Sabtu, 24 Mei 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Simpanlah UiTM kamu itu dalam kelambu

Posted: 24 May 2014 03:23 AM PDT

uitm_M-600x350


Anak Mami Di Perantauan

Marah betul orang Melayu ni kalau dicuit hak miliknya. Tak percaya, cuba usik isteri siapa-siapa. Mau dihambatnya kamu dengan parang. Jadinya orang Melayu ini ada sifat 'ketuanan'. Ini sifat fitrah manusia, cumanya sifat ini di kalangan orang Melayu lebih tebal dan kuat adanya. Maka yang jadi haknya jangan diusik. Kalau tidak, buruk padahnya.

Universiti Teknologi MARA juga hak Melayu. Sekurang-kurangnya itulah yang didakwa beberapa pihak. Walaupun kadang kala tidak disebut hak Melayu, tapi ditulis 'Hak Bumiputera'; supaya yang di Sabah dan Sarawak tidak tersalah sangka. Hak Bumiputera, sepertimana yang lain-lainnya juga tidak boleh diganggu gugat.

Jangan ada yang mencabar UiTM yang diperakui haknya oleh yang Melayu dan Bumiputera. Kalau cabar, nescaya dikerah seluruh tenaga kerja UiTM bersekali dengan anak-anak mahasiswanya untuk mempertahankan benteng terkahir umat Melayu, eh salah, Bumiputera itu. Puluhan ribu akan turun ke jalanraya, pantang undur, rela bermandi darah sekiranya hak Melayu, eh Bumiputera, dicabar. Payung jangan lupa, takut nanti hujan.

Maka untuk yang begitu sekali berkehendak dengan UiTM itu sebagai harta miliknya, ambillah. Simpanlah UiTM hak kamu itu dalam kelambu. Belailah ia di malam sunyi sewaktu payah mahu tidur sambil bernanyi lagu 'Anak kecil main api', hingga terlena dipangku bantal yang lencun dibasahi air mata patriotisme.

Simpan. Kami tidak mahu.

Sebaliknya binakan lagi satu universiti seperti itu. Ya, sebuah universiti dengan prasarana lengkap dan berkualiti serupa, untuk anak-anak Malaysia selain Bumiputera yang ibu-bapanya tidak punya biaya.

Eh, takkanlah kerajaan 1Malaysia tidak sanggup membela nasib anak bangsa selain yang Bumiputera? Takkanlah hanya bina UiTM untuk kemasukan anak-anak menteri berkereta mahal belaka? Bagaimana pula anak pekebun kecil yang tiada wang belanja, yang makan bersukat dan tiada dana berfoya-foya?

Bukan itu sahaja, apa kata kembalikan UiTM kepada asalnya. Ya, hadkan kemasukan untuk anak-anak keluarga miskin sahaja. Yang kaya berharta, penyokong UMNO belaka kan tidak mahu pendidikan percuma? Nah, apa susah; suruhlah yang kaya berharta ini semua masuk institusi swasta.

Biar anak miskin dari keluarga susah yang tahu harga diberi peluang berbakti kepada negara, hasil pendidikan dibiayai rakyat jelata. Boleh? – Roketkini.com

Terima kasih PAS beri komitmen tinggi - Dyana

Posted: 24 May 2014 03:17 AM PDT

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR

.
TELUK INTAN: Calon DAP, yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya Mohd mengucapkan jutaan terima kasih kerana sangat bekerja keras membantu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Beliau berkata, petugas PAS daripada seluruh negara termasuklah Johor dan Kelantan bersama-sama membantu dari segi gerak kerja dan tenaga dalam misi mempertahankan kemenangan di kerusi tersebut.

"Saya ada jumpa muslimat yang datang daripada jauh seperti Johor, Kelantan membantu dalam kempen pilihan raya kecil ini. Saya sangat berterima kasih.

"Saya merasakan inilah komitmen paling tinggi yang pernah saya rasakan sepanjang penglibatan saya dalam politik," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Bilik Operasi DAP PRK Teluk Intan, semalam.

Dyana melihat, semua jentera daripada PAS, PKR dan DAP itu sendiri masing-masing bekerja keras dalam menghadapi pilihanraya kecil ini.

Beliau mengharapkan semangat berkobar-kobar yang ditunjukkan serta kerjasama daripada jentera parti komponen dapat kekal hingga Pakatan Rakyat sampai ke Putrajaya.

Dalam pilihanraya ini, jentera PAS dari seluruh negara sama ada Dewan Ulamak, Dewan Pemuda, dan Dewan Muslimat serta Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dikerahkan membantu kempen.

Walaupun pelbagai kontroversi dicetuskan bermatlamat dilaga-lagakan antara PAS dengan DAP, namun PAS tidak melatah sebaliknya meneruskan semangat setiakawannya terutama dalam menempuhi pilihanraya yang dianggap penting ini.

RTM tidak bagi laluan Kelantan jelaskan hudud

Posted: 24 May 2014 03:16 AM PDT

ASLANI M| FOTO ZAMANI MD ZAIN 





KOTA BHARU: Sehingga kini RTM tidak memberi sebarang jawapan bagi membolehkan kerajaan negeri menjelaskan mengenai perundangan hudud kepada masyarakat, kata Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Katanya, permintaan itu dibuat Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada persidangan Dewan Undangan Negeri 10 Julai 1994 selepas Enakmen Kanun Jenayah Syariah II dibentang  24 Nov 1993.

"Kita pernah memohon supaya RTM siarkan penerangan mengenai hudud tetapi tidak dijawab oleh RTM. Biar pun begitu kita telah melalui proses yang begitu teliti sebelum enakmen dibentang di persidangan Dun. Malah sebelum dibawa ke persidangan Dun kita juga adakan seminar pada 17 Nov 1993 di Balai Islam.

"Telah banyak kali diadakan bengkel, kolokium, seminar sebelum enakmen dibawa ke persidangan Dun. Prosesnya yang hebat dan mendapat tempat dalam masyarakat yang tidak pernah berlaku pada enakmen lain," katanya merasmikan seminar Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II di Putik hari ini. (Gambar atas)

Hadir sama Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS  Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Hassan Mohamood.

Seminar julung kali dianjurkan Dewan Ulama PAS Pusat selepas diwujudkan Jawatankuasa Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan. Pesertanya datang dari seluruh negara.

Ustaz Ahmad yang juga Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat berkata, selepas dilulus kerajaan negeri tidak dibenarkan melaksanakan Kanun Jenayah  Syariah melalui sepucuk surat yang dihantar Perdana Menteri ketika itu.

"Kita mendapat surat yang begitu mendukacitakan daripada Tun Dr Mahathir, malah beliau juga menuduh sebagai hudud PAS.

"Biar pun kita dihalang namun ia tidak mematikan usaha kita. Kerajaan negeri menganjurkan pelbagai seminar lagi bagi  mencari jalan ke arah pelaksanaannya. Dan hasil daripada rumusan seminar 2012 ada pakar melihat Kelantan ada peluang untuk melaksanakan hudud.

"Dan sekarang kita berusaha untuk membawa private bill ke parlimen selepas dilihat ada sokongan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir sebelum ini," ujarnya.

Menurutnya menteri dalam ucapannnya di parlimen memberi jaminan untuk menyokong mana-mana negeri yang hendak melaksanakan hudud dan ia perlu dibawa sendiri pembangkang.

"Maka Kelantan pada 2 April menyambut baik dan membuat keputusan untuk bawa private bill ke parlimen," katanya.

Menurutnya juga pada tahun lepas kerajaan negeri memasukkan dalam bajet 2013 sebanyak RM1 juta untuk menyediakan prasarana ke arah pelaksanaan hudud di Kelantan.

Memali: Cukuplah berselindung di sebalik fakta palsu

Posted: 24 May 2014 03:14 AM PDT

NAZRI ABDULLAH 


BALING: Kerajaan BN perlu berjiwa besar dengan mengakui kesilapan mereka dalam peristiwa Memali sekaligus menjernihkan semula sejarah hitam itu.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar berkata dengan pendedahan terbaru Tun Musa Hitam bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, masih di dalam negara waktu insiden itu berlaku, dan bersedia menceritakan fakta sebenar,  bermakna kertas putih yang dibentang di parlimen tidak lagi bernilai.

"Oleh sebab itu saya cabar jika BN ada maruah, menteri dalam negeri (Datuk Seri Ahmad) Zahid Hamidi bawa usul ke parllmen tarik balik kertas putih dan tubuh jawatankuasa di bawah parlimen siasat semula peristiwa Memali.

"Kertas putih tidak lagi bernilai. Kerajaan berselindung di sebalik fakta palsu yang direka dengan tahanan dipaksa membuat kenyataan," katanya pada ceramah Himpunan Keadilan Untukmu Memali di sini malam tadi.

Mahfuz yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah berkata, hampir 29 tahun peristiwa hitam itu, rakyat disogok dengan fakta palsu tanpa sebarang pembetulan.

Katanya, dengan pengakuan Musa yang juga menteri dalam negeri ketika itu, dan diakui sendiri oleh Mahathir, maka sangat wajar sejarah itu dijernihkan.

"Saya menawarkan mari kerajaan jernihkan suasana ini. Yang jadi mangsa bukan hanya keluarga yang terlibat dan rakyat Memali,  tetapi juga polis, yang menjadi mangsa percaturan politik jahat Umno Barisan Nasional," katanya.

Dalam pada itu Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena memaklumkan, beliau akan membawa eemua saksi yang masih hidup ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada bulan Jun ini.

Ianya supaya suruhanjaya itu boleh memperjuangkan hak mangsa yang terlibat sehingga membawa isu tersebut ke peringkat antarabangsa.

Sementara itu lebih 20,000 hadir pada program yang berlangsung di Madrasah Islahiah Memali malam tadi.

Turut berceramah malam tadi Presiden PAS Datul Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Mohammad Sabu serta bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib. -

5 peguam menang saman terhadap polis dan kerajaan

Posted: 24 May 2014 03:12 AM PDT

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi, semalam memutuskan bahawa penahanan lima peguam lima tahun lepas oleh adalah salah dan tidak sah.
  
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'Hara mengarahkan Fadiah Nadwa Fikri, Murnie Hidayah Anuar, Puspawati Rosman, Syuhaini Safwan dan Ravinder Singh Dhalliwal diberi ganti rugi am RM15,000 serta ganti rugi teruk dan teladan berjumlah RM60,000 setiap seorang.

Beliau turut mengarahkan kesemua defendan membayar kos berjumlah RM60,000 kepada Fadiah, Murnie, Puspawati dan Syuhaini manakala Ravinder sebanyak RM40,000.

Dalam penghakimannya, O'Hara berkata penahanan kelima-lima peguam terjumlah kepada penahanan salah dan menafikan hak perlembagaan mereka serta akses untuk diwakili peguam.
  
Beliau berkata mahkamah mendapati keterangan DSP Judy Blacious Pereira atau Jude kerap berubah.  

Mahkamah turut memutuskan bahawa alasan yang digunakan Jude ketika mengguna pakai Seksyen 28A (8) Kanun Tatacara Jenayah bagi menafikan hak untuk diwakili sebagai tidak munasabah berdasarkan keadaan ketika perhimpunan nyalaan lilin.

Empat peguam wanita menfailkan saman menamakan Konstabel Fauziah Mustafa, Inspektor Azlina Norzali, Konstabel Noor Balkhis Maazin, Ketua Polis Daerah Brickfields ketika itu, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, Jude, Ketua Polis Negara ketika itu serta kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Sementara itu, Ravinder menfailkan saman berasingan pada 7 Mei 2012 terhadap Jude, Wan Abdul Bari, Lans Koperal Saha'ri Ehwa, Ketua Polis Negara ketika itu dan kerajaan Malaysia.

Dalam pernyataan tuntutan, kelima-lima peguam mendakwa pada 7 Mei 2009, mereka hadir di luar pekarangan Ibu Pejabat Daerah Brickfields (IPD) untuk memberi bantuan guaman kepada 14 pelanggan mereka yang ditahan kerana mengadakan perhimpunan nyalaan lilin untuk Wong Chin Huat, aktivis hak asasi yang ditahan mengikut Akta Hasutan.

Mereka mendakwa dihalang memasuki kawasan IPD itu untuk bertemu anak guam masing-masing atas alasan anak guam mereka telah menandatangani satu borang bagi melepaskan hak mereka untuk bertemu peguam.

Kesemua peguam itu mendakwa anak guam mereka ketika dihubungi melalui telefon bimbit menafikan menandatangani borang berkenaan.

Mereka mendakwa telah beberapa kali memohon untuk berjumpa dengan anak guam mereka namun gagal.

Selepas itu, seorang pegawai polis muncul bersama pembesar suara membuat pengumuman agar mereka bersurai namun mereka gagal berbuat demikian dan ditahan di dalam IPD itu.

Fadiah, Murnie, Puspawati dan Syuhaini, yang ketika itu merupakan peguam Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur, mendakwa pada 5 pagi 8 Mei 2009 mereka dibawa menaiki kereta ke Balai Polis Travers dan dibebaskan dengan jaminan polis pukul 12 tengah hari.

Sementara itu, Ravinder mendakwa beliau ditahan selama 16 jam pada 7 Mei 2009.

Kesemua mereka mendakwa penahanan mereka itu tidak sah dan menyalahi undang-undang serta memohon ganti rugi am, teruk, teladan dan kos.

Bukit Gelugor: Pastikan calon lain hilang deposit

Posted: 24 May 2014 03:11 AM PDT

ROKETKINI 






GEORGE TOWN: "Pastikan calon Pakatan menang besar," begitulah sentimen yang berlegar sepanjang ceramah mega malam tadi, malah sepanjang tempoh kempen Pilihan raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor.

Ceramah yang diadakan di Dewan Sekolah Menengah Han Chiang adalah kemuncak kempen PRK kali ini, disertai pimpinan utama Pakatan Rakyat seperti Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta dihadiri hampir 10,000 hadirin yang memenuhi dewan dan kawasan padang.

Malah, Kit Siang dalam ucapan penuh bersemangat menggesa pengundi menjadikan PRK ini satu sejarah dengan memberikan kekalahan 'hilang deposit' kepada calon-calon lawan.

"Pastikan calon-calon lain ini hilang deposit, dengan itu kita dapat jadikan kemenangan ini bersejarah. Dengan itu kita dapat bina momentum di Teluk Intan.

"Selepas kita hantar Ramkarpal dan (calon PRK Teluk Intan) Dyana Sofya, bermulalah politik baru menggantikan politik perkauman lama," katanya.

Pada Pilihan raya Umum lalu, mendiang Karpal Singh mengalahkan calon Barisan Nasional Teh Beng Yeam dengan majoriti 41,778 undi.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula merayu agar semua pengundi keluar Ahad ini dan jangan terleka dengan tanggapan kemenangan mudah Pakatan.

"Saya yakin Ram boleh menang, tetapi biarlah kemenangan itu meyakinkan supaya kita boleh ajar BN. Maka, tolong datang (mengundi) dengan beramai-ramai," katanya.

Mengulang semangat yang sama, calon DAP Ramkarpal Singh kembali mengulang mesej utama kempen kali ini – keluar mengundi.

"Bukan sahaja kita mengharapkan kemenangan meyakinkan, anda semua perlu keluar dengan bilangan besar untuk menghantar mesej jelas kepada BN – enough is enough, jangan main-main!" katanya, disambut sorakan gemuruh hadirin.

Salahuddin gesa perkuat jentera PAS di Teluk Intan

Posted: 24 May 2014 03:08 AM PDT

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR 



 


TELUK INTAN: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub masih belum berpuas hati dengan jentera PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Pengarah Induk PAS PRK Teluk Intan itu menggesa jentera sama ada Dewan Ulamak, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS untuk terus turun beramai-ramai memperkuatkan jentera khususnya di dalam kawasan Dun Changkat Jong.

"Semua Dewan digesa dapat gerakkan lagi jentera di semua untuk memperkuatkan lagi gerak kerja pilihan raya.

"Saya harap jentera dapat turun semaksima mungkin hingga ke hari pembuangan undi," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Markas Induk PAS PRK Teluk Intan, Padang Tembak dekat sini.

Beliau melahirkan keyakinan dan percaya bahawa berdasarkan pada perkembangan semasa laporan-laporan mesyuarat jawatankuasa induk, prestasi Pakatan Rakyat di parlimen tersebut akan meningkat berbanding keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

Jelasnya, kerusi PAS, Dun Changkat Jong yang berada di dalam parlimen Teluk Intan akan dapat dianjakkan prestasinya apabila PRU13 lalu agak merosot sokongan daripada rakyat.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menyatakan, di samping memenangkan DAP, inilah masa terbaik untuk PAS membuktikan semangat setiakawannya di dalam Pakatan Rakyat.

PAS katanya tetap konsisten dengan prinsip tahaluf siyasi dan dengan isu yang dicetuskan akan diselesaikan dengan baik.

"PAS tidak sesekali untuk khianati parti yang menjadi rakan kita sebaliknya fokus untuk tumbangkan BN dalam pilihan raya ini," tegasnya.

SPR Jangka 78% Keluar Mengundi PRK Bukit Gelugor Esok

Posted: 24 May 2014 03:04 AM PDT

RAKYATNEWS


alt
 
 
 
GEORGETOWN  - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka peratusan yang keluar mengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor esok sekitar 78 peratus. 
 
Pemangku Pengarah SPR Pulau Pinang, Azizal Ahmad, berkata jangkaan itu berdasarkan trend pengundian dan peratusan keluar mengundi pada pilihan raya terdahulu. 
 
"Kebiasaannya kalau pilihan raya kecil ini jumlah pengundi yang akan keluar mengundi tidak seramai pilihan raya umum. Jadi, kami anggarkan 76 ke 78 peratus pengundi akan keluar mengundi esok," katanya kepada Bernama di sini hari ini. 
 
Beliau berkata sebanyak 68 undi pos sudah diterima. 
 
Rabu lepas, 83.1 peratus atau 123 daripada 148 pengundi awal di Parlimen itu melaksanakan tanggungjawab mereka. 
 
Ditanya mengenai persiapan akhir untuk hari pengundian esok, Azizal berkata kerja-kerja pemeriksaan peti undi di Dewan Sri Pinang yang bermula 9 pagi tadi sehingga 1 tengah hari ini berjalan lancar. 
 
"Esok, seawal pukul 6 pagi setiap ketua pusat mengundi akan datang semula ke Dewan Sri Pinang untuk mengambil semua peralatan yang mereka sediakan dan bergerak bersama polis pengiring peti undi ke pusat mengundi masing-masing," katanya. 
 
Sebanyak 17 pusat daerah mengundi akan dibuka pada pilihan raya kecil itu dengan 139 saluran untuk undi biasa. 
 
Keputusan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor dijangka diketahui seawal pukul 9 malam esok. 
 
Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh daripada DAP akibat kemalangan jalan raya di Km 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak, 17 April lepas. 
 
Pilihan raya kecil itu menyaksikan saingan empat penjuru antara calon DAP, Ramkarpal Singh Deo, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan dan dua calon Bebas, Mohd Nabi Bux Mohd Abdul Sathar serta Abu Backer Sidek Mohammad Zan. 
 
Kesemua calon yang bertanding bukan pengundi di kawasan parlimen berkenaan, kata Azizal.

Kos perubatan masalah terbesar rakyat Malaysia lepas bersara

Posted: 24 May 2014 01:31 AM PDT

OLEH LEE SHI-IAN


Ramai rakyat Malaysia bimbang dengan kos perubatan selepas mereka bersara pada usia tua. Gambar fail The Malaysian Insider.Ramai rakyat Malaysia bimbang dengan kos perubatan selepas mereka bersara pada usia tua. Gambar fail The Malaysian Insider. 

























Lebih separuh daripada rakyat Malaysia bimbang mengenai pelaburan kesihatan mereka selepas bersara apabila Putrajaya pada hujung tahun lalu mengumumkan kos perubatan swasta akan dinaikkan.

Kajian daripada kumpulan khidmat kewangan antarabangsa, Indeks Manulife Investor Sentiment mendapati 56% rakyat Malaysia bimbang tentang kenaikan harga ubat dan kesannya kepada wang simpanan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Manulife Holdings Bhd, Mark O'Dell, berkata perkara paling utama yang dibimbangkan selepas bersara adalah kos perubatan berbanding isu kesihatan yang semakin merosot pada usia tua.

"Ramai responden menunjukkan kos perubatan semasa tempoh persaraan menjadi kerisauan selepas perbelanjaan isi rumah.

"Mereka lebih bimbang jika tidak mampu menampung kos perubatan mereka daripada memikirkan tentang kesihatan yang akan semakin merosot," kata O'Dell dalam satu kenyataan.

Perkara ini berbeza dengan masyarakat negara lain di Asia yang menunjukkan keutamaan mereka adalah tahap kesihatan yang semakin menurun, kata O'Dell.

Ironinya, kajian mendapati 51% rakyat Malaysia menunjukkan kurang peka tentang penurunan tahap kesihatan ketika bersara, berbeza dengan 64% responden daripada seluruh Asia yang menyuarakan tahap kesihatan mereka sebagai kebimbangan utama.

Hampir separuh daripada rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dalam kajian ini mempunyai insurans perubatan dan kesihatan.
Sebahagiannya berniat untuk memperbaharui semula atau mengekalkan insurans mereka apabila bersara, manakala yang lain enggan meneruskannya.

"Punca kebimbangan mereka ini mungkin tindak balas terhadap tindakan Putrajaya hujung tahun lalu yang mengumumkan untuk memberi laluan kepada sektor swasta untuk menaikkan harga perubatan," kata O' Dell.

"Selepas 12 tahun harga ubat dikawal, langkah itu bakal memberi kesan berganda.

"Orang ramai sedar kesan inflasi perubatan jika tindakan menaikkan harga ubat dilakukan," katanya.

Mac lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam mengumumkan pengamal perubatan dan pergigian dibenarkan menaikkan yuran khidmat profesional mereka sebanyak 14.4%.

Subramaniam berkata, kadar itu adalah kenaikan paling maksimum yang dibenarkan Putrajaya dan berpatutan serta selari dengan kadar inflasi 23%.

"Ketika bersara, pelabur Malaysia menjangkakan perbelanjaan kesihatan dan perubatan mereka adalah sebanyak 13% daripada perbelanjaan bulanan mereka.

"Manakala pelabur yang mahu meneruskan insurans perubatan mereka dijangka menambah lagi 10% perbelanjaan untuk premium kesihatan dan perubatan.

"Dalam kiraan mereka, hanya perbelanjaan isi rumah dan keperluan harian (28% daripada jumlah perbelanjaan bulanan) akan bertambah setiap bulan," kata O'Dell.

Katanya, walaupun keutamaan antara rakyat Malaysia dengan masyarakat lain di Asia berbeza, namun isu kemerosotan kesihatan juga tidak diketepikan.

"Jelas rakyat Malaysia juga mahu melindungi simpanan kewangan mereka tetapi dengan menaikkan perbelanjaan kesihatan bukanlah cara yang betul," katanya.

Indeks Manulife Investor Sentiment adalah kaji selidik bersiri yang mengkaji keperluan pelabur di seluruh negara.

Kajian MISI juga keyakinan terhadap pelaburan semakin melonjak, walaupun tidak menepati perbelanjaan besar dalam pelaburan sebenar.

Malaysia berkongsi kedudukan dengan Filipina sebagai negara pelaburan paling positif di Asia.

Sentimen pelabur keseluruhan antara pelabur di Malaysia melompat 10 mata kepada 58, jauh lebih tinggi daripada purata 24 di negara lain.

Jumlah lonjakan itu dicatatkan sebagai paling besar dalam tempoh suku pertama 2014 sekali gus meningkatkan keyakinan dalam prospek pembangunan negara.

Pendapat pelabur Malaysia dalam semua sektor aset secara umumnya adalah positif, tetapi yang paling menonjol adalah ekuiti (naik 9% hingga 39%) dan dana bersama (naik 16% hingga 54%).

Kedua-dua ekuiti dan dana bersama dibantu oleh kenaikan di pasaran saham sepanjang tempoh tersebut.

Keadaan ekonomi yang agak kukuh di Malaysia memberikan kesan; suku pertama 2014 pertumbuhan KDNK berkembang di +6.2% setiap tahun, menepis jangkaan pasaran dan menunjukkan pertumbuhan paling kukuh sejak suku keempat 2012.

Penganalisis bagaimanapun secara berhati-hati optimis dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia semasa baki 2014.

Pertumbuhan dijangka didorong oleh permintaan domestik dan pemulihan sektor eksport berdasarkan pertumbuhan ekonomi dunia yang berterusan.

Pegangan tunai antara pelabur Malaysia kekal antara sekitar empat bulan pendapatan peribadi, yang terendah di rantau ini, tetapi menyusutkan peratus portfolio mereka kepada 40%.

DNA babi dikesan dalam dua produk Cadbury Dairy Milk

Posted: 24 May 2014 01:23 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

 
Hasil siasatan Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati produk coklat susu dengan kacang hazel mempunyai DNA babi. Gambar ping.busuk.org.Hasil siasatan Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati produk coklat susu dengan kacang hazel mempunyai DNA babi. Gambar ping.busuk.org.





















Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan isu pengesanan DNA babi (porcine) dalam produk coklat susu dengan kacang hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas melalui aplikasi media sosial pada 23 Mei 2014.

Di dalam media sosial tersebut memaparkan keputusan analisis porcine dikesan di dalam produk coklat susu dengan kacang hazel – Cadbury Dairy Milk.

Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara berkaitan dengannya.

Hasil siasatan oleh KKM mendapati 3 sampel coklat Cadbury diambil untuk analisis porcine bagi tujuan pemantauan.

Keputusan analisis mendapati 2 sampel dikesan mengandungi porcine iaitu:

i) Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no 200813M01H I2) yang bertarikh luput 13 November 2014.

ii) Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

Manakala, satu lagi sampel Coklat Susu - Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan porcine.

Pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan memanggil balik produk terbabit dari pasaran dengan serta-merta.

KKM menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok pada label produk sebelum membeli atau memakannya.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, pengguna boleh mengemukakan kepada KKM melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq. – Bernama

Dyana, calon dan anak yang baik, tidak rugi mengundi beliau

Posted: 24 May 2014 01:19 AM PDT

ASPAN ALIAS


Penyertaan Dyana Daud, sebagai calon DAP dalam pilihanraya Teluk Intan memberikan banyak kesimpulan yang jelas. Saya adalah orangnya yang membawa Dyana hampir dan akhirnya menjadi calon DAP dan saya begitu bangga dengan kehadiran beliau dalam arena politik negara. Saya begitu rapat dengan ibu dan bapanya dan saya hampir secara peribadi mengenali dengan Dyana sejak Dyana masih dalam buaian lagi. Daud bapanya, serta ibunya Yammi Samat, adalah sahabat keluarga dan tidak pernah berpecah kerana keikhlasan keluarga ini bersahabat dengan keluarga saya.

Saya begitu bersukacita dengan pencalonan beliau itu kerana beliau mungkin dapat membersihkan nama DAP sebagai parti hanya untuk kaum Cina, malahan salah satu dari sebab kenapa DAP dan Pakatan tidak berjaya dalam pilihanraya yang lepas ialah kerana isu bangsa yang menjadi isu yang hangat semasa itu. PAS telah berhadapan dengan isu nama Allah yang disebut-sebut oleh rakan kongsinya DAP dan DAP pula telah menunjukkan sikap chauvinistik nya kerana apa yang digambarkan parti itu sebagai parti untuk semua bangsa tidak dilaksanakan oleh DAP semasa itu.

DAP hanya mempunyai seorang Ahli Parlimen Melayu iaitu Ariff Sabri di Dewan Legislatif Parlimen. Jika kita semua iktiraf Zairil sebagai Melayu maka DAP hanya mempunyai dua orang wakil Melayu walaupun telah mengakui parti itu sebagai parti semua kaum. Nyata itu merupakan kudis bagi DAP dalam PRU yang akan datang kerana DAP telah berbohong dan tidak dapat membuktikan yang ia adalah sebenarnya parti berbilang kaum.

Dengan terpilihnya Dyana sebagai calon DAP di Teluk Intan ini mungkin DAP secara beransur-ansur dapat membuktikan dan meyakinkan orang ramai yang kali ini DAP tidak berbohong lagi. Tetapi DAP hanya akan dapat membuktikan yang mereka serius untuk menjadikan parti itu sebagai parti berbilang kaum dalam PRU yang akan datang.

Saya merasakan yang Dyana akan memenangi PRK Teluk Intan ini dan ramai yang menghubungi saya untuk memberikan undi menyokong Dyana secara moral untuk Dyana menjejak kaki ke Dewan Parlimen dan memainkan peranan untuk memperjuangkan 'multiracialism' sebenarnya dalam DAP itu.

Dengan kemenangan Dyana, maka ada dua muka Melayu di dalamnya termasuk Ariff Sabri dari Raub. Seperti yang saya nyatakan tadi jika kita semua iktiraf Zairil sebagai Melayu maka ada tiga orang Melayu dalam Parlimen yang mewakili DAP. Dengan tercalonnya Dyana ini, saya berpendapat DAP bernasib baik dengan adanya PRK ini. DAP masih ada kesempatan untuk memperbaiki keyakinan orang Melayu yang DAP sedang berusaha untuk menjadikan parti itu 'multiracial' sebagai 'attribute'nya walaupun sasarannya masih jauh jika parti itu mahu diyakini sebagai parti berbilang kaum.

Tetapi kita akan hanya tahu samada DAP serius atau hanya bermain 'intrigue' politik semata-mata apabila kita melihat senarai calon parti itu dalam pilihanraya 14 nanti. Orang Melayu sekarang amat memberikan fokus terhadap DAP dalam PRU yang akan datang. DAP tidak ada masalah untuk mencari Melayu yang berwibawa yang masih muda dan berkemampuan untuk memberikan nafas dan imej baru kepada parti itu.

Melayu yang muda-muda (40 tahun ke bawah) masih ramai yang belum tercemar budayanya yang boleh diraih oleh DAP untuk bergiat dalam parti itu.

Bagi saya pengundi di Teluk Intan sepatutnya memberikan sokongan dengan memberikan undian yang padu kepada Dyana, anak muda yang mempunyai sisik politik yang tinggi. Darah politiknya datang dari darah ibunya yang tidak pernah bersara dari politik walaupun sekarang ini tidak memegang apa-apa jawatan. Walaupun ibu dan keluarga Dyana adalah ahli seumur hidup UMNO tetapi mereka tidak mencegah Dyana membuat pendiriannya sendiri.

Sesungguhnya keluarga ini adalah keluarga yang hidup dengan perjuangan dan kecenderungan politik yang berbeza tidak memecahkan keluarga ini. Itu sahaja adalah bukti yang politik masih hidup jika dalam keluarga itu mempunyai pendirian yang berbeza diantara satu dengan lain.

Kepada pengundi Teluk Intan, saya tahu dan mengakui secara testimonialnya yang Dyana ini adalah anak yang baik dan boleh digilap dan diberikan galakan untuk maju jauh kehadapan. Buat kali ini cara menggilapnya ialah dengan memberikan sokongan kepada beliau tanpa was-was.

Saya yakin, pengundi Teluk Intan tidak akan ada kekesalan jika mengundi Dyana ini. Berpakat-pakatlah sesama sendiri serta rakan dan keluarga dan memberikan undian yang jelas kepada wanita muda yang bertenaga dalam hidup ini.

Jangan kita biarkan orang Melayu hanya dijadikan pembawa poster dan memikul banting-banting sambil memanjat tiang untuk menampal poster dalam pilihanraya sahaja.

Ceramah Mega Anwar di Bukit Gelugor malam ini, 23 Mei

Posted: 24 May 2014 01:15 AM PDT

KEADILAN DAILY


BUKIT GELUGOR : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menggegarkan pentas Ceramah Mega Pakatan Rakyat pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor malam ini.

BG1Ceramah yang bakal berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Han Chiang, Jalan Lim Lean Teng, Air Itam itu turut dibarisi pemimpin negeri antaranya, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan calon DAP, Ram Karpal.

Turut serta menyampaikan ceramah yang bermula 8.30 malam nanti, Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke dan Ahli Parlimen Parit buntar, Mujahid Yusof Rawa.

Ram Karpal akan menentang tiga calon iaitu Huan Cheng Guan dari Parti Cinta Malaysia (PCM), Mohamed Nabi Bux dan Abu Backer Sidek Mohammad Zan dari Bebas bagi merebut kerusi Parlimen tersebut Ahad ini.

PRK Bukit Gelugor diadakan setelah penyandangnya, Karpal Singh maut dalam kemalangan jalan raya berhampiran Gua Tempurung, Perak pada 17 April lalu.

Khairy perlu rajin ajak pemuda ke majlis salawat Nabi

Posted: 24 May 2014 01:15 AM PDT

MSO


Tindakan liar beberapa orang pemuda Umno yang berasingan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Pahang semalam dan kelmarin sedikit sebanyak boleh menjejaskan kredibiliti ketua mereka, Khairy Jamaluddin. Dalam era anak muda celit maklumat dan mahukan politik bersih dan gantleman, kejadian yang berlaku itu meletakkan politik Pemuda Umno seakan mahu kembali ke zaman "kejar kerbau dengan golok" atau zaman beruk dan kera.

Dalam kejadian pertama sekumpulan pemuda Umno merempuh dewan undangan negeri Pulau Pinang selepas menunjuk perasaan kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan seorang Adun DAP, R.S.N. Rayer  yang mengatakan pemimpin "Umno" celaka.

Kejadian kedua pula, ekoran apa yang berlaku di Pulau Pinang itu, sekumpulan pemuda Umno Wilayah Persekutuan telah menunjuk perasaan di hadapan ibu pejabat DAP memuasnahkan papan tanda dan mengancam untuk membakar ibu pejabat parti berkenaan.

Rentetan itu sekumpulan pemuda Umno di Indra Mahkota di Pahang pula melontarkan telor ke pejabat DAP. Pemuda di Indra hanya berani bermain dengan telor sahaja.

Kejadian-kejadian dan tindakan liar itu tidak memberi keuntungan kepada pemuda Umno dan Umno sendiri. Sebaliknya orang akan melihat itulah cara pemuda Umno dibawah pimpinan Khairy berdepan dengan sesuatu isu. Ada kecendorngan Umno mahu menggunakan fizikal, bukan akal dalam politik.

Saya tidak fikir ia adalah atas arahan Khairy Jamaluddin. Boleh jadi yang melakukan provokasi dan tindakan liar itu kumpulan yang menentang Khairy dalam Pemuda Umno. Mereka berbuat demikian sebagai ujian terhadap Khairy sebagai pemimpin pemuda. Mereka mahu meruntun Khary agar bermain politik arragont seperti mereka.

Mungkin di sebalik tindakan rasis dan liar itu ada agenda untuk menjatuhkan imej Khairy. Apabila Khairy tidak mengikut rentak mereka, mereka akan membuat kesimpulan bahawa Khairy sebagai pemuda yang penakut dan lemah serta tidak berani bertindak. Mereka mahu Khairy bersama mereka untuk menunjukkan kejantanan secara bodoh.

Mungkin begitu.


Tetapi nampaknya Khairy tidak termakan dengan provokasi itu. Bahkan Khairy melahirkan rasa kedal diatas sikap liar segelintir ahlinya itu. Beliau juga memohon maaf secara diam kepada DAP khasnya dan masyarakat Cina atas apa yang berlaku.

Eloklah kalau Khairy tidak menari mengikut paluan kompang anak-anak buahnya yang nakal dan cetek politik itu. Sebagai pemimpin masa depan Umno Khairy harus terbuka dan bersikap tasamuh dalam aksi politik.

Saya juga percaya anak-anak muda yang melakukan provokasi dan bersikap liar itu tidak sampai ke majlis salawat Nabi yang dianjurkan oleh Khairy di Putrajaya. Kerana kalau mereka sampai ke majlis itu, menghayati sirah Nabi mereka, mereka tidak akan tergamak melakukan aksi-aksi beruk dan kera seperti mana pernah Khairy nampakan kepada penunjuk demonstrasi reformasi dahulu.

Khairy perlu lebih rajin dan kerap mengajak pemuda Umno berada dalam majlis salawat Nabi agar mereka cool dan dapat bertindak sebagai manusia yang berumatkan Muhammad.

Ceramah Perdana Anwar di Teluk Intan esok dan Isnin (26 Mei)

Posted: 24 May 2014 01:07 AM PDT

KEADILAN DAILY


TELUK INTAN : Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan yang berbaki hanya seminggu terus hangat dengan kehadiran Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ceramah Perdana pertama beliau bermula esok malam.

Ceramah yang bakal berlangsung di Jalan Selat, Kampung Terengganu, Durian Sebatang itu akan dimulakan pada jam 9 malam.

Roketkini lagiSeterusnya untuk malam kedua pada Isnin, Anwar akan berceramah pula di perkarangan Bilik Gerakan KEADILAN, Bandar Baru, Pasir Bedamar mulai 8 malam.

Selepas itu, beliau meneruskan ceramah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jong iaitu di perkarangan Rumah Kedai, No 11, Tmn Desa Aman, Jalan Maharajalela, Teluk Intan, pada jam 9 malam.

Kehadiran masyarakat setempat dan dari negeri yang berdekatan sangat dialu-alukan.

PRK Teluk Intan pada 31 Mei ini menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud menentang calon BN, Datuk Mah Siew Keong.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, dari DAP akibat kanser pada 1 Mei lalu.

Anwar: Zahid mesti tegas heret samseng Umno ke muka pengadilan

Posted: 24 May 2014 01:02 AM PDT

Oleh Nazar Hashim


BUKIT GELUGOR : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mesti bertindak tegas mengheret samseng Umno yang terlibat dalam insiden pencerobohan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini ke muka pengadilan dan tidak berat sebelah terhadap perbuatan memalukan itu.

serbu 2


"Sama ada Zahid suka atau tidak kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, tindakan samseng Umno itu terbukti jelas mencemarkan sistem demokrasi negara.

"Sekiranya kerajaan tidak mampu pertahankan peraturan undang-undang, lebih baik berundur daripada menjadi kerajaan yang lemah dan tidak bertanggungjawab," kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian di hadapan lebih 1,000 hadirin pada Ceramah Mega Perdana Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, di Dewan Sekolah Menengah Han Chiang, Air Itam malam tadi.

Pada 21 Mei lalu, kumpulan diketuai Naib Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Jasmin Noordin itu menyerbu masuk sidang DUN Pulau Pinang kira-kira jam 2 petang.

Kumpulan kira-kira 100 orang itu merempuh pagar utama DUN bagi membantah kenyataan ADUN Seri Delima, RSN Rayer yang didakwa menggelar pemimpin Umno sebagai 'celaka'.

serbu

Mereka juga menjerit nama Rayer hingga menimbulkan suasana bingit. Manakala sebahagiannya memanjat meja Speaker dan mengancam membaling telur kepada Rayer.

Turut bersama kumpulan itu, Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang, Rizuad Azudin serta Ghani Jiman yang pernah menghantar kek berbentuk najis manusia kepada Ketua Menteri Pulau Pinang pada 2011. Tindakan biadap itu menyebabkan sidang DUN ditangguhkan selama sejam.

Anwar selanjutnya mempersoal pendirian polis dan pasukan keselamatan dalam menangani serangan tersebut.

Beliau membidas tindakan berat sebelah polis kerana bertindak pantas terhadap insiden yang didakwa melibatkan penyokong Pakatan Rakyat.

"Buktikan polis dan kerajaan sememangnya tidak 'double standard' dalam menangani isu serangan samseng Umno yang memalukan seluruh negara.

"Buktikan juga undang-undang dan sistem keadilan negara ini tiada beza untuk pemimpin Umno jika dibandingkan dengan rakyat bawahan.

"Saya akan tetap berdiri teguh di belakang kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menentang provokasi dan tindakan samseng-samseng tersebut," kata Anwar lagi.

'Kami mahu tuntut pampasan'

Posted: 24 May 2014 12:59 AM PDT


Sebahagian pekerja kilang menuntut pampasan dijanjikan majikan sebelum mereka diberhentikan sejak 2001 lalu. Sebahagian pekerja kilang menuntut pampasan dijanjikan majikan sebelum mereka diberhentikan sejak 2001 lalu.


KOTA BHARU - Seramai 45 bekas pekerja sebuah kilang di sini, menuntut majikan bayar pampasan berjumlah  RM4,500 setiap seorang, yang didakwa dijanjikan sebelum mereka diberhentikan sejak 13 tahun lalu.

Seorang bekas pekerja kilang terbabit, Norizan Jusoh, 52, berkata, sehingga kini janji tersebut masih gagal ditunaikan walaupun kes tersebut telah dibawa pihak kesatuan pekerja ke peringkat atasan.

"Mengikut perjanjian, selepas kami diberikan surat berhenti, mereka akan membayar pampasan kepada 45 pekerja terlibat. Tiada alasan diberikan majikan berhubung penamatan perkhidmatan kami.

"Pada mulanya kami bingung memikirkan hal ini kerana rezeki kami hanya bergantung kepada wang yang diperoleh daripada hasil pekerjaan di kilang berkenaan," katanya pada sidang media di Kedai Buluh, di sini, semalam.

Norizan mendakwa, selepas 13 tahun menunggu, ada bekas pekerja yang telah meninggal dunia akibat sakit tua.

Sementara itu, Abdullah Salleh, 72, yang bekerja sebagai bekas pemandu di kilang itu berkata, dia hairan apabila majikannya ambil pekerja baharu dengan upah RM10 sehari melalui kontrak selepas mereka yang bekerja sepenuh masa diberhentikan.

"Tindakannya itu menimbulkan tanda tanya dan mengecewakan kami. Justeru, kami berkumpul di sini hari ini (semalam) untuk tuntut hak kami dan berharap nasib kami dapat dibela memandangkan ramai antara kami makin uzur dan sakit," katanya.

Seorang lagi bekas pekerja kilang terbabit, Hasnah Abdullah, 60, berkata, dia kecewa dengan tindakan majikannya itu.

"Kami minta agar wang pampasan seperti dijanjikan dibayar. Kami sudah penat untuk ke sana ke mari membawa perkara ini ke peringkat atasan tetapi tiada penyelesaian," katanya.

Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan pihak kesatuan pekerja yang mengetengahkan isu tersebut tetapi mereka gagal dihubungi.

Suhaizan: Lakonan murahan segarkan perkauman

Posted: 24 May 2014 12:56 AM PDT


Suhaizan  
Suhaizan


SHAH ALAM - Tindakan ahli Pemuda Umno Wilayah Persekutuan membuat kecoh di ibu pejabat DAP kelmarin hanyalah lakonan semata-mata untuk membangkitkan agenda perkauman dan membodek pimpinan atasan.

Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat mendakwa, tindakan itu sudah diduga agar parti itu dilihat terus berkuasa di negara ini.

"Aksi-aksi ganas di Dun atau cubaan merosakkan pejabat DAP adalah ramuan yang cukup untuk Perkasa dan Isma menyambut lakonan pemuda Umno," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Terdahulu, Adun Seri Delima, RSN Rayer dilaporkan mengeluarkan perkataan kesat terhadap pemimpin Umno ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri, Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, Selasa lalu.

Ekoran tindakannya itu, pemimpin beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Pemuda Umno Pulau Pinang menyerbu masuk ke dalam dewan sidang Dun Pulau Pinang keesokkan harinya untuk mencari Rayer.

Bantahan sama diikuti Khamis lalu apabila beberapa ahli Pemuda Umno Wilayah Persekutuan turut mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Ibu Pejabat DAP di Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

Bantahan yang pada mulanya bertujuan untuk menyerahkan memorandum bertukar kecoh sehingga menyebabkan pihak polis terpaksa menutup jalan dan mengawal kesesakan lalu lintas di kedua-dua arah.

Elak serangan peribadi jika mahu menang

Posted: 24 May 2014 12:55 AM PDT


PRK Teluk Intan  
PRK Teluk Intan


SHAH ALAM - BN berpeluang merampas kembali kerusi Parlimen Teluk Intan daripada DAP jika parti itu menggunakan pendekatan betul yang boleh meyakinkan pengundi di kawasan tersebut.

Pensyarah Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Terknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, tidak mustahil kerusi tersebut kembali ke pangkuan BN memandangkan Teluk Intan pernah disandang parti itu sejak 1999 lagi.

"Hakikatnya Teluk Intan pernah dimiliki BN pada 1999, 2004 dan 2008, tetapi adakah pengundinya itu boleh membuat peralihan undi dalam tempoh setahun ini.

"Sukar (dirampas) kerana ia bergantung kepada usaha BN bagi menampakkan DAP tidak digemari langsung di kalangan orang Cina dan jika berlaku maka bertukarlah kedudukan itu," katanya kepada Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada minggu lalu yang mengatakan BN mempunyai peluang untuk merampas kerusi Parlimen Teluk Intan berikutan aliran sokongan semasa yang ditunjukkan pada beberapa PRK sebelum ini.

Shahrizat berkata, jentera BN perlu bekerja dengan lebih keras, gigih dan penuh disiplin bagi memastikan ia boleh dilakukan.

Mengulas lanjut, penganalisis politik bagaimanapun mengingatkan BN supaya tidak dengan menyerang calon tetapi perlu memfokuskan kelemahan parti lawan termasuk pergolakan DAP dengan rakan komponen PR sepanjang tempoh berkempen ini.

"Kita ada seminggu lebih, banyak isu cuma strategi tidak kena kerana serangan peribadi terhadap calon DAP banyak dilakukan.

"Sepatutnya diketengahkan ialah calon itu sendiri iaitu BN dan jika serangan peribadi dibuat secara berleluasa, akhirnya akan berlaku backlash dari segi politik," katanya lagi.

DNA babi: Jakim adakan mesyuarat tergempar

Posted: 24 May 2014 12:45 AM PDT


JAKIM  
JAKIM
 
 
 
SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang mengadakan mesyuarat tergempar susulan kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan berhubung DNA babi (porcine) yang dikesan dalam coklat susu kacang hazel dan buah badam Cadbury Dairy Milk.

Penolong Pengarah (Perhubungan Awam) Divisyen Halal Hub, Jakim, Nadia Zammil Md Nasir ketika dihubungi berkata, mesyuarat tersebut diadakan dalam kadar segera bagi merungkai isu ini.

"Sebarang maklumat lanjut berkenaan isu ini akan diberikan selepas mesyuarat pada petang ini," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa DNA babi (porcine) telah dikesan dalam coklat susu kacang hazel dan buah badam Cadbury Dairy Milk.

Samseng Umno bertindak liar sewaktu pemimpin parti bertepuk tangan memerhati

Posted: 24 May 2014 12:40 AM PDT




Oleh V Shuman


Wah, nampaknya Umno dan pemimpinnya sudah sama taraf dengan Tuhan. Ataupun, itu yang dipercayakan parti itu sekarang.Kini, apa-apa yang diucapkan terhadap mereka adalah kekufuran dan pelakunya mesti dihukum dengan teruk.

Seorang lagi anggota kanan Umno telah merangkak keluar dari guanya untuk menyeru ADUN DAP Seri Delima, RSN Rayer Dewan dikenakan Akta Hasutan kerana memanggil "Umno celaka."

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, baru-baru ini menggesa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mendakwa Rayer, kerana ulasannya bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi juga satu penghinaan kepada orang Melayu secara amnya.

Shahidan, bagaimanakah perbuatan mencemuh Umno itu satu penghinaan kepada orang Melayu secara umumnya? Adalah keseluruhan penduduk Melayu di negara ini ahli Umno? Saya kenal ramai rakan-rakan Melayu yang pintar yang mengelakkan parti itu.

Saya bersetuju, adalah tidak wajar bagi Rayer, seorang wakil rakyat yang dipilih untuk menggunakan bahasa yang kasar, tidak kira apa masalah beliau terhadap Umno. Dia sepatutnya menggunakan perkataan yang lebih baik, dengan mengambil kira kesan yang mungkin berlaku.

Namun, ia masih tidak menghalalkan tindakan penyokong Umno yang ganas untuk turun ke jalanan bagi menuntut bela.

Hanya beberapa hari selepas sekumpulan orang bodoh yang menggelarkan diri mereka ahli-ahli Pemuda Umno menyerbu Dewan Undangan Pulau Pinang untuk bertemu Rayer, sebuah lagi kumpulan biadap hadir di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur pada hari Khamis, dan mengancam untuk membakar bangunan itu.

Ketua gerombolan itu, ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii, telah dilihat berkelakuan kasar ke arah pakar strategi DAP, Ong Kian Ming yang berada di situ untuk menerima memorandum mengenai isu itu.

Patut juga dinyatakan bahawa Mohd Razlan, dengan baju tidak berbutang dan tingkah laku bak samseng, telah mengenakan songkok. Satu kata-kata nasihat untuknya – anda boleh menipu kebanyakan orang dengan imej "alim" anda, tetapi Tuhan maha melihat.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bukan sahaja tidak menegur anak-anak buah beliau, malahan telah turut sama mengecam Rayer – dan mencabar Rayer untuk mengulangi apa yang diucapkannya di hadapan ahli-ahli parti itu.

Apa akan berlaku jika Rayer melakukannya, Khairy? Adakah anda secara peribadi akan menikam Rayer dengan keris?

Sejak itu, Khairy telah mengeluarkan kenyataan yang berbunyi tidak begitu ikhlas yang membayangkan tindakan akan diambil terhadap ahli-ahli Pemuda Umno yang menghalakan asap motosikal mereka ke arah calon pilihan raya Teluk Intan DAP, Dyana Sofya baru-baru ini, tetapi hasilnya sudah boleh diteka sesiapa.

Jelas sekali Khairy, sebagai Ketua Pemuda telah hilang tali untuk mengekang samsengnya. Bagaimana pula pemimpin kanan dalam parti itu – mereka patutnya dapat mengawal ahli-ahli mereka, bukan?

Di mana Presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak? Di Kazakhstan untuk lawatan kerja? Oh, kebetulan pula.

Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperkecilkan keadaan itu dengan berkata yang bantahan berapi pada hari Khamis itu adalah "tindak balas semula jadi" oleh ahli-ahli Umno apabila imej parti itu dicemari oleh orang luar.

Tambahnya protes itu "akan diberi perhatian". Biar betul, TPM? Di sini berlakunya kes-kes anggota parti anda merusuh tanpa menghormati atau mengambil kira undang-undang dan keamanan, dan anda hanya boleh katakan yang ianya "semula jadi?"

Contoh apakah yang sedang anda berikan?

Bagaimana pula Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar? Ancaman membakar bangunan adalah hasutan keganasan, jadi dia sepatutnya akan campur tangan kerana ia mengganggu ketenteraman orang ramai bukan? Harapan.

Hakikatnya, Malaysia hari ini dimiliki golongan bigot dan radikal yang bebas, memuntahkan racun dan mengancam pertumpahan darah terhadap sesiapa yang berani mempersoalkan budaya suka bergaduh mereka. Dan pemimpin-pemimpin di negara ini, dan juga pihak berkuasa, adalah pemerhati semata-mata.

Mungkin ia memerlukan beberapa kepala untuk dipenggal dan beberapa mayat untuk bertaburan di jalanan, sebelum mereka akhirnya membuat keputusan untuk masuk campur. Itu pun jika kita bernasib baik.- See more at: http://bm.theantdaily.com

Krisis Terengganu – sistem diketepikan, Umno-BN diberi kelebihan

Posted: 24 May 2014 12:35 AM PDT




Oleh Aziz Bari


Jika kita mampu membuat perbandingan di antara krisis politik di Terengganu baru-baru ini dengan perlawanan bolasepak, ia seperti masa permainan dilanjutkan bagi membolehkan pasukan pilihan menjaring gol kemenangan atau mungkin jaringan menyamakan kedudukan. Ini bukan kali pertama di mana Umno-BN diberi kelebihan oleh sistem yang ada, yang sewajarnya bersifat berkecuali. Sistem ini seharusnya dipimpin dasar demokrasi yang berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. 

Kita pernah saksikan situasi yang sama di Perak lima tahun lalu, apabila "parlimen tergantung" di sidang dewan undangan negeri apabila Umno-BN dan Pakatan Rakyat mempunyai jumlah kerusi yang sama. Sultan Perak tidak membubarkan parlimen seperti yang disuarakan Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Mohamed Nizar Jamaluddin tetapi memilihkan untuk menggantikannya dengan Datuk Seri Dr Zambry Kadir daripada Umno-BN.

Ada yang berpendapat, keputusan Sultan berdasarkan hujah perlembagaan namun sebenarnya terdapat beberapa lagi pilihan yang mampu dibuat. Pada tahun 1994, kita pernah melihat senario yang membabitkan kerajaan PBD Sabah yang diterajui Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan diasak berikutan kemasukan ramai ahli dewan undangan negeri ke dalam Umno-BN. Permohonan beliau agar sidang DUN dibubarkan telah ditolak Yang di-Pertua Negeri dan Joseph Pairin Kitingan terpaksa berundur selaku Ketua Menteri Sabah.

Umno-BN melalui media kawalannya, sentiasa cuba memastikan sistem menyebelahi mereka.
Selalunya ini dilakukan dengan membelakangi semangat demokrasi serta Perlembagaan. Apabila Pakatan Rakyat cuba menukar kakitangan di pentadbiran negeri Selangor, media menjelaskan peranan serta perkenan Sultan di dalam membuat keputusan tersebut. Bagaimanapun, Pakatan sebenarnya mempunyai sokongan dua pertiga majoriti. Sikap hipokrit Umno-BN jelas apabila perubahan kepimpinan kerajaan negeri di Sarawak muncul tidak lama selepas itu. Kuasa yang ada di tangan Sultan Selangor dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sebenarnya sama: kedua-duanya perlu bersetuju dengan keputusan parti yang memegang majoriti.

Helah Umno-BN tidak hanya dimainkan melalui manipulasi media. Apabila terdesak, mereka semakin rakus. Pengalaman kita telah menunjukkan bahawa mereka turut melaksanakan perintah darurat apabila media dilihat tidak begitu berkesan. Inilah yang tercetus di Sarawak pada 1966 serta di Kelantan pada 1977. Pada ketika itu, kerajaan persekutuan – di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman (1966) dan Datuk Hussein Onn (1977) menggunakan perintah darurat bagi mengambilalih kepimpinan.

Di dalam kedua-dua krisis, kerajaan negeri enggan memberi kerjasama dan pihak istana mengambil keputusan yang sesuai dengan lunas-lunas demokrasi seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan. Ketua Menteri Sarawak ketika itu disingkir, namun tidakan itu tidak sah mengikut keputusan mahkamah. Istana Kelantan pula menolak usul pembubaran yang dibuat Menteri Besar ketika itu yang telah ditolak oleh Sidang Dewan Undangan Negeri.

Sarawak dan Kelantan bagaimanapun jatuh ke tangan BN selepas pilihanraya negeri yang diadakan selepas darurat ditamatkan. Kelantan bagaimanapun kembali kepada pemerintahan PAS pada 1990 sementara Sarawak kekal di dalam cengkaman Umno-BN melalui PBB dan sekutunya.

Berbalik kepada krisis di Terengganu, tiada siapa – kecuali penyokong tegar Umno-BN – yang menjangka kerajaan ini dapat bertahan. Pertama, ia lebih rumit berbanding keadaan di Perak pada 2009. Pada satu ketika, kerajaan negeri Terengganu ini tidak sah. Selepas Datuk Ahmad Razif mengangkat sumpah selaku Menteri Besar di depan Sultan pada 12 Mei – berikutan perletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sejam sebelumnya – beberapa siri perletakan jawatan berlaku.

Ahmad Said yang marah meletak jawatan selaku ahli Umno dan langkah beliau diikuti dua penyokong setianya. Pengunduran diri mereka mengurangkan kekuatan Umno kepada hanya 14 Ahli Dewan Undangan Negeri, termasuk menteri besar baharu. Pakatan pula mempunyai 15 ADUN.

Mengikut perlembagaan, Ahmad Razif perlu meletak jawatan bagi keseluruhan pentadbirannya atau Sultan mampu menyingkir beliau. Secara alternatif, rakyat mampu menuntut mahkamah agar pentadbiran Ahmad Razif dibubarkan. Bagaimanapun, semua itu tidak berlaku. Sebaliknya, kerajaan Umno-BN bertegas sementara penasihat undang-undang negeri Datuk Azhar Abdul Hamid membuat kenyataan bahawa kerajaan akan bertahan kerana ia mempunyai 15 ADUN. Ini berikutan perlantikan ahli yang juga memegang jawatan Speaker. Ketua polis negeri pula memastikan keadaan kekal aman sementara Umno-BN berusaha memujuk Ahmad dan penyokongnya kembali ke pangkuan Umno. Ini berjaya dilakukan dalam tempoh 48 jam kemudian.

Dr Abdul Aziz Bari merupakan bekas profesor undang-undang UIAM yang kini bersyarah di Unisel. Beliau juga Felo Kanan di badan pemikir bebas IDEAS dan Institut Pulau Pinang.
- See more at: http://bm.theantdaily.com

Ceroboh DUN: Khairy digesa umum tindakan

Posted: 24 May 2014 12:25 AM PDT

MALAYSIAKINI


Calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh Deo menggesa Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengumumkan tindakan yang akan diambil terhadap anggota pergerakan itu yang merempuh ke dalam bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Rabu lepas.
  
"Tindakan perlu diambil. Permohonan maaf daripada (Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang) Jahara (Hamid) sahaja tidak mencukupi kerana saya tidak fikir beliau mempunyai pengaruh terhadap mereka.
  
"Oleh itu, saya menyeru Khairy Jamaluddin menyatakan apakah tindakan yang sedang diambil terhadap orang berkenaan memandangkan identiti mereka sudah dikenal pasti," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.
  
Beliau berkata DAP mengutuk cubaan mana-mana pihak untuk bertindak seperti kumpulan manusia ganas.
  
Kira-kira 100 lelaki yang mendakwa mereka daripada Umno dan pertubuhan bukan kerajaan merempuh pintu utama bangunan itu dan memasuki biliknya, dikatakan untuk mencari ADUN Seri Delima R. S. N. Rayer, yang didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Umno pada Selasa.
  
Rayer dikatakan mengeluarkan kata-kata itu ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dengan mendakwa beberapa pemimpin Umno negeri cuba menimbulkan ketakutan rakyat melalui demonstrasi yang membangkitkan sentimen pergaduhan kaum 13 Mei 1969.
  
Terdahulu, Ramkarpal menemani Rayer membuat laporan polis berhubung pemasangan kain rentang yang mempunyai gambar Rayer dengan kapsyen 'Melayu Celaka', dan gambar Ramkarpal bersama petikan kata-kata daripada ceramahnya bahawa beliau akan menentang hukum hudud sekiranya diberi mandat sebagai anggota Parlimen.
  
Kain rentang itu dipasang di beberapa tempat dalam kawasan Bukit Gelugor.- Bernama

'Anda mahu kami siasat 'penceroboh' bawah Sosma?'

Posted: 24 May 2014 12:23 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan itu lebih mengetahui di bawah undang-undang mana untuk menyiasat penceroboh yang masuk ke Dewan Undangan Pulau Pinang pada hari Rabu.

"Undang-undang mana yang anda jangkakan kami akan siasat mereka? Seksyen apa yang anda mahu kami tangkap mereka?" katanya dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

Katanya, mereka disiasat di bawah tiga seksyen - 147, 427 dan 448 - Kanun Keseksaan.

"Jangan ingat kami tidak beri perhatian serius," tambah Khalid.

"Anda mahu kami menyiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau Sosma?"

Sosma digubal menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang telah dimansuhkan.

Beberapa individu ditahan di bawah Sosma pada tahun 2013 kerana didakwa ada kaitan dengan aktiviti pengganas.

Khalid menjawab pertanyaan seorang wartawan yang menyatakan ada kritikan bahawa pihak polis sepatutnya menggunakan seksyen yang lebih berat untuk menyiasat kes pencerobohan ke dalam Dewan itu.

Ini berkaitan dengan kejadian pada hari Rabu apabila 12 orang termasuk ahli Umno dan PERKASA merempuh masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri mencari ADUN DAP Seri Delima RSN Rayer.

Ia ekoran kenyataan Rayer yang dilaporkan menyebut perkataan "celaka" yang ditujukan kepada tiga pemimpin Umno, yang dianggap satu penghinaan kepada orang Melayu dan umat Islam.

Dua belas lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu dan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Wartawan tersebut merujuk kepada kenyataan MP PKR Alor Setar,
Gooi Hsiao Leung (kanan), semalam, yang juga seorang peguam, bahawa polis sepatutnya menyiasat penceroboh tersebut di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti yang "memudaratkan" demokrasi berparlimen.

Hukuman bagi tuduhan tersebut, kata Gooi, ialah hukuman maksimum penjara 20 tahun.

Menurut Gooi lagi, mereka juga boleh didakwa di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyerang atau intimidasi jenayah terhadap seorang ADUN, yang membawa hukuman maksimum tujuh tahun penjara.

Khalid menjawab: "Dalam kes ini, kami (polis) lebih mengetahui seksyen mana untuk menyiasat. Jika peguam itu fikir dia lebih tahu, Kita lihatlah apa yang berlaku di mahkamah."

Beliau berkata pasukan polis bersedia menghadapi sebarang kemungkinan semasa kempen pilihan raya Bukit Gelugor, yang akan berakhir tengah malam esok. Pengundian ditetapkan pada hari Ahad.

Beliau turut menasihatkan semua pihak supaya sebelum bercakap "fikir dahulu dua atau tiga kali" tentang akibatnya.

Khalid berkata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi telah mengadakan perbincangan dengan semua pihak yang terlibat insiden di Dewan Undangan Negeri itu.

Utusan mohon maaf pada Khalid Ibrahim

Posted: 24 May 2014 12:15 AM PDT

MALAYSIAKINI




 
 
 
Utusan Malaysia hari ini memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana menyiarkan artikel bertajuk "Khalid dimaki ahli PKR" pada 17 Mei lalu.
 
Dalam ruang kecil halaman kelapan akhbar itu, pihak penerbitan Utusan memaklumkan mereka  kesal kerana menerbitkan laporan yang menimbulkan reaksi kurang senang dan mengaibkan Khalid itu.
 
"Utusan Malaysia kesal atas penerbitan tersebut yang telah menimbulkan rasa kurang senang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di atas kesilapan tersebut," permohonan maaf itu dipetik.
 
Akhbar tersebut juga berjanji tidak akan menerbitkan laporan seperti itu lagi pada masa akan datang.
 
Utusan pada 17 Mei lalu melaporkan Khalid dimalukan oleh ahli PKR apabila beliau dimaki hamun seorang ahli Cabang Kuala Selangor yang mendakwa calon timbalan presiden PKR itu sebagai penipu kerana melakukan perkara bercanggah dengan etika lembaga disiplin dan Jawatankuasa Pemilihan Parti.
 
Ahli berkenaan, Zulkifli Abdullah dilapor menghamburkan kata-kata kasar sebaik sahaja mendapati Khalid keluar dari bilik sidang akhbar di ibu pejabat PKR.
 
Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor turut terkejut melihat Khalid dimalukan di hadapan khalayak ramai.

Pemuda UMNO merusuh di Kuantan pula

Posted: 23 May 2014 11:41 PM PDT

rasict

rosak 


KUANTAN – Pejabat DAP Cawangan Kuantan pula menjadi mangsa serangan pemuda UMNO hari ini setelah semalam merusuh di ibu pejabat kebangsaan DAP di Kuala Lumpur.

Dalam kejadian sekitar jam 2 petang, sejumlah 20 orang pemuda dengan lilit kepala merah berhimpun di bangunan DAP Kuantan dengan membawa sepanduk bertulis kata-kata kesat.

Mereka kemudiannya bertindak membaling telur ke bangunan tersebut, serta menendang pintu masuk ke tangga pejabat sehingga bengkok.

Pihak polis mengambil masa kira-kira satu jam setengah untuk menyuraikan perusuh-perusuh terbabit.

Himpunan tersebut dipercayai untuk membantah kenyataan yang dikeluarkan ADUN DAP Sri Delima, RSN Rayer.

Sejak semalam, pejabat-pejabat DAP di seluruh negara berada dalam keadaan berjaga-jaga setelah sekumpulan pemuda UMNO Wilayah Persekutuan bertindak ganas merobohkan papan tanda di ibu pejabat kebangsaan DAP selain mengugut mahu membakar bangunan tersebut.

Ibu Pejabat DAP serta Wisma DAP Pulau Pinang turut dikawal pihak polis tengah hari ini setelah mendapat khabar kononnya kumpulan-kumpulan tertentu akan merusuh lagi berikutan rusuhan semalam terbantut setelah hujan turun lebat.

Kumpulan yang diketuai Razlan Rafii semalam berhimpun untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada DAP, namun sampul mengandungi memorandum tersebut dikoyakkan dan dilempar ke muka Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming.

Dalam sidang media siang tadi, Dr Ong beserta Naib Pengerusi DAP Tan Kok Wai dan Ketua Biro Undang-undang DAP Gobind Singh Deo mengesahkan bahawa pihak polis sedang menyiasat kejadian semalam dan akan mengambil tindakan lanjut.

Sementara itu, Dr Ong turut memaklumkan bahawa Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sudah pun meminta maaf di atas perbuatan anak-anak buahnya.

Namun permohonan maaf yang dihantar melalui pesanan terus di Twitter itu disifatkan tidak mencukupi.

"Khairy, permohonan maaf melalui 'direct message' (di Twitter) bukanlah permohonan maaf secara terbuka atau pengakuan bertanggungjawab ke atas kelakuan Pemuda UMNO Wilayah Persektuuan," tulis Dr Ong di laman sosial Twitter.

Meski pun sudah memohon maaf, terbukti Khairy gagal mengawal anak buahnya apabila serangan berlaku di Kuantan tengah hari tadi. – Roketkini.com

Tiada ulasan: