Tempayan Retak |
Dia tak ada tangan bukan kerana HUDUD Posted: 25 Apr 2014 04:52 AM PDT Mensyukuri apa yang kita ada lebih baik dari merungut apa yang kita tak ada. Sesusah-susah kita di sini, sebenarnya masih ada yang lebih susah di luar sana. Gambar di atas adalah insan yang dilahirkan tidak mempunyai tangan. Sudah menjangkau usia puluhan tahun kaki menjadi 'tangan' untuk dia. Jika kita jijik dan merasa hina makanan yang terpijak kaki tetapi insan ini kakilah yang menyuap makanan untuk mengalas perutnya. Allah lahirkan dia tak ada tangan. Tangannya hilang bukan keran hukuman hudud yang memberikan hukum memotong tangan bagi pencuri yang disabitkan bersalah dengan fakta dan maklumat yang menepati syarak. Kenapa Allah suruh kita potong tangan pencuri? ...dan kenapa kita mencuri? Kenapa pencuri mencuri? kenapa ada dalam masyarakat kita orang mencuri? Kenapa mencuri menjadi tabiat sehingga ada pencuri kolar putih? Kenapa pula ada jerung besar dan kecil? Semuanya terjawab dengan hukum Allah. Siapakan kita disisih Allah untuk kita rasa kita banyak songel dengan pelbagai alasan itu dan ini untuk perlaksanan hudud? Apaka itu alasan yang kita akan cakap dan berhujah dihadapan Allah nanti?? |
You are subscribed to email updates from Tempayan Retak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan