Anak Sungai Derhaka |
- Video Samseng UMNO kacau dan halau Dyana Sofya tersebar!!.. Saksikan!
- Kita perlu lebih ramai Dyana Sofya dalam politik, kata Marina Mahathir
- Penyokong UMNO ceroboh DUN Pulau Pinang buru ADUN yang kata 'UMNO Celaka'..
- Anak Mahathir puji Dyana Sofya.. Apa macai nak kata?
- Hah!! Depa demo depan HQ dah!! (Video Inside)
- Salahuddin Ayub jelaskan mengapa PAS sokong Dyana Sofya..
- Mengapa Dyana Sofya jadi ancaman kepada UMNO?
Video Samseng UMNO kacau dan halau Dyana Sofya tersebar!!.. Saksikan! Posted: 21 May 2014 07:23 AM PDT Dyana Sofya Mohd Daud petang ini diganggu oleh 'samseng' Barisan Nasional (BN) semasa sesi bertemu pengundi di Kampung Padang Tembak, Teluk Intan. Menurut Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari "Ada cubaan provokasi daripada sekumpulan samseng berbaju dan bertopi BN. Mereka membawa motor dan menghalakan paip ekzos ke arah hadirin. Asap keluar banyak dan bunyi memang kuat. "Jelas mereka lakukan provokasi dan mahu menghalau, tetapi kita tetap teruskan, malah peniaga dan pembeli menasihati kami tidak menghiraukan perlakuan tersebut," TELUK INTAN, 21 MEI: Kempen calon DAP Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud di tapak pasar malam Perumahan Awam Kampung Padang Tembak, petang tadi, kecoh apabila dua pemuda dipercayai upahan BN membuat kacau dengan menghalau dan menghamburkan kata-kata kesat pada beliau dan pimpinan DAP. Dua pemuda itu yang menaiki motor Yamaha RXZ dengan no plat BJF 30 dan Yamaha BHD 5514 datang dan menghalang laluan pasar malam. Kedua-dua mereka meninggikan enjin motorsikal tanpa henti. Salah seorang dari mereka memakai topi berwarna biru dengan logo dan tulisan 'Barisan Nasional' menjerit, "Ini kawasan Melayu, tempat Melayu, blah-blah. Balik! Seorang penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang cuba memenangkan dua samseng tersebut nyaris dipukul. Keadaan reda seketika selepas sekitar 2 minit, namun mereka berdua dan beberapa orang pemuda berbaju Barisan Nasional datang semula di penghujung pasar. Mereka sekali lagi memaki hamun dan menjerit, "Orang kata balik, baliklah. Bila nak habis? Ini tempat aku, tempat Melayu!" Keadaan kecoh dan provokasi melampau samseng BN itu menyebabkan beberapa anggota polis bermotor datang ke tapak pasar malam. Polis menenangkan samseng tersebut, namun tiada sebarang tangkapan dibuat lapor Roketkini.com Nampak sangat samseng BN tu dah selamat menjalani proses pembodohan oleh pemimpin UMNO.. kalau tidak sudah pasti dia tak akan kata "Ini kawasan Melayu, tempat Melayu.. sebab Dyana itu Melayu juga.. Kerana dah selamat menjalani proses pembodohan oleh pemimpin UMNO hanya kerana Dyana calon DAP dianggapnya Dyana itu bukan Melayu.. Yang sorang lagi pulak tu.. aku nampak macam tak kaya sangatpun.. tak malu ke dia nak mengaku "Ini tempat aku" |
Kita perlu lebih ramai Dyana Sofya dalam politik, kata Marina Mahathir Posted: 21 May 2014 05:30 AM PDT Datin Paduka Marina Mahathir enggan dikaitkan dengan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud tetapi mempersoalkan kegagalan Barisan Nasional (BN) melahirkan calon wanita muda. Anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu berkata, beliau menyokong mana-mana calon wanita muda yang bertanding. "Saya tidak kisah apa parti beliau (Dyana), beliau muda, perempuan dan kita jarang lihat ia berlaku. Beritahu saya siapa yang sama tarafnya dalam BN? "Adakah kita memilikinya, atau seseorang. Saya sokong perempuan muda," kata Marinar. Beliau berkata, walaupun banyak calon muda wanita dalam arena politik, contohnya Nurul Izzah Anwar, kebanyakannya adalah daripada pembangkang Pakatan Rakyat (PR) dan bukannya BN. "Ya, tapi beliau (Nurul Izzah) daripada pembangkang, dan tidak semuda Dyana," katanya. Bagaimanapun, Marina enggan memberikan komen atau dikaitkan dengan pandangan ibu Dyana Sofya, Yammy Samad semalam yang mencetuskan perbincangan hangat di media sosial, ketika menjawab mengenai kecaman Dr Mahathir terhadapnya. Yammy berkata, beliau sehabis daya mahu Dyana Sofya mengikut jejak langkah seperti Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tetapi apakan daya perawakan anaknya itu lebih mirip kepada Marina. Sebelum itu, Marina dalam komen di Facebook juga mempertahankan Dyana, selepas dikritik sebagai terlalu mentah dan tidak berpengalaman. Marina memuji Dyana kerana membidas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Razali Ibrahim yang menyentuh polisi pro-Bumiputera dalam Universiti Teknologi Mara (UiTM), dan menyifatkannya sebagai seorang yang 'bijak' dan berada di depan 'melebihi kebanyakan ahli politik'. Dyana Sofya, 27, adalah graduan jurusan undang-undang UiTM. "Gadis ini sangat bijak. Beliau boleh berfikir, petah berkata-kata, dan beliau juga boleh menulis. "Itu sudah tiga perkara, lebih baik daripada kebanyakan ahli politik," kata Marina melalui Facebook. "Saya tidak faham mengapa ramai yang menentangnya hanya kerana beliau muda? Najib Razak (Perdana Menteri) menjadi menteri ketika berusia 26 tahun. Dyana hanya 27 tahun dan bertanding kerusi Parlimen. Kita perlu lebih ramai orang muda kerana mereka bawa idea segar," kata Marina. Dyana Sofya menjadi fenomena selepas DAP, parti berbilang kaum tetapi mempunyai majoriti ahli berbangsa Cina meletakkan calon Melayu bertanding di PRK Teluk Intan. Banyak pihak mengkritik tindakan itu khususnya daripada Umno yang melabel Dyana sebagai pengkhianat dan "cubaan mengelirukan". BN pula meletak calon lama iaitu Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang juga pernah menjadi ahli Parlimen Teluk Intan sebelum ditewaskan oleh calon DAP bagi dua pilihan raya umum berturut-turut. Penamaan calon bagi pilihan raya ini diadakan pada 19 Mei lalu dan pengundian awal ditetapkan pada 27 Mei ini ~ The Malaysian Insider |
Penyokong UMNO ceroboh DUN Pulau Pinang buru ADUN yang kata 'UMNO Celaka'.. Posted: 21 May 2014 12:13 AM PDT Semalam kecoh di hadapan pintu pagar DUN Pulau Pinang bilamana seorang Calon Bebas telah bertindak merempuh kenderaan rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang.. Hari ini pula lebih kecoh lagi bilamana sekumpulan penyokong-penyokong UMNO yang memburu ADUN Seri Delima RSN Rayer yang menggelarkan "Umno celaka" hingga ke dalam Dewan. Ni yang aku dapat semalam... Assalamualaikum & Salam Perjuangan 20 Mei 2014 YB Seri Delima, RAYER A/L PARIASAMY dgn sanggat bongkak dan biadap telah mengeluarkan kenyataan secara berulang kali, bertubi2 dgn penuh perasaan kebencian terhadap orang Melayu & Islam di dlm sidang DUN berbunyi: "UMNO Celaka! Reezal Merican celaka! Melayu2 yg sertai himpunan Mendaulatkan Islam & Mempertahankan Melayu di Bandar Sunway Celaka!" Bila disebut UMNO celaka bermakna ORANG2 MELAYU & BANGSA MELAYU ADALAH CELAKA... ORANG2 ISLAM ADALAH CELAKA... Ayuh kita bangkit dan kita ajar Rayer Paria ini cukup2... Atas nama kita saudara seIslam & ummat Melayu, ayuh kita turun dan berkumpul beramai2 di Depan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang esok Rabu (21/5/2014) pada jam 2:00petang. 1MELAYU DAULAT ISLAM!!! Mohon disebarkan. Antara terlibat dalam perhimpunan itu, ketua wira PERKASA negeri Rizuad Azuddin. Ada daripada kalangan mereka yang berjaya memasuki dewan tempat persidangan berlangsung sementara yang lain cuma menggelar Rayer sebagai "rasis". Walaupun aku tak setuju dengan cara mereka menyerbu dengan menganggap seolah-olah negeri ini milik mereka dan mereka boleh lakukan apa saja yang mereka suka.. Lagipun tujuan mereka hanylah mahu mendesak ADUN Seri Delima, RSN Rayer itu memohon maaf sebab gelar pemimpin UMNO celak..jadi tak payahlah rempuh sampai lingkup pintu pagar tu.. Tapi aku juga tak setuju dengan kata-kata yang telah dikeluarkan oleh RSN Rayer itu... bagi aku bahasa kesat sebegitu sesuai dipakai ditepi-tepi jalan, bukannya dalam Dewan... Gambar-gambar di atas datangnya dari Khairul Nadzmi .. kat bawah ni laporan dari Blogger pembela Guan Eng @ Faqar mengatakan... DUN P.Pinang diceroboh, buru Rayer Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
Jurucakap kumpulan pendesak Melayu yang mahu dikenali sebagai "Abang Yasmin" menuntut R.S.N. Rayer tampil bersemuka selepas ADUN Seri Delima itu didakwa menyebut "celaka Melayu" di DUN, semalam. Selepas mengadakan sidang media di sini, mereka bersurai atas syor beberapa anggota polis yang muncul kemudian. Dulu.. orang tua-tua kata.. "Kerana pulut, santan binasa... kerana mulut, badan binasa... sekarang pulak dah jadi "Kerana mulut, pagar binasa... |
Anak Mahathir puji Dyana Sofya.. Apa macai nak kata? Posted: 20 May 2014 10:31 PM PDT Anak kepada bekas perdana menteri, Datuk Marina Mahathir memuji calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud yang menurutnya lebih baik daripada kebanyakan ahli politik sedia ada. "Gadis ini sangat bijak. Beliau boleh berfikir, petah berkata-kata, dan beliau juga boleh menulis. "Itu sudah tiga perkara, lebih baik dari kebanyakan ahli politik," katanya dalam satu tulisan di Facebook. Beliau merujuk kepada satu tulisan Dyana yang disiarkan di laman The Malay Mail Online, berhubung pendirian peguam muda itu dalam isu kemasukan pelajar ke Universiti Teknologi MARA (UiTM). Selain itu, Marina yang dikenali sebagai aktivis sosial, turut menafikan tanggapan bahawa beliau juga akan menyertai DAP, seperti Dyana. Beliau malah menganggap perkara itu sebagai satu jenaka dan berkata, tanggapan itu timbul ekoran salah tafsir ke atas satu kenyataan oleh ibu Dyana, Yammy Samat. "Kononnya ada orang kata saya akan sertai DAP... Ini perkara paling kelakar yang saya pernah dengar sejak sekian lama. "Saya rasa ada orang salah tafsir apa yang ibu Dyana katakan. "Tidak, saya tidak sertai mana-mana parti politik. Itu bukan satu-satunya cara untuk berkhidmat kepada negara. "Dan saya tidak (berminat) untuk bercakap mengenai politik sepanjang masa. Kadang-kadang saya hanya mahu bercakap tentang tenis," katanya lapor Malaysiakini |
Hah!! Depa demo depan HQ dah!! (Video Inside) Posted: 20 May 2014 08:50 PM PDT Walaupun tindakan mereka ini sedikit-sebanyak akan mencalarkan imej PKR adalah tidak patut mereka-mereka yang mengadakan demo di hadapan Ibu Pejabat PKR dipersalahkan sepenuhnya.. Ada yang mengatakan perbuatan ini umpama memberikan peluru kepada UMNO/BN, tetapi jika suara ahli -ahli ini didengar, dipanggil untuk berbincang secara aman, adakah akan ada demo ini? Mereka inilah yang perlu PKR hargai bukannya pemimpin-pemimpin yang dah jadi YB dan ramai dah mula tak sedar diri dan merasakan diri mereka hebat.. Hakikatnya mereka berada di atas bukannya kerana kehebatan mereka tetapi kekuatan dan kehebatan ahli-ahli biasa yang bekerja untuk menaikkan mereka.. Walaupun jumlah mereka kelihatan kecil.. namun percayalah seorang ahli jauh lebih bernilai dari seorang YB.. Mereka hadir setelah kebanyakkan laporan mereka tentang salahlaku semasa Pemilihan PKR2014 disapu ke bawah karpet.. Malah kalau hendak dibukukan boleh dibuat novel rasanya, videonya pula boleh dijadikan sinetron bersiri - siri.. sekurang-kurangnya 20 episod. Jadi inilah jalan terakhir buat mereka bagi meluahkan rasa tidak puas hati itu.. mengadakan demonstrasi aman di hadapan Ibu Pejabat PRK malam semalam. Malaysiakini melaporkan.. Sekumpulan anggota PKR yang tidak puas hati dengan perjalanan pemilihan parti itu mengadakan bantahan di luar ibu pejabat PKR di Petaling Jaya malam tadi, dengan mencemuh pemimpin parti yang sedang mengadakan mesyuarat biro politik. Mereka menjadikan penyandang kerusi Timbalan Presiden Azmin Ali dan Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin sebagai sasaran masing-masing. "Panggil dia (Azmin Ali) turun! Semua orang nak dengar (penjelasannya)!" jerit seorang lelaki. "Kita lawan tetap lawan, dia (Zuraida) tak lawan. Lawan nak menang kedudukan saja buat apa?" kata seorang lagi wanita. Kemudian seorang lelaki tampil tidak puas hati dengan gelaran negatif diberikan kepada mereka. "Hari ini saya sedar saya seorang pengkhianat, dan saya percaya semua yang bersama saya adalah pengkhianat. "Ini semua pengkhianat daripada (zaman reformasi) 1998, yang disingkirkan sebagai pengkhianat," katanya. Bantahan itu bermula sekitar jam 8 malam apabila anggota parti daripada beberapa negeri berhimpun dan menghantar memorandum untuk sebuah pilihan raya baru... Mereka juga menuntut beberapa pemimpin kanan, termasuk Azmin dan Saifuddin Nasutin yang mencabarnya dipecat. Turut menjadi sasaran kemarahan Zuraida dan kesemua anggota jawatankuasa pemilihan parti yang diketuai oleh Datuk Johari Abdul. ... Bagaimanapun Ketua Umum PKR yang berada di Ibu Pejabat pada masa kejadian telah turun untuk menenangkan keadaan.. Dan merayu agar mereka pulang kerumah masing-masing... Dimana KEADILAN?? |
Salahuddin Ayub jelaskan mengapa PAS sokong Dyana Sofya.. Posted: 20 May 2014 05:30 PM PDT Pas menyokong calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud untuk PRK Parlimen Teluk Intan berdasarkan persefahaman dalam PR. Demikian reaksi Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub ketika diminta mengulas kenyataan Dyana yang menyatakan akan menentang bil mengenai hudud yang dibentang Pas di Parlimen nanti jika memenangi PRK itu. Salahuddin berkata, Pas tidak boleh halang hak Dyana untuk mengeluarkan kenyataan yang berpihak kepada partinya meskipun ia bersifat penentangan terhadap apa yang diperjuangkan Pas. "Ini bukan perkara baru. Merujuk pada DAP, sejak hari pertama kita kenal, mereka memang tidak pernah sokong hudud. Namun ini tidak menggugat pendirian Pas untuk terus bersama DAP dalam perkara-perkara yang diperjuangkan bersama, juga tidak akan menjejaskan usaha Pas untuk terus perjuangkan hudud. "Dyana calon DAP, tentu dia sokong pendirian parti dia. Takkan dia buat kenyataan sokong Pas," katanya. Dyana dalam temu bual bersama media semalam menyatakan, jika menang pilihan raya ini, beliau akan membantah rang undang-undang persendirian (private bill) yang akan diusulkan Pas di Parlimen, yang jika diluluskan akan membolehkan undang-undang berasaskan hudud dilaksanakan di Kelantan. Menurut Dyana, pendiriannya itu sama dengan pendirian partinya. Menjelaskan lebih lanjut mengenai kenyataannya itu, Dyana berkata, beliau bagaimanapun tidak menentang hudud secara keseluruhan, cuma beranggapan pelaksanaan undang-undang berteraskan Islam di Malaysia tidak sesuai buat masa ini selagi masalah berkaitan sosio ekonomi tidak diatasi. Dalam pada itu, Salahuddin berkata, hudud juga bukan isu besar dalam PRK Teluk Intan yang boleh menjejaskan sokongan kepada PR. "Gerakan dan MCA juga menentang hudud. Tetapi hal itu biar mereka selesaikan sendiri. "Bagi Pas, kita tidak ada masalah. Hudud tidak menggugat kerjasama kita dalam PR dan bukan isu besar dalam PRK ini," katanya lapor Sinar Harian |
Mengapa Dyana Sofya jadi ancaman kepada UMNO? Posted: 20 May 2014 03:30 PM PDT Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan sepatutnya diadakan untuk merebut kerusi Parlimen tetapi kini menjadi medan pertempuran antara Dyana Sofya Mohd Daud dengan Umno apabila pencalonannya di atas tiket DAP dipertikaikan. Kemunculan Dyana mencetuskan kebimbangan beberapa pemimpin Umno, daripada Tun Dr Mahathir Mohamad sehinggalah Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil – kedua-duanya mempertikaikan penyertaan orang baru dalam politik itu kerana tidak menyertai Umno. Malah Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali juga menggunakan "tangan kotornya" masuk campur dengan menggesa Gerakan menggunakan gambarnya bersama calon muda berusia 27 tahun itu sebagai bahan kempen. Namun Gerakan menolak cadangan menggunakan gambar itu sebagai kempen untuk memenangkan presidennya Datuk Mah Siew Keong, juga calon Barisan Nasional (BN) dalam PRK 31 Mei ini. Mengapa Umno terlalu gentar dengan graduan undang-undang daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini, yang ibunya juga merupakan ahli Umno? Beberapa alasan mungkin boleh menjadi sebabnya. Pertama. Pencalonan Dyana Sofya di atas tiket DAP membuktikan bukan Umno sahaja parti untuk Melayu, selain daripada PKR dan PAS. Lebih-lebih lagi apabila semakin ramai rakyat Malaysia melihat diri mereka sebagai bangsa Malaysia dan tidak lagi membezakan diri mengikut kaum. Semakin banyak perkara ini terjadi, Umno dan parti berasaskan kaum lain termasuk pertubuhan seperti Perkasa akan kekurangan ahli dan mungkin semakin pupus, malah menjadi semakin tidak relevan di Malaysia. Dr Mahathir, Shahrizat dan Ibrahim juga tidak mampu menghalangnya kerana ini akan menjadi penghujung sejarah Umno dan kuasanya dalam politik Malaysia. Kedua. Kata-kata Dr Mahathir benar, generasi muda sudah lupa tentang perjuangan pemimpin Umno dan ahlinya. Mungkin ini disebabkan Umno lama sudah dibatalkan pendaftarannya ketika di bawah pemerintahan bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu. Umno hari ini cuma bayangan samar perjuangan Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak Hussein memerdekakan Tanah Melayu pada tahun 1957. Umno sekarang percaya segalanya adalah milik mereka dan cuma memberikan sisa baki untuk dikongsi dengan yang lain. Dan setiap hari, Umno memberi satu sebab untuk rakyat Malaysia membenci mereka. Setiap hari. Ketiga. Pencalonan Dyana Sofya membuktikan ada parti politik di luar sana yang berani mempertaruhkan anak muda dan idealisme daripada hanya bergantung kepada ahli politik berpengalaman untuk menguji kekuatan mereka. Dalam DAP tak perlu beratur panjang untuk jadi calon, tidak seperti BN apabila presiden dan pemimpin tertinggi menjadi calon pilihan dan mengenepikan ahli parti muda. Mungkin juga BN ketandusan bakat muda untuk diketengahkan menjadi calon. Masa depan Malaysia milik generasi Dyana Sofya, bukan individu yang pernah diuji kekuatannya dan mahu kekal berkuasa. Keempat. Pencalonan Dyana Sofya membuktikan graduan muda daripada universiti tempatan seperti UiTM juga mempunyai kebijaksanaan, keberanian dan ciri kepimpinan dalam menentukan nasib sendiri dan tidak mengikut telunjuk ibu bapa. Generasi muda seperti ini mampu berfikir dan tahu mereka boleh melakukan perubahan. Mereka dahagakan perubahan dan enggan berpeluk tubuh. Pemikiran mereka tidak seperti ahli tipikal BN yang hanya menurut perintah dan cuma mampu sabar menunggu diberikan peluang untuk menyinar dalam politik. Cuma segelintir sahaja yang mempunyai pertalian dengan pemimpin boleh berjaya dalam BN. Keadaan berbeza dengan DAP atau parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR) yang terpaksa meletakkan calon muda kerana tak ramai yang sanggup bertanding. Jika ramai rakyat Malaysia, terutamanya golongan Melayu mengikut jejak langkah Dyana Sofya, karier politik Umno akan sampai ke penghujung. Umno tidak akan membenarkan perkara itu terjadi, dan disebabkan itu mereka perlu memalukan, mengutuk, mengganggu dan mencalarkan imej Dyana Sofya supaya tidak akan ada lagi yang mengikut langkah beliau. Kejayaan dan kemenangannya di Teluk Intan nanti bukan hanya untuk DAP mengekalkan kerusinya di Parlimen atau isu anak muda Melayu menjadi ahli Parlimen DAP. Ia juga bakal membuktikan Umno tidak lagi boleh menegaskan parti itu sebagai satu-satunya platform untuk Melayu mengekalkan kuasanya sebagai pemerintah Malaysia. Sungguh menyedihkan apabila melihat Umno kini berjuang menentang seorang wanita muda hanya untuk mengekalkan kuasa ~ The Malaysian Insider |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan