Selasa, 29 April 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


‘Pakar Motivasi’ Diburu Polis

Posted: 29 Apr 2014 05:35 AM PDT


[HM] Kuala Lumpur – Seorang lelaki yang mendakwa dirinya pakar motivasi dikenali sebagai 'Mr A' menjadi buruan polis selepas memperdaya dan memperkosa seorang suri rumah yang mahu mendapatkan khidmat kaunseling bagi menyelesaikan masalah rumah tangga dihadapi.

Sumber polis berkata, mangsa berusia 29 tahun sebelum itu berkenalan dengan suspek melalui laman sembang sosial, awal bulan ini.

Pada awal perkenalan itu, menurutnya, mangsa dikatakan tidak menceritakan masalah peribadi, namun lelaki itu sering menceritakan kepakaran menyelesaikan masalah dihadapi wanita.

"Taktik itu membuatkan mangsa terpaut pada kebolehan dan kepetahan suspek berbicara, termasuk meyakinkannya dengan pelbagai nasihat.

"Suspek kemudian mengajak mangsa bertemu di sebuah hotel dengan alasan kononnya bersedia membantu dan mendengar luahan masalah rumah tangga wanita itu," katanya.

Mangsa kemudian bertemu suspek di lobi sebuah hotel di Jalan Pahang di sini, pada jam 12 tengah hari, Selasa lalu.

"Bagaimanapun, suspek mengajak mangsa mencari lokasi lain untuk menyambung perbincangan sebelum berjaya memujuk mangsa mengikut ke bilik hotel di tingkat 17 hotel berkenaan.

"Sebaik masuk ke dalam bilik hotel, wanita itu diberi makan sebiji gula-gula sebelum mencium wajah wanita itu.

"Mangsa cuba untuk menepis tetapi seperti terpukau dan hanya membiarkan suspek merogolnya," katanya.

Difahamkan, suspek sempat mengambil gambar bogel mangsa sebelum mengugut mahu menyebarkannya jika mangsa enggan meneruskan hubungan dengannya.

"Mangsa yang risau gambarnya akan disebarkan oleh suspek membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini," katanya.

Susulan itu, polis kini sedang berusaha mengesan suspek berusia 40-an yang dipercayai menyamar sebagai pakar motivasi untuk memperdaya mangsa. -29/4/14


Jangan Mudah Terpedaya dengan Produk Kesihatan Atas Talian

Posted: 29 Apr 2014 02:40 AM PDT



[Bernama] KUALA LUMPUR – Jangan mudah terpedaya membeli ubat atau produk kecantikan melalui Internet, tanpa pengesahan pendaftarannya, kerana ia mungkin produk yang memudaratkan kesihatan.

Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail berkata walaupun penjualan ubat melalui Internet kini semakin popular, namun pengguna perlu sedar kementerian tidak pernah mengesahkan sesuatu produk yang diiklankan atau dijual melalui Internet itu selamat untuk digunakan.

Jangan terlalu cepat percaya dengan testimoni keterlaluan tanpa mengenal pasti produk terlebih dahulu yang menyebabkan pengguna tertipu atau lebih malang menjadi mangsa produk yang tidak mendapat kelulusan, katanya.

"Pastikan produk-produk ini berdaftar dengan KKM iatu mempunyai nombor pendaftaran dan label keselamatan hologram Meditag.

"Bagi produk makanan atau minuman tambahan, periksa label kandungannya terlebih dahulu, sebelum membeli manakala bagi produk kosmetik, semak status notifikasi sebelum membuat pembelian," katanya kepada Bernama di sini.

Mazlan berkata produk berdaftar akan diberi satu nombor pendaftaran khusus seperti MAL20001564T, yang perlu dilekatkan bersama label keselamatan hologram Meditag, pada bungkusannya.

Bagi produk kosmetik pula, perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) KKM sebelum dipasarkan dan contoh nombor notifikasi ialah NOT120602463K.

"Oleh yang demikian jika membeli secara 'online' sukar untuk memastikan status pendaftaran ini, sebaiknya (elok) beli di luar dengan mendapatkan maklumat yang tepat mengenainya daripada ahli farmasi atau daripada pegawai perubatan klinik atau premis farmasi," katanya.

Sementara itu, Mazlan berkata sepanjang tahun lalu sebanyak 33,704 produk tidak berdaftar dengan KKM dirampas, dengan nilai rampasan sebanyak RM43,220,070.

Katanya produk-produk ini dirampas melalui aktiviti penguatkuasaan seperti serbuan dan pemeriksaan ke atas premis dan saringan di pintu masuk negara.

"Sepanjang tahun yang sama juga sejumlah 1,061 ubat dan suplemen kesihatan telah didaftarkan manakala sejumlah 69,925 notifikasi diluluskan ke atas produk komestik," kata Mazlan.

Bagi menjamin keselamatan pengguna, KKM menjalankan prosedur yang ketat sebelum mendaftarkan sesuatu produk.

Katanya semua produk farmaseutikal perlu berdaftar dengan PBKD bagi menjamin kualiti, keselamatan dan keberkesannya.

"Kami akan membuat pemeriksaan ke atas premis dan proses pengilangannya untuk memastikan mereka mematuhi Amalan Pengilangan Baik (GMP), selepas itu penilaian data akan dilakukan oleh PBKD untuk meluluskan permohonan tersebut atau tidak,"

"Selepas itu satu nombor pendaftaran akan dilekatkan bersama label keselamatan hologram Meditag pada bungkusannya, manakala bagi kosmetik akan diberikan notifikasi sebelum dipasarkan," kata Mazlan.

Dalam usaha memberi kesedaran kepada pengguna pula, beliau berkata pihaknya mengadakan dialog bersama para peniaga secara berkala termasuk kempen-kempen di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara.

"Ini sebagai langkah proaktif bagi memberi pendidikan dan maklumat kepada orang awam dalam memilih produk berdaftar dan bernotifikasi daripada KKM serta membantu mereka mengelak terbeli produk palsu atau yang tidak mendapat kelulusan," katanya. – 29/4/14

Padah SELINGKUH Isteri Orang

Posted: 29 Apr 2014 02:17 AM PDT



[HM] Tuban: Di padang aksinya mungkin lincah mengawal gawang, namun dalam kehidupan peribadi, Supriyanto akhirnya 'tewas' ditusuk senjata oleh suami kekasihnya semalam.

Dalam kejadian di Kampung Sugihwaras di daerah Jenu, Supriyanto dilaporkan didatangi seorang lelaki yang ingin mengetahui kebenaran hubungan sulit mereka.

Media semalam melaporkan, suspek tiba di rumah penjaga gol pasukan bola sepak tempatan itu motosikal.

Kata saksi, Endang Setyorini, 43, mereka dilihat berbincang seketika di depan rumah sewa Supriyanto sebelum suspek menikam mangsa di perut.

"Tikaman itu menyebabkan isi perut Supriyanto terburai," katanya. 

Kata Endang, Supriyanto cuba menyelamatkan diri dengan berlari ke jalan raya sambil menjerit meminta tolong.

Bagaimanapun, kata Endang, penyerang terbabit terus mengejar mangsa.

Orang ramai kemudian menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

Menurut saksi, Supriyanto sempat diselamatkan manakala penyerangnya melarikan diri.

"Mangsa dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan parah dan dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Tuban," katanya semalam.

Kes berkenaan masih berada dalam siasatan polis.

Sumber berkata, kejadian berpunca daripada hubungan sulit yang dijalinkan Supriyanto dengan seorang guru wanita yang sudah berkahwin.

Perkara berkenaan akhirnya sampai ke pengetahuan suami wanita terbabit. - Agensi/29/4/14


683 Pengikut Ikhwan Dirujuk Hukuman MATI

Posted: 29 Apr 2014 02:00 AM PDT


[HD] MESIR: Mahkamah Mesir di Minya semalam sekali lagi membuat keputusan merujuk kepada mufti untuk dijatuhkan hukuman mati kepada 683 lagi anggota dan pengikut Ikhwan Muslimin termasuk Mursyidul Am Mohamed Badie.

Mahkamah sama juga mengesahkan hukuman mati kepada 37 daripada 529 yang dijatuhkan hukuman serupa pada 24 Mac lalu, manakala bakinya dipenjara seumur hidup.

Hukuman mati kepada 37 orang pengikut Ikhwan itu dibuat atas tuduhan melakukan tindakan keganasan menyerang balai polis di Minya Ogos lalu yang menyaksikan pasukan keselamatan.

Bagaimanapun sumber perundangan berkata, hukuman itu masih boleh dirayu.

Mahkamah menetapkan 21 Jun depan untuk mengeluarkan fatwa terhadap yang 683 defendan.


Pihak berkuasa tentera yang disokong Mesir telah melancarkan penangkapan besar-besaran ke atas pemimpin dan pengikut Ikhwanul Muslimin sejak penggulingan Presiden Sah Dr Mohammad Morsi oleh tentera pada Julai tahun lalu.

Dalam tempoh lapan bulan, beribu-ribu ahli kumpulan Ikhwan Muslimin dan penyokong telah ditangkap.

Dalam pada itu, Parlimen Kesatuan Eropah dan negara-negara anggota telah mengecam hukuman mati beramai-ramai di Mesir, serta mengkritik kekurangan perbicaraan yang adil.

Presiden Parlimen Eropah Martin Schulz berkata hukuman mati itu adalah " tidak boleh diterima " bagi orang Eropah .

"Saya berfikir bahawa ini bukanlah satu sumbangan yang membina untuk membawa keamanan kepada negara.

"Perlu ada perbicaraan yang adil untuk tertuduh," katanya. 

Menteri Luar Jerman Frank-Walter Steinmeier pula berkata hukuman mati adalah "penghinaan terhadap kedaulatan undang-undang," dan bakal menjatuhkan kerajaan sedia ada.

MEP Jerman Alexander Lambsdorff berkata: "Saya percaya bahawa ini adalah keputusan yang memalukan".

Sementara itu, Bangsa-Bangsa Bersatu Setiausaha Agung, Ban -ki moon berkata keputusan itu akan memberi kesan kestabilan di Mesir.

"Aturan-aturan yang jelas kelihatan tidak memenuhi piawaian asas perbicaraan yang adil, terutamanya mereka yang mengenakan hukuman mati, mungkin melemahkan prospek kestabilan jangka panjang ," kata Ban. - 29/4/2014


Mana RM18 Bilion Wang 1MDB di Luar Negara - The Edge

Posted: 29 Apr 2014 01:58 AM PDT



[KD] KUALA LUMPUR 28 APR: Akhbar The Edge Weekly dalam laporan eksklusifnya membongkar urusniaga yang dipersoalkan berhubung tabung pelaburan yang terlibat dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) patut membawa balik RM18 bilion yang diletakkan di luar negara.

Akhbar mingguan tersebut mula menyiasat urusniaga 1MDB selepas tabung itu mengeluarkan Laporan Kewangan 2013 berakhir 31 Mac dan laporan tahunannya.

Dalam laporan The Edge Weekly, dikatakan akaun 1MDB berjumlah berbilion ringgit yang diperoleh dari bon jaminan kerajaan, diuruskan oleh penama yang tidak diketahui di luar negara.

Akaun-akaun 1MDB menunjukkan USD2.318 bilion (RM7.88 bilion) disimpan di Cayman Islands di bawah syarikat portfolio yang diasingkan.

Manakala US$3 bilion (RM10.2 bilion) disimpan institusi kewangan yang tak dinamakan dan separuh daripadanya (US$1.58 bilion atau RM5.37 bilion) dalam pelbagai jenis portfolio pelaburan.

Mingguan tersebut menyatakan bahawa '1MDB menghantar keluar wang, walaupun terus menyebabkan hutang dan meminjam lebih untuk membiayai pelbagai perolehan.

Menurut The Edge Weekly, pada 31 Mac 2013, pinjaman 1MDB berjumlah RM36 bilion, manakala servis hutang tahunannya ialah RM 1.6 bilion.

"Corak pinjaman 1MDB berbanding pemerolehannya menunjukkan bahawa ia telah sebenarnya meminjam lebih daripada perlu," ulas Ho Kay Tat, Ketua Pegawai Eksekutif Edge Group, dalam kolumnya 'My Say'.

"Soalan ini mesti ditanya kepada 1MDB. Mengapa berlebihan meminjam hanya untuk menghantar lebihan tunai keluar negara? tanya Ho Kay Tat lanjut. 29/4/14

Berkaitan:

Anwar: Hutang 1MDB Dijangka Cecah RM42 bilion

[KD] PETALING JAYA 29 APRIL : 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijangka berhutang lebih banyak bagi menampung projek mega seperti Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia dengan anggaran RM45 billion.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini berikutan hutang tahun kewangan 2013 syarikat itu melonjak empat kali ganda kepada RM42 billion berbanding 2012 iaitu RM 8.4 billion.

"Kami menjangka lebih banyak hutang diambil 1MDB pada masa hadapan untuk membiayai kos TRX dan Bandar Malaysia yang dianggar sekitar RM45 billion dan dijangka bertambah," katanya dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.

"Selain itu, pemborosan dalam pembelian aset janakuasa tenaga bernilai RM23.1 billion yang rata-ratanya dibayar pada kadar lebih tinggi daripada nilaian semasa, jelas menunjukkan 1MDB sedang menghadapi kekangan aliran kewangan

"Kalau sikap begini diteruskan, 1MDB rekaan Najib bakal gagal dan akan menjadi satu lagi liabiliti negara yang wajar dikenali sebagai "1 Malaysia Debt of Billions atau Hutang-Piutang 1 Malaysia yang berbillion," kata Anwar.

Akhbar The Edge Weekly dalam laporan eksklusif membongkar urusniaga 1MDB berjumlah RM18 bilion yang diletakkan di luar negara.

Akhbar mingguan tersebut menyiasat urusniaga 1MDB yang dipengerusikan Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri selepasa tabung itu mengeluarkan Laporan Kewangan 2013 berakhir 31 Max dan laporan tahunannya.

Pada 25 April 2014 dilaporkan 1MDB bakal membuat suatu "Initial Public Offering" (IPO) pada akhir 2014 untuk menjana dana RM15 billion yang bakal dinobatkan sebagai IPO terbesar di asia tahun ini.

"Walaupun jumlah aset untuk 2013 bertambah kepada RM 44.6 billion, perlu diingat bahawa 1MDB perlu menanggung bayaran tahunan berjumlah RM 1.6 billion lantaran jumlah pinjaman yang berjumlah RM 36 billion pada 2013.

"Kita tahu ekonomi global global yang penuh ketidaktentuan dan kedudukan defisit kewangan negara yang semakin melebar setiap tahun.

"Wajar negara mengambil pendekatan berhemah dalam berbelanja, bukannya terus berhutang untuk mengaut keuntungan jangka pendek yang bakal mengakibatkan bebanan hutang untuk generasi akan datang," ujarnya. - Lyn Nasir/29/4/14


Catuan Air di Selangor DITARIK SEMULA

Posted: 29 Apr 2014 01:35 AM PDT


[MK] Selepas tekanan demi tekanan, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) memutuskan menarik balik catuan air yang dilaksanakan negeri itu ekoran masalah kekurangan bekalan.

Perkara itu itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) yang dipengerusikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lewat petang semalam.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini, cadangan penarikan balik catuan itu terbit daripada mulut Khalid (bawah) sendiri.


"Khalid berkata keputusan itu adalah untuk rakyat Selangor," menurut sumber yang mengetahui tentang mesyuarat di pejabat MTES di Shah Alam lewat petang semalam.

Walaupun mendapat bantahan dari beberapa pihak yang menghadiri mesyuarat tersebut, Khalid dikatakan bertegas untuk mengakhiri catuan itu.

Keputusan itu sepatutnya diumumkan hari ini oleh exco Selangor Dr Abdul Yunus Hairi bagaimanapun ditunda kepada esok, selepas mesyuarat exco Selangor.

Tweet Khalid hari ini turut membayangkan perkembangan "positif" selepas hampir 2.9 juta pengguna bertahan hampir dua bulan sejak catuan diumumkan Mac lalu.

"Untuk makluman, pengumuman penting isu catuan air pada jam 2.30 petang ini akan ditangguhkan ke hari esok. Insya-Allah positif #DemiRakyat," tulisnya hari ini.


Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sebelum ini berkata, catuan tidak akan ditarik balik sehingga paras air di Empangan Sungai Selangor melebihi 55 peratus.

Bagaimanapun Khalid dikatakan membuat keputusan drastik dengan berharap paras empangan – kini 40.08 peratus – akan terus naik dengan bantuan pam bertekanan tinggi dan hujan sejak minggu lalu berterusan.

Mesyuarat exco minggu lalu meluluskan peruntukan RM10 juta bagi melicinkan operasi itu.

Jika gagal, bekalan yang ada sekarang hanya mampu bertahan 29 hari dan bakal menjurus kepada krisis yang lebih serius.

Empangan Sungai Selangor membekalkan 60 peratus keperluan air ke Lembah Klang. -29/4/14


Berkaitan:

S'gor Digesa Bentang Pelan Tindakan Krisis Air

[MK] Kerajaan Selangor digesa untuk membentangkan satu pelan tindakan untuk menamatkan krisis air di Selangor secara telus, kata anggota majlis tertinggi Umno dari Selangor, Datuk Sohaimi Shahadan.

"Saya minta kerajaan negeri Selangor bentang apa sebenarnya pelan tindakan mereka untuk hadapi masalah air, dan bukan buat papan iklan besar untuk hentam SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) semata-matanya," katanya kepada media, hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri perlu berhenti dari bersikap "angkuh dan sombong" dalam menghadapi krisis air dan segera menyelesaikannya demi manfaat penduduk Selangor.

"Tahun 2012 dan 2013 saya dah mula gerakan (untuk maklumkan kerajaan tentang krisis ini) kerana berdasarkan fakta kita nampak berlaku krisis tahun ini dan tahun depan.

"Bila kita serah memorandum dan buat kenyataan, kerajaan (negeri) dengan angkuh dan sombong tak nak ambil tindakan.

"Jadi hari ini, rakyat kena hadapi perkara ini walaupun kita tiada jalan lain untuk menghadapinya," katanya yang juga pengerusi Pelaburan Mara Berhad.

Beliau ditemui pemberita selepas sidang media majlis penjenamaan semula identiti korporat Mara Berhad dan pelancaran Pelaburan Mara Berhad Tijari di Putrajaya.

Merasmikan majlis pagi tadi adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan turut hadir adalah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal. -29/4/14

MH370: Adakah Dakwaan Wanita Balik Umrah BENAR?

Posted: 29 Apr 2014 01:24 AM PDT


[AA] KUALA LUMPUR: Adakah dakwaan seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan umrah pada 8 Mac lalu yang ternampak sebuah bangkai pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman berkait dengan dakwaan terbaru sebuah syarikat penerokaan Australia yang telah menemui bangkai pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Dalam laporan Astro Awani pada 21 Mac lalu, wanita tersebut, Raja Dalelah Raja Latife, 53 mendakwa melihat bangkai sebuah pesawat yang sebahagiannya tenggelam dan sebahagian lagi timbul di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya itu melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.

Raja Dalelah yang ketika itu berada dalam pesawat milik Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) telah melewati kawasan bandar Chennai di India sebelum memasuki ruang udara di perairan Laut Andaman.

Dalam satu laporan berita daripada7News Australiasemalam pula, menyatakan bahawa syarikat GeoResonance yang membuat pencarian sendiri pesawat tersebut sejak 10 Mac lalu telah mengesan objek yang berkemungkinan sebuah bangkai pesawat di Teluk Bengal berdekatan dengan perairan Laut Andaman.

Menurut jurucakap GeoResonance, David Pope, pihak penyelidiknya telah mengesan elemen pada dasar lautan yang dikatakan konsisten dengan elemen pesawat.

"Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear, kapal selam. Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu cuba dan bantu," katanya seperti yang dipetik 7News.

Pencarian syarikat berpangkalan di Adelaide itu melibatkan kawasan seluas 2,000,000 km persegi di perairan di mana lokasi itu dikatakan terhempas, menggunakan imej dari satelit dan pesawat.

Menurutnya objek tersebut sememangnya tiada sebelum kejadian tersebut.

Berdasarkan kedua-dua dakwaan itu mungkinkah ini merupakan satu petunjuk baru dalam misi pencarian pesawat yang masih lagi gagal ditemui sehingga pada hari ini. -29/4/14



Pesawat Cobham Aviation BERPATAH BALIK ke Perth Akibat Enjin TERBAKAR

Posted: 29 Apr 2014 01:18 AM PDT


[BH] PERTH: Sebuah pesawat penumpang berpatah balik di Lapangan Terbang Perth, pagi ini dan melakukan pendaratan cemas selepas salah satu enjinnya terbakar sebaik berlepas.

Penumpang pesawat Cobham Aviation memberitahu, mereka melihat api marak dan asap dari enjin yang terbakar sebaik pesawat berlepas jam 10.30 pagi waktu tempatan. 

Pesawat bagaimanapun berjaya berpatah balik dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Barrow Island. 

Cobham Aviation Services dalam satu kenyataannya berkata, pesawat BAE 146 empat enjin itu kembali ke Lapangan Terbang Perth jam 10.53 pagi.

Katanya, kejadian berlaku ketika pesawat sedang naik ke ruang udara apabila enjin nombor duanya tiba-tiba terbakar.

Ketika kejadian pesawat membawa 92 penumpang, dua juruterbang dan tiga anak kapal dan semua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penumpang pesawat, Jason Grimmett, berkata kejadian berlaku kira-kira 10 minit selepas pesawat berlepas. 

"Saya duduk di sebelah kanan enjin dan tiba-tiba kepulan asap keluar dari enjin.

"Minyak bertaburan di udara sebelum api menyambar dan keadaan panik ketika itu namun juruterbang bertindak pantas untuk menutup saluran minyak," katanya. - ABC News/29/4/14



Tiada ulasan: