RAKYAT MARHAEN |
- Pilihan raya Indonesia: Pengajaran kepada parti Islam, PAS dan Malaysia
- Gabung NGO untuk tingkat martabat petani
- Tuntut hak: Petani perlu tahu apa yang patut dilakukan
- Makna lawatan Obama ke KL
- Hudud Kelantan: Utusan Malaysia tiba-tiba lebih PAS dari PAS..!!!
- Putrajaya mahu hukuman penjara lebih panjang bagi Anwar
- Kemalangan Bas Ekspres: Pemandu Bas Guna Siku Kawal Stereng
- Malaysia Kita: Pelakon kelar tangan
- Dalam Ini Malaya : Bani Melayu Umno..!!!
- Dalam Ini Malaya : Panda Lebih Bertuah Dari Macai..!!!
- Dalam Ini Malaya : UMNO & Kerajaan BN...Mewah Dan Boros..!!!
- Hishammuddin nafi laporan juruterbang MH370 buat panggilan di Pulau Pinang
- Mangsa Samseng Dan Pemerintah: Pagi keluar rumah, petang rumah dirobohkan
- Pihak Pemaju Dan Pihak Perbankan Komplot Tipu Pembeli..!!
- Malaysian Media: Co-pilot made desperate phone call
- Rafizi Ramli: Malaysia Kaya, Kutip Banyak, Bocor Lagi Banyak
- Rafizi Ramli: Selagi Kerajaan Ini Tidak Tumbang, Kita Akan Lawan Tetap Lawan
- Hasan Malek Akui Dimana Umno Kuat situ Melayu Merempat
- GST: Kenapa tak cukai syarikat monopoli dan jutawan?
- Amerika nafi MH370 mendarat di pangkalan tentera Diego Garcia
- TS Khalid Ibrahim jawab isu Canal City, anggap ia perkongsian pintar Selangor dan pemaju
- Wakil rakyat Melayu selar orang Melayu sokong GST
- Adun DAP minta elaun guru KAFA dinaikkan..Adun UMNO ada kesah..!!!
- Permintaan maaf Tok Guru & Mahathir yang asyik lupa
- Pemergian Pak Hamid : Gugurnya sebutir bintang - Al Fatihah
Pilihan raya Indonesia: Pengajaran kepada parti Islam, PAS dan Malaysia Posted: 12 Apr 2014 06:19 PM PDT Amin Iskandar@Black Pilihan Raya Legislatif 2014 yang baru selesai memberikan pengajaran besar kepada parti-parti Islam Indonesia apabila kesemuanya hanya mendapat kurang daripada 10% kerusi berdasarkan keputusan pengiraan pantas (quick count) yang diadakan oleh beberapa lembaga dihormati. Lembaga seperti SaifulMujani, Lembaga Survei Nasional dan Lingkaran Survei Indonesia mendapati parti Islam seperti Partai Keadilan Sejahtera (PKS) hanya mendapat (6-7%), Partai Amanat Nasional (PAN) (7-7.5%), Partai Kebangkitan Bangsa (PKB) (8.5-9%), Partai Persatuan Pembangunan (PPP) (6-7%), dan Partai Bulan Bintang (PBB) (1-1.5%). "Kalau semua parti Islam bersatu, jumlah sokongan sudah sampai 31%. Ini melayakkan kita mengajukan calon presiden," kata anggota Majlis Syura PKS, Refrizal, di Jakarta seperti dilaporkan Kompas. Undang-undang pilihan raya Indonesia mensyaratkan sesebuah parti untuk mendapat sekurang-kurangnya 20% sokongan sebelum layak mencalonkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden. Oleh kerana parti-parti Islam di Indonesia hanya sedar penyatuan akan menjadikan mereka kuat selepas selesai Pilihan Raya Legislatif, maka kali ini mereka tidak layak untuk menghantar calon untuk Pilihan Raya Presiden pada Julai akan datang. Rasuah dan skandal parti Islam PKS merupakan parti Islam yang mula mencipta nama dalam Pilihan Raya 2004 dan muncul sebagai parti keempat terbesar di Indonesia selepas Pilihan Raya 2009 musnah kredibiliti selepas dihujani skandal dan rasuah. Pada April 2011, anggota Majlis Syura PKS, Arifinto, ditangkap sedang melihat gambar lucah semasa sidang Dewan Perwakilan Rakyat (DPR). Sebulan sebelum itu pada Mac, salah seorang pengasas PKS, Yusuf Supendi, hadir Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) dan Badan Kehormatan DPR untuk melaporkan rasuah yang melibatkan sejumlah ahli parti itu. Read More / Baca Lagi >> | ||
Gabung NGO untuk tingkat martabat petani Posted: 12 Apr 2014 06:15 PM PDT Wakil kepada GABETA, Mohd Fuad Yaacob yang berucap ketika majlis perasmiannya di Dewan Dewan Seri Bernam, Sungai Besar malam tadi memberitahu antara objektif penubuhannya adalah untuk bersama dalam membela hak petani. "Kita jadikan ia sebagai medan untuk membawa suara petani ke peringkat nasional dan menjadi badan pendesak bagi menuntut hak-hak petani yang diabaikan. "Selain itu turut mengangkat martabat petani di tengah masyarakat dan negara," ucap beliau. Antara NGO yang turut sama dalam GABETA adalah Maju Tani (Perlis), Bela Tani (Kedah), Badan Bertindak Pesawah Malaysia-BPPM (Kedah), Suara Tani Bangkit (Perak), Bela Nasib Pesawah Kita -BENTAK (Perak), Sahabat Tani (Selangor), Pakat (Selangor), Jejac Tani (Kelantan), Celik Tani (Terengganu) dan Gabung Tani (Johor). Beliau turut menjelaskan melalui gabungan itu, satu idealisme baru dapat dibentuk supaya golongan ini tidak lagi dilihat kerdil dalam perjuang kepada pengeluar makanan asasi negara. "Kita mahu mereka diluar mengenali siapa sebenarnya golongan petani. Kita tidak lagi boleh dianggap kerdil dan mereka perlu tahu kita sebenarnya perjuangan kepada pengeluaran makanan keselamatan negara," katanya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Tuntut hak: Petani perlu tahu apa yang patut dilakukan Posted: 12 Apr 2014 06:14 PM PDT SABAK BERNAM: Lajnah Asas Tani PAS Pusat telah melancarkan Gabungan NGO Membela Hak Petani (GABETA) yang terdiri dari 15 NGO dari seluruh negara. Pelancaran itu disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar, malam tadi. (Gambar atas) Mohamad dalam ucapan perasmiannya menyambut baik penggabungan tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu langkah tepat dalam memperjuangkan nasib para petani menuntut hak mereka. "Orang Melayu kita lihat mereka agak dingin dalam menuntut hak mereka berbanding kaum lain. "Tetapi dengan penubuhan NGO ini ia merupakan satu petanda baru bahawa mereka sedar akan hak yang sepatutnya tuntut dan perolehi," ucap beliau di hadapan kira-kira 400 orang yang hadir. Katanya lagi, rakyat Malaysia khususnya golongan petani tidak perlu malu dalam menuntut hak mereka dan sebagai petani mereka perlu tahu apa yang sepatutnya dilakukan. "Saya tidak menolak yang kita perlu berterima kasih kepada kerajaan dalam subsidi yang diberikan kepada golongan petani seperti racun atau baja. "Tetapi dalam masa yang sama kita juga perlu sedar bukan sekadar itu sahaja yang kita perolehi tetapi ada banyak lagi yang patut kita dapat. "Subsidi diberikan, adakah ia sepenuhnya diberikan kepada kita, itu persoalan yang perlu dijawab selain dari tuntutan lain terutamanya masalah kepada golongan pesawah yang tertindas sejak sekian lama," sambung beliau. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 12 Apr 2014 06:13 PM PDT Azmi HassanBukan sahaja Kuala Lumpur yang menunggu penuh debar ketibaan Presiden Barack Obama pada akhir bulan April ini, tetapi lebih bermakna lagi apabila Washington juga turut menaruh harapan tinggi daripada hasil lawatan pemimpin tertinggi Amerika Syarikat (AS) itu ke Malaysia.Lawatan yang sepatutnya berlaku pada bulan Oktober 2013 tetapi tertangguh kerana masalah perbalahan bajet yang melumpuhkan pentadbiran kerajaan AS pada ketika itu merupakan lawatan pertama Presiden AS selepas lima dekad Presiden Lyndon Johnson melawat Malaysia pada tahun 1966. Harapan tinggi Washington terhadap lawatan ini bersandarkan kepada pegangan Obama bahawa Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang moden dan progresif sepatutnya menjadi contoh kepada semua negara lain. Kadangkala ada yang merasa sangsi dan mempunyai prasangka tidak baik kerana perhatian yang diberikan oleh Washington terhadap Kuala Lumpur sekali sekala melebihi apa yang diterima oleh sekutu kuat AS di rantau Asia Tenggara seperti Manila, Bangkok malah Singapura sekali pun. Ada pula yang beranggapan pandangan positif tersebut disebabkan kepimpinan Obama dan bukannya kerana Datuk Seri Najib Razak. Walau apa pun pandangan sinis tersebut, hakikatnya sebaik sahaja Najib dilantik Perdana Menteri pada April 2009, persepsi Washington terhadap Kuala Lumpur mula berubah. Ketika menyampaikan ucapan kepada dunia Islam di Kaherah pada 4 Jun 2009, Obama yang baru sahaja beberapa bulan menjadi Presiden AS mentafsirkan Malaysia sebagai negara Islam yang maju dan progresif tetapi masih mampu mengekalkan ciri-ciri kesederhanaan dan patut dijadikan contoh oleh negara Islam yang lain. Ucapan Kaherah dan pandangan Obama terhadap Malaysia adalah kritikal dan penuh makna kerana ucapan tersebut dianggap sebagai dasar Washington untuk membuka ruang rundingan kepada semua negara Islam, tidak kira lawan atau kawan seperti Iran umpamanya. Begitu juga ketika Obama menyampaikan ucapan kata alu-aluan melalui sidang video pada Sidang Kemuncak Keusahawanan Ke-4 (GES) di Kuala Lumpur pada bulan Oktober 2013, pandangan yang sama terhadap Malaysia juga diperkatakan oleh Obama. Tetapi ada pula pihak yang berpendapat lawatan Obama dikatakan berlaku tidak kena dengan keadaan semasa dan agak janggal ekoran kehilangan penerbangan MAS MH370 yang masih belum terungkai misterinya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Hudud Kelantan: Utusan Malaysia tiba-tiba lebih PAS dari PAS..!!! Posted: 12 Apr 2014 05:18 PM PDT
Menurut Awang Selamat, sudah sampai masanya PAS diberikan peluang untuk melaksanakan hudud dan tidak tunduk kepada tekanan luarseperti yang dilakukan Brunei. "Apa sekali pun dugaan, PAS tidak boleh berundur. Bujur lalu melintang patah. PAS hanya perlu tunduk kepada undang-undang Allah (seperti yang selalu dilaungkan pemimpinnya) dan bukannya DAP dan PKR," tulis Awang Selamat dalam Utusan Malaysia edisi Ahad, Mingguan Malaysia. Menurut Awang Selamat, PAS perlu menggunakan kesempatan yang diberikan kerajaan pusat bagi melaksanakan hukum hudud yang sudah diperjuangkan oleh parti itu sejak penubuhannya lebih 50 tahun dahulu. "Dengan kerajaan pusat memberi laluan kepada kerajaan negeri Kelantan dan perubahan pendirian ramai pemimpin Umno serta sokongan banyak badan bukan kerajaan (NGO) Islam, ramai orang Islam yang teruja untuk melihat ia menjadi kenyataan. "Awang berharap seramai mungkin ahli Parlimen terutama yang beragama Islam tanpa mengira parti menyokong rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan oleh PAS di Dewan Rakyat bagi melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 atau hudud," katanya. Menurut Awang Selamat, cabaran utama PAS kini hanya rakan-rakan PR iaitu DAP dan PKR. Read More / Baca Lagi >> | ||
Putrajaya mahu hukuman penjara lebih panjang bagi Anwar Posted: 12 Apr 2014 04:45 PM PDT Putrajaya nampaknya cuba menyukarkan lagi keadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan memfailkan rayuan balas untuk meningkatkan lagi hukuman penjara lima tahun terhadap ketua pembangkang itu yang didapati bersalah atas kes liwat bulan lepas. Peguamnya, Karpal Singh berkata rayuan Anwar terhadap keputusan dan hukuman beliau seperti akan dipercepatkan untuk Mahkamah Persekutuan, memandangkan pejabat pendaftar mahkamah sudah pun menghantar sebahagian daripada rekod rayuannya. "Selepas meneliti rekod rayuan, saya dapati pihak pendakwa raya membuat rayuan untuk meningkatkan lagi hukuman penjara Anwar," kata Karpal kepada The Malaysian Insider. Pada 11 Mac, Karpal disaman RM4,000 tetapi pendakwa raya membuat rayuan balas, menggesa Mahkamah Rayuan untuk mengenakan hukuman yang lebih berat. Dalam kes Anwar pula, Mahkamah Rayuan dengan tiga hakim menjatuhkan hukuman lima tahun penjara kepada pemimpin de facto PKR itu, selepas membenarkan rayuan Putrajaya untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang pada mulanya membebaskan beliau. Anwar yang juga merupakan ahli Parlimen Permatang Pauh, dalam risiko kehilangan kerusi Parlimennya dan mungkin akan kecundang alam kerjaya politiknya jika mahkamah tertinggi itu menegakkan keputusan Mahkamah Rayuan. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, seorang wakil boleh tersingkir daripada kerusinya jika disaman lebih daripada RM2,000 atau dipenjarakan untuk lebih daripada setahun. Hukuman liwat di bawah Seksyen 377B Kod Penal membawa penjara sehingga 20 tahun dan pesalah juga kemungkinan disebat. "Dalam membuat rayuan balas ini, saya percaya pihak pendakwa raya mahukan Mahkamah Persekutuan untuk mengenakan masa penjara lebih daripada lima tahun. Menyebat Anwar memang tidak akan terjadi kerana beliau sudah 66 tahun," katanya. Anwar didapati bersalah meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium mewah di Bukit Damansara pada 26 Jun, 2008. Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan pada 9 Januari, 2012 bahawa beliau sangsi dengan integriti sampel yang diambil untuk kajian DNA daripada Mohd Saiful kerana sampel tersebut mungkin sudah terjejas sebelum ia sampai ke jabatan kimia untuk dianalisis. Read More / Baca Lagi >> | ||
Kemalangan Bas Ekspres: Pemandu Bas Guna Siku Kawal Stereng Posted: 12 Apr 2014 04:39 PM PDT Bentong: Pemandu bas pandu laju dan kerap menghantar SMS menggunakan telefon bimbitnya sepanjang jalan," dakwa seorang penumpang Norfazillah Zainuddin, 22, yang turut mengalami kecederaan di kaki dalam kemalangan bas ekspres di Kilometer 11, Jalan Bentong-Raub, berhampiran Bukit Lebu dekat sini, tengah malam semalam. Menurut Norfazillah, dia yang takut dengan sikap pemandu itu membuat keputusan tidak mahu tidur sepanjang perjalanan, malah turut menegur pemandu bas itu yang memandu sambil menghantar SMS dan hanya mengawal stereng menggunakan siku. Katanya, beberapa penumpang lain turut menegur pemandu itu tetapi dia menjawab 'sudah biasa, tak ada masalah' dan terus memandu laju. "Ketika sampai di tempat kejadian, saya lihat pemandu itu tidak menumpukan perhatian kerana sibuk menghantar SMS menggunakan telefon bimbitnya sebelum bas hilang kawalan dan memasuki ke laluan bertentangan. BAS Ekspres Transnasional dua tingkat yang terbabit kemalangan di Kilometer 11, Jalan Bentong-Raub berhampiran Bukit Lebu, dekat Bentong menyebabkan tiga kematian dan 10 cedera parah, semalam. "Saya menyedari bas sudah memasuki lorong sebelah (kanan) dan menuju ke arah bukit dan terus menjerit 'awas' kepadanya tetapi sudah terlambat, bas melanggar tiang elektrik di kanan jalan sebelum terheret di tepi bukit. "Pemandu cuba mengelak dengan memusingkan stereng ke arah kiri selepas terlanggar bukit menyebab-kan bas terus terbalik dan terseret di atas jalan," katanya ketika ditemui di Hospital Bentong selepas mendapatkan rawatan.Read More / Baca Lagi >> | ||
Malaysia Kita: Pelakon kelar tangan Posted: 12 Apr 2014 04:27 PM PDT Ipoh: Seorang pelakon wanita yang sering muncul dalam tele filem Tamil nekad mengelar pergelangan tangan kirinya menggunakan pisau cukur selepas mendapat tahu kekasihnya berkahwin dengan wanita lain, petang kelmarin. Mangsa berusia 29 tahun dan kini mengandung tujuh bulan, dipercayai membuat keputusan itu selepas terlalu sedih dan kecewa dengan nasib yang menimpa dirinya dan anak yang bakal dilahirkan. Bagaimanapun, dia bernasib baik apabila segera dibawa ke hospital dan keadaannya kini dilaporkan stabil. Menurut seorang rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai John, 50-an, dia dimaklumkan seorang rakan mangsa mengenai kejadian itu jam 4 petang kelmarin sebelum segera membantu membawa mangsa mendapatkan rawatan di wad kecemasan, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini. MANGSA yang cedera dibawa ke wad kecemasan, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. "Sebelum kejadian, dia tinggal seorang diri di rumah selepas keluarganya ke Singapura atas urusan keluarga. Disebabkan kasihan, beberapa rakannya mengajak bermalam di Taman Pengkalan, di sini. | ||
Dalam Ini Malaya : Bani Melayu Umno..!!! Posted: 12 Apr 2014 04:14 PM PDT | ||
Dalam Ini Malaya : Panda Lebih Bertuah Dari Macai..!!! Posted: 12 Apr 2014 04:09 PM PDT | ||
Dalam Ini Malaya : UMNO & Kerajaan BN...Mewah Dan Boros..!!! Posted: 12 Apr 2014 05:34 AM PDT | ||
Hishammuddin nafi laporan juruterbang MH370 buat panggilan di Pulau Pinang Posted: 12 Apr 2014 04:33 AM PDT Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan laporan muka depan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa pembantu juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 membuat panggilan telefon ketika pesawat itu terbang rendah berhampiran Pulau Pinang. Beliau berkata jika dakwaan akhbar itu benar, beliau sepatutnya mengetahui perkara itu daripada awal lagi. "Saya tidak boleh komen (mengenai laporan akhbar itu) kerana jika betul, kita (pasti) tahu mengenainya daripada awal lagi," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat hajat di Masjid Taman Sri Lambak hari ini. Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata adalah tidak bertanggungjawab bagi mana-mana pihak untuk mengambil kesempatan dengan membuat liputan atau laporan yang tidak berasas. | ||
Mangsa Samseng Dan Pemerintah: Pagi keluar rumah, petang rumah dirobohkan Posted: 12 Apr 2014 04:08 AM PDT Seorang pesara mendapati rumah yang diduduki tiga generasi keluarganya dirobohkan dalam masa kurang dari 5 jam beliau keluar dari rumah itu. Kejadian itu menimpa M Irdiahsamy, 73, penduduk Kampung Retnampillai, Sentul Pasar pada 3 Disember lalu. Beliau keluar rumah sekitar jam 10 pagi dan mendapati rumahnya dirobohkan pada jam 3.30 petang apabila pulang ke rumah. Sebulan sebelum itu, seorang lagi penduduk, P Subramaniam, 50 tahun turut mengalami nasib sama apabila rumahnya dirobohkan pada sekitar jam 6.30 pagi, 22 November tahun lalu sewaktu beliau tiada di rumah. Dua buah rumah itu sebahagian daripada kisah sedih empat buah rumah didakwa dirobohkan dengan cara hampir sama apabila setinggan tersebut akan dimajukan menjadi tapak tiga blok pangsapuri. Jurucakap penduduk, P Thanabala yang rumahnya juga dirobohkan pada November 2013 mendakwa wakil syarikat pemilik tanah mengaku merobohkan rumah mereka dalam satu pertemuan yang turut disertai seorang pegawai polis dan wakil sebuah parti politik. Perkara itu dinyatakan dalam laporan polis terbarunya kelmarin. Thanabala mempertikaikan cara rumah mereka dirobohkan selepas mereka enggan menerima pampasan RM18,000 bagi setiap rumah yang ditawarkan pemaju. Sementara itu, beliau juga mendakwa mereka berterusan diganggu sekumpulan lelaki yang disifatkannya ala gangster yang kerap hadir dalam jumlah ramai untuk menggesa mereka berpindah. "Kita takut bila kita keluar rumah, gangster roboh rumah. Tapi polis tak nak tangkap, bolehkah macam itu?" kata Thanabala. | ||
Pihak Pemaju Dan Pihak Perbankan Komplot Tipu Pembeli..!! Posted: 12 Apr 2014 04:01 AM PDT | ||
Malaysian Media: Co-pilot made desperate phone call Posted: 12 Apr 2014 03:59 AM PDT | ||
Rafizi Ramli: Malaysia Kaya, Kutip Banyak, Bocor Lagi Banyak Posted: 12 Apr 2014 03:58 AM PDT | ||
Rafizi Ramli: Selagi Kerajaan Ini Tidak Tumbang, Kita Akan Lawan Tetap Lawan Posted: 12 Apr 2014 03:55 AM PDT | ||
Hasan Malek Akui Dimana Umno Kuat situ Melayu Merempat Posted: 12 Apr 2014 03:00 AM PDT Jikalau Kata-Kata serta Ucapan Hasan Malek di Persidangan Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) bukan nya BERMAKSUD Dimana Umno Kuat Disitu Melayu Merempat apa ke lagi beb, tak kan Maksud beliau Kalau Harga Ayam Mahal Jangan Makan Ayam atau pun Kalau Minyak Mahal Jangan Guna Minyak tapi Guna Air Kencing... kah kah kah ! Dengan mengatakan bahawa "antara PUNCA Masalah berkenaan ialah Sekolah-Sekolah di LUAR BANDAR atau PENDALAMAN (dalam kata lain di tempat dimana selalu nya Umno/Bn Kuat) yang merupakan RUANG HAYAT Anak-Anak Melayu dan Bumiputera masih TERKEBELAKANG dari segi PASARANA PENDIDIKAN". "Murid yang DIASUH dalam Bilik Darjah SERBA MUNDUR dan hanya Bergantung Kepada BUKU TEKS tidak Akan Mampu untuk BERTANDING dengan Pelajar yang Belajar dengan Bantuan TEKNOLOGI DIGITAL". Atas sebab itu gua kata nya yang MAKSUD Hasan Malek ialah Dimana Umno Kuat Disitu Melayu Merempat... kah kah kah !. Hanya di Negara Malaysia yang UJUD nya BANGSA Umno sahaja lu orang dapat Dengar, Lihat dengan MATA KEPALA lu orang Perkara sebegini terjadi, dimana Parti yang Memerintah sejak dari MERDEKA serta Mendakwa sebagai Parti yang Memperjuangkan Bangsa Melayu tetapi Orang Melayu Merempat dari Segala Segi beb... kah kah kah !. Tapi apa nak buat beb sudah Orang Melayu Sendiri yang SUKA dia orang DITIPU HIDUP-HIDUP sejak dari DULU KINI dan SELAMANYA oleh Pemimpin-Pemimpin Umno, jangan salahkan Bangsa lain jikalau Bangsa Sendiri sejak AZALI nya adalah KAKI PENIPU WA TEMBERANG. Segala benda hendak Ditipu dari Sekecil-kecil Benih Padi sampai lah Sebesar-besar LEMBU NFC... kah kah kah !. | ||
GST: Kenapa tak cukai syarikat monopoli dan jutawan? Posted: 12 Apr 2014 02:48 AM PDT Ada tiga jenis cukai yang kerajaan boleh laksanakan untuk menambah pendapatan kerajaan, kata Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli. "Apabila kita tanya kenapa bebankan rakyat dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kerajaan kata sebanyak 162 negara sudah melaksanakan GST. "Kalau itu hujah kerajaan, kenapa kerajaan tidak tiru jenis-jenis cukai yang dikenakan oleh negara lain? "Ada tiga jenis cukai yang kerajaan boleh laksanakan untuk menambah pendapatan kerajaan. "Windfall tax atau cukai durian runtuh merupakan cukai yang dikenakan kepada syarikat-syarikat yang memonopoli sesuatu bidang perniagaan. "Malaysia ada industri yang dimonopoli, Astro contohnya. cukai durian runtuh dikenakan kepada syarikat dalam sesuatu industri yang untungnya berlipat kali ganda. `Cukai maha kaya' "Superich tax atau cukai maha kaya pula dikenakan kepada individu-individu yang sangat kaya yang bertaraf jutawan. "Sekarang rakyat biasa seperti saya dan tuan-tuan membayar cukai pendapatan sebanyak 24 peratus. Tetapi jutawan juga membayar cukai pendapatan sebanyak 24 peratus. "Di negara-negara luar mereka yang tersangat kaya dikenakan kadar cukai pendapatan yang lebih tinggi berbanding rakyat biasa, supaya mereka ini dibezakan dengan rakyat kebiasaan atau golongan kelas menengah. Read More / Baca Lagi >> | ||
Amerika nafi MH370 mendarat di pangkalan tentera Diego Garcia Posted: 12 Apr 2014 02:45 AM PDT Amerika Syarikat (AS) menafikan pesawat Malaysia Airlines MH370 mendarat di pangkalan tentera mereka di lokasi terpencil di Diego Garcia, lapor akhbar Britain Daily Mirror. Akhbar berkenaan melaporkan, jurucakap kedutaan AS di Kuala Lumpur menafikan perkara itu di sebalik khabar angin dan spekulasi mengatakan pesawat dengan 239 penumpang dan anak kapal mendarat di sana. "MH370 tidak mendarat di Diego Garcia," katanya dipetik laporan akhbar. Beliau turut berkata, dalam usaha sama koordinasi misi carian pesawat yang hilang pada 8 Mac lalu, tentera laut AS kini bekerjasama dengan Malaysia dan Australia, bersama 26 lagi negara. Lokasi Diego Garcia sekitar 3,500 kilometer dari Malaysia. Hari ini masuk hari ke-36 misi mencari pesawat berkenaan di Lautan Hindi, tumpuan kini bagi pengerahan Kenderaan Dalam Air Automatik milik Amerika Syarikat Bluefin 21 kerana dikhuatiri bateri kotak hitam kehabisan berikutan tiada isyarat dikesan pasukan mencari bagi tempoh 24 jam lepas. Read More / Baca Lagi >> | ||
TS Khalid Ibrahim jawab isu Canal City, anggap ia perkongsian pintar Selangor dan pemaju Posted: 12 Apr 2014 02:42 AM PDT Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menjelaskan isu jual beli tanah antara syarikat milik penuh kerajaan negeri, Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan syarikat pemaju Tropicana, mengatakan ianya merupakan "perkongsian pintar" kedua-dua pihak. Khalid menjelaskan, melalui perjanjian itu, MBI akan memperolehi sekurang-kurangnya RM1.3 bilion dalam tempoh 20 tahun, dan kerajaan negeri akan memperolehi pembangunan infrastruktur dan prasarana di atas tanah seluas 424 ekar sepanjang tempoh pembangunan di Canal City tersebut. "Prinsip Pakatan Rakyat (PR) di dalam urusan pentadbir aset seperti hartanah kerajaan negeri adalah memberi nilai tertinggi kepada aset tersebut dengan cara tidak menjual tanah kosong, tetapi menjual tanah dan pelan pembangunan. Khalid berkata, melalui perancangan asal pada 2003, pembangunan Canal City melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM1.345 bilion, manakala keuntungan keseluruhan projek adalah RM74 juta bagi tempoh 20 tahun dengan PNSB hanya memperolehi RM22.2 juta. "Ini jauh berbeza dengan penjualan tanah dengan pelan pembangunan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat melalui MBI dan Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB)," katanya dalam kenyataan tersebut. Umno Selangor sebelum ini mendesak kerajaan Selangor segera memberi penjelasan berhubung perjanjian jual beli tanah projek berkenaan yang dibuat ketika kerajaan sementara memerintah sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Read More / Baca Lagi >> | ||
Wakil rakyat Melayu selar orang Melayu sokong GST Posted: 12 Apr 2014 02:39 AM PDT Maka amatlah hairan kita mengapa orang Melayu yang hidup susah mahu bertegas membayar GST, kata ahli parlimen DAP kawsaan Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. "Maka amatlah hairan kita mengapa orang Melayu yang hidup susah mahu bertegas membayar GST. "Malah ada yang dirasuk oleh Umno untk tunjuk perasaan dan berdemonstrasi mahu membayar GST. Kaya sangatkah orang Melayu? "Lagi sukar saya faham mengapa orang Melayu yang rata-ratanya golongan yang relatif miskin dalam negara ini, menerima GST sebagai suatu yang bagus. "Mereka kena bayar, tapi mereka suka? Perkiraan apa yang ada dalam kepala rakyat?," tanya beliau dalam blognya. Orang Melayu yang bertegas untuk bayar GST ini apa kena dengan kepala mereka, tanya beliau. Mohd Ariff Sabri berkata, terdapat 2.2% orang Melayu berada di bawah paras kemiskinan tegar jika garis kemiskinan RM650 sebulan. Papa kedana Jika jumlah orang Melayu ialah 15,000,000 maka yang miskin papa kedana dan hidup melarat ialah 330,000 orang. Read More / Baca Lagi >> | ||
Adun DAP minta elaun guru KAFA dinaikkan..Adun UMNO ada kesah..!!! Posted: 12 Apr 2014 02:36 AM PDT SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara, Ng Sze Han mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Negeri untuk menaikkan elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Selangor. Beliau berkata, elaun yang diterima kini perlu segera dinaikkan, terutama bagi guru KAFA yang berkhidmat di kawasan bandar yang terpaksa berdepan kos hidup yang tinggi. Katanya, Kerajaan Negeri perlu mengambil kira beban yang ditanggung pendidik KAFA dan membela nasib mereka yang lama diabai Barisan Nasional (BN). "Saya menemui beberapa guru KAFA dan mereka menyuarakan keluhan bahawa elaun yang diterima masih tidak mencukupi terutama di kawasan bandar seperti Puchong. "Saya percaya, mereka bukan merungut dan meminta simpati, sebaliknya ikhlas mendidik tetapi kita perlu lebih realistik dalam keadaan kos hidup yang tinggi. "Saya minta sekurang-kurangnya elaun mereka boleh dinaikkan sehingga RM1, 500 sebulan," katanya yang dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini. Read More / Baca Lagi >> | ||
Permintaan maaf Tok Guru & Mahathir yang asyik lupa Posted: 12 Apr 2014 02:34 AM PDT Tuan Guru Nik Aziz menyampaikan kuliah Subuh di Masjid Pulau Melaka. Di sebelahnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkunjung ke Pulau Melaka untuk bertemu Mursyidul Am PAS itu baru-baru ini. TIDAK semena-mena ucapan ringkas Tuan Guru Nik Abdul Aziz di satu Subuh hening sebaik selesai solat berjemaah di masjid bersebelahan rumahnya di Pulau Melaka, Pengkalan Chepa, Kelantan menarik perhatian para pemimpin Umno.Mursyidul Am PAS itu tidak memberi komen tentang politik, sebaliknya dengan nada sayu semasa menyampaikan kuliah Subuh, memohon maaf kepada rakyat Kelantan jika melakukan sebarang kesilapan tatkala mengetuai kerajaan negeri. "Maafkan segala kesilapan saya selama saya pimpin Kelantan... Ni sakit saya mungkin Allah nak kifarat dosa saya atas apa kesalahan saya buat selama saya pimpin Kelantan," ujar bekas Menteri Besar Kelantan itu. Dilaporkan tatkala berucap, air mata bergenang membasahi pipi Tuan Guru Nik Aziz menzahirkan keikhlasan hati beliau ketika membuat permintaan itu. Memohon maaf atas kelemahan dan kesilapan diri adalah sifat terpuji muslim, malah ia adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Diberitakan ketika Rasulullah s.a.w. gering setelah peristiwa pembebasan Kota Makkah (fathul Makkah), baginda yang sudah beberapa hari tidak mengimamkan solat meminta para sahabat membawanya ke masjid. Read More / Baca Lagi >> | ||
Pemergian Pak Hamid : Gugurnya sebutir bintang - Al Fatihah Posted: 12 Apr 2014 02:32 AM PDT SUHAIZAN KAIAT Beliau dikatakan sedang mengadakan latihan kepada anggota AMAL dalam program kursus kepimpinan AMAL di Sepang dan rebah secara tiba-tiba dan kemudiannya disahkan meninggal dunia. Dalam usianya 59 tahun beliau mengabadikan dirinya kepada perjuangan Islam dan memilih AMAL sebagai medan kebaktiannya. Beliau adalah anggota AMAL terlatih, dedikasi, sabar dan komited terhadap tugasannya. Beliau sanggup meredah hutan, mengharungi banjir dan lumpur untuk hadir dan bertugas di mana lokasi di arahkan. Menjaga lalulintas, parkir, menjaga keselamatan dan kebersihan dalam sesuatu program besar PAS tidak menjadikan beliau kekok dan jemu dengan tugasannya itu. Demi jemaah, dalam usia senja itu beliau gagahkan diri bersama anak-anak muda yang jauh 20 tahun dari usianya. Allahyarham Pak Hamid adalah ikon anak-anak muda. Beliau jugalah ikon kebanggaan AMAL. Beliau adalah contoh insan ikhlas berjuang demi Islam. Tanpa nama dan kedudukan tinggi, Pak Hamid tidak kejarkan pangkat, kedudukan dan jawatan dalam PAS. Perjuangan Islam dengan mencapai keredhaan Allah adalah matlamat utama PAS dan Pak Hamid telah membutikannya. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan