Kelab Greenboc |
- MH370 Hilang: Pegawai Kanan Lapor Terus Kepada CNN, Bukti Ada Orang Dalam?
- Susulan Kes Pelajar UITM Perlis Dicabul Pensyarah
- [BONGKAR] Benarkah Pemuda Hina Rosmah Itu Penyokong PR?
MH370 Hilang: Pegawai Kanan Lapor Terus Kepada CNN, Bukti Ada Orang Dalam? Posted: 07 Apr 2014 01:47 AM PDT MH370 dipercayai terbang menyusuri pinggir ruang udara Indonesia elak dikesan Pesawat Penerbangan Malaysia MH370 dipercayai terbang di utara Indonesia dan menyusuri pinggir ruang udara negara itu dalam perjalanannya ke selatan Lautan Hindi, kata seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia seperti dilapor agensi berita CNN. Kesimpulan itu dicapai oleh kumpulan penyiasat setelah mengkaji data radar dari negara jiran itu. Laporan CNN turut menyebut bahawa kapal terbang itu tidak terbang merentasi Indonesia atau ruang udara Indonesia selepas membuat satu pusingan ke arah barat di Laut China Selatan dan terbang di utara Semenanjung Malaysia, sumber itu berkata. Tambahnya, pesawat itu mungkin sengaja terbang di sepanjang laluan yang telah dirancang untuk mengelak pengesanan radar. Terdahulu, kapal peronda China, Haixun mengesan dua isyarat akustik sepanjang 36 jam lalu, kata ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston. "Kapal tersebut mengesan dua isyarat dan memberikan sedikit harapan," katanya . Sementara itu, isyarat getaran dengan frekuensi 37.5 kHz di kawasan carian pesawat penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi yang dikesan kapal peronda China semalam masih belum dapat disahkan setakat ini. Houston berkata isyarat berkenaan 'konsisten' dengan kotak hitam dari pesawat Penerbangan Malaysia yang hilang sejak 8 Mac lalu itu. Katanya lagi, selain kapal Haixun, kapal perang Austarlia Ocean Shield turut mengesan isyarat kira-kira 300 batu dari kapal China. -TMI ULASAN GB Menghairankan. Bagaimana seorang pegawai kanan kerajaan boleh membuat kenyataan "MH370 dipercayai terbang di utara Indonesia dan menyusuri pinggir ruang udara negara itu dalam perjalanannya ke selatan Lautan Hindi" kemudian dilaporkan pula oleh CNN. Ia tidak dilaporkan melalui akhbar-akhbar arus perdana di dalam negara. Utusan sepatutnya membantah laporan ini seperti mana semalam, Penolong Pengarangn akhbar milik Umnoitu tidak menolak kemungkinan insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 ketika dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac itu angkara Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS). Baca SINI. Lagipun, semacam wujud satu kerjasama erat di antara media CNN dengan pegawai kanan kerajaan yang dimaksud itu. Kedua, apakah kenyataannya itu untuk menutup konspirasi Amerika khususnya CIA yang ada maklumat lain mengenai perbangan tersebut? Ketiga terbang rendah menyusuri ruang pantai Indonesia untuk elakkan radar? Jika terbang rendah mesti sudah ada rakyat dari kedua-dua negara yang duduk di pantai Selat Melaka (samada pantai timur Indonesia atau pantai barat Malaysia) yang terlihatnya. Selat Melaka sentiasa sibuk dengan kapal-kapal dagang yang berulang-alik, namun tiada satu pun laporan dari mereka yang ada melihat jika ada pewasat yang terbang rendah. |
Susulan Kes Pelajar UITM Perlis Dicabul Pensyarah Posted: 06 Apr 2014 06:29 PM PDT Pensyarah Cabul Kerhormatan Itu Adakah Benar Professor Izzi Haji Ali? Pensyarah Raba Payudara Itu Adakah Benar Professor Izzi Haji Ali? Semalam Harian Metro mengeluarkan berita mengenai kelakuan tidak senonoh seorang pensyarah IPT Awam. Namun, baru hari ini kecoh media sosial apabila tersebarnya satu salinan Laporan Polis yang dibuat oleh pelajar wanita di UiTM Arau, Perlis itu yang mendakwa dirinya dir*ba oleh pensyarah yang juga seorang pakar motivasi terkenal. Nurul Shuhada binti Shahadan, dalam laporannya mendakwa pensyarah Matematiknya, Prof Izzi Hj. Ali telah melakukan perbuatan tidak senonoh itu di dalam pejabatnya. Baca laporan penuh dibawah: Pada 28/3/2014 jam lebih kurang 2.30 petang saya telah pergi ke pejabat Prof Izzi (MD Izuddin Bin Hj Ali) komplek Star No F204 dalam UiTM Arau Perlis untuk mengulangkaji pelajaran matematik. Semasa didalam pejabatnya, terdapat saya dan (2) rakan saya nama:Nur Erina Fazlin dan Nur Syafina. Kemudian Prof Izzi telah datang kearah saya dan duduk bersila disebelah saya. Selepas itu, saya telah bertanyakan kepada prof izzi berkenaan dengan subjeknya. Tiba-tiba Prof Izzi telah meraba saya bermula dibahagian kaki sehingga kebahagian d*da saya tanpa kerelaan saya. dalam masa yang sama juga prof izzi telah mer*mas buah d*da saya dengan beberapa kali. dalam kejadian ini saya berasa takut untuk menghalang prof izzi melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap saya kerana saya bimbang kertas peperiksaan akan saya ambil pada hari ahad 30/03/2014 gagal. Sebelum ini prof izzi pernah berkelakuan seperti itu di dalam kelasnya semasa sesi pembelajaran berlangsung. Hampir setiap kali saya menghadiri kelasnya prof Izzi berkelakuan tidak senonoh seperti mengambil kesempatan terhadap saya dengan menggeselkan kakinya ke kaki saya. Saya juga dapat tahu perkara ini telah berlaku kepada kawan-kawan saya yang lain. Perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak atas UiTM Arau Perlis. Tujuan saya buat repot adalah kerana tidak puas hati dengan tindakan prof Izzi memandangkan kejadian ini menjatuhkan maruah saya dan bimbang takut terjadi apa-apa ke atas diri saya dikemudian hari. Datang balai buat laporan. Pelajar UiTM Arau buat laporan polis dakwa diraba Prof Izzi Hj Ali 'Selamat beramal' pic.twitter.com/sb5P1wIj31 — J o e (@azizul_MY) April 4, 2014 Sekiranya dakwaan Nurul Shuhada itu benar, kejadian ini pasti amat memalukan buat seorang pakar motivasi dan siasatan perlu dijalankan segera. Namun, sekiranya ini hanya fitnah semata-mata, Prof Izzi juga perlu tampil menjawab dakwaan itu untuk membersihkan namanya. Sebelum ini, Prof Izzi mula dikenali melalui satu slot motivasi yang bersiaran di Radio Hot FM. Ramai yang mengenali beliau dengan tagline 'renung-renungkan dan selamat beramal'… sumber: FB Wa Allahu'alam.. -matabulat.my |
[BONGKAR] Benarkah Pemuda Hina Rosmah Itu Penyokong PR? Posted: 06 Apr 2014 08:50 AM PDT PPemilik akaun Facebook 'Syed Saifullah' ditahan polis tengah malam tadi Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama "Syed Saifullah" ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar yang menunjukkan cebisan daging dan wajah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata lelaki berusia 25 tahun itu, yang bekerja di sebuah kedai dobi, ditahan di rumahnya di Seri Iskandar, Perak kira-kira 12.05 tengah malam tadi. "Polis turut memeriksa rumah lelaki berkenaan dan merampas antaranya satu telefon bimbit, satu set komputer dan pemacu," katanya hari ini. Mohmad berkata lelaki itu direman sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam. Baru-baru ini, akaun Facebook yang menggunakan nama "Syed Saifullah" memuat naik status dan sekeping gambar cebisan daging dan wajah Rosmah yang kemudian menjadi tumpuan dalam laman sosial itu. Antara teks yang dimuat naik oleh akaun itu ialah "Dari ia kite datang, dan dari ia jugak kiter dikembalikan... pesawat yang membawa isteri dan PM dlm perjalanan pulang dari Perth telah hilang dari radar dan dijumpai terhempas kat Lautan Sumatera Selatan... Al-Fatihah". Dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini, Rosmah menasihatkan individu itu supaya kembali ke pangkal jalan. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata polis menerima dua laporan mengenai Twitter Pray4Rosmah ekoran kenyataan di dalam Twitter itu boleh menyebabkan ketakutan dan kegentaran kepada awam yang boleh mengganggu ketenteraman awam. "Ia juga disifatkan menganggu dan tidak menghormati keluarga mangsa MH370 yang masih dibelenggui dengan pencarian MH370 yang belum ditemui," katanya. Gan berkata kedua-dua laporan itu disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan (mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mendorong ketakutan dan kegentaran kepada awam) dan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Bernama ULASAN GB Dihebohkan melalui media sosial terutama blog-blog pro-UMNO bahawa pemuda berkenaan ialah seorang penyokong Pakatan Rakyat. Namun ada beberapa keraguan mengenai status pemuda berkenaan, apakah benar beliau penyokognPR? Dan di dalam sebuah blog, dinyatakan bahawa Syed Saifullah telah mengaku dirinya ahli Red Bean Army. Bagi GB di sini terdedahnya "kepalsuan" bahawa pemuda ini penyokong PR. Kerana apa? Benarkah beliau ahli Read Bean Army (RBA), sedangkan pertubuhan yang bernama RBA itu diragui kewujudannya dan umum mengetahui bahawa RBA hanyalah fantasi liar dan rekaan UMNO, rekaan Awang Selamat dan Utusan bagi menutup kewujudan Unit Media Baru kepunyaan UMNO yang sememangnya menerima pembiayaan besar dari parti tersebut. Setakat ini BELUM ada sabarang bukti kewujudan Red Bean Army. Berita mengenai pemuda ini menyusul selepas satu kenyataan dari sebuah NGO yang mendakwa kononnya beliau mempunyai senarai nama 'tentera siber' pembangkang yang dipercayai dibiayai oleh 20 syarikat besar di dua buah negeri Pakatan Rakyat. Seramai 800 Red Bean Army didakwa menerima bayaran lumayan sehingga RM3,000 sebulan untuk memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional dengan pelbagai provokasi. Kebenaran akan tetap terbongkar. GB yakin pemuda tersebut akan dilepaskan dengan jawapan klise yang ada sebelum ini... "tulisan saya di media sosial itu hanya main-main dan bergurau..." dan yang demikian ternyata beliau bukan penyokong PR! |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan