RAKYAT MARHAEN |
- Pakatan tentang GST demi rakyat - Tony Pua
- 'Budaya untung atas angin dari DEB' - Ku Li
- Ku Li: Subsidi IPP 'berdosa', tak dapat dimaafkan
- Pendakwaan juruterbang TUDM kerana dakwat kekal bakal dicabar di Mahkamah Tinggi
- Putrajaya tidak beritahu semua tentang MH370, kata Anwar
- Masih ada harapan temui MH370
- Politikus tidak ikhlas perjuang nasib rakyat?
- MH370 : Polis Jumpa Petunjuk Baru, Mungkin Akan Membawa Kepada Penyelesaian MH370 Yang Hilang........!!
- Hudud, polemik, undang-undang dan pelaksanaan
- Defisit dan permasalahannya
- Orang Dalam Pulak Dah.. Duit Keluar Juta-Juta Untuk ESSCOM Benda Yang Sama Masih Berulang..
- Husband of MH370 passenger: Hold officials accountable
- DEB punca sistem makan atas angin, kronisme berleluasa, kata Ku Li
- MH370: MAS terdedah luas pada tindakan undang-undang - Pakar
- Khutbah Jumaat gesa kajian teliti sebelum cukai baru
- Memali: Antara Musa dan Dr Mahathir, hanya seorang cakap benar, kata Ku Li
- 4-4-1999 : Selamat Ulang Tahun Parti Keadilan Rakyat - 15 Tahun Penuh Cabaran
- Dimana kita patut risau dengan GST
- K'jaan pernah beli getah dengan harga tinggi - TG Nik Aziz
- Alumni pelajar K'tan Mesir anjur jelajah solidariti 529
- Malaysia kekal sistem pilihan raya majoriti mudah, kata menteri
- Putrajaya mahu hukuman lebih berat terhadap Karpal kerana menghasut
- MH370: Tiada Objek Dikesan Di Lautan Hindi Pada Khamis - JACC
- Malaysia Kita: Tinggal dalam kanvas usang
- Malaysia Kita: Pegawai polis terima padah kerana rasuah
Pakatan tentang GST demi rakyat - Tony Pua Posted: 03 Apr 2014 09:31 PM PDT KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menentang sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bukan semata-mata untuk sokongan politik, kerana jika itu tujuannya ia akan membiarkan sahaja kerajaan melaksanakan dasar itu supaya BN ditolak rakyat dalam pilihanraya akan datang. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata demikian ketika menyangkal serangan Ahli Parlimen BN di Parlimen kelmarin yang menyebut kononnya Pakatan menentang GST hanya untuk mendapatkan sokongan politik. Beliau menjelaskan bahawa jika benar Pakatan hanya mahu keuntungan politik, ia boleh membiarkan saja GST dilaksanakan supaya "semua rakyat nampak bahawa kerajaan BN buat mereka sengsara, tambah beban mereka". Beliau mengambil contoh Progressive Conservative Party (PCP) Kanada yang kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum, dua tahun selepas melaksanakan cukai itu. "Progressive Conservative Party laksanakan GST. Pada pilihan raya pada 1993, dua tahun selepas laksanakannya, mereka hanya tinggal dua kerusi. Read More / Baca Lagi >> | ||||||||||||||||||||||||
'Budaya untung atas angin dari DEB' - Ku Li Posted: 03 Apr 2014 09:30 PM PDT Naungan politik yang menggalakkan amalan mengambil untung atas angin dalam perniagaan, berpunca daripada pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang bercanggah dengan falsafah asalnya yang adil dan mulia. Demikian hujah bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah di ibu kota semalam. Menurutnya, amalan untung atas angin merujuk kepada cara mudah membuat duit melalui hubungan politik, tanpa perlu terlibat secara sihat dalam persaingan terbuka. "Walaupun ia kedengaran seperti mahu menuding jari mencari salah dan pahit ditelan, jawapannya terletak pada DEB, atau lebih tepatnya pada DEB yang tersasar dalam pelaksanaannya. "Jangan silap tentang DEB; falsafah dan idea di sebalik program kejuruteraan sosial ini adalah adil dan mulia. "Namun, pelaksanaannya menjadi cacamarba dan salah kerana amalan naungan yang menjurus pertamanya, kepada kronisme dan untung atas angin yang kita sebutkan. "Hasilnya, matlamat yang ditetapkan oleh pembuat polisi gagal dicapai dalam rangka masa yang ditetapkan," katanya. Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan sempena pelancaran buku Malaysia Kaya Rakyat Miskin tulisan Anas Alam Faizli yang mengulas tentang tenaga, ekonomi, dan sistem pendidikan Malaysia. Read More / Baca Lagi >> | ||||||||||||||||||||||||
Ku Li: Subsidi IPP 'berdosa', tak dapat dimaafkan Posted: 03 Apr 2014 09:27 PM PDT Pemberian subsidi RM136.5 bilion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP) antara 1997 hingga 2011, sewaktu sebahagian subsidi barangan pengguna dihentikan, adalah "berdosa dan tidak dapat dimaafkan", kata Tengku Razaleigh Hamzah. Read More / Baca Lagi >>Bekas menteri kewangan berkata, walaupun subsidi barangan pengguna bukan cara terbaik menangani kos sara hidup yang tinggi, ia masih lagi dapat diterima. "Perkara yang tidak boleh dimaafkan dan berdosa adalah betapa mudahnya pihak berkuasa memberikan subsidi kepada pembekal tenaga nasional, pembekal tenaga bebas, dan organisasi bukan berkaitan tenaga yang lain. "Yang menyedihkan adalah sewaktu pembekal tenaga ini berterusan menikmati harga petrol disubsidi, petroleum kepada pengguna - yang didakwa menelan belanja RM14 bilion pada tahun 2011 di pihak kerajaan - dihentikan sebahagiannya baru-baru ini," kata Tengku Razaleigh di ibu kota semalam. Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan sempena pelancaran buku Malaysia Kaya Rakyat Miskin tulisan Anas Alam Faizli yang mengulas tentang tenaga, ekonomi, dan sistem pendidikan Malaysia. Tengku Razaleigh yang lebih mesra sebagai Ku Li itu mengulas pemberian subsidi petroleum oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah rakyat berpendapatan rendah yang sebenarnya tidak mampu untuk membeli bahan bakar itu pada harga pasaran yang sebenar. | ||||||||||||||||||||||||
Pendakwaan juruterbang TUDM kerana dakwat kekal bakal dicabar di Mahkamah Tinggi Posted: 03 Apr 2014 09:26 PM PDT Para peguam bersedia untuk mewakili juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad yang didakwa di Mahkamah Tentera kerana membuat laporan polis berhubung dakwat kekal yang tidak kekal, ke mahkamah sivil. Peguam PAS, Mohamed Hanipa Maidin yang mengetuai pasukan itu berkata, beliau mempertimbang untuk memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi kerana tindakan ke atas Zaidi melanggar hak perlembagaan. "Zaidi berhak untuk membuat laporan polis bila berlaku sesuatu yang dirasakan salah dan dakwaan terhadapnya bertentangan dengan hak kebebasan bersuara dan memberikan pendapat," katanya kepada The Malaysian Insider. "Dia tidak patut dihukum. Majlis Angkatan Tentera mempunyai pilihan untuk menarik balik dakwaan itu dan menghentikan perkara ini," katanya. Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga mengaku berlaku penyelewengan terhadap dakwat kekal dalam pilihan raya umum lalu. Hanipa berkata, kes Zaidi tidak terletak di bawah bidang kuasa Peguam Negara yang juga pendakwaraya. "Biasanya kita menulis kepada peguam negara untuk menggugurkan dakwaan atau memfailkan permohonan kepada mahkamah agar menolak dakwaan itu. "Oleh kerana Zaidi di bawah Mahkamah Tentera, kita hanya boleh memohon semakan kehakiman," katanya. Hanipa berkata, beliau meminta pihak berkuasa majlis supaya menggugurkan kes itu tetapi tidak ada petanda positif mengenainya. Read More / Baca Lagi >> | ||||||||||||||||||||||||
Putrajaya tidak beritahu semua tentang MH370, kata Anwar Posted: 03 Apr 2014 08:16 PM PDT Tidak mungkin radar canggih yang dimiliki Malaysia tidak boleh mengesan pesawat MH370 yang menukar arahnya kembali ke semenanjung Malaysia dalam kejadian pada 8 Mac itu, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam temubual dengan media British, The Telegraph, Anwar yang baru didapati bersalah atas dakwaan meliwat yang disifatkan sebagai usaha untuk membunuh karier politiknya berkata, dia tergamam mengapa radar canggih Marconi itu gagal mengesan dengan segera pesawat yang menukar arah itu. Menerusi wawancara itu, Anwar berkata, radar itu disifatkan sebagai "salah satu daripada radar paling canggih" di dunia yang berpusat di Laut China Selatan untuk mengawasi seluruh daratan Malaysia dan pantai timur dan baratnya, malah, beliau sendiri memberikan kebenaran pemasangannya semasa menjadi menteri kewangan pada 1994. Bercakap kepada The Telegraph, Anwar berkata, radar itu akan secepat kilat mengesan Boeing 777 kerana ia terbang dari timur ke barat melalui sekurang-kurangnya empat negeri di Malaysia. Anwar berkata, adalah 'mencurigakan' apabila tentera udara negara ini terus diam, kerana "ia hanya perlukan tiga minit di bawah prosedur standard operasi untuk pesawat tentera udara bertindak, tetapi tidak ada tindak balas." Ketua umum PKR itu berkata:"Kami tidak ada yang secanggih Amerika Syarikat atau Britain, tetapi kami ada kemampuan untuk menjaga kepentingan sempadan." Adalah sesuatu yang sangat "mengagumkan" untuk mengatakan operator radar itu tidak dapat mengawasi pergerakan pesawat itu. "Bagaimanapun cara hal ini dikendalikan dalam beberapa hari pertama sangat mencurigakan. Jelas, maklumat kritikal yang kita perlu untuk memahami hal ini tiada. "Saya yakin kerajaan lebih tahu daripada kita. Mereka ada kuasa untuk mengarahkan tentera udara atau Malaysia Airlines. Mereka yang berhak tahu kepada semua maklumat penting ini untuk kita memahami kehilangan MH370," kata Anwar dipetik daripada Telegraph. Read More / Baca Lagi >> | ||||||||||||||||||||||||
Posted: 03 Apr 2014 08:13 PM PDT Teori dan spekulasi tentang misteri kehilangan pesawat MH370 tidak boleh disangkal kerana pesawat terbabit masih belum lagi ditemui sehingga kini. Ini termasuklah teori pesawat itu disembunyikan kuasa besar dunia yang mempunyai kepentingan terhadap kargo yang dibawa ataupun penumpang 'penting' yang dikatakan menjadi rebutan kumpulan tertentu yang kini menjadi antara berita yang tersebar di dunia maya. Bagi sesetengah pihak, teori ini masih boleh diguna pakai kerana setakat ini masih tiada sebarang petunjuk dan bukti positif berhubung penemuan pesawat itu hingga ke hari ini. Malah ada yang mengaitkan MH370 pernah mendarat di Pengkalan Tentera AS di Diego Garcia dengan kawalan tentera AS sebaik sahaja ianya hilang dari radar. Pegawai Dasar dan Perancangan Udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim ), Kepten Norhaizad Ismail berkata, kecanggihan teknologi yang dimiliki negara-negara maju dalam operasi mencari pesawat berkenaan mampu membawa petanda positif kepada penemuan pesawat itu. "Jika berlaku kebakaran dan letupan, kemungkinan besar serpihan pesawat akan dijumpai. "Seandainya pesawat berada di dasar lautan itu, pasti kita akan menemuinya walaupun mengalami kesukaran dari segi cuaca dan kedalaman Lautan Hindi," katanya ketika mengadakan lawatan ke Kumpulan Media Karangkraf, semalam. Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Samsuni Mohd Nor. Read More / Baca Lagi >> | ||||||||||||||||||||||||
Politikus tidak ikhlas perjuang nasib rakyat? Posted: 03 Apr 2014 08:11 PM PDT AHMAD LUTFI OTHMAN Justeru, saya mahu bertanya, apa khabar mahasiswa hari ini? Masih tetap peduli dengan isu-isu yang membelit rakyat, prihatin terhadap degup jantung warga, resah berdepan elit penguasa penindas, gelisah memikirkan aksi bertindak untuk membela kaum terpinggit? Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 diperketatkan pada 1975 selepas demonstrasi Baling itu, yang juga "membakar" Kuala Lumpur sehingga Masjid Negara yang menjadi "medan tempur" dan autonomi universiti hancur apabila kampus digempur polis, melalui Operasi Mayang, menyebabkan ada aktivis mahasiswa berkelana jauh ke luar negara, antaranya Hishamuddin Rais. Siri unjuk rasa di seluruh kampus (ketika itu bilangan universiti tidak melebihi jari sebelah tangan) turut mendedahkan persekongkolan aparat keamanan dan juga media, dengan sang pemerintah, yang menghitamlegamkan perjuangan suci pelajar membela orang-orang kampung yang dilupakan. Apatah lagi, era pertengahan 1970-an, menyaksikan persepakatan baru kerajaan BN dalam posisi paling mantap - PAS, PPP dan Gerakan bersama Perikatan membentuk kerajaan - dan suara pembangkang kian tersudut. Namun, ia juga kesempatan terbaik gerakan untuk mahasiswa muncul hero baru, menjadi "jurubicara masyarakat yang tiada berkepentingan". Kini AUKU dilonggarkan, terutama berkaitan sikap dan pendirian politik pelajar, namun kongkongan pentadbiran universiti, khususnya Hal Ehwal Pelajar masih kukuh mengikat. Aktiviti mahasiswa terus dipasung, hal-hal karut-marut yang merendahkan martabat pemimpin pelajar berterusan dan pengurusan kanan kampus tetap memperlekeh penghuninya. Kedua, saya juga mahu bertanya khabar, bagaimana pula kesedaran berpolitik warga desa, yang dikira menjadi penyelamat Umno dalam PRU13? Ketika masyarakat kelas menengah, yang tinggal di kota dan pinggir bandar, dan pastinya masyarakat Tionghua, menolak secara terbuka BN, masyarakat Melayu di kampung-kampung tradisi dan penempatan Felda menghulurkan talian hayat penyambung kuasa. Apakah kemiskinan menyebabkan mereka lebih mudah dicucuk hidung atau tenggelam dalam "mentaliti subsidi" (satu istilah yang sering disalahtafsirkan), termasuk pemberian BR1M dan bantuan "one-off" lainnya? (Tetapi, kenapa pula pada tahun 1999, ekoran ledakan Reformasi, berbondong-bondong pengundi Melayu berani menempelak Umno, yang diselamatkan masyarakat Tionghua? Himpunan bersejarah Baling 1.0 itu juga mengimbau dedikasi tinggi para penggeraknya, yang kini mewarnai persada politik tanah air, khususnya Anwar Ibrahim, selain tokoh pelajar - seperti Kamaruzaman Yaakob dan Halim Arshat - serta kakitangan akademik - misalnya Dr Syed Husin Ali, Dr Tengku Shamsul Bahrin dan Gurdial Singh - yang mungkin sudah kurang dikenali siapa mereka sekarang ini. Read More / Baca Lagi >> | ||||||||||||||||||||||||
Posted: 03 Apr 2014 07:47 PM PDT
Menurutnya, seluruh penyiasatan sedang berjalan dan setakat ini pihaknya masih belum dapat menyimpulkan apa-apa persoalan. "Pihak polis tidak mempunyai pengalaman untuk menangani kes seperti ini sebelumnya, kami masih menyiasat punca kehilangan pesawat tersebut," katanya. Jelasnya lagi, petunjuk yang diperoleh pihaknya mungkin akan membawa kepada penyelesaian kes ini. "Kami meneliti petunjuk baru itu bersama laporan yang disediakan berdasarkan empat aspek utama siasatan iaitu, aspek rampasan, aspek sabotaj, aspek psikologi dan aspek latar belakang kru dan penumpang pesawat," katanya menerusi satu kenyataan yang dilaporkan oleh The Sun Daily. | ||||||||||||||||||||||||
Hudud, polemik, undang-undang dan pelaksanaan Posted: 03 Apr 2014 07:36 PM PDT Polemik mengenai undang-undang jenayah Islam (baca: hudud) tidak pernah sunyi daripada menjadi perbahasan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Subjek ini bukan hanya dipolemikkan mengenai pelaksanaannya dalam konteks negara moden pada hari ini, bahkan ia juga membabitkan persoalan adakah undang-undang tersebut masih kekal sebagai satu ketentuan Allah yang wajar dan relevan dilaksanakan pada masa kini. Perbincangan mengenai isu hudud ini, sama ada secara serius atau tidak, sama ada diperkatakan oleh orang kebanyakan, ahli politik, atau para sarjana, sentiasa menjadi sesuatu yang diminati oleh para pendukung atau mereka yang meremehkannya. Polemik hudud yang berpanjangan ini, daripada sudut positifnya boleh menyemarakkan rasa ingin tahu masyarakat berkenaan undang-undang berkenaan. Hal ini samalah seperti rentetan peristiwa "11 September" yang menyebabkan masyarakat barat semakin ingin mengkaji Islam dari sumber asal iaitu Al-Quran. Pengajian kuliah-kuliah agama di masjid dan surau boleh dikatakan tidak mendedahkan jemaah berkenaan perkara ini berbanding dengan bab lain dalam ilmu fiqh seperti bab taharah, solat, puasa dan ibadat-ibadat yang lain. Alangkah ruginya apabila ilmu fiqh yang luas dan merangkumi semua aspek lahiriah manusia ini hanya didedahkan secara juzuk yang kecil sahaja. Hal yang sama juga berlaku kepada media arus perdana. Hampir tidak pernah dibincang, dikuliah, dan diforumkan berkenaan subjek hudud ini berbanding bab lain yang disebutkan. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa masyarakat masih lagi tidak memahami bahawa dalam Islam ini terdapat satu peraturan yang mengawal peribadi daripada perlakuan jenayah dan sekaligus menjamin keamanan dalam masyarakat (al-Baqarah, 2: 179). Tidak lama dahulu, seorang Adun dari sebuah negeri di Malaysia mencadangkan agar negerinya menjadi negeri pertama melaksanakan hudud. Selanjutnya, seorang ketua hakim Syarie di salah sebuah negeri juga memberi komitmen Mahkamah Syariah negerinya bersedia dan berupaya untuk melaksanakan hukuman hudud yang diluluskan 'enakmennya' di negeri tersebut. Terkini, menteri yang bertanggungjawab terhadap portfolio agama dalam sidang Parlimen berjanji kerajaan pusat akan memberikan komitmen penuh bagi mana-mana negeri yang hendak melaksanakan hukum Allah itu. Mungkin dengan kenyataan tersebut Malaysia akan mengorak langkah menjadi negara kedua di Asia Tenggara yang melaksanakan undang-undang berkenaan selepas Brunei. Pengalaman mengajar kursus yang berlatar belakangkan Islam kepada pelajar bukan disiplin pengajian Islam, termasuk bukan Islam, seringkali topik pelaksanaan undang-undang Islam yang menjadi sebahagian topik dalam silibus subjek berkenaan menjadi perbincangan dalam kalangan pelajar. Read More / Baca Lagi >> | ||||||||||||||||||||||||
Posted: 03 Apr 2014 07:33 PM PDT Amin AhmadSaya masih ingat, semasa menjadi ahli panel jemputan perbincangan Belanjawan 2013 di sebuah saluran televisyen swasta, antara penekanan yang dinyatakan ialah kepentingan untuk menangani defisit fiskal.Dalam ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Sidang Kemuncak Ekonomi Negara Mac lalu, beliau mengaku defisit dan hutang mampu membahayakan negara, tetapi ia tidak semestinya buruk. Beliau memberi gambaran masalah defisit antara lain disumbangkan oleh peningkatan subsidi, iaitu RM44 billion, meningkat daripada sekitar 15% kepada lebih 21% antara 2010 dan 2012. Dalam konteks ekonomi, ada yang memberi justifikasi hutang negara pada masa ini bukan masalah besar kerana peratusan besarnya adalah hutang domestik. Selain itu, justifikasi turut sama diberikan terhadap defisit sebagai keperluan untuk pembangunan, berasaskan teori ekonomi Keynesian. Defisit dan hutang Apakah defisit? Defisit bermaksud dalam belanjawan kerajaan berbelanja lebih daripada pendapatannya (baca: cukai yang dikutip). Hutang pula ialah jumlah pinjaman kerajaan daripada pihak lain untuk menampung belanjawan. Defisit lazimnya ditunjukkan dalam belanjawan setiap tahun tetapi hutang meliputi defisit tahun-tahun sebelumnya. Baik buruk hutang bergantung kepada kemampuan kerajaan untuk membayar balik pada masa akan datang. Kajian ahli ekonomi IMF, Abdul Abiad dan Jonathan Ostry menunjukkan tahap hutang yang munasabah ialah pada kadar 30% KDNK sesebuah negara. Masalah defisit Antara keburukan defisit dan hutang ialah 1) penambahan hutang dan faedah hutang (kos dilepaskan) 2) inflasi 3) kesan himpitan keluar (crowding out effect) serta 4) peningkatan cukai dan kadar faedah. Apabila sesebuah negara berhutang, sama ada di peringkat domestik atau luar, hutang ini masih tetap perlu dibayar. Setiap hutang ini mempunyai faedahnya tersendiri. Semakin besar jumlah hutang, maka semakin besarlah faedah yang perlu dibayar. Read More / Baca Lagi >> | ||||||||||||||||||||||||
Orang Dalam Pulak Dah.. Duit Keluar Juta-Juta Untuk ESSCOM Benda Yang Sama Masih Berulang.. Posted: 03 Apr 2014 07:19 PM PDT Rakyat tidak kisahlah orang dalam kah orang luarkah, persoalannya macam mana bot laju tersebut boleh masuk dan keluar dengan selamat??. Tanpa disedari oleh askar-askar kita yang berkawal di sempadan. Apa tujuan budget untuk ESSCOM sampai puluh-puluh juta tapi benda yang sama berulang, sebelum ini dua orang rakyat Shanghai dan terbaru seorang Shanghai dan seorang lagi warga Filiphina. ESSCOM yang konon-kononnya menjaga keamanan perairan Sabah dari Timur ke Barat. Yang polis cakap orang dalam, si Najib pula kata ini dilakukan yang mahu hubungan China dan Malaysia menjadi keruh. Bagusnya korang awal-awal lagi dah buat spekulasi. Polis syak orang dalam terlibat Hamza Taib KOTA KINABALU - Seorang pelancong wanita rakyat China dan seorang pekerja resort rakyat Filipina diculik dari sebuah resort atas air, Singamata Adventures Reef and Resort, oleh sekumpulan tujuh lelaki bersenjata, malam tadi. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib hari ini berkata wanita China, yang juga seorang pelajar, dikenali sebagai Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai manakala pekerja wanita Filipina berusia 40 tahun itu dikenali sebagai Marcy Dayawan atau Mimi. Resort 60 bilik itu, yang beroperasi selama lebih 10 tahun itu, terletak kira-kira dua batu nautika dari Pekan Semporna. Hamza berkata ketika kejadian pukul 10.30 malam itu, terdapat 61 pelancong iaitu 59 rakyat China, seorang warga Iran dan seorang pelancong Malaysia dan kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna untuk diambil keterangan. Read More / Baca Lagi >> | ||||||||||||||||||||||||
Husband of MH370 passenger: Hold officials accountable Posted: 03 Apr 2014 07:15 PM PDT | ||||||||||||||||||||||||
DEB punca sistem makan atas angin, kronisme berleluasa, kata Ku Li Posted: 03 Apr 2014 07:07 PM PDT Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan kegagalan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai punca berlakunya sistem makan atas angin dan kronisme berleluasa hingga hari ini. Beliau berkata, DEB yang dilaksanakan pada 1971 berniat baik untuk meningkatkan tahap ekonomi Bumiputera khususnya kaum Melayu, tetapi pelaksanaan dasar itu yang menjadikan ia kacau-bilau. "Pelaksanaannya menjadi kacau-bilau dan salah kerana amalan naungan yang menyebabkan berlakunya sistem makan atas angin dan kronisme," katanya ketika melancarkan buku Malaysia Kaya, Rakyat Miskin di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur, malam tadi. "Matlamat yang ditetapkan oleh polisi tersebut gagal dicapai dalam tempoh yang ditetapkan," katanya. Tengku Razaleigh berkata, budaya makan atas angin menyebabkan kaum Melayu jadi pemalas dan mengambil jalan mudah dalam menjalankan perniagaan. "Makan atas angin juga mengambil jalan mudah dan malas menjalankan perniagaan," katanya yang turut dikenali sebagai Ku Li. Read More / Baca Lagi >> | ||||||||||||||||||||||||
MH370: MAS terdedah luas pada tindakan undang-undang - Pakar Posted: 03 Apr 2014 07:05 PM PDT Dengan pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 masih belum ditemui sehingga ini, para peguam berkata MAS terdedah luas kepada potensi tindakan undang-undang dari keluarga para penumpangnya. Peguam yang berpejabat di Brisbane, Joseph Wheeler menjelaskan bahawa di bawah Konvensyen Montreal 1999 (dikemaskini pada 2009), syarikat penerbangan bertanggungjawab membayar pampasan bagi kehilangan yang terbukti sehingga RM570,820. Untuk menangkis saman yang menuntut gantirugi melebihi RM570,820, maka konvensyen tersebut menyatakan bahawa MAS perlu membuktikan di mahkamah bahawa kehilangan pesawat itu bukan disebabkan kecuaian sendiri, atau pihak ketiga bertanggungjawab sepenuhnya terhadapnya. Di sinilah di mana MAS mungkin berdepan dengan masalah. Read More / Baca Lagi >> | ||||||||||||||||||||||||
Khutbah Jumaat gesa kajian teliti sebelum cukai baru Posted: 03 Apr 2014 07:03 PM PDT Khutbah Jumaat kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengingatkan bahawa sebarang langkah memperkenal dasar percukaian baru mesti dibuat berdasarkan kajian teliti supaya tidak membebankan. Mimbar berhujah, berdasarkan pandangan Imam Abu Yusuf, ulama dalam bidang percukaian Islam, sesebuah negara boleh menaik atau menurunkan kadar cukai mengikut kemampuan rakyat. "Pandangan Imam Abu Yusuf ini amat tepat kerana untuk mewujudkan dasar percukaian baru perlu dibuat kajian teliti supaya tidak membebankan rakyat dan pengguna terutama golongan daif dan miskin," teks khutbah itu dipetik. Khutbah yang disediakan untuk masjid-masjid di Wilayah Persekutuan itu berjudul "Memakmurkan Ekonomi Tanggungjawab Bersama". Sementara itu, khutbah juga menegur budaya melengah-lengahkan membayar cukai dan berhutang melibatkan masyarakat Islam. "Cuba bayangkan berapa banyak kerajaan terpaksa menanggung kerugian akibat budaya hidup sebegini, berapa banyak projek pembangunan yang dirancang tidak dapat dilaksanakan dengan sewajarnya," menurut khutbah itu lagi. Read More / Baca Lagi >> | ||||||||||||||||||||||||
Memali: Antara Musa dan Dr Mahathir, hanya seorang cakap benar, kata Ku Li Posted: 03 Apr 2014 05:43 PM PDT Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berkata salah seorang antara Tun Musa Hitam atau Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap benar dalam insiden Memali. Tengku Razaleigh berkata, beliau tidak mengetahui cerita sebenar di sebalik insiden berdarah tersebut walaupun ketika itu berada dalam Kabinet. "Saya menteri Kabinet tetapi saya tidak tahu apa yang berlaku dan hanya membaca mengenainya dalam akhbar. Tengku Razaleigh adalah menteri kewangan ketika peristiwa Memali berlaku. Beliau yang lebih mesra dengan gelaran Ku Li berkata, beliau tidak mahu campur tangan dalam kontroversi tersebut memandangkan tidak mengetahui fakta sebenar insiden itu. Read More / Baca Lagi >> | ||||||||||||||||||||||||
4-4-1999 : Selamat Ulang Tahun Parti Keadilan Rakyat - 15 Tahun Penuh Cabaran Posted: 03 Apr 2014 05:15 PM PDT Hasrat memperjuangkan keadilan untuk semua kaum serta menyemarakkan islah dan pembaharuan hendaklah dilaksanakan dengan berlandaskan perlembagaan dan prinsip keluhuran undang-undang. Justeru, gerakan reformasi di Malaysia telah memilih PARTI KEADILAN NASIONAL sebagai wadah untuk meneruskan perjuangan murni ini secara berganding bahu denganparti-parti politik lain dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang mendokong cita-cita yag sama. 1. Membina masyarakat yang adil dari segi pentadbiran, perundangan, politik, ekonomi, sosial dan budaya. 2. Memelihara dan mempertahankan kemuliaan insan dengan menghapuskan segala bentuk penindasan dan memperluaskan skop untuk mengaturkan kehidupan berdasarkan nilai-nilai moral. 3. Melindungi dan menjamin hak asasi manusia pada keseluruhannya serta menggalakkan individu menunaikan tanggungjawabnya terhadap masyarakat. 4. Menegakkan sistem demokrasi berparlimen dan membina sebuah masyarakat madani berasaskan perlembagaan negara dan prinsip keluhuran undang-undang. 5. Meningkatkan mutu kehidupan rakyat berasaskan falsafah keadilan sosial yang hakiki; menjamin agihan kekayaan dan peluang yang adil; membela nasib rakyat berpandapatan sederhana dan miskin; mengurangkan jurang pendapatan antara golongan yang paling kaya dan golongan kurang berada melalui pembangunan yang seimbang dan mapan yang mengawal persekitaran alam daripada pencemaran. 6. Mendukung dan memperjuangkan Islam sebagai sistem hidup masyarakat Muslim dan sebagai agama Persekutuan, seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, di samping mempertahankan prinsip kebebasan beragama serta menekankan kehidupan bermoral dan berakhlak. 7. Mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di samping memelihara hak bahasa-bahasa lain untuk diamal dan dipelajari serta mempertahan dan menerima penghayatan budaya Malaysia yang dinamis berteraskan nilai-nilai moral dan prinsip-prinsip hidup yang mulia. 8. Membangunkan sebuah masyarakat Malaysia yang bersatu padu yang mendukung nilai-nilai bersama serta menolak fahaman perkauman sempit di samping memelihara kepentingan masyarakat bumiputera serta menjamin keadilan bagi semua kaum. 9. Memerangi rasuah, nepotisme dan kronisme; keangkuhan dan penyalahgunaan kuasa; dan sikap tamak haloba serta materialisme yang tidak mengenal batas. 10. Mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara dalam suatu susunan politik, ekonomi dan budaya antarabangsa yang adil yang melindungi hak negara-negara sedang membangun. PARTI KEADILAN NASIONAL atau keADILan adalah sebuah pertubuhan politik yang didaftarkan pada tahun 1990. Nama asalnya adalah Ikatan Masyarakat Islam Malaysia dan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa pada tahun 1999, parti ini dipinda namanya kepda Parti Keadilan Nasional, sesuai dengan aspirasi perjuangan semasa. Parti ini sejak awal penubuhannya telah didokong oleh barisan pimpinan yang ingi membwa perubahan atau reformasi kepada sistem politik dan pemerintahan negara. Kini dengan senario dan angin perubahan yang semakin kuat melanda negara, parti ini mendapat nafas baru dengan penyertaan sebahagian besar pendokong dan pemimpin reformasi negara. Misi perjuangan adalah jelas: menegakkan keadilan dan kebenaran. Cita-cita perjuangan adalah untuk membawa perubahan ke arah kesejahteraan rakyat.
Parti Keadilan Nasional diterajui oleh seorang Presiden yang dipilih dalam Persidangan Agung Tahunan parti. Parti ini mempunyai badan penggubal dasar tertinggi yang dinamakan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT). Presiden dan ahli-ahli MPT dipilih melalui Persidangan Agung Tahunan Parti untuk tempoh selama tiga tahun. MPT adalah terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden, Bendahari Agung, Ketua Penerangan, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan ahli-ahli biasa MPT yang terdiri daripada Ketua-ketua Perhubungan Negeri yang dilantik oleh Presiden dan 7 orang ahli MPT yang dipilih dalam Persidangan Agung Tahunan. Setiausaha Agung, Bendahari Agung, Ketua Penerangan dan Ketua Wanita adalah dilantik oleh Presiden. Kepimpinan di peringkat negeri diterajui oleh Ketua-ketua Perhubungan Negeri yaag menyelaraskan bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan parti di negeri masing-masing Senarai Ahli MAJLIS PIMPINAN TERTINGGI PARTI KEADILAN NASIONAL
Read More / Baca Lagi >> | ||||||||||||||||||||||||
Dimana kita patut risau dengan GST Posted: 03 Apr 2014 05:04 PM PDT Mengenai GST, dimana kawasan2 kerisauan kita? 1) Dari sudut konsentrasi dana dalam tangan kerajaan- berdepan lah dengan kenyataan, bahawa kita tidak percaya kepada BN bila mengendalikan wang rakyat. 2) Dari sudut agihan pendapatan- ternyata priority utama kerajaan ialah membanyakkan wang dalam tangan, tidak peka keatas impak kepada golongan pendapatan rendah khas nya orang Melayu 3) Impak inflasi 4) Penguncupan kuasa beli akan mengakibatkan permintaan yang kurang mengakibatkan kelembapan pertumbuhan ekonomi. Hujjah yang paling seronok dugunakan oleh ahli parlimen BN ialah , jika 160 buah negara dalam dunia ini mengunakan GST, tentulah ia bagus; ada benar dan ada tidak benar. 160 negara menggunakan nya ialah tanda semua kerajaan 160 buah negara tersebut mahukan lebih banyak wang dalam tangan mereka. Negara yang korap dan rasuah, negara tin pot dictator, negara kaya yang demokractik, neara yang mempunyai pendapatan per kapita yang tinggi, semua mahukan wang lebih banyak dalam kantong mereka. Bukan kerana ia semestinya baik untuk rakyat, tapi ianya keadah baik untuk membanyakkan dana keajaan. Sama ada ia baik untuk rakyat, bergantung kepada kualiti kerajaan dan kualiti pengurusan wang tersebut. Maka, jika sumber kekuatan hujjah penyokong GST ialah menunjukkan bahawa ada 160 buah negara dalam dunia ini yang melaksanakan GST, yang menyamakan Malaysia engan 160 negara itu ialah, kerajaan Malaysia sebenarnya mahukan lebih banyak wang dalam kantong mereka? Kita mesti tanya sebab2 mengapa kerajaan mahukan lebih banyak wang dalam kantong mereka? GST menambahkan antara 22 hingga 33 billion setahun kepada kantong. Kepada seorang ekonomis, ini suatu perkara yang merunsingkan. Sebab konsentrasi kuasa wang yang banyak dalam tangan kerajaan. Prinisp nya ialah, wang rakyat lebih selamat dalam tangan rakyat sendiri dari meletakkan wang tersebut dalam tangan orang lain. Read More / Baca Lagi >> | ||||||||||||||||||||||||
K'jaan pernah beli getah dengan harga tinggi - TG Nik Aziz Posted: 03 Apr 2014 05:01 PM PDT KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyokong Himpunan Derita Rakyat Baling 2.0 yang bakal diadakan di Baling esok. Katanya, himpunan di Baling esok wajar bagi warga pekebun getah menzahirkan keperitan dan menuntut hak mereka berdepan kejatuhan harga komoditi yang menjadi punca rezeki mereka. "Saya meminta rakyat Kedah, khasnya rakyat Baling turun ramai-ramai, meluahkan isi hati bahawa kami (rakyat) miskin kerana harga getah yang agak murah. "Hal ini bukan sahaja berlaku di Baling malah diseluruh Malaysia. Dengan cara berhimpun , ianya dapat menzahirkan pada dunia kita menderita sekarang ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung himpunan itu. Menurut Tuan Guru lagi, sewaktu di zaman Tun Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri, harga getah juga jatuh menjunam. Namun kata beliau, kerajaan ketika itu mengambil langkah membeli getah dari pekebun pada harga yang mahal kemudiannya getah tersebut disimpan. Read More / Baca Lagi >> | ||||||||||||||||||||||||
Alumni pelajar K'tan Mesir anjur jelajah solidariti 529 Posted: 03 Apr 2014 04:44 PM PDT KUALA LUMPUR: Sebagai menzahirkan rasa kebersamaan terhadap apa yang berlaku di negara Mesir, pihak persatuan Alumni Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir (Alumni KPKM) mengambil tanggungjawab mengadakan Jelajah Solidariti 529 di seluruh negeri Kelantan. Menurut Penyelaras Program, Ustaz Mohd Asri bin Daud, siri jelajah ini diadakan bagi mengajak masyarakat bersolidariti terhadap nasib 529 rakyat negara itu yang dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah regim kudeta. Apa yang menarik, jelajah ini menggunakan pendekatan persembahan pidato, flashmob, pengkisahan selain dari tayangan video dan solat hajat. "Setakat ini kami tidak putus-putus menerima undangan untuk mengadakan program ini," katanya. Pihak mereka juga turut menampilkan penceramah berwibawa dan dekat dengan isu pergolakan Mesir seperti penganalisis isu Mesir, Ustaz Malik bin Abdul Karim dan lain-lain. Menurut Mohd Asri, mana-mana pihak yang berminat boleh menjemput mereka untuk hadir. "Pihak Parlimen atau DUN hanya perlu menyediakan kelengkapan logistik, manakala kami datang bersama pasukan kami termasuk Pengerusi Alumni KPKM, Ustaz Zulkipli Mat Yusoh," katanya lagi. Read More / Baca Lagi >> | ||||||||||||||||||||||||
Malaysia kekal sistem pilihan raya majoriti mudah, kata menteri Posted: 03 Apr 2014 04:42 PM PDT Putrajaya tetap akan mengekalkan sistem pilihan raya di negara ini berdasarkan majoriti mudah sekali gus menolak perubahan atau pindaan, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim. Beliau berkata, Putrajaya tetap dengan pendirian sistem majoriti mudah merupakan dasar pilihan raya terbaik diamalkan berbanding undi popular (proportionate representation) seperti dicadangkan ahli Parlimen pembangkang. "Malaysia mengamalkan sistem pilihan raya berdasarkan majoriti mudah iaitu mewakili Parlimen, bertanding di pilihan raya, siapa mendahului, dia akan menang. Berdasarkan sistem pilihan raya majoriti mudah, sesiapa yang mendapat undi tertinggi akan memperoleh kemenangan tanpa mengambil kira peratusan undi diterima. Sistem pilihan raya tersebut digunapakai pada kebanyakan negara Komanwel termasuk Malaysia. Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei 2013, Barisan Nasional (BN) hilang undi popular biarpun berjaya mengekalkan kuasa mentadbir negara selepas memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen. Mengikut peratusan, Pakatan Rakyat (PR) mendahului undi popular sebanyak 51% (5.5 juta) berbanding BN 47% (5.2 juta). Read More / Baca Lagi >> | ||||||||||||||||||||||||
Putrajaya mahu hukuman lebih berat terhadap Karpal kerana menghasut Posted: 03 Apr 2014 04:41 PM PDT Peguam veteran, Karpal Singh yang dijatuhkan hukuman denda RM4,000 bulan lalu mungkin akan dipenjarakan selepas pihak pendakwa memfailkan rayuan balas bagi meminta mahkamah menjatuhkan hukuman lebih berat. Karpal didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman denda oleh Mahkamah Tinggi pada 11 Mac lalu. Bagaimanapun, beliau memberitahu The Malaysian Insider, beliau menerima salinan notis rayuan daripada pendakwaraya semalam meminta mahkamah meningkatkan hukuman ke atasnya. "Ya, mereka berhak untuk memfailkan rayuan balas," katanya. Ahli Parlimen berkerusi roda yang berumur 73 tahun itu tidak pasti adakah pendakwa mahu beliau dikenakan hukuman maksima RM5,000 atau mahu beliau dipenjarakan iaitu sehingga tiga tahun sebagaimana yang termaktub dalam Akta Hasutan. Karpal membuat rayuan kepada kedua-duanya iaitu keputusan bersalah dan hukuman denda RM4,000. Read More / Baca Lagi >> | ||||||||||||||||||||||||
MH370: Tiada Objek Dikesan Di Lautan Hindi Pada Khamis - JACC Posted: 03 Apr 2014 04:34 PM PDT Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC) dalam kenyataan berkata kawasan pencarian sentiasa diselaraskan dengan 10 pesawat dan sembilan kapal menuju ke arah utara kawasan pencarian pada Khamis. "Tiga pesawat melakukan pencarian di bahagian selatan Lautan Hindi manakala kapal peninjau pelbagai fungsi HMS Echo milik United Kingdom beroperasi di utara kawasan pencarian untuk mengesan transmisi sonik daripada perakam data penerbangan. "Satu isyarat dikesan tetapi tidak tepat. Isyarat palsu mungkin dialami daripada sumber-sumber biologi seperti ikan paus atau gangguan daripada bunyi perkapalan," menurut kenyataan itu. JACC berkata, keadaan cuaca di kawasan pencarian adalah baik dengan jarak penglihatan kira-kira 10km. JACC dilancarkan pada 1 April di Perth bagi menyelaraskan operasi mencari pesawat MH370. Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari sama. Selepas 17 hari selepas kehilangan pesawat jenis Boeing 777-200ER itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Mac lepas mengumumkan bahawa penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". | ||||||||||||||||||||||||
Malaysia Kita: Tinggal dalam kanvas usang Posted: 03 Apr 2014 04:29 PM PDT KUALA NERANG - Dua beranak terpaksa menggunakan kanvas usang sebagai tempat tinggal selepas rumah mereka di Kampung Pinang, Pedu dekat sini roboh ditimpa sebatang pokok dalam kejadian puting beliung, Sabtu lalu. Muhammad Subhi Bakar, 40, berkata, dia dan ibunya, Mek Cik Ahmad, 73, terpaksa tinggal di khemah itu yang terletak berdekatan rumahnya buat sementara waktu. Dia yang masih bujang menceritakan, sebelum ini, khemah tersebut dipasang untuk dijadikan tempat rehat dan meletak barangan tetapi kini ia ibarat seperti rumah tumpangan. "Rumah pusaka arwah bapa berusia lebih 50 tahun telah musnah dalam sekelip mata dan sekarang, kami terpaksa berteduh di khemah ini daripada hujan dan panas sehingga rumah baharu dibina," katanya kepada pemberita di sini semalam. | ||||||||||||||||||||||||
Malaysia Kita: Pegawai polis terima padah kerana rasuah Posted: 03 Apr 2014 04:19 PM PDT KUCHING - Perbuatan buruk seorang pegawai polis yang mengetuai satu serbuan ke atas sebuah premis menjual cakera padat digital (DVD) cetak rompak sebelum meminta suapan bagi menutup kes itu tiga tahun lalu berbalas semalam apabila dia dihukum penjara dua hari dan denda RM5,600 oleh Mahkamah Khas Rasuah di sini. Hakim Marutin Pagan menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Cif Inspektor Abdul Aziz Ab. Latiff, 43, yang bertugas sebagai Ketua Balai Polis Kota Sentosa di sini mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang dibacakan ke atasnya. Bagi pertuduhan pertama, dia dituduh menerima RM500 daripada seorang lelaki dikenali sebagai Joseph Wong sebagai ganjaran kerana tidak mengambil tindakan terhadap lelaki itu yang menjual DVD cetak rompak di Sound City Enterprise, Kota Sentosa di sini pada pukul 7 malam 11 Februari 2011. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan