Ahad, 11 Mei 2014

.

.


Cadangan bawa hudud ke Parlimen ditangguhkan

Posted: 11 May 2014 12:31 AM PDT

SUSUPAN PETANG                                                                          

Golongan yang menentang hukum hudud juga yang bimbang akan terpindanya Jadual ke Sembilan Perlembagaan Negara yang bakal memberi kuasa lebih luas kepada Mahkamah Syariah di seluruh negara, boleh menarik nafas lega apabila Pas mengambil keputusan menangguhkan pembentangan usul persendiri (RUU) di parlimen yang dijangka Jun depan.

Penangguhan itu diumumkan oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang selepas parti itu mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kerja di Kuala Lumpur hari ini. Alasan penangguhan itu kerana Pas menyerahkan cadangan kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud itu kepada Jawatankuasa Teknikal Hudud yang dipengerusi bersama Timbalan Menteri Besar Mohd Amar Nik Abdullah dan Menteri di JPM Jamil Khir Bahrom.

Langkah Pas itu dianggap bijak dan ia boleh mengendurkan rasa bimbang sesetengah pihak dengan cadangan Pas untuk mengemukakan private bill sehingga menghangatkan suasana kini. Tindakan itu juga boleh menyelamatkan air Pas dan kerajaan Kelantan kerana dari dipersendakan kerana tidak mungkin private bill itu berjaya dibawa dengan sokongan Umno.



Sebelum ini beberapa pemimpin Umno berjanji secara peribadi untuk menyokong private bill Kelantan itu tanpa ada pendirian jelas dari Umno. Meysurata MT Umno dua hari lalu tidak membuat keputusan berhubung cadangan Pas hendak membawa private bill berkenaan. Umno hanya menyatakan sokongan atas kapasiti mereka beragama Islam bagi mengelakkan dituduh sebagai menentang hudud.

Manakala Najib Razak sendiri semasa berucap di hadapan ustaz dan lebai di Kedah menyatakan sokongan kepada hudud tetapi masa untuk laksanakannya belum sampai. Pemimpin veteran Umno seperti Dr Mahathir Mohamad memberi peringatan kepada Umno agar tidak sokong hudud. Pemimpin parti komponen BN juga mengambil sikap sama.

Perkembangan ini memberi ruang cukup luas kepada jawatankuasa teknikal berkenaan untuk mengkaji kemudian menyediakan draf hukum hudud yang dikehendaki dan memuaskan hati semua pihak. Disebabkan Kelatan sudah ada Kanu Jenayah Syiah II elok kalau Jaatankuasa itu memperkemaskan apa yang sudah ada.

Dalam pada itu Jawatankuasa berkenaan juga dapat bergerak dan memainkan peranan bagi memberi kefahaman kepada umum mengenai keperluan hukum hudud dalam konteks agama dan kebaikan kepada umum. Mungkin majlis forum, dialog, penjelasan mengenai hudud boleh dilakukan bukan sahaja di ruang terhad tetapi diberikan ruang dalam media eletronik. Masa paling sesuai ialah sempena majlia tilawah membaca al Quran peringkat Kebangsaan tahun ini.

Untuk tujuan itu mungkin Nik Abdul Aziz boleh dipanggil untuk memberi syarah mengenai hudud.

Umno kena membuktikan yang mereka komited dengan hukumum hudud.

Dalam pada itu apa diharap golongan yang menentang hudud sampai bercadang untuk membawa kes ke mahkamah dan mengumpul 100 peguam, atau menganjurkan poll dan kempen "say no hudud" perlulah dihentikan kerana ia tidak berbangkit lagi kerana pindaan undang-undang yang ditakuti itu sudah tidak berlaku lagi.

Dan sesiapa yang sengaja cuba mengkritik hudud dan menentang menerusi fizikal, jelaslah mereka memusuhi Islam bukannya musuhi sebahagian apa yang Islam hendak laksanakan. [wm.kl. 3:22 11/05/14]


Tiada ulasan: