Tukar Tiub |
- NAJIB AKAN DI TENDANG
- NASIB PETRONAS DIHUJUNG TANDUK
- KEMPEn TERAJANG NAJIB
- SEBANYAK 52% HILANG KEYAKINAN
- LARI LINTANG BIN PUKANG
- BILIK SULIT TUTUP PANGGUNG
- CARI ALBUM ZIANA ZAIN
- AL-FATIHAH ANAK SEMUA BANGSA
Posted: 01 Apr 2014 06:38 PM PDT KAH KAH KAH Ramai tak puas hati cara tangani isu MH370Satu tinjauan terbaru oleh Merdeka Center menunjukkan ramai dari kalangan pengundi yang ditinjau menyatakan rasa tidak puas hati ke atas tindakan kerajaan dalam menangani isu kehilangan pesawat MH370.Laporan yang dikeluarkan firma penyelidikan bebas itu menujukkan 50 peratus daripada 513 orang berpendapat demikian, berbanding 43 peratus yang menyatakan rasa puas hati. KAH KAH KAH ini baru kajian 513 orang malaysia belum temu bual warga dunia belum tanya warga china KAH KAH KAH |
NASIB PETRONAS DIHUJUNG TANDUK Posted: 01 Apr 2014 07:00 AM PDT KOMENTAR TUKAR TIUB kita lihat dan kita tunggu di iraq majoriti warga shiah di iran majoriti warga shiah di iraq dan di iran petronas ada buat cari gali dalam parlimen iraq mp iraq telah timbulkan hal malaysia anti shiah mp iraq ini mahu dilupuskn hak carigali petronas iran akan juga ambil langkah apakah cari gali petronas akan ditamatkan kita nanti dan tunggu BAHASAEnakmen anti-Syiah dikemas kini, kata mufti Kedah Enakmen anti-Syiah yang diluluskan oleh kerajaan negeri Kedah sebelum ini akan dikemas kini bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pengikut dan penyebar fahaman Syiah. Mufti Kedah Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad (gambar) berkata enakmen sedia ada terlalu umum sehingga menyebabkan penguat kuasa Majlis Agama Islam Kedah (Maik) gagal melaksanakan penguatkuasaan terhadap pengikut fahaman itu. ---------- |
Posted: 01 Apr 2014 06:38 AM PDT KOMENTAR TUKAR TIUB sokongan kepada najib dan sepupunya makin merosot dalam pru13 united malays national organisation menang dengan jalan tipu sekarang jelas sekarang terbukti gerombolan ketuanan melayu wajib disingkirkan kempen terajang najib makin berjaya Lebih ramai tak puas hati dengan Najib kini, kata Merdeka CenterPeratusan jumlah rakyat yang tidak berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri, Najib Razak (gambar) meningkat kepada 44% pada Mac 2014 berbanding 40% pada Disember 2013, dedah kaji selidik Merdeka Center. Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, rating perdana menteri itu bagaimanapun kekal pada tahap 52% pada tempoh sama. KAH KAH KAH saheh saheh saheh 52% HILANG KEYAKINAN |
Posted: 01 Apr 2014 01:08 AM PDT 52% RAKYAT HILANG KEYAKINAN KRISIS KEYAKINAN Heboh tentang kehilangan pesawat MH370 masih belum selesai. Ini bukan heboh sekampong. Ini heboh sedunia. Heboh ini menjadi lebih heboh kerana cara Najib dan Sepupunya mengendalikan kes ini. Awal-awal lagi Ketua Polis Negara saperti biasa telah memberi amaran agar rakyat TIDAK dibenarkan membuat spekulasi. Ini taktik 'manai' yang biasa digunakan oleh polis berjuta kali. Kali ini jawapan rakyat Malaysia terutama anak muda kepada arahan Ketua Polis Negara ini dari rakyat Malaysia ialah: pooorah boleh blaaah. Warga dunia langsung TIDAK ambil pot terhadap kenyataan Ketua Pois Negara ini walau pun ketua polis ini telah menambah namanya dengan gelaran Tan Seri. Untuk warga dunia Tan Seri atau BerTan Tan tidak penting. Yang penting laporan jelas dan tuntas. Dunia telah memasuki Zaman Internet – mustahil orang ramai dapat dikawal dari membuat apa sahaja bentuk spekulasi. Kes MH370 ini telah memperlihatkan pelbagai bentuk spekulasi muncul dari yang bangang hingga ke jenis Hasan Malek. Episod malang MH370 ini telah berjaya membuktikan sepupu Najib yang bernama Hishammuddin Hussein telah menjadi lebih Hasan Malek dari Hasan Malek. Malah Sepupu Najib ini dalam sidang medianya dilihat telah berjaya melakukan 'lawak berdiri/stand up comic' yang menghiburkan dunia. Dalam masa lawak Sepupu Najib ini telah menaikkan kemarahan kaum keluarga yang terlibat dalam kemalangan ini. Terutama sekali warga dari Tanah Besar China. Dalam tiga minggu ini induk berita dari BBC/CNN/SKY NEWS pastilah MH370. Bagitu juga saluran TV Al-Jazera, ABC dan dan dan…. Saluran ini semuanya telah membuka berita mereka dengan MH370. Stesen-stesen TV yang kecil diseluruh dunia juga telah mengulang main berita pesawat MH370 yang hilang ini. ' Your minster looks like an idiot… menteri kamu dilihat sebagai Sang Bodoh ..' ini komen dari seorang peniaga berasal dari Pakistan yang saya pungut di kota London. Ini komen hasil dari menonton laporan TV yang warga diluar Malaysia dapat lihat tanpa ditapis. Warga Dunia diluar Malaysia dapat membaca dan melihat berita MH370 ini tanpa amaran dari Ketua Polis Negara. Malah rakyat Malaysia yang duduk diluar Negara juga telah berpeluang melihat laporan berita MH370 ini tanpa mempedulikan amaran Ketua Polis Negara. Mereka juga boleh membaca pelbagai jenis akhbar yang membuat liputan dari pelbagai sudut. Warga Malaysia diluar Negara amat bernasib baik kerana mereka bebas dari mendengar 'cerita dongeng' Utusan dan lawak bodoh RTM. Justeru, selama tiga minggu ini – apa yang jelas ialah pertelingkahan antara apa yang telah dilabonkan secara resmi oleh Sepupu Najib dengan apa yang diwartakan oleh media dunia. Percanggahan dan pertelingkahan ini cukup jelas. Pengkaji media dan berita satu masa nanti akan melihat kembali bagaimana Sepupu Najib telah berpeloh-peloh cuba mengelentong media dunia. Sepupu Najib pada awalnya telah diapit oleh Jeneral , kemudian oleh Ketua Polis Negara. Tujuan asal memunculkan askar dan polis ini pastilah untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia. Ini cara biasa yang dilakuan oleh gerombolan United Malays National Organisation. Takutkan rakyat dulu kemudian kelentong mereka. Inilah taktik memerintah dan mengawal rakyat yang telah digunakan oleh Bani Ketuanan Melayu selama ini. Sepupu Najib ini kelihatan mengelabah apabila berhadapan dengan media antarabangsa. Wartawan-wartawan dunia TIDAK ambil pot sama ada Sepupu Najib ini ada Tan Seri atau Datin Seri atau memiliki berTan Tan darjah kebesaran. Media dunia juga tidak ambil pot sama ada derajat Tan Seri ini dibeli dari Sultan Pahang atau Sultan Selangor. Untuk wartawan media antara bangsa yang penting ialah membuat laporan dan menghantar berita. MH370 ini telah memperlihatkan krisis keyakinan media. Amat jelas wartawan dunia TIDAK yakin dan tidak percaya dengan apa sahaja berita yang menetas dari mulut Sepupu Najib. Kenapa ini berlaku? Bagaimana ianya terjadi? Untuk memahami pertelingkahan ini mari kita lihat kembali sejarah media. Kalau dulu media hanya ada radio dan akhbar yang dicetak. Berita hanya boleh didengar dan boleh dibaca. Tidak lebih dari ini. Kemudian muncul TV. Dengan teknoloji terkini warga dunia diberi peluang untuk melihat dan mendengar berita-berita secara langsung - dalam masa yang sama – dalam real time. Satu rombakan telah berlaku dalam media – baca, dengar dan pandang. Justeru selain dari mendengar suara Sepupu Najib warga dunia juga dapat berpeluang membaca bahasa badan Sepupu Najib. Bahasa badan memiliki nahunya tersendiri. Warga dunia yang terdidik dengan media bebas telah dapat menghafal nahu bahasa badan. Media di Eropah yang bebas telah mendidik warga Eropah untuk berupaya membaca nahu bahasa badan Sepupu Najib. Sebagai Menteri Pengangkutan Sepupu Najib telah dilihat cuba bersilat lidah dihadapan media dunia. Disini jelas Sepupu Najib kantoi. Fakta yang dikeluarkan oleh Sepupu Najib kelihatan bercangah dan penuh dengan Putar bin Belit. Fakta bercanggah ini telah dibantu oleh nahu bahasa badan Sepupu Najib. Hasilnya media hilang keyakinan dengan apa sahaja bentuk laporan resmi. Hasilnya media dunia merayau-rayau mengcungkil berita sendiri. Hasilnya warga China naik angin dan marah. Hasilanya Kedutaan Malaysia di Bejing diserang. Hasilnya pelbagai teori konspirasi jenis Hasan Malek mula bercambah. Telah sampai masanya politikus Malaysia disedarkan. Para politikus Bani Ketuanan Melayu ini perlu dikejutkan. Mereka wajib diberitahu bahawa wartawan dari media dunia tidak berhadapan dengan ISA, dengan SOSMA, dengan ISA BARU, dengan Akta Cetak, dengan Akta Hasutan, dengan Jakim , dengan Jawi, dengan Sultan – hakikatnya wartawan dari media dunia memiliki kebebasan untuk melapor dan mengcungkil berita. Biar saya nyatakan sekali lagi. Selama lebih dari 50 tahun ini para Menteri dan aparachik dari Uniited Malays National Organisation telah 'membuli' para wartawan dan media di Malaysia. Media Malaysia dan wartawan Malaysia menjadi 'tukang hangguk' untuk para gerombolan ini. Akta Mesin Cetak - lesen untuk meneribit akhbar telah mengawal dan membuli media Malaysia. Hasilnya media Malaysia menjadi 'manai lembik dan mati pucuk'. Saya yakin wartawan media Malaysia memiliki keupayan untuk menjadi wartwan yang bergeliga – yang bertaraf dunia. Ketrampialan mereka tidak berbeza dari wartawan Eropah. Tetapi apabila bekerja dengan media Malaysia otak yang bergeliga ini menjadi berjelaga. Hasilnya banyak wartawan Malaysia menjadi wartawan jenis Hasan Malek. Mereka menjadi wartawan kaki bodek. Pesawat MH370 telah berjaya memperlihatkan kepada dunia bagaimana sebuah rejim zalim dari Dunia ketiga mengendalikan krisis. Ketika Perang Vietnam berlangsung Presiden Nixon sama saperti Sepupu Najib telah cuba mengelentong rakyat Amerika. Presiden Nixon gagal dan media berkempen hingga Nixon meletakan jawatan kerana mengelentong dalam Kes Watergate. Ini kekuatan media yang bebas- Presiden Amerika pun jatuh tersungkur. Wartawan Malaysia seharusnya menimbulkan soalan tentang Kapal Selam Scorpene. Apa peranan kapal selam ini? Najib mempertahan diri apabila dituduh rasuah dalam kes Scorpene. Najib mengatakan salah satu kekuatan Scorpene ialah Cari dan Selamat – Search aand Rescue. Apa sudah jadi? Soalan juga wajib muncul tentang keupayaan radar Malaysia? Kenapa radar Siam dapat mengesan manakala radar Malaysia tidak membuat apa sumbangan? Soalan ini penting untuk memastikan ketelusan projek mencari bangkai pesawat MH370 ini. Sayangnya, apa yang kita baca dari media Malaysia hanya berita-berita bodek dari Pembodek Profesional saperti Rais Yatim. Temubual Mak Cik yang bersyukur kerana Najib dan Sepupunya telah berbuat sesuatu. Kemudian kita baca berita membodek Najib dan Sepupunya dari Ngo Melayu Islam. Walhal umum mengetahui NGO Bodek ini mendapat wang dan dana dari Najib sendiri. Semua ini melahirkan krisis keyakinan terhadap media. Semua ini menimbulkan kurang yakinnya orang ramai terhadap apa sahaja yang menetas dari mulut Najib dan Sepupunya. Berita terakhir kita membaca bahawa Najib akan ke Perth. Manakala Sepupunya akan ke Amerika. Najib kini cuba buat-buat sibuk di Perth Australia. Sama ada Najib berada di Perth atau tidak adalah tidak penting dalam usaha kerja mencari bangkai pesawat ini. Apa hal Si Najib ini mula buat buat sibuk? Pasti ada Altantuya dibelakang Saifol. Justeru, sibuk-sibuk Najib ke Perth ini wajib dilihat sebagai ' makan free atas dana kerajaan'. Ke Perth ini bertujuan untuk membolehkan suami Najib.. oopps… isteri Najib Rosmah Mansor bershopping lagi. Dikatakan Sepupu Najib ke Amerika pula. Dilaporkann bahawa pasti telah ada rancnagn untuk membeli senjata baru dari Amerika. Haji Desas bin Lebai Desus mula heboh tentang kroni dapat beli senjata. Jelas kemalangan MH370 ini akan membesar poket kroni. Marikah kita semua berlaku adil kepada Najib dan Sepupunya. Marilah kita beritahu mereka bahawa kalau hendak membeli album Ziana Zain atau album Anwar Zain kita tidak perlu ke Perth atau Ke Hawaii. ( TT) tulisan ini telah disiarkan dalam suara keadilan -------------- |
Posted: 01 Apr 2014 12:34 AM PDT KOMENTAR TUKAR TIUB semua cabut lari semua tak mahu tanggung jawab najib lari ke perth bawa rosmah bershopping sepupu najib lari ke hawaii cari album zaina zain malaon dca lari macam tikus bercawat ekor masanya telah sampai bukan tukar radar tapi tukar kerajaan Ketua pengarah DCA halau media semasa berucap pada persidangan IATAKetua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Azharuddin Abdul Rahman, mengejutkan para peserta Persidangan Ops Pertubuhan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) di Kuala Lumpur hari ini apabila beliau menghentikan ucapannya separuh jalan dan meminta media untuk meninggalkan dewan persidangan itu. Azharuddin, yang memberi penjelasan mengenai kehilangan pesawat MalaysiaAirlines MH370 dan usaha pihak berkuasa dalam mengesan pesawat itu, secara tiba-tiba berhenti berucap kira-kira selepas seminit berucap. "Saya minta maaf, adakah ada media di sini? Saya tidak tahu yang media ada di sini. Saya minta maaf, bolehkah media diminta meninggalkan tempat ini?" katanya di hotel Sheraton Imperial dipetik daripada portal Mstar Online. Keadaan menjadi senyap di dalam dewan itu apabila Azharuddin yang kelihatan tertekan, enggan untuk meneruskan ucapan sehingga media beredar. Beliau turut enggan menjawab sebarang soalan daripada media sebaik sahaja meninggalkan persidangan selepas itu. KAH KAH KAH Woit kaki kelentong dudah takut kakai tipu sudah kecut KAH KAH KAH ----------- |
Posted: 01 Apr 2014 12:17 AM PDT PERSEMBAHAN AKHIR te #BilikSulit di United Kingdom Sabtu, 5 April 2014 C16 Pope Building - NG7 2QT University of Nottingham | Acara bermula jam 7.00 malam Persembahan terakhir #BilikSulit di United Kingdom Sabtu, 5 April 2014 C16 Pope Building - NG7 2QT, University of Nottingham | Acara bermula jam 7.00 malam sesudah ini bilik sulit tutup panggung |
Posted: 31 Mar 2014 11:43 PM PDT Hishammuddin lari ke Hawaii, tunjuk BN tidak serius bincang MH370 dengan PakatanAhli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) hari ini melahirkan kekesalan setelah taklimat berhubung kehilangan pesawat Malaysia AirlinesAhli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) hari ini melahirkan kekesalan setelah taklimat berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dijadualkan berlangsung malam ini tidak disampaikan sendiri oleh pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali berkata, keengganan Hishammuddin memberikan taklimat itu sendiri kepada ahli Parlimen PR seperti yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menunjukkan Barisan Nasiional (BN) tidak serius menyelesaikan isu kehilangan pesawat MAS tersebut. "Pagi ini kita dapat maklumat menteri lari dan pergi ke Hawaii untuk sidang yang lain. KAH KAH KAH Woit cari apa di hawaii? cari album ziana zain ke? KAH KAH KAH --------- |
Posted: 31 Mar 2014 11:35 PM PDT SIAPA MILIK ALLAH Perkara2 ghaib hanya Allah yang tahu.K ita sebagai manusia tidak ada kuasa menentukan perkara2 ghaib..alfatihah on AL-FATIHAH Anonymous on 3/31/14 BANGANG mmg x kena tmpt lgsg si hisham ni..nk kta bangang nmpk cm crdik..mnk kta crdik cm bangang jer.. on AL-FATIHAH in response to al-fatihah? biar betul..., by Anonymous. Publish | Delete | Spam Anonymous on 3/31/14 MONOPOLI AGAMA Hang nie tak mengaji agama ka atau macamana pada non muslim yang meninggai hang pi dok kata Al-Fatihah, bukankah lebih baik kalau hang kata mendiang ada la sikit lembut dan hormat, nie hang macam candek (Perl kata orang Utara) saja kat keluarga depa tu,hang tau dak. on AL-FATIHAH Anonymous on 3/31/14 REST IN PEACE RIP.....may god bless ur soul...say helo to mr. Bala and Mis altantuya for us...tell them rakyat Malaysia miss them so much too... on AL-FATIHAH --------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan