Jumaat, 11 April 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Ini kerja UMNO - memperkayakan kroni : Tun Zaki Azmi [bekas Ketua Hakim] dianugerahkan projek (KIDEX Skyway) bernilai RM2.2 bilion

Posted: 11 Apr 2014 10:10 PM PDT


PAROI 12 APRIL: Adalah perkara biasa di Malaysia apabila bekas ketua hakim dianugerahkan projek besar meskipun wujud konflik kepentingan, kata pemangku Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengaitkan bekas ketua hakim negara, Tun Zaki Azmi yang dianugerahkan projek Lebuh Ekspres Kinrara- Damansara (KIDEX Skyway) bernilai RM2.2 bilion beberapa tahun lalu.
Menurut Izzah, Zaki yang merupakan kroni Umno BN menjadi pemegang saham terbesar dalam projek berkenaan, selepas bersara sebagai ketua hakim negara.
"Sejarah Tun Zaki Azmi sendiri, iaitu bekas ketua hakim di mana beliau terlibat dengan isteri beliau dalam projek Kidex bernilai 2.2 billion.
"Ini makanan mereka (Umno) terus mengkayakan kroni, mengaburi mata rakyat kononnya membuat sesuatu projek untuk kemudahan rakyat, tapi dalam masa yang sama poket sendiri juga perlu (dipenuhkan),
"Habis rakyat ini macam mana? Terus susah dan dihimpit bebanan?," Soalnya ketika ditemui pemberita dalam Program Jelajah Reformasi 2.0 fasa 2 di Paroi, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Projek yang menelan belanja RM2.2 billion itu sebelum ini dikritik Pakatan Rakyat (PR) kerana dinugerahkan kepada dua konsesi iaitu Tun Zaki dan Penasihat Undang-Undang Umno, Datuk Hafarizam Harun.
Kedua-dua tokoh berkenaan terlibat dengan rampasan kuasa oleh Umno di Perak pada 2009.
Izzah berkata, rakyat perlu sedar dan bangkit menentang kezaliman Umno BN yang hanya mencari jalan untuk terus mengkayakan kroni tanpa memikirkan kesusahan rakyat.
"Sampai bila kita nak terus diam dengan apa yang mereka lakukan? Bukan baru sekali dua, sebelum ini dengan skandal PKFZ, kali ini projek bernilai RM2.2 melibatkan orang-orang mereka juga, yang kaya itu mereka, kita dapat apa?," katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=60602

Bas ekpres terbabas - 3 penumpang maut 63 cedera

Posted: 11 Apr 2014 07:58 PM PDT

Oleh Mohd Fauzi Abdullah dan Fardy Bungah
Bentong: Tiga penumpang maut, empat parah manakala 63 penumpang cedera apabila bas ekspres dinaiki terbabas sebelum terbalik dalam kejadian di Kilometer 11 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, dekat Bukit Lebu, di sini, tengah malam tadi.
Dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, bas ekspres dua tingkat berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Putrajaya ke Kota Bharu, Kelantan.
Bagaimanapun, ketika tiba di lokasi kejadian bas berkenaan dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik.

Pegawai Bertugas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, Inspektor Nurhuda Mohd Fadzil, menjelaskan mayat tiga penumpang yang maut dan mangsa parah sudah dihantar ke Hospital Bentong.
Foto
Keadaan bas ekspress dua tingkat yang membawa 68 penumpang remuk teruk selepas terbalik di Bukit Lebu jalan Bentong-Raub mengakibatkan tiga maut tengah malam tadi. FOTO Azmaidi Abidin

Katanya, penumpang lain yang cedera turut dihantar ke Hospital Bentong dan Hospital Raub untuk mendapatkan rawatan.
Menurutnya, mangsa yang maut seorang wanita dan dua lelaki dan identiti mangsa masih belum dapat dipastikan.

MH370 : Isyarat dikesan tiada kaitan dengan kotak hitam

Posted: 11 Apr 2014 06:27 AM PDT




PERTH - Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata penilaian awal kepada isyarat yang dikesan oleh pesawat RAAF, AP-3C Orion semalam telah dikenalpasti tiada kaitan dengan MH370.

"JACC telah menganalisis data akustik yang dikesan dan telah mengesahkan bahawa signal yang dilaporkan oleh kapal pertahanan Ocean Shield tiada hubungan dengan kotak hitam MH370" kata Houston.

Analisis lanjut terus dijalankan oleh Pusat Analisis Akustik Australia.

Hari ini Ocean Shield akan menyambung usaha pencarian bersama ping locator dalam mencari isyarat yang mungkin ada hubungan dengan kotak hitam pesawat.

Pasukan mencari setakat ini mengesan enam isyarat "ping', dua daripadanya dikesan oleh kapal China, Haixun 01, pada 4 dan 5 April, manakala Ocean Shield, dilengkapi alat pengesan 'pinger' ditunda Tentera Laut Amerika Syarikat mengesan empat isyarat pada 5 dan 8 April.

"Hari ini (Jumaat), Ocean Shield menumpukan pencarian dengan menggunakan alat pengesan 'pinger' ditunda untuk cuba mengesan isyarat yang mungkin ada kaitan dengan kotak hitam pesawat," kata Houston.

Beliau berkata setakat ini tidak penemuan kukuh dalam pencarian MH370 dan beliau akan memaklumkan perkembangan terkini apabila ada maklumat baharu.

China tangguh rancangan hantar panda ke Malaysia

Posted: 11 Apr 2014 03:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: China menanggguhkan penghantaran sepasang beruang panda ke Malaysia yang dijadualkan pada minggu depan, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel. 

Kedua-dua negara itu bersetuju pada 2012 bahawa China akan menghantar sepasang panda untuk ditempatkan di Malaysia selama 10 tahun. 


Mereka (China) sedang menunggu keputusan MH370. Mereka akan lewatkan penghantaran beruang itu dan mereka mungkin hantar pada lewat Mei," katanya. 

Beliau berkata, China dan Malaysia bersetuju bahawa beruang panda itu akan tiba "pada tarikh yang signifikan pada Mei nanti". 

Tarikh 31 Mei adalah ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara. 

Panda dikenali dengan nama Feng Yi (Phoenix) dan Fu Wa (Lucky) yang dilahirkan pada 23 Ogos 2003 itu antara lapan panda yang mendapat perhatian ramai dan turut menyerikan Olimpik Beijing 2008. - AFP 

Tiada ulasan: