. |
KPKK beri amaran kepada Ka Siong jangan ugut Najib Posted: 07 May 2014 09:24 PM PDT KENYATAAN Presiden Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (KPKK) Abdul Razak Abbas memberi ingatan dan amaran keras kepada timbalan presidedn MCA, Wee Ka Siong agar tidak menggugut Najib Razak dan Umno daripada memberi sokongan kepada kerajaan Kelantan untuk membawa undang-undang persendirian (private bill) di parlimen bagi membolehkan Kanun Syariah Jenayah II dapat dilaksanakan.
"MSO awak bagi tahu kepada timbalan prsiden MCA itu, jangan sesekali cuba mengugut Najib. Mungkin dia tidak tahu sejarah Najib dan latar belakangnya," "Najib adalah anak kepada Tun Razak, perdana menteri kedua Malaysia. Dia (Najib) memang nampak lembek tetapi dia seorang keras dan tegas? Katanya lagi sambil mendakwa dia kenal rapat dengan arwah Tun Razak semasa di dalam Umno dahulu. Presiden KPKK itu memberi reaksi kepada kenyataan Wee Ka Siong yang mengatakan mahu mengkaji kedudukan MCA dalam BN sekiranya Umno menyokong hukum hudud semasa wacana hudud, Hudud: Bersediakah Kita, di Petaling Jaya semalam. Wacana itu turut dianggotai Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah, bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri dan Musaddad Hasbulah. Wee Ka Siong ketika menjawab pertanyaan moderator Dr Mazlee Malik, yang ingin tahu apakah pendirian MCA sekiranya Umno menyokong private bill yang dibawa oleh Pas di parlimen nanti ekoran sikap MCA yang keras menentang hudud. Kenyataan Wee Ka Siong yang mahu mengkaji kedudukan MCA dalam BN sekiranya Umno sokong hudud itu disifatkan oleh KPKK sebagai satu ugutan dimana ia adalah satu tektik yang tidak sepatutnya dilakukan kerana hudud adalah "premis" orang Islam dimana Umno sebagai parti Melayu - Islam wajar menyokongnya dan tidak boleh dipersoalkan pendiriannya. Razak juga mengingatkan agar Wee Ka Siong atau mana-mana pihak termasuk DAP supaya tidak mencampuri urusan agama Islam termasuk hudud. "Agama Islam memang mengamalkan budaya berbincang, "berjemak berkira", maka kalau ada sesuatu yang tidak faham hendaklah bertanya jangan pakai buat kenyataan atau menolak sembarangan. Mengikut para ulamak kalau belajar tanpa guru ia ibarat bejar dengan syaitan," kata Razak lagi dengan nada tegas. "Saya yakin banyak perkara mengenai agama Islam yang Wee Kah Siong tidak tahu. Pemahaman mengenai Islam bukan saja boleh diambil dari pembacaan atau cerita-cerita ditepi jalan, tetapi ia perlu belajar, menghadap guru untuk mendapat penjelasan yang betul." "Ilmu di dalam Islam juga bukan setakat syariat, tetapi ia mencakupi tariqat, hakikat dan makrifah", katanya panjang lebar. Tanpa ilmu-ilmu itu tegas Razak seseorang tidak mudah untuk memahami rahsia dan rahmat di dalam agama Islam. Dalam pada itu Razak juga mengatakan sekiranya Kah Siong ingin penjelasan mengenai hudud atau apa sahaja tentang Islam beliau sedia memberi tunjuk ajar. Katanya sekiranya Wee Kah Siong tidak boleh memahami bahasa Melayu, dia akan menyampaikan penjelasan itu dalam bahasa Cina, kerana beliau tahu bahasa Cina. "Abang Jak bersekolah Cina dan pandai berbahasa Mandrin dan Siam, jadi tidak ada masalah untuk memberi penjelasan dan penerangan mengenai hudud kalau mahu," katanya. Disebabkan Wee Ka Siong menimbul dan mempersoalkan soal keadilan tentang hudud, beliau meminta kerajaan Kelantan mengkaji al Quran sedalam-dalamnya untuk mengetahui apakah hukum hudud boleh dikenakan kepada semua warga negara tanpa pilihan atau pengecualian mengikut anutan agama. "Saya minta kerajaan Kelantan mengkaji al Quran, apakah hukum hudud boleh dikenakan ke atas semua rakyat negara ini tanpa terhad kepada orang Islam sahaja," kata Razak penuh harapan dan sambil bertanya apakah itu yang Wee Kah Siong inginkan. [wm.kl.12: 07 t/hari 08/05/14] | ||
Kekaburan mengenai hudud masih tebal Posted: 07 May 2014 05:13 AM PDT ULASAN WACANA Baru sekejap berakhirnya wacana mengenai hudud bertajuk: Hudud: Bersediakah Kita, anjuran akhbar Sinar Harian yang mengemukakan empat orang penalis, ilmuan Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan presiden MCA, Wee Kah Siong dan Timbalan Pengarah Institusi Wasatiyyah Malaysia, Musaddad Hasbulah. Wacana itu dikendalikan oleh akademis, Dr Mazlee Malik.
Apakah pihak kerajaan Kelantan sebagai pelopor sudah siap menyediakan prasarana diperlukan ke atas pelaksanaan hukum berkenaan, seperti tenaga manusia (man power) yang akan bertanggungjawab ke atas pelaksanaanya sekiranya ia mendapat laluan oleh Perlembagaan. Setelah lebih 20 tahun mencita-cita itu sudah tentu kerajaan Kelantan sudah bersiap sedia? Saya mengharap sangat Nik Amar akan menyebut dan menghuraikan serba rengkas segala persediaan atau aset-aset yang ada untuk ke arah itu seperti berapa ramai jumlah hakim, pendakwa dan pegawai-pegawai atau kakitangan lain. Kalau tidak silap sebelum ini beliau sudah menyebut bahawa hakim dan kakitangan lain sudah pun ada tetapi tidak dapat disebut secara terperinci. Bagaimana pun sepanjang wacana tadi selama dua jam, beliau tidak menyebut persediaan oleh pihak Kerajaan Kelantan. Mungkin ia masih dalam peringkat rahsia. Cuma apa dijelaskan Nik Amar mengenai asas atau pun cetusan kenapa kerajaan Kelantan hendak melaksanakan hukum berkenaan. Menurutnya segala-gala bermula daripada ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Bahrom di parlimen yang mengatakan bersedia untuk memberi laluan kepada kerajaan Kelantan melaksanakan hudud. Selain itu jelas Nik Amar asas yang digunapakai untuk laksanakan hudud ialah kerana dalam perundangan negara ini belum ada hudud, jadi kerajaan Kelantan mengambil kesempatan yang diberi untuk menerapkan hudud dalam perlembagaan kerana ia adalah tanggungjawab agama dan sosial. Wacana tadi lebih banyak kepada menjelaskan mengenai kekeliruan mengenai pemahaman hudud dan filsafah serta keperluan melaksanakannya daripada menyatakan persediaan yang dibuat serta aset-aset yang ada. Secara umumnya masih ramai yang tidak faham hudud, masih keliru hudud dianggap sebagai kewajiban seperti sembahyang, puasa atau yang lain. Misalnya Wee Kah Siong masih mempersoalkan dari segi kemanusiaan mengenai keadilan hudud apabila ia dianggap sebagai undang-undang kedua negara ini. Kerana beliau memahami hudud itu sebagai ciptaan manusia, Kah Siong mengiranya ia melanggar kontrak sosial (Perlembagaan). Perkiraan mengikut logik akal oleh timbalan presiden MCA itu menyebabkan beliau merasakan hudud tidak adil dan menolaknya. Beliau memberi hujah, apabila kelonggaran diberi kepada pesalah hudud (bersama dengan bukan Islam), yang tidak dihukum dengan hudud sementara Islam dihukum dengan hudud hingga terpaksa potong tangan, bagi Kah Siong itu tidak adil. Dalam konteks kemanusiaan juga menurut fahamannya enakmen kanun hudud diperkenalkan di Kelantan itu sebagai menafikan hak persaksian dalam sesuatu kes bukan Islam kerana mereka tidak berhak menjadi saksi. Bagi Kah Siong apabila bukan Islam tidak valid untuk dijadikan saksi maka ia dianggap diskriminasi. Jelas apa yang ditimbulkan oleh Kah Siong itu menunjukkan kefahaman bukan Islam, hatta sesetengah orang Islam sendiri mengenai hudud belum masak dan lumat. Perbezaan enakmen hudud Kelantan dengan Brunei juga, dimana di Brunei semua pesaalah tidak kira Islam atau bukan akan dihukum dengan hudud, tetapi sebaliknya tidak di Kelantan. Ini menimbulkan kekeliruan sehinggalkan hudud dianggap sebagai bercanggah di antara satu sama lain. Dr Mohd Asri pula yang lebih cuba meneuteraliskan fahaman hudud, kelihatan lebih terbuka dan rasional dalam menerima hukum hudud. Baginya sebagai seorang Islam tidak menolak hudud kerana ia adalah ketetapan yang ada dalam Quran. Namun apa perlu difikirkan makenisme untuk melaksanakannya perlulah sempurna sehinggakan tidak menimbulkan fitnah. Beliau lebih menekan atau meragui sejauh mana kalau hudud dilaksanakan ia memberi keadilan sejagat. Dalam konteks atau semangat Islam sebenar katanya, apa dipentingkan bukan hukum hudud, tetapi jaminan sejauh mana akan berlaku adil untuk tidak memberi kesan kepada bukan Islam sehinggakan menyebabkan mereka lari meninggalkan Islam. Beliau bimbang sekiranya hudud dilaksanakan secara tergesa-gesa ia memberi kesan yang buruk. Justeru beliau membuat anologi seperti hendak menurunkan kapal terbang ia perlu disediakan landasan yang baik. Hudud katanya sesuatu yang indah, tetapi kalau pelaksanaannya tidak kena, keindahan itu akan hilang. Wacana tadi bagi saya terlalu singkat dan tidak memuaskan kerana penjelasan kepada mauduk yang ditetapkan tidak kesampaian. Ia lebih fokus kepada masalah pengertian tentang hudud itu sendiri yang diterima sebagai satu undang-undang baru terutamanya oleh bukan Islam. Adalah elok kalau wacana mengenai hudud, pengertian, keperluan, kewajiban dan kesan kepada pelaksanaannya dibincang secara mendalam oleh semua lapisan dalam suasana lebih harmonis lagi tanpa ada tempias emosi politik. Sesudah itu barulah cadangan pelaksanaan diangkat ke tengah masyarakat. Tidak terlambat bagi Kelantan (Pas) atau kerajaan Persekutuan (Umno) untuk memberi pemahaman ini, apa yang pentingnya ia mula dilaksanakan. Tidak semestinya hudud dilaksanakan dalam keadaan tergesa-gesa dan segera kalau maksud dan hikmah disebaliknya tidak tercapai. Biar lambat asalkan terlaksana. Saya bersetuju dengan anologi Dr Maza, hukum hudud samalah dengan hukum menunaikan haji. Haji diwajibkan ke atas orang Islam, kaya atau miskin, tetapi kalau jalan atau suasana untuk semasa hendak melaksanakannya tidak mengizinkan seperti berlaku bencana alam di Makkah, peperangan dan sebagainya, maka hukum yang wajib itu boleh ditangguhkan. Dan inilah kesederhanaan dan diplomasinya Islam sebagai way of life. Apapun terima kasih kepada pihak penganjur terutamanya kesediaan Nik Amar bagi pihak kerajaan Kelantan untuk memberi pencerahan mengenai hudud. [wm.kl.7:44 pm 07/05/14] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan