DIALOG RAKYAT |
- Beranikah Najib Terus Bertelagah Dengan Mahathir Mengenai Hudud?
- Senarai Ranking Tentera Terkuat di Dunia 2014. Indonesia Kalahkan Malaysia. Singapore Tumbang Ditangan Malaysia?
- Terima kasih Tuan Lawyer dan Selamat Hari Pekerja
- Penyanyi Kartina Dahari Meninggal Dunia
- Kerajaan Tetap Laksanakan GST
- Tolak hudud: Bukan Islam tidak sedar diri, kata Isma
- Sah ada pengundi hantu, PKR batal keputusan Batang Sadong
- Pemimpin politik sertai 20,000 penyokong himpunan 1 Mei bantah GST
- Kementerian nafi keluar surat bagi pihak waris
- Keluarga gesa M'sia beli data Inmarsat
- Azmin dahului persaingan timbalan presiden PKR
- MP DAP Teluk Intan meninggal dunia
- Cuepacs: Penjawat awam sertai protes anti-GST dianggap pengkhianat
- Lautan merah' banjiri Dataran bantah GST
- Misteri dan lucu harta karun
- Peserta himpunan laung bantah majikan
Beranikah Najib Terus Bertelagah Dengan Mahathir Mengenai Hudud? Posted: 01 May 2014 05:02 AM PDT shahbudindotcom Pendirian UMNO yang berpendirian positif terhadap rancangan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu melalui usul persendirian yang dijangka dibentangkan tidak lama lagi, akhirnya menyebabkan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad menjadi semakin lantang mengkritik kerajaan pimpinan Najib Razak. Dalam kritikan terbarunya, beliau berkata, usul hudud ini dihidupkan semula oleh Pas adalah kerana kerajaan sekarang terlalu lemah. Ini katanya, berbeza dengan kerajaan sewaktu pimpinannya dahulu yang ssngat kuat dan memperolehi majoriti sangat besar sehingga usaha melaksanakan hukum itu dapat dihalang daripada dilaksanakan. Berpegang kepada keyakinan bahawa hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh Pas itu tidak bersandarkan kepada keadilan yang sebenarnya, terutama berkaitan perbezaan hukuman antara orang Islam dan bukan Islam, Mahathir juga mengimbas bagaimana penentangannya terhadap usaha Pas itu akhirnya membuahkan kejayaan. Ketika Pas mahu melaksanakan hukum hudud pada 1994, Mahathir telah menulis surat kepada Nik Aziz Nik Mat yang menjadi Menteri Besar Kelantan ketika itu yang antara lain berbunyi, "Kerajaan Pusat tidak dapat membenarkan kerajaan Pas Kelantan menjalankan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip keadilan Islam, maka kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kerajaan Pas demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam." Betikutan surat tersebut, Kerajaan Pas Kelantan menangguhkan perlaksanaannya dan tidak pernah lagi membangkitkan usaha untuk menjalankan hukum hudud di negeri Kelantan dan Nik Aziz sendiri baru-baru ini mengakui bahawa beliau bimbang akan berlaku Mageran sekiranya beliau berkeras juga mahu melaksanakannya ketika itu. Tetapi baru-baru ini Menteri Besar Kelantan yang baru, Ahmad Yaakob menunjukkan keazaman yang tinggi untuk melaksanakan hukum hudud yang sudah diluluskan oleh DUN Kelantan itu dengan rancangan mahu membentangkan usul persendirian di Parlimen bagi menjadikannya realiti. Beberapa pemimpin UMNO Kelantan yang beraada di Parlimen seperti Tengku Razaleigh Hamzah dan Annuar Musa secara terbuka memberi sokongan kepada perlaksanaan hukum itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir juga turut menyatakan sokongan dengan menegaskan bahawa kerajaan Pusat sedia membantu mana-mana kerajaan negeri yang mahu melaksanakan hukum itu. Najib dalam reaksi terbaru, walaupun beberapa tahun lalu pernah bertegas bahawa hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini, kini berubah nada dengan mengatakan banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hukum hudud dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum yang sebenar. Tambah beliau lagi, terdapat perbezaan antara menolak hukum hudud dengan tidak melaksanakannya kerana kesulitan dan kekangan yang pelbagai. Lebih menarik dari itu, Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang melawat Kelantan baru-baru ini turut mengambil kesempatan menziarahi Nik Aziz di rumahnya sambil memakai kopiah putih serta mencadangkan agar satu jawatankuasa bersama antara UMNO dan Pas dibentuk bagi mengkaji perlaksanaan hukum itu. Walaupun Muhyiddin masih tidak mahu menyatakan sama ada UMNO akan menyokong usul pereendirian itu atau sebaliknya, yang nyata ada perubahan sikap lebih positif ditunjukkan oleh ramai pemimpin UMNO terhadap hukum hudud ini. Mahathir yang jelas bimbang dengan perkembangan ini, kini dilihat semakin lantang mengkritik dan menyuarakan bantahannya terhadap usaha Pas itu. Beliau bukan saja mempertahankan pendiriannya bersandarkan konsep keadilan yang diyakininya, tetapi juga mula menempelak Najib kerana melayan cadangan Pas itu. Sambil menegaskan kerajaan pimpinan Najib sebagai lemah, Mahathir berkata, "mungkin mereka ingat kerajaan perlukan sokongan sebab di zaman saya, kami berkuasa dengan majoriti dua pertiga". Dengan menyifatkan kerajaan Najib sebagai lemah sehingga terpaksa mengharapkan sokongan Pas dengan cara memberi sokongan terlebih dahulu terhadap usul persendirian yang bajal dibentangkan Pas, Mahathir bukan saja menentang hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan, malah turut menghalakan serangannya terhadap Najib dan kerajaan. Tidaklah mustshil sebenarnya, jila Najib dan UMNO terus bersikap positif terhadap perlaksanan hukum hudud ini, serangan Mahathir akan lebih dihalakan kepada Najib berbanding Pas. Najib akan diserang habis-habisan bukan saja kerana perubahan sikapnya yang positif terhadap hudud tetapi juga sebab pemimpin UMNO yang lain juga seperti sama positifnya terhadap hukum itu. Soalnya, beranikah Najib bertelagah dengan Mahathir? Sejak menjadi Perdana Menteri, bukanlah rahsia lagi bahawa perkara yang paling ditakuti oleh Najib ialah berbeza pendapat, apatah lagi bertelagah dengan Mahathir. Beliau bukan saja bersikap lembut dan menjaga hati Mahathir sejak dari awal, termasuk menjadikan anaknya Mukhriz sebagai MB Kedah, bahkan tidak berani mengulas banyak daripada kritikan bekas Perdana Menteri itu. Najib lebih senang mendiamkan diri kepada banyak kritikan itu dan ia dipercayai untuk mengelak ianya disensasikan dan akhirnya mencetuskan perbalahan antaranya dengan Mahathir. Ini berbeza dengan Pak Lah, walaupun dikatakan lemah dan lembik, tetapi sejak awal berkuasa sudah menunjukkan keberanian untuk membuang pengaruh Mahathir dengan membatalkan projek keretapi berkembar dan jambatan bengkok yang sudah diluluskan oleh bekas Perdana Menteri itu serta membebaskan Anwar daripada penjara. Masalah Pak Lah ialah beliau tidak cukup kuat untuk berlawan dengan Mahathir. Episod yang berlaku kepada Pak Lah sedikit-sebanyak memberi pengajaran kepada Najib bahawa bertelagah dengan Mahathir bermakna mencari masalah. Tetapi di sebalik beberapa kritikan Mahathir terhadap Najib yang berpunca daripada banyak kelemahannya dalam mengurus kerajaan ini sehingga negara menjadi semakin kalut dan kucar-kacir, isu hudud yang tiba-tiba muncul ini nampaknya mula menjurus ke arah serangan yang lebih keras dan lantang oleh Mahathir terhadap Najib. Daripada menyalahkan hukum hudud versi Pas yang dipercayainya tidak bersandarkan keadilan, beliau kini menyalahkan Najib pula kerana melayan isu tersebut. Beliau juga seperti menyindir kerajaan Najib yang terpaksa mengharapkan sokongan daripada parti lain berbanding kerajaan pimpinannya dahulu yang sentiasa mendapat majoriti dua pertiga. Melihat satu demi satu perkembangan isu hudud ini serta memahami karaktor Najib yang lebih lemah daripada Pak Lah, adalah diyakini beliau akhirnya akan tunduk kepada Mahathir. Najib tidak akan berani bertelagah dengan Mahathir, jauh sekali untuk memastikan sokongan Ahli-Ahli Parlimen UMNO terhadap usul persendirian Pas itu nanti. Bagi Najib akhirnya, memastikan kedudukannya selamat dan kekal sebagai Perdana Menteri adalah lebih penting didahulukan daripada mengharapkan sokongan daripada pihak-pihak lain, termasuk Pas berkaitan hudud itu. Untuk kesekian kalinya dan untuk tempoh yang tidak diketahui, hudud akan terus menjadi isu politik seperti buiy-buiy di lautan,ada ketikanya ia muncul dan ada ketikanya ia menghilang begitu saja |
Posted: 01 May 2014 04:51 AM PDT Senarai Ranking Tentera Terkuat di Dunia 2014. Indonesia Kalahkan Malaysia. Singapore Tumbang Ditangan Malaysia : Jikalau ditanya persoalan ranking kepada RajaGopal, apa kata beliau? Ranking tidak penting. Tetapi bukan ranking bola sepak Malaysia ingin dikupas Berita Semasa hari ini tetapi melibatkan senarai ranking kekutaan tentara di dunia 2014 yang menjadi hangat sejak semalam. Apakah kredibiliti….. Apakah kredibiliti yang ada pada GlobalFirePower yang diangkat faktanya melalui laporan berita The Star sehinggalah diwarwar di saluran media-media elektronik utama negara termasuklah Astro Awani semalam. Bagi Berita Semasa sendiri…. Globalfirepower tidak boleh dijadikan indikator bagi kekuatan tentera di seluruh dunia. Nasihat Berita Semasa hentikan pembohongan ini. GlobalFirepower ini cuma portal peribadi sahaja untuk "entertainment" semata, jangan percaya. Anda semua boleh baca disclaimer mereka di sini : Melihatkan senarai ranking yang kekuatan tentera di dunia 2014 membuatkan Berita Semasa terpinga-pinga dan tersenyum seketika. Di antara negara jiran, Negara Indonesia, Thailand, Filipina berjaya mengalahkan Malaysia. Manakala Singapore "tumpas" kepada kekuatan ketenteraan Malaysia. Begitulah gambaran senarai ranking kekuatan tentera di dunia 2014 yang dikeluarkan oleh GlobalFirePower seperti di bawah ini : Senarai Ranking Tentera Terkuat di Dunia 2014Dengan bajet sejumlah RM13 bilion untuk perbelanjaan besar melibatkan sumber ketenteraan Singapore, Berita Semasa boleh mengatakan teknologi ketenteraan Singapore lebih hebat berbanding negara kita Malaysia. Tetapi apabila melibatkan aspek strategi taktikal, kekuatan skuad elit dan tentera Malaysia daripada aspek fizikal dan mental, Malaysia sebenarnya berada di kelas tersendiri.
P/S : Berita Semasa yakin, dengan bajet Kementerian Pertahanan yang besar sepertimana yang diumumkan dalam Bajet kerajaan Malaysia, kita mampu melakukan pembelian senjata dan kelengkapan ketenteraan yang lebih berkualiti pada harga yang munasabah jika diuruskan dana dengan lebih cekap, penuh amanah & bertanggungjawab serta dijauhkan oleh kelompok yang lebih mengutamakan keuntungan poket mereka sendiri berbanding kepentingan keselamatan negara. |
Terima kasih Tuan Lawyer dan Selamat Hari Pekerja Posted: 01 May 2014 04:46 AM PDT Khidmat bakti mereka tidak akan saya lupakan sepanjang hayat. Saya dapat merasakan usaha gigih mereka mengendalikan kes ini yang mendapat liputan dan pemerhatian berbagai pihak. Ingin saya tegaskan, bahawa segala kritikan, teguran dan pandangan terhadap Felda selaku Badan Berkanun adalah sebagai check and balance. Ada kalanya sebagai kumpulan pendesak, untuk mempastikan 112,635 peneroka di 317 Skim Felda seluruh negara terbela dan terpelihara hak-hak mereka. Apa faedahnya saya memfitnah Felda, sedangkan saya membesar di Felda dan kebun sawit adalah tempat keluarga kami mencari rezeki. Saya adalah anak peneroka yang berhijrah dari kampung sejak tahun 1968, menyahut seruan kerajaan dengan matlamat menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Namun, meskipun bapa saya mendapat tanah 10 ekar dan rumah, ia bukan percuma. Setiap peluh yang menitis adalah daripada keringat kami sekeluarga; sejak zaman awal, membayar hutang piutang (Bayaran Kembali) hingga beroleh hak milik. Saya membawa isu Felda sejak tahun 1989 lagi. Beratus kes peneroka, anak peneroka dan kakitangan Felda yang saya kendalikan. Saya bukan perunding yang mendapat bayaran daripada mereka, tetapi niat saya semata-mata kerana Allah. Saya mahu akhiri sisa hidup berbakti untuk warga Felda seluruh negara. Sama ada peneroka itu PAS atau Umno, tiada beza bagi saya. Saya bersama pasukan ANAK akan bantu seupaya mungkin. Sejujurnya, saya amat menyayangi masyarakat Felda; meskipun sebahagian besar daripada mereka tidak mengundi saya dalam pilihan raya! Apapun kata nista dan fitnah yang dilemparkan, saya tidak akan kecewa dan semakin bertekad membantu dan membawa perubahan demi warga Felda yang saya kasihi. Kepada YAB PM, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Pengerusi Felda, Pengarah Besar Felda dan 23 ribu kaki tangan Felda; jangan anggap saya sebagai musuh. Pemimpin ini yang bertanggungjawab menjaga kepentingan lebih sejuta warga Felda. Jangan angkuh. Mari kita bersemuka dan berbincang demi kepentingan rakyat. Saya cuba berusaha sewaktu Datuk Ahmad Maslan jadi Timbalan Menteri yang jaga Felda. Tapi gagal, atas sikap dan prejudis beliau. Hentikan ketidakadilan kepada peneroka. Tunaikan hak mereka. Mereka adalah tuan tanah yang bersusah payah, berkorban apa sahaja untuk kehidupan. Jangan khianati mereka. Insya-Allah, saya akan membuat kunjung hormat ke Ibu pejabat Felda dan berusaha membuka lembaran baru bagi mempastikan kehidupan warga Felda lebih baik dan menepati tujuan ia di tubuhkan. SELAMAT HARI PEKERJA! |
Penyanyi Kartina Dahari Meninggal Dunia Posted: 01 May 2014 04:05 AM PDT MSTAR ONLINE Ratu lagu-lagu keroncong itu dipercayai meninggal dunia akibat penyakit barah. Beliau berusia 73 tahun. Kali terakhir Allahyarham membuat persembahan untuk para peminatnya ialah di Konsert Sayang Di Sayang terbitan Esplanade Teater Di Pesisiran sempena Pesta Raya 2013. Kartina ialah antara biduanita Melayu era 1960-an hingga 1980-an. Beliau juga pernah berduet dengan Allahyarham Datuk Ahmad Jais menerusi lagu Budi Setahun Jagung dan Sejak Kita Berpisah. Allahyarham meninggalkan tiga orang anak dan jenazahnya akan dikebumikan pada Khamis. |
Posted: 01 May 2014 04:02 AM PDT MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Kerajaan akan tetap melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015 meskipun mendapat bantahan dari sesetengah pihak, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan. Katanya, ini kerana kerajaan sudah hampir 30 tahun membuat persiapan bagi tujuan itu. Sambil menyifatkan perhimpunan membantah GST sebagai tidak wajar, Ahmad berkata penganjur perhimpunan seharusnya menggunakan pendekatan lebih baik untuk menyuarakan pendapat mereka. "Mereka sepatutnya mengemukakan memorandum berhubung perkara itu, ini (bantahan) hanya bertujuan untuk mempolitikkan segala perkara baik yang kerajaan mahu laksanakan", katanya kepada pemberita di sini, Khamis. GST yang dikenakan pada kadar enam peratus menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan dikecualikan ke atas barangan makanan asas seperti beras, gula, garam, tepung dan minyak masak. Barangan dan perkhidmatan lain yang turut dikecualikan ialah perkhidmatan kerajaan seperti pengeluaran pasport, lesen dan perkhidmatan kesihatan. Ahmad Maslan berkata GST bukan perkara baharu, malah 90 peratus penduduk dunia berada dalam negara yang telah mengamalkannya. Kadar GST yang bakal dikenakan juga adalah antara yang terendah dalam dunia, katanya. "Prinsip yang perlu semua fahami adalah cukai itu diproses daripada rakyat dan dikembalikan semula kepada rakyat untuk tujuan pembangunan sosial dan ekonomi mereka. "Kerajaan tak simpan duit itu kerana kita akan kembalikan kepada rakyat melalui bajet tahunan", katanya. Terdahulu Ahmad menyampaikan cek contoh bernilai RM750,000 oleh Bank Simpanan Malaysia (BSN) selaku penganjur utama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 kepada Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. |
Tolak hudud: Bukan Islam tidak sedar diri, kata Isma Posted: 01 May 2014 03:58 AM PDT Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) hari ini menyelar golongan bukan Islam yang terang-terangan menolak rancangan pelaksanaan hudud oleh PAS. Presidennya, Abdullah Zaik Abdul Rahman, berkata golongan bukan Islam sebagai 'tidak sedar diri' dan tidak sewajarnya campur tangan dalam urusan umat Islam. "Pendirian mereka yang begitu keras dan tidak menghormati adalah berlebihan dan tidak sedar diri dengan apa yang mereka nikmati. "Saya tidak nampak apa jasa besar mereka sehingga mereka diberi kelebihan yang begitu banyak. Pada saya itu lebih daripada adil. Mereka perlu sedar," katanya kepada The Malaysian Insider di Persidangan Pemikir Muslim Antarabangsa di Kuala Lumpur, hari ini. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengingatkan PAS pada Selasa agar tidak masuk ke dalam perangkap Umno apabila cuba membentangkan rang undang-undang persendirian hudud di Parlimen. Katanya, PAS perlu berfikir panjang kesannya jika mempercayai Umno selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bersetuju untuk membantu PAS membentang hudud di Parlimen. Lim berkata, PAS mungkin akan kehilangan Kelantan sama seperti mereka kehilangan Terengganu semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 selepas meluluskan undang-undang hudud pada 2003. "PAS hanya menambah jurang risiko perpecahan dalam Pakatan Rakyat yang selama ini diidamkan Umno," katanya dalam satu kenyataan. Abdullah berkata, tentangan bukan Islam itu tidak boleh dibiarkan dan mereka perlu menghormati batas yang ditetapkan dalam Perlembagaan. Katanya, peluang perlu diberikan kepada umat Islam bagi menambah baik sistem syariah umat Islam pada masa ini. "Saya rasa kita orang Islam tidak boleh biarkan orang bukan Islam tentukan masa depan kita. Kita kena beritahu mereka, mereka ada batas yang perlu mereka hormati. "Cukup mereka bersyukur dengan apa yang diperoleh daripada apa yang diperlukan. Mereka kena faham untuk betulkan keadaan kita lakukan pembetulan sewajarnya untuk menjamin sistem politik kukuh akan datang," katanya. Sementara itu, seramai 30 peserta persidangan pada hari ini akan menemui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyatakan pandangan mereka berhubung krisis politik di Timur Tengah. Mengulas mengenai pandangan hudud yang dikeluarkan Dr Mahathir, Abdullah tidak menganggapnya sebagai satu bentuk tentangan tetapi berlaku salah faham. "Saya tidak pandang Dr Mahathir menentang hudud cuma mungkin dia perlukan penjelasan. Mungkin penjelasan yang diterima tidak begitu tepat. "Mungkin orang yang beritahu kepada dia tidak jelas dan tidak munasabah," katanya kepada The Malaysian Insider. Abdullah berkata, hudud bukanlah menjadi keutamaan kepada kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakannya pada masa ini tetapi ia sebagai simbolik perpaduan di antara PAS dan Umno. Katanya, apa yang dikhuatiri adalah pelaksanaan hudud di Kelantan akan bercanggah dengan syariat Islam yang sebenar. "Pada pandangan kami, hudud bukan keutamaan sekarang tetapi oleh kerana Kelantan hendak buat dan Umno bersetuju maka kita pun sokong. "Saya tidak fikir ada kemampuan untuk melaksanakan keseluruhan gambaran yang benar kepada hudud kerana terdapat batas dalam perundangan dan teknikal. Jadi mereka akan kemukakan hudud dalam konteks yang tidak sempurna umpamanya dari segi hukum tidak sampai ke tahap rejam atau bunuh," katanya. Minggu lalu, Dr Mahathir berkata, beliau melihat umat Islam di negara ini belum bersedia melaksanakan hukum hudud. Katanya, ini kerana pihak yang ingin melaksanakan hudud itu tidak mengutamakan soal keadilan yang ditekankan dalam Islam, sebaliknya melaksanakan hudud mengikut cara mereka sendiri. "Hudud adalah sebahagian daripada syariat Islam dan baik, tetapi kita tidak boleh beri kuasa untuk menghukum kepada orang yang tidak faham tentang keadilan yang disebut dalam Al-Quran. "Dalam Islam bukan hukuman berat yang diutamakan," katanya. |
Sah ada pengundi hantu, PKR batal keputusan Batang Sadong Posted: 01 May 2014 03:47 AM PDT PKR membatalkan keputusan pemilihan Cabang Batang Sadong di Sarawak selepas mendapati berlakunya penipuan semasa proses undian minggu lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Datuk Johari Abdul, berkata pihaknya turut menggantung pengawas pemilihan daripada tugas dan mencadangkan kepada Jawatankuasa Disiplin supaya mengambil tindakan terhadap sekumpulan pemimpin cabang yang menang tanpa bertanding untuk dipecat daripada parti. "Apa yang berlaku di Batang Sadong adalah jumlah ahli yang keluar mengundi tidak sama dengan jumlah kertas undi yang dikeluarkan. "Paten (corak) yang ditulis ni adalah orang yang sama, jadi banyak hantu yang pergi (mengundi)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Kuala Lumpur, hari ini. Johari berkata, keputusan dibuat selepas pihaknya mendapati banyak unsur keraguan berlaku sepanjang proses undian. Katanya, pengawas pemilihan yang terlibat itu sendiri mengakui kepada JPP beliau dikompromi oleh calon yang bertanding. "Tetapi kita masih siasat adakah dia buat ini atas arahan atau rela hati atau dibayar, kita tidak tahu lagi. "Keputusan JPP semalam, pengawas yang kita sendiri lantik ini akan digantung tugas dan dihalang daripada mengambil mana-mana bahagian sepanjang pemilihan berlangsung," katanya. Bagaimanapun, katanya, JPP masih menyiasat pihak yang menjadi dalang penipuan sehingga menyebabkan terjadinya insiden terbabit namun menjamin ia akan dapat diketahui dalam masa terdekat. Beliau berkata, beberapa saksi termasuk mereka yang tidak pernah mengundi juga sudah memberikan kenyataan dan bersedia dipanggil untuk siasatan. Sehubungan itu, katanya, beliau memberi amaran kepada individu yang menjadi dalang penipuan itu pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas walaupun mereka adalah pimpinan atasan. "Kami sedang perhatikan anda dan kita akan siasat tanpa gentar atau pilih kasih. "Anda harus sedar ahli yang berada di bawah memerlukan pemimpin yang benar-benar layak tetapi kalau anda ada duit dan anda dibayar maka tiada bezanya anda dengan BN," katanya. Selain Batang Sadong, Johari turut mengakui beberapa kawasan lain sedang dalam perhatian serius dan disyaki mengalami insiden sama, iaitu satu di Semenanjung dan satu lagi kawasan di Sarawak. Johari bagaimanapun menafikan JPP sama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya yang membuat keputusan atas tekanan politik. Katanya, satu skuad khas dibentuk bertujuan memantau dan merakam proses pemilihan dan bergerak secara sulit bagi memastikan bukti yang diperolehi benar-benar sah. "Setakat ini saya harap Batang Sadong akan jadi yang terakhir tetapi tidak bermakna kita berhenti siasat di situ," katanya. |
Pemimpin politik sertai 20,000 penyokong himpunan 1 Mei bantah GST Posted: 01 May 2014 03:44 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER Kira-kira 20,000 orang yang berkumpul di empat lokasi untuk menyertai perhimpunan anti GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) 1 Mei, berhimpun di depan bangunan Sultan Abdul Samad di Jalan Raja, Kuala Lumpur. Beberapa kumpulan mula tiba di empat lokasi pertemuan – KLCC, Sogo, Dataran Maybank dan Jalan Raja Laut sejak seawal jam 1 petang tadi. Mereka berjalan menuju depan bangunan Sultan Abdul Samad di Jalan Raja, yang terletak bersebelahan Dataran Merdeka. Perhimpunan anjuran gabungan 95 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dijadualkan berlangsung dari jam 2 hingga 5 petang ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2014 pada Oktober lalu mengumumkan GST akan dilaksanakan bermula April, 2015. Ia mencetuskan kebimbangan kenaikan harga barangan dan menambah beban kepada kebanyakan isi rumah Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana. Perhimpunan yang diadakan serentak dengan sambutan Hari Buruh di seluruh dunia, bertemakan "Anti GST – Hingga ia digugurkan" dan ia dijangka dihadiri pemimpin pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Terdahulu, di Butterworth, Pulau Pinang, kira-kira 300 orang berkumpul dalam perhimpunan anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) negeri untuk meluahkan isu yang menjejaskan pekerja dalam pelbagai industri. Permintaan mereka ialah menggesa kerajaan menghapuskan rancangan untuk mengenakan GST, pemberian elaun sara hidup (Cola) sebanyak RM300 kepada pekerja swasta dan meningkatkan gaji minimum daripada RM900 kepada RM1,500. Speaker di perhimpunan itu termasuk Timbalan Ketua Menteri II, Dr P Ramasamy; Pengerusi Bersih wilayah utara, Datuk Dr Toh Kin Woon dan Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon. Ketua MTUC Pulau Pinang, S Ravindran, berkata khalayak yang datang tidak seramai yang dijangkakan penganjur mungkin kerana pekerja takut berdepan dengan masalah jika menyertainya. Katanya, mereka mempunyai tanggapan perhimpunan itu adalah haram kerana ada akhbar melaporkan acara hari ini tidak mendapat permit polis. "Itu tidak benar. Akhbar yang melaporkan sedemikian tidak bertanya kepada kami. Kami mendapat permit untuk perhimpunan ini," katanya. Mereka pada awalnya menjangka kira-kira 5,000 orang akan datang ke acara itu. The Malaysian Insider akan membawakan kepada pembaca perkembangan terkini secara langsung perhimpunan 1 Mei di Kuala Lumpur. PERKEMBANGAN TERKINI: 12.40pm: Walaupun orang ramai mula berkumpul di empat lokasi pertemuan, situasi tenang. Polis trafik mengawal perjalanan trafik. 12.53pm, KLCC: Polis memasang halangan di depan dewan Filharmonik Petronas untuk mengawal kawasan itu. Sekumpulan anggota polis berkawal di pintu masuk pejabat Petronas. Orang awam tidak dibenarkan masuk ke kawasan berhalangan. 1pm, KLCC: Kira-kira 30 mahasiswa tiba, melaungkan slogan anti GST dan anti Najib. Sekumpulan kira-kira 100 orang berkumpul di sana, berpakaian merah dan hitam bersama skaf anti GST. Ramai yang membawa bendera slogan anti GST dan ahli Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). 1pm, KLCC: Kelihatan pemimpin SAMM, Che Gu Bard mengetuai penyokong yang berkumpul di situ. Beliau memberikan arahan menggunakan pembesar suara dari kenderaan pacuan empat rodanya. Semakin ramai yang datang dan kumpulan makin besar. 1.15pm, Jalan Tuanku Abdul Rahman: Kira-kira 3,000 orang berjalan dari Sogo menuju ke Dataran Merdeka. 1.20pm, KLCC: Sekumpulan lagi ahli SAMM baru tiba dan menyertai kumpulan di depan pintu masuk KLCC. 1.23pm, Sogo: Kira-kira 2,000 penyokong berkumpul di depan Sogo sambil ada yang melaungkan slogan GST bangsat. 1.31pm, Sogo: Ahli Parlimen Kelana Jaya daripada PKR, Wong Chen hadir untuk turut serta bersama penyokong berjalan ke bangunan Sultan Abdul Samad berhampiran Dataran Merdeka di Jalan Raja. Wong berkata, pihak berkenaan boleh bercakap mengenai hudud, tetapi orang ramai lebih risau periuk nasi masi-masing. GST akan menjadi faktor penentu dalam pilihan raya akan datang. 1.41pm, KLCC: Orang ramai yang duduk di depan KLCC dihiburkan dengan lagu yang didendangkan oleh seorang lelaki. 2pm, Sogo: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mula menyampaikan ucapan. Beliau beri amaran penyokong jangan pijak rumput di Dataran Merdeka. Orang ramai mula melaungkan slogan "Undur Najib, letak jawatan", "Bantah GST", "Hidup rakyat". Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar akan mengetuai kumpulan berarak dari Sogo ke Dataran Merdeka. Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad memberikan ucapan dan berkata keputusan Mahkamah Rayuan minggu lalu mengiktiraf perhimpunan aman. Katanya, rakyat mahu menyampaikan mesej jelas kepada kerajaan, rakyat menolak GST. 2.02pm, KLCC: Kira-kira 300 orang berkumpul di depan KLCC. 2.08pm, Sogo: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dalam ucapannya berkata, rakyat letih apabila kerajaan menyebabkan rakyat semakin susah. Tolak Umno BN, tolak GST, katanya. 2.09pm, KLCC: Datuk Ambiga Sreenevasan mengetuai laungan "Bersih, Bersih. Hidup rakyat, bantah GST". 2.09pm, Sogo: Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa dalam ucapannya berkata, perhimpunan hari ini adalah hak rakyat untuk menolak kezaliman kerajaan Barisan Nasional. Katanya, kerajaan hanya mahu membebankan rakyat miskin dan pertengahan dengan GST sementara negara lain mengenakan cukai kepada golongan kaya sahaja. 2.18pm, Masjid Negara: Orang ramai mula berarak melaungkan slogan "Reformasi, tolak GST". 2.19pm, Sogo: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob dalam ucapannya berkata, perhimpunan hari ini untuk mempertahankan rakyat kerana Umno BN gagal berbuat demikian. 2.20pm, Sogo: Kumpulan penyokong dari Sogo mula bergerak ke Jalan Raja. 2.30pm, Masjid Negara: Kira-kira 5,000 penyokong berjalan ke Jalan Raja untuk menyertai perhimpunan. Trafik sesak di depan Masjid Negara. Unit Amal PAS sedang memberikan arahan kepada orang ramai. 2.34pm, KLCC: Penyokong mula bergerak meninggalkan KLCC dan menuju ke Jalan Raja. 2.59pm, Masjid Negara: Kumpulan diketuai Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Mohamed Azmin Ali, Khalid Samad, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad. 3.03pm, Bangunan Sultan Abdul Samad: Kumpulan dari Sogo tiba di lokasi perhimpunan. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dalam ucapannya berkata, wanita yang paling terkesan dengan kenaikan harga barang kerana golongan itu yang banyak membeli barang di pasar. 3.08pm, Dataran Merdeka: Timbalan Presiden PKR dan Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali berkata perhimpunan hari ini menampakkan peserta pelbagai bangsa dan umur bangkit menentang kerajaan BN. 3.25pm, Dataran Merdeka: Aktivis pelajar Adam Ali berkata perhimpunan Bersih dan bantah Lynas dibenarkan masuk Dataran Merdeka. 3.40pm, Dataran Merdeka: Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mendakwa Putrajaya menggunakan duit rakyat untuk memperkayakan kroni. Beliau menyelar pemilikan kapal selam Scorpene yang disifatkan "tidak berguna" kerana tidak dapat membantu dalam pencarian penerbangan MH370. 3.45pm, Dataran Merdeka: Nurul kepada Najib: "Anda adalah perdana menteri minoriti, cuba mula dengar pendapat rakyat." 3.51pm, Dataran Merdeka: Sebahagian daripada himpunan bersurai. |
Kementerian nafi keluar surat bagi pihak waris Posted: 01 May 2014 03:30 AM PDT MALAYSIAKINI Kementerian Luar menafikan pengeluaran apa-apa surat atau dokumen berkaitan dengan sebarang tuntutan bagi pihak waris atau penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. Dalam satu kenyataan, kementerian memaklumkan bahawa terdapat cubaan oleh pihak tertentu mengeksploitasi tragedi MH370 bagi tujuan mendapat ehsan dengan menggunakan kepala surat Kementerian Luar yang dipalsukan. Kenyataan itu menyebut satu kes yang berkaitan telah dirujuk kepada Kementerian Luar oleh sebuah bank tempatan apabila pengirim surat mendakwa beliau adalah waris kepada seorang daripada penumpang pesawat MH370. "Waris tersebut telah memohon kepada pihak bank agar bayaran pinjaman kenderaan yang dibuat oleh penumpang MH370 tersebut ditangguhkan," menurut kenyataan itu. Penerbangan MH370 membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudiannya difahamkan ia telah melencong daripada laluan asalnya dan berakhir di selatan Lautan Hindi.- Bernama |
Keluarga gesa M'sia beli data Inmarsat Posted: 01 May 2014 03:28 AM PDT MALAYSIAKINI Keluarga warga China yang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 mencadangkan pihak berkuasa Malaysia supaya membeli data yang belum diproses daripada syarikat satelit UK Inmarsat. Seorang anggota keluarga itu mencadangkan supaya data itu dikongsi dan diakses secara global bagi membolehkan ia dianalisis oleh pakar-pakar penerbangan. "Biar seluruh dunia turut serta dalam kerja-kerja analisis ini," kata beliau kepada kumpulan teknikal Malaysia di majlis taklimat di Beijing semalam. Anggota keluarga itu juga mencadangkan penubuhan sebuah dana untuk memberi ganjaran kepada individu atau pihak yang menemui pesawat MH370. Wakil MAS, Subas Chandran berkata beliau akan menyampaikan permintaan itu kepada pasukan penyiasatan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR). Sementara itu, Sayid Ruzaimi Syed Aris, wakil dari Jabatan Penerbangan Awam Malaysia berkata Malaysia tidak akan menghentikan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370. Dalam taklimat lebih tiga jam itu, rakaman audio antara MH370 dan pusat kawalan penerbangan turut disiarkan kepada anggota keluarga, yang kemudian meminta supaya transkrip rakaman diterjemahkan ke dalam bahasa China. Anggota keluarga turut diberi penerangan mengenai isu-isu teknikal seperti Transmiter Pengesan Kecemasan (ELT), analisis data satelit serta kotak hitam pesawat. Operasi mencari pesawat Boeing 777-200ER itu kini memasuki bulan kedua sejak kehilangannya pada 8 Mac. MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac ketika dalam penerbangan ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Tujuh belas hari kemudian, Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) merumuskan bahawa Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Pencarian pesawat itu masih diteruskan.- Bernama |
Azmin dahului persaingan timbalan presiden PKR Posted: 01 May 2014 03:22 AM PDT MALAYSIAKINI Pemilihan PKR setakat ini menyaksikan penyandang Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mendahului dua lagi pencabarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Saifuddin Nasution. Berdasarkan sumber Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, setakat ini, Azmin mendapat 5,111 undi berbanding Khalid (2,228) dan Saifuddin (2,322). Keputusan itu bagaimanapun hanya daripada pengundian di lima negeri – Sarawak, Johor dan Terengganu, Melaka dan Pahang. Masih banyak lagi negeri yang masih belum mengadakan pemilihan yang menggunakan sistem satu ahli satu undi itu. Sementara itu, bagi kerusi naib presiden pula, tiga regu kumpulan Saifuddin – Nurul Izzah Anwar, Rafizi Ramli dan Tian Chua mengungguli tiga tempat teratas. Nurul Izzah mendapat 5,610 undian, Rafizi Ramli (5,018) dan Tian Chua (4,833). Persaingan ketua Pemuda rapat Mereka diikuti rapat oleh tiga lagi calon yang dilihat bergabung dalam kumpulan Azmin, iaitu, Baru Bian (4,417), Shamsul Iskandar Md Akin (3,491) dan Xavier Jayakumar (3,410 undi) dan Lee Chin Cheh (2,330 undi). Mustafa Kamil Ayub, regu Khalid dan bekas naib presiden, pula memperoleh 2,040 undi diekori Fuziah Salleh (2,004) dan Yahya Shaari (1,027). Sementara itu, persaingan bagi kerusi Ketua Pemuda PKR pula menyaksikan persaingan sengit apabila ketiga-tiga calon bertanding mengumpul undian hampir sama banyak. ADUN Batu Caves Amiruddin Shaari mendapat 777 undi, mendahului pesaing terdekat Timbalan Speaker Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad (739) dan aktivis antirasuah Nazree Yunus (720). Jawatan Ketua Wanita pula menyaksikan penyandangnya Zuraida Kamaruddin mendahului dengan 1,789 undi, diikuti exco Selangor Rodziah Ismail dengan 1,106 undi setakat ini. Pengundian PKR bermula 25 April lalu dan akan berlangsung secara berperingkat mengikut negeri sehingga 11 Mei depan. Seramai 496,923 dari sejumlah 500,001 ahli parti itu layak mengundi. Kesemua jawatan tertinggi parti ditandingi kecuali Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang menang tanpa bertanding. |
MP DAP Teluk Intan meninggal dunia Posted: 01 May 2014 03:20 AM PDT MALAYSIAKINI Ahli Parlimen DAP bagi Teluk Intan, Seah Leong Peng meninggal dunia pagi ini akibat barah. Berita kematian Seah, 48, diumumkan melalui akaun Twitter rasmi parti tersebut. Berikutan itu, pilihan raya kecil (PRK) akan diadakan dan merupakan PRK yang keenam selepas pilihanraya umum 5 Mei 2013. [Baca berita penuh] Sementara itu, Bernama melaporkan Seah meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada kira-kira pukul 7.30 pagi ini. Timbalan Setiausaha DAP Datuk Ngeh Koo Ham mengesahkan perkara itu. Sementara itu, ahli Parlimen Ipoh Timur Thomas Su berkata Seah dikesan menghidap kanser Febuari lepas. "Sejak itu keadaannya semakin teruk dan menerima rawatan di Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata mayat mendiang dijangka tiba di kediamannya di Teluk Intan petang ini. Dalam pilihan raya umum lepas, Seah menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon Bebas, K Moralingam dengan majoriti 7,313 undi. Mendiang sebelum ini pernah menjadi ADUN Pasir Bedamar selama tiga penggal sejak tahun 1999.. |
Cuepacs: Penjawat awam sertai protes anti-GST dianggap pengkhianat Posted: 01 May 2014 03:17 AM PDT MALAYSIAKINI Penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) di Dataran Merdeka hari ini dianggap sebagai pengkhianat dan tidak layak bergelar penjawat awam. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda berkata penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan yang menentang kerajaan itu melanggar Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan yang telah dibuat. "Sebelum ini saya sudah maklumkan bahawa penjawat awam tidak boleh terlibat dalam apa jua perhimpunan yang menentang kerajaan kerana mereka telah pun melafazkan Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan... jadi suka atau tidak mereka perlu akur. "Sekiranya mereka tidak berpuas hati dan ingin menyertai perhimpunan, mereka boleh keluar daripada menjadi penjawat awam. Kita berhasrat untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara maju tetapi sekiranya perkara seperti ini berlaku ia boleh membantutkan perjalanan yang telah dirancang," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 di Dewan Wawasan di sini hari ini yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Azih berkata penjawat awam yang menyertai perhimpunan CBP hari ini boleh dikenakan tindakan sekiranya didapati bersalah. "Jangan pula cakap mereka dianiaya sekiranya dikenakan tindakan tatatertib. Ini salah mereka sendiri kerana mahu menyertai perhimpunan ini sedangkan awal-awal lagi saya telah mengeluarkan kenyataan supaya penjawat awam tidak boleh turut serta. "Perdana Menteri sentiasa membuka pintu kepada Cuepacs mendengar rintihan dan keluhan pekerja dalam sektor awam, yang mampu menyelesaikan sedikit sebanyak tekanan hidup dan melihat apa yang diperlukan dalam sektor awam. Jadi tidak perlu melibatkan diri dalam perhimpunan," katanya. Beliau berkata Najib turut meminta penjawat awam menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan paling penting mengharapkan agar penjawat awam dapat membantu usaha menyuntik pendapatan negara bagi menampung kos sara hidup penjawat awam. "Bagi meningkatkan pendapatan negara, produktiviti daripada semua penjawat awam diperlukan dan bagi mengekalkannya, semua pihak perlu menggembleng tenaga. Cuepacs dan kerajaan masing-masing mahukan sesuatu jadi di sini kita perlu bersama-sama berusaha untuk memenuhi kehendak satu sama lain," katanya.- Bernama |
Lautan merah' banjiri Dataran bantah GST Posted: 01 May 2014 03:15 AM PDT MALAYSIAKINI Seramai 50,000 peserta yang mengambil bahagian itu berkumpul di empat lokasi utama iaitu KLCC, Sogo, Dataran Maybank, dan Masjid Negara sebelum berarak ke Jalan Raja yang terletak berdekatan Dataran Merdeka. Peserta dilarang menggunakan padang Dataran Merdeka kerana kawasan tersebut sedang dinaiktaraf. Selain di Kuala Lumpur, satu lagi demo berasingan turut berlangsung di Pulau Pinang, anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC). GST yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan bajet 2014 Oktober lalu, akan dilaksanakan pada April 2015. Bantahan melalui perhimpunan hari ini bagi menyatakan bahawa pelaksanaan kutipan cukai tersebut akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan menambahkan beban isi rumah. VIDEO | GALERI FOTO LAPORAN LANGSUNG 4.30pm Dataran Merdeka - Anwar berkongsi saranan dari rakan-rakannya di luar negara yang menggesa beliau agar tidak pulang ke Malaysia selepas berkunjung ke London baru-baru ini. "Tapi saya katakan 'tidak'! Saya akan balik ke Malaysia untuk berjuang!," katanya. Anwar berkata mereka tidak seharusnya menunggu sehingga pilihan raya umum akan datang. "Jika kita kerajaan, kita perlu dengar cakap kerajaan atau kerajaan dengar cakap kita?," soalnya. Anwar berkata, perhimpunan hari ini yang dijayakan oleh Mat Sabu akan digerakkan sekali lagi sehingga kerajaan menghentikan pelaksanaan GST. Kumpulan peserta seterusnya bersurai selepas bacaan doa dan turut mengutip sampah termasuk botol plastik dan beg plastik. 4.12pm NGO hak asasi Lawyers for Liberty mengucapkan tahniah kepada PDRM yang membantu kelancaran perhimpunan hari ini. NGO tersebut menyiarkan gambar di Twitter menunjukkan anggota polis trafik mengawal lalulintas. "Begitu jarang sekali. PDRM menghentikan lalu lintas demi rakyat. Syabas kerana membantu hak berhimpun," tulisnya. 4.12pm Dataran Merdeka Timbalan presiden PAS kembali ke pentas untuk meminta peserta agar tidak berganjak. Acara akan berakhir sebelum waktu solat Asar, jam 4.31 petang. "Hujan ini hanya gimik. Kita rasa panas jadi hujan ini akan sejukkan badan kita," katanya dengan bergurau. 4.02pm Dataran Merdeka - Guruh bergema di kawasan perhimpunan manakala awan gelap menandakan hujan akan turun tidak lama lagi. 3.45pm Dataran Merdeka - Jumlah peserta dianggarkan meningkat kepada 30,000 orang. Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan berucap tidak lama lagi. 3.30pm Dataran Merdeka - Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dalam ucapannya membangkitkan bahawa kerajaan melaksana GST kerana tidak mampu menguruskan isu rasuah, pembaziran dan salah guna kuasa. Jangan tindas rakyat dengan kegagalan pentadbiran kamu. Rakyat diseksa, cukup kami diseksa, cukup di sini. "Bawah pentadbiran baru, bukan hanya Altantuya yang hilang, enjin jet hilang malah seluruh kapal juga hilang. "Ini menunjukkan kegagalan pentadbiran di Malaysia," katanya. 3.10pm Dataran Merdeka - Sekumpulan pemuda Cina yang secara terbuka mengaku homoseksual turut menyertai perhimpunan. Mereka membawa plakad dengan tulisan dalam bahasa Cina yang membawa slogan "Kami homoseksual, kami tentang GST" dan "Tidak kira saya tidur dengan siapa, saya tentang GST". Sementara itu, timbalan presiden PKR Azmin Ali dalam ucapannya berkata perhimpunan hari ini berlangsung di hadapan bangunan menempatkan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998. "Hari ini (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak mahu ulangi tindakan sama dan hukuman sama. "Kita mahu ingatkan perdana menteri, jangan cuba tindas rakyat dan Anwar Ibrahim. "Jangan sentuh Anwar Ibrahim. Rakyat Malaysia tidak akan benarkan Anwar dipenjara, biarpun sesaat," katanya. 2:40pm Dataran Merdeka - Jumlah peserta semakin bertambah dan saling himpit menghimpit antara satu sama lain. 2.38pm Dataran Merdeka - Jumlah peserta yang berarak dari Masjid Negara bertambah kepada 25,000 orang apabila disertai oleh kumpulan yang tiba lebih awal di persimpangan Jalan Tun Perak - Jalan TAR. Setiausaha Pemuda PAS Mohd Nasaie Ismail melaungkan "Merdeka" sebaik mereka tiba di kawasan Dataran Merdeka. 2:30pm Dataran Merdeka - Kedua-dua kumpulan, dari Jalan TAR dan Masjid Negara bergabung di Jalan Raja, di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad. Mereka mengibar bendera dan petugas yang membawa pembesar suara tidak putus-putus melaungkan "Merdeka" dan "Tolak GST" dengan disambut orang ramai. 2.30pm Jalan Ampang - Kumpulan peserta di KLCC mula berarak ke arah Dataran Merdeka dengan bendera berwarna merah kelihatan membanjiri Jalan ampang berdepan bangunan Avenue K. Kumpulan ini diketuai Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan dan mereka berarak sambil berselawat ke atas nabi diikuti laungan "Bangkit! Bangkit! Bangkit rakyat!". Bas dan teksi juga terperangkap dalam kesesakan di belakang kumpulan peserta ini yang berjalan perlahan-lahan menuju ke Dataran Merdeka. Turut kelihatan berarak bersama kumpulan ini adalah bekas pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga dan pengasas NGO Suaram, Dr kua Kia Soong. 2.16pm Masjid Negara - Ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar bersama beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat mengetuai lebih 5,000 peserta yang baru selesai menunaikan solat Zohor untuk berarak ke Dataran Merdeka. Mereka melaungkan slogan "Hancur BN", "Hancur GST" dan "Hancur BN" sambil diawasi oleh Unit Amal PAS. Jumlah peserta, termasuk di Jalan Ampang, di persimpangan Jalan TAR dan Jalan Tun Perak serta di Dataran Maybank, kini mencecah 10,000 orang. 2pm Jalan Ampang - Peserta himpunan yang duduk mula mendengar ucapan beberapa wakil NGO di antaranya merupakan aktivis siswa, Mohd Bukhairy Sufian, dan aktivis anti-Lynas, Wong Tack. Di pintu masuk KLCC pula, petugas-petugas keselamatan pusat membeli-belah Suria KLCC berdiri dan meninjau keadaan semasa. Mereka dilihat menghalang individu dengan kain pengikat kepala dengan mesej GST atau bendera-bendera anti-GST berwarna merah daripada masuk ke pusat membeli-belah. 1.20pm Jalan TAR - Kira-kira 1,000 peserta yang berarak dari Sogo tiba di persimpangan jalan TAR - Jalan Tun Perak. Sebilangan daripadanya berteduh di bawah pokok dan juga di bawah landasan LRT sementara menunggu kumpulan lain. 1.10pm Masjid Negara Seorang petugas Unit Amal daripada PAS Hulu Langat memaklumkan kepada peserta supaya tidak termakan dengan pelekat dengan slogan "Hudud For All, Muslim and Non Muslim (Hudud untuk semua, Islam dan bukan Islam)". Petugas itu memaklumkan bahawa satu tindakan provokasi daripada pihak tidak bertanggungjawab dan ia bukan dikeluarkan oleh pihak penganjur. "Ia bukan daripada pihak kita. Ini untuk provokasi kepada perhimpunan aman kita," kata petugas Unit Amal itu. Kata petugas parti PAS yang lain, pelekat itu ditemui oleh petugas unit Amal dalam jumlah yang "banyak". Dia juga turut menunjukkan pelekat tersebut kepada para wartawan dan jurugambar. Sementara itu seorang peserta dripada Pulau Pinang berkata beliau menemui pelekat bertulis: "Hudud is barbaric" dengan karikatur tiga orang berjubah sedang sebat seorang individu dan mengandungi logo DAP. "Ini memang teruk, sebab hari ni tahu anti-GST, ini provokasi. Saja nak melaga-laga kita," katanya yang tidak mahu namanya disebut. 1.16pm Jalan Ampang dekat KLCC - Seorang individu yang sebelum ini didakwa di mahkamah berhubung kes National Feedlot Corporation Datuk Shamsubahrin Ismail dilihat mengawal lalu lintas untuk teksi. Menurutnya, beliau kebetulan berada di kawasan ini kerana meninjau perjalanan operasi kereta sewa miliknya di hadapan KLCC. "Himpunan ini objektifnya bagus dan setakat ini saya lihat himpunan ini aman," katanya kepada Malaysiakini. 1pm Sogo - Kira-kira 2,000 peserta himpunan kini mula berarak dari pusat membeli belah Sogo ke Dataran Merdeka melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman. Pergerakan peserta himpunan itu yang memenuhi ruang jalan raya tersebut menghalang laluan lalu lintas di jalan berkenaan. Jalan Ampang dekat KLCC - Kira-kira 300 orang dengan sebahagian besarnya berbaju T merah sudah berkumpul di depan pintu masuk KLCC berhampiran Jalan Ampang. Sebahagian hadirin juga kelihatan memakai baju hitam SAMM dan antara personaliti yang kelihatan adalah Chegubard dan bekas ADUN Kota Damansara, Dr Nasir Hashim. 1.00pm Masjid Negara Peserta Protes Anti-GST berbondong-bondong menuju ke Masjid Negara menunaikan solat Zohor berjemaah. 12.37pm Dataran Merdeka - Dua orang pelancong China ketika ditemui berkata mereka tidak bimbang dengan kehadiran lebih 100 orang anggota polis yang mengelilingi Dataran Merdeka. Seorang daripadanya yang enggan dikenali berkata perhimpunan tersebut menunjukkan kerajaan sedia mendengar suara rakyat. "Kami tidak terkejut mahupun bimbang," katanya yang menambah suasana seperti itu amat jarang berlaku di China. Walaupun kawasan padang itu ditutup, polis tetap membenarkan pelancong melepasi sekatan untuk bergambar di kawasan tersebut 12 tengahari Pulau Pinang - Perhimpunan berakhir selepas beberapa jurucakap membangkitkan isu hak pekerja di atas pentas dan juga ucapan penganjur, yang menyatakan penghargaan kepada 300 orang peserta. Dataran Maybank, KL - Seramai 200 orang berhimpun dengan membawa kain rentang dengan slogan 'GST bebankan rakyat' dan 'Derita Derita Derita'. Seramai kira-kira 50 orang anggota Unit Amal PAS sudahpun mengambil tempat namun pemimpin parti politik masih belum kelihatan. KLCC - Kelihatan sekumpulan lima orang lelaki berpakaian baju-T merah dipercayai peserta himpunan hari ini berlegar-legar di kawasan air pancut Taman KLCC. Empat orang polis berpakaian seragam tanpa lencara dilihat berkawal kira-kira lima meter dari kumpulan terbabit. 11.50am Sogo - Seramai 500 orang memenuhi di hadapan pintu masuk kompleks tersebut. Ramai di kalangan peserta berkenaan mengambil peluang dengan dua pemimpin PAS, Dr Hatta Ramli dan Datuk Kamaruddin di ruang tersebut. Selain itu, para peserta juga mengambil kesempatan untuk bersarapan di kedai roti mewah The Loaf, di perkarangan kompleks berkenaan sambil melihat-lihat kumpulan orang ramai. 11.30am: Dataran DBKL berhampiran Dataran Merdeka - Kawasan ini ditutup dengan hadangan bongkah plastik dan kelihatan petugas DBKL beruniform berkawal di sekeliling Dataran DBKL. 11.30am Masjid Negara - Ketua Penerangan PAS Kedah Mohamad Sanusi Mohd Noor yang ditemui Malaysiakini menggesa kerajaan mengambil kira suara rakyat yang bimbang dengan peningkatan kos sara hidup. "Kerajaan jangan buat pekak telinga. Kerajaan perlu mendengar bantahan rakyat mengenai GST. "Banatahan seumpama akan berterusan jika kerajaan enggan mendengar... Isu sara hidup jadi isu nasional dengan getah sekerap mencecah RM1.70 sekilogram di Baling, Ikan kembung di Kedah, RM15 sekilo. "Peningkatan yang luar biasa. Rakyat tak tahan tapi depa datang jugak tunjuk bantahan," katanya. Menurutnya lagi, terdapat peserta yang tiba seawal malam tadi atau sebelum subuh untuk menyertai perhimpunan ini. 11.15am Sogo – Seramai kira-kira 200 orang peserta mengambil tempat di di hadapan kompleks membeli belah, manakala beberapa individu cuba mengambil kesempatan menjual barangan seperti ikat kepala, baju-T dan topeng muka dan juga vuvuzela. Topeng dengan corak tengkorak itu dijual dengan harga antara RM10 hingga RM15. Penjualnya berkata, ia berguna bagi peserta demonstrasi yang tidak ingin dikenali. 11am Masjid Negara - Jalan masuk ke Masjid Negara ditutup kepada lalulintas. Tiga orang anggota polis trafik dilihat berkawal di pintu masuk manakala peserta perhimpunan mula berhimpun di luar masjid. 10.40am Pulau Pinang - pengerusi MTUC negeri S Ravindran menyalahkan akhbar tempatan yang didakwa memberi imej negatif ke atas perhimpunan hari ini sehingga menyebabkan tidak ramai menyertainya. 10:40am: Para peserta yang berpakaian warna merah mula berhimpun di perkarangan kompleks membeli belah Sogo. Beberapa orang anggota penguatkuasa DBKL dilihat berkawal di pintu masuk utama bangunan tersebut, selain enam petugas keselamatan Sogo. 10.25am Pulau Pinang - seramai 300 orang berhimpun di persimpangan Jalan Siram dan Jalan Telaga Air, Butterworth. Mereka membawa plakad dan bendera MTUC dan melaungkan slogan 'Hidup Pekerja'. 10.20am Masjid Negara Suasana di sini meriah dengan kehadiran para peserta perhimpunan sejam jam 5 pagi. Beberapa individu dilihat membuka gerai menjual barangan dengan slogan anti-GST, termasuk baju-T berwarna merah. |
Posted: 01 May 2014 03:07 AM PDT KESIAN, sehingga semalam masih tidak ditemui harta karun yang dikatakan peninggalan Kesultanan Melayu Melaka, di Pulau Nangka. Setelah sekian lama menunggu penuh harapan, harta bernilai berbilion RM itu agaknya masih terapung dalam angan-angan. Smart Partnership International (M) Sdn Bhd, syarikat yang sejak Julai 2012 diamanahkan untuk mengesan timbunan harta di laut pulau berkenaan, tidak menemui apa-apa, walaupun tempoh masa pencarian tamat semalam 30 April 2014. Selama hampir dua tahun, menggunakan peralatan serba canggih dengan lebih 30 pekerja, termasuk beberapa pakar, syarikat berkenaan telah berusaha keras menyelami laut, membuat imbasan, dan menebuk bongkah batu untuk sampai ke tempat simpanan karun. Walaupun kerja-kerja dikatakan sudah mencapai tahap 90 peratus, syarikat berkenaan masih gagal menemui sebarang bukti kukuh sebagai tanda kewujudan barang bernilai itu. Pemilik syarikat, Mohammad Foad Khushairy mengakui mengesan harta karun bukan satu kerja mudah. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek negeri, Datuk Abdul Ghafaar Atan, sekiranya masih tidak ditemui setelah tamat tempoh, tugas pencarian akan diberikan kepada syarikat lain. Sebenarnya kisah harta karun di laut negeri Hang Tuah ini telah menjadi buah mulut sejak lebih 30 tahun dulu. Kerajaan Negeri telah dari semasa ke semasa menjalankan kerja-kerja mengesan timbunan harta itu. Kedengarannya seperti cerita dongeng, tetapi sekiranya benar ada peninggalan Kesultanan Melayu terdampar di dasar laut, Melaka akan mendapat laba yang besar, berbaloi menunggu sekian lama. Tetapi seperti yang diakui sendiri oleh Ghafar, bukan mudah mengorek harta karun di dalam laut. Sepatah katanya: "Tugas ini tidak sahaja memerlukan peralatan tercanggih, tetapi juga melibatkan hal-hal spiritual." Tidaklah dijelaskan apa yang dimaksudkan dengan hal-hal spiritual itu. Adakah itu bermakna harta berkenaan dikawal oleh penunggu laut? Atau, adakah barang-barang berharga itu kini dalam simpanan kerajaan jin laut? Alkisah sekiranya yang menguasai khazanah tersebut adalah makhluk halus – termasuk jin – tentu tidak mungkin untuk kita berkomunikasi dan berbincang dengan mereka, sebab mereka tidak faham bahasa kita. Kita pun tidak tahu bahasa jin. Hatta, peralatan teknologi tercanggih pun tidak boleh mengalahkan jin. Apa pun jangan cepat putus asa dan menangis hentak-hentak kaki sekiranya segala aset – dalam kes ini hanya aset dalam negara, tidak melibatkan aset dari luar – dan kecanggihan teknologi masih gagal mengesan harta karun bernilai RM berbilion itu. Pada hemat saya Kerajaan Negeri Melaka yang beria benar ingin mendapatkan harta karun itu masih ada harapan. Arakian, ada satu cara lagi yang boleh dicuba untuk mendapatkan pusaka peninggalan Kesultanan Melayu Melaka, iaitu dengan menggunakan peralatan tradisional yang diperbuat daripada buluh seperti teropong buluh, lukah buluh dan buah kelapa. Bukankah kita ada 'Datuk' Ibrahim Mat Zin yang menggelar dirinya sebagai 'Raja Bomoh Nujum Sedunia VIP' yang selalu mendabik dada dan mendakwa boleh menarik benda-benda terbenam di dasar laut? Apa kata kita uji kehebatan ilmu perdukunan beliau dalam kes klasik ini. Sehingga ini, walaupun telah mendapat publisiti dan liputan media seluruh dunia, belum satu pun dakwaan beliau menjadi kenyataan. Berilah dia peluang terakhir untuk membuktikan kehebatan dalam kes harta karun yang masih terkunci rapat di Pulau Nangka. Seperti yang pernah dibuktikan, Nujum Pak Belalang sebagai Bomoh Diraja telah menunjukkan kecemerlangan dalam kes-kes berprofil tinggi, malah berjaya menyelamatkan negeri daripada tergadai ke tangan musuh. Maka siapa tahu kot-kot apa yang terjadi dalam filem klasik P Ramlee itu boleh berulang di era Melaka Moden! Pak Belalang adalah ahlul nujum auta, tetapi dia berjaya menyelesaikan banyak masalah raja. Apa pun saya tidak berani komen berlebihan dalam kes ini, takut tak fasal-fasal kena tampar dek Raja Bomoh moden. Kata yang empunya cerita bomoh yang seorang ini gemar sangat menampar. Jangankan orang biasa, buaya ganas pun berani ditamparnya. Tabik Datuk! |
Peserta himpunan laung bantah majikan Posted: 01 May 2014 02:55 AM PDT Kelihatan Khalid Ibrahim (dua, kiri) melaungkan penentangan penindasan majikan terhadap golongan pekerja semasa program Hari Pekerja Rally Himpunan May Day di Dataran Timur, Petaling Jaya, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh FATHIN ATIRAH HASLI PETALING JAYA - Peserta Hari Pekerja Rally Himpunan May Day yang terdiri daripada pelbagai kesatuan pekerja melaungkan bantahan terhadap majikan yang menindas pekerja mereka di Dataran Timur, Petaling Jaya, hari ini. Menurut Pengerusi Belia Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC), Muhd Faisal Abu Bakar, himpunan kali ini dianjurkan untuk menggesa kerajaan menghapuskan pindaan akta undang-undang yang membebankan rakyat. "Setiap tahun kami akan menganjurkan sambutan seperti ini demi membela nasib dan kehidupan pekerja selain membangkitkan isu-isu semasa yang membebankan serta menindas rakyat. "Antara isu yang dibangkitkan kali ini ialah isu pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilihat menekan kehidupan rakyat, komplikasi perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dan permasalahan majikan yang sering kali melakukan penganiayaan terhadap pekerja," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini. Menyentuh tentang isu perlaksanaan sistem percukaian GST yang bakal dilaksanakan, pihaknya sudah pun mengatur pertemuan secara langsung dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini dan maklum balas yang diberikan kepada pihak MTUC amat mengecewakan. "Perdana Menteri telah memaklumkan kepada kami bahawa sistem GST akan dilaksanakan menjelang April 2015, namun kami semua tidak akan berputus asa dan kami akan mengatur perjuangan seterusnya bagi menggesa kerajaan untuk mengurangkan bebanan kepada rakyat," katanya lagi. Beliau dalam pada itu turut menyeru kepada semua pekerja untuk bangkit bersama-sama dan menyokong asas perjuangan yang dititikberatkan oleh MTUC terhadap kerajaan. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan