Anak Sungai Derhaka |
- Coklat Cadbury halal dimakan - Majlis Fatwa Kebangsaan
- Ahmad Maslan lompat parit, lari dari wartawan Malaysiakini.. (Video Inside)
- SUKMA belum habis, bumbung Kompleks Renang Kangar terkoyak habis..
- ADUN mana nak letak jawatan sebab Perempuan Simpanan mengadu kepada Istana ni?
- Terdesak di Teluk Intan, macai wujudkan FB Dyana Sofya palsu..
- Skandal Pinjaman RM32 Juta: Apahal Hassan Malek lari dari wartawan ni?
- Tukar Darah: Islam Itu Mudah Bukan Bodoh!.. Kenyataan ACCIN dibidas berbagai pihak..
Coklat Cadbury halal dimakan - Majlis Fatwa Kebangsaan Posted: 29 May 2014 08:21 AM PDT Hukum produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu 'halal dimakan', demikian menurut Fatwa Majlis Kebangsaan. Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak. "Dalam kes produk siap diproses dan telah dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya telah dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai HALAL tetapi kemudian didapati telah berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah telah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'. "Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Kementerian Kesihatan sebelum ini mengesan dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam mengandungi DNA babi atau porsin. DNA babi dikesan dalam sampel coklat susu dengan kacang Hazel bernombor kelompok NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015. Abdul Shukor berkata umat Islam yang termakan coklat itu juga tidak perlu ragu-ragu atau terlalu gusar terhadap kesucian tubuh badan mereka dan tidak perlu menyamak perut, mulut atau menukar darah. "Islam bukanlah agama yang terlalu ketat (rigid) dan menyusahkan umatnya, lebih-lebih lagi dalam keadaan atau perbuatan yang di luar pengetahuan dan kawalan," katanya. Beliau berkata pendekatan hukum yang dibuat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu adalah selaras dengan ajaran Islam yang bersifat rahmah dan tidak memberatkan umatnya dalam kedaan yang mereka tidak ketahui atau tidak sedari sehingga menyukarkan kehidupan seperti pencemaran DNA babi dalam produk makanan seumpama ini. Bagaimanapun, katanya, pihak berautoriti perlu mengambil tindakan sewajarnya sebagai peringatan terhadap pihak terbabit jika didapati perkara itu dilakukan secara sengaja dan lalai terhadap tanggungjawabnya terhadap pengguna. Beliau turut menasihati umat Islam agar bertenang dan tidak bersikap terlalu emosional dalam memperkatakan isu itu dan mengelak daripada melakukan perkara yang dilarang Islam. "Sewajarnya kita memberi kepercayaan kepada pihak autoriti yang telah diamanahkan untuk melaksanakan tugas dalam pengesahan halal haram sesuatu produk kerana pelbagai proses telah ditetapkan bagi memenuhi standard halal yang selaras dengan hukum syarak dan telahpun diiktiraf di peringkat dunia," katanya. Abdul Shukor berkata hasil kajian mendapati pencemaran atau kontaminasi produk dengan DNA bahan yang diharamkan seperti babi boleh dikawal dari peringkat awal penyediaan bahan mentah lagi, dan jika sesuatu produk itu didapati mengandungi DNA babi semasa proses akhir penghasilannya dan sebelum dipasarkan, maka ia tidak boleh dikategori sebagai halal. Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini melantik pasukan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menjalankan kajian saintifik selama setahun berhubung isu pencemaran DNA babi dalam pelbagai produk makanan siap diproses dan disahkan halal supaya hukum yang tepat dapat diputuskan, katanya. Beliau berkata hasil kajian juga mendapati DNA babi boleh menyerap masuk ke dalam produk makanan sama ada ia disengajakan atau tidak, dan kontaminasi DNA babi yang berlaku boleh diukur dan diketahui jika berlaku melalui sentuhan secara fizikal. Kontaminasi juga mungkin berlaku melalui edaran udara apabila daging babi dan bahan lain disimpan di tempat yang sama dan kedua-duanya dalam keadaan tidak bertutup, walaupun tiada persentuhan fizikal berlaku, katanya. "Kontaminasi DNA babi tidak akan berlaku sekiranya daging babi dan bahan halal lain disimpan di dalam bekas yang bertutup kemas dan tiada sentuhan secara fizikal," katanya. Abdul Shukor juga berkata keputusan muzakarah itu tidak bermakna sesuatu produk yang didakwa dicemari DNA bahan haram boleh dibiarkan begitu sahaja. "Adalah lebih baik tindakan menggantung sementara diambil dan siasatan terperinci dilaksanakan bagi mengenal pasti kesahihan dakwaan dan untuk mengetahui bagaimana pencemaran tersebut boleh berlaku, sama ada disengajakan atau sebaliknya," katanya ~ Astroawani |
Ahmad Maslan lompat parit, lari dari wartawan Malaysiakini.. (Video Inside) Posted: 29 May 2014 06:00 AM PDT Ketua penerangan Umno Datuk Seri Ahmad Maslan enggan bertemu para wartawan Malaysiakini pada malam tadi untuk mengulas mengenai satu acara ganjil anjuran BN sebelum ini. Menteri tersebut malah mengelak daripada meninggalkan majlis melalui pintu utama dan sanggup hendak melangkah satu parit demi mengelak dari bersemuka dengan wartawan Malaysiakini dan KiniTV yang menunggunya. Drama tersebut berlangsung pada kira-kira jam 10.40 malam tadi, selepas Ahmad menyampaikan satu ucapan berhubung cukai barangan dan perkhidmatan kepada kira-kira 50 orang di Kampung Padang Tembak Dalam, Teluk Intan. Terdahulu semasa beliau sedang berucap, seorang lelaki memakai baju kempen BN mendekati wartawan Malaysiakini dan meminta pengenalan daripada mereka. Lelaki tersebut kembali ke tempat duduknya tanpa sepatah kata selepas mendapat tahu bahawa wakil Malaysiakini sedang membuat liputan majlis tersebut dan dilihat mencatat sesuatu di atas sekeping kertas. Beliau seterusnya dilihat menyampaikan nota berkenaan kepada Ahmad yang sedang berucap. Ahmad selepas itu membacakan nota berkenaan dengan kuat "Malaysiakini sedang rakam ucapan". Selepas ucapannya tamat dan bergambar dengan hadirin di majlis tersebut, Ahmad meminta pembantunya menunjukkan tempat di mana wartawan Malaysiakini dan KiniTV sedang menunggu, di pintu masuk dewan. Beliau kemudian membuka langkah ke satu longkang berdekatan dan mahu melintas longkang tersebut untuk keluar dari kawasan berkenaan. Seorang pembantu yang membawa lampu suluh turut membantu menunjukkan jalan kepada Ahmad. Ahmad seterusnya berjalan cepat-cepat untuk keluar dari kawasan berkenaan dan mengelak dari lensa sertai enggan melayan permintaan untuk menemubualnya. Beliau yang dikawal oleh lima orang pembantu bergegas ke sebuah kenderaan sambil dikejar oleh para wartawan. Wartawan berkenaan mahu beliau menjelaskan mengenai program melibatkan sekumpulan penyokong DAP yang dikatakan mahu berpaling tadah ~ Malaysiakini |
SUKMA belum habis, bumbung Kompleks Renang Kangar terkoyak habis.. Posted: 29 May 2014 04:15 AM PDT Acara renang Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 diteruskan walaupun sebahagian besar bumbung kanvas Kompleks Renang (KSN) Kangar terkoyak selepas lebih kurang 10 minit hujan turun. Setiausaha Kehormat Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) Edwin Chong berkata acara renang yang menawarkan 10 pingat emas itu bakal diadakan selepas bumbung kanvas dibuka. "Kita akan teruskan acara renang, tidak ada masalah beraksi di kolam renang terbuka ataupun tertutup. Sukan SEA di Cheras dulu pun dijalankan di kolam renang terbuka. "Kolam renang di sini boleh digunakan dan pertandingan boleh diteruskan selepas bumbung kanvas dibuka. Kita akan adakan pertandingan secara terbuka," katanya kepada pemberita sebaik sahaja kejadian itu berlaku. Bumbung kanvas kompleks renang tersebut mula koyak semasa acara terjun berjalan di kolam terjun, berhadapan dengan kolam renang itu, selepas hujan selama 10 minit dan pemberitahuan kolam renang ditutup dipaparkan pada skrin kira-kira pukul 2.20 petang. Acara terjun terpaksa dihentikan sejurus sahaja kejadian berlaku namun ia bermula semula setengah jam selepas itu, sebaik sahaja hujan dan angin kuat berhenti. Bumbung kanvas tersebut mengalami kerosakan selepas lebih kurang empat jam acara terjun berlangsung. Sebelum ini, acara akuatik yang dijadualkan berlangsung pada Rabu ditunda ke hari ini selepas Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M.Saravanan meminta aspek keselamtan kompleks tersebut diperiksa dengan betul. Sementara itu, Pengarah Operasi Lima Corporation Sdn Bhd, Hishamuddin Abdul Hamid, wakil kontraktor utama projek pembinaan pusat akuatik itu, berkata kanvas yang digunakan untuk bumbung kolam renang adalah berbeza dengan kanvas yang dipasang pada bumbung utama iaitu bumbung bagi kolam terjun. Katanya, kanvas yang digunakan ialah jenis 'porous' bersifat tidak kalis air dan pihaknya bersetuju menggunakan kanvas jenis itu selepas diberikan taklimat mengenai fungsinya. Dalam pada itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong berkata pihaknya akan berjumpa dengan kontraktor, Jabatan Kerja Raya (JKR) Perlis dan jawatankuasa teknikal Sukma ke-17 sebelum menghantar laporan kepada Kementerian Belia dan Sukan berhubung insiden itu. "Sebelum ini kita mendapat jaminan bahawa pusat akuatik ini selamat digunakan dan JKR telah mengeluarkan sijil perakuan bahawa kompleks ini selamat digunakan," katanya. - Bernama |
ADUN mana nak letak jawatan sebab Perempuan Simpanan mengadu kepada Istana ni? Posted: 29 May 2014 01:24 AM PDT Heboh di negeri Terengganu berita kononnya satu pilihanraya kecil bakal diadakan tidak lama lagi kerana seorang ADUN dikatakan akan meletakkan jawatan. Sejak dua hari lepas pelbagai khabar-khabar angin bertiup di negeri tersebut. Menurut sumber, ADUN itu tidak tahan dengan tekanan dan beliau akan melepaskan jawatan di atas sebab-sebab peribadi walaupun beliau telah berhasrat tidak mahu bertanding lagi pada PRU akan datang. Difahamkan ia adalah kerana bekas perempuan simpanannya membuat aduan kepada istana yang mana ADUN tersebut mungkir janji. Pihak yang rapat dengan istana ketika dihubungi menjelaskan setakat ini ahli perniagaan tersebut belum lagi membuat temujanji dengan istana. Jika benar khabar-khabar angin ini, maka pilihanraya kecil (PRK) tidak dapat dielakkan di negeri penyu itu. Kini BN mempunyai 17 kerusi manakala PAS dan PKR mempunyai 15 kerusi. Jika PAS menang dalam PRK itu , ia menyebabkan BN dan PAS akan mempunyai bilangan kerusi ytang sama (16 kerusi). FMT berusaha menghubungi ADUN berkenaan tetapi gagal. ~ Free Malaysia Today |
Terdesak di Teluk Intan, macai wujudkan FB Dyana Sofya palsu.. Posted: 28 May 2014 11:00 PM PDT Pihak lawan nampaknya kehabisan peluru sehingga terpaksa menyebarkan propaganda dan fitnah melalui laman Facebook palsu yang dicipta khas, serupa dengan laman Facebook rasmi calon DAP pilihanraya kecil Teluk Intan, Dyana Sofya. Laman palsu tersebut yang sekadar mempunyai tidak sampai 5,000 bilangan 'like' cuba menyebarkan beberapa propaganda jahat, meskipun kebanyakan perkongsiannya adalah sama dengan laman asli. Laman yang mempunyai alamat URL https://www.facebook.com/dyanasofyaDAP itu semalam membuat tuduhan kononnya Dyana mahu Rejimen Askar Melayu Diraja dibuka kepada semua kaum. Bukan itu sahaja, ia turut cuba menjatuhkan imej Dyana dengan satu perkongsian mengenai UiTM, namun menggunakan Bahasa Inggeris yang salah. Pun begitu masih ramai yang terkeliru dan tertipu, sedangkan laman Facebook rasmi Dyana yang mempunyai lebih 67 ribu bilangan 'like' telah pun mendedahkan hal terbabit. Laman sebenar yang mempunyai alamat URL https://www.facebook.com/dyanasof dalam perkongsian semalam menyatakan terdapat banyak lagi laman palsu yang dihasilkan dengan tujuan memburukkan imej Dyana. "Sebarang 'posting' rasmi tentang Dyana dan kempennya hanya akan dikongsi di laman ini," "Kami merayu semua kawan-kawan untuk membantu melaporkan laman palsu tersebut yang sedang menyebarkan fitnah tentang Dyana," tulis pengendali laman rasmi tersebut ~ Roketkini.com |
Skandal Pinjaman RM32 Juta: Apahal Hassan Malek lari dari wartawan ni? Posted: 28 May 2014 09:14 PM PDT Hassan Malek sepatutnya tidak mengelak dan melarikan diri dari menjawab sebarang soalan yang akan dikemukakan oleh wartawan berhubung isu skandal pinjaman RM32 Juta ini.. Tindakannya mengelak ini hanya menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadapnya kerana ramai yang berpegang kepada 'Berani kerana benar, Takut kerana salah'.. Lagipun sebagai pemimpin UMNO yang bertaraf Menteri tak ada apa yang perlu ditakutkannya kerana sejarah telah membuktikan mereka dikecualikan dari tindakan undang-undang.. Sebatlah sebanyak mana sekalipun, salah gunakanlah kuasa macam manapun.. selagi mereka berkuasa tidak ada satupun agensi penguatkuasa negara berani menyentuhnya.. Menteri Kabinet yang terlibat dengan skandal kelulusan pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM32 juta hari ini menolak untuk memberikan sebarang jawapan kepada wartawan hari ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek meninggalkan majlis sebaik sahaja selesai merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Francais Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dan hanya melambaikan tangan kepada wartawan yang bertanya tentang skandal itu. Pegawainya memberitahu media, beliau perlu tergesa-gesa meninggalkan majlis berkenaan untuk menyertai satu lagi acara lain. Semalam ketika The Malaysian Insider menghubunginya, beliau memberitahu:"Saya sedang makan, saya tidak boleh menjawab panggilan semula." Beliau tidak menjawab panggilan telefon dan pesanan ringkas SMS yang dihantar.... lapor The Malaysian Insider. Orang kata.. berani kerana benar.. takut kerana salah.. jadi? |
Tukar Darah: Islam Itu Mudah Bukan Bodoh!.. Kenyataan ACCIN dibidas berbagai pihak.. Posted: 28 May 2014 03:30 PM PDT Gabungan Pertubuhan Islam bukan kerajaan (ACCIN) mahu kilang coklat Cadbury yang dua produknya dikesan mempunyai DNA babi membayar kos menukar darah kepada semua umat Islam yang telah termakan bahan haram berkenaan. Selain itu, menurut jurucakap ACCIN Sabariah Abdullah, yang mempunyai 18 NGO bernaung di bawahnya - mendesak supaya saman hingga berbilion-bilion ringgit ke atas syarikat antarabangsa itu. Memang kita marah dengan kecuaian Cadbury Malaysia sehingga menyebabkan pencemaran DNA Babi dalam dan jenis produknya yang dipasarkam atas kategori halal. Namun Islam tidak pernah mengajar umatnya menjadi tidak rasional, tidak waras dan bertindak keterlaluan sehingga menjejaskan kepentingan Ummmah. Justeru, kenyataan Gabungan Pertubuhan Islam bukan kerajaan yang mahu kilang coklat Cadbury yang dua produknya dikesan mempunyai DNA babi membayar kos menukar darah kepada semua umat Islam yang telah termakan bahan haram berkenaan sangat memalukan. Kita ingin bertanya surah berapa dalam al-Quran yang mempunyai hukum mencuci darah ini? Keputusan ijtihad ulama mana yang menuntut kita mencuci darah? Apakah kerana masalah yang tidak disengajakan ini kita mahu menuntup kilang Cadbury yang selama ini berusaha menghasilkan produk halal?.. soal Kunta Kinta di SINI Menulis dalam Facebook, Dr Asri menasihatkan masyarakat tidak menunjukkan reaksi berlebihan menghadapi penemuan DNA babi dalam dua coklat produk Cadbury seperti mahu menyamak mulut atau menukar darah. Katanya, pengguna berhak menyatakan bantahan kepada Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd kerana memperdayakan rakyat Malaysia. Dr. Zaharuddin Abd Rahman pula menulis di Sinar Harian.. BAGI sesiapa yang telah termakan Cadbury ber'DNA' khinzir secara tersalah atau tidak tahu berkenaan kewujudan unsur khinzir tersebut. Jadi kesimpulannya ialah Islam itu mudah bukannya bodoh dan merepek... |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan