Khamis, 17 April 2014

Tempayan Retak

Tempayan Retak


Positif Ganja Vs 26 Saman (Laju)

Posted: 17 Apr 2014 04:42 AM PDT


Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon, mengesahkan pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan di KM 301.6 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), membabitkan bekas Pengerusi DAP Kebangsaaan Karpal Singh, positif dadah jenis ganja pada saringan awal (gambar di dalam).

Ekoran daripada itu simple tersebut dihantar ke Jabatan Patologi untuk pengesahan secara saintifik. Pemandu berkenaan kini ditangkap di bawah akta dadah berbahaya untuk membantu siasatan pihak narkotik.

Manakala siasatan ke atas kenderaan Toyota Alphard yang terlibat mempunyai 29 saman trafik pandu laju dibawah seksyen 079 (2) APJ 1987 dengan 15 daripadanya belum dibayar menurut Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani melalui semakan awal mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mengikut laporan Tarfik Kampar RPT 960/14 perlanggaran antara Toyota Alphard KS 9898 dengan Lori Mitsubishi Canter 5 Tan WTL 9909 keadaan jalan lurus dan mendaki bukit dengan keadaan cuaca yang baik tapi gelap tanpa lampu jalan.

Kemalangan dengan kerosakan teruk bahagian hadapan sebelah kiri pemandu untuk MPV dan rosak di bahagian belakang kanan untuk lori.

Pihak polis masih belum menentukan siapa yang bersalah.

Dalam media sosial banyak perbahasan tentang siapa yang bersalah, pemandu lori yang dikatakan memandu perlahan daripada laluan kanan cuba ke kiri tanpa memberikan signal manakala mpv datang daripada belakang dengan laju terus melanggar sebelah kanan lori.

Dalam pemerhatian saya sepanjang perjalanan di lebuhraya terlalu jarang pemandu daripada laluan kanan memberikan signal untuk masuk ke lalauan kiri. Boleh kata semua kenderaan daripada laluan kiri memberi signal untuk masuk ke laluan kanan.

Perkara yang dianggap remeh ini kadang kala mendatangkan mudarat.

Rempuhan yang menunjukkan kerosakan sebelah kiri pada mpv menunjukkan pemandu cuba mengelak tidak berjaya ini menyebabkan kecelakaan akan kena kepada penumpang disebelahnya dan menyelamatkan semua penumpang disebelah kanan.

Kelajuan yang besar juga menyebabkan ada perbezaan ketara kecederaan penunpang sebelah kiri dan sebelah kanan selain daripada faktor jenis kenderaan.

Walahualam, biar polis menentukannya....



Tuan Guru Nik Abdul Aziz rakam takziah kepada Karpal Singh dan sindir Tun Mahathir

Posted: 16 Apr 2014 08:49 PM PDT


Tuan Guru Nik Abdul Aziz merakam rasa sedih dan mengucap takziah apabila ditunjukkan gambar kemalangan yang melibat bekas Pengerusi DAP, YB Karpal Singh.

Pada kesempatan ini TGNA sempat juga menyindir Tun Mahathir kerana membantah undang-undang hudud semasa dibentang di Kelantan dulu. TGNA mengharapkan orang Islam yang menghalang hudud berkenaan bertaubat sebelum terlambat.

Petikan ucapan beliau dipetik daripada facebooknya adalah seperti berikut:-



Saya rakamkan takziah kepada keluarga Yang Berhormat Karpal Singh, Ahli Parlimen Jelutong (sebetulnya P051 Bukit Gelugor YB menang dengan majoriti 41,778 undi ) yang telah meninggal dunia akibat kemalangan awal pagi ini. Saya sifatkan pemergian beliau sebagai satu kehilangan kepada dunia politik tanah air kerana beliau amat dikenali sebagai seorang yang berprinsip dan sukar digugat pendiriannya. Beliau juga merupakan pendokong kuat kepada Perlembagaan Malaysia dan amat tegas dengan pendirian bahawa Malaysia merupakan negara sekular. Sudah tentu prinsip ini amat berbeza dengan prinsip perjuangan PAS dan beliau ternyata menghormati perbezaan ini.

Saya masih ingat sewaktu ke rumah beliau awal tahun lepas di mana saya diberikan sambutan yang sangat hangat dari beliau. Bahkan beliau menghantar saya pulang rapat ke pintu kenderaan sekalipun situasi beliau yang terpaksa bergerak dengan kerusi roda. Saya kira, di sebalik perbezaan pandangan antara kami, sambutan yang diberikan oleh beliau kepada saya sangat-sangat mencerminkan kelembutan beliau dan penerimaannya terhadap hubungan PAS dan DAP di dalam Pakatan Rakyat.


Saya kenal Karpal Singh sebagai seorang yang mendokong kuat Perlembagaan Malaysia dan saya yakin beliau akan terus dikenali begitu di dalam sejarah politik tanah air. Di negara ini, jika semua pihak menghormati prinsip yang terkandung di dalam Perlembagaan, Kelantan pastinya tidak akan ditindas dengan pelbagai jenis penindasan. Hak Kelantan termaktub di dalam perlembagaan, tertulis di atas perjanjian, namun ada pihak yang sewenang-wenangnya membelakangi Perlembagaan dan perjanjian bertulis.


Dalam kehangatan dunia politik pada hari ini yang menyaksikan hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk memfailkan bil persendirian di Parlimen bagi membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan, saya sedikit terkilan kerana individu seperti Karpal Singh tidak sempat untuk diberikan pemahaman tentang hudud. Saya amat yakin, individu seperti beliau jika diberikan kefahaman yang sebenarnya tentang undang-undang ini, tidak akan mempunyai sebarang sebab untuk menolak undang-undang hudud.


Di Kelantan, sewaktu kita meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) pada tahun 1993, ada yang menghantar surat kepada saya menghalang enakmen ini dikuatkuasakan dan pihak yang menghantar surat ini namanya bukan Karpal Singh. Saya benar-benar berharap, agar pihak yang bertanggungjawab menghantar surat ini sempat memahami keindahan undang-undang Allah SWT sebelum tibanya masa untuk pergi yang tidak akan kembali.


Sekali lagi saya rakamkan takziah kepada keluarga Karpal Singh dan juga DAP atas kehilangan pemimpin utama mereka.


NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Bertarikh : 17 Jamadil Akhir 1435H bersamaan 17 April 2014M

Karpal Singh meninggal dalam kemalangan di Tapah (bersama video)

Posted: 16 Apr 2014 01:57 PM PDT


Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh 74 tahun meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6 lebuhraya utara selatan (PLUS) [di Kawasan Gua  Tempurung] menghala ke utara kira-kira pukul 1 pagi tadi.

Manakala pembantu beliau Michael Cornandez turut meninggal dunia apabila kereta jenis Toyota Alphard yang mereka naiki melanggar sebuah lori dalam perjalanan menuju utara di Lebuh Raya Utara Selatan kira-kira jam 1 pagi tadi.

Anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta berkenaan dilaporkan cedera.


Karpal yang dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.




Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah melalui laman sosial twitter.


"Saya baru mendarat di Ankara (Turki) apabila mendapat khabar YB Karpal terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Takziah kepada keluarga beliau," tulis twit tersebut.

Kapal Singh adalah antara ahli parlimen yang lantang pernah digelar Harimau Julutong bergiat politik semenjak 1978 sehingga sekarang dan baru-baru ini melepas jawatan sebagai Pengerusi DAP...

Ramai orang terkejut dan tidak menyangka yang Karpal akan menghabiskan sisa hidup dengan kemalangan.

Apakah kematian Kapal Singh adalah berakhirnya kata-kata "kalau nak laksana hudud langkah mayat saya"? Walahualam!




Tiada ulasan: