Tempayan Retak |
- Najib @ UMNO Sangat Suka Kalau Ada Pimpinan Tertinggi PAS Sakit
- Tentera Malaysia kena belajar dengan Tentera Indonasia!
- Buat Laporan Polis kerana Gangguan Laungan Azam Subuh
Najib @ UMNO Sangat Suka Kalau Ada Pimpinan Tertinggi PAS Sakit Posted: 12 Apr 2014 07:41 AM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarahi Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din di Institut Jantung Negara (IJN) di sini menurut laporan Bernama. Najib yang tiba pada jam 1.30 tengah hari, kata Bernama meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama Haron yang menerima rawatan di IJN sejak seminggu lalu. Haron, 73, kelihatan ceria sambil ditemani anaknya Dr Huda Haron dan menantu, Dr Azlin Azzuddin. Turut serta pakar perunding kardiologi IJN Datuk Dr Amin Ariff Nuruddin. Tak sempat malam gambar Najib bersalam dengan Dr Haron Din bersama dengan petikan ayat 10 Surah Al Hujurat telah tersebar kononnya DS Najib menyatuni Dr Haron Din. Inilah kepimpinan Wasatiyyah!!! Ziarah tu bagus tapi lagi bagus kalau boleh jaga isteri dan anak dan minta mereka menutup aurat.. Malas saya nak berhujah panjang pasal gambar ini.. seolah-olah suka sangat kalau ada pimpinan PAS yang sakit terutama 'golongan ulama'.. mudah nak ekplotasi! |
Tentera Malaysia kena belajar dengan Tentera Indonasia! Posted: 12 Apr 2014 07:18 AM PDT Sebuah pesawat SE30 N54JX telah dipaksa turun di Pangkalan Udara (Lanud) Soewondo, Medan, Khamis lalu oleh tentera Indonasia (TNI). Pesawat ini dipaksa turun karena tidak meminta izin untuk terbang melintasi kawasan udara Indonesia. Pesawat itu dipintas dan dipaksa turun oleh F16 milik TNI. Mengikut penganalisis perang TNI memintas kapal terbang kecil kerana beranggapan bahawa jika musuh ingin menceroboh ruang udara memang dia akan menggunakan kapal terbang kecil biasa untuk melihat sensitiviti tentera. Jika perkara ini berjaya musuh mempunyai ruang untuk memasuki ruang udara dengan lebih mudah. Malangnya tentera Malaysia walaupun mengesan pesawat MH370 sebelum ini tetapi tidak ada usaha dan sensitiviti untuk memintas. Jika TUDM bersikap seperti TNI dan memintas MH370 sudah pasti kesudahan MH370 tidaklah seteruk sekarang. |
Buat Laporan Polis kerana Gangguan Laungan Azam Subuh Posted: 12 Apr 2014 06:37 AM PDT Seorang lelaki berumur 50 tahun telah membuat satu laporan polis kerana bacaan ayat tahrim dan laungan azan subuh yang terlalu kuat sehingga mengganggu tidurnya. Lelaki ini dalam laporannya berkata dia juga telahpun membuat aduan kepada pejabat Agama Islam negeri Johor, Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan juga ahli jawatan kuasa (AJK) surau perumahan terbabit. Dia kata laungan azam ini mengganggu dan dia tak selesa dengan laungan azam subuh yang kuat. Cerita laporan polis ini telah tersebar dan kisah ini telah di'share'kan oleh facebook, whatsapp dan telegram dan menjadi viral. Banyak komen yang diterima dan paling menarik satu komen daripada bukan Islam. Eric Kai Yuen : I'm non Muslim, my condo is just opposite masjid, and i stay here for more than 10 years. I didn't found a single problem with it. I believe praying is good for everyone, no matter what religions u are. Apa nak jadi umat Islam di negara ini entahlah.... |
You are subscribed to email updates from Tempayan Retak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan