Sabtu, 19 April 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Dua MB umno akan diganti ... Siapa?

Posted: 19 Apr 2014 09:18 PM PDT


Satu tulisan pojok pengarang Mingguan Malaysia hari ini membangkitkan spekulasi bahawa dua menteri besar Umno bakal diganti tidak lama lagi.

Tanpa menamakan mana-mana menteri besar, tulisan dalam akhbar milik Umno itu turut mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga sudah mempunyai senarai nama sebagai pengganti.

Dalam pojok Bisik-bisik Awang Selamat itu, editor berkenaan turut menyokong usaha berkenaan, yang menurutnya mampu "menyuntik kesegaran dalam pentadbiran negeri."

"Khabarnya dua menteri besar bakal digantikan tidak lama lagi. Spekulasi mengenainya mulai bertiup bagai sepoi angin petang di pesisiran pantai.

"Tidak perlulah Awang sebut siapa menteri besar berkenaan pada peringkat ini, biarlah ia terus menjadi desas-desus.

"Tentu terdapat tokoh yang boleh dijadikan sandaran, yang Awang percaya Najib sudah ada bayangan calon-calonnya. Kita tunggu," tulisan itu dipetik.

Umno kini menguasai pentadbiran di tujuh negeri dengan menteri besar dari parti tersebut – Perlis, Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

Selain itu, ketua menteri Umno turut mengetuai pentadbiran di dua negeri, Melaka dan Sabah.

Dalam tulisan berkenaan, editor akhbar berkenaan turut melahirkan hasrat agar Najib memperkenalkan muka baru untuk jawatan tertentu dalam Umno.

"Bukan sahaja kepimpinan negeri, ramai yang menyimpan harapan agar perdana menteri yang juga presiden Umno menampilkan muka baharu bagi beberapa jawatan (lantikan) tertentu dalam parti," katanya. - mkini

dimana MH370 : Tempoh 48 Jam Akan Datang Kritikal - Hishammuddin

Posted: 19 Apr 2014 07:33 PM PDT


Diterbitkan: Sabtu, 19 April 2014 3:26 PM

Hishammuddin Hussein.

KUALA LUMPUR: Tempoh 48 jam akan datang akan menjadi saat paling kritikal dalam misi mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dengan kawasan pencarian dikecilkan, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Ia berdasarkan pemahaman saya bahawa usaha mencari memasuki fasa kritikal dalam tempoh 48 jam akan datang.

"Apa saja yang berlaku dalam tempoh itu, kami kemudiannya akan berkumpul semula dan berbincang mengenai langkah seterusnya," katanya pada sidang media di Hotel Royale Chulan di sini, Sabtu.
Hishammuddin turut menafikan laporan media bahawa pengimbasan seluruh kawasan pencarian akan mengambil masa antara enam minggu dan dua bulan.
"Itu tidak benar. Ia seharusnya diselesaikan minggu depan," katanya.

Beberapa pegawai Australia yang memantau operasi tersebut berkata, pencarian di dasar laut untuk mengesan kotak hitam berdasarkan isyarat dikesan oleh alat pengesan pinger akan diselesaikan dalam tempoh lima hingga tujuh hari.
Sementara itu, Hishammuddin berkata misi pencarian akan terus menggunakan kapal selam mini Bluefin-21 untuk kerja mencari di dalam air sementara pihak berkuasa Malaysia kini mengkaji kemungkinan menambah penggunaan aset komersial dalam operasi itu.

Sebelum ini, Perdana Menteri Australia Tony Abbot berkata operasi mencari itu akan dibincang dan dinilai semula sekiranya tidak terdapat perkembangan baharu "dalam masa beberapa hari lagi".

"Di sini, syarikat seperti Deftech, DRB, Boustead dan beberapa syarikat Malaysia telah bertemu dan berbincang dengan rakan mereka dari luar negara berhubung cara bagaimana kita boleh menambah AUV (kenderaan dalam air autonomi)


Hishammuddin mengesahkan bahawa AUV Bluefin-21 berjaya merakam dengan jelas imej keadaan di dasar laut dalam misi pencariannya.

"Bagaimanapun, daripada kesemua enam misi yang dijalankan, sehinga kini, tidak terdapat sebarang penemuan yang berkaitan," katanya sambil menjelaskan bahawa kapal selam mini itu memulakan misi ketujuhnya pagi ini.

Beliau juga menolak laporan media yang membayangkan UAV itu akan mengambil masa antara enam minggu dan dua bulan untuk mengimbas seluruh kawasan pencarian yang ditetapkan.

"Itu tidak betul. Kawasan mencari yang ditetapkan ketika ini akan selesai diliputi Bluefin-21 dalam masa seminggu," katanya.

Beliau berkata kini tibalah masanya bagi pihak yang terlibat dalam operasi mencari itu berbincang tentang penggunaan kapal selam.

Penerbangan MH370 bersama 239 orang ke Beijing, hilang daripada pengesanan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Operasi melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mencari pesawat Boeing 777-200 itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di selatan Lautan Hindi apabila pesawat itu didapati menukar laluannya.

Ditanya sama ada lokasi mencari ketika ini yang berpandukan input daripada satelit Inmarsat perlu dinilai semula, Hishammuddin berkata fokus perlu diberi di kawasan semasa.

"Yang penting sekarang, fokus hari ini dan esok dibuat berdasarkan hasil perbincangan dengan JACC, usaha mengurangkan keluasan kawasan mencari kini berada di peringkat amat kritikal. Saya merayu kepada semua pihak di seluruh dunia supaya berdoa agar kami menjumpai sesuatu yang akan membolehkan kami memberi tumpuan," katanya.

berkata jawatankuasa peringkat kementerian yang dibentuk berikutan kehilangan pesawat itu telah merangka cadangan struktur dan Terma Rujukan Pasukan Penyiasatan Nahas Kapal Terbang bagi MH370.

Langkah itu sejajar dengan Peraturan-peraturan Penerbangan Awam Malaysia 1996 (MCAR 1996) dan Lampiran 13 - Konvensyen Chicago Mengenai Kemalangan Kapal Terbang dan Penyiasatan Kejadian.

Hishammuddin berkata pasukan yang dicadangkan itu akan dianggotai pakar dari dalam dan luar negara.

"Saya juga telah berbincang dengan Sekretariat Asean berhubung kemungkinan melantik beberapan rakan sejawatan kami menganggotai pasukan itu," katanya.

Hishammuddin berkata beliau juga telah berbincang dengan Jean-Paul Troadec, berdasarkan pengalamannya mengendalikan kes kehilangan pesawat Penerbangan 447 Air France, berhubung penggunaan aset komersial swasta bagi membantu operasi mencari Penerbangan MH370.

"Ketika kami akan melangkah ke fasa pencarian berikutnya, saya terharu apabila lebih banyak rakan dari negara lain menyuarakan kesediaan mereka membantu dan menyokong usaha kami untuk mengesan MH370," katanya. - mStar 20/4/14

Dirogol dan diliwat teman lelaki

Posted: 19 Apr 2014 07:42 AM PDT

Pic : google.comPic : google.comSUNGAI BULOH :Seorang remaja berusia 14 tahun terpaksa menempuh detik hitam dirogol teman lelakinya sendiri dalam kejadian di Kampung Paya Jaras dekat sini, minggu lalu.
Menurut sumber, mangsa yang sudah tidak bersekolah itu dikatakan keluar dari rumah di Tanjong Karang Selangor tanpa pengetahuan keluarganya.
"Mangsa dibawa ke rumah sewa teman lelakinya di Kampung Paya Jaras sebelum dirogol dan diliwat.
"Siasatan mendapati mangsa turut dirogol oleh dua lagi lelaki yang merupakan kawan serumah teman lelakinya," katanya.
Menurutnya, teman lelaki mangsa kini direman selama seminggu bagi membantu siasatan, manakala dua lagi rakannya diburu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376 dan 377 kanun keseksaan kerana merogol dan meliwat.

Terima Kasih Harimau Jelutong

Posted: 18 Apr 2014 11:16 PM PDT

'Terima kasih harimau Jelutong' bergema di Dataran Merdeka
"Terima kasih harimau Jelutong"' berkumandang di udara apabila dilaungkan oleh kira-kira 150 yang hadir pada malam memperingati Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur malam tadi.
Meskipun setengah hadirin yang hadir pada malam itu mengakui tidak pernah mengenali atau bercakap dengan ahli politik veteran itu, kehilangan pemimpin hebat itu bagaimanapun amat dirasai.
Bagi Surenjeet Singh, kehadirannya adalah mewakili sebahagian daripada rakyat Malaysia yang berduka mengenai kehilangan pemimpin tersohor itu.
"Perasaan itu seperti kita kehilangan ahli keluarga kita sendiri, dan ia dirasai oleh semua bahawa beliau merupakan pemimpin hebat.
"Dan paling saya kesal apabila saya tidak sempat untuk mengenali beliau, bagaimanapun kita semua tahu bahawa setiap perkataan yang keluar daripada mulut pemimpin itu menunjukkan keperibadiannya," katanya penuh hiba.
Manakala Fellow Institut Pulau Pinang, Dr Wong Chin Huat yang turut tampil berucap pada program itu juga dilihat tidak dapat menahan sebaknya.
Beliau berkata sepanjang tempoh dua bulan ini, rakyat Malaysia menyaksikan kehilangan tokoh yang juga rakan beliau seperti mendiang Irene Fernandez dan juga penulis blog politik terkenal Bernard Khoo atau lebih dikenali sebagai Zorro.
"Karpal sepanjang hidupnya hinggalah saat terakhir beliau tidak pernah berhenti berjuang, dan saya amat berterima kasih kerana Malaysia mempunyai pemimpin yang hebat.
‎Wong berkata dengan pemergian Karpal yang turut dikenali sebagai 'Harimau Jelutong' itu akan membangkitkan kesedaran kepada rakyat Malaysia untuk meneruskan ‎apa yang diperjuangkan pemimpin itu.
"Sepanjang hayat beliau tidak pernah berhenti untuk memperjuangkan hak asasi untuk mereka yang tertindas .
"Dan paling penting meskipun mendiang sudah tiada, namun‎ kita yang masih ada perlu meneruskan perjuangan beliau, selagi Jelutong ada di dalam peta, maka 'Tiger' tidak akan dilupakan," katanya.
Malam memperingati mendiang Karpal dianjurkan oleh NGO Kill The Bill, iaitu sebuah ‎ gerakan yang ditubuhkan menentang Akta Ketenteraman Awam.
Ahli jawatankuasa, Phang Sce Hwal berkata agenda pada malam itu sebenarnya ‎merupakan perancangan saat akhir.
Selain acara menyalakan lilin, sehelai kain rentang putih untuk hadirin menulis mesej memperingati mendiang turut disediakan.
"‎Marilah kita berdoa mengikut agama masing-masing kita yang hadir di sini dalam tempoh yang singkat atas rasa sayang kita kepada mendiang untuk menghargai sumbangan beliau kepada negara," kata Phang.
Turut kelihatan hadir pada malam itu ialah Pengerusi Ahli Jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam, Andrew Khoo‎.
"Karpal adalah hero negara, dan kita akan sentiasa mengingati ketegasan dan kelantangan beliau, terutamanya ketika di Parlimen.
"Saat beliau membaling pensil di Parlimen akan terus berada di ingatan, dan mendiang semasa hidupnya bergelut dengan terlalu banyak cabaran dan terbaru lagi, kes hasutannya.
"Beliau sentiasa berjuang dalam hidupnya demi masyarakat mewakili rakyat yang tidak mempunyai suara, itulah Karpal," kata Andrew.
Karpal, 73, terbunuh dalam kemalangan kereta malam semalam kira-kira jam 1 pagi di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Kampar, Perak apabila Toyota Alphard beliau bertembung dengan sebuah lori.
Pembantu peribadi Karpal, Michael Cornelius Selvam Vellu, turut meninggal dunia dalam kemalangan itu, manakala anaknya Ramkarpal dan pemandu terselamat dengan kecederaan kecil.
Sejak semalam, ribuan orang melawat rumahnya di Pulau Pinang untuk memberi penghormatan terakhir kepada orang yang dianggap oleh banyak pihak sebagai salah seorang daripada ahli politik terbaik di negara ini. –TMI

Tiada ulasan: