Anak Sungai Derhaka |
- Kalah Piala Thomas sebab Khairy bodoh kata Raja Bomoh.. (Video Inside)
- Mah Berang Poster Kempen Diconteng Perkataan 'Bodoh'.. eh? Tak betulke ayat tu?
- Terdesak nak tandingi populariti Dyana Sofya, BN bawa Jamal Abdillah untuk bantu kempen.. tapi...
- Musa Hitam kecewa PAS gunakan namanya untuk tarik orang ramai ke Himpunan Memali..
- Bersalam dengan Dyana pun suatu kesalahan rupanya...
Kalah Piala Thomas sebab Khairy bodoh kata Raja Bomoh.. (Video Inside) Posted: 27 May 2014 08:23 AM PDT Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim menyifatkan Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai punca kekalahan skuad Piala Thomas dan perlu memikul tanggungjawab dengan meletakkan jawatan sebagai menteri. Ini kerana, menurutnya kenyataan Khairy sebelum ini meminta masyarakat agar tidak meletakkan sebarang harapan kepada skuad negara itu. "Ini kerana sejak awal-awal lagi dia telah mengatakan skuad ini tidak akan masuk ke peringkat akhir, tetapi bila dapat masuk peringkat akhir dia (cuba) ambil kesempatan (publisiti)" ujar. Ibrahim turut meminta Khairy agar meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang menteri. Menurutnya sebagai seorang menteri yang diberi tanggungjawab menjaga dan membangunkan sukan negara, Khairy sepatutnya terus memberikan semangat kepada para pemain dan bukannnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menajtuhkan moral pemain. Namun sebaik sahaja pasukan badminton negara berjaya melangkah ke separuh akhir menentang Jepun, Khairy dikatakan terhegeh-hegeh mencari publisiti dengan menghadiri perlawanan akhir itu. "Dia mengata, kemudiannya memuji. Menteri (KJ) ini bodohlah, dia patut meletakkan jawatan" ujarnya lagi. Memetik laporan Utusan Malaysia sebelum ini, Khairy dilaporkan meminta rakyat negara ini agar tidak meletakkan harapan tinggi terhadap skuad Piala Thomas negara untuk melakar kejayaan yang besar pada kejohanan dwi tahunan itu. Beliau berkata, peluang skuad kebangsaan untuk sampai ke peringkat separuh akhir adalah amat sukar "Saya rasa lebih elok jika kita meletakkan satu sasaran yang sederhana kerana saya tidak mahu ada yang memberikan harapan yang terlalu tinggi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Malaysia Purple League. Menurut Khairy, harapan yang diletakkan terhadap skuad badminton negara perlulah lebih realistik bersesuaian dengan barisan pemain yang Malaysia miliki pada masa sekarang ~ SuaraTV |
Mah Berang Poster Kempen Diconteng Perkataan 'Bodoh'.. eh? Tak betulke ayat tu? Posted: 27 May 2014 01:31 AM PDT Ayatnya ini menunjukkan beliau menuduh kerja menconteng poster dengan ayat tambahan 'BODOH' dilakukan oleh penyokong-penyokong PR.. "Lim Kit Siang (penasihat DAP) ada cakap calon DAP mereka (Dyana Sofya Mohd Daud) ada '3B' iaitu Beauty, Brain and Bravery (Cantik, Bijak dan Berani). Pihak pembangkang pernah bertanyakan kepada saya apakah 'B' yang saya ada dan mereka katakan 'bodoh'. "Hari ini (Selasa) saya lihat banyak poster saya dicat hitam dengan perkataan 'bodoh'.. Eh??.. tak betul ke tambahan perkataan itu untuk dia? Rasanya sesuai sangat ayat itu dengan dia sebab Anwar Ibrahim kata.. "Mereka (BN) tidak hiraukan masyarakat India. Mereka melabelkan Cina sebagai penceroboh dan masih ada Cina mengundi BN. Cina seperti ini tidak mempunyai rasa malu. "Apabila perdana menteri datang (beliau berkata) apa lagi Cina mahu, menteri kata Cina penceroboh, namun masih ada kaum Cina kata hidup BN! Bodoh betul Cina macam ni,".. Betullah 'bodoh' tu... kalau tak bodoh takkan dia masih nak menyokong BN yang dah terang-terang memperlekehkan dan menghina masyarakat Cina tu.. Laporan berkaitan... TELUK INTAN: Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong mendakwa poster kempen beliau diconteng dengan perkataan 'bodoh'. Beliau berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu dikesan di sekitar kawasan Sungai Nibong dekat sini. "Lim Kit Siang (penasihat DAP) ada cakap calon DAP mereka (Dyana Sofya Mohd Daud) ada '3B' iaitu Beauty, Brain and Bravery (Cantik, Bijak dan Berani). Pihak pembangkang pernah bertanyakan kepada saya apakah 'B' yang saya ada dan mereka katakan 'bodoh'. "Hari ini (Selasa) saya lihat banyak poster saya dicat hitam dengan perkataan 'bodoh'. Dulu, poster saya dicat pada bahagian muka dan sekarang diconteng perkataan 'bodoh' pula," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pusat pengundian awal di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di sini, Selasa. Presiden Gerakan itu berkata, menconteng poster kempen itu merupakan satu tindakan yang tidak baik dan kedua-dua parti sudah bersetuju untuk berkempen secara berhemah. Tambahnya, dengan hari mengundi yang hanya tinggal beberapa hari lagi, beliau tidak mahu persekitaran PRK Teluk Intan begitu tegang. "Ini (pilihan raya) adalah satu proses demokrasi jadi apa sebab hendak buat macam ini. Kita pun ada emosi dan penyokong sangat marah. "Saya sudah 20 tahun (bertanding) di Teluk Intan tetapi tidak pernah ada poster yang diconteng 'bodoh'," katanya. Mengenai kritikan banyak pihak terhadap manifestonya yang diumumkan pada Isnin, Siew Keong berkata, ia adalah apa yang beliau mahu dan boleh lakukan untuk membawa perubahan di Teluk Intan. Dia nak marah apa?.. dah memang betul... Ni sebahagian dari laporan The Malaysian Insider pasal Cina bodoh jika masih sokong BN tu.. Selepas segala kritikan yang dilemparkan kerajaan Barisan Nasional (BN), kaum Cina di Malaysia bodoh sekiranya mereka masih mengundi parti itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi. Berucap di hadapan lebih 3,000 hadirin di Taman Industri Anson, Teluk Intan, Anwar berkata BN tidak menghormati kaum Cina dan ini berdasarkan daripada cara layanan kerajaan itu kepada komuniti tersebut. "Mereka (BN) tidak hiraukan masyarakat India. Mereka melabelkan Cina sebagai penceroboh dan masih ada Cina mengundi BN. Cina seperti ini tidak mempunyai rasa malu. "Apabila perdana menteri datang (beliau berkata) apa lagi Cina mahu, menteri kata Cina penceroboh, namun masih ada kaum Cina kata hidup BN! Bodoh betul Cina macam ni," kata Anwar disambut dengan sorakan orang ramai. "Sekiranya pemimpin BN tidak menghormati anda, saya gesa kamu semua untuk menolak BN dan mengundi DAP 31 Mei ini," katanya. Sepenuhnya bacalah di SINI |
Terdesak nak tandingi populariti Dyana Sofya, BN bawa Jamal Abdillah untuk bantu kempen.. tapi... Posted: 26 May 2014 09:57 PM PDT Meskipun ada pemimpin UMNO yang berkempen mengatakan 'Dyana bukan cantik sangatpun' dan ada pula yang mengatakan 'Dyana tidak punya kecantikan dalaman jika dibandingkan dengan calon BN'.. namun populariti Dyana jelas mencemaskan mereka.. Biarpun berbagai janji ditabur, berbagai tohmah dihambur terhadap Dyana golongan muda dan pengundi masih tetap beratur untuk mengambil gambar beliau dan juga bergambar bersama beliau dalam kempen pilihan raya ini.. Merasakan bahawa calon DAP itu mendapat perhatian, Barisan Nasional (BN) telah membawa penyanyi popular Jamal Abdillah bagi membantu kempennya malam tadi bagi menarik pengundi. Jamal, 55, berasal Teluk Intan, meminta agar BN disokong ketika berada di atas pentas di hadapan orang ramai. "Jangan lupa untuk keluar mengundi, dan mengundi BN!" Dia menjerit dari pentas, dan penonton yang majoritinya kelihatan dari Makcik-makcik UMNO membalasnya dengan sorakan yang kuat. Dah bawa Jamal Abdillah.. Makcik-makcik UMNO sajalah yang ramai, orang muda berapa kerat sangat yang minat Jamal Abdillah tu.. Ni laporan dari Media UMNO.. Jamal Abdillah Hiasi Kempen BN Di Teluk Intan Oleh : Azman Abas Ternyata, persembahannya cukup memukau orang ramai yang tidak melepaskan peluang untuk melihat secara dekat anak jati Teluk Intan membuat persembahan selain mendengar pelbagai penjelasan mengenai isu-isu semasa. Di akhir persembahannya satu ungkapan yang cukup bermakna apabila merayu pengundi agar mengundi BN pada hari mengundi nanti. Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertaruhan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong menentang calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud. Kerusi Teluk Intan kosong berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng, 48, akibat kanser pundi kencing pada 1 Mei lalu. -MediaUMNO Namun begitu.. sambutannya taklah sehebat mana.. cuba kira berapa orang yang hadir dari gambar yang aku ambil dari Blog UMNO ni.. Kalau banyak ni saja yang hadir.. aku rasa kalau Bik Mama turun lagi ramai yang hadir.. maksud aku yang ramai tu ialah kaki-kaki bodek Bik Mama.. Lepas ni bawa 'K-Pop' pulak laaa... Video persembahan Jamal tu sila lihat di SINI |
Musa Hitam kecewa PAS gunakan namanya untuk tarik orang ramai ke Himpunan Memali.. Posted: 26 May 2014 05:30 PM PDT Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam kecewa dengan sikap PAS yang menggunakan nama beliau untuk menarik orang ramai ke program politik anjuran parti itu. Musa berkata, tindakan PAS itu mengambarkan parti tersebut tidak percaya dengan kekuatan yang ada mereka hingga terpaksa menggunakan nama beliau. Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan PAS meletakkan nama beliau sebagai salah seorang pemidato di program 'Himpunan Keadilan Untuk mu Memali' Jumaat lepas. "Saya tak tahu menahu langsung atas soal ini. Tidak ada apa apa jemputan. Kalau ada pun pasti saya tak terima. "PAS nampak nya tak percaya daya penarik sendiri sehingga guna nama saya," katanya kepada Astro AWANI menerusi sistem pesanan ringkas (SMS). Musa mendakwa sudah dua kali PAS menggunakan nama beliau untuk menarik orang ramai ke program politik anjuran parti itu. "Sudah dua kali mereka guna nama saya sebegini. Dulu dalam Pilihan Raya Umum lepas dan sekarang nak menarik orang ramai ke majlis politik mereka. Hentikan lah amalan berbohong sebegini," katanya. Nama Musa pada awalnya disenaraikan sebagai salah seorang pemidato di program sempena memperingati peristiwa Memali namun disaat akhir dimaklumkan bekas timbalan perdana menteri itu tidak terlibat dalam program tersebut. Musa sebelum ini pernah mengejutkan negara dengan pendedahan bahawa Perdana Menteri ketika peristiwa berdarah itu berlaku, Tun Dr Mahathir Mohamad masih berada di Kuala Lumpur pada hari kejadian, bukan di China seperti dakwaan sebelum ini. Dalam satu forum 'Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang' yang berlangsung di Kota Bharu, Musa yang juga ahli panel, peristiwa Memali merupakan titik hitam dalam kerjaya politiknya. Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985 mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh. Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah ISA kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat ~ AstroAwani |
Bersalam dengan Dyana pun suatu kesalahan rupanya... Posted: 26 May 2014 03:30 PM PDT Sementara penduduk dan pengundi di Teluk Intan berbangga dan meraikan kehadiran Dyana Sofya sebagai calon dalam pilihanraya kecil Teluk Intan yang bakal berlangsung pada 31 Mei ini, keadaan yang sama tidak berlaku kepada sebahagian kakitangan kerajaan yang bertugas di bandar ini. Kehadiran beliau sebagai calon muda yang menarik dan telah menjadi fenomena, rupa-rupanya ada petaka di sebaliknya. Ini berikutan kehadirannya yang sekaligus mendatangkan resah dan gelisah kepada UMNO dan BN untuk memenangi pilihanraya kecil ini telah membuatkan ada ketua jabatan yang hilang pertimbangan dan tidak rasional dalam menjalankan tugas mereka. Berikutan hari penamaan calon pilihanraya kecil Teluk Intan pada 19 Mei lalu diadakan di Dewan Sekolah Menengah Seri Perak dan ramai guru-guru yang sedang bertugas ketika itu, maka ramailah di kalangan mereka yang tidak mahu melepaskan peluang mahu melihat calon DAP itu dari dekat serta bersalam dengannya. Terlanjur nama Dyana sudah menjadi fenomena dan wajah serta penampilannya pula menarik, sama seperti penduduk Teluk Intan yang lain, bahkan di kalangan ahli Puteri UMNO sekali pun, sebenarnya bukanlah luar biasa jika ada keinginan untuk menatap wajahnya dari dekat, bergambar atau bersalam dengannya. Namun demikian, tanpa disedari guru-guru yang didapati bersalam dengan Dyana itu rupa-rupanya sentiasa diperhatikan dan dicatat namanya. Dengan hasrat untuk memgampu, membodek serta ingin menyumbang kepada kemenangan calon BN, Mah Siew Keong kononnya 100 peratus atau pun majoriti guru-guru di Teluk Intan mengundi BN, guru-guru terbabit kini dalam proses di panggil mengadap ketua jabatan untuk dikenakan tindakan. Kesalahannya hanya kerana didapati bersalam dengan Dyana dan dicop ssbagai pro pembangkang. Mungkin mereka akan dipanggil untuk mengetahui sama ada undi mereka diberikan kepada BN atau DAP atau barangkali juga akan disusuli dengan tindakan pertukaran sekolah jika didapati mempunyai kecenderungan yang kuat terhadap pembangkang. Sekurang-kurangnya hampir 10 guru-guru yang didapati bersalam dengan Dyana ketika hari penamaan calon 19 Mei lalu akan dipanggil mengadap ketua jabatan dalam masa terdekat ini. Guru-guru yang dipercayai ada kecondongan terhadap PR sama ada melalui perbualan seharian dan sebagainya juga turut akan dipanggil sama. Sehingga ini ramai guru-guru meluahkan rasa tidak puas hati atas perkara ini dan mempersoalkan sejak bila bersalam dengan calon parti pembangkang merupakan suatu kesalahan? Mereka juga mempersoalkan, jika tidak mahu guru-guru berdepan kemungkinan bertemu dan bersalam dengan calon DAP, Dyana Sofya itu, seharusnya buatlah penamaan calon di tempat lain dan bukannya di dewan sekolah. Tindakan ugutan yang dilakukan terhadap guru-guru ini tidak lebih menyerlahkan jiwa resah dan gelisah UMNO dan BN menghadapi pilihanraya kecil Teluk Intan ini. Arus penolakan rakyat yang semakin kuat terhadap BN, ditambah dengan kehadiran calon muda yang ditonjolkan oleh DAP, membuatkan ada ketua jabatan yang menjadi pembodek BN atau memang ianya merupakan arahan daripada pihak atasan telah menjadi hilang pertimbangan serta tidak rasional. Ugutan terhadap guru-guru yang hanya didapati bersalam dengan Dyana ini menambahkan lagi sejumlah salah laku dan kesombomgan BN serta para pemimpinnya dalam pilihanraya kecil ini. Di ketika undi adalah rahsia dan menjadi kebebasan mutlak setiap rakyat berdasarkan pertimbangan dan penilaian mereka sendiri, taktik jahat dan kotor nampaknya terus berleluasa. Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Shabery Cheek melontarkan ugutan kepada pengundi muda Teluk Intan dengan mengatakan akses internet yang lebih pantas akan didatangkan ke bandar Teluk Intan ini sekiranya pengundi muda memberikan sokongan dan memastikan kemenangan calon BN, Mah Siew Keong. Kemudian disusuli pula dengan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan pembangunan hanya akan diberikan kepada penduduk Teluk Intan sekiranya BN memenangi pilihanraya kecil ini. Jika ugutan mahu memberi akses internet dan mendatangkan pembangunan mungkin sudah agak biasa didengar sebelum ini tetapi ugutan hanya kerana bersalam dengan calon bukan daripada parti kerajaan, mungkin agak pelik dan hanya berlaku di negara ini saja. Agaknya inilah lambang kejayaan kempen "Malaysia Boleh" dan seruan agar "berfikir di luar kotak" yang sering dilaung-laungkan pemimpin UMNO dan BN sebelum ini? ~ Shahbudin dot com |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan