Sabtu, 26 April 2014

Tempayan Retak

Tempayan Retak


Felixia Yeap: Akan Peluk Islam Ramadan ini!

Posted: 26 Apr 2014 04:47 AM PDT


Sebelum ini saya ada tulis artikel berkenaan Felixia Yeap ini dengan tajuk "Apa Maksud disebelik kata-kata Saya hanya  tunggu hidayah".

Sekarang bekas model Playboy, Felixia Yeap, 27, berkata akan memeluk agama Islam pada bulan Ramadan ini.

Ujarnya, keputusan itu dibuat setelah mengakui dirinya memerlukan masa untuk mendalami agama itu.

"Jika tiada halangan, Insya-Allah saya akan mengucap (kalimah) syahadah pada Ramadan ini bersempena dengan tarikh lahir saya pada Julai depan," katanya di petik Harian Metro.

Felixia atau nama sebenarnya Yeap Chin Yee berkata, dia bukan sengaja menangguhkan niat murni memeluk Islam, sebaliknya perlu mempersiapkan diri secara mental dan fizikal.

"Ada sebab kenapa saya belum memeluk Islam secara rasmi. Antara yang utama, saya masih perlukan masa. Buat masa ini, saya sedaya-upaya mencari masa untuk membaca buku agama.

"Jika ada kesempatan, saya juga menghadiri kelas dan ceramah agama supaya lebih faham mengenai Islam," katanya.

TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

Tiada ulasan: