RAKYAT MARHAEN |
- Penjarakan Anwar: Kita bangkit jatuhkan Najib, kata Tian Chua
- Menteri Besar Malaysia 2014 Yang Digugurkan? Apa Puncanya..!!
- MH370: Adakah ia misteri atau konspirasi terselindung?
- MH370: Terus mencari atau henti operasi?
- Sembang Abg Mat - PSM bertapak di Kelantan
- Upacara Penghormatan Negeri Pulau Pinang Untuk Mendiang Yb Karpal Singh
- HOW IRONIC! As nation mourns Karpal, Najib goes on 'SANDIWARA' 3km anti-graft run
- Perjuangan keadilan mesti diteruskan
- Hudud: Saya bukan Dr Mahathir, kata Anwar
- Majlis Peguam tawar bantuan guaman kepada waris penumpang, anak kapal MH370
- Karpal Singh: Namanya meniti di bibir anak muda
- MH370: Gagal beri penjelasan teliti, Hisham patut letak jawatan, kata Anwar
- 'Sudah 15 tahun, satu sen Karpal tak ambil duit saya'- Anwar
- Video: Pesawat MH192 melakukan pendaratan cemas
- Juruterbang bertindak profesional, MAS perlu sediakan laporan, kata Hishammuddin
- Selamat Mendarat: Kecekapan juruterbang MH192 dipuji
- Hebatnya Malaysia: Hari jadi bertukar pesta dadah
- Tayar pesawat MH192 ke India terbakar, terpaksa patah balik, selamat mendarat di KLIA
- MH192: Tayar rosak, mendarat cemas di KLIA
- Anwar Ibrahim: Najib, Jangan Lari, Kalau Ada Rasuah, Kamu Lawan
- Khutbah sokong GST: Anwar bidas Jawi pertahan penindasan
- MH370: Malaysia bakal salurkan bantuan kewangan kali kedua kepada waris
- MH370: M'sia, Australia rangka perjanjian..?? Kata ikhlas membantu....!!
- MH370: Lebih ramai dipanggil bantu siasatan kata KPN
- MH370: Waris di China masih sangsi dengan M'sia
Penjarakan Anwar: Kita bangkit jatuhkan Najib, kata Tian Chua Posted: 20 Apr 2014 09:09 PM PDT Beliau yakin majoriti rakyat Malaysia akan turut sama memberikan tentangan serupa seperti reformasi pada 1998. "Pada 14 April lalu, saya ditahan polis dan telefon bimbit saya dirampas kerana kononnya saya terlibat dalam aktiviti menghasut rakyat untuk menjatuhkan Najib sebagai perdana menteri. Chua yang juga lebih dikenali sebagai Tian Chua menulis di Twitter @tianchua pada bulan lalu Najib akan digulingkan dalam tempoh lima bulan. Susulan daripada tulisan itu, polis merampas tablet dan telefon bimbit milik Chua ketika beliau sedang menyertai satu mesyuarat di Hotel Armada, Petaling Jaya. Katanya, operasi pada jam 7.30 petang itu dijalankan di hadapan umum oleh sepasukan polis berpakaian preman yang membawa waran geledah. Chua berkata, pada zaman pemerintahan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, rakyat membuktikannya sendiri dan sejarah itu perlu diingati. Read More / Baca Lagi >> | ||
Menteri Besar Malaysia 2014 Yang Digugurkan? Apa Puncanya..!! Posted: 20 Apr 2014 08:55 PM PDT Senarai Menteri Besar Malaysia 2014 Yang Digugurkan : Selepas berlabuhnya Pilihanraya Umum ke 13 yang cukup panas dalam sejarah politik di Malaysia selama ini, Datuk Seri Najib telah mengumumkan senarai menteri besar Malaysia seperti yang anda saksikan hari ini. Hakikatnya yang sebenarnya terdapat beberapa negeri Barisan Nasional yang diletakkan calon menteri besar sebagai tujuan strategi politik bagi negeri dianggap "agak panas" dengan harapan sedikit sebanyak dapat meredakan perbalahan dikalangan pemimpin peringkat tertinggi dan kem-kem politik di peringkat negeri. Tetapi…. Tetapi selepas 11 bulan lamanya, kalangan senarai menteri besar Malaysia 2014 seperti yang ada sekarang mula seperti "cacing kepanasan" apabila meletusnya spekulasi di mana Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi akan mengambil tindakan drastik menggugurkan dua menteri besar UMNO dan digantikkan calon lain. Siapakah gerangannya itu? Adakah………..? Ketua Menteri Melaka (Idris Haron) dan Ketua Menteri Sabah (Musa Aman) dikecualikan kerana mereka adalah Ketua Menteri. Senarai Calon Menteri Besar Malaysia 2014 Yang Akan Gigugurkan?Read More / Baca Lagi >> | ||
MH370: Adakah ia misteri atau konspirasi terselindung? Posted: 20 Apr 2014 08:52 PM PDT Oleh Ng Kee Seng Adakah misi mencari dan menyelamat MH370 yang diketuai Malaysia benar-benar ingin mencari pesawat itu? Jika benar, mengapa terlalu banyak maklumat bercanggah yang diberikan? Mengapa terlalu banyak persoalan? Apa muatan kargo pesawat berkenaan? Takkan semuanya rahsia kerajaan? Bahkan pertanyaan berhubung teknikal penerbangan juga tidak menemukan jawapan. Mengapa agaknya? theantdaily menerima warkah panjang yang diutus pembaca kepada penterjemah, yang mempunyai keluarga di dalam pesawat tersebut. Pengirim itu berkata: "Saya sedar salah seorang kakitangan anda terlibat secara langsung di dalam tragedi ini. "Saya minta dia mendesak pasukan siasatan berkongsi data berkenaan ping/jabat tangan (handshake) dan masa Round-Trip bagi setiap ping yang lengkap. "Pasukan siasatan hanya menjelaskan lengkuk bagi ping 8.11 pagi yang dikira berdasarkan masa RT dari ping tersebut. Masa RT bagi kesemua ping membolehkan lengkuk dihasilkan. Ini digunakan bagi memberi gambaran nasib pesawat MH370. "Saya menghantar memo kepada satu portal berita Malaysia tetapi tiada sebarang maklum balas. Saya berharap kakitangan berkenaan dimaklumkan." Memo itu dialamatkan kepada Ketua Udara Marsyal Angus Houston yang menerajui misi pencarian di Australia. Mereka telah melakukan tugas dengan penuh tanggungjawab, tetapi usaha mereka seakan tidak mendatangkan hasil. Mungkin MH370 tidak berakhir di Lautan Hindi... 1. Terminal SATCOM pada pesawat memiliki bateri sendiri Pesawat Boeing 777 memiliki tenaga bateri simpanan. Bateri utama didapati di bahagian depan manakala bateri sampingan disimpan di rak E10, di atas tempat menyimpan bagasi. Komponen SATCOM yang berbeza didapati di rak E11 (di penghujung pesawat) dengan antenna di atas badan kapal terbang. Read More / Baca Lagi >> | ||
MH370: Terus mencari atau henti operasi? Posted: 20 Apr 2014 08:48 PM PDT KEHILANGAN pesawat MH370 masih kekal misteri sehingga kini susulan tiada satu petunjuk yang boleh dikaitkan dengan pesawat malang itu ditemui walaupun operasi mencari memasuki hari ke-45. Namun, usaha mencari pesawat yang membawa 239 penumpang bersama 12 anak kapal termasuk juruterbang itu masih tetap dilaksanakan meskipun isyarat dari kotak hitam tidak lagi diterima pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di selatan Lautan Hindi. Sehingga ke saat ini operasi SAR masih dijalankan dan fokus terarah kepada pencarian di dasar laut menggunakan kenderaan dalam air (AUV) Bluefin-21. Walaupun usaha pencarian dikecilkan berdasarkan isyarat pinger yang terakhir dikesan namun, sehingga semalam data dari Bluefin-21 masih belum menunjukkan perkhabaran positif berkaitan MH370. Ia menyebabkan misi ini dilihat semakin kritikal seperti yang dinyatakan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kelmarin, bahawa kini hanya berbaki 48 jam sebelum operasi Bluefin-21 dihentikan. Keputusan penting perlu dibuat Hishammuddin, dalam sidang media kelmarin menyatakan, tempoh 48 jam akan datang akan menjadi saat paling kritikal dalam misi mencari pesawat MH370 dengan kawasan pencarian dikecilkan. Jika dihitung hari ini tinggal 24 jam sahaja untuk keputusan getir ini dibuat dan ia perlu dilakukan segera bagi mengelakkan strategi salah terus digunakan pasukan pencarian. Pasukan mencari kini berdepan dilema iaitu sama ada mahu meneruskan operasi SAR dengan aset yang lebih canggih dari Bluefin-21 atau menghentikan operasi pencarian bagi mengkaji lokasi sebenar MH370. Read More / Baca Lagi >> | ||
Sembang Abg Mat - PSM bertapak di Kelantan Posted: 20 Apr 2014 08:36 PM PDT | ||
Upacara Penghormatan Negeri Pulau Pinang Untuk Mendiang Yb Karpal Singh Posted: 20 Apr 2014 08:34 PM PDT | ||
HOW IRONIC! As nation mourns Karpal, Najib goes on 'SANDIWARA' 3km anti-graft run Posted: 20 Apr 2014 06:40 PM PDT Indeed, the fifteen to twenty thousand Malaysians who jam-packed the streets to pay tribute to the 'Tiger of Jelutung' in Penang speaks volumes; indeed too the tremendous amount of tributes filling every on-line media sends a loud message; and indeed too, the fact that certain main stream media were giving front-page tributes including several pages in days running saluting the principle-centered lawyer and unwavering politician also registers the greatness of this son of Malaysia. Read More / Baca Lagi >>It is not even an exaggeration to state that there were millions more Malaysians who would have wanted to be there in Penang but circumstances were not in their advantage. Hence, it is understandable when you witness coffee shops and market places filled with news exchanges and shock expressions at the loss that many Malaysians felt and shared openly on hearing of YB's passing on. When people – citizens from all walks of life, social strata, race and creed step forward to express their sense of loss, one thing is certain. And that is, this man was indeed a warrior for all citizens who loved their nation and cared enough for its future. Karpal was an icon. He was relevant for all citizens in their journey to build a nation for themselves. Reality is Umno-BN does not care about nation-building or unity Against this backdrop there are also several episodes that also unfolded and it should not escape the critical eye of a one-nation building dream. First, while tens of thousands filled the streets to bid farewell and as a mark of respect, a sense of loss and signature of gratitude, what took place at Putrajaya under the initiative of Gerakan was not Malaysian. It was also not even Asian. Gerakan launched an anti-corruption run on that same Sunday that the late Karpal would be sent off on his final farewell. And the prime minister-for-all-Malaysians chose to flag off that Gerakan sports event of 3,000 participants. Therein lies the greatest folly of Gerakan and sadly only helps to precipitate a perception about Datuk Seri Najib's leadership. Let alone humanitarian values, even sensible public relations would have dictated that Najib could have chosen to be the prime minister for all Malaysians by being in the midst of the last farewell for a Malaysian citizen, politician and professional who certainly won accolades by the tens of thousands. Instead, Najib chose to be a leader of political coalition and so saw the run organized by Gerakan as more meaningful. As a leader for all Malaysians he could have rendered an eulogy for the greatness of Karpal and all good principles the Tiger championed. Najib would have risen above party politics and helped Malaysians to forge ahead with his 1Malaysia dream. As a prime minister of a single nation, he could have resonated with the endless tributes made by common citizens and leaders from all quarters including ex-leaders, ex-judges and ex-cops. as well as religious, professional groups and civil society | ||
Perjuangan keadilan mesti diteruskan Posted: 20 Apr 2014 06:27 PM PDT
Kepergian peguam veteran, pemimpin politik dan pejuang keadilan, Karpal Singh minggu lalu memang dirasakan sedihnya oleh pelbagai pihak. Ini bermakna masih tetap ramai rakyat prihatin yang sangat mengambil berat mengenai perjuangan keadilan. Kepergian mendiang Karpal Singh ketika semangat perjuangan rakyat untuk menegakkan keadilan di negara ini sedang bersemarak memang sangat dirasakan. Betapa tidak, sepanjang karjayanya sebagai peguam dan ahli politik, beliau bersama rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat dan NGO yang menyokong, tidak henti-hentinya memperjuangkan keadilan, bukan semata-mata kerana sifat Karpal sebagai pengamal undang-undang, tetapi juga sebagai pemipin politik dan wakil rakyat. Malah dalam perjuangan menegakkan keadilan, beliau sanggup berkorban apabila beliau, umpamanya, tidak menuntut apa-apa bayaran dari DS Anwar Ibrahim sepanjang tempoh pembelaannya yang lama terhadap kes DS Anwar, justeru Karpal melihat bahawa ini adalah sebuah kezaliman terhadap DS Anwar dan mesti diberi pembelaan. Beliau mencipta dan meninggalkan sebuah legasi sebagai pejuang keadilan yang akan dikenang lama, generasi demi generasi di negara ini bahkan di rantau ini bahkan hingga ke Mongolia. Namun begitu, perjuangan menegakkan keadilan di negara ini atau di mana-mana saja akan tetap diteruskan walaupun dengan ketiadaan Karpal, justeru perjuangan ini sangat panjang dan jauh. Karpal menjadi salah satu mata rantai perjuangan ini. Tahun lalu, dunia mengingati dan bersedih akan kepergian Nelson Mandela, peguam hak asasi manusia di Afrika Selatan. Juga jauh sebelum itu dunia mengingat kepergian, pejuang hak asasi manusia di Amerika, Martin Luther King JR dan jauh lagi sebelum itu juga kepergian Mahatma Ghandi yang juga dikenang sepanjang zaman, serta ramai lagi pejuang keadilan dan hak asasi di mana-mana saja di dunia ini. Dalam hal ini, Islam telah lebih dulu mempelopori usaha menegakkan keadilan, melaksanakan pembelaan terhadap hak asasi manusia sejak 1,400 lalu. Iaitu ketika Nabi Muhammad s.a.w. melantik Bilal Ibnu Rabah menjadi juru azan di Masjid Nabawi, Madinah. Bilal berkulit hitam bersuara merdu dulunya seorang hamba telah dibebaskan oleh Sayidina Abu Bakar Al-Siddiq dan kemudiannya menjadi sahabat karib Rasulullah s.a.w. Read More / Baca Lagi >> | ||
Hudud: Saya bukan Dr Mahathir, kata Anwar Posted: 20 Apr 2014 06:26 PM PDT Model dan pelaksanaan hudud yang bakal diguna pakai oleh kerajaan negeri Kelantan perlu difahami terlebih dahulu sebelum Pakatan Rakyat (PR) mengambil keputusan bersama untuk mempersetujuinya, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua pembangkang itu berkata, kerajaan perlu membincangkan beberapa perkara asas dalam Islam terlebih dahulu seperti masalah ajaran sesat dan anti hadis sebelum membawa hudud ke satu peringkat yang lebih serius. "Kita sebagai orang Islam, kita tidak boleh pertikai undang-undang Al-Quran. Saya bukan Mahathir. Kita kena terima. Hal ini harus difaham. Kalau tunggu fatwa, semua fatwa kena pada kita. Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat menyelar tindakan pihak berkuasa agama menangkap dan membicarakan Kassim kerana tindakan tersebut mencalarkan identiti Malaysia sebagai negara Islam sederhana. Read More / Baca Lagi >> | ||
Majlis Peguam tawar bantuan guaman kepada waris penumpang, anak kapal MH370 Posted: 20 Apr 2014 06:24 PM PDT Majlis Peguam Malaysia menubuhkan pasukan peguam di bawah Skim Bantuan Guaman untuk menyediakan khidmat nasihat awal kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang masih hilang sejak 8 Mac. Pengerusinya, Christopher Leong, berkata bantuan undang-undang itu diberi tanpa dikenakan sebarang bayaran mengikut amalan biasa skim itu. "Pasukan Bantuan Guaman Majlis Peguam akan memberi khidmat nasihat undang-undang kepada ahli keluarga penumpang jika mereka memerlukan bantuan undang-undang," katanya kepada The Malaysian Insider. "Jika dan apabila keluarga sudah bersedia untuk memulakan tindakan undang-undang, mereka perlu mendapatkan khidmat firma undang-undang yang bersedia untuk membawa kes mereka. "Bantuan daripada pasukan Bantuan Guaman Majlis Peguam tidak termasuk memfailkan saman sivil atau mewakili mereka," katanya. Leong berkata, perkhidmatan undang-undang yang disediakan oleh Majlis Peguam akan disampaikan kepada pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Kedutaan China supaya maklumat berkenaan dengannya boleh disampaikan kepada semua keluarga terbabit. Read More / Baca Lagi >> | ||
Karpal Singh: Namanya meniti di bibir anak muda Posted: 20 Apr 2014 06:23 PM PDT Ia dapat dilihat melalui ribuan anak muda yang hadir ke Dewan Sri Pinang di sini pagi tadi untuk memberikan penghormatan terakhir kepada beliau. Bagi Muhammad Suhaib, mantan Pengerusi DAP Kebangsaan itu adalah model terbaik untuk dicontohi anak muda yang ingin melibatkan diri dalam politik. "Karpal ahli politik yang sangat dihormati kerana kuat berpegang pada prinsip. Sikap itu perlu diikuti oleh politikus muda sekarang," kata penuntut jurusan Komunikasi di Universiti Sains Malaysia itu. Beliau juga menyifatkan pemergian Karpal sebagai kehilangan besar kepada negara, khususnya Pulau Pinang. "Ini kehilangan besar buat Pulau Pinang. Perjuangannya sangat memberi kesan kepada orang di sini, seperti seorang ayah," katanya lagi. Bagi penuntut jurusan undang-undang Jespreet Kaur pula, Karpal menjadi idola kepada anak-anak muda yang ingin menceburkan diri dalam bidang itu. "Beliau sememangnya sumber inspirasi yang sangat besar. Kami belajar kes-kes yang ditanganinya di dalam kelas. | ||
MH370: Gagal beri penjelasan teliti, Hisham patut letak jawatan, kata Anwar Posted: 20 Apr 2014 06:12 PM PDT | ||
'Sudah 15 tahun, satu sen Karpal tak ambil duit saya'- Anwar Posted: 20 Apr 2014 06:08 PM PDT | ||
Video: Pesawat MH192 melakukan pendaratan cemas Posted: 20 Apr 2014 05:17 PM PDT | ||
Juruterbang bertindak profesional, MAS perlu sediakan laporan, kata Hishammuddin Posted: 20 Apr 2014 05:04 PM PDT "Walaupun keletihan, para penumpang sempat meluahkan rasa kagum mereka terhadap kecekapan juruterbang sehingga berjaya mendaratkan pesawat dan semua penumpang terselamat. "Perkara ini diluahkan mereka semasa saya berjumpa dengan mereka dan mereka amat berterima kasih kepada juruterbang pesawat itu," kata Hishammuddin kepada pemberita di Bangunan Pengurusan Penerbangan KLIA, Sepang. Read More / Baca Lagi >> | ||
Selamat Mendarat: Kecekapan juruterbang MH192 dipuji Posted: 20 Apr 2014 04:35 PM PDT
Masluhuddin Khan, 30-an, warga Australia berketurunan India berkata, walaupun ini merupakan detik yang agak menakutkan dalam hidupnya namun juruterbang MAS melakukan pendaratan dengan baik sekali. Katanya, juruterbang itu memaklumkan kepada penumpang melalui sistem interkom setiap 20 minit mengenai langkah dan tindakan yang diambil olehnya semasa berlegar-legar di ruang udara selama empat jam. "Semua penumpang tenang sahaja di dalam pesawat, semuanya dalam keadaan baik di dalam kabin," katanya semasa ditemui pemberita. Kebanyakan penumpang menunjukkan reaksi tenang dan senang untuk ditemuramah pemberita. Kapal terbang itu dikemudi Kapten Nor Adam Azmi dan dibantu pembantu juruterbang Prakash Kumar. Pesawat MH192 itu dalam perjalanan ke Bangalore, India ketika berpatah balik selepas menghadapi masalah gear pendaratan dan selamat mendarat di KLIA kira-kira 1.56 pagi. Read More / Baca Lagi >> | ||
Hebatnya Malaysia: Hari jadi bertukar pesta dadah Posted: 20 Apr 2014 04:18 PM PDT GEORGETOWN - Parti hari jadi bertukar menjadi pesta dadah dan arak melalui pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Read More / Baca Lagi >>Lebih menyedihkan 88 remaja yang terbabit berusia antara 16 hingga 35 tahun. Mereka ditahan ketika sedang asyik berpesta di sebuah banglo di Jalan Masjid Negeri di sini, awal pagi semalam. Dalam serbuan yang dilakukan kira-kira jam 2.45 pagi itu, 60 yang ditahan disahkan positif dadah termasuk 15 daripadanya pelajar sekolah. Operasi yang dilakukan sepasukan polis dari cawangan narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) mendapati kumpulan remaja berkenaan bukan sahaja menyalahgunakan dadah malah tanpa segan silu meneguk minuman keras dalam pesta itu. Difahamkan, banglo berkenaan disewa seorang lelaki berusia 27 tahun untuk mengadakan parti hari jadi namun ia bertukar menjadi pesta dadah dan arak. | ||
Tayar pesawat MH192 ke India terbakar, terpaksa patah balik, selamat mendarat di KLIA Posted: 20 Apr 2014 04:15 PM PDT Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH192 dalam perjalanan ke Bangalore, India yang terpaksa berpatah balik kerana berdepan masalah kerosakan gear selepas tayarnya terbakar selamat melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 1.56 pagi tadi. MAS dalam satu kenyataan yang dikeluarkan jam 3.18 pagi tadi berkata, syarikat tersebut mengesahkan punca kerosakan adalah kerana tayar di bahagian kanan utama gear pendaratan pesawat terbakar semasa berlepas. "Kawalan Udara Trafik Kuala Lumpur memberi amaran kepada kapten juruterbang selepas serpihan tayar ditemui di landasan. Jabatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) dikerahkan ke KLIA sejurus selepas juruterbang diarahkan berpatah balik untuk melakukan pendaratan kecemasan. Berita mengenai MH192 berlegar-legar di udara mula tersebar luas di media sosial dan disahkan oleh MAS dalam satu kenyataan rasmi. "Malaysia Airlines mengesahkan pesawat MH192 yang berlepas dari KLIA pada 10.09 malam ke Bangalore, India berpatah balik ke Kuala Lumpur. "Pesawat itu mengalami masalah gear sebelah kanan tidak berfungsi dan dijangka melakukan pendapatan kecemasan kira-kira jam 2 pagi ini," kata MAS dalam kenyataan pertamanya. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberikan reaksi kelegaan berhubung insiden tersebut. Read More / Baca Lagi >> | ||
MH192: Tayar rosak, mendarat cemas di KLIA Posted: 20 Apr 2014 03:58 PM PDT Sepang: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) bagi penerbangan MH192 yang kerosakan gear pendaratan berlegar di udara sekurang-kurangnya empat jam sebelum selamat mendarat semula di KLIA, pada 1.56 pagi tadi. Selepas dibenarkan keluar dari pesawat, semua penumpang ditempatkan di Bangunan Satelit sementara menanti urusan pendaftaran sebelum dihantar ke sebuah hotel berdekatan. Namun, situasi kembali tenang selepas ditenteramkan anak kapal dan juruterbang sebelum pesawat berlegar lebih empat jam di udara sementara menanti arahan pendaratan kecemasan. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata laporan awal mendapati insiden berkenaan berpunca daripada kerosakan tayar. Katanya, perkara berkenaan tidak sepatutnya berlaku dan laporan siasatan yang diterima itu akan dibawa ke mesyuarat jemaah menteri. Read More / Baca Lagi >> | ||
Anwar Ibrahim: Najib, Jangan Lari, Kalau Ada Rasuah, Kamu Lawan Posted: 20 Apr 2014 03:46 PM PDT | ||
Khutbah sokong GST: Anwar bidas Jawi pertahan penindasan Posted: 20 Apr 2014 06:15 AM PDT KUALA LUMPUR 20 APRIL: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) atas tindakan menyokong pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam teks khutbah Jumaat yang disampaikan di masjid-masjid seluruh Kuala Lumpur, baru-baru ini. "Kamu (Jawi) yang tulis khutbah ini apa dia, pencacai orang kaya ke?…Guna agama begitu, saya tidak peduli, mufti boleh tanya saya, nak dakwa, dakwa saya, memang saya lawan, apa guna belajar Islam, tetapi pertahan golongan tauke-tauke kaya. "Faham dahulu, bila naik cukai, (barangan lain) naik harga. "Belajar ekonomi dahulu, jangan guna ayat Al-Quran pertahankan penindasan," tegas Anwar. Khutbah Jumaat Jawi pada 11 April lalu antara lain menyokong pelaksanaan GST dan menyatakan cukai ini baik untuk agama Islam. Anwar dengan tegas mempertahankan kenyataan kerana menurutnya kenaikan cukai yang menyebabkan rakyat semakin terbeban ini perlu ditentang, dan tidak sepatutnya penindasan kepada rakyat bawahan dipertahankan. "Ini yang saya bangkitkan sebab ini soal rakyat, kita tidak boleh guna kuasa sewenang-wenang," kata Anwar. | ||
MH370: Malaysia bakal salurkan bantuan kewangan kali kedua kepada waris Posted: 20 Apr 2014 05:57 AM PDT Malaysia sekali lagi akan menyalurkan bantuan kewangan kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370 bagi mengurangkan beban kepada waris tersebut. Seorang bapa, Selamat Omar yang anaknya bekerja sebagai jurutera jet, Mohd Khairul Amri antara 227 penumpang yang menaiki MH370 berkata pertemuan yang berlangsung selama dua jam itu adalah berkenaan taklimat kerajaan mengenai bantuan kewangan. "Jadi pihak berkuasa sudah memaklumkan bahawa mereka akan menolong kita dalam perkara tersebut," kata Selamat yang ditemui selepas taklimat di Royale Chulan Hotel, Kuala lumpur hari ini. Bantuan kewangan yang akan diumumkan tidak lama lagi adalah pemberian kedua kali kerajaan kepada ahli keluarga. Pada kali pertama, kerajaan mengumumkan waris Malaysia akan menerima sebanyak 5,000 dolar atau RM15,000. Selamat yang turun ke Kuala lumpur dari Pahang, berkata setiap keluarga diminta untuk memberi satu cadangan jumlah yang mereka perlukan. Read More / Baca Lagi >> | ||
MH370: M'sia, Australia rangka perjanjian..?? Kata ikhlas membantu....!! Posted: 20 Apr 2014 05:56 AM PDT "Rangka perjanjian antara Malaysia dan Australia menyentuh persefahaman tentang bagaimana harus dikendali bangkai pesawat, kotak hitam dan mayat manusia jika kami dapat kesan (pesawat). Read More / Baca Lagi >>Malaysia dan Australia dijangka menandatangani perjanjian bagi menetapkan pihak mana yang akan mengendali bangkai dan kotak hitam Malaysia Airlines Penerbangan MH370, jika ditemui. Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata perjanjian itu dalam proses penggubalan dan beliau tidak dapat mendedahkan lebih lanjut mengenainya buat masa ini. "Rangka perjanjian antara Malaysia dan Australia menyentuh persefahaman tentang bagaimana harus dikendali bangkai pesawat, kotak hitam dan mayat manusia jika kami dapat kesan (pesawat). | ||
MH370: Lebih ramai dipanggil bantu siasatan kata KPN Posted: 20 Apr 2014 05:53 AM PDT Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sudah mengambil keterangan 260 individu bagi membantu siasatan berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. Read More / Baca Lagi >>Katanya lebih ramai lagi akan dipanggil untuk berbuat demikian dalam masa terdekat. "Saya minta maaf kerana saya tidak boleh memberitahu anda mengenai penemuan siasatan setakat ini. Pertama, kerana ini berkaitan siasatan jenayah, keduanya, apabila kita mengatakan sesuatu, orang ramai mula membuat spekulasi. Jadi lebih kami teruskan siasatan kami sehingga ada penemuan munasabah dan baik untuk dimaklumkan kepada orang ramai," katanya. Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pemakaian Pangkat Komandan Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) kepada Paul Lajumin, sukarelawan polis yang dinaikkan pangkat kepada Penguasa, di Kota Kinabalu hari ini. Menurut Khalid kes kehilangan MH370 itu diklasifikasi sebagai kes jenayah mengikut Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan yang merangkumi aspek sabotaj, rampasan dan seumpamanya. | ||
MH370: Waris di China masih sangsi dengan M'sia Posted: 20 Apr 2014 05:52 AM PDT Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin berkata para waris penumpang MH370 di China masih sangsi dengan keikhlasan Malaysia dalam menyediakan maklumat berhubung kemalangan pesawat tersebut. Katanya, sejak awal lagi pasukannya yang berurusan dengan keluarga tersebut perlu menyediakan jawapan yang "disahkan" dan berulang kali menyampaikan persoalan dari pasukan teknikal dan juga memberitahu jawapan tersebut kepada waris berkenaan. "Apabila kami beritahu mereka (waris), mereka akan tanya satu lagi soalan, untuk kami, kami perlu mengemukakannya kepada jawatankuasa teknikal untuk dijawab, dan kami berikan jawapan (kembali kepada waris). "Masalahnya setiap masa – setiap kali kami kami sebut mengenai jawapan yang diberikan – mereka akan kata kami menyembunyikan sesuatu," katanya dalam satu sidang media sebagai pengerusi jawatankuasa hal ehwal waris penumpang tersebut. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan