Kelab Greenboc |
- Gejala Sosial Wechat,Whassup Ibubapa Sila Pantau Anak Anda!!! [8 Gambar]
- Utusan Hanya Menjaga Aib Pemimpin UMNO
- [VIDEO] Tayar MH192 Terbakar, Pesawat Mendarat Cemas, Semua Selamat
- [VIDEO] Aksi Ritual Bomoh 1Malaysia Di Gua Tempurung, Mana JAKIM, Mana Jabatan Agama?
Gejala Sosial Wechat,Whassup Ibubapa Sila Pantau Anak Anda!!! [8 Gambar] Posted: 21 Apr 2014 01:14 AM PDT Mohon mak bapak pantau anak2 anda. Tengok operasi anak2 anda. We chatnya, wasapnya, fesbuknya, twitternya. Makin melampau2 dah. Jangan percaya walaupun 10% pada anak2 zaman sekarang. Ni sampai dah tahap cium mulut, pastu jadi cover photo memang dah melampau tahap maksimum dah ni. Tak tahu erti malu kan? Ok sekarang rasakan apa itu malu. -theseriusmedia Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Utusan Hanya Menjaga Aib Pemimpin UMNO Posted: 21 Apr 2014 12:17 AM PDT Pandai pula Utusan jaga aib pemimpin Umno... SESIAPA yang membaca akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac lalu tentunya tertanya-tanya dengan maklumat yang dipaparkan akhbar tersebut. "Ahli politik wanita didakwa berkhalwat," lapor Utusan. Menurut laporan itu, seorang ahli politik wanita bersama pasangannya masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Kangar atas tuduhan berkhalwat di sebuah hotel pada awal Mac lalu. Ahli politik wanita berusia 34 tahun yang disebut namanya itu dituduh berkhalwat dengan seorang ahli perniagaan berusia 57 tahun. Mereka ditahan ketika berada di sebuah bilik hotel pads pukul 1.30 pagi, 3 Mac lalu. Ahli politik itu didakwa di bawah Seksyen 9(2) Enakmen Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis 1991 manakala pasangan didakwa di bawah Seksyen 9(1) enakmen yang sama. Sabit kesalahan, kedua-duanya boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5000 atau penjara tidak lebih dari tiga tahun atau kedua-duanya. Hakim Syarie menetapkan tarikh perbicaraan kepada 14 Mei. Bagi mereka yang tidak mengikuti secara dekat politik Perlis, identiti ahli politik wanita itu pastinya menjadi tanda tanya memandangkan dia tidak dikenali di peringkat nasional. Hanya setelah membaca laporan The Star pada tarikh yang sama kita akan mengetahui bahawa ahli politik wanita itu sebenarnya mengetuai salah satu sayap Umno negeri Perlis. Pastinya kita kagum dengan keprihatinan Utusan dalam memelihara aib pemimpin parti itu di khalayak pembaca. Utusan bukan sahaja tidak menyiarkan jawatan yang disandang ahli politik wanita itu walaupun ianya jawatan tinggi parti di peringkat negeri, malah tidak menyiarkan gambarnya seperti dilakukan The Star. Sekali lagi syabas diucapkan kepada Utusan kerana memelihara aib manusia. Namun sayangnya tindakan menjaga aib itu hanya dikhususkan kepada para pemimpin Umno. Sebagai bukti, Utusan pada tarikh yang sama menyiarkan wawancara bersama pensyarah bidang ilmu dan peradaban, Prof Datuk Dr Sidek Baba yang sarat dengan kecaman dan kata nista terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sidek yang disifatkan Utusan sebagai "begitu rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya satu ketika dulu" kini tergolong dalam kelompok bekas kenalan dan penyokong Anwar yang lantang mengecam dan menghodohkan peribadi Anwar. Sidek mendakwa masih mendukung dan bersimpati dengan Anwar sejak 1998 hingga 2011. Namun mengaku berubah pendirian selepas Anwar menghadapi pertuduhan liwat kedua. Sidek mengakui telah menemui 30 orang antaranya bekas penasihat agama Anwar, Datuk Wan Zahidi Wan Teh, bekas Ketua Pemuda KeADILan, Ezam Mohd Nor, bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin, Timbalan Menteri Luar, Hamzah Zainuddin dan tidak ketinggalan mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendapatkan maklumat tentang Anwar. Mengaku sebagai 'orang akademik' dan 'ahli dakwah', Sidek dipetik Utusan sebagai berkata, "kebenaran maklumat adalah penting dan pedoman syarak adalah mustahak" sebelum beristikharah memohon petunjuk Allah. Beliau memberikan tiga sebab untuk "meninggalkan Anwar" iaitu mendakwa Anwar mendokong pluralisme agama, hubungan Anwar dengan pihak luar "yang kontroversial" dan masalah integriti yang dimiliki Anwar. Memang pelik dan dangkal bagi seorang yang mendakwa ilmuwan dan syarie untuk membuat kesimpulan berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada musuh politik Anwar. Apatah lagi sebahagian daripada mereka disifatkan oleh aktivis veteran Umno dan Setiausaha BN Bandar Tun Razak, Zaharin Md Yassin sebagai 'biawak'. Namun itulah standard 'keilmuwan' dan 'komitmen syarak' Sidek yang kita mahu atau tidak mahu akui. Bagi mereka yang mahu menilai sejauh mana kekuatan intelek Sidek dalam isu Anwar dan ulasannya tentang politik negara bolehlah membaca wawancara 1/3 muka Utusan dengan beliau. Berbalik kepada komitmen Utusan dalam menjaga aib pemimpin politik, bolehlah dibuat kesimpulan bahawa akhbar milik Umno itu hanya berminat menjaga aib pemimpin parti itu sahaja. Seperti kata Presiden PKR yang juga Adun Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini, "Apa perasaan YB (Adun-Adun Umno-BN) jika menjadi mangsa fitnah (qazaf) selama 16 tahun?" Itu sebenarnya ingatan ikhlas daripada isteri Anwar sendiri kepada pemimpin Umno dan mediumnya Utusan Malaysia tentang budaya fitnah dan qazaf yang kini telah berakar subur dalam parti itu. Yang lebih mengaibkan, tatkala ghairah menyuburkan budaya qazaf, lebih ramai pemimpin Umno yang diragui moral dan integritinya menjawat jawatan penting dalam kerajaan. Rasanya perlu untuk Prof Sidek beristikharah bagi memohon petunjuk Allah kerana kini berada dalam kelompok ahlul qazaf... -------------------------------- Qazaf adalah satu kesalahan jenayah syariah apabila seseorang menuduh lelaki/wanita yang baik melakukan zina (termasuk liwat) tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki yang adil. -Ahmad Tajdid/HD Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[VIDEO] Tayar MH192 Terbakar, Pesawat Mendarat Cemas, Semua Selamat Posted: 20 Apr 2014 08:42 PM PDT Tayar pesawat MH192 ke India terbakar, terpaksa patah balik, selamat mendarat di KLIA Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH192 dalam perjalanan ke Bangalore, India yang terpaksa berpatah balik kerana berdepan masalah kerosakan gear selepas tayarnya terbakar selamat melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 1.56 pagi tadi. MAS dalam satu kenyataan yang dikeluarkan jam 3.18 pagi tadi berkata, syarikat tersebut mengesahkan punca kerosakan adalah kerana tayar di bahagian kanan utama gear pendaratan pesawat terbakar semasa berlepas. "Kawalan Udara Trafik Kuala Lumpur memberi amaran kepada kapten juruterbang selepas serpihan tayar ditemui di landasan. "Pusat Operasi Kawalan Malaysia Airlines (OCC) kemudiannya dihubungi pada jam 10.25 malam. Atas dasar keselamatan, pesawat itu diarahkan untuk berpatah balik," kata kenyataan itu. Jabatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) dikerahkan ke KLIA sejurus selepas juruterbang diarahkan berpatah balik untuk melakukan pendaratan kecemasan. Berita mengenai MH192 berlegar-legar di udara mula tersebar luas di media sosial dan disahkan oleh MAS dalam satu kenyataan rasmi. "Malaysia Airlines mengesahkan pesawat MH192 yang berlepas dari KLIA pada 10.09 malam ke Bangalore, India berpatah balik ke Kuala Lumpur. "Pesawat itu mengalami masalah gear sebelah kanan tidak berfungsi dan dijangka melakukan pendapatan kecemasan kira-kira jam 2 pagi ini," kata MAS dalam kenyataan pertamanya. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberikan reaksi kelegaan berhubung insiden tersebut. "Semua penumpang selamat, Alhamdullilah apa pun saya kini bersiap-siap untuk turun ke (KLIA)," katanya di akaun Twitter @HishammuddinH20. Pesawat MH192 jenis B737-800 berlepas dari KLIA pada 10.09 malam dan sepatutnya mendarat di Bangalore kira-kira jam 11.32 malam pada hari sama. MAS melakukan penjadualan semula penerbangan itu yang akan berlepas dari KLIA pada 3.30 petang ini dan dijangka sampai ke Bangalore pada jam 5 petang hari ini. Pesawat MH192 kelihatan di KLIA apabila berjaya mendarat dengan selamat awal pagi tadi selepas terpaksa berlegar-legar di ruang udara sebelum melakukan pendaratan kecemasan. Pesawat MH192 kelihatan di KLIA apabila berjaya mendarat dengan selamat awal pagi tadi selepas terpaksa berlegar-legar di ruang udara sebelum melakukan pendaratan kecemasan. Pesawat MH192 membawa 159 penumpang dan tujuh anak kapal dan mereka kini ditempatkan di hotel berdekatan dengan KLIA. Kerosakan pesawat MAS bukan kali pertama dilaporkan sejak kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu. Semasa operasi mencari dan menyelamat MH370 sedang giat dilakukan, pada 24 Mac, pesawat MH066 yang terbang dari Kuala Lumpur ke Incheon, Korea Selatan terpaksa membuat lencongan ke Hong kong disebabkan masalah generator tidak berfungsi. Tiga hari sebelum itu, pesawat MH114 dari Kuala Lumpur ke Kathmandu terlanggar sekumpulan burung ketika berada berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan. Selepas mendarat, pesawat itu diperiksa oleh jurutera bertugas dan didapati lampu pesawat itu pecah. -TMI
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[VIDEO] Aksi Ritual Bomoh 1Malaysia Di Gua Tempurung, Mana JAKIM, Mana Jabatan Agama? Posted: 20 Apr 2014 05:16 PM PDT Bomoh 1Malaysia buat hal lagi, apa tindakan Jabatan Agama Islam? Selepas dikecam hebat ekoran kemunculan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ritual 'Seru Mayat Untuk Timbul', Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mengadakan ritual 'menghalau puaka' di KM306.1 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung. Kawasan tersebut menjadi tumpuan oleh kerana menjadi lokasi kemalangan yang meragut nyawa Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, 73 dan pembantunya, Michael Cornelius apabila kenderaan Toyota Alphard yang dinaiki berlanggar dengan lori Mitsubishi Canter. Gambar ritual Ibrahim yang tersebar di laman sosial Facebook dan Twitter mengakibatkan pelayar laman sosial sekali lagi bangkit mengecam tindakan berkenaan. Rata-rata rakyat Malaysia mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan terhadap beliau daripada terus mengadakan kegiatan yang disifatkan salah disisi agama. Namun sejak kehadiran beliau yang membuat ritual mencari MH370 dikecam rakyat Malaysia dan media antarabangsa, sehingga kini masih belum ada sebarang tindakan daripada pihak berkuasa termasuk Jabatan Agama Islam. Keadaan ini dilihat seolah-olah beliau mendapat 'perlindungan khas' pihak tertentu. Hal Ini kerana Mesyuarat Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 22-23 November 2004 memutuskan rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin bercanggah dengan akidah kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat dan penipuan Memetik paparan blog Anak-anak Negeri Sembilan, Raja Bomoh berkenaan mendakwa kematian Karpal Singh baru-baru ini berpunca dari gangguan puaka Gua Tempurung yang banyak berkeliaran di kawasan tersebut. Katanya, kawasan sekitar laluan Gua Tempurung itu memang terkenal dengan gangguan makhluk halus yang sering mengganggu para pemandu kenderaan terutamanya pada sebelah malam. - Selangorkini
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan