Rabu, 16 April 2014

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


Khutbah Jumaat sokong GST?

Posted: 15 Apr 2014 06:55 PM PDT

_MG_4580

 (Oleh Amirul Azhan)

KUALA LUMPUR 15 APRIL: Kandungan teks khutbah Jumaat di masjid-masjid seluruh Wilayah Persekutan yang didakwa seolah-olah menyokong Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) menunjukkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tersisih daripada realiti kehidupan rakyat bawahan, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.


 "Alasan diberi kerajaan BN laksanakan GST adalah untuk hapuskan hutang negara yang tinggi dan untuk mengumpul hasil RM20 bilion setahun dalam bentuk pendapatan cukai baru.

"(Tetapi) adakah Jakim tahu bahawa beban hutang yang begitu tinggi berlaku pada zaman Najib Razak menjadi PM, bahkan separuh daripada hutang tersebut menyamai tempoh pentadbiran lima PM terdahulu.

"Saya saran Jakim supaya baca Laporan Audit mengenai pembaziran, ketirisan, kebocoran dan rasuah untuk dijadikan teks khutbah dan harus berani tegur pemerintah kerana tindakannya akan memberikan kesan kepada negara dan rakyat," kata Saifuddin pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, semalam.

Dua teks khutbah Jakim pada 4 dan 11 April dibacakan khatib di masjid-masjid Wilayah Persekutuan mengungkapkan tajuk memperkasa ekonomi umah serta memakmurkan ekonomi tanggungjawab bersama telah menyentuh isu GST.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=60713

Tiada ulasan: