Selasa, 20 Mei 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Bila Mahathir lupa Marina itu anaknya..

Posted: 20 May 2014 05:30 AM PDT


Semalam, Bernama melaporkan Dr Mahathir meluahkan kekecewaannya apabila calon yang diletakkan DAP itu datang daripada keluarga yang menyokong perjuangan Umno sejak sekian lama.

"Kalau datang daripada keluarga pembangkang tidak jadi apa. Kerana sejak kecil diajar membenci Umno.

"Kalau anak orang Umno depa tidak cakap pada anak depa pasal apa Umno ni ada sejarah Umno semua, jadi bila dia besar dia bebaslah hendak buat apa sahaja," kata Dr Mahathir.

Ketika Mahathir bercakap mungkin dia terlupa akan anaknya yang bernama Marina itu...

Bagaimanapun kekesalan bekas Perdana Menteri kerana Dyana Sofya Mohd Daud menjadi calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan dijawab sendiri oleh ibunya, Yammy Samad.

Yammy berkata beliau sehabis daya mahu Dyana mengikut jejak langkah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tetapi apakan daya perawakan anaknya itu lebih mirip kepada Datin Paduka Marina Mahathir.

"Saya cuba didik anak saya jadi Mukhriz‎, tetapi apabila dia sudah besar dia jadi Marina.

"Saya beri kebebasan kepada anak saya untuk memilih mana baik dan mana buruk. Dia sudah dewasa dan sudah boleh memikirkannya," katanya semasa sesi bertemu pengundi hari ini.

Yammy berkata Dyana berhak menentukan masa depannya sendiri, hatta untuk memilih suami yang bukan daripada kalangan Melayu.

Katanya, tiada gunanya memaksa apa yang perlu dibuat oleh anaknya jika semua yang diusahakan anaknya itu nanti akan bertemu kegagalan.

"Saya bebaskan dia memilih. Kalau dia hendak pilih suami pun saya bebaskan, inikan pula memilih parti. 

"Dia hendak kahwin, terpulang pada dia. Dia hendak kahwin dengan Melayu, Cina dan India jika bersesuaian. Kalau saya paksa berakhir dengan kegagalan buat apa?" katanya.

Beliau berkata tiada apa yang perlu ditakutkan anaknya menyertai DAP kerana parti itu bukan terdiri daripada orang Cina sahaja.

Katanya, Dyana dilahirkan sebagai orang Islam dan akan terus ke akhirnya berada dalam akidah agama. 

"Kenapa pula jauh daripada Islam? Anak saya dilahirkan Islam. Dia akan selama-lamamanya Islam. 

"Pasal apa hendak lari (akidah)? Dalam DAP bukan semuanya Cina. Macam-macam agama ada," katanya.

Ketika ditanya adakah anaknya itu nanti akan memperjuangkan Melayu menerusi DAP, Yammy berkata: "Insyaallah.

Mengulas mengenai sokongan orang Melayu terhadap Dyana, Yammy berkata penduduk di kawasan itu lebih gemar menyatakan sokongan secara diam seperti menerusi SMS atau pun e-mel.

"‎Sokongan dalam diam mereka melalui e-mel, hantar SMS beribu. Saya takut telefon saya meletup," katanya ~ The Malaysian Insider

Gagal bertemu Guan Eng, Calon Bebas Bukit Gelugor stunt atas kereta Guan Eng.. (Video Inside)

Posted: 20 May 2014 12:23 AM PDT


Kononnya menurut pembantu Calon Bebas Bukit Gelugor, Abu Backer telah dilanggar oleh kenderaan rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang..

Tapi sebenarnya menurut beberapa saksi dan sahabat yang merakamkan gambar-gambar ini bukannya Kenderaan Guan Eng yang melanggarnya tapi dia sendiri yang merempuh kereta Guan Eng..

Dah rempuh lepas tu terguling-guling atas jalan... puncanya hanya kerana Guan Eng tak hingin nak jumpa dia...

Kah...kah...kahh... macam budak-budak la pulak..

Bagaimanapun perlu diakui ini adalah satu taktik yang bagus untuk menarik perhatian media...

Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohamad Zan membuat kecoh di hadapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini hanya untuk berjumpa Ketua Menteri Lim Guan Eng.  
Beliau yang menunggu di hadapan DUN sejak jam 12:30 tengah hari bertindak nekad menahan Lim yang mahu beredar dengan kereta kira-kira jam 2 petang.  
Selepas 10 minit Backer yang dihalang oleh sekumpulan pengawal keselamatan DUN kemudiannya 'melanggar' kereta Mercedes Lim dan terus terbaring di atas jalan raya. 

Hal ini menyebabkan kesesakan di Lebuh Light, di hadapan DUN. Lim, pemandu dan pembantu peribadi beliau terus beredar tanpa turun dari kereta itu.  
Abu Backer kemudian mendakwa dilanggar dan mengadu sakit di bahagian rusuk kanannya.  
Ambulans tiba pada jam 2.30 petang membawa beliau ke Hospital Pulau Pinang.  
Pembantu beliau memberitahu Malaysiakini beliau akan membuat laporan polis berkenaan perkara ini.

Sebelum ini Abu Backer mendakwa Guan Eng enggan bertemu beliau walaupun beliau mencuba setiap hari sejak minggu lalu.  
Beliau turut meluahkan perasaan tidak puas hati kerana lawan beliau calon DAP Ramkarpal Singh dapat masuk ke DUN sedangkan beliau hanya dibenarkan berjumpa dengan pegawai DUN.  
"Tidak adil. Saya tak puas hati. Kenapa Ram boleh masuk dan saya tak? "DAP kata mereka kerajaan berkebajikan. Saya calon. Kenapa susah sangat nak berjumpa ketua nenteri saya?" kata beliau sebelum menahan kereta Lim lapor Malaysiakini

Ni gambar-gambar dari Facebook Khairul Nadzmi yang merupakan Pegawai Khas kepada YB Norlela Ariffin ADUN Penanti..



Ni video kejadian dari Malaysiakini...

   

Video dari SInar Harian ni nampak clear bila dia rempuh kereta Guan Eng tu..



Gilo apo dio nih?... Orang Penang kata.. "Akai semua tu...."

Ibrahim Ali nak tumpang populariti Dyana Sofya ke ni?

Posted: 19 May 2014 10:00 PM PDT


Untuk menimbulkan perasaan benci pengundi seterusnya menolak calon DAP, Ibrahim Ali sarankan agar GERAKAN gunakan gambar di atas ni..

Kononnya kata dia pengundi pasti akan menolak Dyana Sofya sebab bergambar dengan dia..

Apa dia ingat orang sekarang bodoh sangat ke nak percaya dengan gambar itu yang diterjemahkannya sebagai calon DAP sokong PERKASA?

Presiden NGO pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali mengalu-alukan Gerakan supaya menggunakan gambar beliau bersama calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai kempen menolak calon parti itu. 
Ibrahim berkata strategi yang sama dilakukan oleh PKR dan DAP dalam pilihan raya kecil DUN Kajang dengan tersebarnya sepanduk gambar pemimpin NGO itu bersama calon BN/MCA. 
"Tujuannya (mencetuskan) provokasi bagi pengundi Cina (supaya) marah MCA/BN kerana bersama PERKASA. Kononnya PERKASA rasis dan anti-Cina. 
"Macamlah DAP tidak rasis. Bila gambar Dyana, calon DAP bergambar dengan saya bersama ibunya Yammy, gambar ini benar. 
"Logiknya pengundi Cina marah dan tidak akan undi calon DAP, kerana DAP ada hubungan dengan PERKASA," katanya dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini pagi ini...


Apalah cetek sangat pemikiran Raja Katak ni.. Dyana bergambar bersamanya pun nak ditafsirkan sebagai DAP sokong PERKASA..

Pasal sepanduk tu.. dah jelas ianya kerana agenda politik MCA terpaksa mengundang penceramah dari PERKASA..

Gambar kat atas ni pulak apa kena mengena dengan politik?.. yang pasti kalau GERAKAN terima pakai cadangan Ibrahim Ali tu..  popular semulalah dia..

Tak cukup anak, Ibu Dyana Sofya pula menjadi mangsa fitnah.. dituduh ada video seks..

Posted: 19 May 2014 05:30 PM PDT


Tak dapat tanduk telinga dipulas.. fitnah anak tak jalan sebab dah kantoi fitnah emak pulak pun jadilah.. mngkin itulah pegangan macai yang menyebarkan fitnah terbaru ini..

Setelah cubaan mereka memfitnah Dyana Sofea gagal dan langsung tidak memberikan kesan, kini ibu Dyana Sofya pula menjadi sasaran.

Tanpa mempedulikan dosa dan pahala sekali lagi "Character Assassination" digunakan terhadap musuh politik mereka biarpun hakikatnya Ibu Dyana Sofya juga dari kelompok mereka..

"Character Assassination" adalah taktik politik kotor yang bukan baru dalam politik negara ini.

Ia berjaya menyelamatkan Mahathir dari dijatuhkan oleh Tengku Razaleigh apabila watak Ku Li telah dibunuh dengan penyebaran visual Ku Li memakai tengkolok salib.

Image itu disiarkan dalam akhbar Utusan dan gambar-gambar nya di sebarkan di masjid-masjid bagi melahirkan kebencian orang Melayu kepada Ku Li ketika itu.

Walaupun Mahathir ketika itu tidak rela tetapi beliau sendiri tidak menghalang tindakan kotor macainya itu yang sedang menghirup keistimewaan jawatan dari anugerah Mahathir sendiri.

Mungkin kerana kecewa bilamana gesaan mereka agar tindakan diambil terhadap ibu Dyana Sofya dipandang remeh oleh pihak atasan, maka fitnah disebarkan mereka.

Terbaru, Ibu Sofya Dyana pula dituduh ada video seks.


Ianya dikatakan dikongsi dan disebarkan oleh pemilik Facebook di atas yang mana link untuk ke Facebook beliau boleh dilihat di SINI


A. Kadir Jassin mahu Pemimpin UMNO cermin diri sebelum kutuk Dyana..

Posted: 19 May 2014 03:30 PM PDT


Barisan Nasional (BN) perlu mengkaji trend anak Melayu muda dan berpendidikan tinggi menyertai parti DAP daripada terus menghentam calon Pakatan Rakyat (PR) Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud, kata bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press.

Datuk A Kadir Jasin berkata, pemimpin BN sebaliknya perlu cermin diri dan menilai semula punca anak muda Melayu kini semakin tertarik menyertai DAP.

"Ketika penulis blog upahan dan tukang kempen BN sibuk menghabiskan masa memfitnah Dyana, mereka sepatutnya memahami kenapa perkara sebegini boleh terjadi. Kenapa Melayu terpelajar menyertai DAP?

"Daripada menutup kelemahan dengan menyalahkan orang lain, mereka perlu nilai semula diri mereka dan tidak sepatutnya menghina rakyat," katanya dalam tulisan di blognya hari ini.

Kadir tidak menolak kemungkinan wujudnya faktor daya tarikan kuat yang menyebabkan anak muda Melayu seperti Dyana yang mempunyai latar belakang keluarga Umno berminat menyertai DAP secara aktif.

"Sebelum ini bekas menteri Umno menyatakan program latihan DAP menarik minat ramai peserta Melayu muda dan kebanyakannya berpendidikan tinggi," katanya.

Beliau merujuk kepada kenyataan Ketua Wanita Umno yang juga bekas Menteri Wanita, Keluarga, dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang memperkecilkan Dyana kerana tidak menyedari dirinya dijadikan boneka DAP semata-mata untuk berkuasa.

Dyana bagaimanapun menyelar kenyataan Shahrizat dan mengaitkannya sebagai contoh kegagalan Wanita Umno memartabatkan golongan wanita dalam politik.

Dyana yang menyertai DAP sejak 2011 menarik perhatian dunia politik tempatan selepas dinamakan sebagai calon DAP bagi PRK Teluk Intan ekoran kematian penyandang Seah Leong Peng pada 1 Mei kerana kanser.

Gadis berumur 27 tahun itu bakal menjadi wanita Melayu pertama memegang kerusi Parlimen DAP jika menang dalam pilihan raya kecil ini.

"Memiliki raut wajah yang muda dan cantik mungkin memberi kelebihan pada Dyana.

"Tetapi pasti ada sesuatu yang lebih daripada itu. Secara hakikatnya, pada saya tarikan utama adalah beliau sebagai perempuan muda Melayu mewakili parti pembangkang yang didominasi kaum Cina," katanya.

Wartawan veteran itu turut memuji Gerakan kerana tidak gentar berdepan dengan DAP di kerusi Teluk Intan, berbeza dengan tindakan MCA di Bukit Gelugor.

"Tahniah Gerakan kerana tidak lari daripada tanggungjawab dan tidak memalukan maruah sebagai parti komponen yang lama dalam BN.

"Encik Mah (Siew Keong), saya puji keberanian kamu. Itulah anak jantan. Tidak seperti MCA yang kuat merajuk, kamu tidak mengecewakan penyokong sendiri," katanya merujuk kepada Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong.

Mah pernah memenangi kerusi Teluk Intan semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 dan 2004 namun kalah dengan calon DAP, M Manogaran pada 2008 dengan beza 1,470 undi dan Seah pada 2008 dengan beza 7,313 undi.

Mohamed Nabi Bux yakin menang di Bukit Gelugor..

Posted: 19 May 2014 09:49 AM PDT


Keyakinannya ini berdasarkan faktor kononnya 70 peratus pengundi di kawasan Parlimen Bukit Gelugor dikatakan memberikan sokongan kepadanya...

Kalau berdasarkan reaksi yang baik yang diterimanya semasa berkempen dijadikan sebagai asas culaannya itu.. maka malanglah dia..

Sebabnya reaksi yang baik belum boleh dijadikan sebab beliau akan disokong..

Sebelum PRU13 dulupun Najib dan BN nampak seperti disokong oleh warga Pulau Pinang tapi sebenarnya tidak disokongpun... kecuali oleh macai-macai...

Calon Bebas pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar yakin akan mendapat sehingga 70 peratus undi di kawasan berkenaan.

Mohamed Nabi Bux, 63, berkata beliau bukan sahaja mendapat sokongan daripada orang Melayu di Parlimen Bukit Gelugor malah kaum lain juga memberi maklum balas yang baik sepanjang siri kempennya sejak penamaan calon pada Isnin lepas.

"Sokongan dan maklum balas yang diterima sangat baik dan boleh dikatakan setiap tempat yang saya pergi berkempen memberi reaksi yang baik," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pasar Malam Kampung Melayu, Air Itam di sini hari ini.

Ditanya mengapa beliau begitu yakin akan menang, Mohamed Nabi Bux berkata ia berdasarkan manifestonya dan sepanjang berkempen beliau tidak pernah menabur janji.

PRK Parlimen Bukit Gelugor Ahad ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Mohamed Nabi Bux dan Ramkarpal Singh Deo (DAP) serta calon Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan dan seorang lagi calon bebas Abu Backer Sidek Mohamad Zan. - Bernama

Tiada ulasan: