Kelab Greenboc |
- Polis & BERNAMA Tidak Wajar Lagi Gunakan Istilah "Perhimpunan Haram"
- [VIDEO & TERJEMAHAN] PANAS: Obama Tegur Najib Depan-depan Dan Sokong Anwar!
- [10 GAMBAR] Senarai Mangsa Cedera Kemalangan Bas UIAM Di Km 25.1 PLUS
- Feri Karam PM Korea Letak Jawatan, MH370 Hilang, Bila Najib Mahu Letak Jawatan?
Polis & BERNAMA Tidak Wajar Lagi Gunakan Istilah "Perhimpunan Haram" Posted: 28 Apr 2014 01:15 AM PDT PKR bidas IGP masih mahu notis 10 hari PAA Naib Presiden PKR N Surendran menyifatkan pendirian Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa mereka yang mengadakan perhimpunan awam masih perlu memberi notis 10 hari, sebagai 'tidak bertanggungjawab ', 'angkuh ', dan 'mengingkari' mahkamah Surendran berkata ekoran keputusan Mahkamah Rayuan bahawa adalah tidak sah untuk menghukum mereka yang gagal berbuat demikian, maka tidak ada undang-undang untuk menguatkuasakan keperluan tersebut. Alasan mahkamah, tegas Surendran, ialah hak orang ramai untuk berhimpun secara aman tidak boleh tertakluk kepada 'criminal sanction'. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, Khalid perlu membaca penghakiman penuh sebelum membuat komen yang mengelirukan. Surendran, yang merupakan peguam perayu dalam kes tersebut, menjawab komen Khalid mengenai Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 yang disiarkan oleh The New Straits Times online hari ini. Khalid dilaporkan berkata walaupun mahkamah telah membatalkan Seksyen 9 ( 5) PAA berkaitan hukuman kerana tidak memberi polis notis 10 hari, tetapi keperluan itu, katanya, masih kekal dalam Seksyen 9 (1) undang-undang yang sama,. Khalid dilaporkan berkata bahawa keperluan undang-undang itu perlu dipatuhi kerana ia menyatakan bahawa notis 10 hari hendaklah dikemukakan (sebelum mengadakan sebarang perhimpunan). Surendran berhujah bahawa tanpa Seksyen 9 (5), maka tidak ada kewajipan undang-undang untuk orang ramai memaklumkan kepada pihak polis tentang perhimpunan yang akan diadakan dan oleh itu, pemakluman tersebut adalah sukarela semata-mata. "Pemakluman kepadapihak polis mungkin boleh membantu dari segi kawalan trafik dan logistik yang lain, dan perlu digalakkan. Malah, katanya, adalah diharapkan kebanyakan penganjur perhimpunan besar akan terus secara sukarela memaklumkannya kepada pihak polis mengenai tarikh dan tempat perhimpunan.
ULASAN GB Alhamdulillah, nampaknya apa yang GB ulaskan sebelum ini telah disahkan dengan keputusan Mahkamah Rayuan. Di dalam ulasan GB sebelum ini GB telah menulis di SINI. Petikan: Menggunakan istilah "perhimpunan haram" oleh pihak berkuasa bersama-sama dengan sekalian media massa termasuk BERNAMA sudah merupakan satu kesilapan. Di Malaysia ini cukup pelik, perhimpunan aman pro-PR sentiasa dilabelkan sebagai perhimpunan haram. Pelbagai publisiti buruk diberikan bagi menghalang rakyat menyertainya sedangkan perhimpunan yang betul-betul haram tajaan UMNO/BN atau para sekutunya seperti PERKASA, PEKIDA & JATI diberikan publisiti yang muluk-muluk dan lansung tidak disentuh oleh pihak berkuasa. Putrajaya tidak boleh menafikan kebenaran. GB sudah menyatakn lebih awal lagi iaitu apabila pihak berkuasa terutama polis dan media massa kangkung sentiasa memainkan istilah "perhimpunan haram" terhadap perhimpunan aman yang disertai rakyat, sebenarnya ia akan hanya mengundang krtikan di mata dunia dan merudumkan indeks kebebasan bersuara dan hak asasi manusia. Dengan keputusan Mahkamah Rayuan berkenaan, jelas kenyataan-kenyataan yang merujuk perhimpunan aman sebagai perhimpunan haram adalah perbuatan "menghina mahkamah" dan mereka yang terlibat termasuk KPN dan BERNAMA boleh dikenakan tindakan undang-undang. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[VIDEO & TERJEMAHAN] PANAS: Obama Tegur Najib Depan-depan Dan Sokong Anwar! Posted: 27 Apr 2014 10:18 PM PDT Obama: Bukan kami tidak pedulikan Anwar Presiden AS Barack Obama berkata keputusannya untuk tidak mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kunjungannya ke Kuala Lumpur tidak bermaksud bahawa beliau tidak mempedulikan keadaan yang dialami oleh ketua pembangkang itu. Dalam satu sidang media bersama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, beliau diminta menjelaskan mengapa beliau tidak mengulas mengenai sabitan kes Liwat II ke atas Anwar. "Kenyataan bahawa saya tidak bertemu Anwar tidak menunjukkan kurang peduli," katanya menurut laporan BBC. Pemimpin PKR sebelum ini membangkitkan bahawa Obama harus bertemu Anwar sebagai pengiktirafan kepada Pakatan Rakyat yang memperolehi 52 peratus undi popular dalam pilihan raya umum lalu. PKR juga mahu pertemuan itu menjadi pengiktirafan bahawa sabitan kes Liwat II bermotifkan politik. Walau Obama tidak akan membuat pertemuan dengan Anwar, penasihat keselamatan AS Susan Rice dijangka akan bertemu Anwar tidak lama lagi. Najib dan Obama mengadakan sidang media bersama selepas perbincangan dua hala di Putrajaya pagi ini. Mengulas mengenai hak asasi di Malaysia, Obama berkata: "Malaysia masih perlu berusaha dalam isu hak asasi, seperti juga AS. Saya komited dalam memastikan isu dibangkitkan dalam cara membina". Tambahnya, beliau berkongsi pandangan Najib bahawa masyarakat yang menghormati hak sivil akan menjadi lebih berjaya dalam abad ke-21. Obama singgah ke Malaysia untuk kunjungan dua hari dalam rangka lawatannya ke rantau ini. -mk Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[10 GAMBAR] Senarai Mangsa Cedera Kemalangan Bas UIAM Di Km 25.1 PLUS Posted: 27 Apr 2014 05:00 PM PDT Tiga pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dilaporkan kritikal selepas bas universiti yang dinaiki hilang kawalan lalu terjunam ke tempat takungan air sebuah tapak pembesaran jalan di KM25.1 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara di Kuala Lumpur, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, lima pelajar lagi turut dilaporkan parah manakala 23 yang lain termasuk pemandu bas cedera ringan. Pemangku Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, ASP Mohd Fadhli Daud, berkata semua pelajar berusia antara 19 dan 24 tahun itu adalah warga tempatan dan dipercayai dalam perjalanan ke Bukit Cerakah, Shah Alam untuk program ukhuwah Kelab Student Facilitating Front (Stuff) UIAM. "Semua pelajar yang kritikal berusia antara 21 dan 22 tahun dihantar bersama 26 yang lain ke Hospital Sungai Buloh, seorang dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur dan seorang lagi iaitu pemandu bas dirawat di Klinik UIAM Gombak," katanya. Mohd Fadhli berkata, sebelum kejadian pemandu bas berusia 39 tahun ada mengadu kurang sihat namun polis sedang menjalankan siasatan punca kejadian. Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Che Ku Mohd Azizan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.45 pagi sebelum mengerahkan empat jentera bersama 16 anggota ke tempat kejadian. "Setiba di tempat kejadian, ada antara mereka terperangkap di celah kerusi namun semuanya berjaya dibawa keluar kurang sejam kemudian," katanya. Seorang pelajar Mohd Farhan Affendi Yunos, 21, berkata dia sedang berbual-bual bersama rakannya ketika kejadian sebelum bas berkenaan tiba-tiba tergelincir ke tepi jalan lalu terbabas. "Saya ingatkan tidak apa-apa akan berlaku namun sangkaan saya meleset apabila bas itu kemudian terjunam pula ke takungan air di tapak pembesaran jalan itu," katanya. Mohd Farhan berkata, rakan di sebelahnya cedera di muka apabila terkena tingkap bas sewaktu bas terbalik manakala dia hanya cedera di kaki akibat terhimpit di antara rakannya dan kerusi bas. – Bernama,
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Feri Karam PM Korea Letak Jawatan, MH370 Hilang, Bila Najib Mahu Letak Jawatan? Posted: 27 Apr 2014 03:31 AM PDT PM Korea Selatan letak jawatan, bertanggungjawab insiden feri karam SEOUL: Perdana Menteri Korea Selatan Chung Hong-Won meletak jawatan atas bertanggungjawab terhadap insiden feri karam yang menyebabkan lebih 300 orang terkorban dan hilang. "Saya memohon maaf kerana tidak dapat menghalang perkara ini berlaku dan tidak dapat memberi respon atas perkara ini," katanya. "Saya percaya, sebagai Perdana Menteri, saya perlu bertanggungjawab dan meletak jawatan," Sewol, feri penumpang terbesar, karam bersama 476 penumpang -kebanyakkan daripada mereka kanak-kanak sekolah - dalam perjalanan menuju ke selatan pulau peranginan Jeju pada 16 April lalu. Sehingga Ahad, jumlah kematian akibat tragedi itu dilaporkan 187 orang dengan 115 diambil kira. Kerajaan Korea Selatan, bersama semua jabatan rasminya, telah dikritik hebat akibat nahas ini dan pengedalian operasi menyelamat. "Kemalangan ini membuatkan seluruh Korea Selatan berada dalam kejutan dan dukacita . Banyak hari telah berlalu sejak kemalangan itu, namun jeritan keluarga yang hilang masih membuatkan saya terjaga pada waktu malam," kata Chung pada sidang media yang disarkan di televisyen. "Kepada rakyat Korea Selatan, ini bukan masa untuk menunding jari kepada satu sama lain tetapi masa untuk menyelesaikan operasi menyelamat dan mengendalikan sebaiknya. Saya menyeru anda membantu mengatasi situasi sukar ini. "Saya benar-benar berharap agar rakyat Korea Selatan dan keluarga mangsa Sewol akan memaafkan dan memahami saya kerana tidak dapat memenuhi tanggungjawab saya hingga akhir. Sekali lagi saya mohon anda memberi sokongan (kepada operasi menyelamat)." Biarpun semua harapan untuk mencari mangsa yang terselamat telah dipadamkan, namun kemarahan dan kekecewaan keluarga mangsa masih ada terhadap tahap gerakan menyelamat. Semua 15 anak kapal yang terselamat kini ditahan dan berdepan tuduhan melakukan janayah kerana cuai akibat meninggalkan penumpang. "Saya ingin meletak jawatan lebih awal namun memberikan keutamaan kepada mengendalikan situasi ini dan saya fikir ia perbuatan bertanggungjawab untuk membantu sebelum meninggalkan," kata Chung. "Tapi saya memutuskan untuk meletak jawatan sekarang tidak menjadi beban kepada pentadbiran," katanya. -astroawani ULASAN GB Feri karam bersama 476 penumpang, ada mayat yang ditemui. Tetapi PM Korea Selatan letak jawatan kerana bertanggungjawab terhadap insiden feri karam. Di Malaysia, pesawat MH370 hilang berdama 250 orang dan lansung tidak ditemui. Tetapi Najib dan Hishamuddin TIDAK meletakkan jawatan. Lansung tidak tahu malu dan tidak bertangungjawab! Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan