Selasa, 13 Mei 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Di Terengganu bermasalah tetapi tidak sebesar masalah di Persekutuan

Posted: 13 May 2014 07:14 AM PDT




Krisis melanda UMNO dan kerajaan negeri Terengganu, berikutan dengan perletakkan jawatan Ahmad Said sebagai Menteri Besar semalam dan terus keluar dari UMNO dan menjadi ADUN bebas dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Tindakan Ahmad Said keluar dari UMNO itu telah membuatkan dua orang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri mengikut jejak langkah Ahmad Said keluar parti dan meletakkan kerajaan BN/UMNO Terengganu kini adalah kerajaan minoriti yang hanya mempunyai 14 kerusi sahaja dalam DUN Terengganu. Nampaknya tidak mustahil jika PAS akan mengambil alih kerajaan Terengganu kerana jumlah bilangan kerusi bagi UMNO dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu sudah tidak melayakkan UMNO menerajui negeri itu lagi.

Tetapi saya tidak ingin menyebut apakah yang terbaik bagi PAS lakukan dalam krisis yang amat besar menghadapi UMNO Terengganu ini. Saya lebih cenderung untuk memberikan ulasan tentang UMNO secara keseluruhannya.

Tindakan Ahmad Said keluar UMNO sejurus meletakkan jawatan Menteri Besar itu membawa makna dan 'significance' yang besar terhadap UMNO itu sendiri. Ia bermakna pucuk pimpinan UMNO sudah tidak mendapat penghormatan yang sepatutnya dari pimpinan bawahannya. Tidak ada sebab Ahmad Said keluar dari parti hanya kerana beliau diminta meletakkan jawatan. Walaupun beliau memberikan alasan kerana Najib tidak mahu memberikan peluang untuk beliau meletakkan jawatan selepas 17 Mei nanti, sejurus beliau melangsungkan perkahwinan anaknya.

Tindakan Ahmad Said dan dua orang lagi ADUN Terengganu meninggalkan parti itu membayangkan yang pimpinan Najib sudah tidak dihormati lagi oleh pimpinan peringkat bawahan. Tindakan tidak akur Ahmad Said dan dua lagi ADUN itu bukan sahaja tidak menghormati Najib, tetapi ia juga melambangkan sikap tidak percaya terhadap barisan kepimpinan parti kerana keputusan UMNO meminta seorang Menteri Besar itu adalah tindakan bersama semua Majlis Tertinggi (collective responsibility) parti.

Kegagalan menguasai UMNO Terengganu itu menunjukkan kelemahan Majlis Tertinggi UMNO dan ia merupakan undi tidak percaya terhadap Majlis Tertinggi UMNO bukan setakat tentangan terhadap Najib seorang. Ahmad Said sememangnya seorang yang bermasalah tetapi pucuk pimpinan masih memilihnya untuk menerajui kerajaan Terengganu kerana kepentingan jangka pendek semata-mata. Akibatnya kita sedang sama-sama menyaksikannya.

Itu sebabnya blog ini telah banyak tahun menyatakan yang UMNO yang kini sangat lemah tidak lagi mampu membuat keputusan dengan tepat. Keputusan yang hendak dilakukan itu adalah keputusan yang melibatkan pemimpin yang semuanya adalah dikalangan mereka yang mengambil budaya politik 'kuning' yang akan membunuh UMNO itu sendiri akhirnya.

Kalau tidak masakan Ahmad Said merupakan seorang yang sangat 'controversial' yang mendapat tempat dan kedudukan melalui perpecahan dalam UMNO khususnya di Terengganu itu sendiri. Ahmad menjadi Menteri Besar dalam kontroversi besar dan perletakkan jawatan beliau sendiri pun menghasilkan kontroversi yang besar sehingga menjerumuskan UMNO negeri ketahap yang sangat merbahaya kedudukannya. Apa yang berlaku di Terengganu sekarang ini merupakan kejadian yang 'predictable' dari dahulu lagi dan hanya menunggu masa untuk terjadi.

UMNO pusat tidak lagi mempunyai kekuatan untuk menguruskan negara. Itulah sebabnya selalu di peringatkan yang jika UMNO masih ingin menjadi relevan seluruh kepimpinan di Pusat itu wajar berhenti dan bersara dan serahkan kepada orang yang lebih berpengalaman dan mempunyai ciri-ciri 'magnanimity' yang tinggi untuk melakukan pembaharuan.

Saya yakin yang keadaan ini bukan sahaja berlaku di negeri Terengganu, tetapi ia juga berlaku di negeri-negeri lain dan akan hanya menunggu masa sahaja untuk terjadi perkara seperti ini. Keretakan berlaku di setiap negeri dan kawasan dan UMNO sudah kehilangan segala-galanya ciri parti yang memerintah.

'Intra problems' dalam UMNO begitu serius dan bagaimana pula UMNO hendak menyelesaikan masalah-masalah besar yang lain seperti rungutan dan tidak puas hati ahli 'equal partners' dalam Persekutuan ini. Isu dan rungutan rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak ini bukannya isu yang kecil kerana ia melibatkan negara di masa hadapan. Ia memerlukan kepimpinan Persekutuan yang benar-benar mempunyai ciri kepimpinan negara yang berjiwa besar bukan setakat pemimpin yang hanya menyelesaikan isu-isu secara 'ad hoc' tanpa bertindak untuk memperkuatkan negara dan rakyat dalam jangka masa yang panjang.

Masalah 'inter-party' dalam BN semakin serius dan tanpa penyelesaian yang segera ia tidak akan mengembalikan negara kepada keadaan yang pernah kita alami dahulu. Yang menyelamatkan UMNO sedikit pada hari ini, ialah perpecahan yang juga sedang berlaku dalam pihak pembangkang dan keadaan ini juga tidak memberikan keyakinan kepada rakyat yang ramai untuk mendapatkan sebuah negara yang kuat dalam mana rakyatnya hidup dalam aman dan damai.

Sesungguhnya masalah yang dihadapi oleh pimpinan di Terengganu walaupun masalah besar tetapi ia tidak sebesar masalah yang mereka hadapi dengan dua buah negeri, Sabah dan Sarawak. Ia melibatkan kestabilan sebuah negara yang besar dan isu yang mereka di Malaysia Timur hadapi bukanlah isu yang kecil.

Bagi mereka perjanjian Persekutuan Malaysia yang mereka tanda tangani dahulu adalah perjanjian diantara empat buah negara, Singapura, Sabah dan Sarawak bersama dengan Persekutuan Tanah Melayu. Mereka berhak untuk menuntut apa yang telah dipersetujui dan ditanda tangani kerana jika tidak diselesaikan isu ini maka mereka juga berhak untuk bertindak mengikut kehendak dan kemahuan mereka seperti yang dijanjikan dan di tanda tangani itu.

Penyelesaiannya hanya akan tercapai jika ada dikalangan pemimpin yang berwibawa membawa kembali ke meja perundingan untuk menyelesaikan apa-apa ketidak puasan hati rakyat di sana. Tanpa ada pemimpin yang mampu untuk menyelesaikan dan mencari formula terbaik bagi isu ini, keadaan ini tidak mustahil akan memecahkan negara bukan setakat perpecahan parti-parti politik tanahair semata-mata.

Jika kita hendak mengharapkan pimpinan di Persekutuan yang ada pada hari ini dari kedua-dua belah pihak BN dan Pakatan Rakyat ia tidak akan sampai kemana-mana dan akhirnya akan berlaku apa yang kita tidak ingini pada suatu ketika nanti.

Selalu blog ini menzahirkan pendapat yang kita memerlukan sebuah negara baru yang terlandas kepada kerjasama diantara negeri-negeri yang berdaulat dan rakyat berbilang kaum dan agama yang mantap agar kita dapat dengan segera meninggalkan situasi sekarang yang amat merumitkan kerajaan dan rakyat semua.

Liyana Jasmay kini bergelar ibu

Posted: 13 May 2014 07:10 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay, 26, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram pada pukul 7.40 malam, pada Isnin. 
Ibunya, Datin Habsah Simpon berkata, Liyana yang kini berada di Pusat Perubatan Prince Court dekat sini, bersalin secara normal dan kini berada dalam keadaan baik. 
"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar Liyana dimasukan ke Pusat Perubatan Prince Court pada Ahad kerana sudah ada tanda-tanda untuk bersalin. 
"Kira-kira pukul 7.40 malam Isnin dia selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram secara normal," katanya kepada mStar Online melalui aplikasi Whatsapp, di sini, Isnin. 
Tambahnya, buat masa ini Liyana masih belum memberitahu nama yang dipilih untuk diberikan kepada bayi sulungnya itu. 
Liyana mendirikan rumah tangga dengan Fathuddin Mazlan, 30, pada 2 Februari 2013 dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Seri Pacific, dekat sini

Ramai ketua cawangan mahu keluar Umno ikut Ahmad Said

Posted: 13 May 2014 06:56 AM PDT

Ahmad Shabery diminta balik segera pulihkan Umno Bahagian kemaman
ahmad shabery cheek

KEMAMAN: Ramai ketua cawangan Umno di Bahagian Kemaman dijangka keluar dari Umno mengikut jejak langkah bekas ketua bahagiannya, Datuk Seri Ahmad Said.

Semalam beliau meletakkan jawatan sebagai menteri besar. Pada sebelah malam pula beliau yang juga ADUN Kijal keluar dari Umno dan secara automatik beliau meletakkan jawatan ketua umno bahagian yang dimenangi semula pada tahun lepas.

Menurut seorang ketua cawangan yang enggan namanya disebut, beliau meminta pemangku ketua bahagian, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek balik segera ke Kemaman menangani masalah ini.

"Jika tidak majoriti ketua cawangan yang terhutang budi dengan Ahmad Said akan keluar dari Umno beramai-ramai," katanya kepada FMT.

Katanya lagi, Shabery yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia patut memanggil segera mesyuarat khas ahli jawatankuasa Umno Bahagian untuk membendung masalah keluar dari parti.

"Sikap beliau berdiam diri menjadi tanda tanya kepada ahli-ahli Umno Kemaman. Dahlah ketua bahagian sudah keluar dari Umno, sepatutnya pemangku ketua bahagian memangil semua ketua cawangan menyatakan pendirian menyokong kepimpinan menteri besar baharu, Datuk Razif Abdul Rahman," tegasnya.

Ahmad Said menjadi ketua bahagian pada tahun 2000 mengalahkan pemangku ketua bahagian, Datuk Abu Bakar Ali. Pada tahun 2004, beliau menang tanpa bertanding. Begitu juga pada tahun 2008, beliau menang tanpa bertanding. Pada tahun 2013, beliau mengalahkan Mat Dalam Awang dengan majoriti besar.

Sehingga ikni FMT difahamkan Umno Bahagian Kemaman lesu kerana ketua pemuda, ketua wanita dan ketua puteri tidak menyatakan pendirian menyokong Ahmad Shabery Cheek memangku jawatan ketua bahagian.

Adakah Shabery yang juga ahli majlis tertinggi Umno bersikap "play safe" kerana terhutang budi kepada Ahmad Said yang membawanya aktif dalam Umno pada tahun 2000.

Shabery kalah dalam pertandingan ketua pemuda menentang ahli parlimen Kemaman, Dr Ramli Taib pada tahun 1998.

Dari tidak pernah memegang sebarang jawatan dalam Umno, Shabery terus diangkat sebagai timbalan ketua bahagian selama empat penggal sejak tahun 2000.

Yang menjadi tanda tanya adakah majoriti ahli jawatankuasa Umno Bahagian Kemaman akan keluar dari Umno mengikut jejak langkah Ahmad Said?

Seorang Adun Bebas Terengganu kembali kepada Umno, kata Shahidan

Posted: 13 May 2014 06:50 AM PDT

OLEH DIYANA IBRAHIM


Datuk Seri Shahidan Kassim (berbaju merah) mengatakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bebas sudah kembali kepada Umno. Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Mei, 2014.Datuk Seri Shahidan Kassim (berbaju merah) mengatakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bebas sudah kembali kepada Umno. Gambar fail The Malaysian Insider,


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan salah seorang daripada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Terengganu yang sudah menjadi wakil rakyat bebas kembali kepada parti tu.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu bagaimanapun tidak menamakan Adun yang kembali menyertai kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu itu.

"Kedudukan terkini Umno kembali kepada 15, PAS 14, PKR 1, dan calon bebas 2," katanya kepada The Malaysian Insider.

Lewat malam tadi, bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib bertindak keluar Umno, tidak sampai 24 jam selepas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai ketua eksekutif baru negeri itu.

Awal pagi ini, Adun Bukit Besi, Roslee Daud menyertai Ahmad dan Ghazali untuk keluar dari Umno.
Spekulasi mengatakan Roslee merupakan Adun yang kembali menyertai kerajaan BN Terengganu.

Guru maut dalam kemalangan di Jalan Bentong-Raub

Posted: 13 May 2014 06:45 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

 
Seorang guru terbunuh selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya terbabas dan bertembung dengan sebuah treler membawa muatan baja, di Km 19 Jalan  Bentong-Raub, dekat Bentong awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata Mohd Arnaz Aboo Hassan, 41, dari Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang meninggal dunia di Hospital Daerah Bentong kira-kira tiga jam selepas nahas pukul 2.05 pagi itu.

Kejadian turut menyebabkan pemandu lori Mohd Firdaus Ahmad, 29 dan kelindannya Dorowee Awang Kechik, 22, kedua-duanya berasal dari Kelantan, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh, katanya hari ini.

Mohamad berkata berkata nahas berlaku ketika guru yang mengajar di sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang itu dalam perjalanan dari arah Raub ke utara.

"Ketika tiba di tempat kejadian, MPV yang dipandu mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori yang membawa baja tersebut," katanya.

Akibat pertembungan itu, mangsa dilapor tersepit di tempat duduk pemandu manakala treler berkenaan terbalik menyebabkan muatan baja yang dibawa bertaburan di atas jalan, katanya.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong yang tiba di tempat kejadian mengambil masa hampir setengah jam untuk mengeluarkan mangsa," katanya.

Selain itu, dua kenderaan jenis Perodua Myvi dan Viva yang datang dari arah Raub turut berlanggar sesama sendiri kerana cuba mengelak daripada merempuh treler berkenaan yang melintang di tengah jalan.

Beliau berkata ketika kejadian keadaan di kawasan tersebut gelap kerana tiada lampu jalan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

Najib patut belajar dari sejarah Kelantan

Posted: 13 May 2014 06:41 AM PDT

Najib sepatutnya tidak gopoh menyuruh Ahmad Said meletakkan jawatan
Ibrahim Ali Perkasa

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya belajar dari sejarah Kelantan pada tahun 2003 apabila Datuk Ibrahim Ali dipecat dari jawatan Ketua Penaja Umno Bahagian Pasir Mas.

Menurut Presiden Perkasa itu, ketika itu Najib adalah Timbalan Presiden Umno dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Umno.

"Saya dahulu dipecat dari jawatan ketua penaja Pasir Mas oleh Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, saya tanding calon Bebas pada tahun 2004 menyebabkan Umno kalah dua kerusi kepada PAS Kelantan," katanya mengulas peletakan jawatan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dari Umno.

Katanya, Najib sepatutnya belajar dari sejarah pemecatan beliau itu apatah lagi BN Terengganu lebih dua kerusi dari PAS.

"Sepatutnya Najib kena berhati-hati dan berhemah dan tidak gopoh menyelesaikan masalah ini walaupun Ahmad Said berjanji dengan beliau untuk menjadi menteri besar untuk setahun sahaja," katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.

Katanya lagi, apatah lagi ia melibatkan Ahmad Said yang sudah jadi menteri besar.

"Inilah akibatnya bila lupa sejarah dan tidak belajar dari kesilapan lalu," tegasnya.

Ibrahim menambah Ahmad Said meminta peletakan jawatannya ditangguh sehingga selesai majlis perkahwomam anaknya.

"Tapi Najib tidak setuju. Sepatutnya Najib patut timbang rayuan Ahmad Said dan buat keputusan yang menggembirakan semua pihak," katanya.

Katanya lagi, sekarang nasi sudah jadi bubur dan keputusan Ahmad Said itu sudah tentu memecahbelahkan perpaduan ahli Umno Terengganu.

Umno jangan mangsakan rakyat Terengganu lagi

Posted: 13 May 2014 04:11 AM PDT

GANUAzuan Ab Rahman


KUALA TERENGGANU: Kecelaruan politik yang berlaku di Terengganu membuktikan bahawa Umno-BN kerap memangsakan rakyat negeri itu demi mengekalkan kuasa, kata Pengerusi Majlis Pimpunan KEADILAN Terengganu, Azan Ismail.

"Masalah itu berpunca dari Umno sendiri, tindakan mereka sendiri yang membuatkan BN hilang majoriti.

"Jangan mangsakan kepentingan rakyat Terengganu kerana hanya mahu selamatkan maruah Umno semata-mata," kata Azan yang juga Ahhli Dewan Undangan Negeri Bandar.

Tambah Azan, Umno Terengganu perlu menerima hakikat bahawa mereka telah kehilangan majoriti dalam DUN dan tidak lagi layak mentadbir negeri itu.

"Seharusnya kuasa memerintah itu dikembalikan kepada kita supaya pentadbiran negeri dapat dijalankan dengan lancar demi kepentingan rakyat," tegasnya.

Kerajaan Umno Terengganu roboh apabila tiga wakil rakyat dari BN termasuk bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengisytiharkan mereka keluar daripada Umno lewat malam tadi.

BN Terengganu kini hanya diwakili 14 Adun berbanding Pakatan Rakyat yang menguasai 15 kerusi dengan tiga lagi kerusi merupakan kerusi bebas.

Sementara itu, pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari mencadangkan sidang dewan undangan negeri Terengganu dibubar susulan peletakan jawatan tiga wakil rakyatnya yang menyebabkan BN menjadi kerajaan minoriti.

interview aziz bari isu perlembagaan perakpix : fahmirep : tiada wartawanAziz Bari berkata daripada segi Perlembagaan, BN tidak boleh terus mentadbir negeri itu dan menteri besar baru, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman perlu meletak jawatan.
"Sultan kini perlu melantik (menteri besar) majoriti atau membubarkan sidang DUN.

"Berdasarkan ketaktentuan sekarang ini, pilihan lebih baik pada fikiran saya adalah membubarkan sidang DUN," katanya, lapor Malaysiakini.

"Satu lagi sebab sultan perlu membubarkan sidang DUN untuk pilihan raya negeri adalah Ahmad Said secara asasnya merupakan pilihan sultan sendiri pada tahun 2008.

"Apabila ia berlaku, jelas Ahmad Said gagal untuk menstabilkan negeri. Daripada satu sudut, pilihan yang dibuat oleh sultan tidak tepat.

"Maka sultan tidak boleh mengulangi 'kesilapan' itu. Dengan itu, pilihan lebih selamat adalah untuk membiarkan pengundi Terengganu membuat pilihan," kata Aziz.

PM Najib Razak tiada hati perut, kata Ahmad Said

Posted: 13 May 2014 04:09 AM PDT

KEADILAN DAILY

najib_razak 
KUALA TERENGGANU- Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai seorang yang tidak berhati perut.

Katanya, tindakan Najib 'mamaksanya' meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar keterlaluan kerana menganggu majlis perkahwinan anak perempuanya yang dirancang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar itu.

"Kalau saya sahaja tak apa. Ini melibatkan anak saya. Kalau saya sahaja saya boleh tahan, tapi ini melibatkan anak saya," kata Ahmad Said dipetik dari wawancara bersama Astro Awani hari ini selepas beliau sah meletak jawatan.

Ahnad Said akan mengadakan majlis perkahwinan anak perempuannya di kediaman rasmi Menteri Besar di Kemaman s17 Mei depan.

"Saya minta tangguh sehingga selesai majlis, itu sahaja. Sebagai orang tua takkan dia tak faham? Saya cakap anak saya nak kahwin minnggu depan, takkan tak boleh bincang?

Astro_Awani_interview_Mat_Said"Saya ada prinsip. Anak saya nak kenduri. Kalau boleh bagi kenduri selesai. Tapi jadi begini. Saya tidak ada masalah, saya boleh terima (pertukaran MB)

Namun katanya, majlis itu terganggu kerana tindakan Perdana Menteri menggesa menyegerakan pertukaran Menteri Besar negeri itu.

Bekas Menteri Besar Terengganu yang juga Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said, Adun Ajil, Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi, Roslee Daud mengisytiharkan awal hari ini keluar Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas.

BN Terengganu kini hanya diwakili 14 Adun berbanding Pakatan Rakyat yang menguasai 15 kerusi dengan tiga lagi kerusi merupakan kerusi bebas.

Perbicaraan kes suami Shahrizat didengar 23 Jun ini

Posted: 13 May 2014 04:05 AM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Perbicaaan kes Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang menghadapi dua tuduhan pecah amanah berjumlah RM49.7 juta akan didengar 23 Jun ini.

Hakim Mahkamah Sesyen, Norsharidah Awang menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud memaklumkan bahawa Mahkamah Tinggi pada 5 Mei lalu mengarahkan kes itu dibicarakan segera selepas menolak permohonan Mohamad Salleh untuk menggantung prosiding perbicaraan kes itu.

"Saya bersetuju dengan pihak pendakwaan. Kita akan meneruskan perbicaraan dengan memanggil saksi pertama pada 23 Jun ini memandangkan kes ini tiada perkembangan sejak 2012," katanya dipetik Bernama.

Terdahulu, Awang Armadajaya memohon supaya mahkamah menetapkan perbicaraan kes itu dalam bulan Jun memandangkan kes Mohamad Salleh telah tertangguh sejak 2012.

Mahkamah juga menetapkan 26 Mei ini untuk rundingan prabicara bagi kedua-dua pihak serta 13 Jun ini untuk pengurusan kes.

Awang Armadajaya turut memaklumkan seramai 70 saksi pendakwaan akan dipanggil untuk memberi keterangan yang membabitkan 1,200 dokumen.

Pada 12 Mac 2012, Mohamad Salleh, 65, selaku pengarah syarikat NFCorp didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM9,758,140 melalui empat keping cek untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium 'One Menerung'di Parcel BI-1 dan B1-2, Blok B di atas geran nombor 65152, lot no.56454 di Mukim Kuala Lumpur.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 1 dan 4 Dis 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail.

Bagi pertuduhan kedua, di alamat dan bank sama, antara 6 Mei dan 16 Nov 2009, beliau didakwa melakukan kesalahan sama dengan memindahkan wang RM40 juta melalui satu cek ke dalam akaun syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd bagi kegunaan syarikat itu, yang mana beliau dan seorang daripada anaknya adalah pemilik syarikat berkenaan.

Dua pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh didenda. 

Bijak MCA Dan Kemenangan Ramkarpal

Posted: 13 May 2014 03:58 AM PDT

 
 
 
MENGALAH itu tidak bererti kalah. Pepatah ini tepat menggambarkan tindakan MCA yang membuat keputusan untuk tidak menurunkan calonnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini. 
 
Sebagai sebuah parti yang masih dalam proses memulihkan imejnya untuk menggembalikan keyakinan pengundi Cina di negeri tersebut, keputusan MCA itu dianggap satu langkah bijak.

Walaupun pada hakikatnya, ramai beranggapan DAP punya peluang besar untuk menang dengan majoriti lebih tinggi, pelbagai faktor turut diambil kira MCA sebelum keputusan tersebut diambil.

Selain faktor lebih 40,000 majoriti undi yang diperoleh mendiang Karpal Singh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Mei tahun lalu, pemergian peguam itu akibat kemalangan jalan raya dipercayai dapat memberikan undi simpati dengan mudah kepada DAP.

Karpal yang juga bekas pengerusi DAP, meraih majoriti 42,706 undi, ketiga tertinggi selepas Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dari DAP yang memperoleh 51,552 majoriti undi dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Sim Chee Keong, juga dari DAP, sebanyak 43,063 majoriti undi.

Menurut Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian masyarakat Cina khususnya di Parlimen  Bukit Gelugor sukar untuk memberikan undi kepada MCA ditambah dengan sentimen politik negeri yang memihak kepada DAP.

"Dalam sejarah Bukit Gelugor, MCA tidak ada pengaruh yang kuat. Pengundi akan memberikan undi kepada DAP kerana faktor simpati dan faktor mengenang budi Karpal Singh.

"Jadi tindakan MCA mengumumkan untuk tidak bertanding merupakan satu langkah bijak setelah pelbagai faktor diambil kira," katanya.

Berdasarkan senarai daftar pemilih setakat 17 April lalu, terdapat 82,431 pengundi berdaftar dengan 61,112 Cina, 11,880 Melayu, 8,660 India dan 390 kaum lain di Bukit Gelugor.

Kawasan parlimen ini mempunyai tiga kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Seri Delima, Paya Terubong dan Air Itam, yang kesemuanya dimenangi calon DAP.

Malah, Sivamurugan berkata sudah tiga penggal DAP menguasai Parlimen itu dan ternyata Karpal berjaya meningkatkan undi hampir 100 peratus sejak 2004.

Katanya, DAP tidak mengambil masa lama untuk memilih calon yang dirasakan layak dengan meletakkan anak ketiga Karpal, Ramkarpal Singh Deo bagi memastikan legasi Harimau Jelutong tidak lenyap begitu sahaja.

"Siapapun yang diturunkan tidak jadi masalah kerana Bukit Gelugor adalah kubu kuat DAP. Saya percaya DAP tidak berdepan laluan sukar pada PRK kali ini. Hanya calon Parti Cinta Malaysia yang dilihat mampu menjadi ancaman kepada DAP," katanya.

Jelas beliau, tindakan DAP yang dilihat mengamalkan amalan nepotisme dengan menurunkan calon yang juga anak Karpal tidak akan menjejaskan undi kaum Cina di kawasan tersebut.

"Amalan nepotisme adalah persoalan kedua kerana ia merupakan lumrah politik yang berlaku di dalam PAS, Parti Keadilan Rakyat, Umno dan MIC sendiri.  Apa yang dilihat pada calon itu adalah kewibawaannya dalam memikul tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen selepas ini," katanya.

Sivamurugan berkata, walaupun MCA tidak bertanding, penyelaras Barisan Nasional (BN) di Parlimen itu harus memastikan kebajikan pengundi yang tetap setia dan memberikan sokongan kepada parti itu pada PRU-13 yang lalu terus terpelihara.

Katanya, paling utama, MCA perlu meyakinkan penyokong mereka bahawa keputusan itu  diambil kerana matlamat yang lebih besar iaitu kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Keputusan tidak bertanding membuktikan MCA sedang berusaha memperbaiki kelemahan parti secara jangka masa panjang dan turut memberi ruang kepad BN untuk membaikpulih kedudukan mereka di negeri itu," katanya.

Dalam situasi ini, jelas bahawa Parlimen Bukit Gelugor bukan medan untuk menguji penerimaan masyarakat Cina terhadap parti itu kerana MCA sudah boleh menilai bentuk sokongan tersebut dalam PRK Kajang yang lalu.

Tiba masanya untuk parti itu mengorak langkah bagi meningkatkan keyakinan ramai terhadap keupayaan parti itu membela nasib kaum Cina tempatan, bukan sekadar tempelan dalam komponen BN.

Penduduk Teluk Intan mahu YB mesra rakyat

Posted: 13 May 2014 03:51 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pengundi bagi kerusi Parlimen Teluk Intan mahu bakal wakil rakyat mereka nanti seorang yang mesra rakyat dan mampu memahami hasrat dan aspirasi mereka.

"Kita perlukan ahli Parlimen yang boleh menyuarakan hasrat dan memberi perkhidmatan kepada rakyat apabila mereka berdepan masalah," kata seorang peniaga Gobi Ramdas, 34.

Kawasan Parlimen itu yang merangkumi bandar Teluk Intan, kawasan perladangan, sawah serta kampung tradisi di daerah Hilir Perak, merupakan sebuah kawasan yang sedang membangun.

Dengan jumlah pengundi melebihi 60,000 yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan jumlah terbesar iaitu 45 peratus bekerja sebagai peniaga dan diikuti dengan pekerja kerajaan dan swasta (35 peratus), diikuti dengan mereka yang terbabit dengan pertanian (15 peratus), cita rasa para pengundi kawasan ini hampir sama.

Gobi berkata beliau juga mahu mereka yang menjadi calon wakil rakyat mempunyai jawatan dalam kerajaan negeri ataupun pusat supaya masalah mereka didengar dan diambil tindakan.

Bagi Tan Meng Wah, 53, seorang anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO), beliau tidak mahu calon yang hanya pandai menabur janji kosong dan tidak turun padang untuk mendengar permasalahan rakyat setempat.

Suri rumah, Fatimah Sahat, 65, berharap calon wakil rakyat kawasan Parlimen Teluk Intan ini mampu membawa perubahan dari segi pembangunan dan kemudahan infrastruktur yang memberi keselesaan kepada rakyat kawasan itu kerana sebelum ini wakil pembangkang tidak mampu membantu.

"Kami tidak mahu termakan dengan janji palsu pembangkang yang hanya turun padang bila ada pilihan raya tetapi selepas itu hilang tak nampak muka.

Pembangkang juga tak pernah nak selesaikan masalah rakyat dengan alasan mereka bukan kerajaan yang memerintah," katanya.

Peniaga Nur Haneem Baharuddin, 30, berharap calon yang dipilih parti-parti yang bertanding adalah mereka yang mampu bekerja dan mesra rakyat, dan bukan hanya pandai bercakap tetapi mempunyai rancangan membangunkan kawasan Telun Intan.

Pilihan Raya Kecil kerusi Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 58, akibat kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 1 Mei lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lepas, Seah menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas, K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon PRK Teluk Intan pada 19 Mei dan pengundian pada 31 Mei.

Sebanyak 60,349 pemilih berdaftar layak pengundi pada PRK kali ini yang terdiri daripada Cina 25,310 orang (41.94 peratus), Melayu 23,301 (38.61 peratus), India 11,468 (19 peratus) dan kaum-kaum lain.

Sementara itu, jumlah pengundi wanita di kawasan parlimen Teluk Intan adalah 31,049 (51.45 peratus) dan lelaki 29,300 (48.55 peratus)

Pengundi paling ramai adalah mereka yang berumur antara 30 hingga 39 tahun merangkumi 12,365 pengundi (20.49 peratus); diikuti 12,242 (20.29 peratus) berumur 50 hingga 59 tahun dan 11,446 (18.97 peratus) berumur 40 hingga 49 tahun.

PRK Parlimen Teluk Intan merupakan PRK keenam selepas PRU-13 bermula dengan PRK DUN Kuala Besut, Terengganu pada 24 Julai 2013, DUN Sungai Limau, Kedah (4 November 2013), DUN Kajang, Selangor (23 Mac 2014), DUN Balingian, Sarawak (29 Mac 2014) dan Parlimen Bukit Gelugor (25 Mei ini).- Bernama

DAP gesa MB T'ganu serah negeri pada PAS

Posted: 13 May 2014 03:45 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang menggesa Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman agar menyerahkan pentadbiran negeri kepada PAS.

MP Gelang Patah itu berkata demikian sewaktu mengulas 'krisis Perlembagaan' di negeri pantai timur itu ketika tiga pemimpin Umno negeri bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

"Razif sepatutnya menyerahkan segera mandat kepada PAS untuk mentadbir Terengganu memandangkan komposisi kerusi sekarang adalah PAS menguasai 14 kerusi, PKR satu kerusi, Umno 14 kerusi dan tiga kerusi Bebas," kata Lim di Pulau Pinang.

"Kami dengar ramai lagi akan keluar Umno untuk jadi Bebas," kata Lim lagi.

"Kami harap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan menghilang atau masuk campur seperti dilakukannya di Perak," kata Lim lagi.

Krisis Terengganu: Pas ada tiga pilihan

Posted: 13 May 2014 03:43 AM PDT


Terengganu


SELEPAS beberapa jam Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar baharu Terengganu, berlaku krisis politik apabila Datuk Seri Ahmad Said selaku Adun Kijal dan Ghazali Taib selaku Adun Ajil dan Roslee Daud (Bukit Besi) mengisytiharkan keluar daripada Umno serta menjadi Adun bebas.

Hal ini menjadikan BN mempunyai bilangan Adun yang sama dengan pembangkang iaitu 15 - 15.

Kekuatan kerajaan BN ada pada 1 undi penentu pada Speaker.Ini merisikokan kejatuhan kerajaan BN di Terengganu.

Ahmad Said yang meletakkan jawatan sebagai MB petang semalam untuk memberi laluan kepada Ahmad Razif menjadi MB bertindak sebagai seorang ahli politik yang bijak kerana tindakannya itu bakal menjadikan Ahmad Razif sebagai Menteri Besar Terengganu yang paling pendek tempoh pentadbirannya yang mungkin tidak menjangkau satu hari.

Apakah tindakan terbaik Pas dalam suasana sebegini?

Di hadapan terbentang tiga pilihan.

Pertama, jika Ahmad Said dan Ghazali bersedia menjadi adun bebas yang menyokong Pas dan PKR maka penubuhan kerajaan baru boleh diusahakan.

Namun, keadaan ini akan menjadikan kerajaan negeri tidak stabil.

Kedua-dua adun bebas boleh pula menarik sokongan dan ia akan merisikokan kerajaan baru pula.

Pelbagai polisi pentadbiran negeri boleh terencat. Ketidakstabilan ini bukan pilihan terbaik rakyat Terengganu.

Kedua, boleh diusahakan kerajaan campuran BN, Pas PKR. Kalau 13 Mei 1969 menyaksikan  kerjasama politik dua parti politik melayu Islam Umno dan Islam Melayu Pas diusahakan sehinga akhirnya terbentuk BN, maka 13 mei 2014 boleh menyaksikan sejarah baharu kerajaan campuran dua parti tersebut di peringkat negeri.

Namun, pilihan ini juga tidak mudah kerana melibatkan banyak pihak dan dasar parti. Ia boleh menjadi sejarah cubaan terkini penyatuan umat Islam, tetapi ia tidak membawa kepada kestabilan kepada kerajaan negeri juga.

Pilihan ketiga ialah pembubaran Dun Terengganu. Berikan mandat kepada rakyat untuk membuat keputusan.

Pilihan raya peringkat negeri akan menjadi pungutan suara rakyat Terengganu terhadap pelbagai agenda perubahan yang dicanangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah perubahan MB Terengganu adalah salah satu agenda perubahan yang dihasratkan oleh Najib selepas berjaya menukar Ketua Menteri Sarawak. Najib mengharapkan projek di Terengganu berjalan lancar untuk digerakkan pula selepas ini perubahan Menteri Besar Pahang sebagaimana khabar angin tersebar. Jadikan PRK sebagai kayu ukur penerimaan rakyat terhadap perubahan ini.

Di pihak Pas dan PKR pula, PRK juga menjadi kayu ukur sejauhmana kejayaan menguasai 15 dun dimanfaatkan sebaiknya untuk menggambarkan kepada rakyat kesediaan Pas menjadi kerajaan menanti.

Tahap penerimaan rakyat terhadap pelbagai isu kegagalan pentadbiran BN di Terengganu yang dibangkitkan sebelum ini boleh diukur.

Isu pengambilan tanah Banggol Donas yang tidak mengikut lunas undang-undang, LPT II yang masih belum siap, status zon bebas cukai Empangan Kenyir, pembelian bas dwiguna darat dan air yang dilihat membazir, pembinaan jambatan drawbridge sungai Terengganu, projek mendalamkan sungai Terengganu yang tidak mengikut peraturan, isu perobohan Pasar Kedai Payang,  pelombongan bijih besi Dungun dan terkini cadangan kenaikan kadar cukai pintu. Justeru, pilihan ini dilihat lebih releven.

Namun begitu rakyat juga tidak boleh terlalu berharap.

Dalam politik apa pun boleh berlaku. Dua Adun tadi mungkin sahaja kembali kepangkuan Umno jika kena gaya pujukan berbisa oleh Najib.

Lagipun dalam satu kenyataan Ahmad Said menyatakan kekecewaannya kerana pertukaran MB di buat di saat perkahwinan anak beliau akan berlangsung pada 17 Mei 2014.

Kekecewaan itu mendorongnya bertindak dengan apa yang berlaku sekarang. Orang yang kecewa boleh dipujuk!!!

Apa pun rakyat Terengganu tentu mengharapkan yang terbaik dari pemerintah terbaik. Berikan mandat kembali kepada rakyat walau apa pun terjadi!

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus

PAS, PKR jangan sogok Adun Umno Terengganu, kata pemerhati

Posted: 13 May 2014 03:37 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

 
PAS dan PKR diminta tidak menyogok atau mempengaruhi wakil rakyat Umno untuk keluar daripada parti itu. Gambar fail The Malaysian Insider.PAS dan PKR diminta tidak menyogok atau mempengaruhi wakil rakyat Umno untuk keluar daripada parti itu. Gambar fail The Malaysian Insider. 



























Kepimpinan PAS dan PKR diminta tidak menyogok dan mempengaruhi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) atau ahli Parlimen daripada Umno untuk keluar parti itu, terutama di Terengganu, kata Penganalisis Politik, Profesor Dr Muhamad Agus Yusof.

Beliau berkata, jika masih ada Adun atau ahli Parlimen Umno yang mahu keluar daripada parti itu, biarlah atas tindakan sendiri, bukan kerana dipujuk atau sogokan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan tiga Adun Umno di Terengganu termasuk bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang keluar Umno dan menjadi Adun Bebas susulan tidak berpuas hati dengan keputusan Putrajaya.

Tindakan itu menyebabkan kerajaan negeri Terengganu sekarang bergoncang dan boleh tumbang bila-bila masa sahaja.

Menerusi akaun Facebooknya, Agus berkata, jalan terbaik dalam menghadapi krisis di Terengganu sekarang adalah dengan cara menyerahkan semula mandat kepada rakyat Terengganu.

"Saya fikir tidak sesuai hanya dengan tindakan beberapa Adun keluar parti, maka kerajaan Terengganu bertukar tangan.

"Jika bertukar tangan, biarlah 'rakyat' yang menjadi penentunya. Bubarkan DUN dan serahkan kepada rakyat untuk membuat pemilihan semula. Itu yang terbaik untuk menjunjung demokrasi," katanya.

Pensyarah sains politik di Universiti Kebangsaan Malaysia itu berkata, apa yang jelas kapal Umno di Terengganu semakin bocor.

"Bolehkah diselamatkan daripada tenggelam?" katanya.

Dua hari lalu, Umno menyambut ulang tahunnya yang ke-68 dengan suasana meriah termasuk upacara potong kek dan semangat untuk terus kuat.

Pada waktu itu, Umno menafikan akan ada pertukaran menteri besar, tetapi tiba-tiba semalam MB Terengganu meletakkan jawatan dan digantikan dengan MB baru.

"Macam sarkas sahaja kata-kata pemimpin Umno ini, menafikan hal yang betul-betul akan berlaku," kata Agus.

Agus turut mempersoalkan, mengapa tidak belajar daripada pengalaman 2008 dahulu ketika perdana menteri ketika itu menafikan Dewan Rakyat akan dibubarkan, tiba-tiba esoknya dibubarkan hingga menyebabkan berlaku tsunami politik.

"Semoga selepas ini, kita sama-sama belajar untuk berkata jujur dalam politik," katanya.

Kemelut Terengganu: Politikus tukar keputusan jika kena ‘harganya’, kata Kadir Jasin

Posted: 13 May 2014 03:31 AM PDT

OLEH MD IZWAN


Ahli Dewan Undangan Negeri boleh bertukar fikiran dan kembali kepada parti jika kena pada harganya, kata bekas ketua pengarang NST, Datuk A Kadir Jasin. Gambar fail The Malaysian Insider.Ahli Dewan Undangan Negeri boleh bertukar fikiran dan kembali kepada parti jika kena pada harganya, kata bekas ketua pengarang NST, Datuk A Kadir Jasin. Gambar fail The Malaysian Insider. 



























Bekas ketua pengarang kumpulan akhbar New Straits Times (NST),  Datuk A Kadir Jasin tidak menolak kemungkinan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno di Terengganu yang keluar parti boleh bertukar fikiran jika kena pada "harganya".

Kemelut politik dalaman Umno di negeri itu tercetus selepas peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai menteri besar dan kemudian diikuti dua lagi Adun.

Lebih meruncingkan, PAS mendakwa empat lagi Adun akan keluar parti sebagai tanda membantah keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Ini hanya perkembangan awal.

"Ahli politik boleh bertukar fikiran secara sukarela jika kena pada 'harganya'. Seringkali dikatakan ahli politik yang kita percayai sudah tiada lagi," kata Kadir dalam blognya kadirjasin.blogspot.com hari ini.

Kadir juga membayangkan keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya beberapa Adun lain di Terengganu mengambil langkah sama keluar parti.

"Situasi pasti buruk kepada BN (Barisan Nasional) sekiranya ada Adun Umno lain mengikut jejak Ahmad dan Ghazali," katanya.

Jangkaan Kadir tersebut semakin menjadi kenyataan apabila Adun ketiga, Roslee Daud dari Bukit Besi meninggalkan Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.

Kadir berkata, PAS boleh membentuk kerajaan baharu di Terengganu dengan mendapatkan undi tidak percaya ke atas menteri besar baharu menerusi sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Mereka (PAS) juga boleh mendesak sesi khas DUN untuk mendapatkan undi tidak percaya ke atas menteri besar memandangkan beliau tidak memiliki majoriti di dalam dewan," katanya.

Ahmad bersama dua lagi Adun Umno keluar parti beberapa jam selepas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik sebagai menteri besar baharu semalam.

Tindakan tersebut menyebabkan komposisi DUN yang dikuasai oleh BN di Terengganu berubah dan menjadikan jumlah kerusi sama dengan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Azhar Abdul Hamid berkata BN masih kekal memerintah Terengganu walaupun tiga wakil rakyatnya keluar parti.

Beliau berkata, walaupun bilangan wakil rakyat BN berkurangan daripada 17 kepada 14 dan pembangkang mempunyai 15 anggota dalam dewan undangan negeri, speaker juga dikira sebagai wakil kepada kerajaan negeri yang memerintah dengan kedudukan kerusi 15:15:3.

Secara konvensyennya, kebanyakan ahli politik menandatangani surat peletakan jawatan undur tarikh sebelum memegang jawatan di Malaysia.

Ahmad yang mengawal sesetengah pecahan dalam Umno Terengganu mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada Mac 2008, walaupun Umno memilih Datuk Seri Idris Jusoh.

Idris kini merupakan menteri pendidikan II dalam Kabinet Najib.

Tahun lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut mereka tidak boleh campur tangan di Terengganu jika berlaku DUN tergantung disebabkan BN menang tipis.

Menurut SPR, terpulang kepada parti politik untuk menyelesaikan masalah itu.

Kronologi krisis politik di Terengganu

Posted: 13 May 2014 03:25 AM PDT

SINAR HARIAN


Terengganu


KUALA LUMPUR - Berikut kronologi krisis politik Terengganu.

12 Mei:

- 6.30 petang : Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan pertukaran Menteri Besar Terengganu selepas satu perjumpaan tertutup dengan beberapa pemimpin Umno Terengganu.

- 8.30 malam : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin memberi perkenan peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu berkuat kuasa 12 Mei.

- 9.30 malam : Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abd Rahman, 49, mengangkat sumpah sebagai MB Terengganu ke-14 di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

* 13 Mei:    

- 1 pagi : Adun Kijal Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil Ghazali Taib umum keluar Umno dan isytihar sebagai wakil rakyat Bebas.

- 8.30 pagi : Adun Bukit Besi Roslee Daud umum keluar Umno dan jadi wakil rakyat Bebas. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri.

- 9.30 pagi : Kedudukan kerusi Dun Terengganu (32 kerusi) selepas Ahmad, Ghazali dan Roslee umum keluar Umno dan jadi wakil rakyat Bebas - BN (14), PAS (14), PKR (1), Bebas (3).

- Penasihat Undang-undang Negeri Datuk Azhar Abdul Hamid berkata dengan kedudukan kerusi pembangkang 15, BN 15 termasuk satu kerusi Speaker DUN Terengganu, Bebas 3, BN masih kekal memerintah kerajaan Terengganu setakat ini kerana merujuk kepada kerajaan mana yang memerintah selepas PRU13.

- 11.20 pagi : Adun Kemasik Rosli Othman nafi keluar Umno dan jadi wakil rakyat bebas.

- 12.30 tengah hari : Adun Permaisuri Datuk Mohd Jidin Shafee nafi keluar Umno dan jadi wakil rakyat Bebas.

- 12.30 tengah hari : Ketua Polis Daerah Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata keadaan keselamatan di Terengganu terkawal dan orang ramai masih menjalankan aktiviti harian seperti biasa. - Bernama

Speaker: Dun Terengganu tak bubar hari ini

Posted: 13 May 2014 03:20 AM PDT


Mohd Zubir Embong  
Mohd Zubir Embong


SHAH ALAM - Ketika pembubaran Dun Terengganu semakin hebat diperkatakan akan berlaku hari ini,  Speaker Dun, Mohd Zubir Embong dalam jawapan ringkasnya berkata "tidak".

Beliau menjawab khidmat pesanan ringkas (SMS) Sinar Harian Online kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Sinar Harian Online bertanyakan kemungkinan Dewan akan tetap dibubarkan hari ini ekoran kemelut yang melanda Dun berkenaan.

Terdahulu, beliau sudah menafikan khabar angin yang tersebar luas menerusi SMS dan aplikasi WhatsApp bahawa Dun Terengganu akan dibubarkan hari ini susulan tiga wakil rakyatnya keluar Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Dewan Undangan negeri hanya boleh dibubarkan selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, katanya kepada Bernama.

"Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mesti menghadap Tuanku Sultan untuk memperkenankan pembubaran Dun Terengganu dan setakat ini ia masih belum berlaku.

"Bagaimana nak bubarkan Dun, sedangkan saya sebagai Speaker Dun pun masih belum terima sebarang surat untuk membubarkannya," tambahnya lagi.

Susulan keluarnya tiga wakil rakyat Umno, komposisi BN di Dun yang mempunyai 32 kerusi kini berkurangan daripada 17 kepada 14 manakala pembangkang mempunyai 15 anggota serta Bebas tiga.

Namun menurut penasihat undang-undang, BN kekal memerintah negeri itu kerana kerusi Speaker juga dikira sebagai satu, menjadikan BN 15 kerusi.

Tiada majoriti mantap, bubar Dun langkah terbaik

Posted: 13 May 2014 03:18 AM PDT

Terengganu


KUALA LUMPUR - Pembangkang mencadangkan pilihan raya baru negeri diadakan bagi menyelesai kemelut politik di Terengganu sekarang.
  
Pemimpin DAP, Lim Kit Siang berkata langkah itu berikutan ketiadaan mana-mana parti politik mempunyai majoriti mantap dalam Dun.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar yang berkongsi pandangan itu dilapor sebuah portal berita hari ini, bahawa beliau mahu rakyat Terengganu diberikan mandat penuh memilih kerajaan negeri yang baru.

"Bubar Dun adalah satu opsyen, tetapi buat masa ini kita lihat suasana dahulu," kata Ketua Pilihan Raya Pas, Dr Hatta Ramli kepada Bernama ketika dihubungi.

Seorang lagi pemimpin parti itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata Pas mengambil sikap memerhati terlebih dahulu perkembangan yang berlaku dari semua aspek, termasuk dari aspek moral dan integriti.

Pada awal hari ini, bekas Menteri Besar Terengganu yang juga Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said, Adun Ajil, Ghazali Taib diikuti Adun Bukit Besi Roslee Daud mengisytiharkan keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Keputusan itu meletakkan BN kini mempunyai 14 kerusi Dun diikuti Pas (14), PKR (satu), dan Bebas (tiga).

Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Azhar Abdul Hamid, bagaimanapun menarik perhatian bahawa speaker Dun juga dikira sebagai wakil kepada kerajaan negeri yang memerintah, justeru ini menjadikan kedudukan kerusi 15:15:3.

Dengan kedudukan ini, Azhar berkata BN kekal memerintah Terengganu memandangkan BN merupakan kerajaan memerintah Terengganu selepas PRU13.

Bagaimanapun bagi mengelak sebarang kekeliruan, Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Yusof mahu krisis berkenaan diselesaikan segera supaya tiada sebarang masalah timbul kepada rakyat akibat ketidakseimbangan politik.

"Jika boleh kita mahu penyelesaian mudah, kita bagi ruang kepada mereka untuk selesaikan masalah dalaman dan kita harap yang terbaik bagi rakyat," katanya.  

Timbalan Presiden Pas, Mohd Sabu berkata pimpinan Pas pusat belum membuat sebarang keputusan, namun sedang meneliti secara dekat perkembangan terkini. - Bernama

Siapa ‘king maker’ politik Terengganu?

Posted: 12 May 2014 11:28 PM PDT


Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus  
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
 

DUA hari lepas, Umno menyambut ulang tahunnya yang ke-68. Meriah suasananya dengan potongan kek dan semangat untuk terus kuat.

Waktu itu, Umno menafikan akan ada pertukaran Menteri Besar (MB). Tiba-tiba semalam MB Terengganu meletakkan jawatan dan digantikan dengan MB baharu.

Macam sarkas sahaja kata-kata pemimpin Umno ini, menafikan hal yang betul-betul akan berlaku. Mengapa tidak belajar dari pengalaman tahun 2008 dahulu semasa PM ketika itu menafikan Dewan Rakyat akan dibubarkan, tiba-tiba esoknya dibubarkan? Dan hasilnya berlaku tsunami politik.

Semoga selepas ini, kita sama-sama belajar untuk berkata jujur dalam politik. Akibat pertukaran MB semalam, maka bekas MBnya mengisytiharkan keluar parti untuk menjadi Adun Bebas.

Alasan bekas MB keluar parti pun remeh, kecewa dipaksa meletakkan jawatan kerana dekat dengan majlis perkahwinan anaknya. Tindakan beliau ini diikuti oleh dua Adun lain.

Maka, jadilah kedudukan kerusi di DUN Terengganu sekarang BN 14, PR 15 dan Bebas 3. Keadaan ini boleh menyebabkan kerajaan negeri bertukar tangan.

Saya fikir tidak sesuai hanya dengan tindakan beberapa Adun keluar parti, maka kerajaan Terengganu bertukar tangan. Jika bertukar tangan, biarlah 'rakyat' yang menjadi penentunya.

Bubarkan Dun dan serahkan pada rakyat untuk membuat pemilihan semula. Itu yang terbaik untuk menjunjung demokrasi.

Jadikan pengalaman di Perak pada Februari 2009 dahulu sebagai pengajaran. Serahkan kembali kuasa kepada rakyat atau jika tidak mahu mengadakan pilihan raya atas alasan untuk menjimatkan kos, buatlah undi tidak percaya di lantai Dewan.

Pas dan PKR pula tidak perlulah pula kelam-kabut mengambil kesempatan dari krisis ini untuk mempengaruhi lagi Adun atau ahli Parlimen dari Umno keluar parti.

Jika masih ada Adun atau Ahli Parlimen Umno yang mahu keluar parti, biarlah mereka melakukannya sendiri tanpa pujukan dan sogokan.

Yang jelas, kapal Umno di Terengganu semakin bocor. Bolehkah diselamatkan dari tenggelam?

Pensyarah Sains Politik UKM,
Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff

Faktor peribadi buat mereka istihar Bebas

Posted: 12 May 2014 11:24 PM PDT


Mohd Jidin Shafee  
Mohd Jidin Shafee


KUALA TERENGGANU - Ketua Umno Bahagian Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafee berkata, tindakan dua lagi pemimpin yang mengumumkan keluar parti di sebabkan faktor peribadi dan kesetiaan terhadap bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu akan diperbetulkan kembali dalam tempoh sehari dua bagi memastikan Umno Terengganu kembali bersatu.

Menurutnya, keputusan yang berlaku dalam tempoh singkat itu tidak memberi kesan kepada pentadbiran negeri yang kini masih sah diterajui BN.

Mohd Jidin turut menafikan khabar angin bahawa beliau akan keluar parti.

"Tidak. Perkara itu tidak akan berlaku. Kita di Setiu masih kemas dan sentiasa bergerak dan bekerja untuk rakyat," katanya.

Dalam masa yang sama, beliau yang juga Adun Permaisuri turut menafikan desas desus mengatakan tiga individu yang telah mengumumkan keluar parti iaitu Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said; Adun Ajil, Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi, Roslee Daud akan menyertai pembangkang.

"Itu semua berkait dengan perasaan sahaja. Insya-ALLAH, kita akan berbincang secara elok dengan mereka.

"Pejuang Umno yang kental tidak akan umum sertai pembangkang dan keadaan ini masih boleh diselamatkan," katanya.

PAS: Lebih baik bubarkan DUN T'ganu

Posted: 12 May 2014 11:16 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bagi mengelakkan krisis berpanjangan situasi kerajaan minoriti di Terengganu, PAS berpendapat, lebih baik DUN dibubarkan supaya rakyat dapat membuat pilihan dan memberi mandat baru.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, langkah tiga ADUN Umno keluar parti menyebabkan Terengganu tidak mempunyai kerajaan majoriti dan pelantikan menteri besar baru "tidak sah" daripada sudut perundangan.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berharap istana mengambil keputusan segera menggesa speaker memaklumkan pembubaran DUN bagi menjaga nama baik sultan.

"Bagi menjaga nama baik baginda sultan serta istana dalam krisis politik ini adalah lebih baik speaker bertindak segera memaklumkan pembubaran DUN," beliau dipetik sebagai berkata oleh Harakahdaily.

Mahfuz turut meminta ketua pembangkang negeri dan juga bekas menteri besar memaklumkan kepada speaker kedudukan kerusi supaya DUN boleh dibubarkan, sekali gus memberi laluan kepada pilihan raya baru.

"Kita dari Pakatan Rakyat bersedia untuk menghadapi pilihan raya negeri yang baru, bersedia untuk memberi kuasa kepada rakyat membuat pilihan," beliau dipetik sebagai berkata.

Mat Sabu: Undi tak percaya

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, PAS akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap menteri besar Terengganu dalam DUN.

Katanya, parti itu tidak akan menggunakan kaedah yang berlaku ketika krisis politik di Perak lima tahun lalu yang menyaksikan BN merampas negeri itu tanpa melalui usul di DUN atau pilihan raya baru.

"Kita akan ikut kaedah yang betul, kena ada undi tidak percaya pada menteri besar Terengganu dalam sidang DUN.

"Cara yang BN guna masa di Perak dulu salah, kita tak akan buat benda yang tak ikut peraturan," beliau dipetik sebagai berkata kepada Astro AWANI.

Pakar cadang DUN Terengganu dibubar

Posted: 12 May 2014 11:13 PM PDT

MALAYSIAKINI


Seorang pakar Perlembagaan mencadangkan agar sidang dewan undangan negeri (DUN) Terengganu dibubar susulan peletakan jawatan tiga wakil rakyatnya termasuk mantan menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said yang menyebabkan BN menjadi kerajaan minoriti.

Dr Abdul Aziz Bari berkata daripada segi Perlembagaan, BN tidak boleh terus mentadbir negeri itu dan menteri besar baru, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman perlu meletak jawatan.

"Sultan kini perlu melantik (menteri besar) majoriti atau membubarkan sidang DUN.

"Berdasarkan ketaktentuan sekarang ini, pilihan lebih baik pada fikiran saya adalah membubarkan sidang DUN," kata bekas profesor undang-undang UIA itu kepada Malaysiakini.

"Satu lagi sebab sultan perlu membubarkan sidang DUN untuk pilihan raya negeri adalah Ahmad Said secara asasnya merupakan pilihan sultan sendiri pada tahun 2008.

"Apabila ia berlaku, ia jelas Ahmad Said gagal untuk menstabilkan negeri. Daripada satu sudut, pilihan yang dibuat oleh sultan tidak tepat.

"Maka sultan tidak boleh mengulangi 'kesilapan' itu. Dengan itu, pilihan lebih selamat adalah untuk membiarkan pengundi Terengganu membuat pilihan," katanya.

PAS timbang semua pilihan termasuk sidang khas DUN

Posted: 12 May 2014 11:12 PM PDT

MALAYSIAKINI


PAS Terengganu mempertimbang semua pilihan termasuklah mengadakan sidang khas dewan undangan negeri (DUN) berdasarkan situasti terkini yang menyaksikan BN menjadi kerajaan minoriti di Terengganu.

Perkara itu dinyatakan ADUN Batu Burok dari PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi sewaktu ditanya tentang langkah PAS yang mempunyai 14 kerusi di DUN Terengganu selepas bekas menteri besar dan dua ADUN bertindak keluar Umno.

"Ya, semua aspek kita ambil kira. Itu kita sedang perhalusi semuanya. Kita berhati-hati dan tidak mahu gopoh dalam sikap kita," katanya kepada Malaysiakini.

Katanya lagi, PAS akan bermesyuarat untuk membincangkan hal itu dan sentiasa meneliti perkembangan semasa.

"PAS sendiri akan bermesyuarat dengan segera demi 'menyelamatkan' Terengganu," katanya.

Menurutnya, PAS Terengganu juga sedia maklum dengan kenyataan penasihat undang-undang negeri yang mengumumkan bahawa kerajaan BN masih berkuasa di negeri itu.

Sementara itu, pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat memaklumkan yang PAS Terengganu akan membuat kenyataan dari semasa ke semasa berhubung perkembangan di negeri itu.

"Dari semasa ke semasa, PAS Terengganu akan membuat pemberitahuan kepada media, melalui media rasmi bagi mengelakkan sebarang khabar angin dan kenyataan-kenyataan di luar daripada keputusan pemimpin," kata ADUN Paka itu.

BN kini menguasai hanya 14 kerusi berbanding Pakatan Rakyat yang menguasai 15 kerusi dengan tiga lagi kerusi merupakan kerusi bebas.

Situasi itu tercetus apabila tiga wakil rakyat mengisytiharkan mereka keluar daripada Umno lewat malam semalam.

Mereka ialah bekas menteri besar dan ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said, Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi).

Terengganu Sah Tumbang, Ahmad Said Benar-Benar Jadi Robin Hood

Posted: 12 May 2014 11:06 PM PDT

shahbudindotcom

 
Hanya kira-kira dua jam setelah Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu, bekas Menteri Besar, Ahmad Said mengumumkan keluar daripada UMNO dan mengisytiharkan dirinya ssbagai ADUN Bebas. Bersama beliau berbuat demikian ialah seorang lagi iaitu ADUN Ajil, Ghazali Taib yang difahamkan mempunyai pertalian keluarga dengannya.

Pengumuman itu dibuatnya dengan menghantar kenyataan akhbar kepada sebuah agensi berita tempatan, malam tadi iaitu kira-kira dua jam setelah Ahmad Razif mengangkat sumpah.

Dengan perkembangan ini, kedudukan kerusi di Terengganu akan menjadi 15-15 antara BN dengan PR, mankala Bebas mempunyai dua kerusi.

Secara logiknya, dengan pengisytiharan Ahmad Said dan Ghazali Taib itu, DUN Terengganu sudah pun tergantung serta Ahmad Razif dicatat dakam sejarah sebagai Menteri Besar hanya dalam tempoh dua jam sahaja.

Dalam keadaan ini, BN tidak mempunyai pilihan lain selain membubarkan DUN bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan.

Tetapi jika Ahmad Said dan Ghazali Taib mengisytiharkan dirinya sebagai ADUN Bebas yang mesra PR, seorang ADUN daripada PR boleh diangkat sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru sebagaimana yang pernah berlaku di Perak pada 2009 dahulu.

Namun demikian jika benar seperti kata Ahmad Said bahawa ada beberapa ADUN lagi akan mengambil tindakan yang sama sepertinya, maka secara automatik kerajaan negeri BN akan tumbang dan PR akan mengambil alih pentadbiran.

Tetapi dalam perkembangan terbaru pagi ini di mana seorang lagi ADUN keluar UMNO iaitu Roslee Daud dari Bukit Besi, maka sahlah BN hanya mempunyai 14 ADUN dah sudah kekurangan majoriti berbanding PR 15 dan Bebas 3 kerusi.

Kemungkinan ramai lagi ADUN mengikut jejak Ahmad Said sudah dijangkakan berikutan dalam pertemuan Setiausaha Agung UMNO dengan ADUN-ADUN Terengganu semalam, daripada 17 ADUN BN, hanya 9 orang saja yang hadir manakala selebihnya dipercayai memprotes dan tidak setuju dengan pengguguran Ahmad Said.

Walaupun sejarah di Perak memperlihatkan UMNO dan BN takut untuk menghadapi pilihanraya semula, tetapi apa yang berlaku di Terengganu ini pastilah membuatkan Najib mengarahkan Ahmad Razif segera membubarkan DUN sebelum kemelut politik yang lebih kronik dan tidak terkawal berlaku di negeri itu.

Sudah tentulah Najib lebih rela diadakan pilihanraya negeri semula daripada menyerahkan kejatuhan negeri Terengganu kepada PR yang tentunya lebih menjejaskan imejnya.

Isu pertukaran jawatan Menteri Besar di beberapa negeri sudah pun menjadi perbualan sejak beberapa minggu lalu dengan Najib dikatakan ingin melakukan pertukaran di Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan juga Perak. Alasan pertukaran ialah untuk menyuntik semangat dan tenaga baru menghadapi pilihanraya ke 14 akan datang yang dipercayai lebih mencabar lagi.

Ahmad Said, walaupun dikenali dengan imej kasar dan kadangkala seperti "samseng" terutama ketika berhadapan dengan parti lawan, tetapi keberaniannya juga banyak yang boleh dipuji. Ketika banjir di Terengganu hujung tahun lalu dan semua kenderaan tersekat untuk beberapa jam, beliau telah bertindak ala Robin Hood dengan membuka pintu sebuah van roti dan mengagih-agihnya kepada semua yang sedang kelaparan ketika itu.

Di ketika yang lain, beliau juga membenarkan keretanya digunakan untuk membawa mangsa kemalangan jalanraya yang cedera parah untuk di bawa ke hospital tanpa menghiraukan kenderaannya menjadi kotor, dipenuhi kesan darah atau sebagainya. Tidak mungkin ada pemimpin lain yang sebaik itu jika bertemu dengan kemalangan jalanraya.

Dalam isu bolasepak yang melibatkan insiden pukul-memukul dalam terowong di Stadium Larkin, Ahmad Said menunjukkan keberaniannya dengan mengecam FAM yang bertindak tidak adil dan berat sebelah semata-mata kerana ianya melibatkan golongan istana. Beliau juga mencabar pemimpin FAM yang pro kepada istana agar meletakkan jawatan jika tidak berani bersikap adil.

Dengan mengisytiharkan keluar UMNO dan menjadi ADUN Bebas, Ahmad Said telah sekali lagi membuktikan keberanian dan jiwa Robin Hood yang ada dalam dirinya. Beliau tidak akan membenarkan dirinya diperlekeh. Walaupun beliau meminta pertukarannya ditangguhkan untuk membolehkan kenduri kahwin anaknya pada 17 Mei tetapi tidak dilayan oleh Najib sebagai punca alasannya mengisytiharkan keluar UMNO dan menjadi ADUN Bebas, Ahmad Said jelas seorang yang berjiwa merdeka.

Para pemerhati UMNO menyifatkan tindakan beliau itu wajar kerana selepas ini pun masa depan politiknya akan berakhir begitu saja. Beliau hanya menjadi ADUN biasa dan seterusnya akan tidak akan dipilih semula dalam pilihanraya akan datang.

Selepas Ahmad Said digugurkan semalam dan penggantinya Ahmad Razif mengangkat sumpah malam tadi, sepatutnya proses pertukaran seterusnya ialah di Pahang, Negeri Sembilan dan Perak. Tetapi dengan kemelut baru yang berlaku di Terengganu ini, pastilah pertukaran Menteri Besar di negeri-negeri lain itu bakal terencat bagi mengelakkan gelora politik yang lebih parah lagi.

Sama ada pilihanraya negeri Terengganu akan diadakan atau kepimpinan bertukar tangan daripada BN kepada PR, gelora politik yang dicetuskan melalui tindakan Ahmad Said ini akan membuatkan tiada pertukaran Menteri Besar di negeri-negeri yang dirancangkan Najib sebelum ini.

Ahmad Said nampaknya sekali lagi menjadi Robin Hood, dengan keberaniannya kali ini menyelamatkan kedudukan rakan-rakannya di negeri-negeri lain pula.

PRK Bukit Gelugor: MCA tipu diri dan rakyat

Posted: 12 May 2014 10:55 PM PDT



_DSC4440




GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa parti agar tidak mengambil mudah Pilihanraya Kecil (PRK) Bukit Gelugor pada 25 Mei ini ekoran keputusan Barisan Nasional (BN) dan MCA untuk tidak bertanding.

"DAP menyeru semua pimpinan dan ahli agar tidak mengambil mudah PRK kali ini, walau pun BN dan MCA menarik diri daripada bertanding," katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan mengumumkan parti itu tidak akan meletakkan calon pada PRK Bukit Gelugor, kononnya untuk memberi tumpuan kepada isu pelaksanaan hudud di Kelantan.

Mengulas pengumuman itu, Guan Eng menyifatkan alasan itu sebagai mengarut dan 'bertentangan' (self-contradictory) dengan MCA sendiri.

"MCA ada hak demokratik untuk bertanding atau tidak. Biasanya kami akan menghormatinya, namun alasan yang diberikan sangat mengarut, palsu dan bertentangan.

"Jelas, MCA bukan sekadar menipu diri sendiri, malah rakyat dengan memberi alasan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan," katanya, membandingkannya dengan keputusan sama pada PRK Penanti pada tahun 2009, ekoran Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Mohammad Fairus Khairuddin yang meletak jawatan.

Dalam PRK itu, BN tidak meletakkan calon dalam PRK itu dengan alasan ia hanyalah 'mainan politik pembangkang'.

"Ketika itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata PRK hanya perlu diadakan atas sebab yang dinyatakan Perlembagaan, iaitu kematian atau perletakan jawatan kerana muflis.

"Jadi bagaimana MCA dakwa tidak akan bertanding dalam PRK Bukit Gelugor untuk pertahankan Perlembagaan. Ia bertentangan dengan kata-kata Najib. Bekas Pengerusi DAP Karpal Singh bukannya meletak jawatan, tetapi terkorban dalam kemalangan," kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu lagi.

MCA sebenarnya takut

Dalam pada itu, Naib Pengerusi DAP Teresa Kok Suh Sim berkata, sebab sebenar MCA menarik diri adalah takut kalah besar dalam PRK itu, seterusnya menyukarkan niat parti itu untuk kembali menyertai Kabinet.

"MCA boleh beri apa sahaja alasan, namun sebab sebenarnya mereka takut kalah besar. Itu akan menyukarkan mereka untuk mewajarkan penyertaan semula mereka ke kabinet," katanya.

Katanya lagi, penarikan diri itu juga membuktikan MCA sendiri tidak percaya terhadap segala serangan mereka ke atas DAP, terutama berhubung isu hudud.

"Jika mereka percaya propaganda mereka, bahawa DAP telah mengkhianati pengundi dalam isu hudud, MCA sepatutnya yakin pengundi Bukit Gelugor akan memilih mereka, malah mungkin membuatkan calon DAP hilang deposit," katanya lagi. – Roketkini.com

Tiada ulasan: