Rabu, 28 Mei 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


"Mak, adik tak buat dah.. sakit" raung budak yang dipukul hingga mati oleh ibunya..

Posted: 28 May 2014 07:12 AM PDT


Kemana menghilang perikemanusiaan mereka agaknya?.. Biarpun anak kecil ini meraung berterusan, Ibunya terus memukul, bapa tirinya dikatakan menyiramnya dengan air panas, jirannya hanya menadah telinga mendengar jeritan anak kecil ini..

Apa dah jadi dengan bangsaku yang terkenal dengan sifat lemah lembut?.. Apa dah jadi dengan penganut Ugama Islam ini yang mahu pengikutnya banyakkan bersabar?

Tidak adakah sekelumit rasa belas untuk anak kecil yang hanya mampu meronta dan meraung kesakitan menahan pukulan dari ibu yang melahirkannya hingga beliau menemui ajalnya...

Jadi.. manusia jenis apakah mereka ini? jika dikatakan sedangkan binatangpun tahu sayangkan anaknya.. layakkah mereka digelar manusia??

"Mak, adik tak buat dah, sakit".

Itu raungan terakhir Mohammad Akhil Mustaqim Rashidy, 6, ahad yang lalu.

Jiran yang hanya mahu dikenali sebagai Maria, 40-an berkata mangsa sekeluarga baru berpindah ke kawasan perumahan itu empat bulan yang lalu.

Bagaimanapun, sejak berpindah, Maria selalu mendengar anak-anak pasangan itu termasuk mangsa menangis akibat dipukul.

"Petang ahad lalu, saya mendengar suara mangsa meraung kesakitan lebih sejam akibat dipukul emaknya tanpa henti.

"Dia menangis dan meminta emaknya berhenti memukul, tetapi tidak dipedulikan oleh wanita itu." jelas Maria.

Mohammad Akhil disahkan meninggal dunia jam 6 petang kelmarin di Hospital Ampang kerana kecederaan parah di seluruh badan akibat dipukul dan melecur tahap satu dipercayai disimbah air panas.

Kaki kiri mangsa patah, seluruh badan lebam dan melecur. Ada kesan baru dan lama. Hasil pemeriksaan doktor, mangsa sudah didera sejak 6 bulan lalu.

Kanak-kanak malang itu dibawa ke Hospital Ampang oleh bapa tirinya jam 2 petang sebelum disahkan meninggal dunia selepas empat jam menjalani rawatan.

Bapa tiri mangsa yang berusia 35 tahun itu kemudiannya menghilangkan diri selepas menghantar anak tirinya itu ke hospital.

Jelas Maria lagi, pada malam kejadian, dia ada ternampak mangsa berjalan longlai dan kelihatan lemah.

"Pada Isnin, saya melihat datuk mangsa yang menghantar salah seorang cucunya pulang dari sekolah mengetuk pintu rumah mangsa, tetapi selepas lama mengetuk baru dibuka" katanya.

Ketika itu, dia mendengar ibu mangsa menangis memberitahu mahu ke hospital dan mereka mendukung mangsa yang kelihatan sudah tidak sedarkan diri keluar dari rumah berkenaan.

Malah, Maria mendakwa kakak kepada mangsa yang masih bersekolah rendah juga sering menjadi mangsa dera ibu bapanya.

Mayat mangsa dibawa ke Masjid Bandar Baru Ampang untuk disembahyang sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Teratai Ampang selepas waktu Zuhur.

Sementara itu, bapa kandung mangsa, Rashidy Nordah, 37, dia berpisah dengan isterinya pada 2009 dan lima anak termasuk mangsa berada di bawah penjagaan bekas isterinya.

Dia mendakwa tidak dapat berjumpa dengan semua anaknya berusia 13,11, 9,6 & 5 tahun itu kerana isterinya berpindah.

Rashidy berkata, dia mendapat tahu mengenai kejadian malang ini melalui bekas isterinya yang menghubunginya pada jam 2.30 petang kelmarin.

"Saya terkejut menerima berita malang ini bagaimanapun redha dengan pemergian Akhil," katanya.

Bapa tiri dan ibu mangsa dera seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditahan di rumah mereka di Ampang bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan ~ myMetro

Al-Fatihah buat Mohammad Akhil Mustaqim Rashidy...

Oooo.. Kongsi gelap penyebab kekecohan Pemilihan PKR rupanya...

Posted: 28 May 2014 05:30 AM PDT


Suratan atau kebetulan tak tahulah pulak aku.. Mula-mula Zahid Hamidi kaitkan Pilihan Raya Kecil Teluk Intan dengan Kongsi Gelap, sehari selepas itu Johari Abdul pulak kaitkan Pemilihan PKR dengan Kongsi Gelap..

Ni apa yang dinyatakan oleh Zahid Hamidi sebelum Johari Abdul keluarkan kenyataan tentang kekecohan semasa Pemilihan PKR..

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran keras kepada kumpulan kongsi gelap dan penjenayah agar tidak mengambil kesempatan pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan. 
Ahmad Zahid berkata beliau mendapat maklumat ada pihak yang antara lain cuba mengaut keuntungan melalui pilihan raya kecil itu yang akan diadakan Sabtu ini. 
"Jangan ugut orang, jangan cuba campur tangan dalam politik. Saya tahu muka mereka, saya tahu nama mereka, saya tahu mereka duduk di mana dan lari ke mana. 
"Saya tahu juga ada yang sedang buka pusat judi untuk 31 hari bulan ini. Saya bukan sekadar beri amaran. Saya tahu macam mana nak lakukan," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama-sama penduduk di Teluk Intan ~ Malaysiakini

Walaupun aku tak sokong Zahid Hamidi ni.. ada kemungkinan apa yang dinyatakannya itu benar kerana adalah perkara biasa bagi kaki-kaki judi untuk membuat pertaruhan dalam setiap PRK.. tak percaya pi tanya tokey nombor ekor haram..

Beberapa jam kemudiannya sekali lagi Kongsi Gelap dikaitkan.. kali ini oleh Johari Abdul pula..

Kegiatan kongsi gelap dianggap sebagai sebab utama kekecohan di beberapa pemilihan cabang PKR di Selangor dua minggu lalu. 
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Datuk Johari Abdul berkata maklumat siasatan jawatankuasa itu mendapati penggunaan kongsi gelap bertujuan mensabotaj pemilihan parti sekurang-kurangnya di cabang Kota Raja dan Kuala Langat. 
Johari berkata insiden 'serangan terhadap tong-tong undi' tersebut sedang dalam siasatan JPP yang menerima banyak bukti video berkaitan perkara tersebut. 
"Isunya sekarang adalah kenal pasti individu A, B dan C yang terlibat. Jika (siasatan) dapat tunjukkan makan tindakan susulan akan diambil termasuk membuat laporan polis," tegas beliau dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini. 
Hingga kini 35 cabang PKR seluruh negara bakal mengadakan pemilihan semula kerana pelbagai masalah. 
Johari membayangkan seolah penggunaan ahli kongsi gelap ini dirancang oleh pihak tertentu sama ada dari dalam atau luar parti kerana seolah menggunakan modus operandi sama dalam kekecohan yang berlaku. 
Antaranya ialah serbuan masuk ke dalam pusat pengundian selepas jam 2.30 petang dan mensasarkan tong-tong peti undi, 
"Mereka kemudiannya menendang dan cuba memastikan kertas undi bertaburan. Tujuannya mungkin nak membatalkan pengundian. 
"Sama ada mereka ini diminta berbuat demikian oleh sesiapa atau mereka memang berlatih menendang kotak undi," kata beliau berseloroh. 
Johari bagaimanapun gagal menjelaskan kumpulan kongsi gelap mana yang memulakan kekecohan ini.

"Saya harap saya tau. Tapi ia macam terancang, maknanya sama ada orang yang kalah atau calon yang rasakan dirinya hendak kalah atau pun memang ada satu kumpulan yang terlatih untuk menendang peti undi," katanya lagi ~ Malaysikini


Angkara Kongsi Gelap? kah..kah..kah... buat lawak pulak dia..

Kutuk lebih-lebih satlagi kena gantung pulak... aku komen pasal tong yang kena tendang tu saja..

Untuk makluman semua kertas-kertas undi yang dimasukkan ke dalam peti undi yang dah kena tendang semasa Pemilihan sedang berjalan itu.. adalah kertas undi yang belum diceraikan lagi..

Jadi jangan kata tong ditendang kertas undi bertaburan dan bercampur dilambung sampai kebumbung sekalipun kertas undi yang bertaburan itu tak akan bercerai..

Ianya hanya boleh diceraikan dengan cara mengoyakkannya.. jadi apa masaalahnya jika tong ditendang dan kertas undi bertaburan?

Yang banyak dipertikaikan ialah jumlah kertas undi melebihi jumlah ahli yang hadir untuk mengundi dan jumlah undi di pusat mengundi berbeza dengan jumlah undi yang disiarkan oleh JPP sendiri..

Ahli UMNO mudahlah untuk diperbodohkan... tapi ni ahli PKR la.. Ahli PKR tak sebodoh Ahli UMNO!!

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mangkat (Video Inside)

Posted: 28 May 2014 01:50 AM PDT


Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari ini, dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok, umum Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Feb 1984, akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir. 

Penghormatan terakhir bagi pembesar negeri dan orang kenamaan adalah pada pukul 9 pagi esok manakala oleh orang ramai bermula 11 pagi hingga 2 petang, diikuti sultan-sultan, raja-raja dan pembesar negara asing mulai pukul 2 petang hingga 3 petang.

Zambry berkata bendera negeri Perak akan dikibar separuh tiang sepanjang tempoh perkabungan selama 100 hari mulai hari ini, sementara bendera Malaysia dikibar separuh tiang selama tujuh hari.

"Sepanjang tempoh perkabungan tujuh hari tersebut, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan," katanya dalam pengumuman secara langsung melalui RTM hari ini.

Zambry turut mengisytiharkan esok cuti umum bagi negeri Perak sebagai tanda penghormatan sempena pemakaman Almarhum.

"Seluruh rakyat jelata negeri Perak telah kehilangan Sultan yang dikasihi dan berjiwa rakyat.

"Saya Dr Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan mewakili seluruh rakyat jelata negeri Perak Darul Ridzuan merafak sembah takziah dan mendoakan semoga roh Almarhum Tuanku dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah di kalangan para Anbiya, Syuhada dan Solihin," katanya dengan sebak.


Baginda meninggalkan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, seorang putera, Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah dan tiga puteri Raja Datuk Seri Azureen, Raja Datuk Seri Aleena dan Raja Datuk Seri Yong Sofia. 

Anakanda ketiga baginda Raja Datuk Seri Ashman Shah mangkat pada 30 Mac 2012 lapor Bernama


.... Al Fatihah!..

Memalukan!! Ahmad Maslan Kantoi cuba perbodoh pengundi Teluk Intan.. (Video Inside)

Posted: 27 May 2014 09:00 PM PDT


Memalukan!.. tak sampai 24 jam malah belumpun majlis berakhir cubaan menipu sambil memperbodohkan pengundi di Teluk Intan ini sudah terbongkar..

Lebih memalukan lagi bila ianya turut dihadiri oleh Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan yang sememangnya terkenal dengan kerja-kerja bodoh..

Malaysiakini melaporkan... TELUK INTAN Satu majlis bekas 'anggota' DAP menyertai BN malam tadi tidak berjalan seperti dirancang apabila seorang peserta sebaliknya mengaku masih setia menyokong DAP dan tidak diberitahu terlebih dahulu tentang tujuan majlis berkenaan dianjurkan.

Shantini a/p Subramaniam, 46, seorang pemandu teksi berkata beliau setia menyokong DAP sejak berumur 21 tahun dan terkejut apabila diumumkan sebagai seorang daripada 150 orang bekas anggota DAP yang akan menyokong BN pada majlis lewat petang semalam.

"Saya ini Barisan tadak punya, sampai sekarang saya DAP punya orang. "Saya bawa teksi punya orang, saya datang sini tangkap gambar punya.

"Saya (sejak umur) 21 tahun sampai sekarang umur saya 46 tahun, saya punya keluarga semua (sokong) DAP.

"Saya masih ahli (DAP), dia orang suruh datang, saya datang," katanya sewaktu ditemubual pemberita selepas gimik majlis itu selesai.

Shantini kemudian diminta penganjur, seorang individu dikenali sebagai 'ayahanda' Arjami Ali yang mengaku dari NGO Pewaris Malaysia untuk terus meninggalkan majlis.

Shantini sebelum itu bersama dua orang lagi menerima baju-T BN daripada Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.

Majlis yang berlangsung di padang perumahan Taman Desa Bakti, Teluk Intan itu kemudiannya menyaksikan seorang daripada mereka menerima bendera DAP dari penganjur dan meletakkannya ke atas tanah sebagai simbolik meninggalkan DAP.

Ketua Wanita MIC, Mohana Muniandy sewaktu diminta menjelaskan kekeliruan tersebut berkata Shantini mungkin tidak faham dengan soalan wartawan.

Menjelaskan tindakan Shantini yang diminta meninggalkan majlis lebih awal, Mohana berkata beliau pulang untuk mengambil kad keanggotaan DAP miliknya. 

"Awak tanya dalam bahasa apa kepada dia? "Kadang-kala ada kekangan bahasa juga," kata Mohana apabila mengetahui wartawan bertanya dalam bahasa Melayu kepada Shantini.


'Kejutan' kedua adalah apabila petugas media pada awalnya menerima maklumat majlis itu diadakan untuk menerima anggota DAP yang akan 'melompat parti' kepada BN.

Namun akhirnya, petugas media dimaklumkan bahawa bekas 'anggota' DAP yang hadir semalam tidak akan menyertai mana-mana parti komponen BN.

Sebaliknya, majlis diadakan untuk mengalu-alukan sokongan mereka yang kini bersama BN, seperti disahkan ADUN Cangkat Jong, Mohd Azhar Jamaluddin pada sidang media ringkas, selepas majlis itu. 

Seorang petugas media turut menggesa peserta agar melakukan gimik memotong kad keahlian DAP mereka sebagai simbolik meninggalkan DAP.

Namun, Ahmad Maslan menolak permintaan itu atas alasan ia bukan budaya BN.

Sebahagian peserta yang duduk selama hampir dua jam dalam keadaan gelap di luar khemah yang tidak berlampu, dengan memakai baju-T dan topi BN pada majlis itu kemudian diberikan sebuah kotak berlogo 1Malaysia setiap seorang oleh penganjur, selepas majlis berakhir.

Petugas media cuba menemubual peserta untuk mengetahui isi kotak itu namun dihalang oleh Arjami Ali yang berkata "media suka jaga tepi kain orang".

Sebelum beredar, petugas media turut meminta seorang lagi penganjur, Yusof Abd Manaf untuk mencari seorang peserta yang sanggup diwawancara.

Yusof kemudian membawa seorang perempuan berusia 60 tahun ke bawah khemah untuk diwawancara media.

Namun, wawancara itu terhenti sebelum bermula dengan sempurna apabila Arjami bertindak membawa perempuan itu pergi dan menutup lampu khemah.


Yusof kemudian meluahkan kekecewaannya apabila media lebih menyerlahkan 'orang KL' yang datang pada malam itu berbanding NGO tempatan yang bekerja keras selama dua minggu untuk majlis itu. 

"Kami dah pujuk orang-orang ini (peserta) selama lebih dua minggu tapi awak malam ini datang dan tanya 'orang KL' yang cuma datang sekejap dan tak tanya kami tentang majlis ini terlebih awal," katanya dipercayai merujuk kepada Ahmad Maslan dan Mohana.

Polis sahkan petugas wanita BN ditumbuk kerana didakwa mencuri mangga dan daun kari..

Posted: 27 May 2014 05:30 PM PDT


Seorang peraih undi Barisan Nasional (BN) cedera di leher selepas ditumbuk dan ditendang oleh seorang lelaki semasa berkempen di Taman Desa Aman di sini tengah hari semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata wanita itu berusia 50-an dan merupakan anggota Parti Progresif Penduduk (PPP) dalam laporan polisnya mendakwa telah ditendang dan ditumbuk di leher semasa berkempen dari rumah ke rumah di taman perumahan itu bersama-sama tiga lagi rakannya pada pukul 1.30 petang semalam.

Wanita itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak, 20 minit selepas kejadian dan kes sedang disiasat, katanya kepada pemberita selepas meninjau perjalanan pengundian awal pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan di Dewan Serba Guna, Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak, di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki yang didakwa mencederakan wanita itu turut membuat laporan polis semalam dengan mendakwa wanita tersebut cuba mencuri buah mangga dan daun karinya sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.

Menyentuh perjalanan kempen PRK itu yang memasuki hari kesembilan, Acryl Sani berkata suasana keseluruhannya adalah terkawal dan tenang.

"Dalam mana-mana pilihan raya, tentulah ada sedikit insiden kecil-kecil berlaku yang timbul atas dasar tidak faham dan teruja, tetapi ia tidak melarat sehingga menyebabkan perkara buruk berlaku. Setakat ini kita mampu mengawal keadaan," katanya.

Acryl Sani menasihatkan semua penyokong calon pilihan raya supaya menjaga perlakuan masing-masing dan elakkan perkara yang boleh mencetuskan provokasi termasuk membuat khianat terhadap poster kempen calon yang bertanding serta mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan suasana yang tidak diingini.

"Polis juga mendapati pasukan pemantau kempen pilihan raya yang ditubuhkan Suruhanjaya Pilihan Raya menjalankan tanggungjawab mereka. Kita jangka suasana aman dan tenang ini akan berterusan sehingga hari pengundian Sabtu ini," katanya.

Polis juga akan memastikan keadaan lalu lintas di Teluk Intan lancar kerana menjangkakan pengundi berdaftar yang tinggal di luar kawasan akan pulang bagi menunaikan tanggungjawab mereka pada PRK ini, selain menyambut perayaan masyarakat Cina, katanya.

PRK kerusi Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud. - Bernama

MB Pahang dikatakan bakal turut digugurkan Najib?

Posted: 27 May 2014 03:30 PM PDT


Penyingkiran bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said daripada jawatan itu dikatakan hanyalah suatu permulaan, dengan spekulasi mengatakan MB Pahang, Tan Sri Adnan Yaacob sebagai 'calon' seterusnya.

Dan seperti surat aku janji Ahmad yang menyatakan beliau akan meletakkan jawatannya setahun selepas GE13, laporan mengatakan bahawa perletakan jawatan Adnan akan dilakukan atas sebab-sebab kesihatan.

Ini mungkin dilakukan bagi mengelakkan konfrontasi dengan istana, kerana Adnan dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan kerabat diraja negeri, dan peletakan jawatan secara paksa mungkin tidak digemari istana.

Tetapi tidak seperti di Terengganu yang hampir membawa kepada krisis kerajaan negeri, majoriti BN di Pahang adalah lebih besar, dengan Pakatan Rakyat memegang hanya 11 daripada 42 kerusi DUN.

Dan dengan pengikut setia Najib dominan dalam negeri asalnya, Adnan kekurangan jumlah yang diperlukan jika beliau mahu memulakan "Serampang Terengganu" dan mencetuskan peletakan jawatan Anggota Dewan Undangan dari parti BN.

Para pemerhati berkata bagi mengelakkan kejadian serupa berlaku, Umno mungkin telah bertemu ADUN mereka terlebih dahulu. Ini pengajaran yang diterima daripada kemelut Terengganu.

Spekulasi yang MB-MB menghadapi pemecatan telah dimulakan oleh akhbar Utusan Malaysia yang dimiliki Umno, dan berita ini telah merebak blog-blog yang dikaitkan dengan Umno.

Sumber dalaman telah dipetik sebagai berkata bahawa dari kesemua MB Umno, tiga yang berada dalam senarai Najib adalah Ahmad, Adnan dan MB Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan.

MB Umno lain seperti MB Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dikatakan terselamat, sama ada disebabkan masih relevan, keturunannya atau kerana telah memenuhi KPI mereka dalam PRU13.

Ada yang mengatakan bahawa ini merupakan rancangan terhadap mereka yang gagal memenuhi KPI mereka, walaupun ia juga mungkin pelan Najib untuk menyisihkan 'orang lama' dan menggantikannya dengan orang-orang kuat mudanya tersendiri.

Mereka adalah orang-orang yang akan menuruti arahannya dengan lebih rela dan akan menawarkan muka baru dalam kabinet generasi Merdeka Umno.

Tetapi sama ada ini akan memberi nafas baru kepada Umno atau membantu mengukuhkan kuasa Najib, ia masih belum jelas dapat dilihat.

Walaupun MB mempunyai kerusi automatik di dalam Majlis Tertinggi UMNO seperti yang dinyatakan oleh bekas menteri Datuk Saifuddin Abdullah, sumber dalaman parti berkata kecuali mereka bertanding bagi kerusi majlis tertinggi, mereka hanya berada di sana atas ihsan, tidak boleh mengundi dan hanya bercakap dengan kebenaran PM.

Jadi tindakan melantik MB yang lebih muda dari kalangan orang kuat Najib tidak semestinya akan memberikannya lebih banyak undi di dalam majlis ini, tetapi ia akan memberi kawalan terhadap aset negeri dan juga peringkat akar umbi.

Walau bagaimanapun tindakan hanya menggantikan pemimpin lama dengan orang baru yang mematuhi arahan tradisional Umno, mungkin tidak cukup untuk mengubah persepsi rakyat mengenai parti itu, jika dilihat dari penambahan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang lebih muda.

Beliau muda, muka baru, tetapi masih mencerminkan tradisi Umno yang lembab dan cerewet, yang menjadikan parti itu tidak digemari rakyat ~ TheAntDaily

Tiada ulasan: