Khamis, 1 Mei 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


GST akan diteruskan sebab Kerajaan dah buat persiapan selama 30 tahun kata Ahmad Maslan..

Posted: 01 May 2014 08:00 AM PDT


Kerajaan akan tetap melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April tahun depan, meskipun dibantah sesetengah pihak.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, menjelaskan sudah hampir 30 tahun kerajaan membuat persiapan bagi tujuan itu.

Sambil menyifatkan perhimpunan membantah GST sebagai tidak wajar, Ahmad berkata penganjur perhimpunan seharusnya menggunakan pendekatan lebih baik untuk menyuarakan pendapat mereka.

"Mereka sepatutnya mengemukakan memorandum berhubung perkara itu, ini (bantahan) hanya bertujuan untuk mempolitikkan segala perkara baik yang kerajaan mahu laksanakan", katanya.

GST yang dikenakan pada kadar enam peratus untuk menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan, dikecualikan ke atas barangan makanan asas seperti beras, gula, garam, tepung dan minyak masak.

Barangan dan perkhidmatan lain yang turut dikecualikan ialah perkhidmatan kerajaan seperti pengeluaran pasport, lesen dan perkhidmatan kesihatan.

Ahmad Maslan berkata, GST bukan perkara baru, malah 90 peratus penduduk dunia telah mengamalkannya.

Jelasnya, kadar GST yang bakal dikenakan juga adalah antara yang terendah di dunia.

"Prinsip yang perlu semua fahami adalah cukai itu diproses daripada rakyat dan dikembalikan semula kepada rakyat untuk tujuan pembangunan sosial dan ekonomi mereka.

"Kerajaan tak simpan duit itu kerana kita akan kembalikan kepada rakyat melalui bajet tahunan", katanya lapor The Rakyat Post

SAMM nafikan kekecohan dicetus anggotanya.. jadi dari mana asalnya kumpulan ini? (Video Inside)

Posted: 01 May 2014 05:29 AM PDT


Hebat kumpulan ini... orang demo mereka juga berdemo tapi selalunya jika demo yang dianjurkan oleh baik pihak NGO Pro PR atau PR sendiri.. provokasi macam manapun susah nak tercetus pergaduhan..

Tambahan pula dengan pihak media, sebab kebanyakkan yang hadir faham apa itu tugas media dan hormat akan tanggungjawab yang dipikul oleh petugas media..

Tetapi hari ini muncul sekumpulan anak muda yang dikatakan menggelarkan diri mereka sebagai 'Anarki' yang tidak diketahui dari mana asalnya..

Lebih menarik lagi majoriti ahli kumpulan mereka yang turut menyertai demo itu menutup wajah mereka dan paling menarik lagi mereka ada bom asap..

Siapa sebenarnya mereka??

Laporan berkaitan..

Sejurus selepas Perhimpunan 1 Mei berakhir, berlaku pertempuran‎ yang melibatkan antara kumpulan anak muda dan petugas media.

Kumpulan anak muda yang dianggarkan seramai 50 orang itu dilihat berpakaian hitam dengan membawa sepanduk‎ "Unite against racism global", berarak sekitar Dataran Merdeka dengan membakar suar.


Bagaimanapun pergaduhan berlaku apabila kumpulan tersebut melanggar kamera media hingga menyebabkan pertengkaran mulut berlaku.

Bagaimanapun keadaan menjadi tegang apabila seorang kumpulan dari anak muda tersebut cuba bertindak mengasari petugas media dengan cuba menarik kamera jurukamera tersebut.

Kumpulan anak muda yang dipercayai daripada gerakan anarki itu kemudiannya memanggil media dengan kata-kata kesat seperti "media anjing" dan "inikah namanya kebebasan media‎".


Pergaduhan berlaku kira-kira selama 3 minit sebelum keadaan menjadi terkawal semula‎. Bagaimanapun polis hanya menyaksikan kejadian itu tanpa mengambil sebarang tindakan.


Pengerusi Solidariti Anak ‎Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham yang ditemui selepas itu menafikan kumpulan anak muda itu daripada SAMM dan menyatakan kekesalan dengan insiden tersebut.

"Siapa tidak pasti, kalau betul berlaku saya cukup kesal dengan apa terjadi namun apa yang pasti saya cuba mengawal sebaik mungkin," katanya.

Beliau juga berkata SAMM menghormati semua semangat berhimpun anak muda.

"Bagi pihak SAMM, kami meminta maaf sekiranya benar media dikasari‎, pihak kami dari mula perhimpunan tidak ada apa-apa yang berlaku, dan saya juga tidak nampak pergaduhan itu.

"Daripada SAMM, kita mengawal dan bertanggunjawab sepenuhnya," katanya lapor The Malaysian Insider

Bekas pemuzik kumpulan rock terlibat kumpulan militan di Syria lapor Utusan

Posted: 01 May 2014 01:00 AM PDT


Puluhan rakyat Malaysia dipercayai terbabit dengan kumpulan militan di Syria termasuk seorang bekas pemuzik satu kumpulan rock terkenal tahun 1990-an, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Akhbar itu yang memetik daripada sumber keselamatan berkata, rakyat Malaysia itu dikatakan terpengaruh dengan perjuangan 'jihad' yang membolehkan mereka mati syahid dalam perang saudara di negara Islam tersebut.

Berjuang atas nama 'jihad', mereka dipercayai dilatih secara ala tentera menggunakan senjata api terlebih dahulu sebelum berlepas ke Syria menaiki penerbangan sama ada melalui Turki, Jordan dan Lebanon.


Malah dipercayai terdapat rakyat Malaysia yang terlibat dengan kumpulan militan itu terbunuh ketika berperang.

Utusan Malaysia melaporkan, sumber berkenaan berkata, siasatan polis mendapati 10 individu dipercayai ahli kumpulan militan yang ditahan polis dalam operasi khas di Kedah dan Selangor pada Ahad dan semalam mempunyai kaitan dengan gerakan penentang rakyat Malaysia di Syria.

Sumber keselamatan itu mendakwa, kumpulan tersebut berjihad ke Syria setelah terpengaruh dengan dakwaan mengatakan Presiden, Bashar Al Assad menindas para ulama.

"Mereka tidak sedar pemberontakan tersebut anjuran pihak Barat menjatuhkan Bashar kerana menyokong Iran dan menentang Israel.

"Siasatan turut mendapati rakyat di negara ini yang terlibat dalam kumpulan tersebut dilatih secara ala tentera menggunakan senjata api sebelum berlepas ke negara berkenaan" katanya dipetik dalam Utusan Malaysia, hari ini.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan mengambil pendirian tegas menetapkan larangan rakyat Malaysia mencampuri urusan negara lain dan sekiranya hasil siasatan mendapati ada yang terlibat maka tindakan undang-undang akan dikenakan.

"Pihak berkuasa kini sedang memburu saki baki ahli kumpulan terbabit yang merancang untuk berjihad di Syria bagi menyekat kegiatan mereka," kata sumber itu kepada Utusan Malaysia.

Pada 27 April lalu, polis menahan 9 individu dipercayai ahli kumpulan militan dalam beberapa serbuan di Selangor dan Kedah.

Antara ditahan ialah seorang wanita yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan militan tersebut.

Syria berdepan dengan perang saudara yang bermula sejak awal 2011 menerusi kebangkitan yang dipengaruhi oleh bantahan serentak di rantau Timur Tengah.

Kumpulan penentang yang wujud di negara itu, antaranya menyasarkan peletakan jawatan Bashar dan mendakwa pentadbiran presiden itu adalah regim kuku besi yang menghalang kebebasan politik, bersuara dan berhimpun lapor The Malaysian Insider

Lagi Ahli Parlimen DAP Teluk Intan meninggal dunia..

Posted: 30 Apr 2014 09:00 PM PDT


Ahli Parlimen Teluk Intan dari DAP, Seah Leong Peng  meninggal dunia pagi ini kerana penyakit barah.

Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai mengesahkan perkara tersebut dan akan mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi, lapor The Star Online.

Seah, dilantik menjadi ahli Parlimen penggal pertama selepas memenangi kerusi Teluk Intan pada Pilihan Raya Umum 2013 apabila menewaskan Pengerusi Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dengan 7,313 majoriti undi dalam perebutan tiga penjuru.

Mendiang memperolehi 27,399 undi sementara Mah mendapat 20,086 sementara calon bebas, K Moralingam menerima 279 undi.

Beberapa pemimpin DAP menyatakan kesedihan dan ucapan takziah di laman sosial Twitter.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara, Ng Sze Han menulis dalam Twitternya:"RIP YB Seah Leong Peng kita kehilangan lagi seorang pemimpin yang baik."

Manakala Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dalam status Twitternya menulis:"Moga Tuhan menenangkan jiwanya dan orang yang menyayanginya."

Mendiang sebelum ini adalah Adun Pasir Bedamar di Perak selama tiga penggal dan sebagai exco di negeri itu.

Bulan lalu, bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor meninggal dunia dalam satu kemalangan di km301.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Kampar, Perak pada awal pagi selepas kenderaannya berlanggar dengan sebuah lori .

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon bagi kerusi Bukit Gelugor pada 12 Mei dan 25 Mei adalah hari membuang undi bagi mendapatkan ahli Parlimen baru menggantikan Karpal lapor The Malaysian Insider

Benarkah Rafizi mengamuk kerana kalah Ketua Cabang?.. Ini penjelasan Rafizi..

Posted: 30 Apr 2014 05:30 PM PDT


Tiga hari yang lalu iaitu pada 28 April, Berita Harian telah menyiarkan satu laporan dengan tajuk besarnya 'Provokasi calon punca pemilihan Cabang Kemaman dihenti 2 jam'.

Dalam laporannya itu akhbar tersebut telah melaporkan kekecohan dikatakan berlaku apabila calon bertanding dan penyokong mula menghidu kekalahan sepanjang proses pengundian di Pejabat PKR Kemaman di Jalan Jakar, Chukai berlangsung, lalu mula membuat provokasi termasuk mengoyakkan kertas undi.

Calon yang dimaksudkan ialah Pengarah Strategi PKR, yang menyandang jawatan Ketua Cabang sejak dari 2010, beliau ditentang oleh Mohd Ramlee selaku ahli biasa, manakala Sheng Lim, bekas naib ketua cabang Kemaman bertanding jawatan Calon Timbalan Ketua Cabang Kemaman buat kali pertama.

Memandangkan Rafizi antara pimpinan PKR yang popular ditambah pula dengan hebahan oleh Ketua Pemuda UMNO ianya menjadi perbualan ramai..

Malangnya apa yang dilaporkan itu adalah satu berita yang kelihatan berat sebelah kerana kenyataan yang disiarkan hanya kenyataan dari sebelah pihak tanpa merujuk kepada Rafizi untuk sebarang pengesahan.

Benarkah Rafizi mengamuk bila beliau mula menghidu kekalahan?.. atau sepertimana yang dilaporkan oleh kebanyakkan Blog Pro UMNO beliau mengamuk kerana kalah pertandingan Ketua Cabang?

Melalui laman Twitter Rafizi Ramli @rafiziramli tampil menjelaskan keadaan sebenar.

Menurut beliau "Pengundian di Cabang Kemaman Sabtu lalu ditangguhkan dan dibatalkan kerana berlaku kesilapan teknikal dimana nombor calon berbeza antara Borang-borang dan  Buku Calon.

Masaalah teknikal yang sama juga turut berlaku di Cabang Dungun dan pemilihan di situ turut ditangguhkan tambah Rafizi.

Ianya ditangguhkan setelah Ketua Pengawas yang bertugas di Cabang Kemaman berpuas hati bahawa kesilapan teknikal itu berlaku bagi membolehkannya menghentikan proses membuang undi.

Melahirkan rasa kesalnya Rafizi berkata "Walaupun keputusan itu dipersetujui bersama oleh saya dan lawan saya, malangnya esoknya lawan saya buat kenyataan kepada Berita Harian.

Dan antara yang dilaporkan oleh Berita Harian adalah seperti di bawah..


 Laporan tersebut jelas dipergunakan sebaik mungkin oleh lawan Rafizi bagi memburuk-burukkan beliau..

Rentetan dari kenyataan kepada Berita Harian itu yang bersifat palsu dan memfitnah, Rafizi telah membuat laporan kepada Jawatan Kuasa Pemilihan Pusat (JPP) agar tindakan diambil terhadap lawannya itu.

Mengenai persoalan adakah beliau kalah dalam pemilihan tersebut juga sebenarnya tidak benar kerana Pemilihan semula bagi Cabang Kemaman adalah pada 10 Mei ini.

Jadi soal kalah atau menang hanya diketahui minggu depan.

Oleh itu.. "Jangan percaya blog UMNO... " tambahnya.


Oleh kerana laporan dari Berita Harian itu lebih bersifat fitnah dan memburuk-burukkan Rafizi.. aku dah removed dari Blog Anak Sungai Derhaka ini.. dan meminta maaf kepada YB Haji Rafizi Ramli...

Hudud : Guan Eng 'sound' Tien Chua sebab memandai-mandai..

Posted: 30 Apr 2014 03:00 PM PDT


DAP membidas Naib Presiden PKR Tian Chua kerana "berbohong" bahawa Pakatan Rakyat (PR) dan DAP bersetuju untuk PAS melaksanakan hudud hanya di Kelantan dan Terengganu.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata parti itu berpendapat ia "tidak bertanggungjawab, salah dan tidak beretika" bagi Tian Chua mengheret DAP menerima pendiriannya menyokong PAS dalam melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan dan Terengganu, tetapi tidak di negeri lain.

Beliau berkata, pemimpin DAP terkejut apabila Tian Chua mengisytiharkan dalam akhbar-akhbar Cina bahawa pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan dan Terengganu adalah dasar PR kerana ia disepakati oleh PR dan DAP.

"Pembohongan Tian Chua diberi liputan meluas dalam media arus perdana walaupun ia tidak disokong oleh fakta atau sebarang dokumentasi.

"Saya secara peribadi bercakap dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyampaikan kemarahan kepimpinan DAP di atas pembohongan yang disebarkan Tian Chua," kata beliau dalam satu kenyataan.

"Anwar mengesahkan dalam kedua-dua perbualan peribadinya dengan saya dan kenyataan awam semalam bahawa DAP secara konsisten menentang pelaksanaan undang-undang hudud ke atas orang Islam di Kelantan," katanya.

"Para pemimpin DAP berharap Tian Chua berhenti mengulangi pembohongan tersebut memandangkan Anwar secara terbuka mengesahkan DAP tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang hudud oleh PAS," katanya.

Lim berkata PR beroperasi berdasarkan konsensus asas yang disepakati dengan ketiga-tiga parti dalam DAP, PKR dan PAS perlu bersetuju sebelum dasar menjadi dasar oleh gabungan itu.

Oleh itu, dasar PAS melaksanakan undang-undang hudud ke atas orang Islam di Kelantan bukan dasar PR kerana pendirian tegas DAP yang menentang pelaksanaan undang-undang hudud tidak pernah berubah, katanya.

"Tian Chua dan lain-lain pemimpin PKR bukan Islam ada hak untuk menyokong PAS melaksanakan undang-undang hudud ke atas orang Islam di Kelantan.

"Bagaimanapun mereka tidak perlu mengheret DAP turun ke tahap yang sama seperti mereka untuk mewajarkan sokongan mereka terhadap PAS," katanya.

Lim, yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, pemimpin PAS perlu memberi fokus kepada pengurusan ekonomi dan tadbir urus yang baik, yang akan menjadi faktor penentu kalah menang pilihan raya.

PR telah mencatatkan kejayaan dalam pilihan raya umum 2008 kerana kegagalan Umno dalam pengurusan ekonomi dan tadbir urus yang baik yang membawa kepada rasuah dan penyalahgunaan kuasa , katanya.

"PAS menang dalam pilihan raya umum 2008 tanpa perlu berkempen untuk melaksanakan undang-undang hudud.

"PAS harus ingat Umno juga memenangi suara lebih Melayu semasa ia tidak menyokong pelaksanaan hudud," katanya.

Lim berkata Umno memenangi lebih banyak kerusi dan undi masyarakat Islam dalam pilihan raya umum tahun lepas, walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan pada 25 September tahun 2011 bahawa Putrajaya tidak akan menguatkuasakan undang-undang hudud.

"Bagaimanapun, Najib kini tidak konsisten dengan kedudukan kerajaan BN sebelum ini, daripada tidak menguatkuasakan undang-undang hudud kepada secara terbuka menyambut baik cadangan PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud. Beliau bersedia bertemu para pemimpin PAS untuk berbincang .

"Jelas sekali, Umno tidak mempunyai prinsip dan kini menyokong pelaksanaan hudud untuk mewujudkan perangkap politik licik terhadap PAS, yang memberi kesan terhadap hubungan PAS dengan DAP dengan niat untuk memecahbelahkan PR.

"Jika Umno boleh menang pilihan raya dan undi Melayu tanpa berkempen melaksanakan undang-undang hudud, PAS boleh melakukan perkara yang sama.

"Fokus kepada isu kehidupan, peluang ekonomi, pekerjaan dan pendidikan akan menentukan siapa yang menang dalam pilihan raya akan datang," katanya lapor The Malaysian Insider

Tiada ulasan: