Selasa, 1 April 2014

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Menanti jalinan mahasiswa, pensyarah dan orang kampung

Posted: 01 Apr 2014 08:53 PM PDT

Oleh Ahmad Lutfi Othman
Demonstrasi Baling 40 tahun lalu mengingatkan kita kepada ketulenan perjuangan gerakan pelajar dan kepedulian sosial yang tinggi di kalangan masyarakat desa.
Justeru, saya mahu bertanya, apa khabar mahasiswa hari ini? Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 diperketatkan pada 1975 selepas demonstrasi Baling itu, yang juga "membakar" Kuala Lumpur sehingga Masjid Negara yang menjadi "medan tempur" dan autonomi universiti hancur apabila kampus digempur polis, melalui Operasi Mayang, menyebabkan ada aktivis mahasiswa berkelana jauh ke luar negara, misalnya Hishamuddin Rais.

Kini Auku dilonggarkan, terutama berkaitan sikap dan pendirian politik pelajar, namun kongkongan pentadbiran universiti, khususnya Hal Ehwal Pelajar masih kukuh mengikat. Kedua, bagaimana pula dengan kesedaran berpolitik warga kampung, yang dikira menjadi penyelamat Umno-BN dalam PRU13?
Apakah kemiskinan menyebabkan mereka lebih mudah dicucuk hidung atau tenggelam dalam "mentaliti subsidi" (satu istilah yang sering disalahtafsirkan)?
Himpunan bersejarah itu juga mengimbau dedikasi tinggi penggeraknya, yang kini mewarnai persada politik tanah air, khususnya Anwar Ibrahim, selain tokoh pelajar – seperti Kamaruzaman Yaakob dan Halim Arshat – serta kakitangan akademik – misalnya Dr Syed Husin Ali dan Gurdial Singh – yang mungkin sudah kurang dikenali siapa mereka.
Lagi pertanyaan, apa cerita para pensyarah kita, yang kelihatan "senyapsunyi" di menara gading, meskipun tanahair tercinta bergolak dahsyat?
Agak lama saya tidak mendengar perkhabaran mengenai persatuan kakitangan akademik; mungkin masingmasing sibuk dengan penyelidikan dan proses mendidik anak bangsa, atau apa sebenarnya, ya?
Read More / Baca Lagi >>

Bil elektrik Najib& Rosmah RM2.2 juta setahun

Posted: 01 Apr 2014 08:52 PM PDT

KUALA LUMPUR: Sikap para pemimpin Umno-BN termasuk Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak tetap tidak berubah, malah terus kekal boros sehingga bil elektrik di kediaman rasminya di Kompleks Seri Perdana sepanjang tahun 2013 lalu masih kekal tinggi sehingga berjumlah RM2.2 juta, manakala air RM221,000.

Kerajaan juga membelanjakan sebanyak RM855,000 untuk bil elek terik dan RM112,000 untuk bil air kediaman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kompleks Sri Satria sepanjang 2013.
Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, perkara itu sememangnya dijelaskan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Shahidan Kassim dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen DAP Seremban, Anthony Loke Siew Fook.
Menurut beliau, apabila menyebut tentang bil elektrik dan air kediaman rasmi Perdana Menteri, ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat sememangnya akan dikejutkan de ngan jumlahnya yang teramat tinggi setiap tahun, sehingga tidak masuk akal.
"Sebelum ini, ketika menjawab soalan lisan daripada saya pada persidangan Dewan Rakyat mengenai perkara yang sama bagi tahun 2012 yang kemudian dijawab secara bertulis oleh pihak kerajaan pada tahun 2013, bil elektrik di kediaman rasmi Perdana Menteri sebanyak RM5,000 sehari, manakala air RM1,172 sehari.
"Sewa rumah kediaman rasmi Najib yang dibayar kepada Perbadanan Putrajaya sebanyak RM18,000 sehari. Ini bermakna RM7 juta setahun. Manakala bayaran sewa bagi Kemente r i a n Wanita sebanyak RM4 juta sebulan," katanya

Pakar ICT perlu kemas kini teknologi kotak hitam

Posted: 01 Apr 2014 08:48 PM PDT

Bilakah kotak hitam pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu akan ditemui? Tiada siapa yang mampu memberikan jawapannya. Penemuan alat itu mampu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.
Kotak hitam atau black box ialah sekumpulan perangkat yang digunakan dalam bidang pengangkutan - umumnya merujuk kepada perakam data penerbangan (FDR) dan perakam suara kokpit (CVR) dalam pesawat.

Fungsinya merakam perbualan antara juruterbang dengan Pusat Kawalan Udara (ATC). Ia juga untuk mengetahui tekanan udara dan keadaan cuaca selama penerbangan. Walaupun dinamakan kotak hitam, sesungguhnya kotak itu tidak berwarna hitam tetapi berwarna jingga/oren. Hal ini dimaksudkan untuk memudahkan pencarian jika pesawat itu kemalangan. Mengikut Wikipedia, peristiwa yang mencetuskan pembuatan kotak hitam pertama itu adalah ketika ilmuwan Australia, David Warren, menyelidiki jatuhnya Komet De Havilland di India pada 1953. Berdasarkan laporan Time, Warren tidak dapat memastikan penyebab kecelakaan yang menyebabkan 43 orang terkorban.

Sejak itu, selama beberapa tahun, Warren mengembangkan prototaip perakam penerbangan yang menjejak maklumat teras seperti ketinggian dan arah pesawat.

Kotak hitam berisi pita magnetik atau kaset mulai terkenal pada akhir tahun 1950-an. Perangkat ini wajib digunakan oleh penerbangan komersial pada tahun 1960 atas arahan Badan Penerbangan Kerajaan Amerika Syarikat. Setelah kotak hitam kerap ditemukan hancur dalam kemalangan, pada tahun 1965 posisinya dipindahkan ke bahagian belakang pesawat, supaya lebih bertahan.

Guna cip memori

Kini, kotak hitam tidak lagi menggunakan kaset. Perangkat itu kini menggunakan cip memori tanpa bahagian bergerak, sehingga risiko kerosakan menjadi lebih kecil. CVR berisi data audio percakapan yang terjadi dalam kokpit dengan tempoh dua jam. FDR merakam data penerbangan selama 25 jam.

Penemuan kotak hitam MH370 akan membantu penyiasat mengetahui apa yang terjadi pada penerbangan itu. Sebagai contoh tanda tanya mengenai kemalangan kapal terbang Air France AF447 jenis Airbus A330-203 yang membawa 216 penumpang dan 12 krew pada 1 Jun 2009 terjawab dua tahun kemudian.

Read More / Baca Lagi >>

Duta: Irene gigih perjuang hak asasi manusia

Posted: 01 Apr 2014 08:45 PM PDT


Pengarah Eksekutif Tenaganita dan aktivis hak asasi manusia, Irene Fernandez akan dikenang kerana keberanian dan kegigihannya memperjuangkan hak asasi manusia di Malaysia, kata Duta Amerika Syarikat di Malaysia, Joseph Y Yun.
  
"Bagi pihak Kedutaan Amerika di Malaysia, saya ingin merakamkan perasaan sedih kami apabila menerima berita pemergian Dr Irene Fernandez," kata beliau dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam.
  
Yun melahirkan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga Irene dan kebanyakan rakannya sambil berkata kedutaan tahun lepas telah mencalonkan mendiang bagi Anugerah Keberanian Wanita Antarabangsa kerana menghargai perjuangannya membela hak wanita, pekerja migran dan mangsa AIDS di Malaysia.
  
Beberapa tahun sebelumnya, Jabatan Negara Amerika memberi pengiktirafan kepada Irene sebagai seorang daripada aktivis utama di seluruh dunia yang berjuang bagi menamatkan perhambaan zaman moden, katanya.
  
"Kerajaan Amerika berpendapat tidak ada orang yang lebih layak untuk menerima penghormatan itu selain mendiang. Kami tersentuh dengan kegigihan dan sumbangannya memperjuangkan hak asasi manusia di Malaysia," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

MH370: Siasatan meliputi kargo manggis - IGP

Posted: 01 Apr 2014 08:44 PM PDT


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan kes kehilangan pesawat MH370 kini diklasifikasi sebagai siasatan jenayah.

Laporan Wall Street Journal yang memetik kenyataan Khalid menyebut, polis setakat ini merekodkan 170 kenyataan dan akan menemui lebih ramai individu.

Bagaimanapun, beliau tidak akan mendedahkan hasil siasatan berkenaan kerana bimbang akan menjejaskan proses pendakwaan, lapor akhbar itu.

Mengulas mengenai alat simulator penerbangan kapten pesawat MH370 Zaharie Ahmad Shah, Khalid berkata beliau masih menunggu laporan pakar mengenai simulator berkenaan.

Namun, hasil siasatan ke atas alat berkenaan setakat ini belum mememberi apa-apa kesimpulan, katanya.

Sementara itu, laporan New Straits Times pula menyebut, siasatan polis turut meliputi kargo dalam pesawat berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan selar Gamuda, sokong guna WSIA ambil alih konsesi air Selangor

Posted: 01 Apr 2014 08:37 PM PDT


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam kenyataan bersama PAS dan DAP mendakwa Gamuda hanya mahukan keuntungan dalam isu penstrukturan air di Selangor. Gambar fail.Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam kenyataan bersama PAS dan DAP mendakwa Gamuda hanya mahukan keuntungan dalam isu penstrukturan air di Selangor. Gambar fail.Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyelar kenyataan Pengarah Urusan Kumpulan Gamuda Berhad, Datuk Lin Yun Ling berkenaan isu air Selangor dan berkata beliau hanya mahukan keuntungan "tidak masuk akal" untuk pemegang saham syarikat tersebut.
Dalam satu kenyataan bersama Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, Lin tidak menghormati "kesucian kontrak" air berkenaan dan hanya mahukan "pembelian yang memeras pengguna".
"PR menyokong penuh usaha Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri untuk meminta kerajaan pusat menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 bagi menyelesaikan isu dalam penstrukturan air.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan Rakyat Media Statement on Selangor Water

Posted: 01 Apr 2014 08:36 PM PDT

Gamuda's Datuk Lin Yun Ling is in no position to preach about "the sanctity of contracts" to justify the attempt to hold the Selangor citizens to ransom to maximise his shareholder profits

Gamuda Bhd's chief, Datuk Lin Yun Ling has come out to question the sanctity of government contracts as the federal government prepares to invoke Section 114 of the Water Services Industry Act 2006 (WASIA) to take over Selangor's water operations.
As reported by the Edge Financial Daily last Friday, he said "when investors look at it, they will question where the sanctity of the contract is. Why can't they do it on a 'willing buyer, willing seller' basis? The blame will be on the federal government because it is the only one who can invoke WASIA."
It is completely hypocritical for Datuk Lin to preach "the sanctity of contracts" when in the water concessionaire contracts which Gamuda's subsidiary, Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings (SPLASH) willingly signed, there were clear terms set out for the purposes of terminating the concession and buy back by the Federal and/or state governments.
The terms were very clear in these agreements, where in the event of terminating the concession, the Government will have to compensate the concessionaire by acquiring the value of the water assets under the concession, as well as to ensure that the concessionaire will receive a mininum return of 12% per annum for the previous years of operations. The Government is not even legally obliged to take over the loans which have been undertaken by the concessionaires, as the Federal Government has done for SPLASH.
Hence, it is clear that it is Datuk Lin himself who is refusing to abide by the contract which his company has signed gleefully, and not the state or federal government.  It is Datuk Lin who refuses to honour "the sanctity of contract" because he wants unreasonable returns for his shareholders.
In fact, what Gamuda is doing is absolutely disgraceful. The company is holding the rakyat to ransom by refusing to agree to a more-than-reasonable price offered by the Selangor state government, a price which is higher that what Selangor is legally obligated to offer under the concession agreements.  Gamuda is obviously using its current ownership of the concession which treats vital water to be provided for Selangor residents, to extort a more lucrative offer from the state government.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia di tangga 39 daripada 44 negara dalam ujian penyelesaian masalah PISA

Posted: 01 Apr 2014 08:15 PM PDT

Malaysia sekali lagi mendapat markah corot dalam ujian penilaian pencapaian pelajar dunia, berada di tempat kumpulan terakhir di kalangan 44 negara – satu keputusan yang mengukuhkan kebimbangan ramai mengenai sistem pendidikan negara yang semakin merosot.
Malaysia berada di tangga ke-39 dengan min skor 422 dalam penilaian pertama mengenai penyelesaian masalah kreatif bagi pelajar 15 tahun yang menduduki ujian Programme for International Student Assessment (PISA), sementara negara jiran Singapura mengatasi Malaysia dengan min skor 562.
Keseluruhan min skor untuk semua negara ialah 500.
Keputusan markah yang diterima Malaysia menunjukkan pelajar yang diuji kekurangan kemahiran yang diperlukan di tempat kerja moden.
Sebaliknya, Singapura hanya mendapat 8% pecahan pencapai rendah. Itu bermakna 21.4%.
Malaysia pula hanya mendapat 0.9% pecahan pencapai tinggi berbanding 29.3% diperoleh Singapura. Pecahan Malaysia di bawah peratusan purata iaitu 11.4%.
Ini menunjukkan hanya seorang daripada 10 pelajar Malaysia, berusia 15 tahun, yang mampu menyelesaikan masalah paling kompleks, dibandingkan dengan seorang daripada lima pelajar di Singapura, Korea dan Jepun.
Negara Asia seperti Korea, Jepun, Macau-China, Hong Kong China, Shanghai-China dan Chinese Taipei menjadi antara yang tertinggi dalam senarai itu.
Pelajar dari Kanada, Australia, Finland, England, Estonia, Perancis, Belanda, Itali, Republik Czech, Jerman, Amerika Syarikat dan Belgium semuanya memperoleh markah melebihi purata.
Read More / Baca Lagi >>

Gempa bumi kuat landa utara Chile

Posted: 01 Apr 2014 07:55 PM PDT

Gempa bumi kuat landa utara ChileSatu gemba bumi berukuran 8.0 pada skala Richter berlaku di Near Coast of Northern Chile pada pukul 7.46 pagi ini.

Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini hari ini menyebut gempa itu berpusat 84 km Barat Laut dari Iquique, Chile dan 17,906 km Barat Daya dari Pontian, Johor.

Bagaimanapun gempa itu tidak menyebabkan ancaman tsunami di Malaysia, menurut kenyataan itu lagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangannya dan sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan.






Pakar beri enam punca jelas kehilangan MH370, lapor akhbar

Posted: 01 Apr 2014 07:53 PM PDT


Pelbagai teori dikemukakan mengenai apa yang berlaku dalam kokpit MH370 hingga menyebabkan pesawat itu hilang pada 8 Mac hingga sekarang. Gambar fail The Malaysian Insider.Pelbagai teori dikemukakan mengenai apa yang berlaku dalam kokpit MH370 hingga menyebabkan pesawat itu hilang pada 8 Mac hingga sekarang. Gambar fail The Malaysian Insider.Selepas lebih tiga minggu, kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 terus membingungkan penyiasat, dan panel pakar yang bermesyuarat semalam masih tidak dapat jawapan pasti walaupun membayangkan enam kemungkinan menjelaskan apa yang berlaku dalam pesawat itu, lapor Sky News.
Dalam satu majlis anjuran Royal Aeronautical Society (RAeS), pakar terdiri daripada juruterbang, syarikat penerbangan, pengilang dan pengawal selia bertemu di London dan mengemukakan analisis berdasarkan teori berikut - hilang tekanan rendah dalam kabin, asap toksik, kebakaran, rampasan, juruterbang membunuh diri atau kegagalan simulator.
1. Tekanan rendah dalam pesawat tetapi masih meneruskan penerbangan
Apabila berlaku tekanan rendah, pesawat akan terbang secara automatik sehingga kehabisan minyak.
Perkara ini menjelaskan perubahan awal dalam altitud dan laluan pesawat serta terputus komunikasi. Bagaimanapun ia tidak menjelaskan mengapa Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) serta transponder dalam pesawat tersebut dipadamkan, lapor Sky News.
Untuk memadamkan kedua-dua isyarat ini, hanya seseorang yang mahir dalam penerbangan sahaja tahu mematikannya.
Kesan ke atas penumpang akan berbeza-beza bergantung kepada ketinggian. Jika pesawat itu di atas 35,000 kaki, ia akan mengambil masa kira-kira seminit sebelum semua orang tidak sedarkan diri.
Topeng oksigen sepatutnya turun secara automatik yang boleh bertahan selama 15 minit.
Anak kapal boleh menggunakan topeng oksigen paling lama, bergantung sama ada mereka menggunakan oksigen tulen atau oksigen campuran.
KESIMPULAN: Ia mungkin.
2. Pesawat itu tercemar dengan asap toksik
Juruterbang sepatutnya mampu menghantar panggilan kecemasan dan, sekali lagi, ia tidak menjelaskan mengapa ACARS dan transponder dimatikan, lapor Sky News.
KESIMPULAN: Sukar berlaku.
3. Berlaku kebakaran papan litar yang menyebabkan kerosakan sistem komunikasi
Ia mungkin menjelaskan kekurangan komunikasi dengan pesawat, tetapi tidak mungkin pesawat masih terus terbang semasa api terus membakar, lapor Sky News.
Sistem komunikasi pesawat boleh juga dimatikan jika kuasa gagal berfungsi atau disebabkan oleh sabotaj.
Terlanggar burung boleh berlaku, tetapi tidak mungkin menyebabkan kerosakan sedemikian teruk.
KESIMPULAN: Sukar berlaku.
4. Pesawat dirampas
Read More / Baca Lagi >>

Benarkah MH370 di rampas..tapi siapa.. apa mereka mahu.. jawapan ini NAJIB & HISHAM sahaja yang tahu..??

Posted: 01 Apr 2014 07:46 PM PDT

Persoalan utama siapa rampas pesawat SHAH ALAM – Teori yang mengatakan pesawat MH370 berkemungkinan dirampas pihak tertentu sebelum pesawat tersebut dilaporkan berakhir di Lautan Hindi, masih boleh diterima dan tidak boleh ditolak begitu sahaja.

Walau bagaimanapun, persoalan utama ialah siapa individu yang merampas pesawat tersebut dan tanda tanya itu sukar untuk dikupas.

Menurut sumber, arah tuju pesawat yang menghala ke Lautan Hindi itu sendiri telah menunjukkan pesawat itu dirampas dan bukan akibat masalah pada pesawat ataupun dikawal dari jarak jauh.

"Pesawat itu menuju ke Lautan Hindi iaitu lautan yang amat sunyi dan sudah tentu ia menuju ke suatu tempat yang tidak diketahui.

"Saya percaya ia melibatkan rampasan tetapi yang menjadi persoalan ialah siapa yang merampas pesawat itu," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau juga menolak teori mengatakan bahawa juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid bertanggungjawab dalam rampasan pesawat itu.
Read More / Baca Lagi >>

MH370: Transkrip penuh komunikasi "tiada yang pelik" - Kapten Nik Huzlan

Posted: 01 Apr 2014 07:45 PM PDT

MH370: Transkrip penuh komunikasi KUALA LUMPUR: "Tiada yang pelik di dalam transkrip penuh komunikasi di antara pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan pusat kawalan udara."

Demikian menurut bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain ketika dijemput Astro AWANI untuk mengulas transkrip penuh yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan pada 1 April.

Nik Huzlan berkata berkemungkinan transkrip berkenaan lambat disiarkan kerana ia perlu 'dibersihkan' terlebih dahulu.

"Biasanya pusat kawalan udara sangat sibuk, pelbagai pesawat akan menggunakan radio seperti China Airline atau Japan Airline.

"Jadi sebelum ianya disiarkan, ia perlu dikenalpasti dan dibersihkan agar hanya perbualan MH370 sahaja yang diambil, yang tidak relevan tidak perlu disiarkan" katanya.


Secara terperinci, Nik Huzlan menerangkan makna perbualan juruterbang dan pusat kawalan udara bermula di ATC Delivery dan Lumpur Ground.

"Biasanya sebelum pesawat terbang, pembantu juruterbang akan mengawal radio dan juruterbang akan mengemudikan stereng pesawat.

"Jadi suara di sini adalah suara pembantu juruterbang" katanya lagi.


Dalam pada itu, Nik Huzlan kurang pasti siapa yang bercakap di radio pada waktu pesawat MH370 memulakan penerbangan.

"Selepas take off, kita tidak dapat pastikan siapa yang bercakap kerana kadangkala juruterbang dan pembantu akan bergilir tugas.

"Ini adalah perkara biasa kerana mungkin ingin memberi peluang kepada pembantu menimba pengalaman menjadi kapten atau mungkin bergilir kerana banyak penerbangan yang telah dilakukan dalam sehari oleh juruterbang" jelasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Bela derita pekebun getah, solidariti 5 April di Baling

Posted: 01 Apr 2014 07:39 PM PDT


KUALA LUMPUR: Derita pekebun getah ketika zaman kejatuhan harga komoditi itu pada 1974, yang menyaksikan mereka bangkit melalui Demonstrasi Baling, memang sukar untuk dilupakan.
Biarpun sudah mencecah 40 tahun sejarah itu berlaku, namun keperitan serupa kini kembali mencengkam para pekebun getah sejak beberapa bulan lalu.
Para pekebun kita kini terpaksa melalui fasa kehidupan yang sukar apabila harga getah jatuh mendadak, dan tiada pembelaan daripada kerajaan untuk mencari penyelesaian.
Kini suara-suara kecewa mula berteriak, tidak tahan lagi dengan keadaan yang tak tahu bila akan berkesudahan ini.
Mereka sudah bersedia, untuk memperjuangkan hak mereka seperti apa yang pernah dilakukan orang tua mereka satu ketika dahulu.
Himpunan 'Nostalgia 40 tahun Demonstrasi Baling' yang akan diadakan pada 5 April ini di Baling, bakal menjadi medan luahan rasa perit mereka.
Menurut Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, pekebun getah kini terpaksa berdepan kerugian setiap kali menjual getah atau lebih tepat "tak balik modal".
Katanya, kos yang ditanggung pekebun getah bagi mendapatkan sekilogram getah skrap adalah RM2.80.
Bagaimanapun getah mereka hanya akan debeli dengan harga RM2.30 sekilogram apabila mereka menjualnya.
Read More / Baca Lagi >>

Yang ‘ghaib’ MH370, yang ‘hilang’ maruah negara

Posted: 01 Apr 2014 07:23 PM PDT


Dr Dzulkefly Ahmad

Sesungguhnya rakyat Malaysia sangat prihatin dan bersimpati  dengan tragedi yang menimpa juruterbang, pembantunya, krew serta seluruh 227 penumpang pesawat malang MH370, empati kita juga dirakamkan kepada seluruh keluarga yang terpisah dari orang tersayang.
Segala usaha baik pihak berkuasa bagi mengurang tekanan jiwa dan derita kepada keluarga penumpang adalah sangat-sangat dihargai.
Penggemblengan seluruh tenaga dalam pencarian jet Boeing 777-200ER ini menyatukan dunia seluruhnya sekaligus mengizinkan mereka mempamerkan "state-of-the-art" teknologi satelit dan memperagakan kecanggihan aset-aset ketenteraan masing-masing.
Di antara 20 pesawat dan kapal tercanggih di dunia dari China, Australia, New Zealand, Korea Selatan dan Jepun yang berada di perairan 2,000km barat Perth, dua pesawat P-8 Poseidon milik Amerika Syarikat juga turut dimobilisasi di perairan Lautan Hindi itu.
Berharga AS$220 juta satu pesawat yang lengkap dengan kamera serta sensor infra-red dan radar yang mampu mengesan kapal selam musuh di dasar lautan, kesemua menemui kegagalan.
Sememangnya kita tidak mahu mana-mana media barat seperti CNN atau Fox News dan mana-mana negara khasnya Amerika Syarikat mengambil kesempatan memburukkan nama baik serta imej negara.
Pembikin enjin pesawat MH370 yakni Boeing dan Rolls-Royce tidak boleh berlepas tangan begitu sahaja.
Sementara rakyat dituntut untuk peka dan beri sokongan kepada pihak yang mengendali krisis ini, rakyat berdepan dengan kenyataan dan tahu akan hakikat sebenar pengendalian krisis ini sejak dari awalnya.
Apakah mereka punya alasan dan sebab yang kukuh untuk mempertahankan pihak kerajaan yang mengendalikan krisis ini, apabila diserang oleh media barat?
Wajarkah "warga netizen-media social" khasnya dan rakyat umumnya, dipersalahkan andainya mereka sendiri malu serta tidak berasa terpanggil untuk mempertahankan pengendalian penuh kontroversi dan keharuan yang ditunjukkan parti pemerintah?
Mampukah mereka mengatakan sebaliknya dari apa yang didakwa tidak kompeten, lemah, culas dan tidak bertanggungjawab dalam mengendalikan krisis sejak MH370 "ghaib" dari radar pada 8 hb Mac lalu.
Rakyat yang patriotik pastinya tidak mahu wibawa, maruah dan nama baik negara dicemari dan dicalarkan oleh sesiapa pun dari pihak luar.
Pada waktu yang sama, rakyat sekarang celek dan bijak membezakan antara parti yang memerintah kerajaan di Malaysia ini dengan kerajaan serta negara Malaysia itu sendiri.
Pada awal-awal lagi timbul pertikaian akibat dari percanggahan jurubicara "task force" yakni pihak DCA, MAS dan Ketua Polis Negara.
Episod tentang samada kedudukan empat atau lima penumpang yang kononnya "check in" tetapi tidak menaikki pesawat atau mereka membeli tiket tetapi tidak "check in" serta pertikaian samada bagasi mereka yang check in dipunggah semula, memalukan dan sepatutnya segera menjadi "wake-up call".
Read More / Baca Lagi >>

MH370: Four questions, no answers

Posted: 01 Apr 2014 07:15 PM PDT

The blame for this tragic episode should fall on those who detected the turn back but chose not to act on it.

The MH370 puzzle continues to hog the headlines. Many people are now questioning why no action was taken when it was detected that the plane had made a turn back.
MH 370 NewThe person who had detected the route change could have easily picked up the telephone and called the KLIA Air Traffic Control (ATC) Tower to find out if indeed the plane had been directed to make a turn back.
That this was not done constitutes a severe dereliction of duty.
For all we know, at that point in time our pilots could have already been knocked unconscious by hijackers who were piloting the plane.
Or our pilots could have been forced at gunpoint to alter the flight route. Anything could have happened.
"The plane disappeared from radar at 1.30am. Only at 7.25am which is six hours later was there an announcement that flight MH370 is lost from the radar and action initiated to look for its location.
"This is a terribly lax attitude taken for such a grave matter. The time difference could be a matter of life and death," said Khalid Samad, the PAS Shah Alam MP.
Therefore the blame for this tragic episode should fall on those who detected the turn back but chose not to act on it.
In this case, the lax attitude of those on duty at that material time should be a grave cause of concern for all of us right-thinking Malaysians.
The second question that should be put to the relevant authorities concerns the plane's cargo. It was reported in a local English newspaper dated March 25, 2014 that the Australian Maritime Safety Authority (AMSA) had requested for information pertaining to the cargo manifest but was refused and was told to request for it from the investigation team.
What was the plane carrying besides mangosteens and lithium-ion batteries? Uranium isotopes? Fans of espionage thrillers are speculating.
The rakyat must therefore demand the truth and the government must furnish the truth. All must be revealed in a tragedy of such immense proportions and those responsible must be held accountable.
The third question concerns the lax immigration procedures that had enabled passengers with stolen passports to board the plane. Has anyone been sacked in regard to this lapse in security procedures?
Water issue
Read More / Baca Lagi >>

MH370 brings out the ugly side of China

Posted: 01 Apr 2014 07:14 PM PDT

Media censorship is a 'culture' in the communist state and yet it has the gall to accuse Malaysia of lacking in transparency over the tragedy.

The MH370 tragedy has opened the floodgates for the media in China to bash Malaysia's efforts in locating the missing flight. Under the guise of seeking the 'truth' for the next-of-kin of the 154 Chinese nationals on board the ill-fated plane, Chinese authorities have abused their media channels to the hilt.
China Mh370They accused us of not being transparent and keeping the media at bay from acquiring details and top secret information. Media freedom has been and always will remain controversial as there is too much of subjectivity attached to it.
Pertinent factors include journalistic approach, political agenda, self interest, and above all, the governments' directions and degree of grip over what is acceptable and what is a big NO. The world is well aware of how dictatorial the Communist Party is, how it 'handles' the various media channels.
News must be favourable and palatable for its liking, otherwise be prepared for a ferocious backlash from the government. News people, from editors to journalists and even those on the net platform have been harassed, dictated to, or jailed for defying orders.
A classic example was following the accident involving two high speed trains near Wenzhou in Zhejiang Province, China on July 23, 2011. Public fury brewed to intense levels thereafter as the Chinese government lacked transparency and was not forthcoming in revealing the details of investigations of the crash that killed 40 people and injuring nearly 200 others.
Newspapers were forced by the authoritarian communist government to replace investigative articles and commentaries about the incident with cartoons or unrelated features. Major internet portals were also victims of the mass media crackdown. They were forced to remove links to news reports and videos related to the crash.
The editor of Southern Metropolis Daily, a newspaper based in Guangzhou hit the bull's-eye in summarising the train crash fiasco.
He said: "Tonight, hundreds of papers are replacing their pages; thousands of reporters are having their stories retracted; tens of thousands of ghosts cannot rest in peace; hundreds of millions of truths are being covered up. This country is being humiliated by numerous evil hands."
International diplomacy
His post, on the site Sina Weibo, was later deleted for obvious reasons. The Chinese government's iron-fist approach to muzzle the media raised concerns and harsh criticisms from the public asking if the Communist Party was cloaking its failures in secrecy or propaganda.
The train crash episode was just one of many incidents where China clamped down on its media and stopped it from revealing the truth to its citizens and the world. Conspiracies and corruption have been a bane in their system.
Read More / Baca Lagi >>

Can MATH decide that someone is DEAD? Without wreckage, is not MH370 crash speculation?

Posted: 01 Apr 2014 07:13 PM PDT

For the relatives of passengers aboard Malaysia Airlines Flight 370, the announcement by the Malaysian Prime Minister Najib Razak on Monday must have registered as a double shock.
Can MATH decide that someone is DEAD? Without wreckage, is not  MH370 crash speculation?First there was the fact that their loved ones were dead: "The past few weeks have been heartbreaking; I know this news must be harder still," Najib said at a press conference after families were notified. More surprisingly, the announcement was made even though no bodies or wreckage had been recovered. Instead, the passengers' fate had been determined by math alone. A U.K.-based satellite company, Inmarsat, had deployed a new kind of mathematical analysis to determine that the plane's trajectory had carried it deep into the southern Indian Ocean, a region where there are were no landmasses upon which a plane can set down. Ergo, the passengers were all dead.
In Beijing, family members reacted with outrage, staging an impromptu march on the Malaysian embassy. One can only imagine how frustrating it must be to be told to abandon hope, to grieve in the absence of any material evidence of loss. They must have wondered if they could really believe what they were being told. Unreliable information has been reported throughout the search process, with assertions made about the flight only to be later refuted, modified, or quietly dropped. Amid all the uncertainty, how much credence should be given to this new mathematical formula, which seemed so complicated that hardly anyone could understand and whose underlying data remains veiled in secrecy?
That's what I wondered when I heard the news, but after reviewing Inmarsat's publicly released information with an expert, I've come to the conclusion that its findings are most likely sound. With caveats.

Since Inmarsat's data is the only source of information we have about the fate of MH370, it's worth reviewing how the system works. Inmarsat is a communications satellite in geosynchronous orbit over the Indian Ocean. Every hour or so, it sends out a short electronic message to subscribers that says, "Hey, are you out there?" The message contains no information as such; the satellite just wants to find out if that particular subscriber is out there in case it wants to talk. Kind of like picking up your telephone just to see if there's a dial tone. On the morning of Saturday, March 8, MH370 replied seven times to these pings, saying, in effect, "Yes, I'm here." The line was open for the plane to communicate with the outside world. But the system that generates the messages themselves, called ACARS, had been shut off. So nothing else was communicated between the satellite and the plane.
All the same, those pings tell us something important about MH370: They narrow down its location. Because light travels at a certain speed and electronics take a certain amount of time to generate a signal, there's always a length of time between the satellite's "Hey!" and the airplane's "Yo!" The farther away the plane is, the longer it takes to respond because it has to wait for the signal from the satellite to travel that extra distance.
Imagine you and I are in a darkened room. You have no idea where I am, except you know that I'm holding one end of a taut 20-foot rope, and you're holding the other. Therefore I must be 20 feet away. You don't know where I am, exactly, but you know that I must lie somewhere along a circle that's 20 feet in radius, with you at the center.
Clever engineers at Inmarsat managed to squeeze one more drop from the thimbleful of data.
MH370 was in an analogous situation. When Inmarsat pinged it at 8:11 a.m. and received MH370's reply, the amount of time it took the plane to respond allowed investigators to calculate its distance from the satellite. This did not correspond to a specific location but to an arc of possible locations across Central Asia in the north and the Indian Ocean to the south. This information was announced to the public on Saturday, March 15, by the prime minister of Malaysia.
This result was a huge breakthrough for the investigation, and it raised a question: Could analysis of the six earlier pings narrow down the route that the plane had taken? The U.S. National Transportation Safety Board obtained the data from Malaysia and set to work.

The process is fairly straightforward. The first ping coincided more or less with the time when MH370 slipped out of range of Malaysia's military radar. So we have a starting point. By knowing the interval to the next ping, and by estimating the plane's speed, we can arrive at a distance traveled during that time. Given the radius of the next arc, it's a simple matter to calculate a route by angling the distance traveled to meet up with that arc.
When the NTSB ran the numbers, the resulting plot showed the plane winding up in a remote part of the Indian Ocean, and that's where searchers began focusing their efforts. Soon after, satellite photos showed large pieces of debris floating in the water, and the Australian Prime Minister Tony Abbott jumped to the obvious conclusion: He announced on Thursday, March 20, that that investigators had found their first hot lead. "This is the first tangible breakthrough," he said. "This is a very serious lead in the way that nothing else so far really has been."
Read More / Baca Lagi >>

Experts give six reasons to explain disappearance of MH370, says report

Posted: 01 Apr 2014 07:10 PM PDT


A relative of a passenger on board Malaysia Airlines MH370 puts her message on a message board dedicated to the passengers at the Lido Hotel in Beijing yesterday. – Reuters pic, April 2, 2014.A relative of a passenger on board Malaysia Airlines MH370 puts her message on a message board dedicated to the passengers at the Lido Hotel in Beijing yesterday. – Reuters pic, April 2, 2014.After more than three weeks, the disappearance of Malaysia Airlines flight MH370 continues to baffle investigators, and a panel of experts which met yesterday are no closer to giving a definite answer although they looked at six possible explanations on what could have happened to the plane, reported Sky News.
In an event organised by the Royal Aeronautical Society (RAeS), the experts who include pilots, airline bosses, manufacturers and regulators met in central London and came up with an analysis based on these theories – cabin depressurisation, toxic fumes, fire, hijacking, pilot murder-suicide or simultaneous failures.
1. The aircraft depressurised but continued to fly
This would explain the initial change in altitude and heading, as well as subsequent lack of communication, but not why the Aircraft Communication Addressing and Reporting System (ACARS) and transponder were turned off, reported Sky News.
The transponder can be turned off from the cockpit and is done routinely when an aircraft lands.
Turning off the ACARS is more complicated, though, and would need someone with systems knowledge going into the aircraft's avionics bay – but this should have been prevented if security was adequate.
If the plane was depressurised, it would continue to fly automatically until the fuel ran out.
The effect on passengers would vary depending on altitude. If the aircraft was above 35,000 feet, it would have taken about one minute before everyone was incapacitated.
Oxygen masks should have descended automatically which would have worked for around 15 minutes.
The flight crew could have lasted longer using oxygen masks, depending on whether they used pure oxygen or an oxygen mix.
SUMMARY: It's possible.
2. The aircraft was overcome by toxic fumes
The pilots should have been able to send out a distress call and, again, it does not explain why the ACARS and transponder were turned off, reported Sky News.
SUMMARY: Unlikely.
3. There was an on-board fire which damaged the communications systems
This would explain the lack of communication, but it is unlikely the aircraft would have then continued to fly as long as it did if the fire continued to burn, reported Sky News.
The aircraft's communication systems could have also been disabled by power failure or sabotage.
Birdstrike is possible, but is unlikely to have caused such damage.
SUMMARY: Unlikely.
4. The aircraft was hijacked
The aircraft was not flown to another destination, nor was it used as a weapon for a suicide terrorist attack.
Read More / Baca Lagi >>

Radar AS mampu kesan MH370..??

Posted: 01 Apr 2014 07:09 PM PDT

Radar AS mampu kesan MH370 Radar ketenteraan milik Amerika Syarikat di Diego Garcia mampu menjejaki pesawat MH370 sekiranya lokasi penerbangan terakhir adalah di Lautan Hindi.

Pakar Kejuruteraan Penerbangan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Rizal Effendy Mohd Nasir berkata, radar jenis Active Electronically Scanned Array (AESA) yang digunakan di pangkalan ketenteraan itu dipercayai boleh mengesan sebarang isyarat atau objek walaupun ianya bersaiz kecil.

"Radar itu boleh mengesan sesuatu pesawat atau kapal yang berada ribuan meter diatas udara mahupun laut beserta dengan jenisnya, kelajuan dan sebagainya," katanya.

Menurutnya, setiap kapal dan pesawat yang terdapat dipengkalan ketenteraan terbabit juga dilengkapi dengan radar pertahanan udara.

"Bukan sekadar pesawat atau kapal perang, kapal minyak mereka di Diego Garcia juga dilengkapi dengan kecanggihan radar yang mampu mengesan objek beribu-ribu kilometer jauhnya termasuk apa yang terkandung didasar lautan Hindi," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Lebih banyak keretakan ditemui di klia2, sebulan sebelum dibuka...Bala yang diundang..!!

Posted: 01 Apr 2014 04:40 PM PDT


Beberapa keretakan baru ditemui di bangunan klia2 menimbulkan keraguan terhadap tahap keselamatan lapangan terbang itu yang dijangka dibuka bermula Mei ini. – Gambar The Malaysian Insider, 2 April, 2014.Beberapa keretakan baru ditemui di bangunan klia2 menimbulkan keraguan terhadap tahap keselamatan lapangan terbang itu yang dijangka dibuka bermula Mei ini. – Gambar The Malaysian Insider, 2 April, 2014.Keretakan baru ditemui di kawasan apron dan bangunan klia2 menimbulkan keraguan terhadap tahap keselamatan terminal lapangan terbang itu beberapa minggu sebelum operasi bermula di kala Malaysia menjadi tumpuan dunia selepas pesawat MH370 hilang, kata satu sumber industri penerbangan.
Sumber industri itu memberi 13 keping gambar diambil semalam kepada The Malaysian Insider, yang mendedahkan keretakan di kawasan apron dan dinding terminal dua tingkat pesawat tambang murah itu.
"Gambar tersebut menceritakan sendiri sama ada klia2 sudah bersedia atau tidak untuk digunakan," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.
Ini merupakan set kedua gambar diserahkan kepada The Malaysian Insider mengenai keadaan terminal baru yang mampu menampung 45 juta penumpang melalui 64 pintu pagar itu.
Keretakan turut ditemui di bahagian apron klia2.Keretakan turut ditemui di bahagian apron klia2.Difahamkan pengendali klia2, Malaysia Aiports Holdings Bhd (MAHB) memberi jaminan kepada kerajaan mereka akan menjalankan kerja-kerja pemulihan yang tidak akan memberi kesan kepada pembukaan terminal dan operasi pada 2 Mei. Tarikh pembukaan sudah ditangguhkan sekurang-kurangnya lima kali.
"Putrajaya harus melihat semula tarikh pembukaan klia2 pada ketika kerja pembaikan masih lagi dilakukan. Sektor penerbangan negara ini sedang diperhatikan secara rapat oleh masyarakat antarabangsa dan kerajaan perlu melakukan perkara yang betul," kata satu lagi sumber industri penerbangan.
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) melawat klia2 dua minggu lalu untuk menyemak sama ada ia bersedia untuk dibuka dan memanggil wakil MAHB dan wakil Kementerian Pengangkutan semalam berikutan masalah kelewatan dan peningkatan kos dalam pembinaan lapangan terbang tersebut.
PAC berkata mungkin akan memanggil pihak lain berhubung kelewatan itu dan ini merupakan kepentingan awam walaupun klia2 didana oleh pihak swasta.
Read More / Baca Lagi >>

Najib lawat Perth tinjau operasi mencari MH370

Posted: 01 Apr 2014 04:37 PM PDT


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka meninjau operasi mencari pesawat MH370 dari Perth, bermula hari ini. Gambar fail.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka meninjau operasi mencari pesawat MH370 dari Perth, bermula hari ini. Gambar fail.Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan lawatan kerja ke Perth, Australia selama dua hari bermula hari ini untuk meninjau operasi pelbagai negara dalam pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, dari Perth.
Perdana menteri akan meninjau operasi itu di Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC) di Pangkalan Pertahanan Udara Pearce.
"Lawatan itu bertepatan bagi merakamkan penghargaan kepada kerajaan Australia serta pasukan dan anggota yang terlibat dalam pencarian tersebut, termasuk dari Malaysia," menurut kenyataan Wisma Putra di Kuala Lumpur.
Semasa di Perth, Najib dijadual mengadakan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri Australia, Tony Abbott bagi membincangkan isu kepentingan bersama khususnya mengenai perkembangan terkini operasi mencari dan menyelamat (SAR) serta hala tuju seterusnya operasi itu.
Najib kemudian akan mengadakan lawatan rasmi ke Vietnam selama tiga hari mulai 3 April dalam rangka meningkatkan lagi hubungan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara.
Read More / Baca Lagi >>

CCTV: Interview with the Malaysia Acting Minister of Transport

Posted: 01 Apr 2014 04:35 PM PDT


Putrajaya kini selar Boeing, Rolls Royce ketika pencarian MH370 masih buntu

Posted: 01 Apr 2014 04:34 PM PDT


Dalam temubual bersama CCTV, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengkritik Boeing, Roll-Royce dan agensi antarabangsa yang lain mengenai kehilangan pesawat MH370. – Gambar fail.Dalam temubual bersama CCTV, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengkritik Boeing, Roll-Royce dan agensi antarabangsa yang lain mengenai kehilangan pesawat MH370. – Gambar fail.Ekoran ketegangan yang terpaksa dihadapi dalam misi pencarian Malaysia Airlines MH370, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meluahkan kekecewaan terhadap agensi-agensi antarabangsa dan pengilang Boeing 777-200ER apabila gagal menjelaskan misteri kehilangan pesawat itu.
Pemangku menteri pengangkutan itu berkata dalam satu temubual dengan stesen television China, CCTV, kritikan tidak adil dilontarkan kepada MAS mengenai cara berkomunikasi dengan ahli keluarga penumpang dan anak kapal.
"MAS sentiasa akan melakukan tugas terbaik dalam berinteraksi bersama keluarga.
"Namun meletakkan MAS di kandang saksi masih tidak mencukupi, kita juga perlu sentiasa ingat apakah peranan dan tanggungjawab Rolls-Royce, Boeing dan semua agensi pakar. Apakah pandangan mereka?" katanya dalam temubual bersama CCTV semalam.
Petikan temuramah itu dimuat naik melalui akaun YouTube kepunyaan CCTV.
Pada 8 Mac, pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal ke Beijing terputus hubungan dengan pengawal trafik udara sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pencarian pesawat itu masuk hari ke-23.
Hishammuddin juga turut mempersoalkan tindakan syarikat penerbangan itu menghantar kiriman pesanan ringkas (SMS) dalam bahasa Inggeris minggu lalu menyatakan tiada penumpang yang terselamat.
"Amat senang untuk kita menyalahkan orang. Saya tidak mempertahankan MAS. Mereka perlu menjawab mengenai SMS itu dan bagaimana mereka berhubung dengan ahli keluarga.
"Tapi pada masa sama, saya mahu melihat agensi antarabangsa turut tampil, kerana kita membayar jutaan ringgit membeli kapal terbang dan kepakaran mereka. Kini teknologi tersebut dipersoalkan seluruh dunia," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Should investigators retrace flight's route?

Posted: 01 Apr 2014 04:13 PM PDT

MH370: Saksi terakhir nahas pesawat

Posted: 01 Apr 2014 04:12 PM PDT

WALAUPUN dipanggil kotak hitam, namun warna peralatan itu adalah oren terang agar ia mudah dicari.


"HABIS LAH! Kita akan terhempas. Ini tidak mungkin terjadi!" kata salah seorang pembantu juruterbang.
"Tapi, apa yang berlaku?" balas seorang lagi pembantu juruterbang, beberapa saat sebelum pesawat 330 Airbus milik Air France menjunam ke Lautan Antlantik, yang mengorbankan 228 nyawa pada 1 Jun 2009.
Perbualan akhir dalam kokpit dengan situasi cemas dan takut itu diperoleh hasil transkrip daripada kotak hitam pesawat yang ditemui selepas dua tahun kejadian tersebut berlaku.
Menerusi analisis terhadap kotak hitam tersebut, Biro Penyiasatan dan Analisis Perancis (BEA) menggambarkan keadaan di dalam kokpit Pesawat 447 Air France itu dalam situasi huru-hara serta kekeliruan juruterbang hingga membawa kepada kemalangan.
Pesawat 447 yang sepatutnya terbang selama 11 jam ke Paris dengan membawa 216 penumpang dan 12 anak kapal itu terhempas semasa merentasi kawasan ribut di Lautan Atlantik setelah empat jam berlepas dari Lapangan Terbang Tom Jobimi, Rio de Janeiro, Brazil.
Sehingga kini, hanya perbualan antara juruterbang, Kapten Marc Dubois, 58, dan dua pembantu juruterbang, David Robert, 37 tahun dan Pierre Cedric Bonin, 32, berjaya dianalisis keluar dari kotak hitam.
Analisis ke atas kotak hitam pesawat 447 Air France tersebut telah membawa kepada penemuan antara punca kejadian nahas udara berkenaan di samping mengambil kira faktor-faktor lain.
Merakam
Kotak hitam bukan sahaja mampu merungkaikan persoalan kepada teori-teori tentang kehilangan atau nahas sesebuah pesawat, namun ia merupakan saksi akhir yang penting dalam menemukan jawapan tentang apa sebenarnya berlaku ke atas pesawat.
Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Kamarul Arifin Ahmad memberitahu, kotak hitam adalah satu istilah yang dialih bahasa daripada bahasa Inggeris iaitu black box dan ia juga istilah untuk dua peralatan penting yang wajib ada dalam pesawat.
Peralatan pertama dalam kotak hitam adalah perakam suara kokpit (CVR) manakala satu lagi ialah perakam data pesawat (FDR).
Peralatan CVR yang ada dalam sistem pesawat mempunyai mikrofon dan ia dipasang di bahagian tengah panel kawalan dalam kokpit. Selain itu, ia turut dipasang pada mikrofon komunikasi juruterbang dan pembantu juruterbang.
"Jadi, CVR akan memainkan peranan merakam segala perbualan dalam kokpit dan juga segala bunyi daripada sekecil-kecil bunyi termasuk ketika memadam suis sehingga kepada bunyi penggera amaran apabila pesawat hilang kawalan.



"Bagaimanapun, lazimnya CVR merakamkan bunyi bagi tempoh dua jam terakhir tamatnya sesuatu penerbangan tersebut. Ini bermaksud, dalam tempoh itu sama ada pesawat itu selamat mendarat atau terhempas," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: