Tempayan Retak |
Perjanjian Sulit Ketenteraan Malaysia Dengan Amerika?? Posted: 01 Apr 2014 03:33 AM PDT Sinar Harian melaporkan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Chuck Hagel tiba di Malaysia hari ini, bagi memulakan lawatan tiga harinya yang disifatkan oleh pemerhati sebagai usaha untuk terus memperkukuh hubungan pertahanan dengan Malaysia. Pesawat yang membawa pemimpin AS itu mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang di sini pada 3.40 petang. Ketibaan beliau disambut Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri. Laporan juga menyatakan lawatan itu adalah atas undangan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika pertemuan mereka di Sidang Kemuncak Keselamatan Asia ke-12 di Singapura, 12 Jun lalu. Beliau dijadualkan mengunjungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta Hishammuddin di ibu negara esok. Hagel mengangkat sumpah jawatan pada 27 Februari lepas dan menjadi veteran tentera tempur pertama mengetuai Jabatan Pertahanan. Kali terakhir Malaysia menerima kunjungan setiausaha pertahanan AS ialah pada 2010, iaitu Robert Gates. Menurut pemerhat politik kehadiran Setiausaa Pertahanan AS ini akan terlibat satu perjanjian dengan Amerika dalam bidang pertahanan. Menurut sumber lagi perjanjian ini akan menjadikan negara kita sebagai koloni Amerika dalam ertikata lain tanah jajahan AS. Dengan perjanjian ini negara kita akan dikawal urus selia hal ehwal luar oleh Amerika Syarikat. Negara kita tidak lagi bebas dalam menyatakan hal ehwal laur melainkan atas kepentingan Amerika Syarikat. Ogos 2013 kita dimaklumkan bahawa Amerika Syarikat yang sedang memperkukuhkan kehadiran kuasa tenteranya di Filipina dan zon Asia Pasifik/Tenggara. Rancangan ini sudah lama dan berterusan serta meningkat kepentigannya sejak mutakhir ini dengan pelbagai isu. Rancangan in kenali sebagai plan "ASIA PIVOT" yang bertujuan mengimbangi kuasa ketenteraan China di zon Asia Tenggara. Kedudukan Malaysia dalam percaturan ini sangat strategik tidak hairan kebelakangan ini Presiden AS Obama juga bakal melawat negara kita. Sudah menjadi kebiasaan dalam percaturan Yahudi dan Isreal, mreka akan sentiasa mencipta musuh-musuh untuk dijadikan sebagai bahan momokan (bogeyman), menakut-nakutkan dunia dengan pelbagai acaman kononnya. Mereka akan mendapat manafaat industri penjualan senjata hasil keresahan dan kebimbangan dunia dengan acaman perang. Industri persenjataan mereka akan sentiasa terjamin. Dalam konteks ini China dijadikan sebagai "bogeyman" bagi mereka mengawal negara-negara di rantau kita. Kita ditakutkan dengan acaman keselamatan dan peperangan. Cina juga dimomokkan sebagai musuh Amerika Syarikat, manakala kuasa kewangan dunia akan mengawal dan mencatur ekonomi China. Keahlian kumpulan Trilateral Commission milik Rockefeller (setanding dengan kumpulan Bilderberg milik kuasa Rotschild) mempunyai banyak kepentingan-kepentingan China. Presiden Bank Negara China Zhao Xiaochuan ialah ahli Kumpulan 30 tajaan Rockefeller yang sedang menggerakkan inisiatif Matawang Sedunia. Kuasa pergerakan Anti Dolar Amerika (Dolar AS sudah dihujung perjalanannya), adalah kuasa yang sama dibalik ekonomi China. China sedang bergerak kearah Yuan bersandarkan emas. Samada kita bercerita tentang Shanghai Cooperation Organisation or SCO ataupun BRICS (Pertubuhan yang diasaskan oleh Jim O'Neill dari Goldman Sachs pada tahun 2001 terdiri dari Brazil, Russia, India, China and South Africa), aparatus "Kuasa Kewangan Dunia" sedang mengawal pergerakan China. Kebangkitan China dan penentangannya terhadap Amerika Syarikat adalah terancang oleh aparatus "Kuasa Kewangan Dunia" melalui proksi-proksi mereka bagi mencetus konflik dan peperangan sedunia untuk menyusun kembali struktur kewangan dan kuasa dunia. Kenaikan China bukanlah suatu yang menghairankan. Mereka pernah menaikkan USSR hanya untuk dipecah-pecahkan kemudiannya. Saddam Hussein telah disokong dan dinaikkan untuk kemudian ditumbangkan bagi strategi penaklukan Timur Tengah seterusnya. Pertembungan dan peperangan melata ini pasti akan berlaku akhirnya. Pada tahap makro, kita akan melihat setiap negara di dunia termasuk Malaysia akan disusun kepada dua polar yang akhirnya akan bertembung sesama sendiri. Naratif kiri dan kanan adalah naratif kuasa yang sama saudara. Tiada wira dalam percaturan setiap konflik yang melanda dunia hari ini. Bila kita menolak AS sebagai wira di rantau ini dan kita pergi ke China sebagai penyelesaian, nescaya kita akan dapati musuh yang sama berada di sana. Jalan keluar daripada kemulut ini kita mesti mencari jalan alternatif diluar dua kuasa dunia. Apakah Malaysia akan menjadi satu daripada 'elemen' permainan ini setelah kehilangan MH370 sama-samalah kita lihat! |
Pesawat Boeing Boleh Diterbangkan Dari Darat, Membenarkan Teori MH370 Dilarikan Oleh US Posted: 31 Mar 2014 11:43 PM PDT Sebelum ini kita telah membaca satu laporan yang diedarkan di Kremlin yang disediakan oleh Main Intelligence Directorate of the General Staff of the Armed Forces (GRU) menyatakan bahawa ibupejabat Aerospace Defence Forces (VKO) "hairan" tentang situasi di mana Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) "menangkap dan kemudian mengalihkan" sebuah kapal terbang komersial milik Malaysia Airlines (MAS) ke satu kem rahsia dipercayai terletak di Atol Diego Garcia dalam kawasan Lautan Hindi Menurut laporan itu, pesawat MH370 (juga dikenali dengan 748 melalui perkongsian kod dengan penerbangan China Southern Airlines) merupakan penerbangan komersial dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China, apabila pada 8 Mac pesawat Boeing 777-200ER ini secara tiba-tiba "ghaib" dalam penerbangan berserta 227 penumpang dari 15 buah negara yang kebanyakannya daripada negara China, beserta 12 anak kapal. Sesuatu yang menarik untuk diberi perhatian, laporan tersebut menyebut, sebenarnya Penerbangan MH370 sudah berada di bawah pengawasan GRU sebaik sahaja ia menerima maklumat terdapat kargo "sangat mencurigakan" yang dikesan mempunyai kaitan dengan Republik Seyschelles yang sebelum itu kargo berkenaan berada di dalam kapal kontena MV Maersk Alabama. Antara perkara pertama yang membangkitkan wasangka GRU ialah apabila dalam tempoh 24 jam kerja-kerja pemunggahan kargo "sangat mencurigakan" itu dilakukan dan sebelum dimasukkan ke dalam MH370, dua orang Tentera Laut Amerika Syarikat yang terlatih iaitu Mark Daniel Kennedy, 43, dan Jeffrey Keith Reynolds, 44 dijumpai mati di dalam "keadaan yang mencurigakan" (pembaca boleh rujuk di sini) Kennedy dan Reynolds, adalah pekerja di firma keselamatan The Trident Group yang diasaskan oleh US Navy Special Operations Personnel (SEAL's) dan Senior US Naval Surface Warfare Officers yang telah lama diketahui oleh GRU berfungsi untuk melindungi pemindahan aset-aset penting meliputi bahan-bahan atom dan biologi di seluruh dunia. Setelah GRU mengesahkan bahawa kargo "sangat mencurigakan" berada di atas kapal Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada 8 Mac, Moscow segera memaklumkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri China (MSS) kebimbangan mereka dan segera menerima "jaminan" bahawa "semua langkah" akan diambil bagi memastikan apa yang telah disimpan akan kekal tersembunyi sebaik sahaja pesawat ini memasuki ruang udara mereka. Walau bagaimanapun, laporan ini turut menyebut atas sebab-sebab masih tidak diketahui, MSS telah bersiap sedia untuk mengalihkan Penerbangan MH370 dari destinasi yang dijadualkan di Beijing ke Haikou Meilan International Airport (HAK) yang terletak di Wilayah Hainan (aka Pulau Hainan) Sebelum memasuki Zon The People Liberation Army (PLA) yang dilindungi di Laut China Selatan atau dikenali juga sebagai Kepulauan Spratly, Penerbangan 370 "ketara menyimpang" dari laluan penerbangannya dan telah dikesan oleh satelit dan radar VKO terbang ke rantau Lautan Hindi serta melengkapkan penerbangan hampir 3,447 kilometer (2,142 batu) ke Diego Garcia. Sinifikan dengan talefon penumpang China berdering Adalah kritikal untuk diberi perhatian bahawa ketika penyimpangan penerbangan MH370 berlaku, pakar-pakar GRU menyebut, dalam masa yang sama semua akses komunikasi telefon bimbit yang dikendalikan oleh China Mobile tersekat di keseluruhan Kepulauan Spratly. Liputan telefon China Mobile dilanjutkan ke Kepulauan Spratly pada tahun 2011 supaya tentera PLA yang ditempatkan di pulau-pulau, para nelayan dan kapal-kapal saudagar dalam kawasan itu boleh menggunakan perkhidmatan mudah alih, yang boleh juga digunakan untuk memberi bantuan apabila berlaku kejadian ribut mahupun aktiviti menyelamat di lautan. Pembaca boleh merujuk artikel di laman Tranungkite,net pada 9 Mac 2014 sehari selepas MH370 dikatakan hilang (rujuk di sini) Bagaimana Tentera Laut Amerika Syarikat mampu untuk mengalihkan Penerbangan MH370 ke pangkalan Diego Garcia, laporan ini berkata, ianya berjaya dilakukan dari jauh kerana pesawat Boeing 777-200ER ini dilengkapi dengan sistem terbang-dengan-wayar (fly-by-wire - FBW) yang berupaya menggantikan manual kawalan penerbangan pesawat konvensional dengan antara muka elektronik bagi membolehkan ia dikawal secara jarak jauh seperti kendalian mana-mana pesawat drone. Semasa minum di tepi pantai bersama seorang sahabat yang pernah menjelajah dunia termasuk di Afghanistan kami berbincang pasal agak sukar untuk mengawal kapal terbang boeing yang besar secara remote seperti mengawal drone. Saya mencari maklumat berkenaan dengan kawalan (romete) pada kapal terbang boeing. Pada November 2006, syarikat pembuat kapal terbang Boeing menerima paten daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk sebuah sistem yang mana apabila ia diaktifkan, memampukan sesebuah pesawat diterbangkan ke lokasi tertentu dengan juruterbang tidak mampu berbuat apa-apa. Autopilot 'tanpa gangguan' (bukan remote/kawalan) itu boleh diaktifkan oleh juruterbang, sensor dalaman atau menggunakan jaringan satelit serta radio dari jarak jauh oleh agensi kerajaan AS seperti CIA. Ia bertujuan untuk mengambil alih penerbangan itu andai berlaku cubaan oleh pengganas untuk mengalih atau melencongkan sesuatu pesawat ke laluan atau destinasi lain. Sistem baru yang dibangunkan selepas pasca 9-11 adalah untuk membolehkan pihak berkuasa AS menguasai dan mengawal sepenuhnya untuk mengelak rampasan. Kalau sebelum ini kapal terbang boeing hanya boleh membuat auto pilot mengikut apa yang dimasukkan dalam sistem, itu pun pada ketinggian yang tertentu dan kelajuan tertentu. Ini juga membantu pilot untuk berehat dalam perjalanan yang jauh. Apabila sistem berkenaan diaktifkan, sesuatu pesawat itu akan diterbangkan dengan kawalan luar ke lokasi yang telah diprogram lebih awal. Boeing dalam kenyataan pada 1 Disember 2006 berkata, ada keperluan mendesak dalam industri penerbangan bagi mewujudkan satu teknik yang secara muktamad dapat mengelak invidu yang tidak bertauliah daripada menguasai sesuatu pesawat dan kemudiannya membahayakan keselamatan penumpang atau orang lain dalam laluan perjalanan kenderaan berkenaan, dengan ini ia akan dapat mengurangkan kesan kemusnahan yang mampu dilakukan individu di dalam sesuatu pesawat (yang dirampas). "Secara khusus, ada keperluan untuk mewujudkan teknik yang akan memastikan laluan perjalanan sesuatu kenderaan adalah berkekalan dengan mengalihkan sebarang proses membuat keputusan yang salah oleh manusia termasuk ancaman keganasan di atas kenderaan (pesawat) berkenaan," katanya. Untuk menjadikannya bebas sepenuhnya, sistem itu mempunyai bekalan kuasa sendiri serta bebas daripada pemutus litar kapal terbang. Kapal berkenaan akan berada dalam mode otomatik walapun telah mendarat dan mekanik atau kakitangan kerajaan yang berkenaan akan dipanggil untuk mematikan sistem berkenaan. Boeing telah mewujudkan beberapa kaedah untuk mengaktifkan sistem berkenaan. Antaranya termasuk suis manual untuk ditekan juruterbang atau pengesan khas di pintu kokpit yang akan mula bertindak apabila mode anti pengganas teraktif walaupun hanya tenaga yang minimum digunakan untuk memaksa buka pintu kokpit. Pilihan lain ialah jaringan tersembunyi di mana pegawai kerajaan atau wakil syarikat penerbangan di darat akan memantau dan mengarahkan kapal dalam mode otomatik apabila sah keselamatan kapal terbang dikompromi. Jaringan komunikasi radio juga boleh digunakan untuk memaklumkan kemudahan darat atau kapal terbang lain bahawa sebuah pesawat telah diaktifkan dalam mode otomatik. Berbalik kepada teori rampasan Walau bagaimanapun, meskipun pesawat ini mampu dikawal dari jauh, sistem komunikasi hanya boleh dinyah-aktif secara manual; dan dalam insiden Penerbangan MH370, sistem laporan datanya telah ditutup pada jam 01:07 pagi, diikuti dengan transponder (alat yang menghantar lokasi dan altitud) yang telah ditutup pada jam 01:21 Apa yang kekal membingungkan tentang kejadian ini, dari analisis GRU media arus perdana Amerika Syarikat dilihat masih belum menuntut plot radar dan imej satelit Lautan Hindi dan Laut China Selatan daripada rejim Obama. Hal ini disebabkan kepentingan kawasan ini di mana tentera AS melindungi keseluruhan kawasan di Diego Garcia kerana kawasan ini mempunyai kepentingan dari segi lorong udara dan perkapalan. Adalah sangat menyedihkan dan laporan ini membuat suatu kesimpulan penting, Amerika Syarikat sebenarnya menyembunyikan fakta "kehilangan" Penerbangan MH370 kerana mereka juga sebenarnya telah berbuat demikian selepas peristiwa 11 September 2011 apabila rejim Bush "menghilangkan" penerbangan American Airlines Flight 77 yang membawa 64 penumpang dan anak kapal selepas secara palsu mendakwa ia akan menghentam Pentagon, tetapi kemudiannya telah disahkan oleh CNN perkara berkenaan tidak berlaku. Banyak kemungkinan boleh berlaku setelah 24 hari berlalu tanpa sebarang pentunjuk yang konkrit yang boleh kita mengata ya kepada apa yang berlaku. Terpulang kepada pembaca.... |
You are subscribed to email updates from Tempayan Retak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan