RAKYAT MARHAEN |
- Dr Asri:Pelaksanaan Hudud Mekanisme Atasi Jenayah Tertentu.
- PERSEMPADANAN SEMULA: PAKATAN RAKYAT PERLU RESPONSIF TERHADAP TAKTIK SPR
- Razali: MP PAS, Umno saja tak cukup laksana hudud..!!
- Saman RM2 Juta: Mahkamah Tinggi ketepi perintah penghakiman ingkar
- Presiden PAS berjaya mengenepikan kes saman RM2 juta
- Blue Wave Army @ Macai UMNO - Guna Duit Siapa?
- Baram: Etnik Sarawak tidak putus asa, terus halang laluan ke empangan
- TPPA datang, kedaulatan hilang
- Baling dan derita rakyat: Di mana sikap mahasiswa?
- MH370: Bakal Misteri Selamanya
- Bagaimana Pentagon Tahu MH370 Terhempas Di Lautan Hindi Pada 13 Mac?
- Anak Ketua Pramugara MH370 Teruja Terima Jersi Ditandatangani Pasukan Liverpool
- MH370: Bateri sudah habis
- MH370: Malaysia bincang dengan pakar mengenai hak jagaan kotak hitam
- MH370: Tinjauan menunjukkan lebih 50% rakyat Malaysia yakin Putrajaya sembunyi maklumat
- DS Anwar Ibrahim - Reformasi 2.0 Kuantan
- Nurul Izzah - Reformasi 2.0 Kuantan
- Al Jazeera speaks to chemical weapons expert Hamish de Bretton-Gordon
- Syrian sides blame each other for gas attack
- MH370: Tiada panggilan daripada pembantu juruterbang, kata Shabery
- Debat dan reformasi, sekadar ilusi?
- MH370 'was thrown around like a FIGHTER JET & flown under the radar to avoid detection'
- SOMETHING FISHY IS UP! Why doesn't M'sia punish Umno newspaper NST for false MH370 report?
- The future of aviation technology
- Are the black boxes batteries dead?
Dr Asri:Pelaksanaan Hudud Mekanisme Atasi Jenayah Tertentu. Posted: 13 Apr 2014 08:54 PM PDT Hudud menjadi mekanisme bagi mengatasi jenayah dan pelaksanaannya memerlukan suasana yang kondusif. Pandangan berkenaan disuarakan Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bagi menyangkal salah faham pihak tertentu terhadap pelaksanaan hukuman berkenaan. "Hudud hanya makanisme untuk mengatasi jenayah-jenayah tertentu, bukan gambaran keseluruhan negara Islam, bahkan bukan hudud juga undang-undang yang merangkumi semua jenayah," tulisnya dalam blog Minda Tajdid. Jelasnya, sesetengah pihak yang kurang memahami Islam membayangkan undang-undang hudud adalah untuk mencari pesalah. Malah, katanya, terdapat jenayah yang tidak tersenarai di bawah hudud terutamanya jenayah yang pelbagai hukuman takzir. Tambahnya, ramai yang mendakwa hak peribadi individu akan terganggu sekiranya undang-undang hudud dilaksanakan. "Intipan di sana-sini akan dibuat untuk mencari orang yang berzina dan minum arak, malah turut menggambarkan intipan penguatkuasa agama dalam mencari pelaku maksiat, "jelasnya. Katanya lagi, undang-undang hudud sangat menggalakkan kemaafan sesama sendiri dan diselesaikan di luar mahkamah. "Keinginan sesetengah masyarakat awam yang tidak faham yang seakan 'mengidam' untuk melihat tangan dipotong adalah tidak serasi dengan inspirasi hudud bahkan itu menjadikan mereka 'penolong syaitan'."katanya. Malah, mereka yang bertaubat sebelum tangkapan patut digugurkan hukuman hudud dan boleh diganti takzir iaitu dengan hukuman dengan budi bicara hakim. Sementara itu, penceramah bebas, Datuk Md Daud Che Ngah berkata, undang undang hudud hanya untuk orang Islam dan bertujuan untuk memberi pengajaran kepada umat Islam yang lain. Read More / Baca Lagi >> | ||
PERSEMPADANAN SEMULA: PAKATAN RAKYAT PERLU RESPONSIF TERHADAP TAKTIK SPR Posted: 13 Apr 2014 08:38 PM PDT Pada April ini, menurut sumbernya pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan membincangkan tatacara mengkaji semula syor-syor menyempadankan [menyempadani] bahagian pilihan raya parlimen dan negeri. Tatacara itu adalah sesuai dengan peruntukan dalam Jadual Ketiga Belas yang bersumberkan kuasa Fasal 2 dan fasal-fasal berurutan di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan. Hal ini menjadi tugas rutin SPR setiap lapan tahun (daripada tempoh kajian semula sebelum ini) dan hendaklah disiapkan dalam tempoh tidak melebihi dua tahun daripada mula kajian semula dibuat. Apa yang penting difahami, perbincangan syor-syor sudah agak terlewat memandangkan tarikh-tarikh proses tatacara kajian semula menyempadani yang terakhir pada tahun 2003. Berdasarkan tempoh proses tersebut, SPR telah memulakan kerja awal (menyiarkan pameran notis awal melalui warta) pada 8 Ogos 2002; siasatan tempatan 1 Oktober hingga 2 Disember 2002; kemudian pameran kedua pada 16 Januari – 15 Februari 2003; tempoh rayuan pula pada 2 hingga 6 Februari 2003 dan siap proses menerima rayuan itu pada 10 Mac 2003. Kajian semula 2003 Oleh itu, tempoh genap lapan tahun selepas siap proses bagi kajian semula tahun 2003 ialah pada pada 10 Mac 2003 hingga 10 Mac 2011. Ini bermakna pihak SPR sudah pun melakukan tugas-tugas kajian ini sebelum pilihan raya umum 2013 lagi dan sepatutnya tempoh 10 tahun sebagaimana kehendak Maka penulisan ini bertujuan meneliti beberapa cadangan asas untuk pihak PAS dan rakan Pakatan Rakyat mengambil tanggungjawab mempersiapkan beberapa aspek asas dan prinsip serta teknikal yang harus dilaksanakan bagi meneliti beberapa syor SPR yang akan dipamerkan untuk mendapat representasi (kerajaan negeri atau kerajaan tempatan dan orang ramai) sebegaimana tatacara mengikut Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan. Pengalaman lalu (tahun 2003) pihak Barisan Nasional telah bersekongkol dengan SPR bagi memantapkan sokongan rakyat melalui kajian semula ini. Misalnya di negeri dominan Barisan Nasional, Johor diperuntukkan tambahan 6 kerusi Parlimen baru dan Sabah 5 kerusi, sementara negeri-negeri lain diberi 1 atau 2 kerusi Parlimen tambahan. Sedangkan di negeri-negeri undi Barisan Nasional merosot (Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis), tidak ditambah sebarang kerusi Parlimen. Bahkan di Kedah, menyempadani semula bahagian tanpa tambahan kerusi, sehingga mewujudkan ketidakseimbangan jumlah pengundi yang amat ketara, terutama kawasan luar bandar dan Barisan Nasional kekal dominan. Pakatan hendaklah sepakat Read More / Baca Lagi >> | ||
Razali: MP PAS, Umno saja tak cukup laksana hudud..!! Posted: 13 Apr 2014 08:20 PM PDT PAS bakal berdepan kesukaran dalam melaksanakan hukum hudud di Kelantan kerana dijangka ditentang DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tidak mahu berganjak daripada keputusan mereka menolak pelaksanaan hukum itu. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata PAS perlu mendapatkan sokongan 40 anggota Parlimen bukan Islam termasuk DAP dan PKR agar persetujuan dua pertiga di Dewan Rakyat diperoleh bagi melaksanakan hukum itu di Kelantan. Beliau berkata 30 anggota Parlimen PAS dan 79 Anggota Parlimen Umno ketika ini masih belum cukup kerana untuk mendapat majoriti dua pertiga memerlukan 148 undi. "Perkara ini bukan soal kaum atau agama tetapi pelaksanaannya memerlukan persetujuan semua kaum. "Kalau PAS masih mendapat bantahan DAP dan PKR, maka masalah ini perlu diselesaikan terlebih dahulu," katanya selepas merasmikan bangunan baru, Hari Keusahawan dan Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Sultan Abu Bakar di Muar, petang semalam. Sebelum ini kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember depan. Keputusan itu merupakan susulan kesediaan Kerajaan Persekutuan yang memberi laluan kepada mana-mana negeri bagi menguatkuasakan Hukum Hudud di negeri masing-masing. Read More / Baca Lagi >> | ||
Saman RM2 Juta: Mahkamah Tinggi ketepi perintah penghakiman ingkar Posted: 13 Apr 2014 07:59 PM PDT Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengetepikan penghakiman ingkar yang diperoleh calon PKR bagi kerusi Dun Bukit Besi terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Ini berkaitan dengan saman yang menjadi perbualan umum 2 bulan lepas. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu. Selain itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500. Ini berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini. Bagaimanapun, Peguam PAS, Asmuni Awi berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi. "Kita menerima perintah itu hari ini dan kita akan failkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu esok juga. "Saya yakin perintah ini boleh diketepikan berdasarkan etika pengurusan kes ini," kata Asmuni. Akhirnya keyakinan menjadi kenyataan. | ||
Presiden PAS berjaya mengenepikan kes saman RM2 juta Posted: 13 Apr 2014 07:43 PM PDT
| ||
Blue Wave Army @ Macai UMNO - Guna Duit Siapa? Posted: 13 Apr 2014 07:35 PM PDT Serangan terhadap DAP isu RBA = Red Bean Army baru2 neh berkemungkinan besar nak menghalalkan penubuhan BWA = BIAWAK = BLUE WAVE ARMY aku rasa. Permainan propaganda dorang memang licik. Aku kalau bab menteri2 BN neh tahap kebolehpercayaan aku ialah ; Read More / Baca Lagi >>Oii oiiiiiii ameno.. aku baru balik kedai dan ko tahu apa? Aku terserempak dengan ular oi. Dia bercakap HI dengan aku = kawan aku <-- aku="" ini="" percaya.="" span=""> Saya nak bagitau neh, kita tak jadi la nak naikkan harga minyak sebab taknak susahkan rakyat = menteri BN --> INI AKU HARAM NAK PERCAYA! Walaupun kawan2 aku cakap benda tak logik berbanding menteri2 BN bercakap benda logik, menteri2 BN aku tetap tak percaya. Ko merepek la pongpang2 apa depan tv itu semua, aku memang tak percaya sehingga terbukti sebaliknya. Kata2 korang banyak yang berunsurkan fitnah, propaganda murahan, nak selamatkan diri sendiri, penipuan, statement syok sendiri, konspirasi dan penuh dengan pembohongan. Memang wajib rakyat macam aku bersyak wasangka buruk dengan korang semua disebabkan aku dah kena tipu beratus2 kali. Haha. Berbalik kepada usul Ahmad Maslan. BN patut tubuhkan BWA untuk ; 1. Melawan RBA (UMNO wujudkan RBA dan UMNO nak melawan persepsi yang dorang sendiri wujudkan?????) 2. Untuk menerangkan kepada rakyat apa itu GST. 3. Untuk melawan fitnah (actually fakta, tetapi pada UMNO fakta = fitnah, fitnah = fakta) pembangkang di laman sosial. Sejujurnya, haram aku kesah UMNO dan BN nak tubuhkan apa2 tentera pun. Kacang hijau ke kacang merah ke gelombang biru ke gelombang merah ke dan sebagainya lantak p la dengan korang. Tapi yang aku buat menyibuk nak amek tahu neh pasal duit aje. Nak tubuhkan itu neh guna duit sapa? Pembayar cukai ke? Kerajaan ke tanggung ke? Nak lawan rakyat guna duit rakyat ke? | ||
Baram: Etnik Sarawak tidak putus asa, terus halang laluan ke empangan Posted: 13 Apr 2014 07:32 PM PDT Walaupun Sarawak dipimpin oleh kepimpinan baru, namun tiada perubahan dirasakan kepada penduduk pedalaman di Baram yang mengadakan dua sekatan jalan ke tapak cadangan empangan hidroelektrik Baram sejak enam bulan lalu. Mereka berdepan risiko dipindahkan apabila pembinaan bermula dan mereka tetap berusaha menghalangnya walaupun kerja pembinaan awal empangan sudah bermula. "Semangat kami mengadakan sekatan ini tidak pernah luntur meskipun aktiviti kini berkurangan," kata Pengerusi Save Rivers Network, Peter Kallang. Satu sekatan diadakan di Long Lama manakala satu lagi lokasi ialah di Kilometer 15 berhampiran Long Kesseh bertujuan menghalang kerja pembinaan empangan yang dilaporkan lebih besar daripada empangan hidroelektrik Murum 944Mw dekat Belaga. Empangan Baram dilaporkan akan menjana di antara 1,000 dan 1,200Mw tenaga elektrik dan pembinaannya akan memberi kesan kepada 400km persegi hutan hujan tropika dan menyebabkan 20,000 penduduk terpaksa berpindah. Kallang berkata, sekatan yang diadakan kini menjadi sangat tersusun dengan kebajikan penduduk dijaga, masalah logistik diatasi dan kerja pentadbiran sedang diperincikan. "Kini kami mempunyai jadual bertugas bagi memastikan setiap orang bergilir mengadakan sekatan. Kami mempunyai cara menghilangkan kebosanan mereka dengan menghidangkan makanan secara tetap bagi menyokong motivasi mereka. Read More / Baca Lagi >> | ||
TPPA datang, kedaulatan hilang Posted: 13 Apr 2014 07:26 PM PDT MOHAMED HANIPA MAIDIN Artikel ini berkaitan dengan TPPA. Secara umumnya idea TPPA adalah baik kerana ia memberi peluang kepada negara negara yang terlibat dengan TPPA untuk melebarluas pasaran ekonomi atau perdagangan negara mereka. Kita tahu banyak negara mungkin tidak dapat menembusi pasaran negara luar kerana wujudnya sekatan sekatan perdagangan seperti tarif import yang amat tinggi atau kouta atau lain-lain sekatan. TPPA bertujuan meliberalisasi perdagangan antarabangsa. Malaysia terlibat dalam TPPA bersama sama 11 negara yang lain seperti USA, New Zealand, Peru, Singapura dan beberapa negara yang lain. TPPA kini masih dalam peringkat rundingan bagi menyelesaikan terma-terma yang dipersetujui yang melibatkan 29 bab merangkumi pelbagai sektor dan tidak terhad kepada sektor perdagangan sahaja. Meskipun idea TPPA adalah baik namun aspek negatifnya mengatasi aspek positifnya sekaligus bantahan kepada TPPA disuarakan di dalam dan di luar Parlimen. Bantahan itu ada asas yang amat kuat. Pertamanya proses perundingan TPPA berjalan secara rahsia. Terma-terma yang hendak dibincang dan dipersetujui juga dirahsiakan. Kami sebagai ahli Parlimen juga tidak diberi keistimewaan untuk diberi salinan draf perjanjian dan butir-butir rundingan. Di Parlimen, Menteri hanya memaklumkan bahawa hak dan kepentingan rakyat negara ini akan dilindungi namun apabila kita bertanya macam mana ia akan dilindungi dalam keadaan kita sebagai ahli Parlimen tidak dimaklumkan terma terma rundingan, Menteri tidak dapat menjawab. Masalah pertama TPPA adalah, negara-negara yang terlibat tidak mempunyai kekuatan ekonomi yang seimbang. Ketidakseimbangan ini sudah pasti akan menjejaskan kuasa atau kekuatan rundingan kita (bargaining power). Sebagai contoh, di belakang negara Amerika adalah gergasi gergasi ekonomi seperti Wall Mart yang mempunyai kuasa melobi yang amat dominan. Dalam ketidaaan padang yang sama rata maka kita percaya negara kecil seperti Malaysia amat sukar untuk melindungi kepentingan rakyat hatta kedaulatan negara jika kita setuju tandatangan TPPA. Read More / Baca Lagi >> | ||
Baling dan derita rakyat: Di mana sikap mahasiswa? Posted: 13 Apr 2014 07:25 PM PDT Adib AzmanMasyarakat Baling rata-ratanya golongan petani, senang kata hasil daripada keringat mereka bercucuk tanam dan mengutip hasil getah itulah yang menjadi alas perut mereka. Baik yang menoreh getah, kemudian dikumpul dijadikan getah sekerap (masih ingat baunya yang tengik dan pekat, kalau melekat pada tangan, susah betul untuk berselera makan). Kalau yang bersawah, dari relung sawah itulah padi itu dituai untuk ditanak menjadi nasi di dapur, lebihannya pula ditolak kepada peraih.Memori Baling 1974 mungkin ramai yang sudah tidak mengingatinya, baik yang sudah melangkah umur 40-an, apatah lagi golongan 20-an, kalau ada yang masih ingat, syukur alhamdulillah, di situlah detik nafas rakyat yang tersepit dalam keadaan serba terpuruk kemiskinan di celah desa. Pemerintah sehingga ke hari ini melupakan isu Baling dan kesengsaraan rakyatnya, malah lebih hina bila mana menconteng arang hitam legam dengan "mengecop" Baling sebagai markas ajaran sesat (lihat kisah Ustaz Ibrahim Libya). Hanya golongan mahasiswa sahaja yang terpanggil membawa suara rakyat Baling, siapa lagi kalau bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dr Siddiq Fadzil. Tetapi jawapan mudah menanti mahasiswa sesudah itu, di hujungnya tangkapan ISA. Persoalan sebenar ialah persoalan kemiskinan, ya kemiskinan. Kemiskinanlah yang membelenggu masyarakat Baling sekian lama sehingga ke hari ini tanpa ada perhatian pemerintah. Mereka tertindas untuk melangsungkan hidup, apalah yang boleh dimakan dan dikumpul untuk perbelanjaan anak ke sekolah kalau hasil kutipan getah sekerap hanya RM2.50 sekilogram? Diikuti dengan kejatuhan harga padi dan sawit pada bulan-bulan yang lepas (Malaysia sudah hampir menuju suku pertama ekonomi). Inilah yang merunsingkan mereka yang ada rasa "unjuran" prihatin terhadap masyarakat tani. Read More / Baca Lagi >> | ||
MH370: Bakal Misteri Selamanya Posted: 13 Apr 2014 07:15 PM PDT Masuk hari ke-37, kehilangan MH370 bersama 239 penumpang termasuk kru, setakat ini tiada sebarang clue, kecuali "pancaran" kononnya daripada "kotak hitam" pesawat itu yang kali terakhir dikesan pada 8 April. Pesawat yang berlepas daripada KLIA pada pukul 12.41 pagi 8 Mac tujuan Beijing, seharusnya mendarat pada pukul 6.30 pagi hari yang sama di destinasi terakhirnya itu; sebaliknya dinyatakan berakhir di Lautan Hindi. Berbagai terori menyelubungi kehilangan pesawat itu, termasuk ianya telah dirampas dan di daratkan di suatu lokasi. Kalau menurut Russia, pesawat itu di daratkan di perbatasan Pakistan yang dikawal Taliban. Para penumpang dan kru masih selamat, namun dibahagi-bahagikan kepada beberapa kumpulan, selain ada kumpulan yang diseludup ke Aganistan untuk dijadikan persiai. Selain itu, banyak yang percaya, bahawa pesawat itu sebenarnya didaratkan di Diego Garcia, 3,500 km daripada Kuala Lumpur; bekalan minyak kapal itu mencukupi untuk di terbangkan ke Pengakalan Amerika itu. Selepas penumpang dan kru diturunkan, pesawat diterbangkan dengan drone lalu dihempaskan di lokasi liputan pencarian. Liputan pencarian ini, merupakan satu kawasan yang amat sukar, selain kedalaman laut, akan tetapi juga terdapatnya gaung dasar laut yang bernama Diamantina Trench yang mempunyai kedalaman 19,000 kaki. Selain itu, kawasan itu mempunyai dasar laut yang berlumpur; sehingga boleh menimbusi sebarang objek keras yang berat; atas sebab pemetaan dasar laut akan sukar mengesan sebarang objek. | ||
Bagaimana Pentagon Tahu MH370 Terhempas Di Lautan Hindi Pada 13 Mac? Posted: 13 Apr 2014 04:52 PM PDT Ini yang pelik. Pentagon menyatakan pada 13 Mac, MH370 terhempas di lautan Hindi; namun Datuk Hishamuddin sebaliknya berkata pada masa itu, bahawa operasi difokuskan di Lautan China Selatan dan Selat Melaka. Juga CEO MAS mengatakan masa yang sama, bahawa pesawat itu tidak meneruskan penerbangan 4-5 jam selepas hilang daripada radar pada 1.30 pagi 8 Mac. Namun pada 24 Mac, diumumkan bahawa pesawat itu memang berakhir di Lautan Hindi. http://www.mirror.co.uk/news/world-news/malaysia-airlines-flight-mh370-pentagon-3238713 | ||
Anak Ketua Pramugara MH370 Teruja Terima Jersi Ditandatangani Pasukan Liverpool Posted: 13 Apr 2014 04:30 PM PDT Dalam tulisannya di Facebook pada malam Sabtu, Maira Elizabeth memuat naik gambarnya memakai jersi Liverpool yang mengandungi tandatangan pemain dan pengurus pasukan itu. Jersi itu turut tertera dengan nama Andrew Nari berserta nombor satu. "Rasa begitu diberkati! Ia berlaku dua hari atau hanya sehari sebelum perlawanan mereka menentang Tottenham Spurs beberapa minggu yang lalu. Baju ini diterbangkan dari Anfield. Hadiah ini benar-benar tidak ternilai. Ayah, ini adalah untuk anda," katanya. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada tiga peminat Liverpool Malaysia yang telah melalui beberapa cabaran bagi mendapatkan jersi yang ditandatangani. "Akan dibingkaikan jersi ini. Saya tersentuh! Ayah, saya pasti anda akan menjadi insan yang paling gembira sekarang. Amat berharap ayah berada di sini, saya boleh bayangkan betapa gembiranya ayah, atau ayah mungkin menjerit. Hehe. Saya merindui ayah," katanya. Maira kerap menulis di Twitter mengenai perlawanan Liverpool secara langsung, sepertimana ayahnya yang merupakan peminat tegar kelab Merseyside itu. "Ayah, Liverpool memenangi perlawanan. Pulanglah ke rumah, ayah boleh menonton permainan ini. Ayah tidak pernah terlepas menonton perlawanan mereka. Ini adalah kali pertama!" katanya yang menulis di Twitter selepas Liverpool membelasah Manchester United di Old Trafford beberapa minggu lalu. Tulisnya yang menyentuh perasaan di Twitter itu mendapat perhatian kelab bola sepak Inggeris berkenaan dan peminat kelab tersebut dari seluruh dunia. | ||
Posted: 13 Apr 2014 04:27 PM PDT Perth: Semua isyarat bawah permukaan laut yang dikesan dalam pencarian pesawat MH370 minggu lalu telah hilang sepenuhnya menandakan kotak hitam cari telah kehabisan bateri. Bagaimanapun, gerakan mencari sebarang bukti sama ada serpihan pesawat mahupun isyarat membabitkan operasi dalam laut, atas permukaan dan di udara diteruskan di selatan Lautan Hindi hari ini. Penggunaan robot bawah permukaan laut itu lebih menumpukan kepada usaha mencari bangkai pesawat dan pergerakannya lebih perlahan berbanding penggunaan TPL. ANGGOTA Tentera Udara Diraja New Zealand diberi taklimat sebelum usaha mencari, Jumaat lalu. FOTO AP "Kita sudah memasuki hari ke-37 dalam tragedi ini. Bateri kotak hitam sepatutnya hanya mampu bertahan 30 hari. Kita harap ia boleh sampai 40 hari. "Bagaimanapun, sudah empat hingga lima hari berlalu sejak ping terakhir dikesan. Apa yang diharapkan hanya satu atau dua ping lagi supaya mereka dapat mengesan puncanya dan mengecilkan kawasan pencarian," kata pakar penerbangan Geoffrey Thomas. Read More / Baca Lagi >> | ||
MH370: Malaysia bincang dengan pakar mengenai hak jagaan kotak hitam Posted: 13 Apr 2014 04:26 PM PDT Malaysia sedang berbincang dengan pihak berkuasa yang berkaitan dan pakar mengenai siapakah sebenarnya yang berhak menjaga kotak hitam penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang itu. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail kini berada di United Kingdom untuk membincangkan perkara itu termasuk dengan agensi antarabangsa seperti Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). "Peguam Negara kini di UK (United Kingdom) membincangkan dengan pihak berkuasa berkaitan seperti ICAO dan pakar yang terlibat, berdasarkan undang-undang tempatan dan antarabangsa, siapa sebenarnya mempunyai hak penjagaan ke atas kotak hitam itu," katanya kepada wartawan selepas melawat tapak pameran Defence Services Asia, di Kuala Lumpur, hari ini. Bagaimanapun, Malaysia meminta Australia untuk mengetuai pencarian pesawat itu di selatan Lautan Hindi. Namun, Hishammuddin berkata tumpuan tetap kepada mencari pesawat itu dahulu, yang hilang selama 37 hari daripada skrin radar sejak 8 Mac lalu. Beliau berkata, tiada panggilan telefon daripada pembantu juruterbang MH370, Fariq Abdul Hamid ketika pesawat itu terbang rendah pada hari ia hilang seperti dilaporkan dalam akhbar. Read More / Baca Lagi >> | ||
MH370: Tinjauan menunjukkan lebih 50% rakyat Malaysia yakin Putrajaya sembunyi maklumat Posted: 13 Apr 2014 04:24 PM PDT Lebih daripada separuh rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dalam satu tinjauan kajian bulan lalu percaya kerajaan Barisan Nasional (BN) menyembunyikan maklumat mengenai kehilangan pesawat MH370, menurut satu kajian terbaru oleh The Malaysian Insider. Daripada 1,029 responden dalam kajian yang dijalankan Merdeka Center itu, 54% berkata Putrajaya tidak telus dalam memberi maklumat mengenai pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Dalam respon kepada soalan sama ada mereka menyangka Putrajaya jujur atau menyembunyikan sesuatu mengenai MH370, 54% daripada responden berpendapat Malaysia menyembunyikan maklumat, 26% berkata kerajaan jujur manakala 20% tidak pasti. Selepas lebih lima minggu pesawat hilang, ternyata rakyat Malaysia juga cenderung mempercayai Putrajaya tidak jujur berhubung maklumat berkenaan pesawat itu. Sekali lagi, responden kaum Cina hampir sebulat suara tidak memberi komen yang positif terhadap kerajaan persekutuan yang dipimpin BN. Angka tinjauan menunjukkan sedikit majoriti daripada responden India dan Melayu juga mempercayai Putrajaya menyembunyikan maklumat. Kali ini, responden dari kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar bersatu dalam mempercayai Putrajaya kurang jujur dalam mendedahkan maklumat berkenaan MH370. Responden dipilih melalui kaedah persampelan rawak berstrata mengikut etnik, jantina dan umur, serta meliputi semua kawasan Parlimen di Semenanjung Malaysia. Kajian itu dijalankan dari 24-30 Mac dengan pemilihan responden berkadar dengan penduduk di setiap kawasan Parlimen. Read More / Baca Lagi >> | ||
DS Anwar Ibrahim - Reformasi 2.0 Kuantan Posted: 13 Apr 2014 03:51 PM PDT | ||
Nurul Izzah - Reformasi 2.0 Kuantan Posted: 13 Apr 2014 03:50 PM PDT | ||
Al Jazeera speaks to chemical weapons expert Hamish de Bretton-Gordon Posted: 13 Apr 2014 03:49 PM PDT | ||
Syrian sides blame each other for gas attack Posted: 13 Apr 2014 03:48 PM PDT | ||
MH370: Tiada panggilan daripada pembantu juruterbang, kata Shabery Posted: 13 Apr 2014 08:59 AM PDT Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata siasatannya menunjukkan tidak ada panggilan dibuat pembantu juruterbang pesawat MAS Penerbangan MH370 pada 8 Mac. Shabery berkata beliau bersetuju dengan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menafikan laporan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa pembantu juruterbang itu ada membuat panggilan. Shabery berkata beliau cuba mendapatkan maklumat dengan mereka berkenaan dan mereka mengesahkan tidak ada panggilan dibuat oleh sesiapa dari pesawat tersebut. "Ia juga boleh menyulitkan lagi proses pencarian (pesawat yang hilang itu) yang sepatutnya diberi keutamaan kepada mereka yang bertanggungjawab," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program turun padang dan melawat warga uzur di Kampung Gong Cengal, Kemasik dekat Kemaman hari ini. Semalam Bernama melaporkan Hishammuddin menafikan laporan sebuah akhbar tempatan mengenai perkara itu. Read More / Baca Lagi >> | ||
Debat dan reformasi, sekadar ilusi? Posted: 13 Apr 2014 08:55 AM PDT Mandeep KarpallPada tahun 2008, selepas 8 Mac iaitu PRU12, satu budaya baru cuba diperkenalkan di Malaysia. Budaya sebegini sebenarnya sudah lama wujud di negara asing.Budaya yang dibawa ialah debat. Budaya ini sebenarnya memang sihat dan bagus untuk politik tanah air, terutamanya kepada anak muda dan anak mahasiswa. Buat pertama kalinya, secara langsung melalui media arus perdana, rakyat Malaysia dapat menyaksikan satu debat di antara Anwar Ibrahim dengan seorang menteri. Namun, secara umumnya rakyat Malaysia sebenarnya mahu menyaksikan perdebatan di antara Anwar Ibrahim dan Abdullah Ahmad Badawi. Tetapi, semua mengetahui bahawa Abdullah Badawi seorang perdana menteri yang sibuk dengan bantal tidur, maka tidak mungkin beliau dapat berdebat. Apa-apa pun, kita harus hormat kepada Shabery Cheek yang menyahut cabaran tersebut dan berani berdebat dengan Anwar Ibrahim. Soal siapa menang, siapa kalah,kita tolak ketepi. Selepas perdebatan ini, pelbagai lagi majlis perdebatan dianjurkan dan dengan adanya ini, boleh dikatakan debat sudah hampir menjadi satu budaya. Tahniah juga kepada Khairy Jamaluddin, Toh Ksu Koon yang pernah berdebat dengan pemimpin parti lawan. Namun, perkara yang ingin saya sampaikan dalam penulisan ini adalah mengenai dua individu yang bakal berentap untuk jawatan nombor dua dalam Parti Keadilan Rakyat. Kedua-dua individu ini merupakan ahli Parlimen. Malah, salah seorang daripada mereka adalah Menteri Besar penggal kedua. Azmin Ali dan Khalid Ibrahim. Mereka berdua kini dalam sebuah parti yang mengangkat slogan reformasi. Seminggu lepas, sekumpulan aktivis menarik perhatian umum dengan menganjurkan debat bagi calon-calon bertanding Timbalan Presiden PKR. Malangnya, Khalid Ibrahim menerusi media menolak jemputan ini. Azmin Ali juga dikatakan tidak memberikan apa-apa tindak balas. Perkara ini amat mendukacitakan atau sebenarnya memalukan. Junjung reformasi. Reformasi apa ini? Read More / Baca Lagi >> | ||
MH370 'was thrown around like a FIGHTER JET & flown under the radar to avoid detection' Posted: 13 Apr 2014 08:18 AM PDT The missing Malaysia Airlines plane was 'thrown around like a fighter jet' just after it lost contact with the authorities in a bid to dodge radar, Malaysian military investigators believe. Flight MH370, which disappeared more than a month ago en route to Beijing, is thought to have climbed to heights of 45,000ft - 10,000ft above its normal altitude - before plummeting to just below 5,000ft. The new lead in the investigation comes as the methodical search being carried out in the Indian Ocean continues amid fears that the jet's black box may have run out of battery. The drastic maneuvers which must have been taken for the plane's alitutude to change so suddenly suggest that the plane was deliberately trying to avoid radar signals and disappear, a source said. Speaking to the Sunday Times, the source said: 'It was being flown very low at very high speed. And it was being flown to avoid radar.' Painful: A woman offers prayers for the victims of the missing flight - who are all thought to have died Survey ship HMS Echo, as a Lockheed P-3 Orion flies overhead, in the southern Indian Ocean helping in the underwater search for the flight recorder from the missing Malaysia Airlines flight MH370 The new theory comes as the painstaking search for any sign of the jet - which was carrying 239 people - continues in the Indian Ocean. Four strong underwater signals were picked up last week - hoped to be from the black box - but nothing new has been detected for five days. Once officials are confident that no more sounds will be heard, a robotic submersible will be sent down to slowly scour for wreckage. 'We're now into day 37 of this tragedy,' said aviation expert Geoffrey Thomas. 'The battery life on the beacons is supposed to last 30 days. We're hoping it might last 40 days. However, it's been four or five days since the last strong pings. 'What they're hoping for is to get one more, maybe two more pings so they can do a triangulation of the sounds and try and narrow the (search) area.' A Royal Navy vessel - the HMS Echo - has now arrived to join the international hunt and is working round the clock to locate any signs of wreckage. Survey ship HMS Echo is in the southern Indian Ocean helping in the underwater search for the flight recorder from the missing jet. Hydrographic survey ship HMS Echo was diverted from work in the Indian Ocean to help in the hunt, and arrived on Thursday in the area of the southern Indian Ocean where 'pings' thought to be from the missing plane had been detected. | ||
SOMETHING FISHY IS UP! Why doesn't M'sia punish Umno newspaper NST for false MH370 report? Posted: 13 Apr 2014 08:15 AM PDT New Straits Times(NST) should be severely punished for acting against the national interests by trying to exploit the MH370 tragedy with treacherous intent of sensational and false reporting without due regards for facts and the feelings of family members of the passengers. As NST is owned by UMNO and regarded as both UMNO and the Federal government's mouthpiece, its front-page world exclusive expose on 12 April 2014 has caught the world's attention. Indeed if true, the report was sensational, boldly titled "MH370's desperate call for help" with the sub-heading of "Investigators have revealed that co-pilot Fariq Abdul Rahman had made a call from his mobile phone as the plane flew low near Penang. Who he was trying to reach remains a mystery?". Unfortunately, this so called world exclusive by NST is a bare-faced lie. Bernama reported that Acting Transport Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein has refuted NST's front-page report that the co-pilot of the MH370 aircraft had made a telephone call when it was flying low near Penang. He also said it was irresponsible for any quarters to take the opportunity to make a baseless report. Public reprimand NOT enough, is M'sian govt brave enough to stand up against blatant lies? A public reprimand that is a mere slap on the wrist on NST is not enough. Such lies and baseless information may not only affect search operations but also the families of the passengers and the crew of the aircraft. The Federal government must be both unforgiving and punishing towards NST, more so when it is owned by UMNO and a mouthpiece for the BN leaders. The whole world is watching whether the Malaysian government dares to act without fear or favour against such blatant lies. Failure to do so will cause Malaysia's international reputation to lose any little integrity and credibility remaining. Further any inaction may even hamper and jeorpardise efforts by the Malaysian government towards the restoration of trade, tourism and goodwill of Chinese investors, tourists and people. Already Malaysia being scorned & boycotted by the rest of the world | ||
The future of aviation technology Posted: 13 Apr 2014 08:01 AM PDT | ||
Are the black boxes batteries dead? Posted: 13 Apr 2014 08:00 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan