Anak Sungai Derhaka |
- MPV Penjenayah rempuh Polis ditemui Dibakar dalam Kebun Pisang
- Siapa benarkan pertandingan Ratu Pondan ini diadakan di KL?
- Janji nak bina Sekolah tahun 2012 BN tak tunai.. hari ini berjanji nak bina Universiti pula?
- Bekas Menteri dedah punca Hassan Malek tamatkan perkhidmatan Pengerusi Bank Rakyat..
- Selfie bersama Dyana Sofya dan Nurul Izzah diganggu macai... (Video Inside)
MPV Penjenayah rempuh Polis ditemui Dibakar dalam Kebun Pisang Posted: 26 May 2014 07:46 AM PDT Kenderaan MPV Toyota Wish milik penjenayah yang menyamun van rokok di Parit Buntar, Perak, tengah hari tadi ditemui dibakar di kawasan kebun pisang di antara Lunas dan Ara Kuda, di sini. Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim. Laporan turut mengesahkan unit forensik polis serta bomba dan penyelamat masih berada tempat kejadian. Suspek penjenayah yang menaiki MPV ini dilaporkan telah melanggar seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal di Parit Buntar tengahari tadi. Salah seorang anggota polis dilaporkan maut manakala rakannya cedera parah. Kejadian berlaku selepas dua anggota polis unit rondaan bermotor (URB) yang menerima maklumat bertindak mengejar suspek yang baru melakukan samun di kawasan berhampiran. Laporan oleh RakyatNews sebelum ini.. PARIT BUNTAR 26 Mei - Seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal maut manakala seorang lagi parah selepas dirempuh penjenayah yang menaiki sebuah kereta dalam kejadian di sini, jam 12 tengahari tadi. Al Fatihah buat anggota Polis yang terkorban semasa bertugas ini.. |
Siapa benarkan pertandingan Ratu Pondan ini diadakan di KL? Posted: 26 May 2014 02:35 AM PDT Bagaimana satu pertandingan ratu cantik pondan yang disertai dan diadili oleh orang Islam boleh diadakan di ibunegara? Sedangkan kita tahu bahawa sejak beberapa tahun lalu, umat Islam dilarang untuk menyertai sebarang pertandingan ratu cantik. Malah rakyat Malaysia sendiri masih belum terbuka sepenuhnya apabila berbicara mengenai lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sehingga menyebabkan banyak penganjuran forum-forum bersifat akademik berhubung isu berkenaan dibatalkan atau diharamkan oleh kerajaan. Jadi, bagaimana pula sebuah pertandingan 'sampah' yang melibatkan golongan tersebut boleh terlepas begitu sahaja tanpa diambil tindakan mahupun dihalang oleh pihak berkuasa? Semalam, pertandingan ratu cantik bagi pondan-pondan bersaiz besar atau lebih dikenali sebagai Miss Jumbo telah diadakan di sebuah hotel di Jalan Ampang. Apa yang mengejutkan, pertandingan yang menampilkan lelaki-lelaki berpakaian wanita itu telah diadili oleh tiga artis terkenal iaitu Datuk Jalaluddin Hassan, penyanyi Atilia Haron serta Noniswara. Atilia juga melalui beberapa posting di Instagram turut berkongsi kemeriahan pertandingan yang diadakan dengan penuh glamor dan gilang-gemilang itu. Selain Atilia, banyak gambar-gambar semasa pertandingan tersebut berlangsung turut bebas di paparkan di laman-laman sosial yang lain. Difahamkan, pertandingan tersebut oleh banyak disertai oleh jurumekap-jurumekap artis terkenal lapor Malaysia Gazette Video sila lihat di SINI |
Janji nak bina Sekolah tahun 2012 BN tak tunai.. hari ini berjanji nak bina Universiti pula? Posted: 26 May 2014 12:08 AM PDT Penduduk Teluk Intan kecewa kerana janji kerajaan BN membina sebuah sekolah menengah di sini gagal ditunaikan. Sepatutnya sekolah menengah itu yang bernilai RM27.2 juta siap pada tahun ini tetapi sehingga saat ini papan tanda projek pembinaan sekolah itu pun tidak kelihatan. Sebaliknya calon BN Datuk Mah Siew Keong hari ini menawarkan untuk membina sebuah universiti di Teluk Intan jika dipilih sebagai Ahli Parlimen. Janji beliau menimbulkan persoalan terhadap janji-janji BN yang jarang ditunaikan. Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DAP Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud berkata, projek Sekolah Menengah Kampung Bahagia sehingga kini menjadi tanya walaupun peruntukan telah diberi pada tahun 2012. "Baru-baru ini BN telah melancarkan sebuah lebuhraya dengan kos RM5 bilion dan berjanji untuk menaik taraf kemudahan jalur lebar jika mereka menang. "Saya ingin bertanya, bagaimana pula dengan projek sekolah di Kampung Bahagia? "Peruntukan telah diberikan sebanyak RM27 juta pada tahun 2012. Sehingga kini papan tanda pun tidak ada," katanya dalam sidang media di Restoran Sin Loke Thian. Menurut Dyana, pada 2013, mendiang Seah Leong Peng telah membangkitkannya di Parlimen. Katanya, pihak kerajaan berjanji akan menyiapkannya tahun ini. "Kita mahu tanya, bila nak buat yang ni dulu? "Sibuk umum pelbagai projek, tapi yang lain terbengkalai," tegas beliau. Pada 11 Februari 2012 Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan peruntukan RM27 juta untuk pembinaan sekolah itu termasuk pelbagai projek naik taraf di daerah Hilir Perak. -Roketkini.com |
Bekas Menteri dedah punca Hassan Malek tamatkan perkhidmatan Pengerusi Bank Rakyat.. Posted: 25 May 2014 09:32 PM PDT Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik mendedahkan khidmatnya tidak disambung gara-gara pinjaman bernilai RM40 juta yang dibuat oleh seorang individu yang rapat dengan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak. Sabbaruddin memberitahu The Malaysian Insider, individu tersebut menggunakan jaringan politiknya untuk melangsaikan baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta tanpa faedah. "Individu yang berhutang tersebut tidak sepatutnya berbincang dengan menteri, hutang beliau dengan Bank Rakyat jadi kenapa perlu jumpa menteri?". Sabaruddin mendedahkan individu tersebut bertemu dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek yang bertindak masuk campur tangan. "Malah apabila menteri dapat tahu, dia berkata 'saya boleh pecat kamu semua'," kata Sabbaruddin merujuk kepada Hasan. Sabbaruddin memberitahu Lembaga Pengarah Bank Rakyat pada mulanya untuk menolak penyelesaian mudah yang diberikan bagi menyelesaikan baki pinjaman individu tersebut dengan tempoh bayaran selama 10 tahun melalui 120 keping cek "post dated". "10 tahun bayar hutang tanpa faedah, maknanya bank rugi tanpa faedah," kata Sabaruddin menjelaskan mengenai penyelesaian mudah tersebut. Menurut Sabbaruddin, selepas keputusan tersebut, Hasan tidak berpuas hati dan enggan menandatangani surat untuk menyambung khidmat beliau sebagai pengerusi Bank Rakyat. "Sebenarnya penggal saya berakhir pada 8 April dan Bank Negara sudah bersetuju, tetapi menteri tidak mahu menandatangan," katanya. Malah, Sabbaruddin juga mendedahkan Hasan mengadakan pertemuan dengan individu tersebut di luar pengetahuan Bank Rakyat pada Januari lalu. "Selepas itu baru kita tahu sudah ada mesyuarat pada Januari lalu, cek sudah tersedia untuk bulan Januari, Februari dan Mac cuma tunggu didepositkan sahaja," kata Sabbaruddin. The Malaysian Insider difahamkan individu yang berhutang tersebut merupakan pemilik kepada sebuah syarikat karpet di ibu kota yang pernah menimbulkan kontroversi sebelum ini. Sabbaruddin juga menunjukkan surat yang ditandatangani oleh Hasan kepada The Malaysian Insider yang secara jelas mendedahkan perbincangan pada Januari dan mengarahkan Bank Rakyat supaya mengikut telunjuknya. Kemelut tersebut menjadi serius apabila Pengarah Urusan Mustafa Razak diarahkan membawa perkara tersebut ke Lembaga Pengarah Bank Rakyat untuk bersetuju dengan pembayaran hutang itu pada Mac lalu. Bahkan, Sabbaruddin berkata Bank Rakyat sehingga kini tidak lagi mempunyai pengerusi selepas khidmatnya tidak disambung. "Sampai hari ini, pengerusi baru Bank Rakyat belum ada pengganti," kata beliau. Cubaan The Malaysian Insider menghubungi Hasan gagal kerana beliau sekarang ini berada di luar negara atas urusan kerja. Individu berhutang itu pernah mencetuskan kontroversi sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu. Beliau juga pernah menyaman Putrajaya kerana melanggar perjanjian tanah di Bukit Raja, Selangor, dan ditarik balik pada hari yang sama. Kemudiannya, syarikat milik tabung kerajaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd mengumumkan pada 2012 membeli 80% saham syarikat individu tersebut, Astacanggih Sdn Bhd dan sebidang tanah bernilai RM130 juta milik Awan Megah Sdn Bhd, syarikat ketua wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah. |
Selfie bersama Dyana Sofya dan Nurul Izzah diganggu macai... (Video Inside) Posted: 25 May 2014 06:38 PM PDT Menara Condong 'tegang' di petang Ahad Dataran Menara Condong Teluk Intan petang semalam panas seketika apabila pertengkaran tercetus di antara penyokong BN yang mendirikan khemah di situ, dengan penyokong Pakatan Rakyat yang menantikan kehadiran calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dan MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar untuk sesi 'selfie' di kawasan yang sama. Kekecohan bermula sekitar jam 4 petang apabila penceramah BN yang diperkenalkan sebagai pemangku Ketua AMK Perak, Faizal Effendi Hashim berceramah di bawah khemah BN, dengan bahasa badan dan intonasi pidato seperti ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Pada masa sama, ceramah Faizal itu disiarkan melalui sistem pembesar suara dengan salah satu pembesar suara dihalakan ke arah kumpulan yang menanti kehadiran Dyana, yang berada dalam jarak kurang 10 meter dari khemah itu. Kira-kira sepuluh minit Faizal berceramah, seorang remaja lelaki dari kumpulan yang menanti Dyana berjalan ke arah Faizal dengan wang kertas RM1 dihulurkan kepadanya, isyarat untuk memperolok-olokkan beliau sebagai individu yang boleh 'dibeli'. Tindakan remaja itu mencetuskan kemarahan seorang penyokong BN di bawah khemah yang meluru ke arah remaja itu dan menyuruhnya berundur ke belakang. Penyokong BN itu kemudian disusuli oleh beberapa orang penyokong BN lain yang turut menyerbu remaja lelaki itu. Pada masa sama, beberapa remaja lelaki dari kumpulan penyokong Pakatan bergegas ke arah penyokong-penyokong BN yang menyerbu remaja lelaki itu. Tiada 'selfie', cuma bergambar Tolak-menolak dan jerit-menjerit ke arah satu sama lain tercetus di antara kedua-dua kumpulan tersebut selama kira-kira dua minit dengan penyokong BN (berpakaian putih) yang mula meluru ke arah remaja itu menjerit, "Ini kawasan Teluk Intan! Jangan buat kacau di sini!". Keadaan kembali terkawal apabila penyokong BN itu ditarik rakan-rakannya untuk kembali ke bawah khemah BN dan remaja lelaki penyokong Pakatan itu ditarik jauh dari kawasan pertengkaran tercetus. Sekitar jam 4.20 petang, Dyana Sofya tiba di Menara Condong untuk sesi 'selfie' bersama pengunjung menara itu. Pada masa sama, kelihatan tujuh orang anggota polis dengan vest rasmi ' kelihatan berada berhampiran kawasan menara untuk mengawal keadaan. Sesi 'selfie' bersama Dyana dihadiri kira-kira 300 orang. Mereka berebut-rebut dan bertolak-tolak untuk bergambar dengan Dyana di hadapan replika buku yang memaparkan maklumat tentang menara itu. Sebelum sesi bergambar bermula, Dyana sempat merakamkan penghargaan kepada inisiatif perpustakaan indie dikenali sebagai "Buku Jalanan Seri Manjung" yang turut berada di tepi menara itu. . "Kenapa saya tak nak ke sana (ke tangga pintu masuk menara) dan saya berdiri di depan ini? "Kerana di depan ini ada buku," kata Dyana sambil tersenyum dan menunjuk ke arah replika buku dan kumpulan Buku Jalanan yang menghampar tikar di atas dataran untuk pameran buku. Polis neutralkan keadaan Keadaan bagaimana pun kembali 'tegang' apabila kira-kira sepuluh orang dengan baju-T BN mula bergerak ke sesi bergambar dan bergerak ke arah Dyana sofya yang kini berdiri di tangga masuk ke menara keran hujan rintik-rintik mula turun. Polis mengekori kumpulan penyokong BN itu dan keadaan kembali aman apabila kumpulan tersebut beredar perlahan-lahan selepas Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, ACP Fadzil Ahmat berdiri berhampiran mereka. Dyana kemudian meluangkan masa selama kira-kira 40 minit sehingga jam 5 petang untuk bergambar dengan pengunjung yang beratur sepanjang kira-kira 10 meter untuk sesi tersebut. Beliau kemudian beredar ke satu lagi majlis untuk sesi menonton pertandingan akhir Piala Thomas di antara Malaysia dan Jepun bermula pada jam 5.30 petang. ACP Fadzil dalam sidang media ringkasnya kemudian menyatakan rasa syukurnya kerana polis berjaya meneutralkan ketegangan yang berlaku apabila tiba segera di tempat kejadian. "Kita berjaya meneutralkan keadaan. Awak nilai sendiri keadaan, Alhamdulillah," katanya sambil tersenyum puas, selepas sesi taklimat kepada anggota-anggota yang bertugas. Hujan rintik-rintik yang berterusan dari tadi kemudian bertukar menjadi hujan lebat, seolah-olah mahu menyejukkan ketegangan di Menara Condong Teluk Intan, pada petang Ahad lapor Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan