Khamis, 17 April 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Al Fatihah ... Pengacara terkenal era 70an, 80an, Taufik Latif, 69, meninggal dunia

Posted: 17 Apr 2014 07:00 PM PDT


SUBANG JAYA: Pengacara terkenal era 70an dan 80an, Taufik Latif, 69, meninggal dunia di Pusat Perubatan Sime Darby, di sini, kira-kira jam 12 tengah malam tadi akibat masalah jantung, darah tinggi dan kencing manis.
Jenazah akan dikebumikan di Kg Bandar Dalam, Sentul jam 11 pagi ini. [18/4/14]

Kuala Lumpur, 18 April
Taufik Latif telah kembali ke rahmatullah pada jam 11.45 malam tadi. Jenazah akan dibawa ke rumah bondanya di Lot 588, Off Persiaran Pelangi, Kampung Bandar Dalam, Sentul, Kuala Lumpur untuk urusan pengebumian.
Taufik membina populariti sekitar tahun 1975 hingga 1986 menerusi pertandingan Bintang RTM yang dikendalikannya.
Ketika itu, mendengar suaranya, sudah cukup membuatkan peminat pertandingan itu akan mengadap TV dari awal hingga ke akhir rancangan.
Setiap kali muncul di kaca TV, Taufik tidak akan mengabaikan penampilan. Dia sentiasa dilihat bergaya dengan kot dan bertali leher serta sepatu bertumit (cukup popular di era 1970-an).

Mendiang Karpal Singh puji PAS [VIDEO]

Posted: 17 Apr 2014 06:10 AM PDT

.


Hina kematian Karpal: MCA dakwa otak Zulkifli Noordin ‘penuh sampah'

Posted: 17 Apr 2014 04:41 AM PDT

Hina kematian Karpal: MCA dakwa otak Zulkifli Noordin 'penuh sampah'
MCA mengecam bekas ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin sebagai tidak mempunyai otak kerana kenyataan tidak munasabah selepas kematian ahli politik veteran DAP, Karpal Singh awal pagi ini.
Dalam kenyataan melalui akaun Twitter @zukiflinoordin beliau dilihat seolah-olah "lega" dengan kematian ahli Parlimen Bukit Jelutong itu kerana pelaksanaan hudud Kelantan akan lebih mudah dengan ketiadaan Karpal.
"Nampaknya Zulkifli Noordin sudah hilang rasional dengan cuba mendapatkan perhatian politik apabila mengeluarkan kenyataan tidak berperikemanusiaan," kata Ketua Biro Publisiti, Datuk Chai Kim Sen dalam satu kenyataan hari ini.
Chai menyifatkan bekas naib presiden Perkasa itu sebagai terlupa sifat asas setiap manusia.
"Zulkifli kelihatan terlupa dengan sifat asas yang diperlukan oleh setiap manusia," katanya.
Zulkifli berkata kematian Karpal akan memudahkan lagi kerajaan Kelantan dalam melaksanakan Hukum Hudud yang selama ini ditentang hebat oleh DAP.
"Moga perjuangan untuk melaksanakan hudud di Kelantan berjaya.
"Alhamdulillah dengan kesatuan akidah Umno-PAS dan ketiadaan Karpal, saya percaya laluan makin dipermudahkan!" kata Zulkifli.
Chai menegaskan isu politik tidak boleh dijadikan alasan untuk menyakiti orang lain, mendesak Zulkifli yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Shah Alam dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu supaya bersara daripada politik.
"Amalan dalam politik tidak sepatutnya disalahguna dan menyinggung perasaan orang lain, tambah-tambah jika ia melibatkan kebajikan orang ramai.
"Jika Zulkifli tidak memahami kebenaran ini, atau tidak tahu tentang konsep hormat, beliau boleh bersara daripada politik," kata Chai lagi.
Karpal maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada kira-kira jam 1.30 pagi ini.
Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah pembantu peribadinya, Michael Cornandez sementara anaknya, Ram Karpal mengalami cedera parah.
Karpal yang dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bagi menghadiri satu kes mahkamah, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. –TMI

Tiada ulasan: