DUNIACACAMARBA |
- Kehilangan MH370 Helah Kuasa Besar Bertapak di Asia?
- MH370: Kapal China Kesan Isyarat dari Laut
- Bekas KM Sabah: Tampar Zahid dapat RM500
- Hudud TIDAK Wajib terhadap Bukan Islam, Mengapa Mahu Bantah?
- Penculikan Pulau Singamata: Kumpulan Abu Sayyaf Dijangka Minta Wang Tebusan RM11.5 Juta?
- Penculikan Pulau Singamata: "Tiada Sebab Ada Cubaan Keruhkan Hubungan China-Malaysia"
- Blogger Zorro Unmasked Meninggal Dunia
Kehilangan MH370 Helah Kuasa Besar Bertapak di Asia? Posted: 05 Apr 2014 09:43 AM PDT Kuasa Besar Terlibat Misteri Kehilangan MH370? [SH] SHAH ALAM - Jika benar andaian bahawa terdapat kuasa besar terlibat dalam misteri kehilangan MH370, maka Malaysia tidak mampu membuat keputusan sendiri selain hanya bergantung kepada arahan dan petunjuk negara tersebut. Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar berkata, kapasiti Malaysia sebagai sebuah negara dan kuasa kerdil akan mudah dimanipulasi oleh negara kuasa besar tersebut. "Kita juga diberitakan terdapat penglibatan kuasa besar, seandainya benar, mereka saja yang lebih tahu dan akan mencorakkan misi pencarian ini selain tidak mendedahkan secara terperinci maklumat berkenaan kehilangan MH370 kepada Malaysia. "Jadi amat sukar untuk Malaysia mencari penyelesaian berikutan maklumat tidak tepat ini sehingga menjerumuskan negara ke dalam situasi dilema seperti sekarang," katanya kepada Sinar Harian, hari ini. Menurutnya, keputusan tidak memberangsangkan hasil usaha mencari dan menyelamat juga kemungkinan berpunca daripada fakta yang disembunyikan oleh kuasa besar tersebut. "Usaha pencarian dilihat agak buntu kerana dibayangi oleh negara kuasa besar yang hanya memberikan cebisan maklumat kepada kita. Kerana itu, usia pencarian yang kini masuk tempoh sebulan masih belum menemui apa-apa," katanya. Menurutnya, kuasa besar tersebut tidak akan mendedahkan perancangan sulit mereka dalam misteri kehilangan MH370, sebaliknya akan cuba mempermainkan isu menyalahkan Malaysia seperti yang dilakukan media asing kini. -5/4/14 Berkaitan: MH370: Najib Kami Tahu Kamu Terhimpit, Bercakap Benarlah dengan Rakyat Kenyataan Umum 4 April 2014 MH370; MANGSA KUASA BESAR. NAJIB KAMI TAHU KAMU TERHIMPIT Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini merakamkan setinggi tinggi simpati dengan semua pihak yang terlibat khususnya anggota keluarga penumpang dan krew MH370 yang tidak diketahui nasib sehingga kini. Peristiwa kehilangan MH370 ini merupakan satu tragedi amat malang. Sejak dari awal ia telah mendedahkan banyak kelemahan pentadbiran, pertahanan negara. Pasport palsu sehingga hari ini tidak terjawab persoalan bagaimana secara mudah warga negara asing memasuki negara ini dan keluar semula dengan identiti palsu. Longgarnya keselamatan negara ini ? dari segi jumlah penumpang kapal yang menggunakan identiti palsu juga tidak jelas Polis dan DCA sendiri 'bertengkar' dalam media. Ini mengingatkan kita dengan kes pembunuhan wanita Monggolia yang terkait dengan skandal pembelian Kapal Selam negara yang ketika perbicaraan kes pembunuhanya , rekod kemasukan wanita itu didapati hilang . Kapal Selam tidak berkemampuan Apabila kes ini muncul beberapa negara menghantar kapal selam untuk operasi SAR. Saya (dan juga beberapa pimpinan politik seperti YB Lim Kit Siang) telah membangkitkan persoalan kenapa tidak digunakan kapal selam negara yang dibeli dengan harga amat tidak munasabah tingginya. Menteri telah menjawab Scorpene milik negara tidak sesuai untuk operasi SAR. Operasi menggunakan kapal selam bukan operasi Search and Rescue, sebaliknya cuma Search sahaja adakah kapal selam kita tidak memiliki sistem sonar yang kebanyakan bot nelayan laut dalam juga miliki sistem tersebut. Kedua yang lebih penting ialah kapal selam yang dibeli dengan begitu mahal untuk menghalalkan pembelianya sumber pihak TLDM sendiri dipetik menyebut akan turut digunakan untuk SAR (rujuk AFP 3 Sept. 2009) sila klik http://chegubard.blogspot.com/2014/03/kenyataan-media-12-mac-2014-mh370.html . Maknanya semua kenyataan ketika pembelian hanya untuk menghalalkan Malaysia membazir dan menutup skandal rasuah ketika itu. Sistem radar lemah sistem pertahanan negara begitu lemah, kebocoran melalui sempadan darat, sempadan air malah sempadan udara sekali pun. MH370 telah membuat pusingan di udara dan melintasi Malaysia semula, malangnya Malaysia memerlukan beberapa hari bagi menganalisis data radar tersebut sebelum bertindak. Ini amat memalukan. Malah kita kelihatan amat lemah bergantung dengan data dan carian perbagai pihak. Kenyataan Menteri berbelit - belit dan berpusing pusing dari kenyataan Perdana Menteri Malaysia kepada kenyataan sepupunya yang merupakan Pemangku Menteri Pengangkutan tidak pernah konsisten dan menunjukkan kelemahan pentadbiran Malaysia. Itu belum mengambil kira Timbalan Menteri Pertahanan yang amat memalukan negara. Malah kenyataan media yang diransang oleh sumber dalaman penguasa juga telah cuba mengalihkan isu kononya ia akibat dan angkara krew sehingga menimbulkan fitnah dasyat yang tak tertanggung oleh waris mangsa. Apa sebenarnya berlaku? Amat simpati dengan keluarga mangsa dan gusar dengan imej serta aspek keselamatan negara, maka dengan ini SAMM mendesak Najib untuk menjadi lebih tegas. telah menjadi rahsia terbuka mengenai wujudnya satu 'kargo' misteri yang dikatakan transit dan dinaikkan dalam penerbangan tersebut. Maka pihak berkuasa harus tampil memberikan penjelasan mengenainya ? Apabila pihak SAMM cuba menghubungi pihak - pihak yang terbabit menguruskan penerbangan khususnya kargo tersebut respon yang diperolehi ialah semua tidak berani bercakap apa - apa mengenai penerbangan tersebut. Kunci Mulut ini jelas berlaku selepas proses menahan siasat mereka yang terlibat dan Mengapa semua data mengenai penerbangan iaitu mengenai penumpang dan muatan dihilangkan dalam sistem. Melalui carian SAMM sumber dalaman memaklumkan bukan sahaja dalam sistem tetapi data bercetak juga semuanya telah dibawa pergi tanpa ada salinan yang tinggal. Manifest dan load-sheet untuk penerbangan tersebut dihilangkan ! Mengapa ini berlaku dan apa yang cuba diselindungkan ? Semua ini menguatkan kepercayaan bahawa ini ialah permainan kuasa besar dunia dan semua penumpang serta anak kapal menjadi mangsanya. Kepada Najib kami tahu kamu juga tersepit tetapi ini berlaku kerana ia berpunca dari kelemahan pentadbiran sendiri. Ingatkah kita cerita agen CIA dalam pejabat Peguam Negara yang cuba disapu dibawah karpet ? Malaysia menjadi lemah kerana kita dihimpit, diugut kiri dan kanan. Malah watak utama negara yang punya kes bunuh juga pernah diugut sehingga tanah negara terpaksa diserahkan pada jiran. Amat lemah, Malaysia hanya mencari mengikut cakap - cakap negara lain. Bayangkan ketika radar Malaysia sudah mengesan pusingan pesawat tersebut tetapi beberapa hari awal kita membuang masa mencari di Teluk Siam, sedangkan kita tahu ia sudah melintasi negara semula. Persoalanya adakah kita lemah atau Najib sedang dihimpit permainan politik kuasa besar dunia ? Najib, ketahuilah kamu bahawa China sedang marah bukan sahaja kerana kehilangan warganya tetapi kehilangan sesuatu yang bernilai buat negaranya. Kuasa besar ekonomi ini boleh menghimpit negara kerana kelemahan kamu mengendalikan isu ini. Najib, kamu tidak perlu berselindung. Bercakap benarlah dihadapan rakyat. Tidak perlu kamu membaca skrip tulisan pihak lain seperti 'ia berakhir di Lautan Hindi' dan kemudian cuba dimanipulasi oleh sepupu kamu dengan mengatakan "PM tak sebut pesawat terhempas". Percayalah akibatnya nanti tidak terjangkau oleh pemikiran kamu, Malaysia bakal hilang syarikat penerbangan kerana saman dari seluruh dunia, negara bakal menerima tekanan hebat dari perbagai segi. Najib, kami sayangkan negara ini. Kami tahu kamu terhimpit dan tampillah dengan bercakap terus terang kepada rakyat. Kuasa besar mana pun kami akan bersedia berdepan tetapi kamu perlu beritahu perkara sebenar kepada rakyat atau kamu selesa menjadi memainkan peranan selaku watak boneka lemah semata - mata. Kita mungkin berbeda pandang dalam banyak isu di dalam negara ini tetapi dalam isu mempertahankan negara ia tidak ada kompromi cuma berani tampil dan bercakap benar dengan kami. Sekian Che'GuBard Solidariti Anak Muda Malaysia Hagel: Malaysia Jet Search Shows Need for US in Asia [VOANews] U.S. Defense Secretary Chuck Hagel said the missing Malaysian jetliner will be a focus of this week's talks with Southeast Asian defense ministers in Hawaii. Speaking Wednesday aboard a plane on his way to the summit, Hagel stopped short of criticizing Malaysia's handling of the incident, but said there are "always lessons to be learned." "We're going to go back, the Malaysians will go back, all the ASEAN nations will go back and walk through this. What could have been done? Maybe what should have been done? Maybe what needs to be done better?" said Hagel. The Boeing 777 mysteriously disappeared March 8 with 239 people on board. More than two dozen countries have participated in the search for the plane's wreckage in the Indian Ocean. Geopolitics have complicated the search, with many analysts saying the the effort has exposed rivalries between Asian powers competing for military influence. Hagel said the disaster highlights the importance of expanded regional defense cooperation and greater U.S. military involvement in Asia. "I want those defense ministers after they leave Hawaii to feel even more clarity about U.S. commitment to the area, our coordination, our communication, the areas we can cooperate more and more and more and certainly humanitarian assistance, disaster relief is one [area]," said Hagel. The U.S.-ASEAN Defense Forum is an informal meeting of defense chiefs from the 10 countries that make up the Association of Southeast Asian Nations. Following the summit, Hagel will visit Japan, China and Mongolia. Hagel, who is making his fourth trip to Asia since becoming Pentagon chief, is tasked with helping carry out the Obama administration's economic and military "pivot" toward the Asia-Pacific. In an opinion piece Wednesday on the Defense One website, Hagel said Washington remains committed to realizing the Asia rebalance. He promised the U.S. will continue to defend its allies and uphold international laws. Kredit: Kelab GB | ||
MH370: Kapal China Kesan Isyarat dari Laut Posted: 05 Apr 2014 07:35 AM PDT [AA] KUALA LUMPUR:Sebuah kapal peronda China, Haixun mengesan isyarat getaran dengan frekuensi 37.5 kHz sesaat di kawasan carian pesawat penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi, lapor agensi berita Xinhua. Sebuah syarikat pengeluar 'pinger' memberitahu CNN, frekuensi itu adalah isyarat yang standard daripada kotak hitam atau secara khusus perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan. "Frekuensi itu sama," kata Anish Patel, presiden syarikat Dukane Seacom kepada CNN. Penemuan terbaru ini bagaimanapun belum disahkan oleh Pusat Penyelarasan Agensi Bersama di Perth yang menyelaraskan gerakan mencari pesawat Malaysia Airlines itu di selatan Lautan Hindi. Pakar bagaimanapun mengingatkan isyarat itu mungkin boleh jadi datang daripada benda lain selain daripada pesawat. Menurut laporan AFP, carian kapal Cina Haixun 01 mengesan denyutan berkenaan kira-kira 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longitud timur. "Denyutan yang dikesan oleh Haixun 01 masih belum dikenal pasti lagi," kata Pusat Maritim Mencari dan Menyelamat China dalam akaun microblog mereka. Menteri Pertahanan Australia David Johnston berkata beliau tidak menerima laporan mengenai isyarat berkenaan dan memberi amaran ia mungkin bukan dari pesawat MH370. "Ini bukan kali pertama kita mempunyai sesuatu yang kemudian menjadi sesuatu yang mengecewakan," katanya kepada televisyen ABC. "Saya hanya akan menunggu (Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama) Angus (Houston) dan pasukan beliau dan pasukan saya untuk tampil ke hadapan dengan sesuatu yang positif kerana ini adalah tugas yang sangat sukar." Perkembangan ini menyusul selepas 29 hari pesawat Boeing 777-200 itu hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lepas. Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein beberapa jam sebelum laporan Xinhua itu terbit mengumumkan pembentukan tiga jawatankuasa kabinet untuk menangani isu kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia itu. -5/4/14 | ||
Bekas KM Sabah: Tampar Zahid dapat RM500 Posted: 04 Apr 2014 10:57 PM PDT [MK] Insiden penculikan terkini melibatkan warga asing di Sabah mendorong bekas ketua menteri negeri itu menawarkan ganjaran wang untuk sesiapa yang dapat menampar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi. Ini ekoran kenyataan timbalannya Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar supaya pusat peranginan di pulau terpencil ditutup ekoran faktor keselamatan. Datuk Yong Teck Lee menjanjikan RM500 kepada sesiapa yang dapat menampar menteri itu ekoran kegagalan keselamatan, yang menyebabkan warganegara China dan Filipina dijadikan tebusan lelaki bersenjata dalam insiden terbaru. Selain itu, presiden Parti Maju Sabah (SAPP) juga menawarkan ganjaran RM1,000 kepada mana-mana anggota Parlimen untuk mengusulkan pemotongan gaji menteri dalam negeri, menteri pertahanan dan menteri pembangunan luar bandar. "Ini untuk tunjukkan kemarahan rakyat Sabah berhubung kegagalan berterusan kerajaan persekutuan menunaikan tanggungjawab perlembagaan untuk melindungi Sabah dan rakyatnya," katanya. Wan Junaidi mengeluarkan cadangan penutupan resort terpencil ekoran tiada sesiapa dapat menjamin keselamatan tempat itu ekoran kedudukannya. "Polis dan tentera tidak boleh berada di sana setiap masa," beliau dipetik sebagai berkata oleh The Star. -4/4/14 | ||
Hudud TIDAK Wajib terhadap Bukan Islam, Mengapa Mahu Bantah? Posted: 04 Apr 2014 10:55 PM PDT Bukan Islam Diberi Pilihan Jika Kelantan Laksana Hudud - Timbalan MB
[TMI] Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memberi pilihan kepada penganut bukan Islam di negeri itu sama ada untuk patuh kepada hukum hudud atau sebaliknya, sekiranya ia berjaya dilaksanakan di negeri berkenaan tahun hadapan. Beliau berkata pendekatan hudud yang akan dilaksanakan di negeri itu tidak mengambil model mana-mana negara, sebaliknya berteraskan kepada prinsip Islam sebenar. "Kelantan tidak mengikut mana-mana negara, kita hanya mengikut agama. "Pendekatan kita juga adalah terbuka, iaitu terpulang kepada orang bukan Islam hendak ikut ataupun tidak," katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini. Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob akan menggunakan ahli Parlimen di negeri itu untuk membentangkan usul rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan hudud dipraktikkan di negeri serambi Mekah itu. Katanya, sekiranya usul berkenaan mendapat perkenan Parlimen, maka Kelantan akan mengguna pakai hukum hudud paling awal pada tahun hadapan. Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengecam kenyataan Biro Perundangan MCA, Choo Wei Sern yang mendesak kerajaan Kelantan supaya tidak membawa usul rang undang-undang Jenayah Syariah II Kelantan 1993 ke Parlimen. Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Perkasa, Shamsuddin Moner berkata, tindakan tersebut merupakan cubaan mencampuri hal ehwal Islam di negara ini serta menunjukkan pendirian berat sebelah MCA. "Kenapa sebelum ini MCA tidak membantah tindakan gereja Katolik yang bertindak secara biadab mencabar Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada kerajaan Persekutuan dan negeri mengawal pengembangan apa-apa agama dalam kalangan umat Islam? "Perkasa memberi amaran kepada Biro Undang-Undang Pemuda MCA supaya jangan bermain api dan tidak cuba memperlekeh cadangan Kelantan untuk membentangkan draf enakmen jenayah syariah itu di Parlimen," katanya seperti dilapor Utusan Malaysia. Shamsuddin turut menggesa kerajaan negeri agar menubuhkan sebuah panel bebas yang terdiri daripada ahli akademik serta pakar undang-undang untuk mengkaji draf usul tersebut terlebih dahulu serta memastikan kesesuaiannya sebelum dibawa ke Parlimen. Draf itu perlu diteliti oleh pakar terlebih dahulu agar menepati kehendak syariat dan memenuhi peruntukan dan bidang kuasa Perlembagaan Persekutuan serta negeri," katanya menurut akhbar itu. –HASBULLAH AWANG CHIK/ 5 April, 2014. | ||
Penculikan Pulau Singamata: Kumpulan Abu Sayyaf Dijangka Minta Wang Tebusan RM11.5 Juta? Posted: 04 Apr 2014 06:37 PM PDT
[The Star] PETALING JAYA – Kumpulan Abu Sayyaf yang dipercayai bertanggungjawab menculik seorang warga china dan seorang pekerja resort warga Filipina di Semporna Sabah akan meminta wang tebusan sehingga AS$3.5 juta (RM11.5 juta) untuk membebaskan mangsa bukan warganegara Filipina, kata seorang penganalisis keselamatan. Prof Dr Aruna Gopinath yang pakar dalam keselamatan maritim berkata, kumpulan pemisah yang berpangkalan di Basilan, selatan Filipina itu akan mengenakan kadar yang lebih rendah sekitar tiga juta pesos (RM219,000) untuk membebaskan tebusan warga Filipina. "Kumpulan Abu Sayyaf hanya berminat untuk mendapatkan wang dan wang tebusan akan dibayar sebelum mereka membebaskan tebusan," katanya. Aruna berkata, seorang wartawan Filipina yang dikenalinya diculik oleh kumpulan itu pada 2011 dan dijadikan tebusan selama 90 hari. "Dia bertemu dengan ketua kumpulan Abu Sayyaf di Basilan untuk temu bual tetapi sebaliknya diculik oleh mereka. Dia dikurung di dalam sebuah rumah dan hanya diberikan air dan dua biji pisang tiga kali sehari. Aruna berkata, seorang ahli kongres Filipina akhirnya bersetuju untuk membayar wang tebusan tiga juta pesos sebelum mangsa dibebaskan. Sebuah lagi kumpulan iaitu Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro (BIFF) yang pakar dalam kegiatan penculikan perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa Malaysia, kata Aruna. Dalam perkembangan lain, Associated Press memetik seorang pegawai risikan Filipina pada Khamis sebagai berkata mengesahkan penculikan itu dilakukan oleh kumpulan Abu Sayyaf. Menurut pegawai tersebut, ketua kumpulan Abu Sayyaf itu berang kerana tidak dibawa bersama dalam perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). – 4/4/14 | ||
Penculikan Pulau Singamata: "Tiada Sebab Ada Cubaan Keruhkan Hubungan China-Malaysia" Posted: 04 Apr 2014 06:24 PM PDT [AA] KUALA LUMPUR:Meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu melahirkan rasa bimbang beliau kemungkinan insiden penculikan di Semporna adalah angkara pihak tertentu untuk melagakan Malaysia dengan China, ia seharusnya tidak memberikan kesan kepada hubungan sedia ada. Menurut pensyarah Jabatan Antarabangsa dan Kajian Strategik Universiti Malaya, Dr Roy Anthony Rogers, tiada negara yang akan mendapat manfaat sekiranya hubungan Malaysia-China menjadi keruh. "Mengapa ada tanggapan wujud rancangan untuk melakukan perkara ini (mengeruhkan hubungan)? Saya berpendapat tiada sebarang agenda tersembunyi, ia hanya satu spekulasi semata-mata," kata Roy Anthony. Beliau mengulas mengenai laporan bahawa penculikan dua wanita, seorang daripadanya warga China, di sebuah resort di Semporna pada Rabu bermungkinan adalah satu percubaan yang disengajakan untuk meningkatkan lagi ketegangan hubungan antara kedua-dua negara itu ketika Malaysia diuji dengan krisis kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata pada Rabu: "Mungkin ada seseorang yang cuba untuk merenggangkan (hubungan) Malaysia dan China. Mereka mungkin cuba untuk mengambil kesempatan daripada keadaan ini (penculikan)." Roy Anthony berkata bahawa kedua-dua negara, mempunyai hubungan dua hala lebih 40 tahun iaitu sejak 1974. Kejadian penculikan ini, dianggap sebagai satu perkara kecil (dalam hubungan dua hala) . "Malaysia-China pernah melalui tempoh yang lebih sukar (sebelum ini) . Misalnya pada kemuncak perang dingin , Parti Komunis Malaya masih wujud, dan China menyatakan sokongan mereka. Meskipun begitu, Malaysia dan China berjaya mengharunginya" kata Roy Anthony. Beliau menyifatkan situasi semasa hubungan kedua-dua negara ketika ini adalah sekadar satu "titik" atau "fasa". "Saya faham bahawa emosi bercampur-baur dalam insiden MH370. Ketika ini keadaan tidak menentu, keluarga penumpang adalah dalam keadaan tidak pasti , ia adalah tempoh sukar dan menyeksakan buat mereka. "Tetapi saya percaya situasi ini tidak akan dianggap sebagai satu "perselisihan" kerana pemimpin kedua-dua negara sudah cukup bijak dan hubungan masih kukuh. Meskipun Kuala Lumpur memerlukan sokongan dari segi ekonomi dan perdagangan dari China, negara China juga memerlukan Kuala Lumpur dalam hubungan perdagangan, diplomatik serta politik terutamanya mengenai isu membabitkan kepulauan Spratly, "katanya. Roy Anthony berkata kawasan di mana penculikan itu berlaku sememangnya sentiasa terdedah (kepada penculikan) walaupun sebelum insiden kehilangan pesawat MH370 . "Perlu diingat seorang lagi mangsa yang diculik adalah warga Filipina, dan beberapa bulan lalu warga Taiwan pula. Jadi bagi saya ini semua satu kebetulan, sama seperti juga seorang warga Uighur pada mulanya dikaitkan dengan kehilangan pesawat tersebut," katanya. Pelancong China Gao Huayuan , 29, pekerja pusat peranginan Marcy Darawan @ Mimi , 40, telah diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Singamata Reef Resort, Semporna kira-kira 10.30 malam pada 2 April yang lalu. -Teoh El Sen/5/4/14 | ||
Blogger Zorro Unmasked Meninggal Dunia Posted: 04 Apr 2014 06:18 PM PDT [MStar] PETALING JAYA – Seorang penulis blog politik yang terkenal, Bernard Khoo atau lebih dikenali sebagai 'Zorro Unmasked' meninggal dunia pada Jumaat kerana sakit. Beliau meninggal dunia pada usia 73 tahun. Anak perempuan beliau, Patrina, menulis di akaun Facebook miliknya bahawa ayahnya "meninggalkan keluarganya pada pagi Jumaat". "Ayah saya Bernard Khoo sedang terbang ke syurga. Beliau meninggalkan kami pagi ini, paling aman dengan ibu saya mendoakan di telinganya dan kini kesakitan yang dialaminya berakhir," katanya. Khood, yang merupakan bekas guru hidup bersama isterinya, Karen Khoo, dua anak perempuan dan seorang anak lelaki. Menurut Patrina, upacara penjagaan mayat itu akan diadakan di Gereja St Ignatius, Petaling Jaya pada Sabtu dan Ahad, diikuti dengan pengebumian pada pagi Isnin. –4/4/14 |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan