RAKYAT MARHAEN |
- NSREC terima geran Mosti RM150 juta, bukan RM100 juta, kata PKR
- MH370 in Kandahar claim family members
- Ya, saya ada bank di Tanzania kata Daim
- Anti-Lynas mahu hadang pintu masuk kilang
- Berani ke BN redah jerumun harimau?
- Wacana Rakyat: Adakah harga rumah akan naik lebih tinggi kesan TPPA dan GST?
- Ketua Wanita PKR: Siapa calon pilihan ahli parti?
- Siapa orang tua yang duduk di luar pintu ini?
- Masa harga getah turun mengapa tak puji kerajaan?
- Anwar tarik diri tanding presiden PKR untuk kekalkan dinasti, kata Utusan Malaysia
- Tony Pua tetap berucap kepada pelajar Malaysia dalam forum alternatif di Melbourne
- Daim Sebenarnya Hanya Anti Najib...
- Apa Maksud 'JAHIL TUKIR'? - Ustaz Azhar Idrus
- Apa Beza MASJID & SURAU? - Ustaz Azhar Idrus
- Malaysia Kita: Tiga kru kapal disyaki diculik
- Malaysia Kita: Mayat bayi dalam mangkuk tandas
- Awas bom jangka di jalan raya
- Suami Cium Selepas SOLAT, Bolehkah Mengaji Al-Quran Selepas Itu? - UAI
- Hukum BERZIKIR Sambil Dengar KHUTBAH - Ustaz Azhar Idrus
- Cara Istimsyak Dengan Betul - Ustaz Azhar Idrus
- Kalau hebat sekadar hebat, ayam di hutan pun jadi jaguh
- Tun Daim miliki bank di Bangladesh?
- Kepimpinan Negara Mengalami Sindrom "Singapura dilanggar todak"
- Alhamdulillah- Rakyat Sudah Faham apa itu GST.
- Graduan Dihimpit Hutang: Tunggakan PTPTN hampir RM3.5 bilion hingga Mac
NSREC terima geran Mosti RM150 juta, bukan RM100 juta, kata PKR Posted: 22 Apr 2014 09:25 PM PDT Putrajaya meluluskan pemberian dana berasingan sebanyak RM50 juta kepada NSE Resources Corporation Sdn Bhd (NSERC), syarikat yang dikatakan menerima geran RM100 juta dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), menjadikan jumlah keseluruhanya RM150 juta, kata PKR. Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendedahkan perkara tersebut berdasarkan rekod syarikat tersebut dalam satu surat kepada kerajaan negeri Terengganu bertarikh 27 Januari 2014. "Selain daripada dana awam berjumlah RM100 juta di bawah geran R&D yang dikelolakan Mosti, NSERC juga dianugerahkan satu lagi dana berasingan berjumlah RM50 juta. Semalam Rafizi mengemukakan bukti campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pemberian geran Mosti untuk membiayai projek komersil. |
MH370 in Kandahar claim family members Posted: 22 Apr 2014 09:18 PM PDT Reports that MH370 is in Kandahar prompts family members to request Malaysian government to search for the plane there. There are reports that the plane is in the South Asian country and it quoted Russian intelligence agency as the source. The request was made by the next of kin in a letter dated April 14 and is addressed to Acting Transport Minister Hishamuddin Hussein. A copy was also forwarded to Prime Minister Najib Tun Razak. "We are aware that Government of Malaysia is currently focusing its search effort in South Indian Ocean based on the data supplied by Inmarsat. However, we are entering the 37th day without success in finding any physical evidence in this area. "Hence, it is high time that the Government should start thinking out of the box by exploring and re-examining all leads, new and old. "Based on this spirit, we respectfully request your kind consideration to re-engage the Russian and Afghanistan governments in order to examine and verify the claim that MH370 landed in Afghanistan. "We are confident that the Malaysian government will find that this path is worth exploring considering the lives of 239 passengers and crew on board MH370," said the next of kin in the letter that was published on Facebook. Read More / Baca Lagi >> |
Ya, saya ada bank di Tanzania kata Daim Posted: 22 Apr 2014 09:15 PM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin semalam mengaku bahawa beliau memang memiliki bank di Tanzania seperti didakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Ya... memang saya ada bank di sana (Tanzania)... lama dah. Anwar pun tahu sebab dia ambil alih Menteri Kewangan daripada saya dulu. "Masa Anwar jadi Menteri Kewangan, dia mempengerusikan satu jawatankuasa mengenai rasuah (peringkat kabinet)... kenapa waktu itu tidak ambil tindakan terhadap saya," kata Daim dipetik Berita Harian. Beliau berkata demikian selepas hadir program Bicara Petang Bersama Tun Daim Zainuddin di ibu negara semalam. Beliau turut mengakui pernah dua kali disiasat pada 1999 berhubung pemilikan itu. Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dalm siri ceramahnya sebelum ini mendakwa mempunyai bukti penyelewangan besar Daim. Beliau turut mendakwa Daim menyimpan duit di Tanzania, salah sebuah negara di Afrika Timur. Read More / Baca Lagi >> |
Anti-Lynas mahu hadang pintu masuk kilang Posted: 22 Apr 2014 09:13 PM PDT Kumpulan anti-Lynas, Himpunan Hijau hari ini berikrar menghadang pintu utama kilang pemprosesan nadir bumi syarikat itu di Gebeng, Pahang, bermula 22 Jun. Pemimpinnya Wong Tack (kiri) berkata, beliau harap seluruh rakyat Malaysia turut serta dalam bantahan itu demi "melindungi Malaysia dan anak-anak kita". "Kami akan pastikan tiada keluar masuk. Kami harap ia dapat menghentikan operasi Lunas dan loji itu tiada orang," kata Wong dalam sidang media semalam. "Ia mungkin mengambil masa beberapa bulan atau tahun. Kami akan bertahan. "Ada yang bangkitkan berhubung keperluan bekerja dan kembali ke rumah. Saya akan tetap di situ," katanya. Menjangkakan polis akan bertindak, Wong menegaskan mereka tidak akan berganjak daripada objektif itu. |
Berani ke BN redah jerumun harimau? Posted: 22 Apr 2014 09:11 PM PDT Apakah Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon untuk pilihan raya kecil Bukit Gelugor berikutan kematian Karpal Singh, penyandang kerusi Parlimen itu? BN secara tidak langsung telah membayangkan bahawa parti itu akan bertanding kerusi itu. Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dipetik sebagai berkata terpulang kepada parti komponen BN, MCA untuk membuat keputusan lantaran menghormati persetujuan berhubung agihan kerusi. Bagaimanapun, beberapa kumpulan pemikir dan ahli politik percaya BN perlu mempertimbangkan semula ura-ura untuk bertanding bagi kerusi itu memandangkan laluan untuk memenanginya amat sukar. Sejumlah 74 peratus pengundi di kawasan Parlimen Bukit Gelugor adalah kaum Cina. "Sukar sekali untuk BN terutama dengan undi simpati pengundi Pulau Pinang. Ini bermakna siapa sahaja yang bertanding di bawah tiket DAP pasti menang. Ini yang kami katakan sebagai limpahan simpati. "Rasa simpati ini akan menjadi lebih kuat sekiranya waris mendiang, sebagai contoh, anak lelakinya, Ramkarpal dicalonkan," kata Ivanpal S. Grewal, Pengarah Eksekutif Institut Pembangunan dan Penyelidikan Sosio-Ekonomi (SEDAR), kumpulan pemikir parti Gerakan. Mungkin ada baiknya jika BN tidak bertanding untuk kerusi itu dan membiarkan Ramkarpal atau sesiapa sahaja daripada DAP menang seperti apa yang berlaku apabila Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia pada tahun 1976. Kemenangan percuma Apabila Razak meninggal dunia secara mengejut pada 1976 dan kerusi Parlimen Pekan kosong, BN membuat keputusan untuk mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak. Perasaan sedih yang menyelubungi seluruh negara apabila Razak meninggal dunia serta rasa hormat terhadap sumbangan besar ayahnya kepada pembangunan Malaysia menyebabkan Najib menang tanpa bertanding. Read More / Baca Lagi >> |
Wacana Rakyat: Adakah harga rumah akan naik lebih tinggi kesan TPPA dan GST? Posted: 22 Apr 2014 09:05 PM PDT |
Ketua Wanita PKR: Siapa calon pilihan ahli parti? Posted: 22 Apr 2014 07:18 PM PDT PEREBUTAN kerusi Ketua Wanita PKR tahun ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Zuraida Kamaruddin dengan timbalannya, Rodziah Ismail. Read More / Baca Lagi >>Kedua-dua pemimpin ini mempunyai kekuatan dan pengaruh mereka tersendiri. Seperti pertembungan jawatan lain, persaingan kerusi Ketua Wanita turut memperlihatkan kem dan mentor yang menaungi kedua-dua pemimpin ini. Zuraida jelas orang Azmin Ali manakala Rodziah dari kem Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Meskipun satu lagi kem bagi calon Timbalan Presiden, Datuk Saifuddin Nasution tidak meletakkan proksi bagi Ketua Wanita, penyokongnya dijangka cenderung untuk memilih Rodziah - asal bukan Azmin! Bagaimanapun, ini boleh berubah terutama apabila kem Saifuddin juga kebelakangan ini sudah mula membidas kepimpinan Khalid di Selangor. Sehubungan itu, kesemua ini menjadi variabel untuk meletakkan keputusan persaingan sebagai agak sukar untuk ditentukan meskipun ada pandangan bahawa Zuraida sukar dihalang daripada mengekalkan kedudukan bagi penggal ketiga. Antara lain, Zuraida dianggap kuat atas kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Ampang. Beliau diakui agak lantang dalam persidangan Dewan Rakyat, terutama apabila mengetengahkan isu-isu berkaitan hak dan kedudukan wanita. Selain itu, keberpihakannya kepada Azmin yang dilihat lebih kukuh berbanding dua lagi calon Timbalan Presiden, secara langsung turut mengukuhkan kedudukan Zuraida. Kebanyakan pemerhati politik yang dirujuk meramal kemungkinan besar Zuraida kekal menerajui jawatan itu kerana rata-rata perwakilan menginginkan calon yang berkaliber dan memahami ideologi parti dalam usaha melestarikan cita-cita untuk menawan Putrajaya. |
Siapa orang tua yang duduk di luar pintu ini? Posted: 22 Apr 2014 07:16 PM PDT Sekali imbas, beliau seperti seorang tua yang hidupnya sebagai seorang penumpang.... tetapi orang tahu beliau adalah seorang bekas Menteri Besar Kelantan, dan seorang Mursyidul Am sebuah parti Islam di negara ini. Read More / Baca Lagi >>Sekalipun bergelar Mursyidul Am, beliau tidak sombong untuk mengikuti kuliah yang disampaikan oleh orang lain malah khusyuk mendengarnya walau terpaksa bertimpuh di celah pintu. Dato Saifuddin Nasution pernah bercerita: "Ketika hadir di dalam satu majlis, Tuan Guru dihidang dengan makanan kelas tinggi termasuk daging rusa. Tapi Tuan Guru Nik Aziz sedikit tidak menyentuhnya". Seseorang bertanya: "Tok Guru tak makan daging rusa ke?" Jawab Tuan Guru Nik Aziz; "Ramai lagi rakyat di Kelantan tak merasai daging rusa. Kalau saya makan apa saya nak jawab dengan Allah di akhirat nanti." [ADMIN fb MahaYusofII & GB]: Kehidupan TGNA telah memberi banyak motivasi kepada kita tentang hidup. Kuat ibadat bukan kepalang. Walaupun kurang sihat masih digagahi untuk terus bersama jemaah mengerjakan solat. Terasa malu dan kerdilnya dengan diri sendiri bila berhadapan dengan keteguhan ibadat TGNA bersamaan usianya berbanding dengan umur kita. |
Masa harga getah turun mengapa tak puji kerajaan? Posted: 22 Apr 2014 07:14 PM PDT Inilah dia rakyat yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih dengan kerajaan UMNO/BN pimpinan Najib Razak ... sanggup melakukan "bughah" marahkan kerajaan UMNO/BN kerana harga getah turun .. Ini tidak adil!!!! Itu menunjukkan betapa kehebatan kerajaan UMNO/BN sehingga mampu menurunkan harga getah sehingga menjadi RM1.80sen sekilo. Pemandangan di atas ialah sekelompok warga peneroka Felda Kg New Zealand, Maran, Pahang yang berani membuat demo dan bantahan aman kerana kerajaan UMNO/BN pimpinan Najib Razak langsung dilihat macam tidak mempedulikan nasib mereka khasnya dan rakyat luar bandar dan kampung lain yang hidup bergantung kepada hasil getah. |
Anwar tarik diri tanding presiden PKR untuk kekalkan dinasti, kata Utusan Malaysia Posted: 22 Apr 2014 07:12 PM PDT Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini menyifatkan pengunduran Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada bertanding jawatan presiden adalah semata-mata untuk mengekalkan dinasti keluarganya. Kolumnisnya, Awang Selamat berkata perbalahan dan pertembungan kepimpinan kanan PKR sejak kebelakangan ini menjadi pertimbangan Anwar dalam membuat keputusan menjadi calon presiden dan kemudian menarik diri. "Awang berpendapat langkah itu sebenarnya menjadikan orang lain dalam PKR berfikir seribu kali untuk turut merebut jawatan presiden. Ia jelas untuk memastikan jawatan utama PKR itu kekal dalam 'Dinasti Anwar'. Semalam, Pengarah Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul mengumumkan Anwar menarik diri daripada bertanding jawatan presiden PKR, sekaligus menyaksikan penyandang jawatan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatannya. Katanya, Anwar mengumumkan hasratnya untuk tidak bertanding melalui surat rasmi yang diberikan pada minggu lalu namun tidak menyatakan alasan pengundurannya. Awang Selamat berkata keputusan Anwar itu adalah sebagai satu benteng memastikan kepimpinan keluarganya tetap menerajui parti reformasi itu. Katanya, percaturan Anwar sedemikian merupakan satu keperluan selepas perebutan kerusi timbalan presiden PKR hangat diperkatakan. Read More / Baca Lagi >> |
Tony Pua tetap berucap kepada pelajar Malaysia dalam forum alternatif di Melbourne Posted: 22 Apr 2014 07:11 PM PDT Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu akan berucap petang ini di Multi Cultural Hub, Melbourne di mana beliau akan membicarakan isu sosio-politik dan rasuah selepas dua minggu dimaklumnya namanya digugurkan daripada persidangan MASA yang bermula semalam. Beliau dijadualkan berucap pada 4 hingga 7 petang, waktu Melbourne. Pua terdahulu diberitahu jemputannya ke MASA dibatalkan kerana penaja utama merasakan ia tidak memberi kepentingan kepada hadirin bagi mengundangnya sebagai panel. Panel yang diundang termasuk Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Marina Mahathir, anak kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan berucap dengan tajuk "Wawasan 2020: Realiti atau Sekadar Mimpi? Read More / Baca Lagi >> |
Daim Sebenarnya Hanya Anti Najib... Posted: 22 Apr 2014 07:09 PM PDT Di sebalik serangan PKR terhadap kekayaan serta pemilikan bank di beberapa negara luar, bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin tidak melihat semua itu sebagai halangan untuknya terus menegur kepimpinan kerajaan dan pengurusan ekonomi negara yang disifatkannya lemah dan tidak betul. Sambil meminta mereka yang menuduhnya mempunyai kekayaan dan terlibat dengan rasuah itu mengemukakan bukti serta menyifatkan Anwar Ibrahim yang membangkitkan pelbagai dakwaan terhadapnya sebagai "kaki goreng", Daim nampaknya lebih berminat untuk menegur kepimpinan Najib Razak dari segi segi pengurusan ekonomi dan menjaga kepentingan orang-orang Melayu daripada menjawab tuduhan-tuduhan yang dikatkan mengenai dirinya. Dalam teguran terbarunya yang dilontarkan dalam sebuah program bual bicara semalam, Daim berkata, kerajaan perlu segera mencari jalan membangunkan ekonomi negara dan memajukan kehidupan orang-orang Melayu serta memperbetulkan semula dasar ekonominya yang salah ketika ini. Katanya lagi, dasar kerajaan sekarang bukan saja tidak memberi faedah dan manfaat kepada rakyat, bahkan juga membebankan mereka dari segi peningkatan pengurusan ekonomi seharian. Beliau juga mengkritik Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sebagai tidak pandai mengurus ekonomi kerana meningkatkan hutang sehingga RM600 billion yang mengakibatkan belanjawan menjadi tinggi dan rakyat menjadi mangsa. Bagaimanapun kata bekas Menteri Kewangan itu, beliau bukanlah anti kerajaan tetapi hanyalah anti kepada dasar kerajaan yang lompong dan tidak betul. Dalam erti kata lain, Daim sebenarnya menzahirkan beliau hanyalah anti kepada kepimpinan Najib yang tidak pandai, tidak betul dan tidak bijak dalam mengurus kerajaan serta ekonomi. Sehubungan itu, tegasnya, kerajaan tidak boleh marah jika semakin ramai rakyat berpihak dan menyokong Pakatan Rakyat sekarang ini. Read More / Baca Lagi >> |
Apa Maksud 'JAHIL TUKIR'? - Ustaz Azhar Idrus Posted: 22 Apr 2014 05:55 PM PDT |
Apa Beza MASJID & SURAU? - Ustaz Azhar Idrus Posted: 22 Apr 2014 05:53 PM PDT |
Malaysia Kita: Tiga kru kapal disyaki diculik Posted: 22 Apr 2014 05:48 PM PDT Pelabuhan Klang: Tiga kru yang bekerja di sebuah kapal tanker dikhuatiri diculik sekumpulan lanun kira-kira 16 Batu Nautika dari Pulau Ketam, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kapal berkenaan dikatakan memberikan isyarat kecemasan kepada pihak berkuasa sebelum berjaya diselamatkan. "Kapal dalam perjalanan dari Singapura ke Yangoon, Myanmar apabila didatangi perompak bersenjatakan parang dan juga senjata api dengan menaiki bot. "Kapal berkenaan kemudian diiringi polis ke Pelabuhan Klang dan tiada kru kapal lain yang cedera," katanya. |
Malaysia Kita: Mayat bayi dalam mangkuk tandas Posted: 22 Apr 2014 05:47 PM PDT KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi swasta di sini terkejut besar apabila menemui mayat bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan dalam mangkuk tandas di rumah sewanya di Flat Awam Padang Hiliran di sini awal pagi semalam. Dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi, pelajar itu pada mulanya tersentak melihat seorang rakan serumahnya yang tidak bermaya terbaring di hadapan tandas di rumah tersebut. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, pelajar berkenaan yang menemui tompokan darah di dalam tandas telah menjenguk ke dalam mangkuk tandas lalu menemui mayat bayi tersebut. "Bimbang keadaan rakan serumahnya yang berusia 21 tahun itu, pelajar tersebut segera menghubungi ambulans dan suspek dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini. Suspek dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya. |
Posted: 22 Apr 2014 05:43 PM PDT APABILA seorang rakan mengatakan terdapat banyak 'bom jangka' di jalan raya kita, saya kira dia tidak keterlaluan. Bayangkan, dalam seminggu ini sahaja sudah berapa banyak nyawa terkorban akibat kemalangan, melibatkan pelbagai jenis kenderaan, kereta, lori dan bas ekspres. Sebenarnya, kemalangan jalan raya bukan perkara baharu. Ia sudah berlaku sejak dahulu lagi, dari masa kita belum ada jalan yang lebar, hingga kepada masa kita menikmati lebuh raya yang cantik sekarang. Apa pun kita tidak boleh nafikan hakikat bahawa sikap buruk pemandu, sama ada kerana cuai, mengantuk, pandu laju atau lebih teruk, memandu di bawah pengaruh dadah, adalah antara faktor paling ketara yang menyebabkan kemalangan jalan raya. Dalam beberapa kes kemalangan yang berlaku hanya beberapa hari lalu, kita dapati pemandu yang terlibat disyaki berada di bawah pengaruh dadah dan akan didakwa di mahkamah atas pertuduhan demikian. Masalahnya, apabila didapati bersalah di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Bahaya, mereka hanya boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali. Apakah hukuman begini mampu membuat mereka yang degil mematuhi undang-undang? Jika dengan hukuman gantung sampai mati pun masih ramai yang terus melakukan kesalahan berkaitan dadah, apalah sangat kesalahan yang juga berkaitan dadah yang membuat mereka meringkuk dalam penjara tidak lebih dari dua tahun. Menjamin pemandu bas ekspres, terutamanya, untuk memandu dengan berhati-hati bukanlah sesuatu yang mudah. Kita sudah saksikan satu demi satu kemalangan berlaku akibat kelalaian dan kelajuan melampau, bukan kerana kerosakan yang tiba-tiba. Jelas menjamin semua pemandu patuh kepada peraturan di jalan raya seperti memandu pada kelajuan yang dihadkan adalah sesuatu yang hampir mustahil. Read More / Baca Lagi >> |
Suami Cium Selepas SOLAT, Bolehkah Mengaji Al-Quran Selepas Itu? - UAI Posted: 22 Apr 2014 05:24 PM PDT |
Hukum BERZIKIR Sambil Dengar KHUTBAH - Ustaz Azhar Idrus Posted: 22 Apr 2014 05:23 PM PDT |
Cara Istimsyak Dengan Betul - Ustaz Azhar Idrus Posted: 22 Apr 2014 05:22 PM PDT |
Kalau hebat sekadar hebat, ayam di hutan pun jadi jaguh Posted: 22 Apr 2014 04:59 PM PDT Wardani MaswiraPetikan kata di atas sama sekali disangkal oleh Abu Rayhan Al-Biruni, Abu al-Raihan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni atau lebih dikenali dengan jolokan peribadi, Al-Biruni yang pada zaman kegemilangan Islam terdahulu, beliau tidak pula mengejar kehebatan ataupun kemewahan duniawi kerana cintanya yang tidak terhingga kepada ilmu. Meskipun namanya kian terpinggir dan tidak lagi disiulkan dalam kalangan intelektual masa kini, Al-Biruni tetap gah sebagai ilmuwan serba boleh dan bukanlah sekadar jaguhan yang ditelan modenisasi. Al-Biruni dan pendidikan Bertitik-tolak dengan keadaan Al-Biruni yang berjaya mendemokrasikan dirinya ketika berada di India dengan memilih untuk memberi kebebasan buat diri sendiri sewaktu dipenjara, memberi persepsi baru bahawa dengan ilmu di dada, sudah tentunya manusia dapat membebaskan jiwa dan fizikal daripada perhambaan mahupun menghamba-abdikan orang lain. Saya terfikir, jika begini hebat fungsi ilmu kepada manusia; haruslah pendidikan yang sedia ada menyediakan siapa pun dengan pengetahuan yang tidak terbatas. Benarlah, "Education is the most powerful weapon" seperti yang diungkap Nelson Mandela satu masa dahulu. Al-Biruni dan India Berbalik kepada ketokohan Al-Biruni, beliau juga membuktikan bahawa "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan mereka yang mengubahnya sendiri" – (Surah Ar-R'ad, Ayat 11). Jelasnya, tembok penjara bukanlah penghalang kepada Al-Biruni untuk terus menuntut dan menghasilkan karya terulung dalam pelbagai bidang bagi memastikan keberlangsungan tamadun. Sumbangannya secara langsung kepada ilmu dan peradaban India amat besar. Sumbangannya yang paling penting ialah dalam penciptaan kaedah penggunaan angka India dan kajiannya mencari ukuran bumi menggunakan kiraan matematik. Sejurus itu, beliau juga berjaya menghasilkan satu daftar yang mengandungi peta dan kedudukan ibu-ibu negara di dunia. 'Masa itu emas' menjadi pegangan Al-Biruni semasa berada dalam tawanan tersebut apabila beliau menggunakan seluruh ruang dan peluang yang ada untuk menjalinkan hubungan antara para ilmuwan sekolah tinggi Baghdad dan para sarjana Islam India yang tinggal dalam istana Mahmud al Ghaznawi. Sikap Al-Biruni yang peramah, mudah bergaul mesra, dan mementingkan hubungan baik sesama manusia ini bukan sahaja membuka peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman daripada individu lain, bahkan menjadikan dirinya sebagai contoh yang boleh diikuti. Sebaliknya terbukti bahawa sikap mementingkan diri atau 'ignorant' tidak akan membantu seseorang individu untuk memajukan dirinya apatah lagi orang lain. Teori bebalisme, intelektual dan tamadun manusia Read More / Baca Lagi >> |
Tun Daim miliki bank di Bangladesh? Posted: 22 Apr 2014 04:56 PM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang dipersoal ekoran kekayaan luar biasa yang dimilikinya turut didakwa pernah memiliki sebuah bank di Bangladesh. Maklumat tersebut didedahkan Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria dalam satu temubual bersama Harakahdaily semalam. Menurut Razman, beliau mempunyai maklumat bahawa Daim pernah mengambil alih ICB Islamic Bank Limited berdaftar di Karwan Bazar, Dhaka sekitar antara tahun 2006 dan 2007. "Bagaimanapun maklumat yang kami perolehi, beliau telah menjual bank itu pada Oktober 2010 dengan harga USD55,000 juta," kata Razman kepada Harakahdaily. Razman juga mendakwa, Daim mempunyai beberapa lagi milikan di luar negara melalui syarikat induk ICB Financial Group Holding AG atau juga dikenali sebagai ICB Banking Group yang berpengkalan di Switzerland. Syarikat induk itu katanya, disenarai di Bursa Saham London pada Mei 2007. "Pemegang saham terbesar ICB Financial Group Holding ini adalah Che Abdul Daim bin Haji Zainuddin iaitu sebanyak 61.3 peratus," jelas beliau sambil merujuk satu data bulan Oktober 2010. Read More / Baca Lagi >> |
Kepimpinan Negara Mengalami Sindrom "Singapura dilanggar todak" Posted: 22 Apr 2014 04:44 PM PDT Orang-orang tua dahulukala pernah bercerita mengenai hikayat Singapura dilanggar todak. Pemerintah zaman itu mengarahkan rakyatnya untuk beratur di tepi pantai dan meminta mereka menggunakan kaki mereka supaya dilanggar ikan todak, supaya ikan itu dapat dibunuh ketika mereka masih bergantungan dari kaki mereka. Seorang anak kecil bagaimanapun memberitahu rakyat bahawa mereka hanya perlu memotong pokok-pokok pisang dan mencacakkannya sepanjang pantai, bagi menyekat ikan-ikan ini. Rakyat mengikuti nasihat anak ini, dan gembira bahawa tiada siapa yang cedera dan mereka mendapat banyak ikan untuk dimakan. Idea cemerlang kanak-kanak ini bagaimanapun mengganggu pemerintah ini yang sangat marah. Kanak-kanak itu terlalu pintar, dan dia telah dia dibunuh. Hikayat ini menjadi cerita rakyat Melayu dengan tajuk "Singapura dilanggar todak". Penceritanya terpaksa kekal tidak dinamakan semasa zaman itu, kerana hikayat hanya boleh memuliakan pemerintah itu. Hikayat-hikayat hanya boleh menceritakan mengenai keberanian dan kesaktiannya. Tidak ada sesiapa yang boleh mesti mengatasi kedudukannya, sama ada dari segi minda atau kekuatannya. Hari ini Umno Baru mengalami sindrom yang sama. Tiada anggota yang harus lebih pandai daripada pemimpin. Oleh itu Khairy Jamaluddin, ketua Pemuda Umno yang berpendidikan Oxford, terpaksa berpura-pura bodoh supaya tidak menyinggung kepimpinan. Personaliti berterus terang yang tidak boleh berpura-pura bodoh bagi menampung ketiadaan budaya intelektual kepimpinan, hanya akan diketepikan seperti Datuk Saifuddin Abdullah, bekas Ahli Parlimen Temerloh dan seorang liberal. Parti itu sudah tentu gembira setelah beliau tewas dalam pilihan raya umum ke-13. Hari ini, kita menyaksikan hasil daripada budaya ini. Kehilangan MH370 telah mendedahkan antara percanggahan yang paling pelik yang pernah dipaparkan oleh mana-mana pihak yang kononnya bertanggungjawab ke atas tragedi ini. Ketua Polis mencanggahi Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam dan juga Malaysia Airlines. Read More / Baca Lagi >> |
Alhamdulillah- Rakyat Sudah Faham apa itu GST. Posted: 22 Apr 2014 04:43 PM PDT Menteri Hassan Malek kata rakyat sekarang sudah sedar mengenai cukai barangan dan perkhidmatan atau GST. Dia tidak pula memberitahu, bab mana rakyat faham? Kenapakah parti pembangkang menentang GST? Dan mengapa pihak kerajaan nampak nya mempuyai kesukaran untuk meyakinkan rakyat mengenai GST? Nampaknya kerajaan guna tektik lama. Bila sukar meyakinkan rakyat mengenai sesuatu dasar, ia menyalahkan pembangkang. Sedangkan pembangkang pun meletakkan kepentingan rakyat sebagai perkara utama. Jadi langkah pertama, kita buangkan cerita dongeng yang selalu diputarkan oleh kerajaan. Ini macam memainkan piring hitam lama yang mengeluarkan suara sumbang. Ada fakta yang mudah mengapa BN sukar hendak jual idea GST. Siapa yang suka dicukai? Ia ibarat suatu penyakit. Mudahkan kita mengajak rakyat menyokong kesakitan yang dikenakan keatas mereka? Mungkin kerajaan Najib lupa bahawa 53% rakyat tidak menyokong BN dalam PRU13. Kerajaan BN sedar bahawa GST akan jadi suatu hard sell. Ini perbeza dalam parlimen. Dalam parlimen mereka ada 133 suara. Speaker pun menyebelahi mereka. Bangkangan parti pembangkang terhad. Maka suara yang lebih kedengaran dalam parlimen ialah suara BN. hujjah ahli parlimen BN bukan untuk meyakinkan dan mencapai kebenaran. Bahkan hujjah mereka ialah untuk membalun hujjah pembangkang. Itu semua sia2 kerana ianya tidak mengubah tanggapan pembangkang bahawa ini kerajaan yang incompetent, rasuah, dipimpin oleh pemimpin yang lemah, lembab dan yang tidak tahu memimpin negara ini kepada arah tertentu. Keadaan nya berbeza diluar. Diluar, reality nya ialah seperti yang saya nyatakan tadi. 53% rakyat tidak menyokong mereka dan ini bererti GST akan ditentang oleh majority rakyat. saya harap orang UMNO pandai membezakan antara majority kerusi parlimen dan majority undian sebenar. 53% itu lebih besar dari 47%. 47% undian sebenar menguasai 60% kerusi parlimen. Ini suatu yang tidak adil kerana yang menyelamatkan BN ialah persempadanan yang tidak adil dan taburan pengundi yang berat sebelah. Cuba kita tanya soalan yang mudah. Bila GST dilaksanakan, pendapatan siapa yang bertambah? Jawab nya pendapatan kerajaan. Jika diibaratkan sebagai gaji- kerajaan naik gaji, gaji rakyat beku atau turun. Read More / Baca Lagi >> |
Graduan Dihimpit Hutang: Tunggakan PTPTN hampir RM3.5 bilion hingga Mac Posted: 22 Apr 2014 04:35 PM PDT KUALA LUMPUR - Seramai 425,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih belum melunaskan pinjaman mereka dengan jumlah tunggakan hampir RM3.5 bilion, sehingga Mac tahun ini. Ketua Eksekutifnya Agos Cholan berkata PTPTN memandang serius jumlah tunggakan itu dengan pelbagai langkah dilakukan bagi memastikan kutipan perbadanan itu terus meningkat. "Perlu diingat PTPTN akan menyenaraihitam nama peminjam sekiranya tiada bayaran diterima dalam tempoh 20 bulan. "Kita mengambil langkah mesra, bukan tak bayar sebulan terus blacklist," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Sahabat PTPTN Peringkat Nasional di sini hari ini. Mengulas lanjut, Agos berkata setakat ini, 130,000 peminjam disenaraihitamkan, namun 45,000 daripada jumlah itu telah tampil untuk berunding dengan PTPTN supaya nama mereka dikeluarkan daripada senarai itu. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan