Ahad, 13 April 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Isu TUDM: Percanggahan Maklumat Timbulkan Keraguan

Posted: 13 Apr 2014 12:31 AM PDT


MH370: Jawatankuasa Pilihan Parlimen badan terbaik untuk siasat laporan CNN

KUALA LUMPUR, 11 APR: Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) merupakan jalan paling berkesan untuk menyiasat kebenaran laporan bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melakukan kerja mencari pesawat MH370 pada awal pagi ia dilaporkan hilang.

Demikian kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP sebagai respons kepada penafian Menteri Pertahanan Dato' Seri Hishammuddin Hussein berhubung laporan terbabit.

"Jika PSC berjaya ditubuhkan di Dewan Rakyat semalam sebelum persidangan Parlimen ditangguhkan, ia akan menjadi badan sesuai untuk menyiasat kesahihan laporan CNN.

"PSC bukan saja boleh menyiasat kebenaran laporan tapi memastikan kebenaran adanya pesawat TUDM dikejarkan setelah MH370 melencong dari laluan asal atau mengapa ia tidak dikejarkan sejurus melencong antara jam 1:40 dan 1:45 pagi.

Kit Siang turut mempertikaikan mengapa dua pesawat Sukhoi-30 milik TUDM tidak diterbangkan dari Gong Kedak untuk memintas MH370 di ruang udara Kelantan dan juga mengapa ia tidak dipintas sewaktu menghampiri Pulau Pinang walaupun skuadron jet F/A berada dalam keadaan siap-bersedia di pangkalan udara Butterworth.

CNN kelmarin melaporkan seorang pegawai tinggi kerajaan Malaysia dan satu lagi sumber yang terlibat dalam siasatan menyatakan bahawa "pesawat pencari pasukan tentera udara Malaysia telah dikejarkan sekitar jam 8 pagi, sejurus Malaysia Airlines (MAS) melaporkan pesawatnya hilang pada awal 8 Mac."

Hishammuddin menafikan laporan tersebut dan menyifatkannya sebagai dakwaan palsu.

Menurut Kit Siang yang juga Ahli Parlimen DAP Gelang Patah, penafian itu menambahkan lagi keraguan rakyat mengenai ketelusan kerajaan dalam usaha mencari MH370.

"Sukar untuk mempercayai laporan CNN, melainkan jika mereka sanggup mendedahkan nama 'pegawai kanan kerajaan Malaysia dan sumber lain' seperti yang dinyatakan.

"Namun, melihat pada penyaluran maklumat yang tidak sekata selama ini, selain bermacam kekeliruan dan percanggahan, serta jurang maklumat besar sejak 35 hari lalu, penafian Hishammuddin sangat tidak memadai, tidak memuaskan dan sukar untuk diterima.

"Selepas 35 hari, saya percaya kita telah sampai ke tahap di mana keluarga 239 penumpang dan anak kapal MH370 mahukan jawapan kepada seribu-satu persoalan yang timbul, maka proses mencari jawapan perlu dimulakan segera tanpa lengah," katanya.

Pada masa yang sama, Kit Siang mengulangi gesaan agar kerajaan memenuhi janji untuk mengadakan taklimat kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan menubuhkan PSC.

"Laporan CNN dan penafian Hishammuddin memarakkan lagi keraguan tentang kesanggupan kerajaan untuk bersikap telus sepenuhnya, apatahlagi sebelum ini mereka telah mengingkari janji memberi maklumat kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan enggan menubuhkan PSC.


"Saya meminta Perdana Menteri mengotakan kata-katanya bahawa Malaysia tidak cuba menyembunyikan sesuatu dengan sekurang-kurangnya memenuhi dua janij yang setakat ini telah dimungkiri," tegasnya. – Roketkini

MH370: Maklumat "Ping", Helah Kuasa Besar Tipu SAR (?)

Posted: 12 Apr 2014 10:53 PM PDT


PPermainan dalang yang menyebabkan kehilangan MH370 makin hari makin jelas. Dengan meletakkan beberapa kepalsuan melalui penguasaan teknologi, mereka berjaya memperdaya dunia. Mengalih tumpuan daripada realiti dengan maklumat palsu itu dan ini.

Dunia diperbodohkan oleh perampas. Kita imbas kembali berita perang teknologi Amerika dan Russia suatu ketika dahulu.

Amerika mendakwa boleh mengesan sebarang objek sebesar jari kelingking manusia melalui satelitenya manakala Russia mendakwa mampu mengecam setiap orang arab hanya melalui janggut mereka sahaja dengan menggunakan imej satelite.

Tidak terfikirkah dunia mengapa kedua-dua kuasa besar dunia ini tidak menggunakan kecanggihan pengimejan satelite mereka untuk mencari MH370.

Antara kedua-dua negara tersebut siapakah yang berkepentingan terhadap MH370. Negara manakah yang menguasai Australia, United Kingdom, dan India????

Negara manakah yang boleh membuatkan sesebuah kerajaan kecil melutut atas kemahuan mereka demi menjaga ekonomi yang terlalu bergantung kepadanya.

Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata penilaian awal kepada isyarat yang dikesan oleh pesawat RAAF, AP-3C Orion semalam telah dikenalpasti tiada kaitan dengan MH370.

"JACC telah menganalisis data akustik yang dikesan dan telah mengesahkan bahawa signal yang dilaporkan oleh kapal pertahanan Ocean Shield tiada hubungan dengan kotak hitam MH370" kata Houston.

Analisis lanjut terus dijalankan oleh Pusat Analisis Akustik Australia.

Hari ini Ocean Shield akan menyambung usaha pencarian bersama ping locator dalam mencari isyarat yang mungkin ada hubungan dengan kotak hitam pesawat.

Pasukan mencari setakat ini mengesan enam isyarat "ping', dua daripadanya dikesan oleh kapal China, Haixun 01, pada 4 dan 5 April, manakala Ocean Shield, dilengkapi alat pengesan 'pinger' ditunda Tentera Laut Amerika Syarikat mengesan empat isyarat pada 5 dan 8 April.

"Hari ini (Jumaat), Ocean Shield menumpukan pencarian dengan menggunakan alat pengesan 'pinger' ditunda untuk cuba mengesan isyarat yang mungkin ada kaitan dengan kotak hitam pesawat," kata Houston.

Beliau berkata setakat ini tidak penemuan kukuh dalam pencarian MH370 dan beliau akan memaklumkan perkembangan terkini apabila ada maklumat baharu. -lusuka.com





IKLAN BERBAYAR


JANA PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN MUDAH

Jom kawan-kawan...Jana income dengan hanya bermodalkan RM100 Tuan/Puan, drpd kita berfb @ berwechat @ whtsapp tak dapat hasil.. apa kata sambil-sambil tu kita buat income? Saya nak kongsi 1 program tempatan yang boleh buat income sampingan.

Tiada tipu muslihat, Tak perlu cari org.. tak perlu beli atau jual barang. Syarat kelayakan: Anda ada fb @ whtsapp @ wechat dan tau guna komputer sikit2. Apa saja termasuk twitter dan laman sosial lain. Anda hanya perlu open link dibawah dan register sebagai member. Lepas tu anda akan dapat link anda sendiri. Apa lagi, anda copy link anda sendiri dan copy ayat-ayat saya ni dan paste kat fb, twitter dan sebagainya. Modal anda dapat semula pada hari pertama lagi bila ada org yg buka link anda dan daftar. Mudahkan? Duit anda akan dimasukkan terus ke bank anda. Hari pertama saja saya sudah peroleh RM350. Memang berbaloi. Klik link di bawah ini.


KLIK SINI


Sungguh Pelik Bila Orang Melayu Yang Miskin Sokong GST

Posted: 12 Apr 2014 06:35 PM PDT


Wakil rakyat Melayu selar orang Melayu sokong GST

Ahli parlimen DAP kawsaan Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz menyelar orang Melayu yang miskin tetapi tidak mahu membantah cukai perkhidmatan dan barangan (GST) yang bakal dilaksanakan kerajaan.

"Maka amatlah hairan kita mengapa orang Melayu yang hidup susah mahu bertegas membayar GST.

"Malah ada yang dirasuk oleh Umno untk tunjuk perasaan dan berdemonstrasi mahu membayar GST. Kaya sangatkah orang Melayu?

"Lagi sukar saya faham mengapa orang Melayu yang rata-ratanya golongan yang relatif miskin dalam negara ini, menerima GST sebagai suatu yang bagus.

"Mereka kena bayar, tapi mereka suka? Perkiraan apa yang ada dalam kepala rakyat?,"
tanya beliau dalam blognya.

Orang Melayu yang bertegas untuk bayar GST ini apa kena dengan kepala mereka, tanya beliau.

Mohd Ariff Sabri berkata, terdapat 2.2% orang Melayu berada di bawah paras kemiskinan tegar jika garis kemiskinan RM650 sebulan.

Papa kedana

Jika jumlah orang Melayu ialah 15,000,000 maka yang miskin papa kedana dan hidup melarat ialah 330,000 orang.

Katanya, golongan yang miskin ini menerima bantuan BR1M 300 jika ketua kampong kata ok.

"Golongan ini lah yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat RM400 sebulan. Dicampur dengan RM300, pendapatan bulanan mereka RM700, masih tersangat rendah dari RM3, 000 penanda aras layak mendapat BR1M.

"Jika BR1M dapat RM600 untuk satu tahun, bertambah RM50 kepada pendapatan bulanan. Masih jauh di bawah RM1, 000 sebulan," tambah beliau.

Mengapa yang terbawah ini mahu menyokong GST?

Jawapannya ialah mereka melihat tentangan kepada PTPTN dan tentangan kepada GST ialah penentangan kepada sebuah kerajaan Melayu,
kata Mohd Ariff Sabri. -FMT


Orang Melayu dan GST.

Saya sukar nak faham lojik ahli parlimen BN terutama dari UMNO. GST- cukai keatas semua pengguna dianggap sebagai suatu yang baik. Lagi sukar saya faham mengapa orang Melayu yang rata2 nya golongan yang relatif miskin dalam negara ini, menerima GST sebagai suatu yang bagus. Mereka kena bayar, tapi mereka suka? Perkiraan apa yang ada dalam kepala rakyat?

GST hanya bagus kepada kerajaan. Kerana mereka dapat kutip lebih banyak hasil. Menurut mereka, bila hasil banyak maka banyaklah perbelanjaan akan dilakukan untuk kepentingan rakyat. Benarkah begitu?
Ini pendustaan yang paling besar. Cuba kita lihat apa yang dibelanjakan oleh kerajaan BN. Mereka belanja atas projek yang mengayakan kroni. Lebih banyak ada wang dalam tangan, maka lebih besar belanja dari pendapatan. Belanja berhemah dan cermat tidak ada dalam kamus BN dan UMNO. Lagi banyak duit dalam tangan, lebih besar samun, rompakan dan ketirisan yang dilakukan.

Orang Melayu yang betegas untuk bayar GST ini- apa kena dengan kepala mereka? Kaya sangatkah orang Melayu? Incidence of poverty dikalangan orang Melayu mengikut perangkaan EPU ialah 2.2 iaitu ukuran peratusan orang Melayu yang berada dibawah garis kemiskinan. Garis kemiskinan ini berapa? RM650 sebulan.

Ertinya, terdapat 2.2% orang Melayu berada dibawah garis kemiskinan. Jika jumlah orang Melayu ialah 15,000,000 maka yang miskin papakedana dan hidup melarat ialah 330,000 orang Melayu.

Golongan ini yang menerima BR1M 300. Mereka penerima jika ketua kampong kata OK. Golongan ini lah yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat RM400 sebulan. Dicampur dengan RM300 adalah pendapatan bulanan mereka RM700, masih tersangat rendah dari RM3000 penanda aras layak mendapat BR1M. jika BR1M dapat RM600 untuk satu tahun, adalah disana tambahan RM50 kepada pendapatan bulanan. Masih jauh dibawah RM1000 seblan.

Pendapatan bulanan 20% Melayu teratas ialah RM10,666. Pendapatan 40% Melayu yang tengah ialah RM4123. Manakala pendapatan Melayu yang 40% terbawah ialah RM1686. Makanya kalau kita campuar pendapatan purata bulanan untk semua kategori orang Melayu, pendapatan bulanan orang Melayu kesemuanya ialah RM16,475.

Ini bererti Melayu yang 20% teratas menguasai 65% pendapatan bulanan orang Melayu. Yang dibawah iaitu 40% terbawah hanya menguasai 10% dari pendapatan purata bulanan.

Mengapa yang terbawah ini mahu menyokong GST?

Walaupun ada barangan yang zero-rated atau tidak dikenakan GST, rakyat masih membayar harga yang tinggi kerana tidak ada yang menyekat pihak peruncit dari mengenakan harga yang tinggi. Malah GST bersih mereka kena bayar, entah2 dimasukkan kedalam harga jualan kepada pengguna. Dan oleh kerana pengguna akhir tidak berdaftar dengan GST, mereka tidak boleh membuat tuntutan daripada kerajaan.

Maka amatlah hairan kita mengapa orang Melayu yang hidup susah mahu bertegas membayar GST. Malah ada yang dirasuk oleh UMNO untk tunjuk perasaan dan berdemonstrasi mahu membayar GST. Kaya sangatkah orang Melayu?

Ini bererti sudahlah orang Melayu hidup susah, tapi mereka membenarkan UMNO menipu mereka. Sebelum in, Melayu yang miskin, yang mohon bantuan sana sini, berdemonstrasi dan tunjuk perasaan mahu bayar PTPTN. Mereka diawarkan pendidikan percuma sehingga universiti, mak bapak pelajar yang bergantung kepada bantuan dan berpendapatan rendah, memprotes mahu membayar PTPTN! Apa sudah jadi kepada meraka?

Siuman atau tidak?

Jawapan nya ialah mereka melihat tentangan kepada PTPTN dan tentangan kepada GST ialah penentangan kepada sebuah kerajaan Melayu. Ternyata tanggapan sebegini salah. Tapi UMNO memeperlakukan isu ini sebagai suatu yang dirancang oleh sebuah kerajaan melayu tapi ditentang oleh kaum lain terutama oleh bangsa Cina. Ini membuktikan UMNO itu rasis dalam semua perhitungan nya.

Tersembunyi disebalik kerelaan menerima kesakitan dan penindasan yang dilakukan oleh UMNO, ialah kerelaaan diperlakukan demikian asal yang melakukan kezaliman dan penindasan itu Melayu.

Maka seperti yang pernah saya katakan banyak kali, akan tiba masa nya orang UMNO masuk kedalam rumah kita, meniduri isteri dan anak2 perempuan kita, orang Melayu rela sebab penceroboh itu Melayu dan UMNO lagi.

Hidup Melayu!
-sakmongkol


Tiada ulasan: