Anak Sungai Derhaka |
- Bekas Setiausaha Wanita UMNO Bahagian Ipoh turut sokong Dyana sebagai Calon DAP..
- Dyana gigit tangan yang berinya peluang?.. MP BN patut belajar dari pelajar-pelajar UiTM ini...
- Bila Utusan lapor Tan Sri Khalid dimaki ahli PKR...
Bekas Setiausaha Wanita UMNO Bahagian Ipoh turut sokong Dyana sebagai Calon DAP.. Posted: 18 May 2014 06:25 AM PDT "Saya tetap ahli UMNO, saya tidak akan sekali-kali keluar UMNO, melainkan saya dipecat oleh UMNO," kata Yammy Samat, ibu kepada calon DAP Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud. Bekas Setiausaha Wanita UMNO Bahagian Ipoh itu berkata, walaupun berlainan parti dengan anaknya, sebagai ibu, beliau wajib menyokong dan membantu Dyana Sofya menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) tersebut. Katanya, dengan memberi dan mencurahkan sokongan kepada calon DAP yang juga anaknya, ia tidak bermakna beliau belot kepada parti, malah UMNO harus faham hati seorang ibu. "Tidak ada seorang pun ibu di dunia ini mahu melihat anaknya tidak berjaya. Saya mahu anak saya berjaya. Oleh itu, untuk pastikan dia berjaya, saya kena turut memberi sokongan dan membantunya. "Kalau UMNO menganggap perbuatan saya ini melanggar etika parti, terpulang kepada mereka (UMNO) untuk mengambil tindakan. Yang penting, saya mesti tolong anak saya menang," katanya. Dyana Sofya, 27, seorang peguam muda dan juga Setiausaha Politik Lim Kit Siang dipilih pucuk pimpinan DAP sebagai menjadi calon Melayu parti itu pada PRK Parlimen Teluk Intan melawan calon Barisan Nasional (BN) iaitu Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong. Menurut Yammy, beliau tidak bersetuju jika dikatakan sebagai pembelot hanya kerana memberi sokongan kepada anaknya yang berlainan parti, kerana jika mengikut kategori belot, dalam UMNO sendiri pun tidak sedikit yang berbuat demikian. Ditanya, adakah beliau kecewa kerana tidak pernah dipilih sebagai calon oleh parti untuk bertanding pada mana-mana pilihan raya, Yammy berkata: "Saya tak pernah kecewa, kalau saya kecewa dah lama saya keluar UMNO, menyertai DAP. Bukan Dyana yang masuk DAP, saya yang akan masuk DAP dulu. "Abang saya pun Ketua Cawangan UMNO dan saya adalah antara wanita pertama dilantik oleh UMNO sebagai Setiausaha Wanita Bahagian. Cuma masyarakat atau parti kena ingat, dalam sesebuah negara memerlukan pembangkang. "Dalam satu keluarga pun akan ada seorang dua pembangkang, tidak ada satu keluarga yang sealiran. Macam setandan pisang…," katanya yang berpendapat sudah sampai masanya parti memberi peluang kepada anak muda untuk menjadi pemimpin. Kata beliau, zamannya sebagai pemimpin sudah berlalu dan parti wajar memikirkan alternatif yang lebih maju ke hadapan iaitu mengetengahkan anak muda dan memberi peluang kepada mereka menunjukkan kepimpinan. "Kita yang sudah 'senja' (veteran) ini, jangan masih ada lagi sikap daalam diri hendak berebut jawatan. Bagilah kepada anak muda. "Ketika peluang ini datang dalam keluarga saya, saya ambil sepenuhnya kesempatan ini. Takkan saya nak buang anak saya kerana parti, lagipun belum tentu parti akan menghargai jasa saya selama ini," katanya. Jelas Yammy, beliau tidak kisah kalau dicemuh oleh masyarakat dan ahli parti sendiri kerana tindakannya menyokong Dyana Sofya kerana sebagai ibu, sudah pasti impiannya hendak melihat anaknya berjaya lapor MalaysiaGazette |
Dyana gigit tangan yang berinya peluang?.. MP BN patut belajar dari pelajar-pelajar UiTM ini... Posted: 17 May 2014 10:30 PM PDT Kalau ikut cakap Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah ni.. maka tak akan merdeka dan bebaslah negara kita ini dari penjajahan British.. Katanya Dyana Sofya mendapat didikan di UiTM sebuah institusi yang lahir hasil daripada Dasar Ekonomi Baru dan diperjuangkan Umno, malangnya beliau bukan saja tidak bersyukur malah mengigit pula tangan yang memberi beliau peluang belajar. Mungkin beliau terlupa atau memang tak tahu yang Tengku Abdul Rahman dulu mendapat pendidikan dari British negara yang menjajah tanah air kita. Jadi Tengku tidak sepatutnya juga melawan Kerajaan British untuk mendapatkan kemerdekaan negara kerana tindakannya itu bukan saja tidak bersyukur malah mengigit pula tangan yang memberi beliau peluang belajar.. Lagipun dalam kita taat kepada negara tidak semestinya kita taat kepada Kerajaan kerana Kerajaan boleh berubah tetapi negara ini akan tetap kekal sebagai Malaysia.. Dyana gigit tangan yang berinya peluang Selain itu aku rasa Ahli Parlimen dari UMNO itu patut belajar dari budak-budak UiTM ini.. baca apa pendapat mereka dalam hal ini.. Taat kepada negara tetapi sokong parti hak individu Ni satu lagi kenyataan juga dari bekas pelajar UiTM dah jadi ADUN Seberang Jaya dah dia ni.. |
Bila Utusan lapor Tan Sri Khalid dimaki ahli PKR... Posted: 17 May 2014 07:00 PM PDT Apa yang perlu kita tahu ialah Utusan ini ialah media yang dikuasai oleh UMNO dan dikawal oleh Kerajaan Barisan Nasional. Sebelum PRU13 lalu, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah menyeru agar penerbitan ini diboikot kerana banyak laporan yang disiarkannya mengenai ucapan pemimpin PR telah diputar belit.. Walaupun pemimpin PR menggesa agar Utusan diboikot tapi aku peduli apa... aku baca juga dengan tidak membelinya. Aku tertarik dengan cara Utusan melaporkan tentang Pemilihan PKR 2014 ini.. banyak yang tidak mahu disiarkan oleh media Pro PR disiarkan oleh Utusan. Cara laporannya disiarkan juga kadang-kadang membayangkan ada pemimpin tertentu di dalam PKR yang seolah0olah disokong oleh pihak mereka dan mereka mahunya menang.. Pihak mereka sedaya upaya menyiarkan berita-berita yang positif sahaja mengenai calon itu dan laporan yang amat negatif mengenai calon yang menentang. Contoh dalam hal ini ialah laporan mengenai Tan Sri Khalid kononnya telah dimaki oleh ahli PKR Cabang Kuala Selangor.. Ada sebab rupanya... pihak Utusan menyiarkan laporan negatif tentang TS Khalid ketika beliau sedang berada dalam kedudukan positif... Baca laporan di bawah ni.. Pemilihan PKR: Jumlah undi Khalid atasi Azmin |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan