Sabtu, 10 Mei 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Disangka rusa, maut tertembak rakan

Posted: 10 May 2014 06:02 AM PDT

Libius Bin Kibin, 35 dari Kampung Nambayan Tambunan maut akibat pendarahan ekoran tembakan pada bahagian kedua belah pahanya..
tembak

TAMBUNAN: Seorang lelaki tempatan yang disangka rusa, maut akibat tertembak oleh rakannya dengan menggunakan senapang buatan sendiri 'bakakuk' ketika keluar memburu dekat sini baru-baru ini.

Mangsa, Libius Bin Kibin, 35 dari Kampung Nambayan Tambunan maut akibat pendarahan ekoran tembakan pada bahagian kedua belah pahanya dengan menggunakan peluru hidup dari jarak kira-kira 10 meter.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintenden Robert Salisip David berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengahari pada 5 Mei lalu di kawasan hutan padang ragut Kampung Nambayan Tambunan.

"Siasatan awal mendapati mangsa bersama tiga rakan  lain berumur antara 28 dan 58 tahun telah keluar memburu dengan membawa dua laras bakakuk.

"Kumpulan berkenaan telah berpecah dua dan saspek, iaitu lelaki warga tempatan berumur 28 tahun telah melihat pergerakan dedaunan di hadapannya yang disangkanya seekor rusa lalu melepaskan tembakan.

"Ekoran kejadian, mangsa mengalami kecederaan namun masih sedarkan diri. Saspek dan dua orang rakannya membawa mangsa ke Hospital Tambunan bagi mendapatkan rawatan," jelas beliau.

Robert berkata, jarak antara tempat kejadian dan kawasan mereka meletakkan kereta  mengambil masa perjalanan selama dua jam  manakala jarak ke  Hospital Tambunan sejam..

Katanya, mangsa yang mengalami pendarahan teruk dipercayai telah meninggal dalam perjalanan  ke kereta mereka.

Dua laras senapang

Menurutnya lagi siasatan awal mendapati saspek telah menjumpai dua laras senapang berkenaan di dalam belukar setelah melihat pemandu sebuah pacuan empat roda membuang  bungkusan di tepi jalan pada bulan Mei 2013.

"Saspek dalam perjalanan untuk mengisi minyak terlihat seorang individu membuang bungkusan tersebut di tepi jalan kerana mahu mengelak daripada ditangkap polis pada sekatan jalan yang dijalankan berhampiran kawasan itu pada hari berkenaan.

Setelah semuanya berlalu, saspek kembali ke kawasan tersebut dan mendapati dua laras bakakuk dalam bungkusan tersebut lalu menyimpannya," jelas beliau.

Robert berkata, pada bulan Disember 2013, saspek telah memperolehi sekotak peluru (25 butir) jenis 12 Bore dengan harga RM120 daripada seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Paul Joseph yang bekerja di Telupid.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk dibedah siasat, manakala saspek dan dua rakannya direman,  barang kes iaitu dua laras bakakuk dan tiga butir peluru dan pakaian saspek turut dirampas.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Tak salah bersifat asabiyah, kata Isma

Posted: 10 May 2014 05:56 AM PDT

Presidennya, Abdullah Zaik Abdul Rahman menyamakan semangat asabiyah dengan perpaduan umat Islam.
Abdullah Zaik Abdul Rahman

PETALING JAYA:  Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mendakwa tidak menjadi kesalahan untuk menerapkan kenyataan yang bersifat asabiyah.

"Semangat asabiyah tak salah jika diterapkan.  Asabiyah yang memberikan ketuanan pada tuan tanah mesti diiktiraf.

"Dalam konteks lebih besar, kita masyarakat Melayu kembali pada Islam dan menegakkan syiar Islam," kata Presiden Isma, Abdullah Zaik Abdul Rahman ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian ketika diberitahu bahawa kenyataan Isma berbaur semangat asabiyah seperti Klu Klux Klan di Amerika Syarikat.

Semakan di dalam Al-Quran menunjukkan sebaliknya.

Surah al-Hujurat ayat 13:  Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahuai, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Abdullah turut mengulas berkenaan tindakan Jakim yang mengeluarkan khutbah Jumaat yang 'meraikan' sambutan Hari Ibu semalam.  Khutbah tersebut bertajuk "Ibu di Hati, Syurga Menanti".
"Masyarakat dibiasakan tanpa sedar, dan menyerap budaya asing tanpa disedari," kata Abdullah.

Beliau menambah bahawa ada kemungkinan Jakim kurang sensitif terhadap aspek budaya dan lebih menekankan aspek agama sahaja.

Abdullah turut ditanya mengenai susur galur keturunannya namun beliau enggan menjawab secara terperinci.

Beliau hanya menyatakan bahawa beliau berasal dari Terengganu.

PRK Bukit Gelugor: PAS dan PKR turut ‘hantar calon’

Posted: 10 May 2014 05:48 AM PDT

mat sabu_5758 (2)




GEORGE TOWN – PAS akan 'menghantar' calon untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Bukit Gelugor yang bakal berlangsung dari 12 hingga 25 Mei ini.

Berucap di majlis perasmian pusat operasi utama PRK Bukit Gelugor, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, calon PAS pada kali ini akan bertanding dengan membawa logo roket.

"PAS akan hantar calon, iaitu calon yang dihantar oleh DAP," umumnya disambut sorakan hadirin.

Menurut beliau yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu, sesiapa yang mengaku ahli PAS dan menghantar borang pada hari penamaan calon adalah bukan ahli PAS dan bukan calon yang direstui.

"Calon PAS hanya bawa simbol roket!" kata beliau.

Mat Sabu menyifatkan pilihanraya kecil Bukit Gelugor adalah simbol perjuangan demokrasi dan perlembagaan dan pengundinya pula mewakili keseluruhan rakyat Malaysia.

Menurutnya PAS akan bekerja keras bersama-sama jentera Pakatan Rakyat untuk memenangkan calon yang dihantar oleh DAP.

Sebelum itu, Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang Dato' Mansor Othman turut menyatakan kesiapsiagaan jentera parti tersebut untuk membantu memenangkan calon DAP.

"Calon DAP ialah calon PKR, calon PAS dan calon Pakatan Rakyat," katanya disambut tepukan gemuruh.

Beliau turut menjangka bahawa Barisan Nasional (BN) akan meletakkan banyak calon semata-mata untuk mengurangkan majoriti besar yang diperolehi mendiang Karpal Singh dalam PRU ke-13.

"Rakyat Pulau Pinang harus buktikan bahawa Bukit Gelugor tidak boleh digugat oleh BN.

"Kita tidak akan beri ruang kepada BN," tambah beliau.

DAP mengumumkan Ramkarpal Singh, anak lelaki ketiga mendiang Karpal Singh sebagai calonnya.
PRK Parlimen Bukit Gelugor bakal berlangsung pada 25 Mei, dengan penamaan calon dijadualkan pada hari Isnin, 12 Mei.

PRK ini diadakan setelah penyandangnya, tokoh DAP mendiang Karpal Singh terkorban dalam kemalangan jalanraya 17 April lalu. – Roketkini.com

[BONGKAR] Ahli UMNO menyamar Sebagai Ahli PAS Mahu Bertanding Di Bukit Gelugor

Posted: 10 May 2014 05:35 AM PDT

KELAB GREENBOC


 
Dengan niat kononnya mahu memastikan hudud dilaksana di Pulau Pinang menjelang 2020, seorang anggota PAS Gombak telah menyatakan hasrat bertanding dalam PRK Parlimen Bukit Gelugor.

Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar, 63, yang ditemui pemberita selepas mengambil borang pencalonan di pejabat SPR di sini, juga berkata akan mendapatkan kebenaran berbuat demikian daripada Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, lapor malaysiakini.

"Saya akan merayu dengan Presiden (Abdul Hadi) untuk bertanding dan saya ingat Presiden tidak ada halangan.

"Sekiranya tidak beri (kebenaran) akan bertanding atas tiket Bebas," katanya.

Sebelum ini dua individu lain turut menyatakan hasrat bertanding dalam PRK tersebut iaitu Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan dan pengurus beberapa inap desa Mohd Yacoob Mohd Noor.

Sebuah badan bukan kerajaan Penang Front Party turut menyatakan hasrat meletakkan calon.

Namun semakan lanjut mendapati bahawa Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar bukan seorang ahli PAS, tetapi adalah seorang AHLI UMNO yang berdaftar dengan nombor keahlian UMNO 027003600. Lihat di bawah:



Begitu jahat perangai UMNO ini, menghantar ahlinya untuk menyamar sebagai ahli PAS untuk dijadikan calon PRK di Bukit Gelugor. Akhirnya hukum kebenaran dan keadilan berjalan, pekung UMNO terdedah.

Pendedahan ini merupakan petanda awal UMNO BN bakal kecundang di dalam PRK Bukit Gelugor!

4 cadangan untuk Khairy Jamaluddin berkenaan isu air Selangor

Posted: 10 May 2014 05:29 AM PDT

Oleh: Yeo Bee Yi


Sangat menarik melihat Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin begitu beriya-iya mendapatkan puji-pujian untuk Barisan Nasional berikutan krisis air di Selangor.

Ia terutamanya dengan memberi justifikasi kepada kenaikan melampau terhadap tariff air bagi syarikat konsesi swasta yang tidak menunjukkan prestasi yang baik.

Selanjutnya, jika Khairy benar-benar ikhlas
airbaruPertamanya, untuk penggal ini, saya cadangkan beliau menggesa rakan sejawatnya di Kementerian Pertahanan untuk meluluskan permohonan kerajaan negeri untuk menggunakan Royal Rainmaker Technology dari Thailand.

Ia untuk menjalankan pembenihan awan di Selangor bagi bersedia untuk mendepani musim kemarau yang bakal menjelang.

Teknologi pembenihan awan ini menggunakan kaedah Ejectable Flare Rack, yang melibatkan keselamatan negara. Justeru kelulusan daripada Kementerian Pertahanan adalah diperlukan.
Kedua, supaya orang ramai dapat menilai isu air ini secara adil tanpa tafsiran berat sebelah ahli politik.

Saya cadangkan Khairy untuk menggesa supaya perjanjian konsesi air dinyah-klasifikasi, memandangkan semuanya masih dilindungi Akta Rahsia Rasmi.

Hanya dengan pendedahan penuh maklumat terbabit maka rakyat boleh menilai sendiri sama ada logik atau tidak untuk kerajaan negeri menghalang tarif air dinaikkan sehingga 37% pada 2009, 25% pada 2012 dan 14% pada 2015 memandangkan Syabas tidak mampu mengurangkan non-revenue water (NRW) mereka seperti yang dituntut oleh perjanjian.

Orang ramai juga akan dapat menilai sama ada tawaran pampasan kerajaan negeri kepada syarikat konsesi untuk pengambil-alihan adalah adil berdasarkan syarat-syarat yang dinyatakan dalam perjanjian.

Ketiga, saya cadangkan Khairy menggesa Kabinet untuk mendedahkan laporan audit mengenai Syabas supaya orang ramai boleh menilai sendiri sama ada dana yang disuntik oleh kerajaan persekutuan kepada Syabas atas nama mengurangkan NRW-nya benar-benar digunakan untuk tujuan itu, atau adakah ia digunakan untuk perbelanjaan yang tidak berkaitan dengan air; seperti kereta mewah, pejabat dan gaji yang sangat banyak untuk mereka yang tidak menunjukkan prestasi.

Cadangan kedua dan ketiga, sekiranya boleh dijalankan, akan menjimatkan masa berbahas memandangkan orang ramai akan mempunyai maklumat yang cukup untuk membuat penilaian sendiri.
Keempat, saya cadangkan Khairy mengambil pendirian yang tegas di dalam kabinet untuk memastikan bahawa kabinet tidak akan meluluskan sebarang bantuan kewangan kepada syarikat konsesi air, biarpun apa alasannya, sehingga perjanjian air dimeterai.

Satu-satunya cara untuk syarikat konsesi air menilai pilihan-pilihan yang ada secara realistik ialah dengan mendepani situasi kewangan mereka yang sebenar tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan persekutuan sepertimana selalu.

Kerajaan persekutuan juga harus boleh memilih untuk menggunakan Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air. Jika kabinet mampu membuat pendirian ini, saya percaya kita boleh menyelesaikan pengambil-alihan dalam masa terdekat.

'Gajah sama gajah bertempur, pelanduk mati di tengah-tengah'. Kita tidak lagi mampu untuk melengahkan penstrukturan semula air.

Syarikat konsesi air, kerajaan pusat dan negeri mesti mencapai kata putus secepat mungkin supaya penstrukturan semula air demi manfaat jangka panjang rakyat Selangor dapat dijalankan.

Dalam keadaan musim kemarau yang bakal menjelang, kerajaan negeri Selangor mesti mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan supaya kita mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk mendepani musim kering itu.

Mahu menyelesaikan masalah air di Selangor, daripada meneruskan perbahasan yang tidak berkesudahan untuk menyalahkan kerajaan negeri Selangor, saya ada empat cadangan untuknya sebagai anggota kabinet.

* Yeo Bee Yi adalah ADUN Damansara Utama

MCA parti ‘Flip-Flop’, tidak kekal pendirian tak nak sertai kabinet

Posted: 10 May 2014 05:23 AM PDT

Oleh: AFIX REDZUAN


PETALING JAYA: MCA perlu menjelaskan pendirian kukuh mereka dalam membuat keputusan menyertai semula Kabinet Kerajaan seperti yang ditegaskan parti itu sebelum ini.

Ia ekoran jurang perbezaan pandangan yang semakin melebar antara MCA dan Umno berhubung beberapa isu mutakhir negara masakini.

UMNO BN 55Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen berkata, penerimaan MCA ke dalam kabinet Kerajaan hanya daripada ehsan Perdana Menteri.

"Jadi adakah mereka ini punya agenda dua agenda? Satu nak jadi menteri, satu tak nampak boleh bekerjasama dengan BN," kata Wong Chen ketika ditemui Selangor Kini.

Dalam Pilihan Raya Umum-ke 13, MCA cuma mampu pertahan 7 kerusi Parlimen berbanding 15 kerusi dalam PRU12 daripada 40 kerusi yang ditandingi.

bn-mcaBagi kerusi negeri, MCA cuma dapat 11 kerusi dalam PRU13, berbanding 31 kerusi dalam PRU12 daripada 90 kerusi yang diperuntukkan oleh BN sehingga istilahkan MCA "parti seven eleven".

Malahan di Pulau Pinang, Calon BN di kerusi Dun Pengkalan Kota, Pulau Pinang,menerima tamparan hebat dalam pertandingan satu lawan satu dengan calon, apabila hanya berjaya memperoleh 1,803 daripada 17,468 undi dan hilang wang pertaruhan.

Wong Chen berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya ahli PAS di kawasan Kelana Jaya untuk mengadakan ceramah atau taklimat bagi menerangkan soal hudud kepada masyarakat.

"Apa yang penting katanya, soal ekonomi dan sistem pemerintahan sedia ada perlu diperbetulkan terlebih dahulu sebelum soal hudud ini dapat dibicarakan dengan lebih luas," kata beliau.EZY

Malaysia ‘kehilangan’ MH370 dan Perdana Menteri

Posted: 10 May 2014 05:21 AM PDT

Oleh: Mohd Ezli Mashut


SHAH ALAM : Dalam tempoh 12 bulan lalu sejak PRU13 Mei lepas, Malaysia telah mengalami dua tragedi 'kehilangan' yang mengancam negara.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata kedua-dua 'kehilangan' itu merupakan tragedi serius yang menampakkan kelemahan aspek pengurusan kerajaan.

Stealth MH370Katanya kehilangan itu adalah pesawat MH370, selepas 64 hari tanpa petunjuk dan tragedi 'kehilangan Perdana Menteri'.

"Hari ini, adalah hari ke-64 kehilangan Malaysia Airlines Boeing 777 pada 8 Mac, dan walaupun pencarian antarabangsa , carian yang paling lama dan paling mahal terbesar di dunia.

"Ia adalah satu tragedi besar yang selepas dua bulan mencari MH 370 di Laut China Selatan, Selat Melaka , Laut Andaman dan Lautan Hindi ," kata Kit Siang dalam kenyataan media.

Kata Kit Siang, tragedi kedua adalah 'kehilangan' Perdana Menteri ekoran kegagalan menangani masalah dalam negara khususnya isu perkauman yang dimainkan NGO cauvinis seperti Perkasa dan Isma.

najib-popular"Untuk berapa lama lagi 'kehilangan Perdana Menteri' daripada berlaku sebelum Najib Razak bersedia untuk berhadapan dan mengisytiharkan beliau tidak bersetuju dan menentang sebarang pandangan yang ekstrem perkauman dan agama.

"Adalah penting, pengundi Bukit Gelugor dan Teluk Intan menjadi peneraju kebangkitan rakyat dan mendepani halatuju nasional berhadapan ekstremis perkauman dan agama untuk menyelamatkan negara ini," katanya.EZY

Dr M dakwa 'berbahaya' naik pesawat Boeing

Posted: 09 May 2014 05:04 PM PDT

MALAYSIAKINI


MH370 Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan kekurangan penjelasan pihak Boeing sejak tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370, dengan mendakwa selagi syarikat itu tidak berbuat demikian, maka  keselamatan pesawatnya adalah meragukan.

"Banyak perkara yang perlu dijawab oleh Boeing. Sehinggalah pesawat itu ditemui dan punca kegagalan peralatan komunikasi dan kehilangannya dapat dijelaskan sepenuhnya, maka seseorang itu mesti membuat kesimpulan bahawa adalah berbahaya untuk terbang dengan pesawat Boeing," katanya dalam catatan di blog pagi ini.

Mahathir berkata walaupun sistem komunikasi pesawat Boeing dibekalkan oleh kontraktor dan vendor, tetapi Boeing bertanggungjawab bagi pemasangan, pengujian dan persijilannya.

"Dalam kes MH370, satu perkara yang kita tahu dengan pasti adalah tidak ada komunikasi selepas pembantu juruterbang berkata 'All right, good night'... Dalam erti kata lain komunikasi terputus langsung.

"Bagaimana ini mungkin boleh! Juruterbang boleh mematikannya! Adakah sistem komunikasi dalam sebuah pesawat Boeing 777 begitu mudah untuk dimatikan? Adakah tiada (sistem) sokongan?" katanya.

Mahathir mengeluh bahawa Boeing 'begitu membisu" berhubung kegagalan sistem komunikasi dalam pesawat Boeing tersebut.

"Jika ini boleh berlaku kepada MH370, Boeing 777, maka adakah ianya selamat untuk terbang dalam pesawat itu? Bila pula pesawat lain akan hilang?" katanya.

Wee: Mkini betul, MCA akan 'kaji' kedudukan dalam BN

Posted: 09 May 2014 05:03 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong menjelaskan bahawa Malaysiakini tidak memutarbelit kata-katanya mengenai hasrat MCA untuk "mengkaji semula kedudukannya dalam BN" jika Umno menyokong hudud.

Wee mengesahkan itulah apa yang dikatakannya, sambil menyalahkan lamanweb BNBBC.my yang membuat kesimpulan mereka sendiri apabila beliau bercakap kepada mereka tentang "sebuah portal dalam talian" yang telah salah memetiknya dengan mengatakan bahawa MCA mungkin akan keluar dari BN.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Wee berkata apabila beliau menyedari lamanweb majlis penyokong BN itu melaporkan bahawa beliau telah menyalahkan Malaysiakini kerana memutarbelitkan kata-katanya, beliau terus memberitahu mereka supaya segera membuat pembetulan.

BNBBC telahpun memperbetulkan kesilapan mereka.

Bagaimanapun Wee tidak mengulas lanjut mengenai apa yang dimaksudkannya dengan "mengkaji semula".

Beliau mengulangi pendirian tegasnya menentang pelaksanaan hudud, dengan mendakwa ia adalah demi untuk bangsanya dan generasi akan datang.

Walaupun berdepan dengan kritikan masyarakat Melayu, Wee berkata beliau tidak akan mengalah.

Presiden Gerakan sedia tanding di Teluk Intan

Posted: 09 May 2014 05:00 PM PDT

MALAYSIAKINI


Presiden Parti Gerakan, Datuk Mah Siew Keong bersedia untuk bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan sekiranya diberi mandat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
Menurutnya, sebagai seorang anggota politik yang begitu komited, beliau bersedia dan akur dengan keputusan yang bakal diputuskan oleh pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional.

"Saya bersedia untuk bertanding PRK Teluk Intan jika nama saya dicalonkan kelak.
  
"Saya juga bersedia dengan keputusan dan calon yang akan ditetapkan untuk bertanding di Teluk Intan. Keputusan yang diputuskan itu bukan untuk individu namun bagi kepentingan parti," katanya dalam sidang media di Kuala Terengganu hari ini.
  
Beliau berkata Gerakan juga mencadangkan beberapa nama sebagai calon PRK itu.
  
Mah berkata pihaknya akan bekerja keras untuk membantu calon yang bertanding pada PRK Bukit Gelugor dan Teluk Intan.
  
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada DAP, Seah Leong Peng, akibat kanser, 1 Mei lepas dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 Mei sebagai hari penamaan calon manakala 31 Mei hari pengundian.
  
Sementara itu Pengerusi Gerakan Terengganu Datuk Yap Kea Ping berkata Gerakan Terengganu sebulat suara menyokong dan bersetuju calon yang ditetapkan pada PRK itu.
  
Sementara itu, di George Town, Gerakan Pulau Pinang menyokong Mah dipilih sebagai calon di Teluk Intan.
  
Pegerusi Gerakan Pulau Pinang Teng Chang Yeow berkata Jawatankuasa Perhubungan Gerakan menyokong penuh Mah dicalonkan kerana pengalaman beliau yang
pernah berkhidmat di kawasan berkenaan selama dua penggal.

"Mah adalah calon yang paling layak untuk dipilih di Teluk Intan dan kami menyokong penuh pencalonan beliau," katanya kepada pemberita hari ini.
  
Beliau berkata Gerakan Pulau Pinang akan menubuhkan satu pasukan khas dengan seramai 80 petugas untuk membantu jentera pilihan raya di Teluk Intan.
  
Bagaimanapun Teng berkata beliau akan menghormati keputusan calon yang akan ditentukan perdana menteri.
  
Mengenai PRK Parlimen Bukit Gelugor, Teng yang juga Pengerusi Barisan Nasional negeri, berkata beliau akan bermesyuarat dengan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini.
  
"Gerakan akan menyokong penuh calon Barisan Nasional di Bukit Gelugor tetapi keputusan calon terpulang kepada MCA dan saya masih menunggu maklum balas daripada mereka," katanya.
  
Terdahulu, Chew dalam sidang media berasingan berkata sebagai sebuah parti politik, MCA sentiasa bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.
  
engulas laporan akhbar Cina mengenai BN tidak akan bertanding di PRK Bukit Gelugor, Chew berkata itu hanya spekulasi.
  
Beliau turut menyeru semua pihak supaya bersabar dan pihaknya akan membuat pengumuman apabila tiba masanya.
  
Kerusi Bukit Gelugor kosong berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh daripada DAP, akibat nahas jalan raya dan SPR menetapkan 12 Mei sebagai hari pencalonan manakala 25 Mei hari mengundi.- Bernama

Ratusan pekerja KTM demo dalam hujan

Posted: 09 May 2014 04:53 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Walaupun hujan lebat dan dentuman guruh, kira-kira 700 anggota Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) tidak berganjak dari bangunan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berhimpun untuk mendesak Datuk Elias Kadir melepaskan  jawatan sebagai presiden KTMB.

Presiden KPPKTMB Abdul Razak Md Hassan yang mengetuai kumpulan itu mendakwa Elias Kadir tidak menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang perkhidmatan beliau selama dua tahun ini.

"Demonstrasi hari ini menyampaikan rasa tak puas hati dengan Datuk Elias Kadir yang telah menjawat jawatan presiden selama 2 tahun, beliau tidak melaksanakan tugas dengan berkesan.

"Tanggungjawab Elias Kadir cari cara naikkan pendapatan (KTMB), kalau dia gagal tambah pendapatan dia boleh berambus!

"Cukup dua tahun cukup lama. Kita kecewa kerana dia tak mampu cetuskan idea," katanya ketika perhimpunan berlangsung petang tadi.

Ketika ditanya media mengenai tindakan selanjutnya sekiranya demonstrasi ini tidak berjaya, Abdul Razak berkata pihaknya merancang untuk mengadakan satu lagi perhimpunan di Kementerian Kewangan di Putrajaya.

Demonstrasi bermula jam 5 petang tadi berlangsung apabila semua penyokong dari sepuluh cawangan kesatuan seluruh negeri berhimpun di Hotel Heritage sebelum berarak ke  depan bangunan KTMB - berdekatan Masjid Negara.

Penyokong yang hadir melaungkan Hidup! Hidup! Hidup! Tolak Elias Kadir!. Ada juga yang meniupkan wisel berselang-seli dengan laungan tersebut.

Ditambah pula paluan gendang dan drum bagi menaikkan semangat semua penyokong dan kelihatan ketika itu mereka turut menyanyikan lagu tema KPPTMB dan "Inilah barisan kita".

Manakala kenderaan yang lalu di jalan itu turut membunyikan hon sebagai tanda sokongan kepada kesatuan pekerja yang berhimpun.

Turut kelihatan polis mengawal lalu lintas dan kawasan perkarangan KTMB bagi menjaga keselamatan sepanjang perhimpunan berlangsung.

Tepat jam5.20 petang hujan turun dengan lebat dan petir sabung menyabung namun penyokong masih tidak meninggalkan kawasan hadapan KTMB itu.

Sebaliknya penyokong kelihatan masih bersemangat serta melaung-laungkan kata semangat sambil menari dalam hujan yang semakin lebat mengikut paluan gendang sehingga perhimpunan berakhir jam 7.00 malam.

Polis buru beberapa individu berkait Al-Syabab

Posted: 09 May 2014 04:48 PM PDT

SINAR HARIAN

Ahmad Zahid Hamidi


TAIPING - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata polis sedang memburu beberapa lagi individu yang dipercayai ada kaitan dengan gerakan pengganas Al-Syabab susulan penangkapan seorang lelaki warga Somalia dua hari lepas.

Beliau berkata pihak berkuasa percaya ada antara individu terbabit yang berkahwin dengan wanita tempatan. "Setakat ini mereka tidak menubuhkan pangkalan di negara ini tetapi mereka ini mempunyai ideologi," katanya kepada pemberita ketika  melakukan lawatan kerja di Penjara Kamunting di sini hari ini.

Beliau mengulas penangkapan suspek berusia 34 tahun itu yang dikehendaki oleh polis antarabangsa kerana disyaki anggota kumpulan pengganas Al-Syabab, di Selangor.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata pihak berkuasa percaya ada beberapa anggota kumpulan pengganas terbabit memasuki negara ini menggunakan pas pelajar sejak dua tahun lepas.

Katanya polis juga menyiasat sama ada suspek yang diberkas itu mempunyai kaitan dengan 11 individu tempatan yang ditahan sebelum ini.

Sebelas individu terbabit yang diberkas polis secara berperingkat sejak 28 April di Selangor dan ibu negara, dipercayai terbabit dengan kumpulan militan yang mempunyai rangkaian di Syria dan selatan Filipina.

Mengenai lawatan ke Penjara Kamunting hari ini, Ahmad Zahid berkata beliau akan membentangkan satu nota khas kepada Kabinet mengenai beberapa kejayaan penjara itu dalam usaha menjadikannya sebagai Penjara Agro secara rasmi.

Beliau berkata Penjara Kamunting merupakan pusat koreksional yang pertama di rantau Asean yang menjalankan kegiatan pertanian dan latihan kepada banduan.

"Jabatan ini akan bekerjasama dengan Amanah Ikhtiar Malaysia dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) untuk pembiayaan modal jika ada banduan yang telah bebas mahu mengusahakan aktiviti agro selain pendapatan yang diperolehinya ketika di penjara yang kita pindahkan ke akaun persendirian," katanya. - Bernama

PPIM: Bukan Islam jangan cepat melatah

Posted: 09 May 2014 04:45 PM PDT

Nadzim Johan  
Nadzim Johan


KUALA LUMPUR - Masyarakat bukan Islam di negara ini diminta bertenang dan tidak cepat 'melatah' dengan cadangan pelaksanaan hukuman hudud yang akan dibentangkan Pas di Parlimen untuk diaplikasikan di Kelantan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata pelbagai pihak perlu duduk semeja dan berbincang secara matang bagi menghuraikan segala kekusutan dan salah faham berhubung tujuan utama undang-undang Islam itu cuba dilaksanakan.

"Saya tak nampak kebaikan kita bergaduh sesama sendiri kerana ia hanya akan menyebabkan negara berpecah-belah. Hudud tak dilaksanakan pun lagi, kita tak tahu pun kesannya terhadap masyarakat setakat ini.

"Pelbagai pihak perlu faham sejarah dan aspirasi negara dan melihat perkara ini (pelaksanaan Hudud) dengan dada yang lapang agar ia dapat diselesaikan dengan cara yang lebih baik," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, aktivis PPIM, Sheikh Abd Kareem S Khadaied berkata, Malaysia di bawah pentadbiran Umno sebagai parti komponen utama dalam Barisan Nasional (BN) tidak pernah meminggirkan nasib mana-mana kaum, malah mengambil kira kepentingan semua pihak sebelum melaksanakan sesuatu dasar.

"Jangan bantah selagi kita tak faham. Mungkin ada sedikit perbezaan kepercayaan di antara masyarakat Islam dan bukan Islam, namun jangan jadikan ia sebagai satu sebab untuk kita berpecah.

"Hudud mengajar kita untuk menjadi manusia yang lebih baik, bagaimanapun jangan jadikan isu ini sebagai satu batu loncatan untuk mengaut kepentingan politik," katanya.

Isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan kembali hangat menjadi perbincangan umum akhir-akhir ini apabila kerajaan Kelantan di bawah pimpinan Pas, melalui anggota Parlimen parti itu, bercadang membawa usul rang undang-undang persendirian untuk melaksanakan hudud di Dewan Rakyat, Jun ini.

Ia bagi mendapatkan kebenaran Parlimen melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993.

Namun, hasrat Pas untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian itu di Parlimen ditentang keras sekutunya, DAP, bahawa pelaksanaan hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pakatan  Pas-DAP-PKR. - Bernama

Hudud: Parlimen bakal saksi detik bersejarah

Posted: 09 May 2014 04:43 PM PDT


Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff


BANGI - "Rakyat Malaysia akan teruja dan Parlimen Malaysia bakal menyaksikan detik bersejarah seandainya draf persendirian hudud dimeterai di Parlimen kelak," demikian respons Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, berkenaan isu huhud yang kembali diperdebatkan kini.

"Saya positif terhadap kerjasama antara Pas dan Umno dalam isu hudud.

"Harap jangan lagi ada halangan, tidak kira  sama ada lulus atau tidak di Parlimen.

Menurutnya, yang pastinya rakyat akan teruja, kerana pertama kali dalam sejarah Parlimen Malaysia, negara akan melihat setiap ahli Parlimen akan diberi kebebasan untuk mengundi menerima rang undang-undang persendirian tersebut.

"Mereka (ahli Parlimen) akan berdiri sendiri membawa suara rakyat  di kawasan masing-masing.

"Jadi di situ rakyat akan menilai keikhlasan ahli Parlimen yang mewakili mereka," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, Agus berharap permulaan kerjasama antara Umno dan Pas dalam isu hudud ini menjadi titik permulaan untuk negara mencapai ke arah politik yang matang.

"Kita bermula dengan langkah awal ini, kalau kita sudah bersedia, sedikit demi sedikit kita akan mencapai ke arah politik matang," jelasnya..

Pas dijangka akan membentangkan rang undang-undang persendirian hudud di Parlimen selepas pembukaan sidang Parlimen kelak.

Nik Aziz harap hudud berjaya dilaksana

Posted: 09 May 2014 04:40 PM PDT


Nik Abdul Aziz Nik Mat  
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap kerajaan Pas Kelantan berjaya melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) di negeri ini walaupun terdapat tentangan daripada pelbagai pihak.

Katanya, sejak rang undang-undang itu diumumkan untuk dibentangkan di Parlimen, pelbagai asakan negatif diterima, namun itu bukan halangan untuk hukum tersebut dilaksanakan.

"Kita doakan hudud ini berjalan dengan molek (lancar). Kalau gagal, boleh jadi satu punca, iaitu takwa kepada ALLAH tidak ada.

"Islam ini, solat ke, hudud ke, kahwin dan cerai ke, mesti berangkai dengan takwa kepada ALLAH," katanya dalam ceramah mingguan di Dataran Ilmu di sini, hari ini.

Menurutnya, hukuman sivil yang diguna pakai di Malaysia sekarang ini tidak mempunyai kesan kepada penjenayah, terutama melibatkan kes yang boleh dikenakan hukuman ke tali gantung.

Beliau menyifatkan anggapan sesetengah golongan akademik bahawa hukum hudud tidak akan dapat dilaksanakan, sebagai tidak waras.

"Baru-baru ini ada pensyarah universiti kata hudud ini gagal kerana negeri yang buat hudud ini sudah gagal semua.

"Pensyarah seperti ini bukannya jenis nak hidupkan Islam. Dia berfikir cara manusia, bukan cara ALLAH.

"Kita solat kerana apa? Solat ini boleh menyekat manusia daripada membuat perbuatan keji. Sekarang ini walaupun solat, judi tetap ada, ertinya solat itu gagal, gagal kerana kita masih lagi berjudi.

Kes dadah, kes rasuah (masih banyak), maka tak payah solatlah, (kerana) kalau solat pun ada juga perkara mungkar," katanya.

Tiada ulasan: