"BERANI KERANA BENAR!" |
- Kerjaya badut: Antara bayaran dan kepuasan
- Manfaat ganja untuk perubatan
- Indahnya nikmat ibu mengandung
- Hidangan burger gaya Amerika
- Tip-tip penjimatan air di rumah
- Masih ramai perokok tiada hati nurani
- Apabila Zul tergila-gilakan Che Man
- Penyakit ‘kebal’ ubat ancam dunia
- Angka korban feri karam kini 213 orang
- Penduduk bimbang bangkai paus 'meletup'
- Beberapa lagi individu akan ditahan
- Semua Pusat Bantuan Keluarga tutup 7 Mei
- Operasi van haram di sempadan Malaysia-Thailand dipertingkat
- Hishammuddin yakin MH370 akan ditemui
- Idris tidak yakin syiling tembaga harta karun Pulau Nangka
- Katarak usia muda
- Bercuti sambil nikmati makanan laut
- Tenang dan nyaman di Port Dickson
- Li Lian yakin bawa cabaran Piala Uber
- Rangel boleh lupakan Harimau Malaya
- Nicol terus utuh teraju No. 1 dunia
- KAFA bantah hukuman FAM
- Kemenangan penuh drama
- Pembesar suara tanpa wayar
- Penggunaan Gajet mampu akibatkan Kanak-kanak jadi kurang aktif
Kerjaya badut: Antara bayaran dan kepuasan Posted: 02 May 2014 06:37 AM PDT KERJAYA badut yang sinonim dengan solekan tebal pada wajah, tidak menarik dan hanya untuk Secara umumnya, masyarakat menilai dan memandang rendah kerjaya ini yang boleh dilihat di sekitar majlis-majlis sambutan ulang tahun atau karnival dengan berbekalkan pelbagai jenis belon dan alatan magis yang lain. Namun, pandangan itu tidak sedikit pun mengubah pendirian bahkan menguatkan lagi semangat 'Mr. Papa Clown' atau nama sebenarnya Mohd Rayyan Roslee, 35, yang menjadikan kerjaya badut sebagai sumber pendapatan dirinya sekeluarga. Katanya, beliau mampu meraih pendapatan sehingga RM7,000 sebulan dengan meletakkan sasaran beberapa buah karnival atau majlis yang memerlukan perkhidmatannya. Bayaran yang dikenakan berdasarkan pakej yang ditawarkan yang meliputi pertunjukan silap mata, persembahan belon dan permainan. Antara bayaran dan kepuasan diri Kerjaya yang diceburinya sebelum berumahtangga tidak membebankan Mohd Rayyan, tambahan disokong keluarga serta rakan-rakan sehingga menjadikan bapa kepada dua anak ini lebih optimis dan berjaya mempunyai kumpulan sendiri iaitu Mr. Papa Clown & Magic. "Selalunya kami bergerak secara berkumpulan untuk sesuatu karnival yang besar dengan menyasarkan persembahan pada hujung minggu yang mana pada Sabtu, kami membuat tiga persembahan dan Ahad, dua persembahan," katanya. Walaupun bayaran setiap persembahan diutamakan tetapi beliau lebih mementingkan hasil dan kepuasan pelanggan. "Kami sebagai pelaku memberikan yang terbaik supaya bukan sahaja pelanggan tidak kecewa tetapi kami sendiri rasa puas kerana dapat memberikan perkhidmatan terbaik dan kami juga menjadi pilihan untuk mereka yang lain,"katanya. Mohd Rayyan berkata berbekalkan kemahiran yang dimiliki, minat mendalam serta bersikap terbuka ketika menghiburkan kanak-kanak, ia menguatkan semangatnya untuk meneruskan kerjaya itu. Badut dan pendidikan Walaupun 'Mr. Papa' ini berpendidikan Diploma Elektrik di sebuah universiti swasta, namun ia tidak menghalangnya untuk menceburkan diri dalam dunia warna warni ini kerana baginya, dia telah mula merasai keseronokan itu. "Semangat saya semakin membara apabila keluarga terutama isteri sentiasa memberi sokongan dan semangat selain anak yang seakan gembira dengan kerjaya bapa mereka. "Kami anak beranak juga sentiasa berkongsi idea sebelum beraksi," katanya sambil tertawa kecil. Berbekalkan pengalaman dan pengetahuan, menjadikan beliau lebih bijak ketika mengendalikan majlis-majlis keraian seperti sambutan hari lahir dalam kalangan kanak-kanak dan karnival tertentu. "Pada peringkat awal agak susah, tetapi lama kelamaan kami sangat faham perangai kanak-kanak dengan menggunakan pendekatan psikologi seperti melakukan sedikit ulang kaji atau kajian berkaitan gerak geri dalam usaha menarik minat penonton cilik ini. Di sebalik solekan tebal "Saya juga perlu mencari idea atau bahan-bahan yang boleh menarik perhatian kanak-kanak walaupun ada sesetengahnya takut ketika berhadapan dengan boneka pelik seperti kami," katanya. Mohd Rayyan dalam pada itu mengakui kerjaya badut memberi beliau pelbagai pengalaman yang menjadikannya lebih bersemangat dan perlu kreatif dalam penampilan. "Pengalaman kena tipu, bayaran persembahan tidak dibayar, dan sesetengah majlis hanya dihadiri tiga atau empat kanak-kanak sudah biasa terjadi," tambahnya lagi. Badut dengan penampilan solekan tebal di muka, memakai kasut bersaiz besar dan beraksi seakan kanak-kanak, memberi gambaran kepada Mohd Rayyan bahawa kerjanya itu tidak akan dijadikan warisan buat anak-anaknya apabila mereka dewasa kelak. "Mereka masih kecil... kerjaya badut ini perlu ada minat dan semangat tinggi terutama dalam menghiburkan kanak-kanak," katanya tersenyum. Semangat badut untuk penonton si kecil Menyedari badut kerjaya utama dan sumber rezeki keluarganya 'Mr. Papa' sentiasa mempertingkatkan kemahirannya dalam dunia itu apabila beliau sentiasa menghadiri pelbagai perjumpaan seperti Konvensyen Persatuan Badut Sedunia seperti yang dihadirinya di Kuching, Sarawak 25 Februari hingga 1 Mac tahun lepas. Penyertaan dalam program-program berkenaan memberi gambaran dan idea lebih luas kepadanya untuk terus berkarya dalam imej seni seorang badut. Katanya, menjadikan badut sebagai satu kerjaya mungkin kelihatan mudah bagi segelintir masyarakat. Namun, hakikatnya tidak semudah yang difikirkan walaupun sebilangan besar penonton terdiri daripada kanak-kanak. Katanya, adalah sesuatu yang menyedihkan buat seorang badut sekiranya calitan warna warni pada wajah tidak mampu menceriakan hati penonton cilik. Di sebalik keceriaan pada wajah si badut sebenarnya tersembunyi pelbagai rasa yang hanya boleh difahami oleh sang badut sendiri. Kegagalan mengukir senyuman pada wajah penonton umpama palitan duka di hati sang badut. - Bernama dunia hiburan kanak-kanak ternyata bukanlah halangan untuk menjadikannya sebagai satu kerjaya sepenuh masa dan berpendapatan lumayan. |
Posted: 02 May 2014 06:30 AM PDT Oleh Dr. Bahrain Samah SEORANG penghidap kanser otak dan paru-paru berumur 80an mengambil minyak ganja setelah Dia disahkan bebas daripada kedua-dua kanser tersebut dalam tempoh sembilan bulan. Hari ini setelah lebih tiga tahun mengambil minyak ganja, dia hidup sihat serta menjalani aktiviti harian seperti orang lain. Ikuti kisahnya berjudul Culture Exclusive: Cannabis Cures Cancer - The Stan Rutner di Youtube. Kajian makmal pada 2008 dalam laporan The Journal Of Clinical Investigation mendapati sejenis cannabinoid iaitu tetrahydrocannabinol (THC) berupaya menyembuhkan kanser otak. Golongan saintis yang menjalankan penyelidikan itumembuat kesimpulan, dengan menggunakan proses biokimia yang serupa THC berupaya menyembuhkan pelbagai jenis kanser lain. Kajian lain mendapati cannabinoid mampu berfungsi menggunakan pelbagai mekanisme termasuk merencatkan pertumbuhan sel kanser, menyebabkan kematian sel kanser dan menghalang metastasis (perpindahan sel kanser ke organ lain). Undang-undang dua puluh negeri di Amerika Syarikat membenarkan penduduknya menggunakan ganja untuk tujuan perubatan. Golongan aktivis dan badan bukan kerajaan merupakan penggerak utama dalam berkempen di mana akhirnya mereka menjalankan pungutan suara. Pungutan suara yang ditangani oleh sebilangan penduduk sesuatu negeri kemudiannya di hantar kepada pihak berkuasa untuk diteliti. Usaha yang dilakukan mengambil masa yang panjang dan terpaksa menempuh pelbagai rintangan. Kawal penggunaan Mungkin apabila tiba masa sesuai, negara kita juga membenarkan orang awam menggunakan ganja untuk tujuan perubatan. Sebelum kebenaran dilaksanakan, sudah tentu kajian terperinci perlu dijalankan. Antara lain yang utama ialah mengeluarkan lesen kepada pengeluar (penanam) dan pengedar/peruncit. Pengguna perlu mendapatkan kad yang mengandungi butir-butir kebenaran daripada pihak berkuasa contohnya doktor perubatan tanpa prejudis. Sebagaimana dilaksanakan di negeri-negeri Amerika Syarikat yang membenarkan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan, setiap penduduk boleh memiliki misalnya sebatang pokok dan beberapa gram ganja kering pada satu-satu masa. Maksudnya jika seseorang didapati memiliki pokok atau ganja kering lebih daripada kuantiti yang dibenarkan maka ia boleh didakwa pihak berkuasa. Pastikan terdapat klaus yang membenarkan penghidap menggunakan produk ganja seperti minyak ganja atau krim. Berikut ialah rumusan utama berkaitan bancian bersifat tinjauan yang dijalankan mantan Presiden American Herbalists Guild (AHG), Aviva Romm, berkaitan penggunaan ganja oleh golongan responden tinjauan yang bertaraf herbalis profesional berdaftar dengan AHG. Untuk pengetahuan pembaca, penulis ialah satu-satunya herbalis Malaysia yang menerima pengiktirafan sebagai herbalis profesional oleh AHG dan berdaftar dengannya. Namun penulis sendiri tidak terlibat langsung dengan tinjauan tersebut. Tinjauan berjudul AHG Professional Member Survey: Medicinal Use of Cannabis itu menunjukkan ganja (Cannabis Sativa) digunakan hampir separuh responden untuk tujuan perubatan. Pada masa sama 55 peratus responden tidak pernah menawarkan penggunaan ganja kepada klien untuk tujuan perubatan. Sebahagian besar responden tidak menawarkan penggunaan ganja dengan alasan ia adalah bahan diharamkan oleh undang-undang. Lebih kurang 80 peratus responden menyatakan mereka akan menawarkan penggunaan ganja jika penggunaannya tidak dikekang undang-undang. doktor mengesahkan dia boleh hidup hanya beberapa minggu. Tinjauan tersebut mendapati golongan responden menggunakan ganja secara menyendiri tanpa digabungkan dengan herba lain dalam sebahagian besar rawatan. Kaedah utama penggunaan ganja untuk tujuan perubatan oleh responden ialah menyedut asap, menyedut wap dan dimakan/minum. Penulis sendiri tidak pernah menggunakan ganja untuk tujuan perubatan sama ada untuk kegunaan sendiri atau menawarkannya kepada klien. Namun penulis mengetahui minum rebusan daun ganja adalah antara kaedah utama yang dapat dijadikan penawar untuk redakan penyakit tertentu. Pengambilan tincture iaitu sediaan herba yang disediakan dengan merendam herba dalam arak contohnya Vodka adalah amalan yang paling kurang dicadangkan oleh responden tinjauan. Untuk pengetahuan pembaca, tincture halal boleh disediakan dengan merendam herba dalam cuka atau gliserin berasal daripada pemprosesan minyak sawit. Tincture terutama tincture arak dikatakan adalah sediaan herba yang paling mujarab dibandingkan dengan sediaan jenis lain seperti rebusan dan sediaan jenis teh (herba direndam dengan air panas selama beberapa minit) atau serbuk herba kering. Tincture cuka dan gliserin juga sebenarnya berguna sebagai bahan rawatan walaupun kuasanya kurang sedikit berbanding tincture arak Kegunaan terapeutik Apakah jenis penyakit yang boleh dirawat oleh ganja seperti yang telah diamalkan oleh responden bancian berbentuk tinjauan yang dijalankan oleh Aviva Romm? Laporan tinjauan beliau menunjukkan responden paling kerap mencadangkan penggunaan ganja terhadap penyakit seperti kanser, glaucoma, keresahan (kerisauan), kurang/hilang selera makan, rasa sakit dan insomnia. Sebanyak 56.4 peratus responden menganggap ganja menyebabkan ketagihan, manakala 74.9 peratus menganggap ia selamat digunakan golongan dewasa. Bagi 78.4 peratus responden percaya ia tidak selamat digunakan oleh kanak-kanak. Tiga perempat responden percaya ganja tidak selamat digunakan oleh ibu mengandung. Data tinjauan tersebut juga menunjukkan responden menggunakan ganja untuk merawat Amyotrophic lateral sclerosis (ALS), penyakit Alzheimer, anorexia, attention deficit hyperactivity disorder, atritis, sindrom Asperger, sakit pinggang, gangguan bipolar, body dismorphic disorder, penyakit Crohn, ketagihan dadah, asma, tidak datang haid, endometriosis, sawan (epilepsi), masalah ereksi, fibromyalgia, glaucoma dan sakit kepala. Beberapa penyakit seperti bronkitis, diabetes dan hepatitis C juga boleh dirawat menggunakan ganja. Namun data tinjauan menunjukkan tiada seorang pun responden yang menggunanya untuk tujuan tersebut. Pangkalan data Natural Standard memaparkan bukti sains berdasarkan kategori jelas, baik dan tidak jelas terhadap manfaat ganja untuk tujuan perubatan. Manfaat yang disenaraikan oleh Natural Standard hanya adalah sedikit berbanding dengan pelbagai kegunaan yang digunakan dalam tinjauan AHG. Sebahagian herbalis mengamalkan penggunaan sesuatu herba secara empiris iaitu berdasarkan keputusan daripada pengamalan yang tidak semestinya didahului oleh penemuan sains. Menurut mantan pengarah Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM) dalam sebuah bengkel penerangan beberapa tahun dahulu, hanya pengamal perubatan alternatif yang berdaftar dengan T&CM dibenarkan menggunakan herba yang dikategorikan sebagai bahan narkotik. Untuk keterangan lanjut sila ajukan soalan anda kepada pegawai T&CM. |
Indahnya nikmat ibu mengandung Posted: 02 May 2014 06:26 AM PDT Oleh SYAHIDATUL AKMAL DUNYA MENGANDUNG adalah saat yang diimpikan seorang wanita bergelar isteri. Kelebihan ibu hamil Jika bersolat di surau atau masjid, kita mungkin melihat ibu mengandung menunaikan solat secara duduk atau duduk di atas kerusi. Pernah terdengar orang mengata, "Tadi berjalan elok je, kenapa bila solat, dia duduk. " Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Riwayat Ahmad) Pensyarah Akademik Pengajian Islam Kontemporari (Acis), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor, Ustazah Siti Fatahiyah Mahamood menyifatkan situasi itu adalah kemudahan diberikan ALLAH kepada mereka yang mempunyai alasan kukuh. adalah ALLAH SWT memberikan keringanan (rukhsah) dalam melakukan ibadah seperti solat. "Solat adalah perkara diwajibkan ke atas umat Islam, tak kira dalam keadaan sihat atau sakit selagi dia berada dalam ruang lingkup syarat wajib solat. "Solat tidak boleh ditinggalkan kerana itu adalah ibadah utama Muslim. Bagi mereka yang kurang berkemampuan untuk mengerjakan solat secara berdiri, dibolehkan baginya solat mengikut kemampuannya seperti duduk ataupun baring. "Begitu juga wanita hamil yang mengalami kesukaran berbeza antara satu sama lain. Jika wanita itu mampu bersolat secara berdiri dengan sempurna, maka diwajibkan ke atasnya solat berdiri. "Sekiranya dia tidak mampu berdiri, dibolehkan ke atasnya solat duduk atau baring mengikut kemampuannya ketika mengerjakan solat," katanya kepada Rehal. Menurutnya, hak wuduk bagi wanita hamil dalam istihadah sama seperti wanita lain yang mengalami istihadah. Merujuk Kitab al-Fiqh 'Ala al-Mazahib al-Arba'ah karangan Syeikh 'Abdurrahman al-Jazairi : Menurut Mazhab Syafi'ie satu wuduk hanya untuk satu solat fardu sahaja. Jika dia ingin mengerjakan berbilang-bilang solat fardu (seperti solat qadak, nazar atau menjamakkan) dia wajib mengulangi wuduknya. Untuk mengerjakan solat sunat, harus dia mengerjakan seberapa banyak solat sunat yang diingini dengan satu wuduk. Namun menurut Mazhab Hanafi dan Hanbali; harus dia mengerjakan dengan satu wuduk seberapa banyak solat fardu yang dikehendaki, iaitu tiada beza dengan solat sunat. Di sebalik segala kesusahan dan kesukaran yang dihadapi oleh wanita ketika proses kehamilan, di situlah terbitnya salah satu rahsia apabila ALLAH mewajibkan kita mentaati ibu dan ayah. Teliti darah jenis apa Kebiasaan wanita mengandung tidak mengalami perdarahan ketika kehamilan. Namun apabila berlaku permasalahan kesihatan ketika kehamilan, tidak dinafikan ada wanita yang mengalami perdarahan. Siti Fatahiyah berkata, sebagai Muslimah, penting untuk menentukan apakah jenis darah yang keluar bagi menentukan limitasi ibadah yang perlu dilaksanakannya. Untuk menilai apakah jenis darah yang keluar, maka kita perlu rujuk kepada hukum asal jenis darah itu. Menurut Kitab Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar'ah hasil penulisan Dr Abdul Karim Zaidan, pada dasarnya seseorang wanita mengalami beberapa jenis perdarahan iaitu darah haid, nifas dan istihadah. "Darah haid adalah darah yang keluar ketika dalam kitaran haid yang normal. Ulama juga membahaskan dari aspek bilangan hari keluarnya darah haid. "Secara ringkas dapat disimpulkan bilangan darah haid yang keluar mengikut Mazhab Syafi'ie adalah antara enam hingga tujuh hari pada kebiasaan wanita atau yang paling lama 15 hari." Beliau menambah, Mazhab Hanafi pula berpendapat ia antara tiga ke 10 hari. Mazhab Maliki pula berpendapat tempoh maksima haid adalah antara15 hingga 17 hari. "Berbalik kepada persoalan perdarahan yang dialami ketika proses kehamilan, perlu dinilai dengan teliti apakah jenis darah yang dialami. Ia amat penting bagi menentukan apakah limitasi ibadah yang perlu dilaksanakan termasuk limitasi perkara yang perlu dielakkan," katanya. Menurutnya lagi, berdasarkan kepada jenis darah yang telah diterangkan, maka apabila wanita mengalami perdarahan ketika proses kehamilan yang membawa ke arah pengguguran bayi, maka perlu diambil kira apakah bayi itu cukup sifat atau tidak. Jika dirujuk ilmu sains perubatan, tempoh masa bagi cukup sifat berlaku ketika minggu ke 10 kehamilan. Dengan itu, apabila berlaku perdarahan ketika kehamilan lebih daripada 10 minggu, maka darah yang keluar adalah darah nifas. Jika ia berlaku sebelum masuk minggu ke sepuluh, maka darah yang keluar adalah darah istihadah. Manakala jika darah yang keluar ketika hamil tidak membawa ke arah pengguguran, maka kebanyakan ulama berpendapat ia adalah darah istihadah. Jika dirujuk kepada pakar perubatan pendapat mereka sama. Kecuali jika ia mengalir dengan tiada henti di usia kandungan 3-6 bulan maka mengikut Mazhab Maliki adalah darah haid. Qadak, bayar fidyah? Bagi wanita yang hamil, jika dia risau keselamatan dirinya dan bayi dalam kandungan, dia dibolehkan berbuka puasa. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesungguhnya ALLAH menggugurkan (meringankan) setengah hari beban solat ke atas orang yang bermusafir, menggugurkan (memberi rukhsah) ke atas wanita yang hamil dan menyusukan anak akan kewajipan berpuasa". (Riwayat Tirmidzi, an-Nasa'i & Abu Daud) Namun ulama membahaskan berkaitan kewajipan wanita hamil tersebut perlu qadak sahaja atau qadak dan membayar fidyah ataupun dibolehkan membayar fidyah sahaja kerana tiada nas yang jelas disebutkan berkaitan cara qadak yang perlu dilaksanakan oleh wanita hamil dan yang menyusukan anaknya. Merujuk kepada Kitab Fiqh Syafi'ie, Imam Syafi'ie dan Imam Ahmad berpendapat jika wanita hamil itu berbuka puasa kerana risau akan keselamatannya maka diwajibkan ke atasnya untuk qadak puasa tersebut (tidak perlu berturut-turut harinya). Tapi jika wanita menyusu berbuka puasa kerana risaukan anaknya, maka diwajibkan ke atasnya untuk qadak puasa dan membayar fidyah. Wanita mengandung yang tidak dapat berpuasa sepenuhnya kerana dikenal pasti pakar perubatan jika berpuasa memudaratkan dan mengancam nyawanya, hukumnya tertakluk seperti hukum ke atas orang tua yang sudah terlalu lemah atau orang sakit yang tidak diharapkan sembuh kerana apabila dia berpuasa akan memudaratkan lagi sakit tersebut. |
Posted: 02 May 2014 06:21 AM PDT Oleh SALWANI MD ZAIN SEIRING peredaran zaman, cita rasa masyarakat juga turut berubah. Boleh dikatakan industri Salah satu jenama burger terkemuka yang sedang mengukir nama dalam pasaran negara adalah Johnny Rockets. Johnny Rockets adalah restoran yang dihidupkan dengan suasana Amerika 50-an bersama hiasan dalaman retro bertemakan merah putih, jubin lantai bercorak kotak-kotak dan layanan menghiburkan pelayan memakai topi yang dipinkan pada rambut bersama senyuman lebar, Johnny Rockets sememangnya menampilkan layanan mesra Amerika yang asli. Meraikan keunggulannya di Malaysia, sekali gus melancarkan cawangan baharu di Avenue K sebagai restoran kedua di negara ini, Johnny Rockets nyata mencuri tumpuan ramai. Mendapat sambutan hangat sejak diperkenalkan pada Oktober 2013, rangkaian restoran itu mengotakan janji untuk berkongsi makanan lazat yang menjadi kegemaran rakyat Amerika sejak zaman dahulu. Ditubuhkan pada 1986, Johnny Rockets Group, Inc menjalinkan kerjasama dengan AUM Hospitality Sdn Bhd (AUMH) untuk meluaskan jenamanya di negara ini. "Kami tahu rakyat Malaysia menghargai pelbagai hidangan yang berbeza seperti pesatnya pertumbuhan industri ini menerusi pelbagai pilihan tempat makan dibangunkan ketika ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Presiden Johnny Rockets Group Inc John Fuller. Hidangan baharu dan berbeza "Johnny Rockets memberi tambahan kepada pilihan tempat makan yang sedia ada kerana kami menawarkan sesuatu yang baharu dan berbeza. "Menjadi satu-satunya rangkaian tempat makan hidangan Amerika kasual yang paling tulen di Malaysia, kami berbangga dapat menghidangkan makanan yang lazat dalam suasana yang menyeronokkan dan tidak lapuk dek zaman," katanya selepas pelancaran. Restoran pertama yang dibuka pada Oktober 2013 di The Curve mencatat kejayaan membanggakan apabila kualiti daging burger buatan tangan dan minuman milkshake digoncang dengan tangan, mendapat sambutan hangat. Selain menjadi tempat ideal untuk pelanggan dari setiap peringkat usia untuk menjamu selera dan berhibur, Johnny Rockets yakin burger 100 peratus daging atau ayam yang bersaiz besar daripada biasa diadun dengan perasa asli menjadi daya tarikan, sekali gus memuaskan pelanggan yang mengidamkan hidangan tulen Amerika. "Kekal setia dengan slogan Burger Original, restoran itu masih mengekalkan warisan resipinya yang menjangkau usia 28 tahun. Ini sekali gus memberikan rasa berbeza kepada burgernya malah dapat berkongsi elemen terbaik dari sejarah hidangan Amerika selama satu kurun," katanya. Kini dengan pembukaan cawangan kedua, Johnny Rockets menyasarkan untuk menarik lebih ramai pelanggan dan terus membangunkan jenama ini menjadi pilihan makanan utama dalam kalangan rakyat Malaysia. Menurut Pengarah AUMH Tham Lih Chung, rangkaian restoran antarabangsa itu sentiasa berusaha untuk menyediakan pengalaman menjamu selera yang bersifat interaktif dan asli. "Dalam kalangan rakyat Malaysia ketika ini, trend untuk mencuba burger gourmet terus meningkat. Resipi asal dari Johnny Rockets membuktikan pelanggan lebih sukakan keaslian yang sememangnya menjadi kebanggaan Johnny Rockets. AUMH mahu memberikan pengalaman baharu kepada pelanggan,"katanya. Makan sambil berhibur Antara elemen menyeronokkan boleh dinikmati pelanggan sambil makan di sini adalah rutin persembahan tarian mengikut rentak lagu 50-an hingga 80-an dari Rocketeers (pelayan) setiap 30 minit. Antara menu burger yang laris jualannya ialah houston, smokehouse single, cheddar single dan juga milkshake digoncang dengan tangan yang menggunakan aiskrim import berkualiti tinggi. Setiap tahun, Johnny Rockets menghidangkan 17 juta burger, 8.3 juta susu kocak dan minuman bijirin, 8 juta paun kentang goreng, 2.1 juta pesanan gegelang bawang dan 815,000 gelen aiskrim. Statistik yang tinggi ini cukup untuk membuktikan keunggulan hidangan Johnny Rockets yang tiada tolok bandingannya. Selain itu, jenama ini juga dalam perancangan menambah sebuah lagi restoran dengan cawangan paling besar di Sunway Pyramid. "AUMH juga bakal membuka satu lagi cawangan Johnny Rockets di KLIA2. Sebagai hab perjalanan kepada pengembara serta pelancong cawangan KLIA2 dijangka memenuhi keperluan pasaran global yang lebih besar,"katanya. Menampilkan konsep segar dan mempunyai sasaran spesifik untuk beri pengalaman luar biasa kepada pelanggan, pengunjung boleh bawa diri keluar daripada tekanan tugasan harian dengan menikmati persekitaran menghiburkan sambil menjamu selera di Johnny Rockets. makanan dan minuman (F&B) di Malaysia sentiasa mendapat sambutan tinggi. Kredibiliti negara yang sering menyokong industri makanan dengan mengutamakan status halal, bersih dan terjamin merancakkan lagi industri ini berkembang pesat. |
Tip-tip penjimatan air di rumah Posted: 02 May 2014 06:19 AM PDT AIR adalah penting untuk kita setiap hari. Tetapi kemarau yang berpanjangan dan luar biasa ini telah menyebabkan paras air empangan berkurang dengan cepat. Kita semua perlu memikirkan semula cara kita menggunakan air setiap hari. Dengan mengikuti tip-tip jimatkan air di dalam rumah anda, anda boleh membantu menjimatkan air setiap hari: Mencuci Pakaian • Gunakan mesin basuh pakaian dengan muatan penuh sahaja untuk menjimatkan air dan tenaga. • Pasang mesin basuh pakaian cekap air. Dapat jimat: 64 liter/cucian. • Basuh pakaian gelap dalam air sejuk untuk menjimatkan air dan tenaga, dan membantu mengekalkan warna pakaian anda. Dapur • Hanya gunakan mesin pencuci pinggan mangkuk apabila telah penuh untuk menjimatkan air dan tenaga. • Pasang mesin cuci pinggan mangkuk yang cekap tenaga. Jimat: 12-32 liter/sekali muatan. • Pasang jidal pada pili dapur untuk mengehadkan aliran kepada kurang tiga liter per minit. • Apabila mencuci pinggan mangkuk dengan tangan, jangan biarkan air mengalir. Isi satu sinki dengan air basuhan dan yang lain dengan air bilasan. • Mesin mencuci pinggan mangkuk biasanya menggunakan air kurang daripada membasuh pinggan mangkuk dengan tangan. • Jika pinggan anda adalah baru, kurangkan membilas. • Rendamkan periuk dan kuali dan bukannya membiarkan air mengalir ketika cucian. • Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuali air dan elakkan air mengalir dari paip. • Jangan gunakan air yang mengalir untuk cairkan makanan. Nyahfros makanan dalam peti sejuk. • Gunakan air paling sedikit yang mungkin dalam masakan. Ini juga membantu makanan mengekalkan lebih nutrien. • Pilih saiz kuali yang betul untuk memasak. Kuali besar mungkin memerlukan lebih air daripada yang diperlukan. • Jika anda secara tidak sengaja terjatuhkan kiub ais, jangan buang ke dalam sinki. Letakkan kiub ais tersebut di dalam pasu bunga atau pokok. • Ambil air yang anda gunakan semasa membilas buah-buahan dan sayur-sayuran dan gunakannya untuk mengairi tumbuhan rumah. Bilik Mandi • Pasang pancuran mandi beraliran rendah. Dapat jimat: 10 liter. • Kurangkan masa mandi daripada 10 minit kepada lima minit. Dapat jimat: 48 liter dengan pancuran mandian bertekanan rendah. • Pasang jidal pada kepala paip bilik mandi. Jimat: 4.8 liter setiap orang/hari. • Tutup paip air apabila menggosok gigi atau bercukur. Jimat: Kira-kira 40 liter/hari • Pasangkan mangkuk tandas berkecekapan tinggi. Dapat jimat: 76 liter seorang/hari . • Uji tandas anda untuk kebocoran sekurang-kurangnya sekali setahun. • Letakkan pewarna makanan di dalam tangki tandas anda. Jika pewarna mengalir keluar tanpa curahan, ada kebocoran. Ia harus diperbaiki secepat mungkin. • Pertimbangkan membeli tandas dwi-simbahan. Ia mempunyai dua pilihan iaitu simbahan setengah dan simbahan separuh. • Rendamkan pisau cukur ke dalam secawan air dan bukannya membilas pisau cukur anda dengan air mengalir. Jimat sehingga 1,200 liter air sebulan. • Tutupkan air semasa mencuci rambut anda dan jimatkan sehingga 600 liter sebulan. • Apabila mencuci tangan anda, sila tutup paip air semasa anda menggosok tangan. • Mandi air pancuran dan bukannya mandian rendam. Tab mandi boleh menggunakan sehingga 280 liter air. |
Masih ramai perokok tiada hati nurani Posted: 02 May 2014 05:36 AM PDT PELBAGAI isu kesedaran sivik seperti kerenah negatif perokok, kebersihan dan vandalisme kemudahan awam masih tidak banyak berubah berbanding dahulu. Masih ada masyarakat yang tidak bertimbang rasa apabila merokok, bersifat pengotor dan melakukan kerosakan terhadap kemudahan awam. Jika itu keadaannya, bagaimana negara hendak mencapai status negara maju sedangkan mentaliti masyarakat masih sedemikian rupa. Tabiat buruk perokok yang tidak bertimbang rasa hanyalah sebahagian daripada isu kesedaran sivik yang menimbulkan masalah kepada masyarakat dan pengguna kemudahan awam. "Tabiat merokok memang amat sukar diatasi, tetapi sebaiknya berpada-padalah, jangan pula hingga menyusahkan orang lain," akui Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP), Samsudin Mohamad Fauzi. Panduan yang paling penting ialah dengan memastikan anda tenyehkan puntung rokok sehingga benar-benar terpadam bagi memastikan sisa bara rokok tidak menyebabkan kebakaran. Jika perlu, merokoklah di tempat yang tersorok dan mempunyai pengudaraan terbuka, katanya, mengambil contoh kebiasaan perokok di Jepun yang merokok hanya di tempat khas malah membawa dompet rokok khas untuk membuang habuk rokok. "Mereka amat mementingkan kebersihan dan tidak akan membuang habuk dan puntung rokok merata-rata tempat, membuktikan kesedaran sivik perlu dijadikan sebahagian daripada budaya kita," tambah beliau. Hati nurani Masih ramai perokok di negara ini yang tidak mempunyai hati nurani sewajarnya malah sengaja merokok di kawasan awam seperti kawasan hospital, sekolah dan tangga pejabat tertutup tanpa mempedulikan kesihatan mahupun perasaan orang lain. Ada pula yang merokok di dalam ruang berpenghawa dingin berpusat seperti di lobi pejabat atau bilik hotel, sekaligus menyebabkan pencemaran udara dalaman yang mampu menjejaskan kesihatan semua pengguna dalam bangunan itu. Malah, ada juga perokok yang tanpa rasa segan sengaja menghembus ke arah laluan orang ramai, misalnya, mereka yang terdesak untuk merokok selepas makan tetapi malas untuk beralih tempat ke lokasi yang lebih sesuai. Tidak cukup dengan itu, mereka yang membuang habuk dan puntung rokok di merata-rata tempat seperti pinggan makan, lantai dan tangga laluan awam, sekaligus mengotorkan kawasan awam dan menyakitkan mata pengunjung lain. Larangan bersebab Samsudin mengingatkan bahawa, larangan merokok di kawasan seperti sekolah, taman permainan kanak-kanak dan hospital adalah larangan bersebab, memandangkan kesan asap rokok pasif dalam kalangan kanak-kanak serta pesakit adalah terbukti amat buruk. "Saintis membuktikan bahawa menghirup udara yang mempunyai kesan rokok akan memburukkan lagi keadaan pesakit yang mana sistem imun mereka telah sedia terjejas, serta kanak-kanak dan bayi yang masih belum mempunyai paru-paru yang kuat. "Lagipun, ada banyak peralatan perubatan yang mudah terbakar, jadi, janganlah pula kita menyebabkan kebakaran di hospital dan bertanggungjawab terhadap beratus-ratus nyawa," tegur beliau yang tidak mahu tabiat buruk kesan kekurangan kesedaran sivik menyebabkan penganiayaan terhadap orang lain selain kekesalan seumur hidup pelaku. Mentaliti pengotor Kebersihan adalah antara faktor sosial utama yang dilihat dalam usaha menaiktaraf negara menjadi negara maju, tetapi sayangnya masih ramai yang bermentaliti pengotor. Bagi menjelaskan perkara ini, Samsudin memberi contoh tabiat pengguna kedai makan dan tandas awam. Malah beliau mempersoalkan adakah kita sengaja membiarkan sisa makanan dan tisu kotor bersepah-sepah jika makan di rumah? Baginya, adab penggunaan tandas awam boleh dikatakan semakin baik selari dengan keberkesanan pelbagai kempen dan usaha penambahbaikan berterusan oleh pihak berkuasa setempat. "Namun masih ada yang memandang enteng dan tidak menggunakan tandas dengan cermat sehingga membahayakan pengguna lain. Ini termasuk sengaja membiarkan lantai dibanjiri air kerana tidak mahu menutup kepala paip dengan baik atau sengaja membiarkan hos air tidak disangkut di tempat sepatutnya," tambah beliau. Lebih buruk lagi, ada pula yang bersikap pengotor dan tidak menjirus tandas dengan sebersihnya sehingga menyebabkan pengguna seterusnya 'tidak lalu' untuk mengguna tandas itu lagi. Ada juga pengguna yang mempunyai habit membuang sampah seperti puntung rokok, plastik pembalut tuala wanita dan tisu ke dalam lubang tandas sehingga menyebabkannya tersumbat. Sekali lagi Samsudin mempersoalkan samaada mereka akan membersihkan tandas yang tersumbat angkara perbuatan tangan mereka sendiri? "Sudah tentu tidak bukan. "Sekiranya kita bersikap pembersih dan cermat ketika makan atau menggunakan tandas di rumah, apa salahnya kita bawa adab itu ketika berada di luar atau menggunakan kemudahan awam," tegur beliau lagi. Lagipun, katanya, tingkah laku kita sebagai orang dewasa diperhati dan icontohi oleh anak kita dan golongan yang lebih muda. Vandalisme Tahap kesedaran sivik rakyat Malaysia boleh dikatakan semakin baik jika dinilaikan dari sudut penjagaan taman awam seperti taman permainan dan taman rekreasi. Malangnya, habit buruk seperti sengaja membuang sampah merata-rata terutama di tempat awan seperti pantai dan hutan rekreasi tetap menjadi isu yang memalukan nama negara di mata pengunjung. Begitu juga tabiat vandalisasi kemudahan awam hingga menyebabkan peralatan seperti bangku, tandas, wakaf dan papan tanda rosak, masih lagi berlaku sedangkan tanpa sedar barangkali, mereka telah membazirkan wang rakyat untuk membaikinya. Lantas, Samsudin menyeru semua pihak agar berusaha mengubah tabiat buruk ketika mengguna kemudahan awam selain membudayakan kebersihan sekaligus bagi mencapai status negara maju. - Bernama |
Apabila Zul tergila-gilakan Che Man Posted: 02 May 2014 05:33 AM PDT Oleh MUHAMAD MAT YAKIM PERNAH dengar cerita lelaki tergila-gilakan lelaki? Yang saya dengar pada pagi minggu lepas Pengakuan yang kata orang putih, 'straight from the horse's mouth' ataupun terus dari mulut yang empunya cerita, bukan daripada pihak ketiga. Mendengar cerita Zul, 40-an, memang buat saya teruja. Kopi O panas yang tadinya tidak sabar-sabar hendak saya hirup, akhirnya tidak berusik. Langsung saya terlupa pada kopi O itu kerana tumpuan saya, dan seorang lagi kawan, Mazli, seratus peratus adalah kepada Zul yang begitu galak bercerita mengenai kisahnya, tergila-gilakan seorang lelaki bernama Che Man. "Saya masa itu, kalau tak tengok Che Man dalam sehari, tak boleh duduk. Asal teringat, saya akan lalu depan rumah dia. Kalau dapat tengok dia, Alhamdulillah. Kalau tak dapat, tengok kelibat pun jadilah. Paling tidak, dapat tengok rumah, atau bumbung rumah, terubatlah sikit rindu," katanya tanpa segan silu. "Sakan hang ni Zul, macam orang kena senyonyong...," kata saya. "Ya, macam itulah. Kadang-kadang kalau sudah teringat sangat, saya sampai tak boleh tidur. Tengah malam pun saya lalu di depan rumah dia. Ada pernah pukul dua, tiga pagi pun saya lalu, semata-mata dengan harapan nak tengok dia," katanya lagi. Itulah cerita Zul yang buat kami berdua, saya dan Mazli terpempan, antara percaya dengan tidak pagi itu. Akan tetapi melihat pada kesungguhan Zul bercerita, saya yakin dia berkata benar. Zul kawan kami. Hampir setiap pagi kami minum bersama di warung kopi itu. Ok, saya akan kembalikan anda kepada cerita yang lebih awal, mengapa Zul jadi begitu? Mengapa dia begitu 'admire', tergila-gilakan Che Man yang 10 tahun lebih tua daripadanya? Apakah kerana dia jadi mangsa tersalah sasaran minyak senyonyong Che Man? Tidak mungkin. Malah mustahil. Che Man orang masjid, dan sudah lebih setengah abad usianya, mana mungkin Che Man masih 'main' minyak senyonyong yang syirik itu. Atau apa mungkin Zul pengamal cinta songsang? Ya, saya percaya inilah kemungkinan yang anda semua sedang fikirkan. Sebenarnya tidak. Baik Zul, mahupun Che Man, mereka berdua orang baik-baik. Cuma peliknya apa yang sudah berlaku kepada Zul hingga dia jadi begitu. Tidak boleh tak tengok Che Man. Betullah Zul orangnya baik. Tetapi bukan mustahil pula terutama bagi orang yang pertama kali jumpa untuk berasa curiga terhadapnya. Apa lagi dengan Che Man. Kata Zul, dalam keadaan dia tergila-gilakan Che Man hingga sering sahaja dicari ruang atau peluang untuk berjumpa dan duduk bersama dengan lelaki itu, akhirnya Che Man sendiri terperasan. "Suatu hari Che Man tanya saya ketika kami terserempak di pekan. Dia ajak saya ke kedai mamak. Saya punyalah seronok, tak payah nak sorok-sorok. Rupa-rupanya tujuan Che Man ajak saya minum, semata-mata kerana dia nak tanya, mengapa saya selalu ikut (ekori) dia. Kata dia, selama ini, dia sedar saya selalu ikut dia, lalu depan rumah dia malah yang pada waktu tengah malam itu pun dia terperasan. "Kata Che Man, pernah sekali dua, waktu saya lalu, dia sedang ambil angin di luar rumah, dia nampak saya datang naik motor, tapi saya yang tak perasan dia." Akhirnya, apabila Che Man sudah bertanya begitu, Zul sedar masa yang paling sesuai sudah sampai untuk dia berterus terang kepada Che Man. "Saya keluarkan dompet, dari dompet itu saya keluarkan sekeping gambar. Gambar itu saya serahkan kepada Che Man. Berubah terus muka dia. Saya tanya Che Man, sama atau tidak? Che Man angguk, kemudian saya kata, ini abang saya. Abdul Rahman namanya. Saya terlalu sayangkan, terlalu rindukan abang saya. Abang saya ini sudah dekat setahun meninggal. "Kebetulan wajah Che Man saling tak tumpah dengan dia. Sebab itulah, saya selalu cari jalan untuk tengok Che Man. Walaupun Che Man bukanlah abang saya yang sebenar tetapi sekurang-kurangnya reda sikit, terubat sikit rindu saya kepada dia. Percayalah Che Man, saya bukan ada niat tak baik pada Che Man atau keluarga Che Man, saya hanya nak tumpang wajah Che Man yang sama macam abang saya. Itu saja," kata Zul mengimbas. Zul kemudian mengeluarkan dompetnya, dan ditunjukkan pada kami gambar abangnya. Ya, memang 'sejibik' kata orang wajah abangnya, Abdul Rahman dengan Che Man. Saya kemudian bertanya kepada Zul, berapa lama dia jadi begitu, 'tergila'gilakan' Che Man? Jawab Zul, "dekat setahunlah juga!" Akhirnya terserlah, apa yang mendorongnya jadi begitu adalah kerana kasih sayang yang begitu mendalam seorang adik kepada abangnya. Setelah si abang meninggal dunia, si adik jadi gila bayang, terindu-rindu akan abangnya setiap masa. Demikian kasih sayang sesama saudara yang sangat dituntut. bukan sekadar cerita, tetapi pengakuan. |
Penyakit ‘kebal’ ubat ancam dunia Posted: 02 May 2014 02:20 AM PDT Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa antibiotik semakin hilang "Masalahnya begitu serius hinggakan ia mengancam pencapaian dalam perubatan moden," kata WHO dalam satu laporan yang diterbitkan Rabu lalu. keupayaan untuk melawan jangkitan penyakit. Keadaan ini yang mungkin menyebabkan masalah kebal ubat yang lebih serius dalam tempoh terdekat. Menurut laporan itu, jika perkembangan sekarang berterusan, jangkitan kecil yang dirawat kini mungkin tidak boleh diubati dan menyebabkan kematian. Ancaman serius "Tanpa tindakan bersepadu oleh pelbagai pihak dalam kadar segera, dunia sedang menuju ke ancaman antibiotik, apabila jangkitan biasa dan kecederaan kecil yang boleh dirawat sejak beberapa dekad lalu menjadi masalah kesihatan yang boleh membunuh," kata Penolong Ketua Pengarah Kesihatan Keselamatan WHO Keiji Fukuda. |
Angka korban feri karam kini 213 orang Posted: 02 May 2014 02:07 AM PDT MOKPO, Korea Selatan Angka korban dalam tragedi feri karam di Korea Selatan, meningkat kepada 213 hari ini apabila sebanyak berpuluh-puluh lagi mayat berjaya dikeluarkan daripada bangkai feri Sewol yang karam pada 16 April lalu. Usaha mencari dan menyelamat juga semakin sukar apabila pasukan penyelam terpaksa mengharungi ombak kuat dan serpihan-serpihan objek untuk mencari kira-kira 89 penumpang yang masih hilang. Selepas dua minggu insiden itu berlaku, ahli keluarga penumpang yang terlibat masih tidak dapat menerima kenyataan kehilangan orang kesayangan mereka. Permohonan maaf Presiden Korea Selatan, Park Guen-hye kelmarin berhubung kelewatan operasi mencari dan menyelamat, disifatkan ahli-ahli keluarga sebagai tidak ikhlas. Permohonan maaf itu dibuat selepas timbul dakwaan daripada ahli-ahli keluarga mangsa yang menuduh kerajaan tidak mengambil tindakan secukupnya untuk menyelamat dan melindungi mangsa. Ahli-ahli keluarga mangsa turut menggesa operasi menyelamat ditingkatkan bagi mencari mangsa yang masih hilang. Media tempatan turut melaporkan, beberapa keluarga mangsa yang marah, membuang kalungan bunga yang dihantar oleh Guen-hye dan pegawai kanan kerajaan lain ke satu tempat peringatan tragedi tersebut di bandar Ansan. Feri tersebut membawa 476 orang, kebanyakannya pelajar sekolah menengah. Dalam kejadian dari Incheon ke Pulau Jeju itu, hanya 174 orang terselamat termasuk 22 daripada 29 anak kapal. - AP |
Penduduk bimbang bangkai paus 'meletup' Posted: 02 May 2014 02:05 AM PDT TROUT RIVER, Newfoundland - Bangkai seekor ikan paus biru seberat 60 tan yang terdampar di pantai sebuah pekan kecil di Kanada mencemaskan penduduk sekitar yang bimbang ikan itu akan 'meletup'. Kerani Majlis Perbandaran itu, Emily Butler berkata, bangkai ikan paus biru itu di hanyutkan ke pantai pekan Trout River, yang terletak di barat Newfoundland dan telah mengeluarkan bau busuk yang dapat dihidu hampir keseluruhan penduduk pekan itu. Katanya, penduduk bimbang gas metana hasil reputan bangkai itu akan menyebabkan ia meletup. Bangkai itu merupakan salah satu daripada tiga bangkai ikan paus yang ditemui di persisiran pantai barat Newfoundland. - Agensi |
Beberapa lagi individu akan ditahan Posted: 02 May 2014 01:59 AM PDT KUBANG PASU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menahan beberapa lagi individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kegiatan militan dalam masa terdekat. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, maklumat berkaitan mereka sedang dikumpul dan polis akan memaklumkan mengenai perkara itu selepas operasi penangkapan dijalankan. "Masih ada lagi suspek, bila dah tangkap nanti kita akan umum," katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam 2014 di Dewan Wawasan, di sini hari ini. Pada majlis itu juga beliau mewakili PDRM menerima anugerah majikan prihatin daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Pada 28 April lalu, akhbar melaporkan satu kumpulan militan yang mirip dengan pengganas Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah (JI) serta berselindung di sebalik misi kemanusiaan terbongkar apabila polis menahan sembilan anggota kumpulan itu termasuk ketuanya dalam beberapa serbuan di Selangor dan Kedah. Kesemua suspek berusia 22 hingga 55 tahun itu dikatakan bersiap sedia untuk 'berjihad' di negara- negara bergolak. Pada keesokannya, seorang lagi suspek yang merupakan seorang wanita ditahan menjadikan jumlah tangkapan setakat ini, seramai 10 orang. Utusan Malaysia turut mendedahkan kegiatan seorang 'ustaz' dan bekas pemuzik sebuah kumpulan rock terkenal tanah air pada tahun 90-an, yang dipercayai kini berada di Syria untuk 'berjihad'. Sementara itu, sumber keselamatan memberitahu, bekas pemuzik terbabit sudah lama menjalani latihan dan teknik peperangan penggunaan senjata api di kawasan terpencil. Katanya, bekas pemuzik itu dan anggota militan lain menjalani latihan secara rahsia di lokasi-lokasi tersembunyi bagi mengelakkan ia dikesan oleh pihak berkuasa. "Siasatan mendapati kawasan hutan di beberapa negeri menjadi pilihan untuk mereka menjalani latihan tersebut dalam usaha mempersiapkan diri bagi berjihad di luar negara," kata sumber itu ketika dihubungi. |
Semua Pusat Bantuan Keluarga tutup 7 Mei Posted: 02 May 2014 01:56 AM PDT Kuala Lumpur: Semua Pusat Bantuan Keluarga di seluruh dunia yang dibuka syarikat Penerbangan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya, berkata selepas ini semua maklumat terbaru dan perkembangan terkini berhubung insiden itu akan dimaklumkan kepada keluarga penumpang menerusi panggilan telefon, internet, pesanan dan pertemuan yang akan diatur khas. Malaysia (MAS) susulan kehilangan pesawatnya, MH370, sejak 8 Mac lalu, akan ditutup mulai 7 Mei ini, serentak fasa kedua misi mencari. |
Operasi van haram di sempadan Malaysia-Thailand dipertingkat Posted: 02 May 2014 01:54 AM PDT BUKIT MERTAJAM Operasi van pelancong haram yang dijalankan di Bukit Kayu Hitam di Kedah, akan diperluas ke semua pintu sempadan Malaysia-Thailand, mulai minggu depan. Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, operasi itu antara langkah memastikan kegiatan pengusaha kenderaan pelancong tanpa permit tidak berleluasa. "Kami banyak menerima aduan mengenai kegiatan kenderaan penumpang terutama van yang aktif membawa pelancong dari negara jiran itu jauh ke negara ini sedangkan mereka tidak mempunyai permit. "Kami akan tempatkan pasukan penguat kuasa di setiap pintu sempadan Malaysia-Thailand iaitu di Padang Besar dan Wang Kelian di Perlis serta di Perak dan Kelantan secara tetap untuk memantau kegiatan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari JPJ di Politeknik Seberang Perai, di sini hari ini. - BERNAMA |
Hishammuddin yakin MH370 akan ditemui Posted: 02 May 2014 01:51 AM PDT KUALA LUMPUR - Operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di selatan Lautan Hindi yang memasuki hari ke-56 diyakini berada di landasan yang betul. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau percaya operasi yang memasuki fasa baharu dengan memberi tumpuan kawasan dasar laut lambat laun akan menemui pesawat berkenaan. ''Saya yakin kita berada di landasan yang betul tetapi bakal berdepan cabaran besar. ''Dengan lebih ramai rakan turut serta selain pakar-pakar yang memastikan kita fokus kepada tugas tersebut, saya yakin lambat laun kita akan menemui pesawat MH370,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar bersama Ketua Penyelaras Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC), Angus Houston dan Penasihat Khas kepada Biro Penyiasatan Penerbangan Perancis, Jean Paul Troadec di sebuah hotel di sini hari ini. |
Idris tidak yakin syiling tembaga harta karun Pulau Nangka Posted: 02 May 2014 01:49 AM PDT |
Posted: 02 May 2014 01:45 AM PDT KATARAK merupakan satu keadaan kanta mata yang asalnya bersifat jernih dan lutcahaya telah bertukar menjadi keruh. Masalah tersebut membuatkan penglihatan pesakit kabur atau berkabus kerana tompokan kabur pada kanta matanya. Kanta mata merupakan struktur mata yang lutsinar terletak di belakang pupil atau anak mata (titik hitam di tengah-tengah mata) yang membenarkan cahaya menembusi bahagian belakang mata iaitu retina. Lama-kelamaan keadaan tersebut boleh menyebabkan buta kerana selaput katarak menutupi keseluruhan mata. Katarak biasanya terjadi kepada warga tua atas faktor usia. Namun, menurut Pakar Optalmologi Pusat Perubatan Tropicana (TMC), Dr. Khor Sim Ee, katarak boleh berlaku kepada golongan dewasa muda (young adult) atas beberapa faktor, malah kanak-kanak dan bayi turut tidak terkecuali. "Katarak selalunya berlaku akibat faktor penuaan iaitu sebanyak 60 peratus daripada keseluruhan kes berlaku kepada mereka berusia 60 tahun ke atas. "Sebanyak 20 hingga 30 peratus kes katarak terjadi kepada golongan dewasa muda manakala dalam empat peratus saja terjadi kepada kanak-kanak. "Bagi golongan kanak-kanak dan dewasa muda, ia terjadi atas beberapa faktor seperti genetik dan trauma," ujarnya ketika ditemui di TMC, baru-baru ini. Walaupun katarak dalam kalangan bayi dan kanak-kanak sangat jarang berlaku, dianggarkan tiga hingga empat kanak-kanak setiap 10,000 kanak-kanak di United Kingdom menghidapinya. Katarak kanak-kanak Katarak yang biasa dalam kalangan kanak-kanak ialah katarak kongenital iaitu katarak yang berlaku sejak bayi dilahirkan atau tidak lama selepas dilahirkan. Terang Dr. Sim Ee, katarak kongenital selalunya berlaku akibat genetik ibu bapanya yang mungkin seorang atau kedua-dua daripadanya mempunyai masalah katarak. "Ada juga kes ibu pesakit mengalami jangkitan kuman ketika mengandungkan bayi tersebut. "Selain itu, katarak kongenital turut berlaku akibat masalah metabolisma," ujarnya. Jangkitan kuman seperti cacar air, rubela dam herpes. Bayi atau kanak-kanak yang lambat menerima rawatan katarak mungkin boleh menjadi buta kerana kanta yang kabur itu menghalang cahaya daripada pergi ke retina. Apabila retina itu gagal menghantar maklumat kepada otak ketika saat genting mata dan otak sedang bekerjasama untuk belajar melihat, otak mungkin tidak dapat belajar melihat walaupun katarak tersebut dibuang kemudian hari. |
Bercuti sambil nikmati makanan laut Posted: 02 May 2014 01:40 AM PDT nyaman yang jauh daripada hiruk pikuk kehidupan bandar. Namakan apa sahaja sama ada makanan eksotik, hasil laut serta buah-buahan segar, pasti tidak mengecewakan pengunjung. Semua itu menggamit kehadiran pengunjung ke kawasan luar bandar yang terletak kira-kira dua jam perjalanan dari ibu kota, Kuala Lumpur. Kini, Sekinchan mempunyai satu lagi tempat menarik yang mampu dibanggakan iaitu Sekin Fisherman Village Hotel & Resort. Nama resort itu diambil daripada nama pekan kecil, Sekinchan dan terletak di perkampungan nelayan yang kini menjadi salah satu produk pelancongan berdaya saing di kawasan tersebut. Sekin Fisherman Village Hotel & Resort yang terletak kira-kira dua kilometer dari pekan Sekinchan mula beroperasi sejak dua tahun lalu. Ia memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati perkhidmatan perhotelan yang terbaik dengan bayaran minimum. Lokasi strategik yang terletak di pinggir pantai Redang sememangnya menjadi tarikan utama di daerah ini. Pengunjung turut berpeluang menikmati keindahan pantai yang mengasyikkan. Hotel tersebut dimiliki usahawan muda tempatan iaitu Datuk Jamal Md. Yunos. Beliau berkata, hotel yang dibina di tapak seluas lapan ekar itu turut menempatkan sebuah restoran ikan bakar terkenal iaitu Restoran Sekinchan Ikan Bakar. "Restoran ini membolehkan pengunjung menikmati makanan laut seperti ikan, udang dan sotong segar pada harga berpatutan," kata Jamal yang juga pemilik rangkaian restoran berkenaan kepada S2. Menurut Jamal lagi, pengunjung turut dijanjikan dengan perkhidmatan sajian terbaik daripada 30 orang pekerja yang terlatih. "Kami akan memastikan pelanggan akan mendapat layanan yang baik. "Selain itu, kami juga memberi kebebasan kepada mereka untuk memilih bilik yang menepati pilihan dan cita rasa mereka," katanya. Hotel ini menawarkan 52 bilik berharga antara RM154 hingga RM576 semalam. Terdapat lapan jenis bilik yang sedia untuk ditempah iaitu bilik standard, superior, deluxe, superior deluxe, suite, family, family suite dan executive suite. Jelasnya lagi, pihak resort juga ada menawarkan perkhidmatan sewa dewan untuk majlis-majlis besar seperti majlis perkahwinan,hari keluarga dan acara yang lain. Terdapat juga beberapa bilik yang dijadikan bilik mesyuarat mahupun bilik seminar. Selain itu, terdapat menara tinjau yang jarang ditemui di hotel serta resort lain. Di menara tinjau itu, para pengunjung dapat menyaksikan pemandangan jajaran sawah padi, jeti nelayan, lautan serta pekan Sekinchan. Ternyata, pemandangan dari menara itu cukup indah terutamanya pada waktu senja dan malam. "Menara besi setinggi 24 meter itu menyajikan pemandangan laut Selat Melaka yang merupakan laluan kapal paling sibuk di dunia, di samping kehijauan sawah padi dan kedamaian perkampungan tradisional Melayu di situ," katanya Di aras puncak menara itu, turut diletakkan tiga buah meja bulat dan beberapa buah kerusi untuk pengunjung melepaskan lelah setelah mendaki kira-kira 100 anak tangga. Sambil berehat, pengunjung akan dibuai dengan alunan serta tiupan angin dari Selat Melaka. "Walaupun pada waktu tengah hari dengan simbahan cahaya terik matahari, namun suhu di menara ini tetap dingin," katanya. Di sini juga terdapat zoo mini dan kolam ikan di mana pengunjung boleh memberi ikan dan haiwan lain makan. Beliau memberitahu, hotel itu sedang merancang untuk membina sebuah kolam renang dan taman tema air. "Kami bukan sahaja ingin menjadikan tempat ini sebagai lokasi percutian, bahkan hab kepada pelbagai aktiviti seperti perkhemahan,hari keluarga, permainan paintball dan karaoke," katanya. |
Tenang dan nyaman di Port Dickson Posted: 02 May 2014 01:34 AM PDT JIKA mahu berehat di tepi pantai yang mana lokasinya berdekatan ibu kota, maka destinasi yang dituju adalah Port Dickson, Negeri Sembilan. Kita hanya perlu memandu kurang dua jam dari kesesakan ibu kota untuk menjejakkan kaki di mana-mana lokasi hotel dan resort yang banyak terdapat di sepanjang pantai Port Dickson yang lebih dikenali sebagai PD. Baru-baru ini, penulis bersama rakan berpeluang berkunjung ke PNB Ilham Resort, Port Dickson untuk merasai sendiri keunikan bercuti di lokasi berkenaan. Penulis tiba agak lewat berbanding rakan-rakan kerana perlu menguruskan beberapa perkara di ibu kota terlebih dahulu. Kami menginap di bilik yang selesa dan terasa sungguh tenang kerana bukan setakat biliknya yang cantik, malah pemandangannya yang menghadap laut sangat mengasyikkan. Terlupa seketika soal kerja dan kesibukan kota. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti abseiling, repelling dan membuat rakit sendiri di laut. Bagi yang tidak pernah melibatkan diri dengan aktiviti sedemikian, lokasi ini sangat sesuai untuk anda kunjungi. Selepas makan malam, penulis berkesempatan untuk ke pantai berdekatan. Waktu malam sebegitu, air laut sedang surut dan ketam-ketam kelihatan banyak naik ke darat untuk mencari makanan. Waktu itu, pelbagai telatah dapat kita saksikan terutamanya rakan-rakan yang jarang melihat habitat sebenar ketam. Dalam keseronakan melayan waktu malam sambil berjalan-jalan, kami diberitahu oleh pemandu arah kami mengenai aktiviti kaki pancing mencari cacing laut untuk dijadikan umpan. Kami singgah untuk melihat sendiri beberapa penduduk setempat mencari hidupan laut berkenaan. Setelah melihat cara mereka mendapatkan cacing laut, kami pun bergerak pulang ke resort untuk berehat kerana keesokan hari, kami akan memulakan aktiviti yang memerlukan kami mempunyai rehat yang cukup. |
Li Lian yakin bawa cabaran Piala Uber Posted: 02 May 2014 01:29 AM PDT KUALA LUMPUR - Selepas beraksi cemerlang dalam perlawanan ujian pemilihan Piala Uber 2014 bermula dari Isnin hingga Rabu lalu, pemain perseorangan wanita negara, Yang Li Lian berasa lebih yakin jika namanya disenaraikan oleh pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk beraksi di kejohanan tersebut. Li Lian yang mencatat dua kemenangan dalam perlawanan pemilihan mengakui dia sudah mula menunjukkan peningkatan dalam sesi latihan untuk persiapan ke Piala Uber di bawah bimbingan jurulatih, Wong Tat Meng. "Saya berpuas hati dari segi latihan tetapi jika hendak dibandingkan keputusan pertandingan memang kurang berpuas hati," katanya yang mengalahkan Lim Yin Fun 22-20, 21-18 dan pada hari kedua pula menumpaskan pemain bebas, Sanatasah Saniru 21-10, 16-21, 21-10 sebelum tewas 21-16, 19-21, 17-21 kepada Lim Chiew Sien. Jelasnya, memang dia beraksi dalam banyak kejohanan tahun ini namun masih belum ada keputusan yang membanggakan. Begitupun daripada segi pres-tasi permainan ia semakin meningkat. "Saya tidak meletakkan sebarang sasaran dalam mana-mana kejohanan tahun ini termasuk Piala Uber, cuma beraksi buat kali kedua mungkin akan memberi kelebihan kepada saya dari segi pengalaman. "Dua tahun lalu saya beraksi sebagai perseorangan ketiga namun ia hanya peringkat kelayakan sahaja," katanya yang turut menimba pengalaman bermain di Sukan SEA 2013 Myanmar tahun lalu. Dalam masa yang sama, Li Lian yang menduduki ranking 103 dunia mengakui, ujian pemilihan ke Piala Uber bagi perseorangan wanita agak kurang bermakna dan sedikit mengganggu latihannya. |
Rangel boleh lupakan Harimau Malaya Posted: 02 May 2014 01:25 AM PDT KUALA LUMPUR - Penyerang import berbisa Selangor, Paulo Rangel boleh melupakan impian untuk me-nyarung jersi Harimau Malaya kerana Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak pernah bercadang untuk membuka pintu kepada pemain luar. Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, hendak membawa masuk pemain naturalisasi juga bukan mudah kerana proses menukar kerakyatan seseorang pemain luar negara memakan masa yang sangat panjang. Beliau memberitahu, situasi melibatkan Rangel tidak sama seperti Brendan Gan kerana urusan pemain muda Kelantan itu lebih mudah memandangkan bapanya merupakan warganegara Malaysia. "Antara prosedur yang perlu dilaksanakan ialah mendapatkan taraf penduduk tetap sebelum boleh memohon untuk mendapatkan taraf warganegara dan proses ini memakan masa bertahun-tahun. "Selepas mendapatkan taraf warganegara, perkara itu perlu dirujuk kepada FIFA bagi memastikan status Rangel sama ada pernah beraksi bersama skuad Brazil atau sebaliknya. "Sekiranya segala urusan berjalan lancar sekalipun, Rangel ketika itu sudah berusia lebih 30 tahun untuk menyarung jersi Harimau Malaya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam. Baru-baru ini, Rangel yang berusia 29 tahun menyatakan kesediaannya untuk menyarung jersi skuad kebangsaan jika diberi peluang beraksi di pentas antarabangsa. Pemain kelahiran Brazil itu turut mempamerkan aksi cemerlang musim ini bersama Selangor dengan menjaringkan 10 gol dalam 13 penampilan Liga Super. Hamidin memberitahu, FAM juga tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membuka pintu bagi tujuan naturalisasi pemain seperti yang diamalkan beberapa negara jiran termasuk Singapura. Beliau berkata, proses itu bukan mudah kerana ia melibatkan urusan kerajaan dan berisiko tinggi terutamanya jika pemain yang dipilih itu tidak mencapai tahap yang dikehendaki. |
Nicol terus utuh teraju No. 1 dunia Posted: 02 May 2014 01:25 AM PDT KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David terus cemerlang apabila kekal sebagai pemain No. 1 dunia untuk bulan ke-94 berturut-turut selepas ranking Mei dikeluarkan semalam. Setidak-tidaknya, berita tersebut mengubat kekecewaan pemain berusia 30 tahun itu yang sebelum ini tumpas kepada Nour El Sherbini (Mesir) di separuh akhir Kejohanan Dunia Wanita 2014 di tempat kelahirannya sendiri di Pulau Pinang. Sebelum beraksi di kejohanan tersebut Nicol telah meraih dua kejuaraan iaitu Tournament Of Champions dan Cleveland Classic yang sedikit sebanyak membantunya mengekalkan kedudukan No. 1 dunia. Dalam perlawanan akhir Tournament Of Champions Nicol yang terkenal dengan gelaran Duracell Bunny menumpaskan Laura Massaro dari England 11-4, 13-11, 11-8, manakala di Cleveland Classic pula dia mengenepikan pemain Hong Kong, Annie Au 13-11, 11-5, 11-6. Bagaimanapun bagi ranking terbaru yang dikeluarkan semalam, pemain veteran Ireland, Madeline Perry lebih mencuri tumpuan apabila menjadi pemain paling tua dalam sejarah yang masih mampu kekal dalam kedudukan 10 pemain terbaik dunia. Perry, 37, menduduki ranking kesembilan dunia dan pernah menduduki kedudukan tertinggi di tempat ketiga pada April 2011 dengan berjaya melangkah ke saingan akhir Jelajah Dunia WSA sebanyak 27 kali dan mencatat kemenangan sebanyak 11 kali. "Saya rasa apa yang buat saya berasa bangga ialah bersaing dalam kejohanan tahap tinggi dengan beberapa pemain terbaik dunia. Saya rasa saya bermain dengan baik pada usia ini kerana ketika saya masih kanak-kanak saya kurang berlatih. "Saya juga banyak menumpukan kepada latihan sebagai seorang pemain profesional dan kerap menggunakan fisioterapi untuk membolehkan badan saya sentiasa berada pada tahap terbaik," kata Perry. Kekal menghuni ranking kedua terbaik dunia adalah Massaro, manakala pemain Mesir, Raneem El Welily menduduki tempat ketiga. Perseorangan kedua negara, Low Wee Wern naik satu anak tangga ke kedudukan ketujuh dunia. |
Posted: 02 May 2014 01:19 AM PDT KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan mengemukakan rayuan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung keputusan memberi kemenangan 3-0 kepada Terengganu dan membatalkan keputusan seri 1-1 pada pertemuan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang berlangsung 29 Mac lalu. Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM sebelum ini membatalkan keputusan tersebut selepas Kelantan didapati bersalah menurunkan Mohd. Fitri Omar yang menerima tiga kad kuning. Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, rayuan tersebut dibuat bagi membolehkan pihak-nya menjelaskan hal sebenar mengenai perkara itu. Beliau berkata, KAFA sama sekali tidak mengetahui pemain terbabit mempunyai tiga kad kuning dan begitu juga dengan pihak Terengganu dan pengadil. "Dalam sistem bola sepak, setiap kali sebelum permainan kita akan mengadakan mesyuarat pada pukul 8 malam untuk membentangkan nama pemain pasukan masing-masing. "Tetapi tiada siapa yang memberitahu pemain itu digantung. Pasukan lawan kena tahu, pengadil, FAM ke komisioner perlawanan serta ramai lagi yang ada dalam mesyuarat. "Takkan ada pemain yang digantung, kita hendak turunkan juga. Berhempas pulas main, bayar hotel dan sebagainya untuk dapatkan satu mata," katanya. Tambahnya, lebih memburukkan keadaan apabila laporan akhbar menulis Kelantan menurunkan pemain yang digantung dan tindakan tersebut mencemar imej pasukan sedangkan pihaknya tidak mengetahui perkara tersebut. Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan JKPT FAM membuat keputusan memberi kemenangan 3-0 kepada Terengganu ke atas Kelantan dan membatalkan keputusan seri 1-1 pada pertemuan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang berlangsung 29 Mac lalu. Timbalan Pengerusi JKPT, Datuk Osman Salleh berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati Kelantan melakukan kesalahan dengan menurunkan Mohd. Fitrie yang ketika itu sedang digantung permainan. Berdasarkan keputusan yang dibuat itu katanya, Kelantan kehilangan satu mata manakala Terengganu meraih dua lagi mata tambahan menerusi perlawanan itu dan berkuat kuasa serta merta. Annuar memberitahu, pihaknya sama sekali tidak mengetahui rekod pemain berkenaan ketika beraksi dengan pasukan lamanya iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM). "Semasa bermain dengan ATM, kita tak tahu rekod dia. Ketika dia menamatkan kontrak dengan ATM, kita tak dapat sebarang hitam putih. Jadi, kita memang tidak tahu dia ada kad atau tidak. "FAM patut tahu, kemudian kita daftar dia sebagai pemain baharu dan dalam rekod kita, dia baru dapat satu kad masa lawan dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan sebab itu, kita turunkan. "Kemudian, dalam peraturan pula kata sebarang bantahan kena buat selepas 48 jam lepas perlawanan. Namun dalam tempoh tersebut Terengganu tidak kemukakan bantahan. "Selepas lawan Terengganu, kita lawan ATM. Waktu lawan ATM, betul peraturannya. Ketika bentang nama, ATM memberitahu Mohd. Fitri ada dua kad dengan ATM dan satu dengan Kelantan, Maka dia protes Fitri. Lalu kita buat keputusan, memang kita tak menurunkan dia semasa menentang ATM sebab kita baru tahu," ujarnya. Annuar memberitahu, rayuannya itu akan berlandas kepada dua perkara tersebut bagi menerangkan keadaan sebenar. "Saya tak kata dia buat keputusan itu salah, peraturan itu ada, kalau turunkan pemain dalam pergantungan hukumannya ialah tolak mata. Tetapi persoalannya kini, adakah kita menurunkan pemain yang digantung. Sebab keadaan itu berbeza. "Sebab lepas perpindahan, pemain bertukar pasukan, rekod tak ditunjukkan. Kita juga sudah tidak menurunkan dia ketika melawan ATM dan dia sudah menjalani hukuman. "Patut kena ada pertimbangan, sebab satu mata dalam bola bukan sikit, berhempas pulas tu, 20,000 orang |
Posted: 02 May 2014 01:10 AM PDT KUANTAN - Malaysia mengharungi pertarungan penuh drama apabila ketinggalan, bangkit dan kemudian dikejar sebelum menyingkirkan pasukan No. 6 dunia, New Zealand menerusi penentuan pukulan penalti shoot-out 3-2 untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Hoki Cabaran Juara-juara 1 (CC1) di Stadium Hoki Indera Mahkota, semalam. Anak-anak buah Muhammad Dharma Raj Abdullah dikejutkan seawal minit keempat apabila Steve Edwards menyempurnakan jaringan padang untuk meletakkan New Zealand mendahului 1-0. Namun, semangat juang tinggi dan aksi kelas dunia yang ditunjukkan pemain-pemain negara menyaksikan empat gol berjaya diledak pada babak pertama bermula dengan jaringan penyamaan ketua pasukan, Azlan Misron pada minit ke-20 dan dua gol Muhammad Shahril Saabah pada minit ke-23 dan 31. Mohd. Fitri Saari terdahulu menyempurnakan gol ketiga pada minit ke-24 selepas menunjukkan skil hebat dengan menewaskan tiga pertahanan lawan, sebelum menewaskan penjaga gol, Devon Manchester. Drama sebenar bagaimanapun bermula pada babak kedua apabila New Zealand bangkit menenggelamkan keriuhan lebih 1,000 penyokong tuan rumah dengan menyamakan kedudukan 4-4 menerusi hatrik Andy Hayward pada minit ke-45, 60 dan 70. Debaran Malaysia tidak berakhir di situ. Tuan rumah ketinggalan 0-2 dalam penentuan pukulan penalti shoot-out, namun ketangkasan penjaga gol, S.Kumar menepis tiga percubaan lawan memastikan pasukan negara akhirnya menamatkan perlawanan yang amat mendebarkan itu sebagai pemenang. Jaringan penalti Malaysia disempurnakan oleh Faiz Helmi Jali, Firhan Ashari dan Shahril, manakala New Zealand meraih gol menerusi Inglis Hugo serta Hilton Blair. "Kami mengharungi babak pertama yang amat baik dengan memperoleh empat gol yang hebat. Meskipun memegang kelebihan tiga gol, saya beritahu pemain ketika rehat supaya jangan ambil mudah perlawanan ini dan bermain seperti biasa. "Malang sekali, ia tidak menjadi. Kami memberi terlalu banyak ruang kepada lawan untuk menyerang dan terpaksa membayar dengan harga tinggi apabila melepaskan tiga gol. "Malah pada penentuan pukulan penalti shoot-out kami ketinggalan 0-2, namun saya gembira kami akhirnya bangkit untuk memenangi perlawanan. Saya sangat bangga dengan pemain-pemain kami... mereka membuktikan kemampuan hari ini," kata Muhammad Dharma. Sementara itu jurulatih New Zealand, Colin Batch turut memuji aksi anak-anak buahnya yang mempamer kebangkitan hebat pada separuh masa kedua, namun gagal menyempurnakan peluang pada penentuan pukulan penalti. "Ia tidak mudah untuk bangkit selepas ketinggalan dengan jurang tiga gol. Saya sangat bangga dengan pemain-pemain kami.. mereka bangkit dan mencipta banyak peluang. "Dalam penentuan pukulan penalti, apa saja boleh berlaku. Kami sangat kecewa tewas dengan cara begini," ujar Batch. Malaysia kini akan menempah pertemuan dengan Kanada pada separuh akhir selepas pasukan itu menyingkirkan Poland 3-2 dalam satu lagi perlawanan suku akhir. |
Posted: 02 May 2014 01:06 AM PDT MD 12 Nokia Nokia tidak hanya mengeluarkan tiga telefon pintar terbarunya, malah turut memperkenalkan aksesori terkini sebagai tambahan produk telefon pintarnya. Pembesar suara wireless, MD 12, adalah tambahan aksesori bagi telefon pintar siri Lumia yang menghasilkan bunyi menyeluruh selain mempunyai pilihan warna seperti kuning. oren, putih dan hijau. Gajet ini diperkenalkan Nokia untuk digunakan pada telefon Lumia Windows 8.1 terbarunya, iaitu Lumia 630, 635 atau 930. Speaker wireless ini memiliki berat seberat 180 gram dan mempunyai ukuran sebesar buah epal. Speaker ini boleh disambungkan menggunakan sambungan NFC ataupun Bluetooth. Selain itu, sambungan pembesar suara wireless ini juga boleh dibuat menggunakan Device Hub. Selanjutnya, MD-12 ini dilengkapi dengan built-in vibrating actuator yang berfungsi memperkuat audio dengan frekuensi rendah dipelbagai jenis permukaan. |
Penggunaan Gajet mampu akibatkan Kanak-kanak jadi kurang aktif Posted: 02 May 2014 01:04 AM PDT Kanak-kanak sepatutnya melakukan aktiviti pembelajaran menggunakan pen dan kertas serta melakukan aktiviti fizikal di luar rumah namun kini mereka terlampau kerap menggunakan skrin sesentuh sebagai aktiviti harian mereka. Namun terfikirkah anda sama ada gajet seperti ini sesuai atau tidak untuk kanak-kanak? Kanak-kanak yang terlalu terdedah kepada teknologi berpotensi untuk mengalami masalah motor (pergerakan fizikal) dan kurang terdedah dengan cahaya matahari. Kaji Selidik Pemakanan Asia Tenggara (SEANUTS) mendapati satu dalam 20 kanak-kanak Malaysia mengalami kurang berat badan, satu dalam lima kanak-kanak adalah obes dan hampir separuh daripada populasi mereka rendah vitamin D dan tidak memenuhi keperluan tenaga harian. Kanak-kanak mungkin kelihatan sihat atau kelihatan terlebih makan tetapi mereka mungkin tidak mempunyai nutrien penting dalam badan untuk proses tumbesaran dan perkembangan sihat. Ketua Jabatan Dietetik dan Pemakanan Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Poh Bee Koon berkata, secara keseluruhan, kanak-kanak Malaysia membawa beban berganda malnutrisi yang merujuk kepada kekurangan nutrisi yang berterusan dan peningkatan kes berat badan yang berlebihan, obesiti atau penyakit kronik akibat pemakanan. "Paling mengejutkan, kanak-kanak terutamanya di bandar kekurangan vitamin D sedangkan kita di Malaysia mendapat cahaya matahari yang banyak untuk membantu menghasilkan vitamin D secara semula jadi," katanya dalam Forum SEANUTS : Bringing Health and Nutrition Back to Malaysian Children anjuran Dutch Lady Malaysia di The Theater Garden, baru-baru ini. Katanya, salah satu faktor mungkin disebabkan kebanyakan ibu bapa tidak membenarkan anak-anak mereka bermain di luar kerana risau tentang keselamatan anak-anak mereka apabila berada di luar rumah memandangkan pelbagai kes jenayah berlaku di persekitaran mereka. "Ada juga ibu bapa yang tidak mahu anak mereka terdedah kepada cahaya matahari kerana risaukan perubahan warna kulit. Perkara ini amat membimbangkan kerana sepatutnya kanak-kanak perlu didedahkan kepada sumber semula jadi untuk tumbesaran mereka," ujarnya. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kanak-kanak dan remaja yang berumur antara lima hingga 17 tahun perlu melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 60 minit setiap hari. Apabila digabungkan dengan tabiat makan yang sihat, aktiviti fizikal boleh membantu mencegah penyakit kronik, termasuk sakit jantung, kanser dan strok yang menjadi tiga punca utama kematian di Malaysia. "Jika anak sangat aktif dan sukar dikawal, biarkan sahaja. Kanak-kanak yang aktif adalah normal dan mempunyai perkembangan otak yang bagus. Ibu bapa janganlah terlalu risau. Kalau jatuh, dia akan bangun dan main semula. Elakkan terlalu banyak perkataan 'jangan' dan 'duduk diam'," tambahnya, Sementara itu, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Dr. Mehander Singh berkata, aktiviti fizikal adalah penentu utama penggunaan tenaga yang dihasilkan melalui pengambilan pelbagai makanan dan menjadi asas kepada keseimbangan berat badan. "Faktor-faktor risiko bagi penyakit kronik itu boleh bermula awal pada usia muda tetapi boleh dielakkan dengan mengamalkan tabiat makan yang sihat dan melakukan aktiviti fizikal secara tetap," katanya. |
You are subscribed to email updates from "Berani Kerana Benar" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan