Jumaat, 9 Mei 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Harith Iskandar Buat Lawak Bodoh Mengenai Hudud

Posted: 09 May 2014 09:00 AM PDT


Pelaksanaan hudud dilakukan setelah wujudnya kerajaan dan masyarakat yang memahami Islam dari sudut Akidah kerana ia adalah tuntutan yang tidak boleh diabaikan.

Orang Islam nak tak nak mesti merima hudud kerana itu adalah hukum yang Allah nyatakan dengan jelas dalam Al Quran melainkan beberapa bahagian yang menjadi perbahasan ulama.

Cukup malang jika ada orang Islam mempermain atau mempersendakannya.

Soal pelaksanaannya kita mampu atau tidak kita boleh bertolak ansur tetapi mengambilnya sebagai suatu lawak untuk dipersendakan tidak menunjukkan sifat Islam yang sejati.

Ramai orang yang tidak memahami agama membicaranya sebagai suatu yang tidak beradab kerana hudud sudah jelas dalam Al Quran.

Pelawak Harith Iskandar antara contoh manusia Islam yang tidak sedar akan agama sendiri telah dilihat membuat lawak bodoh mengenai isu pelaksanaan hukum hudud menerusi laman Twitter yang berjumlah lebih daripada 165 ribu pengikut kebanyakkannya orang Islam.

Status berkaitan isu hudud yang dimuat naik oleh Harith itu dianggap agak keterlaluan dan Harith Iskandar sepatutnya memohon maaf.

Dia sepatutnya tahu mana perkara boleh dibuat lawak mana yang tidak. Jangan jahil sangat dengan agama sendiri. Jangan burukkan lagi keadaan artis.

~ Tempayan Retak

Kerana mimpi hudud akan dilaksana di Pulau Pinang, seorang Ahli PAS mahu bertanding di Bukit Gelugor

Posted: 09 May 2014 07:26 AM PDT


Seorang ahli PAS, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Sathar, menyuarakan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor.

Penamaan calon ditetapkan Isnin ini. Mohamed Nabi, 63, seorang ahli perniagaan yang telah bersara, merupakan orang kedua mengumumkan hari ini hasrat untuk bertanding di Bukit Gelugor selepas Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan melancarkan pusat operasinya di Air Itam hari ini.

Bagaimanapun, pemimpin PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim terkejut dengan tindakan Mohamed Nabi itu, dengan berkata bahawa parti itu akan melancarkan jentera dan pusat operasi untuk menyokong DAP di Bukit Gelugor.

DAP akan menamakan calonnya esok, manakala MCA masih membisu sama ada akan bertanding di kerusi tersebut, di mana calonnya Teh Beng Yeam kalah kepada mendiang Karpal Singh dengan majoriti 41,778 undi dalam pilihan raya umum 5 Mei tahun lepas.

Mohamed Nabi berkata beliau mahu menyertai pertandingan itu berdasarkan polisi PAS dan prinsip-prinsip Islam, dan bahawa beliau telah bermimpi bahawa hudud akan dilaksanakan di Pulau Pinang pada tahun 2020.

Beliau juga merayu kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya bertanding di kerusi tersebut yang menjadi kosong selepas kematian Karpal dalam nahas jalan raya pada 17 April.

"Jika tidak, saya akan bertanding sebagai calon bebas. Saya tidak akan keluar PAS dan akan kekal dalam parti itu dan berjuang untuk Islam," kata Mohamed Nabi dalam satu sidang akhbar hari ini.

Beliau menggesa pengundi di Bukit Gelugor menyokongnya, yang mengikutnya, bermakna menyokong hudud juga, kerana beliau akan terus berjuang untuk Islam di Pulau Pinang.

Beliau juga mempersoalkan mengapa negeri seperti Pulau Pinang dan Terengganu tidak merancang untuk melaksanakan undang-undang jenayah Islam apabila Kelantan telah memutuskan untuk berbuat demikian.

"Brunei juga telah mula melaksanakan hudud. Seperti yang saya tahu, ia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan tiada siapa yang menentangnya," kata Mohamed Nabi.

Ditanya sama ada beliau bimbang mungkin dipecat oleh PAS, Mohamed Nabi berkata beliau tidak fikir itu akan berlaku.

"Saya tak fikir begitu dan saya juga tidak fikir Hadi akan menghalang saya daripada bertanding," katanya.

Mohamed Nabi berkata PAS cawangan Kampung Banjir di Batu Caves, tetapi pada masa ini menjadi ahli biasa dalam bahagian Gombak lapor Malaysiakini

Empat pelajar UM terima surat tunjuk sebab kerana bantah Obama

Posted: 09 May 2014 03:52 AM PDT


Empat pelajar Universiti Malaya (UM) yang mengadakan bantahan semasa kunjungan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke universiti itu mempersoalkan tindakan bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada mereka.

Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM, Fahmi Zainol berkata surat tunjuk sebab sewajarnya diberikan kepada pelajar yang mengajukan soalan kepada Obama kerana perbuatan mereka memalukan universiti.

"Kami beranggapan UM iaitu timbalan naib canselor silap menghantar surat tunjuk sebab tersebut yang sepatutnya diberikan kepada mahasiswa yang mengajukan soalan.

"Tindakan merekalah ternyata memalukan nama UM dengan soalan yang tidak melambangkan keintelektualan mahasiswa UM," katanya pada sidang media di Kompleks Perdanasiswa UM di Kuala Lumpur, hari ini.

Semasa sesi soal jawab Obama bersama pelajar Asean di Dewan Tuanku Canselor UM pada 27 April lalu, sekumpulan pelajar mempamerkan plakad membantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan isu pergolakan Mesir.

Berikutan tindakan provokasi itu, seramai empat mahasiswa menerima surat tunjuk sebab yang memerlukan mereka menjawab surat berkenaan dalam tempoh tujuh hari, jika tidak tindakan tatatertib akan diambil.

Fahmi berkata apa yang dilakukan pihak UM dengan mengeluarkan surat tunjuk sebab berkenaan merupakan tindakan 'lebih sudu dari kuah' kerana kedutaan Amerika Syarikat sendiri tidak mengambil tindakan terhadap mereka.

Katanya, HEP juga menyalahgunakan kuasa dengan menghalang kebebasan bersuara, berpersatuan dan hak mahasiswa.

"Kami tidak akan teragak-agak untuk mengemukakan saman setelah mendapatkan nasihat dari pihak peguam terhadap UM.

"Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) perlu dikaji semula sama ada masih relevan atau sebaliknya. Kerajaan tidak perlu takut dengan mahasiswa. Kami bukan penjenayah," katanya kepada pemberita yang hadir.

Ketika ditanya bagaimana jika pihak universiti mengambil tindakan lebih drastik selepas ini, Fahmi berkata: "Tiada masalah kerana kami memperjuangkan konsep keadilan dan kami rela digantung jika ribuan mahasiswa lagi masih disekat suara.

"Perjuangan lebih penting daripada kepentingan peribadi. Biarlah mahasiswa bebas bersuara untuk menjamin masa depan negara," katanya lapor The Malaysian Insider

Gara-gara enggan lulus pinjaman kepada Deepak, Hassan Malek pecat Pengerusi Bank Rakyat?

Posted: 08 May 2014 09:12 PM PDT


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Malek dikatakan memecat Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabaruddin Chik kerana enggan meluluskan pinjaman RM40 juta tanpa faedah selama 30 tahun kepada seorang ahli perniagaan, Deepak Jaikishan.

Menurut Setiausaha Kerja BN parlimen Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah bersetuju menyambung perkhidmatan Sabaruddin di Bank Rakyat, tetapi Hassan telah 'over rule' keputusan Perdana Menteri itu.

"Semangat saya hilang sejak diberitahu oleh seorang kawan saya yang kerja di Bank Rakyat akan kisah seorang peminjam yang mengaku ada hubungan rapat dengan Najib dan isterinya yang berhutang dengan Bank Rakyat diluluskan oleh menteri untuk dibayar hutang hampir RM40juta selama 30 tahun tanpa faedah.," kata beliau dalam posting Facebooknya.

Katanya, beliau konsisten, setiap penyalahgunakan kuasa harus dilawan dan ditentang. "Tak kira dia dari Umno atau tidak," tegasnya.

Deepak Jaikishan dikatakan adalah kawan rapat Rosmah dan Hassan Malek dikatakan mengarahkan BanK Rakyat meluluskan permohonan Deepak tetapi semua ahli lembaga pengarah bank tersebut enggan berbuat demikian.

"Saya berharap mesyuarat kabinet dapat bincangkan kisah Deepak Jaikishan yang telah diluluskan oleh menteri yang menjaga Bank Rakyat hutang pinjamannya RM40juta dibayar tanpa faedah selama 30 tahun," katanya lagi.

Zaharin yang juga bekas calon ahli majlis tertinggi Umno bertanya masihkah ada hubungan yang akrab antara Najib dan Rosmah dengan lelaki penjual karpet.. setelah dimalukan dengan beberapa tohmahan dan memberi maklumat palsu kepada parti pembangkang?

Sehubungan dengan itu beliau meminta menteri yang ada sekarang jangan sombong dan angkuh.

"Belajar dari pengalaman Sabarauddin yang pernah jadi Setiausaha Agung Umno dan menteri yang dilantik jadi Pengerusi Bank Rakyat. Khabarnya Perdana Menteri pun sudah setuju disambung sepenggal lagi, bagaimana pun, itu kuasa menteri yang jaga bank itu, jika dia tak mahu sambung Perdana Menteri tak boleh berbuat apa-apa, tetapi tindakan itu sama saperti melawan arahan Perdana Menteri.

Pada masa yang sama, Zaharin rasa sudah tiba masanya Najib memikirkan individu yang dilantik menjadi Lembaga Pengarah termasuk Pengerusi, di agensi dan syarikat kerajaan seorang yang berpengalaman dan profesional.

"Lantik seorang satu sahajalah. Jangan jadi macam Tun Ahmad Sarji di Perbadanan Nasional Berhad (PNB), semua anak syarikat PNB beliau jadi Pengerusi.. pendapatan dan elaun semua syarikat dia ambil," dakwanya.

Katanya lagi, yang lucunya semua kereta untuk Pengerusi anak-anak syarikat PNB pun dia guna.

"Macam mana agaknya dia pakai kereta sampai banyak itu dan elaun ratus ribu sebulan itu. Dia makan emas ker? " soalnya lapor Free Malaysia Today

Tiada ulasan: