawatan sebagai menteri," katanya. Anggota jawatankuasa BERSIH termasuk pengerusinya, Maria Chin Abdullah akan membuat laporan polis berhubung kenyataan Zahid itu di IPD Hilir Perak, petang ini. Subsidi pengangkutan tiada masalah Sementara itu, Maria (bawah) berkata organisasi itu tidak bersetuju dengan pengangkutan percuma untuk mengangkut pengundi dengan syarat mengundi calon-calon tertentu pada pilihan raya. "Pengangkutan percuma angkut pengundi kita tak setuju. "Kalau pengangkutan disubsidikan kita tak ada masalah, ada peruntukan untuk perkara itu dalam undang-undang," katanya. Beliau berkata demikian sewaktu mengulas perkhidmatan bas yang disediakan DAP untuk mengangkut pengundi dari Selangor dan Kuala Lumpur serta menghantar pengundi dari Singapura pulang ke negara itu. | ||
Program 150 ahli DAP masuk BN berakhir dengan kekeliruan Posted: 28 May 2014 02:39 AM PDT Program perpindahan kira-kira 150 ahli DAP menyertai Barisan Nasional (BN) berakhir dengan kekeliruan apabila tiada bukti kukuh mengenai pertukaran parti yang ditunjukkan dalam program itu malam semalam. Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dalam ceramahnya berkata orang ramai yang berada di depannya adalah ahli DAP yang didakwa sudah letih dengan parti tersebut dan tidak sabar untuk menyertai BN. Bagaimanapun, untuk menyempurnakan acara tersebut, tiga bekas "ahli DAP" yang didakwa keluar parti itu berdiri di depan penonton sambil menyarung kemeja T biru BN. "Kami amat gembira kerana mempunyai rakan dahulunya menyokong DAP namun malam ini memihak kepada BN. "Terima kasih kerana memikirkan masa depan BN, untuk anak-anak dan cucu kita," katanya dalam ceramah di Taman Desa Bakti, Teluk Intan. Beliau yang juga timbalan menteri kewangan berkata, acara malam tadi sebagai detik bersejarah namun ketika media menemubual orang ramai yang hadir mendakwa mereka sememangnya penyokong BN dari dahulu. Malah salah seorang daripada tiga yang didakwa menyertai BN memberitahu pemberita beliau diarahkan untuk menghadiri acara malam berkenaan tetapi mendakwa masih lagi ahli DAP. "Saya amat tertekan dengan kejadian ini. Mereka memaksa saya untuk datang bawa keluarga dan rakan.Tetapi bila saya datang mereka mengambil gambar, saya tidak mahu ini. "Saya bukan orang BN. Dari dulu hingga kini saya penyokong DAP termasuk seluruh keluarga saya," kata Sahtin Subramian. Sathin, 46, seorang pemandu teksi, berkata beliau dijanjikan hadiah sekiranya datang ke acara tersebut tetapi selepas apa yang berlaku, beliau risau pemimpin DAP dan rakannya akan mengetahui kehadirannya pada majlis berkenaan dan kecewa. Bagaimanapun, temubual dengan Sahtin dihalang oleh salah seorang ahli Jawatankuasa Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris), Arjami Ali. Arjami kemudiannya memberitahu wartawan beliau yang bertanggungjawab membawa Sahtin dan yang lain untuk datang ke acara itu. Arjami berkata, penafian Sahtin menyokong BN adalah kerana wanita itu keliru. "Dia memang dahulunya menyokong DAP. Tetapi kerana kamu mengajukan soalan, dan cuba memusingkan fakta, maka dia keliru. Jika dia masih DAP tidak mungkin dia akan datang," katanya. Apabila ditanya bagaimana dapat menyakinkan Sathin meninggalkan DAP, Arjaimi berkata ia dilakukan dalam satu temubual mengenai masalah dihadapi wanita itu dalam kehidupan harian. "Saya bagus dalam perkara itu. Ia seperti menangani seorang wanita, sekiranya dia mengikuti saya maknanya dia sukakan saya, dia tidak akan datang ke sini jika tidak suka," katanya. Selepas program berakhir kelihatan orang ramai berkumpul di luar berdekatan rumah untuk mengambil bungkusan hadiah daripada individu yang memakai baju BN. Cubaan pemberita untuk mengetahui apa yang berada dalam bungkusan itu dihalang Arjami tetapi beliau akhirnya mengalah dengan mendedahkan ia hanya diisi dengan makanan dalam tin. | ||
Ada kebebasan tetapi Chegubard jejaskan imej PKR, kata Dr Wan Azizah Posted: 28 May 2014 02:32 AM PDT Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan parti itu masih relevan sebagai parti yang mengamalkan kebebasan walaupun beberapa ahlinya digantung sepanjang pemilihan. Dr Wan Azizah berkata, walaupun PKR terbuka menerima teguran kritikan, tetapi mana-mana ahli yang melebihi batas sehingga menjejaskan imej akan tetap dikenakan tindakan. "Banyak teguran diterima tapi ada sesetenganya menjejaskan imej parti, jadi itu melanggar peraturan parti," katanya kepada pemberita di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, hari ini. Beliau merujuk kepada ahli PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard yang digantung kerana kenyataannya mengatakan pemilihan parti itu kotor dan tidak telus. "Badrul Hisham Shahrin akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai," kata Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong dalam sidang media pagi tadi. Dr Wan Azizah yang juga Adun Kajang berkata, tindakan tegas terpaksa diambil Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) bagi menunjukkan PKR adalah parti yang telus dan tiada pihak yang kebal daripada undang-undang. "Apabila langgar peraturan, anda perlu hadapi tindakan yang bakal dikenakan. "Ini salah satu cara untuk buktikan bahawa kita sudah lakukan yang terbaik untuk tunjukkan kepada ahli dan publik bahawa parti ini telus," katanya. Mengakui banyak kelemahan dalam sistem sepanjang proses pemilihan, beliau berkata banyak perkara boleh dilakukan untuk memperbaikinya pada masa akan datang. "Ia bukan sistem yang sempurna. Kita akan cari jalan untuk perbaiki," katanya. Ditanya mengenai pemilihan berdasarkan satu ahli satu undi, beliau berkata sistem itu masih relevan namun berlaku kesulitan dari segi logistik di peringkat bawahan. Badrul didapati membuat dakwaan terbuka dengan menyatakan "Petugas JPP menjadi ejen kepada Azmin Ali" pada 12 Mei lalu dan disiarkan dalam portal berita mysuara.net dan portal Free Malaysia Today. "Responden juga membuat kenyataan terbuka mengkritik JPP dalam akhbar Berita Harian pada 21 Mei 2014 bertajuk 'Keputusan penuh penipuan: Chegubard'," kata Tan. Selain Badrul, PKR turut menggantung seorang lagi ahli M. Nageswaran Muniasamy daripada cabang Kota Raja selama enam bulan. Manakala anggota cabang Pasir Salak, Yusop Kamaruddin dipecat keahliannya ekoran kesalahan mengingkari arahan surat penggantungan. "Dia juga mencemar nama baik parti dengan terus kritikan dan serangan terhadap JPP dan PKR mengingkari arahan surat penggantungan dan terus menjalankan aktiviti mencemar nama baik parti dalam laman sosial Facebooknya," katanya. Hasil mesyuarat Biro Politik semalam, Tan berkata lembaga disiplin PKR turut memutuskan bersetuju penarikan kembali enam penggantungan anggota selepas melalui proses sesi pendengaran. Badrul dalam reaksinya ketika dihubungi The Malaysian Insider mengakui masih tidak menerima sebarang surat rasmi berhubung perkara itu. "Saya tidak tahu menahu sehingga anda menghubungi saya. Saya juga tidak menerima sebarang surat rasmi mengenai perkara itu," katanya. Pemilihan PKR dijadualkan berlangsung sejak 26 April lalu hingga 11 Mei di 198 cabang seluruh negeri tetapi masih diteruskan sehingga hujung Jun depan ekoran beberapa cabang yang digantung dan terpaksa diadakan pemilihan semula. – | ||
Ceroboh DUN: Kerajaan negeri mahu hukuman lebih berat dikenakan Posted: 28 May 2014 02:29 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDERKerajaan DAP Pulau Pinang mahu hukuman lebih berat dikenakan terhadap sekumpulan lelaki yang menceroboh Dewan Undangan Negeri (DUN) Rabu lepas.Ketua Menteri Lim Guan Eng (gambar) berkata hukuman sedia ada yang memperuntukkan penjara dua tahun tidak mencukupi selain tidak memberi pengajaran sewajarnya kepada mereka yang terlibat. Justeru, beliau berkata pihaknya akan mencadangkan dua seksyen yang memperuntukkan hukuman setimpal iatu Seksyen 121B yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan Seksyen 124B yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan. "Kami berasa sangat sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku. Pada masa yang sama mahu tindakan keras diambil ke atas samseng-samseng Umno yang menceroboh masuk Dewan Undangan Negeri supaya tindakan yang diambil tidak akan dilupa sekali gus agar mereka tidak terlintaspun untuk mengulangi perbuatan sama. "Kami akan cadangkan pada polis supaya peguam negara mengambil kira seksyen-seksyen itu," katanya dalam sidang akhbar di George Town hari ini. Rabu lepas, sekumpulan 100 lelaki terdiri daripada anggota Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) merempuh pagar utama DUN Pulau Pinang untuk mencari Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Delima R.S.N Rayer yang mengatakan "Umno Celaka" pada persidangan Dewan. Rayer mengeluarkan perkataan itu ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dengan mendakwa beberapa pemimpin Umno di negeri ini cuba menghasut rakyat melalui satu demonstrasi dengan mengapi-apikan tragedi 13 Mei 1969, pada 20 Mei lepas. Lim berkata beliau akan menulis surat kepada polis untuk mempertimbangkan cadangan itu. Beliau berkata hukuman itu wajar dikenakan terhadap mereka kerana tindakan menceroboh DUN itu disifatkan sebagai mencemar perlembagaan negeri dan mencabar kuasa Yang Dipertua Negeri. - Bernama | ||
Anggota tentera maut, dua awam cedera ditembak di Lahad Datu Posted: 28 May 2014 02:22 AM PDT KOTA KINABALU: Seorang anggota tentera terbunuh manakala dua orang awam cedera selepas seorang anggota tentera dipercayai melepaskan beberapa das tembakan untuk meleraikan kekecohan di hadapan kedai Gemilang 24 Jam di kawasan Pekan Lahad Datu awal hari ini. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata dalam kejadian kira-kira 4.45 pagi itu, anggota tentera berkenaan, Lans Koperal Muhamad Fiffixezapey Mat Hussin, 28, cedera di kiri dadanya dan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu. Kedua-dua orang awam yang cedera adalah lelaki warganegara Indonesia masing-masing berumur 31 dan 38 tahun, yang bekerja sebagai penjaga kelab malam. Seorang daripada mereka cedera di betis kiri manakala seorang lagi cedera di bahagian belakang sebelah kiri badan, kata Hamza ketika dihubungi Bernama. Butiran lengkap berkaitan kedua-dua mangsa orang awam itu belum diperoleh dan mereka masih menerima rawatan di Hospital Lahad Datu. Hamza berkata semasa kejadian, anggota tentera yang melepaskan tembakan itu sedang menjalankan tugas rondaan di kawasan berkenaan dan siasatan di tempat kejadian menjumpai beberapa kelongsong peluru dan kesan tompokan darah. Beliau berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan polis sedang berusaha mengesahkan anggota tentera yang terlibat. "Tangkapan akan dibuat dan senjata yang digunakan akan dirampas," kata Hamza. Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya bertenang kerana keadaan keselamatan adalah terkawal manakala kes itu pula diklasifikasikan sebagai kes jenayah dan tidak melibatkan penjenayah dari luar. - Bernama | ||
Perkosa gadis: 12 ditahan setakat ini Posted: 28 May 2014 02:14 AM PDT KOTA BAHARU: Polis sudah memberkas 12 orang termasuk seorang gadis berusia 17 tahun bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan lebih 30 suspek dalam satu kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu. Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman berkata empat daripada mereka termasuk gadis berusia 17 tahun itu diberkas pukul 4 pagi semalam di Ketereh dan mereka kini ditahan reman selama tujuh hari. Perintah reman terhadap tiga lelaki berusia antara 17 dan 30 tahun serta gadis berkenaan bermula hari ini, katanya yang ditemui pemberita di luar mahkamah majistret, di sini hari ini. "Polis pada hari ini telah menahan lapan lagi suspek berkaitan kes itu masing-masing pada pukul 4 pagi dan 10.30 pagi ini di sekitar Ketereh," katanya. Katanya polis akan mendapatkan perintah reman terhadap kesemua lapan suspek berusia 20 hingga 30-an itu esok. Semua suspek lelaki yang ditahan juga positif dadah sementara gadis itu pula dipercayai membantu suspek lain dalam kejadian tersebut, katanya. Menurut Azham polis menubuhkan pasukan khas bagi mengesan saki-baki suspek dalam kes yang disiasat menurut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Dalam kejadian 7.30 petang itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian. - Bernama | ||
Posted: 28 May 2014 02:12 AM PDT Jenazah Sultan Azlan akan disemayamkan di Balairong seri, Istana Iskandariah di Kuala Kangsar sebelum dimakamkan di Makam Diraja Al-Ghufran selepas solat Asar, esok. Baginda dilahirkan pada tahun 1928 di Batu Gajah, Perak. Baginda adalah anakanda kepada Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah. Almarhum merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesembilan. Baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong dari 26 April 1989 - 25 April 1994 Nama baginda mula menjadi sebutan ramai apabila dilantik menjadi Ketua Hakim Negara yang ke-5 Pada 12 November 1982. Dari 1979-1982, baginda menjadi Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya. Almarhum ditabalkan sebagai Raja Muda Perak oleh ayahanda saudara baginda, Sultan Idris Shah II pada 1 Julai 1983 berikutan kemangkatan Raja Muda Musa II. Enam bulan kemudian, Sultan Idris mangkat lalu Raja Azlan Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak yang ke-34 pada 3 Februari 1984 dan majlis pertabalan Pada 9 Disember 1985. Pada 26 April 1989 , Sultan Azlan Shah telah melafaz sumpah jawatan dan dan menandatangani surat pengisytiharan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-9 di Balai Rong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. | ||
Bank Negara harus siasat skandal pinjaman babitkan menteri Posted: 28 May 2014 02:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Sikap Bank Negara yang membisu terhadap skandal pinjaman RM32 juta Bank Rakyat memperlihatkan kurangnya komitmen Perdana Menteri terhadap prinsip-prinsip akauntabiliti dan integriti yang amat diperlukan demi membentuk sistem kewangan yang baik, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Guan Eng (gambar) yang juga Ahli Parlimen Bagan turut mempersoalkan kredibiliti dan integriti Bank Negara dalam memastikan sistem kewangan yang baik dan boleh dipercayai apabila pinjaman diberikan semata-mata atas dasar naungan politik dan pemberian wang. Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik dalam satu wawancara baru-baru ini mendedahkan keengganan seorang menteri untuk menandatangani surat melanjutkan tempoh perkhidmatan beliau sebagai pengerusi Bank Rakyat kerana keengganannya bersetuju dengan skim pembayaran semula pinjaman RM32 juta tanpa faedah oleh seorang peniaga yang mempunyai hubungan dengan tokoh politik berpengaruh. Sambil menyifatkan tindakan menteri tersebut sebagai satu penyalahgunaan kuasa dan berunsur korupsi, Guan Eng berkata, Bank Negara sewajarnya melancarkan siasatan penuh bagi mempertahankan kredibiliti dan integritinya sebagai pengawal selia profesional kepentingan awam, dan bukannya kepentingan peribadi dan politik kroni dan pemimpin BN. "Bank Negara juga harus jujur dan memperhitungkan kesemua perjanjian mudah dan pemberian pinjaman mega kepada VIP yang mempunyai kedudukan kewangan yang meragukan. "Kegagalan berbuat demikian hanya menunjukkan bahawa pemimpin BN menguruskan negara bukan untuk kebaikan orang ramai tetapi demi faedah kroni," tegas beliau. Sabbaruddin seperti dilaporkan The Malaysian Insider mendakwa lembaga pengarah Bank Rakyat pada awalnya menolak tawaran pembayaran semula tanpa faedah bagi tempoh 10 tahun terhadap pinjaman bernilai RM32 juta kepada ahli perniagaan Deepak Jaikishan. Bagaimana pun pembayaran semula melalui 120 cek tunda itu terpaksa diterima pengurusan Bank Rakyat berikutan campurtangan politik Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Hasan Malek (gambar). Sabbaruddin berkata, tempoh pembayaran semula sepuluh tahun tanpa dikenakan faedah itu akan mengakibatkan Bank Rakyat mengalami kerugian. "Adakah pilihan pembayaran semula tanpa faedah ini turut tersedia untuk rakyat biasa yang meminjam dari bank? "Adakah Hasan Malek akan melakukan campurtangan politik bagi pihak peminjam biasa untuk membenarkan pembayaran semula tanpa faedah dalam tempoh sepuluh tahun?" soal Guan Eng. | ||
Bukit Jelutong: Melayu tidak lagi alergik pada DAP Posted: 27 May 2014 11:22 PM PDT PAS telah melantik saya sebagai pengarah operasi pilihan raya kecil (PRK) Bukit Gelugor dalam mesyuaratnya pada awal Mei untuk menerajui jentera pilihan raya PAS. Saya menerimanya apatah lagi sebagai Yang Dipertua PAS Bukit Gelugor dan anak tempatan Bukit Gelugor perasaan ingin berkhidmat merangsang saya untuk menerimanya. Apalah sangat PRK Bukit Gelugor untuk PAS kerana ia hanya bertindak sebagai kumpulan sokongan sahaja kepada gerak kerja utama yang diterajui DAP Pulau Pinang. Walaupun demikian saya meletakkan gerak kerja PAS seolah-olah PAS yang bertanding manakala Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang juga Timbalan Presiden PAS mengeluarkan kenyataan awal bahawa 'calon PAS'yang bertanding dalam PRK Bukit Gelugor dan beliau hanya memakai lambang roket sahaja. Kenyataan itu mempunyai makna yang mendalam kerana ia adalah deklarasi sokongan penuh PAS kepada calon DAP iaitu Saudara Ram Karpal Singh. Kenyataan itu mempengaruhi gerak kerja kami dan saya menyampaikan hasrat itu beberapa kali dalam mesyuarat operasi jentera pilihan raya. masa yang tepat PRK Bukit Gelugor diadakan atas kematian penyandangnya Saudara Karpal Singh yang maut dalam kemalangan. Beliau memenangi dengan majoriti besar hampir 42,000 dalam pilihan raya umum yang lepas. Entah apa hikmahnya PRK kali ini datang dalam suasana PAS dan DAP bertegang leher buat sekian kalinya tentang isu hudud yang muncul semula setelah agak lama menyepi. Ia pada satu tahap telah meretakkan hubungan Pakatan Rakyat yang selama ini terbina atas persefahaman Common Policy Framework (CPF) yang ditandatangani pada tahun 2009 di Shah Alam. Menyedari situasi ini pengarahan supaya jentera PAS keluar semaksima tenaga membantu calon DAP diharapkan dapat meredakan keadaan. Begitulah jentera kami didorong untuk bekerja demi PR dan memberi gambaran yang meyakinkan bahawa isu hudud di Kelantan tidak akan menjejaskan hubungan ini. Teluk Intan pula Dalam kesibukan menyediakan tapak bekerja bagi Bukit Gelugor, satu lagi PRK terpaksa dijalankan atas kematian penyandang dari DAP juga iaitu di Parlimen Teluk Intan. Di atas kepentingan strategi, kerana PAS mempunyai satu Dun di bawah Parlimen Teluk Intan yang dimenanginya pada PRU 2008 dan kemudian kalah pada PRU 2013, Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat memutuskan untuk membahagikan petugasnya dari seluruh negara antara PRK Bukit Gelugor dan Teluk Intan. Dengan strategi itu saya sebagai pengarah operasi PRK Bukit Gelugor hanya menerima empat buah negeri untuk bertugas di Bukit Gelugor iaitu Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan. Lagipun kerja kami lebih tertumpu kepada empat daerah mengundi yang majoritinya adalah pengundi Melayu yang terdiri daripada 11,000 pengundi. PRK Bukit Gelugor bermula seminggu lebih awal dari Teluk Intan dan saya berbangga kerana pada malam penamaan calon Tuan Guru Datuk Seri Presiden PAS sudi hadir untuk melancarkan pusat operasi jentera PAS di Sungai Gelugor dan keesokannya bersama pimpinan DAP yang lain mengiringi calon Ram Karpal Singh pada hari penamaan calon. Presiden PAS kelihatan sungguh bertenaga pada pagi 12 Mei itu dan menunjukkan semangat 'comrade in arms' pada calon DAP. catatan di Bukit Gelugor Bagi saya, PRK ini penting untuk PR kerana kita boleh membuat satu kayu pengukur kepada keberkesanan dasar Kerajaan Negeri Pulau Pinang khususnya kepada pengundi Melayu. Penting untuk PAS menilai sejauh mana strategi mendapat sokongan Melayu dalam kerangka Pakatan Rakyat kerana inilah yang menjadi batu penghalang untuk PR menguasai pengundi Melayu. Apakah isu 'DAP anti-Melayu' benar-benar termakan oleh pengundi Melayu atau ianya senjata tumpul Umno? Secara peribadi saya melihat momokan ke atas DAP tidak banyak mempengaruhi rakyat biasa kerana mengambil sampel Sungai Gelugor sebagai satu daerah mengundi yang majoritinya 80 peratus Melayu, bendera DAP boleh dilihat dipasang merata tempat malah kempen ziarah perdana yang kami lancarkan di situ mendapat sambutan dan tiada insiden memaki hamun DAP berlaku. Keberadaan DAP dalam ceramah PAS di kawasan Melayu bukan lagi satu babak yang dilihat pelik malah pengundi Melayu keluar mendengar walaupun sesetengahnya berada di sebalik tembok yang gelap. Kempen ceramah PAS pula terus mengasak politik perkauman yang dimainkan oleh Umno khususnya kebiadapan kelompok Pemuda Umno merempuh dan menceroboh tempat persidangan Dewan Undangan Negeri dan membuat onar di dalamnya. Alasan bahawa Adun Seri Delima, YB Rayers mengungkapkan kata 'Pemuda Umno celaka'dengan merujuk kepada perhimpunan di Kepala Batas tempoh hari tidak mewajarkan pencerobohan itu. Ia melambangkan politik samseng dan tidak bertamadun. Saya menegaskan bahawa jika YB Rayers mengungkap demikian dalam ucapannya di Dewan maka Adun Umno yang mendengarnya mesti membantah dan mematahkan hujah YB Rayers. Apakah YB Umno terlalu lemah sehingga gagal memainkan peranan berhujah tetapi sebaliknya 'menjemput' para samseng untuk menceroboh Dewan? Bergegas ke Seremban Aktiviti saya di Bukit Gelugor terganggu seketika kerana temujanji saya yang lebih awal telah dipersetujui untuk saya menghadiri forum hudud di Seremban anjuran Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan gabungan persatuan Cina setempat. Terlanjur ke Seremban, saya mengambil kesempatan untuk menziarahi Gereja Visitation di tengah bandar Seremban untuk bertemu dengan Father Gregory Chan bagi mendapat penjelasan lanjut kejadian samun yang berlaku di hadapan pintu utama gereja tempoh hari. Kejadian itu menyebabkan dua biarawati cedera dan salah seorang daripadanya meninggal dunia setelah koma beberapa hari. Saya telah mengeluarkan kenyataan keras sebelumnya dengan mengutuk kes samun dan ragut membabitkan biarawati warga emas di tempat ibadat. Ia boleh sahaja berlaku ke atas mana-mana rumah ibadat lain termasuk masjid dan tokong-tokong. Kehadiran saya ke situ bagi saya menyampaikan mesej bahawa setiap rumah ibadat mesti dipelihara kesuciannya dan dihormati dan perompak dan peragut harus memahaminya. Saya juga menziarahi biarawati yang koma di hospital dan sempat meminta pihak Kementerian Kesihatan mengirimkan ahli neutrologi untuk mengesahkan laporan kecederaan yang dialami. Saya berasa sedih kerana keesokannya dalam kesibukan berkempen saya dimaklumkan bahawa biarawati itu telah meninggal dunia. Dyana Sofia Aura apakah Dyana Sofia bawa kita tidak tahu, tetapi namanya menggegarkan politik tanah air apabila langkah berani DAP meletakkan calon gadis muda Melayu yang sempurna segala sifat Melayunya. Beraninya langkah ini mengirimkan satu gelombang kejutan kepada parti politik berasaskan perkauman. Dyana pula seorang graduan UiTM yang dikatakan kuat doktrin kemelayuannya tetapi sedia menjadi calon DAP yang pada doktrin kemelayuan menganggap DAP sebagai parti chauvinis Cina yang pekat kecinaannya. Bagaimana Dyana sanggup menjadi peluru maut ini? Ia mungkin peluru maut kepada Umno, MCA dan Gerakan kerana mencabar asas kewujudan parti-parti ini manakala bagi politik baru yang diterajui oleh Pakatan, Dyana adalah mutiara yang menyinari harapan baru di mana parti politik tidak dicam melalui etniknya tetapi melalui dasar yang diperjuangkan. Siapa sahaja rakyat Malaysia yang yakin dengan dasar ini boleh menyertainya. Saya pernah mengharapkan lebih ramai calon muda Cina dan India menjadi calon PAS di masa hadapan untuk tujuan memecah tembok perkauman tetapi saya tidak menduga DAP melakukannya dengan pantas pada PRK Teluk Intan dengan meletakkan calon Melayu. Menang atau kalahnya DAP adalah isu kedua tetapi langkahnya mengetengahkan calon muda Melayu daripada kaum Hawa yang bernama Dyana memberikan politik Malaysia satu makna baru. Ia bukan soal Dyana ada tarikan pada keterampilannya tetapi jauh daripada itu Dyana lambang kepada usaha memecahkan tembok perkauman dalam membina politik baru merentas kaum dan saya yakin pengundi di Teluk Intan bersedia melakukannya dengan memenangkan Dyana. 'harimau muda' berehat Saya bersama Saudara Mohamad Sabu hadir di Dewan Sri Pinang pada malam pengisytiharan keputusan PRK Bukit Gelugor pada 25 Mei 2014 lepas. Ram Karpal menang bergaya walaupun peratus keluar mengundi agak rendah. Kami dari PAS berada di situ untuk meraikan kememenangan 'calon kita' dan ingin menyampaikan mesej bahawa Pakatan Rakyat akan kekal berperanan sebagai satu wadah perubahan. Hudud sama sekali tidak mematahkan semangat kesepakatan Pakatan Rakyat seperti mana yang ditegaskan oleh Presiden PAS bahawa Pakatan Rakyat tetap keutamaan PAS. Inilah keunikan Pakatan Rakyat bahawa perbezaan ideologi bukan penghalang tetapi alasan untuk membentuk wajah baru politik lebih kuat tarikannya buat Pakatan Rakyat. Sehingga artikel ini ditulis, saya masih belum berkesempatan untuk menemui mutiara terbaru Pakatan Rakyat di Teluk Intan bagi membantunya, tetapi setelah 'harimau muda' Bukit Gelugor berada di 'belukar'nya seketika, bolehlah saya meninggalkannya untuk beraksi di Teluk Intan pula. Saya dedikasi pantun ini sebagai penutup catatan saya setakat ini. Dari Kedah sampai ke Kelantan Usah dikau gundah gulana Dari Bukit Gelugor ke Teluk Intan Hamba merantau mencari Dyana. | ||
PKR gantung keahlian ‘Chegu Bard’ serta merta Posted: 27 May 2014 11:19 PM PDT Lembaga Displin PKR hari ini mengumumkan penggantungan serta merta keahlian Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard. Badrul yang juga merupakan pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (Samm) digantung keahliannya sehinggalah siasatan mengenai aduan salah lakunya ketika pemilihan selesai, kata Datuk Dr Tan Kee Kwong. Pengerusi Lembaga Disiplin PKR itu berkata, keputusan menggantung keahlian Badrul diputuskan oleh lembaga displin parti yang dipengerusikan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam mesyuarat biro politik semalam. Beliau berkata kesalahan yang dilaporkan terhadap Badrul kerana membuat kenyataan kepada media dengan menyatakan proses pemilihan PKR kotor dan tidak telus. Menurut Tan, selain itu Badrul daripada PKR cabang Rembau itu dikenal pasti membuat dakwaan terbuka dengan menyatakan "Petugas JPP menjadi agen kepada Azmin Ali". Kenyataan itu dilakukan pada 12 Mei dan disiarkan dalam portal berita mysuara.net dan portal Free Malaysia Today. "Responden juga membuat kenyataan terbuka mengkritik JPP dalam akhbar Berita Harian pada 21 Mei 2014 bertajuk 'Keputusan penuh penipuan: Chegubard'," katanya. | ||
Isu hudud tidak jejaskan kesetiaan PAS Posted: 27 May 2014 11:12 PM PDT KUALA LUMPUR: Isu hudud tidak akan memisahkan kesetiaan PAS terhadap rakan politiknya malah ia membuka ruang kepada kemunculan politik baru dengan syarat semua parti politik perlu membuat perubahan untuk menampung politik baru generasi muda, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof. Ketika membentangkan pandangannya dalam majlis forum bertajuk "Perspektif Kemunculan Mengenai Hudud di Malaysia" anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) dan Pusat Kajian Polisi Awam (CPPS), beliau berkata generasi muda hari ini lebih tertarik dalam membincangkan soal kos sara hidup dan pendidikan. Selain Dr Mujahid, turut dijemput sebagai panelis ialah Ahli Parlimen Sepang yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Hanipa Mydin, Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong, Exco Pemuda Umno Fathul Bari Mat Jahaya, wakil MCA serta wakil NGO, Gan Peng Siew. Forum dipengerusikan Tan Sri Michael Yeoh dari Asli. Dalam ucapannya juga, Dr Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar menekankan sikap PAS yang terbuka kepada kritikan. Hanipa pula ketika berucap menjawab persoalan sama ada hudud bertentangan dengan perlembagaan negara atau tidak. Menurut beliau, perlaksanaan hudud tidak bercanggah dengan peruntukan perlembagaan dan ia boleh dibincangkan tanpa perlu mengubah asas perundangan yang ada. Liew Chin Tong lebih menekankan bahawa PAS mempunyai isunya tersendiri walaupun DAP menyatakan sikapnya untuk tidak bersetuju dengan PAS. Fathul Bari pula berkata, hudud perlu difahami dalam konteksnya yang lebih tuntas. Sambil menyokong pembentukan jawatankuasa teknikal pelaksanaan hudud seperti diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau menyarankan supaya jawatankuasa teknikal itu turut melibatkan wakil nonmuslim untuk menerima pandangan mereka. Wakil MCA pula mengakui bahawa isu hudud memberi tekanan kepada parti itu dan berpendapat ia sukar untuk diterima apatah lagi dalam suasana DAP didakwa sebagai penyebab utama pengundi cina lari dari MCA. Dalam sesi soal jawab banyak soalan diajukan kepada PAS dan DAP serta bagaimana mereka menguruskan perbezaan pandangan ini. Dr Mujahid menjawab, isu hudud tidak akan memisahkan kesetiaan PAS terhadap rakan politiknya malah ia membuka ruang kepada kemunculan politik baru dengan syarat semua parti politik perlu membuat perubahan untuk menampung politik baru generasi muda. Kegagalan berubah, ujarnya akan mengancam survival parti-parti politik terbabit dan kemungkinan besar mereka 'akan terhapus'. Kesemua ahli panel bersetuju bahawa masa depan negara adalah lebih utama dipelihara walaupun terdapat perbezaan pandangan dalam isu-isu tertentu. | ||
Posted: 27 May 2014 11:05 PM PDT
Bermulanya hudud Pada tahun 1993 ketika Undang-Undang Jenayah Syariah II diperkenalkan, masyarakat mula terdedah kepada satu konsep perlaksanaan undang-undang jenayah Islam yang diusahakan oleh Kelantan di bawah pentadbiran PAS atas semangat Angkatan Perpaduan Ummah. Respons kepada penggubalan enakmen ini telah menimbulkan hubungan yang tegang antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat di bawah kepimpinan Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tun Dr Mahathir Mohammed. Ketegangan hubungan menyebabkan kerajaan PAS Kelantan mengalah dengan mengambil pendekatan menghormati kerajaan pusat namun semangat enakmen Jenayah Syariah Kelantan II diteruskan melalui taklimat hudud dan dijadikan acara tahunan di mana isu hudud dalam kerangka Syariah Islam dibahaskan dan diseminarkan. Itu adalah gelombang pertama isu hudud. Taklimat dan penjelasan Adalah tidak benar kepada yang menanggap bahawa kerajaan negeri Kelantan tidak membuat penjelasan tentang hudud, malah dalam ceramah-ceramah dalam dan luar Kelantan isu perlaksanaan hudud menjadi tajuk ceramah dan perbahasan akademik di sekitar 90-an. Kini tahun 2014, gelombang kedua hudud bermula lagi. Generasi yang baru mengenali PAS mungkin hanya mengikuti gelombang kedua hudud dan menganggap penjelasannya belum mencukupi. Saya boleh bersetuju penjelasan hudud tidak akan selesai namun langkah dan gelombang awal telahpun diperbahaskan oleh masyarakat pada tahun 90an lagi. Namun perkembangan terkini tentang hudud telah sampai kepada tahap baru perdebatan dan ia lebih banyak menguasai isu hudud itu secara substantif iaitu isu demokrasi dan perundangan serta keterlibatan lebih ramai pihak cuba memberikan pandangan mereka. Ada beberapa perbezaan gelombang pertama hudud dan gelombang kedua hudud dalam perspektif faktor yang mempengaruhi suasana perbincangannya. Suasana politik Perbahasan hudud dalam gelombang pertama (90an) berlaku dalam suasana kerajaan pusat pimpinan Umno-BN (UBN) berada pada kedudukan yang lebih kuat berbanding hari ini. Mereka juga kuat dengan sokongan masyarakat Cina dan kerana itu nada keras yang ditunjukkan oleh kerajaan pusat tidak memberi kesan kepada kedudukan politiknya. Gelombang kedua hudud menyaksikan kerajaan pusat berada dalam keadaan lemah dengan kehilangan 2/3 suara majoriti dan tekanan 51% undi popular PR memaksa UBN mengubah strateginya. Kalau dahulu PAS yang menuntut tetapi kini kerajaan pusat seolah-olah menawarkan dengan jaminan sokongan wakil rakyatnya di Parlimen. Kalau dulu amaran tindakan Kelantan adalah ultra-vires kepada Perlembagaan Persekutuan tetapi kini ada pula peluang melalui pindaan Akta Mahkamah Syariah 1965 dan peruntukan 76(A) melalui bill persendirian. Soalannya mengapa kerajaan pusat beriya benar membantu kerajaan PAS di Kelantan? Hudud isu strategi politik? Jawapannya ialah, berasaskan perkiraan politik UBN bagi memecahkan kolusi PAS dengan rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR) khususnya DAP. PAS mendapat manfaat besar daripada kerjasama politiknya dengan berjaya menembusi kawasan di Pantai Barat dan meraih sokongan bukan Melayu hampir 80% sokongan. Keadaan ini membimbangkan UBN justeru itu mereka memerlukan isu yang boleh menggugat kepercayaan pengundi Cina kepada PAS dan isu hudud Kelantan adalah umpan terbaik yang mereka ada. Sebelumnya isu "perpaduan Melayu" diasak oleh UBN tetapi ia gagal memenuhi strategi mereka apabila PAS bertegas untuk meneruskan komitmennya dengan PR. Jalur demokrasi Sememangnya sebelum ini gelombang pertama hudud mendapat respons daripada sudut perbahasan demokrasi dan perundangan namun kematangan rakyat Malaysia berbeza berbanding dengan gelombang pertama. Kesedaran tentang demokrasi dan suara besar yang membawa PR kepada pesada politik nasional menjadikan isu hudud yang dibawa oleh PAS tidak dibiarkan dengan begitu mudah malah menjadi bahan diperincikan untuk perdebatan. Perdebatan bukan sangat mempertikaikan kesahihan hudud daripada sudut ianya sistem jenayah syariah Islam tetapi lebih kepada kerangka perlembagaan dan tuntutan demokrasi. Ketegasan dan suara lantang bukan sahaja daripada MCA atau Gerakan tetapi juga dari rakan PAS iaitu DAP dan PKR. PAS berhadapan dalam isu hudud hari ini di peringkat nasional dan PAS menjelaskan bahawa ia akan akur kepada kritikan terhadapnya asalkan suasana perdebatan sihat berlaku tanpa sikap prejudis terhadap langkahnya. Dari satu segi PAS terbuka dan mungkin juga mencatat satu-satunya parti politik Islam yang membawa isu jenayah syariah Islam dalam jalur demokrasi untuk dilaksanakan di Kelantan. Ia akan menguji komitmen parti berhaluan Islam untuk meletakkan sebahagian agendanya dalam kerangka sistem yang ada dan tanpa perlu melakukannya dari pintu belakang. Kesan kepada PR Gelombang kedua isu hudud juga meletakkan PAS dalam posisi yang berbeza, kalau 90an dahulu PAS tidak ada rakan kecuali parti Semangat 46, itupun terbatas kekuatannya hanya di Kelantan, namun kini PAS punya rakan daripada DAP dan PKR sehingga membawa PAS mempunyai pengaruh besar di pantai barat Semenanjung. Sokongan masyarakat bukan Melayu bertambah malah memenangkan PAS di tempat yang dianggap campuran. Sesuatu yang PAS kena akur bahawa di kawasan-kawasan ini, pengundi Cina dan India mengundi PAS kerana kesepakatan yang ada dalam PR dan manifesto bersama yang diusung ke mana-mana sahaja pimpinan PAS pergi. Implikasi kepada isu hudud ialah pengundi Cina akan merasakan bahawa suara mereka kepada PAS dikecewakan dengan hudud lantaran kesan pengundian untuk PRU akan datang pasti akan terjejas sedikit sebanyak tidaknya jika ianya tidak ditangani dengan baik. Begitu juga dengan semangat politik baru yang cuba diketengahkan oleh PR dengan agenda fajar baru, politik baru dan impian Malaysia seolah menjadi anti-klimaks dengan isu hudud yang sifatnya adalah lokal, iaitu untuk keperluan Kelantan sahaja. Politik inklusif yang menjadi agenda PR dan agenda reformasi institusi undang-undang dan penguatkuasaan seoalah-olah dialih pandangan kepada isu hudud yang sifatnya terlalu eksklusif untuk orang islam sahaja. Dengan kemunculan isu hudud perdebatan yang tak habis-habis didebatkan ialah adakah Malaysia negara sekular atau tidak membawa rakyat kepada sesuatu yang tidak produktif untuk perubahan yang diperlukan. Kesepakatan PR DAP pernah keluar pada tahun 2001 dari Barisan Alternatif (BA) kerana membantah isu 'Negara Islam' yang PAS pertegaskan setelah bersama dalam PRU 1999. Pada tahun 2008 DAP kembali melalui PR melalui penubuhannya secara rasmi pada tahun 2009. Satu persefahaman atas Common Policy Framework (CPF) hanya mengisyaratkan komitmen kepada Islam sebagai agama rasmi Persekutuan sebagai sesuatu yang mesti dipertahankan. Isu perlaksanaan hudud di negeri yang PAS perintah seperti Kelantan tidak menjadi persefahaman PR. Sebab itulah apabila isu hudud muncul semula asas persefahaman ini mula dipertikaikan oleh rakan PAS. Walaupun PAS mempertahankan sikapnya bahawa isu hudud sudahpun wujud sebelum adanya PR, namun bagaimana ia disesuaikan dalam CPF belum lagi jelas kelihatan. Kepimpinan PR harus ambil serius hal ini kerana akhirnya persepsi pengundi kepada PR akan terjejas dan satu rumusan awal tidak dapat dielakkan lagi bahawa PR tidak bersatu sedangkan PR ada agenda besar iaitu menjadi kerajaan persekutuan di masa hadapan. Sokongan pengundi pastinya akan terjejas khususnya pengundi Cina dan golongan pertengahan Melayu tyang idak akan yakin kemampuan PR menyelesaikan masalah kesatuan mereka. Implikasi Negara kita diuji dengan arah tuju politik negara jikalau isu hudud dijadikan bahan eksploitasi politik kerana ahli politik akan dipaksa mengambil jalan inklusif atau eksklusif sebagai mengekalkan kedudukannya. Jikalau bill persendirian atas peruntukan 76 (a) dan meminda Akta Mahkamah Syariah (1965) dibentangkan oleh MP PAS maka desakan untuk menyokong atau tidak akan menguji MP Muslim khususnya merentangi fahaman politik. MP bukan Islam daripada aliran politik berbeza juga dipaksa untuk menyatakan sikap mereka, jikalau ini berlaku politik negara kita bukan sahaja semakin runcing perkaumannya tetapi faktor agama dalam sokongan boleh menambahkan lagi kerumitan politik di Malaysia. Hanya politik berprinsip dengan komitmen kepada kerangka negara dan mengambil kira kepelbagaian kaum yang ada akan menyelamatkan keadaan malah isu hudud berupaya untuk melahirkan sikap ini lewat politik baru yang sedang mengintai peluang untuk muncul. PAS tidak perlu bimbang kerana politik baru ini jugak adalah Islamik karakternya kerana ia mengambil jalan sederhana dan perkiraan maslahah umum yang merupakan intipati kepada siyasah syariyyah dan lebih penting ia akan menumbangkan kerajaan korup dan rasuah yang kini diterajui oleh UBN.. * Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ialah Ahli Parlimen Parit Buntar merangkap Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat. | ||
Anwar: Dyana simbol pembaharuan politik Malaysia Posted: 27 May 2014 10:54 PM PDT Oleh Lyn Nasir TELUK INTAN : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya pemilihan DAP meletakkan Dyana Sofya Mohd Daud di Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan mampu merubah era politik Malaysia. Katanya, pencalonan Dyana sekaligus menolak tuduhan Umno bahawa DAP adalah parti berasaskan kaum Cina semata-mata. "Walaupun saya tidak mengenali Dyana secara dekat, saya bangga dan gembira kerana saya percaya dengan pilihan DAP. "Graduan dari UiTM ini pandai dalam pengajiannya. Beliau juga berani kerana baru dua minggu jadi calon dah kena hentam dengan Umno. "Kita betul-betul menghargai pengorbanan beliau dan sehingga hari ini beliau masih bertahan," kata Anwar di hadapan 7,000 rakyat pada Ceramah Perdana di Jalan Selat, Kampung Terenganu, Durian Sebatang, Ahad lalu. Menurut Anwar, pencalonan Dyana antara langkah strategi Pakatan Rakyat untuk menarik anak muda supaya bergiat aktif dalam politik serta memecahkan tembok perkauman. "Jika kemenangan di Teluk Intan milik kita, Dyana adalah simbol pembaharuan dalam dunia politik dan kemenangan ini adalah masa depan kita semua," katanya. "Baik PAS, DAP atau KEADILAN, penting untuk kita buktikan pada semua bangsa tak kira Cina, Melayu, India – kita sama-sama bangkit untuk pertahan hak rakyat masing-masing tanpa mengira kaum. "Kita mahu ramai suara anak muda di Parlimen dan inilah semangat untuk mereka," kata Anwar lagi. | ||
Kematian Beng Hock bukan kes bunuh, habis apa? Posted: 27 May 2014 10:47 PM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Mahkamah Rayuan Putrajaya diberitahu bahawa kematian pembantu politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock bukan kes bunuh kerana mendakwa tiada sebarang unsur jenayah dalam kematiannya. Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd Abbas dipetik Bernama berhujah bahawa berdasarkan keterangan saksi-saksi semasa inkuiri dijalankan di Mahkamah Koroner, tiada sebarang unsur jenayah dalam kematian Beng Hock. "Oleh itu Hakim Rayuan (Mahkamah Tinggi) tidak terkhilaf apabila bersetuju dengan keputusan Mahkamah Koroner bahawa kematian bukanlah homisid dan keterangan pakar berkenaan "pre-fall injuries" tidak menyokong pencarian homisid," hujahnya dalam rayuan di hadapan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, di Putrajaya semalam. Beliau dilaporkan berkata, berdasarkan keterangan itu juga tidak ada kepastian apakah yang menyebabkan mendiang jatuh ke atas koridor tingkat 5, Plaza Masalam, Shah Alam. Katanya, oleh itu keputusan Hakim Rayuan yang mengekalkan keputusan terbuka oleh Mahkamah Koroner adalah tepat dan betul di sisi undang-undang. Mohamad Abazafree berhujah bahawa jelas daripada keterangan saksi-saksi itu juga tiada sebarang keterangan bahawa kematian Beng Hock diakibatkan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahupun sesiapa sahaja. Mengenai tanda kecederaan pada bahagian leher mendiang, beliau berkata, mana-mana pihak tidak pernah mempertikaikan bahawa punca kematian mendiang adalah akibat daripada "multiple injuries due to fall from height" (kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi). Hujahnya lagi, walaupun ada keterangan daripada ahli kimia Dr Seah Lay Hong berkenaan dengan "one other unknown male contributor" (seorang penyumbang lelaki yang tidak diketahui) dikesan pada tali pinggang mendiang, tetapi tiada sebarang keterangan langsung yang mengaitkan bahawa adanya pihak ketiga yang mengakibatkan kematian mendiang. Beliau berkata, berdasarkan keterangan juga tiada sebarang tanda-tanda pergelutan telah berlaku mahupun senjata ditemui di tempat kejadian. "Oleh itu tiada keterangan yang menunjukkan bahawa mendiang dibunuh atau adanya tekanan mahupun ugutan yang membawa kepada kematian si mati," katanya dipetik. Mohamad Abazafree berkata demikian dalam rayuan dikemukakan oleh Teoh Meng Kee, iaitu abang kepada mendiang terhadap keputusan Mahkamah Koroner pada 5 Januari 2010 yang memberikan keputusan terbuka bahawa kematian Beng Hock bukan disebabkan bunuh diri atau dibunuh dan juga tiada pihak ketiga terlibat dalam kematian itu. Perkembangan mengejutkan ini merungkai banyak persoalan dan misteri berhubung kematian mangsa yang akhirnya disimpulkan sebagai bukan kes bunuh. Beng Hock, 30, pembantu kepada Ean Yong Hian Wah ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, tempat terletaknya Ibu Pejabat SPRM Selangor sebelum ini, pada pagi 16 Julai, 2009. Selepas Mahkamah Koroner memberikan keputusan terbuka itu, Meng Kee memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi keputusan itu disemak semula. Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan semakan itu pada 1 Disember 2011. Meng Kee memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Rayuan pada 2 Februari 2013 untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu. Pendengaran di hadapan Hakim Mohamad Ariff yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Mah Weng Kwai dan Hakim Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer bersambung hari ini. | ||
Siasatan JPP sahkan 4 elemen sabotaj Pemilihan KEADILAN Posted: 27 May 2014 10:44 PM PDT KEADILAN DAILYSetelah pihak Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) KEADILAN menjalankan siasatan mendalam serta mengadakan sesi pendengaran sejak 17 Mei hingga ke hari ini, berikut adalah beberapa penemuan JPP: 1. JPP telah menerima laporan, aduan dan bantahan daripada anggota Cabang-Cabang tertentu yang mengadu tentang kehadiran orang yang bukan anggota parti yang telah menimbulkan kekecohan serta berusaha menghalang dan mensabotaj proses pengundian. 2. Daripada siasatan JPP, elemen-elemen yang berusaha untuk mensabotaj Pemilihan KEADILAN menggunakan modus operandi berikut: i. lebih dari separuh insiden sabotaj telah berlaku selepas jam 2.30 petang ii. pensabotaj akan merempuh masuk ke dalam dewan pengundian dan menimbulkan kekecohan iii. sasaran pensabotaj adalah tong-tong peti undi iv. pensabotaj terdiri daripada anggota kumpulan kongsi gelap – kami boleh sahkan bahawa perkara ini berlaku sewaktu proses pengundian di Cabang Kota Raja dan Kuala Langat Sebagai langkah keselamatan, beberapa perincian tidak akan kami umumkan untuk melindungi informan-informan yang terlibat dalam proses siasatan. 3. Pihak JPP telah menerima banyak rakaman video tentang insiden-insiden sabotaj, dan kami sedang meneliti video-video ini untuk mengambil tindakan lanjut. Pada masa yang sama, JPP meminta orang awam serta anggota parti yang mungkin mempunyai video atau rakaman kejadian-kejadian ini untuk tampil ke hadapan dan membantu kami. 4. Kesemua insiden di mana didapati berlakunya kesalahan tatatertib atau tataetika pemilihan, atau melanggar disiplin parti, akan dibawa ke perhatian Lembaga Disiplin parti untuk tindakan lanjut. Seperti yang semua sedia maklum, beberapa anggota telahpun dipecat dan digantung kerana melanggar tataetika atau disiplin parti. Oleh itu, dan kerana proses pemilihan semula akan berlangsung bagi beberapa Cabang pada 31 Mei dan 1 Jun ini, semua anggota parti perlu ingat dan prihatin tentang tataetika pemilihan serta disiplin parti. Berikut adalah Cabang-Cabang yang akan mengadakan proses pengundian pada 31 Mei dan 1 Jun: 31 Mei: 1. Setiu 2. Kuala Nerus 3. Kemaman 4. Dungun 5. Jerantut 6. Paya Besar 7. Pasir Puteh 8. Pengerang 1 Jun: 1. Tenggara 2. Sg Petani JPP akan membuat pengumuman tentang tarikh pemilihan semula yang lain dari semasa ke semasa. Datuk Johari Abdul Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat KEADILAN | ||
Dyana Mania : Anak Muda Meninggalkan Umno-Bn Posted: 27 May 2014 10:42 PM PDT Oleh Abu Hassan Adam Satu waktu dulu pernah aku tulis membayangkan kemungkinan UMNO akan senasib dengan dinosaur, sejenis binatang yang gagah dan kuat yang ditakuti oleh semua binanatang di atas bumi ini, akhirnya hilang dan lenyap. Oleh itu aku membayangkan apakah UMNO juga akan serupa nasibnya dengan dinosaur. Kini sudah mula muncul satu 'petunjuk' yang dinamakan 'Dyana Mania' dalam PRK Teluk Intan. Apakah 'Dyana Mania' akan menjadi pemangkin kepada proses penghijrahan anak muda Melayu khususnya meninggalkan UMNO. Apakah Tun Mahathir yang merupakan pemimpin UMNO begitu lama sudah dapat membayangkan keadaan sedemikian akan berlaku. Mungkin agaknya Tun sudah dapat merasakan keadaan sedemikian akan berlaku dan hanya sekadarkan beliau tidak mahu menyebutnya dan mungkin juga terlalu gerun untuk melafazkannya. Jikalau tidak begitu 'ramalan'nya tentulah tidak mungkin beliau begitu gabra meperkatakan tentang penampilan anak muda bernama Dyana dalam PRK Teluk Intan. Mungkin pemimpin UMNO yang lain tidak dapat nampak apa yang 'dilihat' dan 'direnung' oleh Tun Mahathir. Pastinya Tun Mahathir amat bimbang tentang perkembangan yang berlaku kini. Apa tidaknya. Dulu DAP adalah dianggap sebagai parti kaum Cina. Dan sehingga kini DAP sentiasa dianggap dan diwar-warkan sebagai parti rasis yang memperjuangkan kepentingan Cina dan anti Melayu. Tetapi dengan kehadiran beberapa pemimpin Melayu dalam DAP, tohmahan dan anggapan sebegini pastinya akan hilang dengan sendirinya. Yang paling merunsingkan para pemimpin UMNO ialah hilangnya label UMNO yang sentiasa dikatakan bahawa UMNO sahajalah yang akan memperjuangkan orang Melayu. Kini sudah ada tiga parti yang kuat dan kukuh yang bukan sahaja memperjuangkan orang Melayu tetapi juga kaum Cina, India, Kadazan, Dayak dll Maknanya lama kelamaan orang Melayu yang berpendidikan akan lebih selesa dengan parti yang berorientasikan bangsa Malaysia, yang berteraskan orang Melayu. Hakikat ini yang pada fikiran aku amat membimbangkan pemimpin UMNO terutama Tun Dr. Mahathir. Dan kemunculan Dyana mungkin merupakan 'catalyst' dan 'game changer' yang akan mencetuskan berbagai-bagai perkembangan selepas ini. Mungkin…. Oleh itu mahu tak mahu UMNO kena berubah ikut zaman. Jikalau tidak nasib UMNO akan sama dengan nasib Dinosaur. Lenyap di atas muka bumi ini. Dalam banyak hal UMNO terpaksa buat perubahan. Bak kata peribahasa Melayu, 'sekali air bah sekali pasir berubah'. 'Air bah' telah pun berlaku dan telah meninggalkan kesan-kesan yang memaksa 'pasir' berubah. Hukum alam mengatakan bahawa pasir mesti berubah selepas air bah. Oleh itu tidak salahnya ahli UMNO melihat keadaan sedemikian daripada mencari jalan menyalahkan 'orang' itu dan menyalahkan ' pihak' ini. Buang masa. Bukan zamannya kita membebel dan menyalahkan orang lain. Orang UMNO juga selalu' menyalak' ke sana ke mari menyuruh orang lain ' think positive'. Diri sendiri bagaimana? Aku perhatikan ramai pemimpin UMNO yang masih berada pada tahap tahun-tahun 60an. Jikalau ada pun perubahan cara berfikir dan bertindak, ia hanya berlaku dikalangan setengah pemimpin. Sedikit benar bilangannya. Apa tidaknya. Hadirkanlah diri di Persidangan Agung UMNO (PAU) yang diadakan pada setiap tahun itu. Itulah rupanya semenjak dari dulu sehinggalah sekarang. Dari segi penyampaian dan 'input' aku rasa tak banyak beza dengan keadaan pada tahun-tahun 60an dan 70an, walaupun ada usaha pembaharuan yang cuba hendak diketengahkan oleh golongan muda, namun usaha yang sedemikian 'tak jalan'. Itulah UMNO sehingga kini dan mungkin selama-lamanya. Berbalik kepada persoalan perubahan yang perlu dilakukan oleh UMNO. Aku tidak dapat memberikan formulanya. Aku hanya 'pandai' mengkritik tetapi tidak dapat memberikan penyelesaiannya. Itu aku mengakuinya. Dan bukan pula tugas aku nak memikirkannya. Cuma aku dapat memberikan senario yang sedang dan akan dihadapi oleh UMNO sekiranya mahu menjadikan parti itu relevan. UMNO terpaksa mengambil kira perasaan anak muda generasi DEB, terutamanya anak muda Melayu yang berpendidikan tinggi. Cara berfikir mereka agak berlainan dengan cara berfikir generasi lama – generasi sebelum DEB. Golongan ini tediri daripada para eksekutif yang boleh berdikari dengan ilmu dan ijazah yang mereka perolehi. Mereka tidak memerlukan 'tongkat' atau penggantungan kepada sesiapa. Mereka berdikari. Lantas cara berfikir mereka juga amat sukar dipengaruhi. Ramai anak muda generasi Kurun ke 21 sudah tidak berfikir berlandaskan kaum dan bangsa. Ini berlaku pada Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain. Mereka sudah tidak berapa peduli sangat tentang kedudukan kaum dan bangsa. Mereka adalah Bangsa Malaysia. Keadaan ini berlaku adalah ekoran daripada sukatan pelajaran yang merentasi kurikulum yang didedahkan kepada mereka di sekolah-sekolah. Aku perhatikan UMNO secara umumnya semacam tidak sedar tentang perkembangan yang dinyatakan di atas. UMNO masih syok sendiri. UMNO masih 'melayan' orang Melayu. Masih 'menjaga' hati orang Melayu. Begitu 'enaknya' melayan 'mimpi-mimpi' yang endah sehinggakan ramai orang Melayu tidak sedar tentang perkembangan yang berlaku disekeliling. Memang berlaku. Dan aku perhatikan keadaan itu dengan penuh minat. Aku nampak macam cerita seekor katak yang berada dalam air yang dipanaskan. Disebabkan terlalu selesa berada dalam air berkenaan, sikatak lupa bahawa air sedang dipanaskan. Si katak baru sedar yang ia dalam bahaya setelah air telah mendidik. Kesannya….. fikirlah sendiri…..http://abuhassanadam.blogspot.com/ | ||
Posted: 27 May 2014 10:37 PM PDT Oleh Zulkifli Yahaya 'HARAM hukumnya mengundi Dyana Sofya kerana calon DAP itu tolak hudud'. Demikian fatwa politik yang tersebar luas di alam maya.Ia dipetik daripada kenyataan Dyana bahawa sebagai seorang Muslim beliau tidak menolak hukum tersebut, cuma akan bersama keputus an parti jika terpilih sebagai ahli Parlimen. Ada lagi fatwa yang lebih hebat iaitu sesiapa mengundi calon tolak hudud maka akan jadi kufur. Jika haram hukumnya mengundi Dyana Sofya, maka lebih haram lagi mengundi calon Gerakan, Dato' Mah Siew Keong yang juga merupakan Presiden Gerakan. Ia kerana Gerakan lebih lantang lawan hudud berbanding DAP. Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang dan rombongannya menghantar memorandum hingga ke pejabat PAS mendesak PAS membatalkan hasrat membawa usul hudud ke Parlimen. Jika PAS berdegil, Gerakan mengancam mengheret PAS ke mahkamah. Jika mengundi calon DAP dan Gerakan haram dengan alasan hudud, maka siapa yang rakyat hendak undi dalam pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan? Maknanya pengundi beragama Islam haram turun mengundi, biar orang bukan Muslim sahaja yang me ngundi? Niat sebenar fatwa songsang tadi hanya untuk ditujukan kepada pengundi Islam yang bercadang untuk mengundi Pakatan Rakyat. Apabila penyokong Islam daripada Pakatan tidak mengundi sesiapa, sedang Melayu BN semua mengundi calon daripada Gerakan itu – maka menanglah BN. Itu saja matlamat fatwa tersebut disebarkan. Begitulah sebabak senario politik Malaysia yang sangat primitif sejak merdeka. Atau sejak Umno berkuasa dan tidak pernah kalah-kalah. Hukum suci ciptaan Allah SWT menjadi bahan eksploitasi politik Umno; untuk mengajak umat Islam menolak PAS atau untuk memecahbelahkan PAS dengan rakan-rakan politik. Isu politik yang dimainkan dalam pilihan raya Malaysia itu hampir tidak terdapat dalam mana-mana demokrasi di dunia ini. Isu hudud sangat laris digunakan para pemimpin BN mutakhir ini. Ia menjadi serampang dua mata. Mata pertama, seperti yang disebutkan tadi, untuk memecahkan PAS dengan rakanrakan sekutu dalam Pakatan. Mata kedua, ialah untuk mengalih isu derita rakyat akibat bebanan kos hidup. Sebahagian orang Melayu sangat mudah diumpan dengan isu agama dan rasis. Ahli Umno berkarat di Sik dan Baling begitu marah dengan calon Melayu kerana bertanding atas tiket DAP. "Melayu sanggup jadi alat DAP," tengking mereka. Besok pagi, pendukung kuat Umno bawahan itu tekun menghadap pokok getah untuk menoreh yang hasilnya kini cuma RM1.70 sekilogram getah sekerap. Atau tekun bekerja di kilang milik tauke Cina dengan pendapat an tidak seberapa. Orang Melayu penyokong tegar Umno hari ini menderita di mana-mana akibat kegagalan kerajaan membela nasib mereka, namun derita hidup golongan ini tidak jadi isu. Isu yang menjadi tersemat dalam benak sanubari me reka ialah jika Pakatan menang, DAP akan berkuasa dan hilanglah hak Melayu. Jika Pakatan berkuasa, negara huru hara dan rakyat menderita. Mereka tidak sedar kehidup an yang diuliti sekarang adalah dalam longkang derita, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Begitulah bijaknya Umno memperbodohkan orang Melayu sehingga kabur untuk melihat yang mata satu isu diri sendiri dan yang mana isu yang tiada kena mengena dengan mereka. Menghantar seorang wakil ke Parlimen bukan bertujuan untuk membahas isu hudud sematamata dari awal hingga ke akhir sesi. Terlalu banyak isu rakyat yang mahu diperjuangkan. Andai rak yat terpaksa memilih antara dua parti yang menolak hudud, maka kewajipan memilih salah satu parti yang lebih besar manfaat dalam aspek yang lain menjadi keutamaan. BN adalah parti memerintah yang sangat teruk, mungkar, menyeleweng, membocorkan wang rakyat dan rangkaian kebejatan mereka sudah berakar umbi dan 'bersistem' dalam pentadbiran. Menjatuhkan kerajaan yang seburuk itu adalah kewajipan rakyat yang berakal. Berdasarkan perkara tersebut, bukan susah sangat untuk memilih antara calon 'non-Muslim' daripada Gerakan atau calon Muslimah daripada DAP. Seperti biasa, bukan Umno namanya jika tidak menyerang calon dengan isu peribadi. Gaya pembunuhan karektor (character assassination) masih menjadi modus operandi Umno-BN untuk mengekalkan kuasa. Kelakar juga apabila Umno turut bermain de ngan isu aurat wanita hanya kerana calon DAP tidak menutup aurat dengan sempurna. Umno kena cari cermin yang besar untuk di letakkan di hadapan isteri Perdana Menteri supaya mereka dapat melihat diri sendiri. Ketua Wanita Umno, Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil turut menghamburkan pelbagai tuduhan. Paling celupar apabila menuduh Dyana sebagai 'alat dan boneka' DAP. Apa pun tuduhan yang dihamburkan dan perangkap yang dibuat untuk memecahkan Pakat an, BN tidak dapat menyembunyikan perkara sebenar dalam PRK Teluk Intan, iaitu kalah kali ketiga berturut-turut selepas Kajang dan Bukit Gelugor. Jika hatrik ini berlaku, ia pukulan maut untuk PM Najib Razak yang sedang nazak. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan