Selasa, 6 Mei 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Saya gembira jika Anwar masuk penjara... Anda bagaimana? (Video Inside)

Posted: 06 May 2014 12:19 AM PDT


Aktivis politik Hishamuddin Rais secara berseloroh berkata, beliau amat gembira sekiranya Ketua Pembang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan sekali lagi.

Menurut Hishamuddin, sekiranya Anwar dipenjarakan, ia secara tidak langsung mampu membangkitkan semangat rakyat di negara ini untuk kembali turun ke jalan raya bagi menuntut sistem yang adil.

Bercakap dalam forum sempena setahun selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu, Hishamuddin berkata, beliau percaya penahanan Anwar akan menyuntik kebangkitan baru di kalangan rakyat.

"Saya gembira jika Anwar masuk penjara, ia perkara yang baik, kita boleh menghasut orang ramai kembali ke jalan raya," kata bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu.

Penahanan Anwar pada 1998 membangkitkan gerakan reformasi yang menyaksikan orang ramai turun ke jalan raya yang kemudian memberi tamparan hebat kepada BN yang hilang penguasaan di Terengganu dan Kelantan ketika itu.

Hishamuddin juga berkata, beliau senang hati melihat PAS berpecah ekoran kontroversi hudud.

"Penyucian ini proses biasa dalam parti politik, Ia akan memisahkan antara kumpulan dalam PAS yang ghairah dengan idea kerajaan perpaduan dengan Umno," katanya.

Laporan Polis terhadap Unit Amal yang didakwa memukul aktivis PSM tersebar!!

Posted: 05 May 2014 10:19 PM PDT


Susah juga aku nak percaya cerita ini pada mulanya bila ada pihak yang menyampaikan kepada aku.. sebabnya ianya adalah tuduhan ke atas unit Amal dari PAS, parti yang bersandarkan kepada Islam..

Mana mungkin ada anggotanya yang bersikap seperti puak jahilliyah ini kerana Islam tidak mengajar pengikutnya bertindak sebegini..

Lagipun ada pihak yang mendakwa mereka-mereka ini hanya bertujuan untuk memburuk-burukkan PAS..

Tapi bila ada yang menceritakan insiden yang berlaku itu secara panjang lebar dan disokong pula dengan laporan Polis.. aku tak terkata apa dah...

Asiah Abd Jalil di laman sosialnya, asiah.abdjalil.7,  mendakwa adiknya telah dipukul oleh sekumpulan Unit Amal PAS di Dataran Merdeka.

"Semalam jam 1 pagi di Dataran Merdeka, adik saya dan seorang lagi lelaki dibelasah oleh Unit Amal PAS diketuai oleh Anuar. Rakan-rakan dari DAP dan Anti-Lynas terpaksa hubungi polis. Bila polis sampai, dengan angkuhnya si bangang bernama Anuar dan belasan orang kawan-kawannya tunjukkan kad anggota Unit Amal.

"Adik saya cedera teruk dibelasah. Muka dan badan lebam teruk. Seorang lagi lelaki dicampak dalam longkang. Mereka berdua diserang oleh belasan orang Unit Amal PAS dengan kayu dan helmet, ditendang dan ditumbuk.

"Keluarga kami akan failkan saman terhadap PAS!!! Biar mahkamah haramkan Unit Amal PAS yang berlagak macam diorang anggota keselamatan beruniform. Sila sebarkan. PAS mesti bertanggungjawab terhadap perangai anjing anggota Unit Amalnya," kata Asiah.


Asiah turut mendakwa adiknya turut dituduh sedang mabuk dan mengambil ganja.

"Unit Amal PAS, diketuai oleh Anuar, sebelum belasah adik saya awal pagi semalam, diorang tuduh adik saya mabuk dan ambil ganja.

"Oh, baguslah! Ikut perangai Presiden kamu yang pandai-pandai tuduh orang edar pil kuda.

"Nanti kalau disaman, bolehlah buat solat hajat perdana dan kutip derma.

"Presiden PAS kena saman sebab tuduh orang edar pil kuda.

"Unit Amal PAS bakal disaman sebab jadi gengster belasah orang.

"Semoga Unit Amal PAS diharamkan selepas ini. Diorang tu berdaftar bawah undang-undang tak? Ke syok sendiri aje macam JMF tu?."


Asiah turut menceritakan latar belakang anggota Unit Amal yang didakwa memukul adiknya itu.

"Nama mamat tu ialah Anuar, bekas bodyguard ayah Adam Adli. Sekarang dia anggota Unit Amal Pandan.

"Saya dalam perjalanan ke Gombak untuk buat police report dan failkan aduan jenayah. Juga akan berbincang dengan peguam untuk saman sivil.

"Anuar juga pernah ditugaskan jadi bodyguard pimpinan PAS dalam program-program PAS. Kami akan minta polis buat kawad cam.

"Ahli-ahli PAS sekelian yang rasa dah confirmed masuk syurga, tak payah jadi juara hudud kalau kes macam ni pun korang tak mampu handle."

Menurut Asiah lagi adiknya itu telah membuat laporan polis mengenai kejadian pukul tersebut.

"Adik saya dah buat police report, baru korang nak cakap, benda boleh settle, tak payah kecoh-kecoh, jangan malukan Islam, jangan malukan bangsa Melayu, Cina tepuk tangan, tahapahapatah lagi.

"Pagi tadi kami contact pimpinan PAS, korang buat bodo (pimpinan yang terlibat, cuba check log telefon korang). Geng PAS kata, diorang tau insiden tu, padan muka, memang adik saya bersalah, bla bla bla. Korang tak mau tolong siasat sedangkan maklumat dah diberi. Lepas tu cabar adik saya suruh buktikan itu ini.

"Now dah buat police report, korang kata kami Yahudi pulak sebab nak malukan Islam (wei… Islam dengan PAS tolong bezakan la wei…). Dah kasi chance tadi nak selesai diam-diam, korang buat kurang asam kan. Korang boleh blah!."

Ini laporan Polis nya...


Siapa salah siapa benar kita biarkan Mahkamah yang menentukannya...

Lagi warga China di culik di Sabah.. Esscom buat apa?

Posted: 05 May 2014 08:29 PM PDT


Kes penculikan warga China di Sabah bulan lalu masih belum selesai hari ini diberitakan pula seorang lagi warganegara China menjadi mangsa penculikan di Sabah.

Meskipun pentadbiran Najib telah memperuntukkan sejumlah RM2 Billion untuk membentuk Esscom dan membaiki kemudahan ketenteraan, RM1 bilion untuk menaik taraf sembilan pos kawalan di Pantai Timur Sabah dan RM75 juta peruntukan lagi dalam Bajet 2014 hasilnya tetap sama..

Jadi timbul persoalan disini apakah jumlah dana yang sebegitu besar yang telah diperuntukkan oleh pentadbiran Najib membawa keuntungan kepa negara atau kepada kroni-kroninya sahaja?

Laporan berkaitan..

Satu lagi kes penculikan bersenjata berlaku di Sabah pagi ini apabila seorang pengurus syarikat diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata dekat ladang ternakan ikan berhampiran Pulau Babi, di Lahad Datu. 
Penyiasatan awal mendapati, mangsa dikenali sebagai Yang Zailin dengan pasport bernombor G35101668. 
Mangsa adalah pengurus Wonderful Terrace Sdn Bhd. 
Kejadian dilaporkan berlaku antara 2.45 hingga 2.55 pagi ini. 
Ketua Pengarah Pusat Arahan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Muhammad Mentek tidak mahu memberikan apa-apa komen kerana beliau kini berada di luar negara. 
Ketua Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dijangka mengadakan sidang media pada jam 1 petang ini untuk menjelaskan kes ini. 
Ini adalah kejadian penculikan kedua tahun ini selepas kejadian Mac lalu yang melibatkan warganegara China dan Filipina. 
Dalam kejadian pada Mac lalu, Gao Hua Yun, 29, dari Shanghai dan Marcy Dayawan @ Mimi, 40, diculik dari Singgahmata Reef Resort dekat Semporna. 
Ia berlaku beberapa bulan selepas warganegara Taiwan Chang An Wei, 57, diculik oleh kumpulan bersenjata di pulau Pom Pom. 
Dakam kejadian pada November tahun lalu itu, teman Chang, Li Min Hsu, 57, mati selepas ditembak beberapa kali oleh kumpulan bersenjata itu. 
Chang dibebaskan Disember lalu selepas sejumlah wang tebusan dibayar untuk membebaskannya. 
Apa berlaku kepada Gao dan Marcy sehingga kini tidak diketahui selepas penculiknya membuat tuntutan untuk membebaskan mereka ~ The Malaysian Insider

Jika Esscom ditubuhkan hanya untuk menjaga PATI demi kesejahteraan Barisan Nasional, mengutip udang kering, sotong dan ketam biru sahaja adalah lebih baik ianya dimansuhkan..

Penculikan masih berterusan juga dan lebih hebat lagi ianya telah berlaku di kawasan yang dikatakan mempunyai kawalan keselamatan yang tinggi rentetan dari tragedi Lahad Datu dulu..

Di Lahad Datu juga terletak Ibu Pejabat Esscom.. yang kononnya merupakan ejen penguatkuasaan bagi Zon Selamat Sabah Timur (Esszone), yang merangkumi 10 daerah sepanjang 1,400 km di pantai timur Sabah, dan diwujudkan bertujuan menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini ekoran krisis pencerobohan tersebut.

Esszone meliputi Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak Semporna dan Tawau.

Kalau ada pun serupa tak ada lebih baik ianya tak ada...

Tiada ulasan: