RAKYAT MARHAEN |
- The day the Tiger stopped roaring
- Karpal Singh, a man for true believers of justice
- Karpal Singh tinggalkan tandanya dalam undang-undang Malaysia, kata pakar perundangan
- Karpal dikenang dalam himpunan Reformasi 2.0
- Pemilihan 2014: Saifuddin tanding timbalan presiden PKR guna tiket pengalaman, bukan arahan Anwar
- Anwar: Ini mungkin pidato terakhir saya....
- Penahanan Kassim calar imej negara Islam sederhana Malaysia, kata Dr Mahathir
- IRF: Kebebasan agama bukan seperti pilih Coke, Pepsi
- Gerakan anjur larian basmi rasuah Ahad ini..!!!
- Flash Back: (2009) Karpal Singh Dikepung Samseng@Pemuda UMNO Di Bangunan Parlimen
- PAS sangsi peranan MyEG dlm kutipan GST
- ISMA bertegas tidak semua rakyat negara ini sama rata
- Perjuangan hak asasi, kembali ke fitrah, kata PAS
- Kalau BN bela rakyat, kenapa tarif air Johor paling tinggi?
- Kenyataan MB Negeri Sembilan jual air ke Selangor memperbodoh rakyat kata Adun Port Dickson
- Air: Khalid, jangan sombong sangat...kata MB N9
- Karpal in memoriam at Reformasi 2.0 gathering
- Saifuddin: Umno-BN berniat jelas ingin penjara Anwar
- Pemilihan 2014: Azmin akan kekal jawatan kerana perpecahan undi pencabar, kata penganalisis
- Pelajar tahfiz meninggal dunia selepas makan mi segera
- MH370: Kaunselor JPA Siap Siaga Ke Fasa Terakhir
- MH370: Waris Harapkan Keajaiban
- Kaum Chagos hidup dalam buangan di tanah asing kerana AS dan UK
- Robot Titanic teroka MH370
- MERS-CoV: 1,000 penduduk kini terancam
The day the Tiger stopped roaring Posted: 17 Apr 2014 09:29 PM PDT A former journalist recounts her experience, covering court cases handled by Karpal Singh, the Tiger of Jelutong. The name Karpal Singh was introduced to me when I was still a little girl. I grew up hearing this name over and over again . Coming from the laid back town of Batang Berjuntai, now known as Bestari Jaya, we were yet to be exposed to the wonders of the internet. Our only source of information was through the newspapers but mainstream media did not mention much of Karpal's political exploits but his prowess in court did not escape coverage of the Malaysian media. Admiration for the man, dubbed the Tiger of Jelutong, grew in leaps and bounds. He was known as the Tiger of Jelutong because he was unbeatable in the constituency back in the 1970s and 1980s. I first laid eyes on the Man, after he turned grey. His trademark was the white goatee. You could see it a mile away. The meeting took place at the old High Court building. Covering a trial, I shivered as Karpal approached reporters during a short break during the trial. Senior reporters called him over to explain the case and his arguments. Without a hint of arrogance, he started talking. Polished and refined, every word was scrutinised before it was uttered. He gave us a crisp clear picture of the case. That was the first of many meetings with him, covering his cases. Then came an opportunity of having an interview with Karpal. Finally came the day, I walked into his office face to face with the man I had admired since a kid. He made me feel at ease, talking about the courts and life generally. To a question when he would retire, the famous lawyer replied:"I will retire when I fall off this wheelchair". Yesterday, after nearly four years later, these words suddenly came to mind. It was a shock when the phone alert started going hyper in the wee hours yesterday morning. A Facebook post said Karpal had died in a road accident near Kampar. This needed double checking. Waking up from slumber at 4am in the morning, I started going through Facebook posts by friends and those from the DAP. It was confirmed. The Tiger of Jelutong had passed on. The Roar had gone silent. He died in a car accident shortly before 1am at KM301.6 of the North-South Expressway near Gua Tempurung, Kampar, Perak. He was traveling from Kuala Lumpur to Penang to attend a court hearing. There were 3 other occupants in Karpal's Toyota Alphard, which had the iconic number plate KS 9898. Read More / Baca Lagi >> | |
Karpal Singh, a man for true believers of justice Posted: 17 Apr 2014 09:27 PM PDT As I sat here at my home in Penang at 4 am in the morning of April 17, 2014, waiting for my driver to come and pick me up to go to the Ipoh Hospital, I felt numb by the shocking news relayed to my wife Betty through my sister Hui Ying an hour earlier. I had gone to bed early as I was unwell and was still groggy when the import of her words sunk in. DAP national chairman Karpal Singh, who meant so much to us, was gone. A man filled with such vitality, brilliance and energy was no more. A leader who gave forth so much strength, vision and guidance had left us. A true friend in our darkest days whether in the depths of prison cells or the abyss of electoral defeat had departed. A loving father and an even more loving husband had suddenly passed away on the early hours of this terrible, rainy April 17, 2014. I will miss hearing the cheer in Karpal's voice, the optimism that comes from doing the right thing and the fighting spirit no matter highly impossible the odds. But I can still hear Karpal's voice – undaunted and forthright with a deep sense of humanity. Karpal was one of those rare voices who spoke his mind, respected by friend and foe alike and completely fearless. Even Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyidin Yassin had personally told Mrs Karpal when he paid his last respects that "politics aside, Karpal was a great man and very bold" Indeed, Karpal was not afraid to offend anyone no matter how high and mighty, how wealthy or powerful, if he felt he was right. And he forgave easily those who could not live up to his exacting standards but he never forgot. Read More / Baca Lagi >> | |
Karpal Singh tinggalkan tandanya dalam undang-undang Malaysia, kata pakar perundangan Posted: 17 Apr 2014 09:25 PM PDT Sepanjang berada dalam kerjaya undang-undang untuk hampir separuh abad, mendiang Karpal Singh banyak memberi sumbangan kepada pembangunan undang-undang jenayah dan sivil Malaysia dengan hampir 600 petikan dalam Jurnal Undang-undang Malaysia, kata pemikir undang-undang. Mereka memberitahu The Malaysian Insider, helang undang-undang terkemuka itu, yang maut dalam kemalangan jalan raya semalam, mampu melakukannya kerana beliau merupakan peguam serba boleh yang berani berhujah dan membantah kes di mahkamah. Mereka berkata, Karpal mempunyai kelebihan untuk menyatakan mengapa undang-undang tertentu tidak boleh diguna pakai dan perlu pindaan kerana beliau turut boleh melobi untuk membolehkan perubahan berlaku di Parlimen. Peguam, Datuk K Kumaraendran yang berpangkalan di Pulau Pinang dan memulakan kerjaya peguam pada masa sama dengan Karpal, berkata peguam dan ahli politik itu sering mengambil kes yang membabitkan bebanan bukti. "Demi kepentingan keadilan, beliau membangunkan undang-undang itu kerana wujud ketidakpastian mengenai isu tidak bersalah hingga terbukti bersalah," kata Kumaraendan yang sering bersama Karpal mengendalikan kes jenayah pada lewat 1970-an dan awal 1980-an. Read More / Baca Lagi >> | |
Karpal dikenang dalam himpunan Reformasi 2.0 Posted: 17 Apr 2014 09:24 PM PDT Himpunan Reformasi 2.0 yang berlangsung di Pulau Pinang malam tadi menjadi acara memperingati mendiang Karpal Singh dan mereka yang berucap turut menyampaikan ucapan mengenang pemergian bekas pengerusi DAP itu. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Karpal bimbang hukuman penjara lima tahun dalam rayuan kes liwatnya. Beliau yang juga merupakan ketua umum PKR berkata, isteri kepada pemimpin veteran DAP itu, Gurmit Kaur memberitahu Karpal sangat marah mengenai kes itu. "Pemergiannya satu kehilangan peribadi kepada saya, (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) dan keluarga saya," katanya. Anwar di depan ratusan yang berhimpun pada acara itu berkata, Karpal cuba menghubunginya pada petang Rabu. "Beliau cuba menghubungi saya sebanyak empat kali pada 6.30 petang. Saya hubunginya semula dan Karpal memberitahu kita hanya ada 10 hari untuk hantar rayuan kepada Mahkamah Persekutuan. "Katanya, jangan bimbang. Dia minta kepada saya untuk teruskan. "Karpal berkata beliau akan membuat permohonan dan melakukan yang terbaik untuk memenangi kes ini," katanya. Read More / Baca Lagi >> | |
Pemilihan 2014: Saifuddin tanding timbalan presiden PKR guna tiket pengalaman, bukan arahan Anwar Posted: 17 Apr 2014 09:22 PM PDT Calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau menyertai pertandingan merebut jawatan itu bukan atas dukungan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengimbangi sokongan antara dua calon lain iaitu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali, sebaliknya atas kapasiti pengalaman politiknya selama 24 tahun. Saifuddin, yang juga setiausaha agung PKR berkata, beliau mempunyai kelebihan daripada segi pengalaman, kesetiaan dan jaringan politik berbanding calon lain, sekali gus dakwaan mengatakan Anwar mengarahkan beliau bertanding untuk tujuan itu adalah tidak tepat. "Pengalaman yang panjang ini saya bawa dengan tawaran bertanding, dengan atau tanpa sokongan Anwar. Saya kekal sebagai tawaran Saifuddin kepada anggota parti, dan anggota parti menilai berdasarkan latar belakang saya. Read More / Baca Lagi >> | |
Anwar: Ini mungkin pidato terakhir saya.... Posted: 17 Apr 2014 09:21 PM PDT Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya bersedia untuk sebarang kemungkinan berhubung rayuan terhadap hukuman lima tahun kes penjara dalam kes liwat terhadapnya. Berucap dalam ceramah Reformasi 2.0 di Seberang Jaya malam tadi, anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata: "Ini mungkin pidato terakhir saya di sini." Beliau antaranya mengingatkan orang ramai terhadap "ketidakadilan" sekitar kesnya. Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan di Putrajaya mendapati beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman lima tahun terhadapnya selepas rayuan terhadap pembebasannya yang dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum itu. Ketua Umum PKR itu kini mempunyai sepuluh hari untuk memfailkan rayuan terhadap hukuman itu. Beliau kini harus mencari peguam baru ekoran kematian peguam yang mewakilinya Karpal Singh dalam kemalangan tragik semalam. Read More / Baca Lagi >> | |
Penahanan Kassim calar imej negara Islam sederhana Malaysia, kata Dr Mahathir Posted: 17 Apr 2014 09:19 PM PDT Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyelar tindakan pihak berkuasa agama yang menangkap dan membicarakan aktivis sosial, Dr Kassim Ahmad kerana tindakan tersebut mencalarkan identiti Malaysia sebagai negara Islam sederhana. Bekas perdana menteri itu berkata, dalam keadaan Kassim yang bertongkat dan tidak sihat, pegawai agama Islam dan dibantu polis tergamak menahan aktivis berusia 80 tahun itu. "Acara ini memperlihatkan Malaysia, seolah-olah ingin menjadi negara Islam yang suka menggunakan paksaan bagi menentukan orang Islam hidup dalam ketakutan kerana mungkin ditangkap apabila melanggar fatwa pihak berkuasa," tulisnya dalam artikel di blognya chedet.cc. "Saya sedih. Saya sedih kerana Kassim umur 80 tahun, bertongkat dan sakit ditangkap dan akan dibicara. Kenapa Kassim? Kenapa tidak orang lain? Yang menghina agama Islam di Malaysia ramai. "Ada orang Islam memperlekeh Nabi Muhammad, menghina Allah dan mengembangkan ajaran sesat tetapi mereka tidak ditangkap. Tetapi Kassim yang sudah tua, berjalan bertongkat dituduh anti-hadis," katanya. Sisters in Islam (SIS) dalam satu kenyataan pada hujung bulan lalu menyifatkan penahanan Kassim bercanggah dengan syariat Islam. SIS berkata, penahanan Kassim menunjukkan sistem syariah yang tidak efisyen dan sikap pilih kasih jabatan agama Islam. Read More / Baca Lagi >> | |
IRF: Kebebasan agama bukan seperti pilih Coke, Pepsi Posted: 17 Apr 2014 09:17 PM PDT | |
Gerakan anjur larian basmi rasuah Ahad ini..!!! Posted: 17 Apr 2014 09:14 PM PDT | |
Flash Back: (2009) Karpal Singh Dikepung Samseng@Pemuda UMNO Di Bangunan Parlimen Posted: 17 Apr 2014 09:00 PM PDT | |
PAS sangsi peranan MyEG dlm kutipan GST Posted: 17 Apr 2014 08:57 PM PDT | |
ISMA bertegas tidak semua rakyat negara ini sama rata Posted: 17 Apr 2014 08:56 PM PDT | |
Perjuangan hak asasi, kembali ke fitrah, kata PAS Posted: 17 Apr 2014 08:55 PM PDT | |
Kalau BN bela rakyat, kenapa tarif air Johor paling tinggi? Posted: 17 Apr 2014 05:20 PM PDT SHAH ALAM, 17 APRIL: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali membidas Barisan Nasional (BN) yang kononnnya banyak membela rakyat daripada konteks perkhidmatan air di negeri lain, tetapi masih mengenakan kadar tarif tinggi kepada Johor. Azmin berkata, walaupun Johor sudah ditadbir Umno-BN sejak berpuluh tahun lalu, namun rakyat di negeri itu terpaksa membayar kadar tarif air antara paling tinggi di dunia. Beliau berkata, keadaan itu terjadi apabila kerajaan Johor menjual air mentah kepada Singapura dengan harga paling rendah dan kemudian menjual air bersih kepada rakyat sendiri dengan kadar paling tinggi. "Inilah dinamakan Hidup Melayu! Kita di Selangor semua orang dapat air percuma termasuk Sungai Burong dan Kuang, jadi bersyukurlah. "Umno sudah perintah berpuluh tahun di Selangor, tetapi tidak pernah teringat untuk beri air percuma kepada rakyat. Rakyat hanya dapat air hujan dan air parit tetapi air bersih percuma diberikan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sejak kita memerintah negeri ini pada tahun 2008," katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini. Read More / Baca Lagi >> | |
Kenyataan MB Negeri Sembilan jual air ke Selangor memperbodoh rakyat kata Adun Port Dickson Posted: 17 Apr 2014 05:19 PM PDT SEREMBAN 17 APR: Ahli Dewan Undangan Negeri Port Dickson, Ravi Munusamy membidas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung kenyataannya untuk menjual air terawat ke Selangor. "Kenyataan yang membodohkan rakyat, juga kenyataan yang sombong. "Sebab di Negeri Sembilan pernah mengalami krisis air air. "Ada beberapa kawasan dalam sebulan dua sebelum ini yang mempunyai masalah air, seperti Chuah, Seremban, Port Dickson," kata Ravi kepada Keadilandaily. Ravi (gambar) turut mencabar Mohamad Hasan membuktikan kenyataannya berkenaan masalah air di negeri itu. "Kita cabar Menteri Besar, kalau tiada krisis air di Negeri Sembilan, minta jawab secara hitam putih," katanya. Mohamad Hasan sebelum ini berkata Negeri Sembilan tiada masalah menjual air untuk menjual air terawat kepada Selangor dan Kuala Lumpur selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Seremban 16 April lalu. Tanbah Ravi, kualiti air untuk diminum di Negeri Sembilan masih terjejas dan keinginan menjual air kepada negeri lain masih boleh dipersoal. "Kualiti air masih didapati kotor. Mengikut analisa terperinci, air minuman memang tidak boleh diminum. "Mohamad Hasan perlu baiki dahulu masalah air kotor ini sebelum dia jual air kepada orang lain, " katanya. | |
Air: Khalid, jangan sombong sangat...kata MB N9 Posted: 17 Apr 2014 05:14 PM PDT SEREMBAN – "Jangan sombong sangat. Kalau tak nak, tak mengapa," kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan. Read More / Baca Lagi >>Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menolak tawaran negeri itu untuk menjual 20 juta gelen air sehari kepada Selangor dalam usaha membantu menangani krisis air di negeri itu. Menurut Mohamad, Negeri Sembilan tidak rugi apa-apa sekiranya Selangor enggan menerima tawaran itu, cuma beliau kasihan melihat rakyat Selangor terpaksa berdepan krisis air yang semakin meruncing. "Kalau tak hendak tak apa, tapi jangan cakap air yang kita tawarkan itu terlalu sedikit. Fikir dulu sebelum bercakap. "Saya bagi tahu ini pun atas dasar kemanusiaan, memandangkan rakyat di negeri itu terpaksa angkat baldi dan menunggu air di tepi jalan. Kata negeri maju, takkanlah rakyat terpaksa angkat baldi untuk dapatkan air," katanya. | |
Karpal in memoriam at Reformasi 2.0 gathering Posted: 17 Apr 2014 05:10 PM PDT A Reformasi 2.0 gathering in Penang last night became a memorial to the late Karpal Singh as speakers paid tribute to the late DAP chairman. Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim said Karpal was worried about his five-year jail sodomy verdict appeal case. "His passing is a personal loss to me, (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) and my family," he said. Anwar recounted to the crowd of several hundreds that Karpal had tried to call him on Wednesday evening. "I received four missed calls from him at about 6.30pm. I called him back immediately and Karpal told me we have only 10 days to submit our appeal to the Federal Court. "He told me not to worry. He said to me, 'You carry on'. "Karpal said he would take care of the submission and do his best to fight the case in court," he said. Anwar was found guilty for sodomising his former aide in 2008 by the Appeals Court last month. The Appeals Court reversed the Kuala Lumpur High Court's decision to acquit him in January 2012. He is appealing against the jail sentence. If he fails in the appeal, he will end up in prison and lose his Permatang Pauh parliamentary seat. "I already have resignations (about the case)," he said, citing how the law and the judiciary had been allegedly used by the ruling government against their rivals. Read More / Baca Lagi >> | |
Saifuddin: Umno-BN berniat jelas ingin penjara Anwar Posted: 17 Apr 2014 05:03 PM PDT SHAH ALAM, 17 APRIL: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Safuddin Nasution Ismail menyifatkan Umno-BN kini tidak mampu lagi memikirkan hal negara, melainkan kepentingan diri mereka sahaja. Read More / Baca Lagi >>Katanya, tidak menghairankan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat ancaman utama dan Umno-BN berniat jelas untuk memasukkan Ketua Umum PKR itu ke dalam penjara. "Umno ingin lawan Anwar tak larat. Dia reka fitnah, lepas itu kurung. Cara itu diharap rakyat akan tolak PKR. "Itulah sifir daripada Umno. Formula yang mereka buat dari zaman Tun Mahathir lagi," kata yang dipetik daripada Keadilan Daily ketika berucap di hadapan 3,000 hadirin dalam Program Reformasi 2.0 di Padang Besar, semalam. | |
Pemilihan 2014: Azmin akan kekal jawatan kerana perpecahan undi pencabar, kata penganalisis Posted: 17 Apr 2014 05:01 PM PDT Penganalisis meramalkan penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali akan berjaya mempertahankan jawatannya walaupun mendapat tentangan sengit daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail kerana perpecahan undi daripada kelompok penentangnya. Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa dikatakan mempunyai kelebihan daripada segi sokongan dan kemahiran berpolitik. "Azmin merupakan penyandang timbalan presiden, sudah tentu mempunyai kekuatan akar umbi yang kukuh," kata Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada The Malaysian Insider. Read More / Baca Lagi >> | |
Pelajar tahfiz meninggal dunia selepas makan mi segera Posted: 17 Apr 2014 04:39 PM PDT Seorang pelajar tahfiz Sekolah Menengah Agama (SMA) As Siddiqiah Al Islamiah, Naka dekat Kuala Nerang, Kedah meninggal dunia selepas makan mi segera malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu Mohamad Daud Shariff, 18, sebelum itu dikatakan makan mi segera sebelum tidur di bilik asrama bersama beberapa rakan yang lain. Rakan mangsa, Mohamad Hisham Zainol, 17, berkata sebelum itu mereka terdengar bunyi dengkuran kuat dan menganggap ia perkara biasa kerana semua pelajar keletihan setelah bermain bola pada sebelah petang. "Sebaik lampu asrama dihidupkan ternampak mulut arwah sudah berbuih dan mi segera yang dimakannya sebelum itu turut terkeluar. Kami cuba panggil nama dia beberapa kali tetapi dia tidak bergerak," katanya. Sementara itu, Pengetua SMA As Siddiqiah Al Islamiah, Mohd Sidek Junus, berkata mangsa dibawa ke Hospital Kuala Nerang untuk mendapatkan rawatan kecemasan tetapi disahkan meninggal dunia ketika tiba di sana. Read More / Baca Lagi >> | |
MH370: Kaunselor JPA Siap Siaga Ke Fasa Terakhir Posted: 17 Apr 2014 04:28 PM PDT Genap 40 hari kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang membawa 239 penumpang dan kru. Malangnya, sejak 8 Mac lalu tragedi yang mendapat liputan meluas dunia ini masih belum terungkai misterinya. Susulan itu, mStar Online menemui beberapa kaunselor yang ditugaskan untuk mendekati waris penumpang bagi mendapatkan gambaran sebenar pengalaman yang dilalui sepanjang tempoh mencabar itu. "Kita sudah bersedia untuk ke fasa terakhir. Sebaik saja pesawat tersebut ditemui kita akan menghantar kaunselor untuk membantu ahli keluarga menerima hakikat pengakhiran tragedi ini," katanya kepada mStar Online Khamis. Abdul Jalil berkata, krisis ini membabitkan empat fasa iaitu kejadian, penantian, pengumuman dan kaunseling di mana fasa ketiga (pengumuman) sudah dilalui apabila Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) membuat pengumuman mengenai pesawat tersebut berakhir di Lautan Hindi. Katanya, pada tahap ini, ada keluarga yang sedia terima apa yang diumumkan tetapi bersyarat ada bukti kukuh ditemui, bagaimanapun ada juga waris yang boleh menerima perkembangan itu dengan hati terbuka, manakala tidak terkecuali ada yang langsung tidak boleh menerimanya. Sehubungan itu, Abdul Jalil berkata, pada fasa ini, kaunselor memainkan peranan penting dalam menstabilkan emosi dan merasionalkan semula kehidupan ahli keluarga terlibat. Read More / Baca Lagi >> | |
MH370: Waris Harapkan Keajaiban Posted: 17 Apr 2014 04:26 PM PDT Genap 40 hari kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang membawa 239 penumpang dan kru. Malangnya, sejak 8 Mac lalu tragedi yang mendapat liputan meluas dunia ini masih belum terungkai misterinya. Susulan itu, mStar Online menemui beberapa kaunselor yang ditugaskan untuk mendekati waris penumpang bagi mendapatkan gambaran sebenar pengalaman yang dilalui sepanjang tempoh mencabar itu. KUALA LUMPUR: Selepas lebih sebulan, masih ada ibu yang bertanya, di mana agaknya anak mereka, dah makan ke belum, sihat atau tidak. Memang sedih, malah menyentuh hati dan perasaan sesiapa yang mendengar, kata pegawai psikologi bahagian pengurusan psikologi jabatan perkhidmatan awam (jpa ), nazlinda ismail (gambar). Read More / Baca Lagi >>Ikuti paparan mStar Online Khamis, selepas genap 40 hari insiden kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) mengenai pengalaman tidak ternilai ini seperti diceritakan beberapa kaunselor mengenai kesukaran berhadapan situasi membabitkan emosi waris penumpang MH370. Bagi kaunselor berusia 38 tahun ini, tugasan kali ini bukan sesuatu yang mudah, malahan beliau meletakkan ia sebagai detik berharga yang akan dikenang sepanjang hayatnya. Beliau berkata, sepanjang proses memantau perkembangan ahli keluarga penumpang, mereka dilihat tidak berputus asa dan sentiasa mengharapkan perkhabaran positif. Jauh di sudut hati keluarga penumpang dan kru masih menaruh harapan dan menanti kepulangan orang tersayang. "Harapan itu dapat dilihat menerusi luahan hati seorang ibu yang masih terkenang nasib anak bongsunya yang belum ada jawapan sehingga hari ini. "Setiap kali saya menghubungi ibu mangsa, dalam perbualan itu si ibu pasti selitkan rasa bimbang dan tertanya-tanya keadaan anaknya. "Pelbagai pertanyaan itu membuatkan saya turut sama merasai kesedihan itu walaupun kami tiada pertalian saudara," katanya. | |
Kaum Chagos hidup dalam buangan di tanah asing kerana AS dan UK Posted: 17 Apr 2014 04:23 PM PDT
Keluarga Jeannette Alexis antara penduduk Diego Garcia terakhir dipindahkan. Imbas Alexis: "Ayah memberitahu bahawa kami mesti meninggalkan pulau ini (Diego Garcia) kerana orang Amerika akan berpindah masuk dan ia tidak lagi selamat untuk kami sekeluarga." Sudahlah mereka dihalau, haiwan peliharaan mereka terutama anjing dibunuh tentera British menggunakan gas dan kemudiannya dibakar. "Anda boleh bayangkan tekanan yang mereka letakkan ke atas kami. Saya menangis dan berpaut pada kaki ibu dan walaupun masih kecil ketika itu, saya sedar bahawa kami telah meninggalkan sesuatu yang berharga dan ia merupakan rumah kami," luah Alexis. Marcel Moulinie, pengurus sebuah ladang kelapa di pulau berkeluasan 44 kilometer (km) persegi itu menceritakan, dia diarahkan kerajaan British untuk memindahkan semua penduduk keluar. "Apabila tiba waktu berpindah, mereka tidak dibenarkan membawa apa-apa selain beg berisi baju. Kapal kargo pemindahan yang digunakan pula kecil dan mereka terpaksa berhimpit selama lima jam," dedah Moulinie. Penduduk Diego Garcia memberitahu bahawa mereka meninggalkan syurga dan dicampak ke neraka apabila tiba di Pelabuhan Louis, Mauritius. Berbekalkan kepakaran menangkap ikan dan berkebun, tanpa kemahiran profesional, mereka berdepan kesulitan mengadaptasi kehidupan di bandar serba lengkap itu. Tambah menyayat hati, selepas ditinggalkan tanpa wang, pekerjaan yang dijanjikan dan rumah baharu, orang Chagos terpaksa berdikari hidup dalam buangan di tanah asing. Selepas tiga dekad, tiada siapa mengetahui kisah kesengsaraan orang Chagos sehingga seorang penduduk asalnya, Olivier Bancoult, presiden bagi Persatuan Pelarian Chagos mendakwa kerajaan Britain di mahkamah. Amarah Bancoult tidak terbendung setiap kali mengenang penderitaan yang dilalui bangsanya. Tiga abang Bancoult mati sebagai pemabuk akibat berputus asa dengan kesempitan hidup kritikal manakala adik perempuannya membunuh diri kerana terlalu merindui Diego Garcia. "Ia menyiat-nyiat perasaan saya dan sebab itu saya tidak akan berputus asa. Semua ini terjadi kerana AS dan British membuat hidup kami merana," luah Bancoult menerusi laporan rangkaian televisyen dan radio Amerika Syarikat (AS), CBS News pada Jun 2003. Kelapa Kontroversi membabitkan hak untuk pulang penduduk asal Diego Garcia dengan kerajaan Britain dan AS mendapat perhatian dunia. Namun ia tidak diperjuangkan secara besar-besaran ekoran bilangan kecil rakyatnya yang kini meningkat kepada 5,000 orang. Mengupas punca perpindahan paksaan itu, penulis buku Island of Shame: The Secret History of The U.S. Military on Diego Garcia, David Vine seperti yang dipetik daripada Global Research pada tahun 2009 mendedahkan, orang Chagos dipindahkan kerana populasi mereka yang kecil dan bukan tergolong dalam orang kulit putih. Read More / Baca Lagi >> | |
Posted: 17 Apr 2014 04:19 PM PDT London: Pengarah filem dan peneroka laut dalam James Cameron sedia menawarkan robot penyelam yang digunakan untuk meneroka kapal Titanic bagi memeriksa bangkai pesawat MH370 jika ia ditemui di dasar Lautan Hindi. Menurutnya, robot penyelam yang dikawal kabel optik gentian boleh membantu meneroka serpihan bangkai pesawat. Pengarah dari Kanada itu menyelam ke lokasi berkenaan sebanyak 12 kali sebagai persediaan untuk penggambaran filem terbabit. ROBOT DSV Alvin yang digunakan dalam penerokaan bangkai Titanic. Namun, Cameron tidak berhasrat untuk terlibat dalam operasi pencarian pesawat MH370. "Saya sedia menawar bantuan jika penggunaan sistem robotik kecil seperti ini diperlukan. "Namun, ia hanya boleh digunakan apabila serpihan ditemui dan dirakam," katanya.Read More / Baca Lagi >> | |
MERS-CoV: 1,000 penduduk kini terancam Posted: 17 Apr 2014 04:02 PM PDT BATU PAHAT - Seramai 64 orang penduduk Kampung Bintang di sini terpaksa dikuarantin selama seminggu di rumah masing-masing selepas dikesan mengalami tanda-tanda awal Sindrom Pernafasan Koronavirus Timur Tengah (MERS-CoV). Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, sebanyak 100 penduduk telah menjalani pemeriksaan di pusat pemeriksaan khas jangkitan MERS-CoV di kampung itu setakat ini. Beliau berkata, pusat tersebut dibuka sejak 14 April lalu berikutan kematian seorang penduduk yang baru pulang daripada mengerjakan umrah dan disahkan meninggal dunia akibat jangkitan MERS-CoV. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan