Isnin, 28 April 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Pesawat Ringan Terhempas di Pengkalan Chepa

Posted: 28 Apr 2014 01:30 AM PDT


[AA] KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat ringan terhempas di sebuah taman perumahan di Pengkalan Chepa, Kelantan tengah hari tadi.

Kejadian berlaku di Taman Kurnia Jaya itu apabila pesawat latihan jenis Piper PA-28-161 milik Asia Pacific Flight Training Sdn Bhd itu sedang membuat penerbangan latihan di ruang udara Pengkalan Chepa sebelum mengalami masalah enjin.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, bomba menerima panggilan jam 12.43 tengah hari dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa telah dikerah ke tempat kejadian untuk membantu mangsa.

Mangsa, seorang juruterbang telah mengalami kecederaan dan telah dikejarkan ke hospital yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan. -28/4/14






Hudud Agenda Solo PAS, Pakatan Boleh Tolak

Posted: 28 Apr 2014 01:18 AM PDT


Lanjutan dari pengumuman yang dibuat oleh menteri besar Kelantan berhubung keputusan untuk membentangkan rang undang-undang persendirian bagi membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 atau undang-undang hudud dikuatkuasakan di Kelantan, pelbagai pihak tampil memberikan pandangan, sama ada pro atau kontra.

Sebagai sebuah parti yang sejak dari awal penubuhannya bergerak di atas landasan demokrasi, PAS menghormati dan mengalu-mengalukan apa jua pandangan dan kritikan yang diberikan.

Dalam hal ini, PAS juga ingin menyatakan kesediaan untuk berdialog dengan mana-mana pihak yang ingin mendapatkan penjelasan atau memberikan kritikan, teguran atau pandangan terhadap rang undang-rang undang yang ingin dibentangkan dan juga terhadap enakmen kanun jenayah syariah (hudud) yang ingin dikuatkuasakan.

Meskipun undang-undang hudud adalah undang-undang Allah yang bersumberkan al-Quran dan Hadis, namun lantaran penguatkuasaannya dilaksanakan oleh manusia, PAS akur bahawa sudah tentu terdapat ruang-ruang yang boleh diperbaiki, baik dari aspek undang-undang substantif mahupun dari aspek prosedural.

Dalam masa yang sama, PAS juga menyeru kepada pihak-pihak yang menentang atau tidak bersetuju dengan penguatkuasaan undang-undang hudud ini supaya sekurang-kurangnya menghormati hak demokratik PAS untuk membentangkan rang undang-undang berkaitan di Parlimen.

PAS berulangkali menegaskan bahawa apa jua agenda dan dasar yang hendak di bawa PAS, ianya tidak akan dipaksakan ke atas rakyat atau dilaksanakan secara 'pintu belakang' melalui cara-cara yang diluar dari kaedah Perlembagaan dan undang-undang.

Jika sekiranya ketentuan proses demokrasi tersebut tidak menyebelahi kehendak PAS, kami akan akur dan bersedia menerima apa jua keputusan.

Jika dilihat dalam konteks penguatkuasaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 ini, PAS sebenarnya mempunyai pilihan untuk terus menguatkuasakan Enakmen tersebut di Kelantan oleh kerana Enakmen ini telah diluluskan melalui proses perundangan yang sewajarnya di dalam DUN Kelantan lebih 20 tahun yang lalu.

Tak timbul pinda perlembagaan

Apatah lagi ianya hanya terpakai di Kelantan untuk orang Islam sahaja. Bahkan terdapat pakar undang-undang seperti Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang berpandangan bahawa undang-undang hudud yang diluluskan ini adalah berada di dalam bidang kuasa negeri sebagaimana Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu ianya tidak menceroboh bidang kuasa Persekutuan dan tidak tidak timbul keperluan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.

Namun, PAS menyedari bahawa amat perlu suatu langkah yang besar ini mendapat legitimasi demokrasi melangkaui badan perundangan negeri Kelantan di samping untuk memberi peluang kepada ruang perbahasan nasional yang melibatkan semua pihak di dalam negara ini.

Oleh kerana itu, PAS memilih untuk membentangkan rang undang-undang bawah Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan agar Parlimen sendiri memberikan kebenaran kepada DUN Kelantan untuk melulus dan seterusnya melaksanakan Enakmen hudud tersebut.

Fakta ini sewajarnya direnungkan dan tidak disembunyikan oleh mereka yang menggelarkan diri sebagai pejuang demokrasi tetapi begitu bersungguh untuk menghalang PAS dari membentangkan rang undang-undang berkaitan di Parlimen.

PAS juga menghormati ketetapan yang dibuat oleh parti dalam komponen Barisan Nasional dan rakan komponen dalam Pakatan Rakyat yang tidak bersetuju dengan undang-undang hudud ini atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sejak awal penubuhan Pakatan Rakyat, PAS sedia maklum pendirian rakan-rakan Pakatan Rakyat tentang hudud dan rakan-rakan Pakatan Rakyat juga telah sedia tahu bahawa hudud adalah antara perincian kepada agenda perjuangaan Islam PAS yang mustahil untuk dikompromikan.

Namun, kerjasama yang dibina adalah berteraskan kepada agenda-agenda yang dipersetujui bersama yang bilangannya jauh lebih banyak jika hendak dibandingkan dengan agenda tunggal hudud (Enakman Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993) yang merupakan agenda PAS secara solo yang diperjuangkan PAS jauh lebih awal sebelum pembentukan kerjasama politik di dalam Pakatan Rakyat.

Perbezaaan kecil

Oleh kerana itu, PAS tidak mempunyai sebab untuk memusuhi rakan-rakan Pakatan Rakyat sekiranya mereka tidak bersetuju dengan PAS dalam soal hudud ini dan mereka berhak untuk tidak menyokong rang undang-undang yang akan Pas bawa di Parlimen kelak.

Perbezaan dalam soal hudud dengan rakan Pakatan Rakyat adalah terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan komitmen dan iltizam Pakatan Rakyat untuk membawa perubahan yang lebih baik dalam pemerintahan negara.

Justeru, kita bersetuju untuk tidak bersetuju dalam soal hudud ini namun ia tidak akan sesekali memecahkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang membawa amanah yang diberikan oleh rakyat.

Akhir sekali, PAS masih tertanya apakah sebenarnya pendirian Umno terhadap Enakman Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 (undang-undang hudud). Peringkat awal dulu mereka begitu bersungguh mencabar PAS dan menyatakan sokongan padu sekiranya PAS membawa perkara ini (rang undang undang) ke Parlimen.

Tapi hipokrasi Umno terserlah apabila kerajaan Terengganu bawah Umno menyekat usaha PAS untuk membawa usul perlaksanaan undang-undang hudud di DUN Terengganu baru-baru ini.

Inilah sikap sebenar Umno terhadap Islam yang hanya menjadikan agama sebagai alat politik dan juga bahan untuk melagakan seteru politik mereka.

Dalam hal rang-rang undang-undang yang ingin dibawa PAS ke Parlimen ini, presiden Umno wajar menyatakan pendirian dan sikap sebenar dengan ikhlas dan berhenti dari berdolak dalik.

PAS bersedia memberi laluan kepada kerajaan untuk membawa cadangan pindaan undang undang untuk membolehkan Kelantan melaksanakan Enakman Kanun Jenayah Syariah 1993 secara demokratik dan sedia menerima apa pun keputusan undian di Parlimen.

DATUK MAHFUZ OMAR adalah ahli parlimen Pokok Sena dan ketua penerangan PAS Pusat.


Budak 15 Tahun Serah Segalanya Setelah Dipujuk

Posted: 27 Apr 2014 11:52 PM PDT


[BP] MIRI: Seorang gadis berusia 15 tahun yang bekerja di sebuah salun rambut di sini, petang kelmarin, membuat laporan polis bahawa dia ditipu oleh seorang lelaki yang memaksanya untuk menyerahkan tubuhnya.

Pengadu dari Sungai Dalam di sini, dalam laporannya memberitahu, pada 23 April lalu, jam 11 pagi dia telah melakukan hubungan seks dengan lelaki berkenaan tanpa pengetahuan sesiapa.

Katanya kejadian itu berlaku di bilik tidur suspek di kediamannya di kawasan perindustrian Piasau Utara di sini.

Pengadu pada awalnya enggan berbuat demikian, namun telah dipujuk rayu oleh suspek yang berjanji mahu mengahwininya setelah dia cukup umur.

Pengadu merasakan dirinya tertipu selepas suspek tidak mahu bersamanya lagi, lalu membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Miri di sini, kelmarin.

Bertindak atas maklumat diterima, sepasukan polis kemudian menahan suspek pada hari yang sama untuk siasatan lanjut berhubung kes tersebut.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee berkata siasatan awal polis mendedahkan bahawa suspek dan pengadu merupakan pasangan kekasih sejak hampir dua bulan lalu dan ia merupakan kali pertama mereka mengadakan hubungan seks.

Sementara itu, suspek yang berusia 22 tahun, disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana disyaki merogol gadis bawah umur. -28/4/14




Kemalangan Feri Sewol: PM Korea Selatan Letak Jawatan

Posted: 27 Apr 2014 11:26 PM PDT



Seoul: Perdana Menteri Korea Selatan Chung Hong-Won semalam meletak jawatan selepas mengakui gagal melaksanakan sebaiknya operasi menyelamat mangsa feri Sewol yang karam.

Chung yang menyalahkan rasuah dan kejahatan manusia sebagai punca tragedi itu turut memohon maaf kepada rakyat Korea Selatan. 

"Saya meminta maaf kerana tidak dapat menghalang kejadian seumpama ini daripada berlaku, malah lebih teruk lagi gagal memastikan tindak balas sewajarnya. 

"Saya percaya sebagai perdana menteri saya perlu bertangungjawab dan dengan ini meletakkan jawatan.


"Melihat kejadian ini, jelas terlalu banyak kejahatan dan rasuah dalam masyarakat kita dan saya hanya mampu berharap semua sifat buruk ini mampu dihapuskan supaya kejadian seperti itu tidak berulang," katanya.

Anggota keluarga mangsa tragedi itu selama ini menyatakan rasa tidak puas hati dengan cara operasi mencari dan menyelamat dilakukan kerana dianggap terlalu lembab sehingga mengorbankan ratusan nyawa. 

Malah, siasatan kes itu turut mendedahkan kemungkinan rasuah terutama membabitkan piawaian keselamatan termasuk senarai penumpang yang tidak tepat serta muatan kapal yang berlebihan. 

Bagaimanapun, rata-rata keluarga mangsa tidak memandang peletakan jawatan Chung itu. 

"Peduli apa? Anak lelaki saya masih di luar sana. Sekalipun dia (Chung) meletak jawatan, bagaimana itu dapat mengubat kesedihan saya? 

"Sesiapa pun yang bertanggungjawab wajar dihukum, namun buat masa ini kami hanya mahu mayat anak kami ditemui secepat mungkin," kata seorang bapa, Ji Hyung-Soo. 

Seorang lagi bapa, Lim Hee-bin, berkata, dia hanya mahu melihat anaknya untuk kali terakhir sebelum pengebumiannya disempurnakan. 

"Anak saya sempat menelefon ketika kapal itu sedang tenggelam. Dia juga menghantar gambar menunjukkan rakan-rakannya memakai jaket keselamatan, namun masih duduk di kabin mereka. 

"Itulah gambar terakhirnya dan jelas menunjukkan mereka berada dalam bahaya ketika itu," katanya. 

Sementara itu, pasukan pendakwa menyerbu pejabat pengawal laluan air di Pulau Jeju dan Jindo, semalam serta merampas rekod komunikasi radio dan rakaman video berkaitan dengan Sewol. 

Setakat ini, seramai 187 orang disahkan mati manakala 115 masih belum ditemui. Kebanyakan mayat dipercayai masih terperangkap di dalam kapal itu. 

Pasukan penyelam berdepan pelbagai rintangan termasuk cuaca buruk dan penyakit dekompresi, malah kedudukan kapal itu turut menyukarkan keadaan. 

Jurucakap pengawal pantai berkata, 98 penyelam masih berusaha memasuki kabin di dek keempat Sewol, namun keadaan terlalu sukar. 

"Kapal itu semakin tenggelam menyebabkan penyelam juga perlu menyelam lebih jauh sehingga 40 meter. Keadaan ini sukar dan bahaya untuk mereka, malah semakin ramai mengadu mengalami penyakit dekompresi," katanya. 

Selain itu, ketua pengawal pantai Kim Seok-Kyun berkata, arus deras di bawah permukaan air, penglihatan terhad dan serpihan daripada kapal itu sendiri juga membahayakan penyelam. 

"Laluan dan kabin dipenuhi karpet dan selimut yang kembang akibat tenggelam dalam air selain pelbagai perabot. Semuanya menghalang laluan dan semakin menyukarkan keadaan," katanya. 

Agensi berita Yonhap memetik seorang anggota penyelamat sebagai berkata, penyelam terpaksa meraba dalam kegelapan untuk mencari mayat. 

Sementara itu, keseluruhan 15 anak kapal yang terselamat kini berada dalam tahanan dan berdepan pelbagai tuduhan seperti kecuaian jenayah dan mengabaikan penumpang. 

Seorang daripada mereka, Oh Yong-seok berkata, dia dan rakan-rakannya berusaha menyelamatkan penumpang termasuk memecahkan tingkap dan mengheret enam penumpang ke atas bot penyelamat. - AFP/28/4/14


P/s: Dalam kes MH370, PM Malaysia????

Salut Presiden Chung Hong-Won!!!



Lelaki Letup Kekasih Hamil

Posted: 27 Apr 2014 11:21 PM PDT



[HM] Beijing: Seorang lelaki menculik kekasihnya berusia 21 tahun yang sarat mengandung sebelum mengikat kanister gas pada belakangnya yang dinyalakan apabila polis datang menyelamatkan wanita berkenaan.

Li Moulian, 36, mengheret Xu Fan, 21, yang sedang tidur dari katilnya dan disumbat ke belakang keretanya sebelum dia mencederakan wanita berkenaan dengan kejam di Huizhou, wilayah Guangdong di selatan China.

Akibatnya pasangan itu terlantar sebelah-menyebelah di hospital manakala doktor berusaha menyelamatkan kedua-duanya. Namun ajaibnya, bayi dikandung Xu terselamat walaupun kecederaan dialami wanita terbabit begitu teruk.

Xu dipercayai mengandung selepas hubungan satu malam dengan Li, namun pasangan itu bersetuju terus menjalin hubungan, malah memilih untuk tinggal bersama.


XU mengalami lecur teruk akibat perbuatan teman lelakinya.

Bagaimanapun, Li dipercayai tertekan selepas enam bulan. Dia menyerang Xu ketika tidur, malah mengugut berkali-kali akan membunuhnya.

Dia memandu di sekitar bandar itu sebelum dijejaki polis yang dihubungi jiran selepas melihat Xu diheret ke dalam kereta teman lelakinya itu, namun ketika itu Li sudah meletupkan kanister gas berkenaan.

Anggota polis berjaya menarik Xu keluar dari kereta itu sebelum memadamkan api dan membawa kedua-duanya ke hospital untuk rawatan. Kecederaan dialami Li amat serius dan dia tidak dijangka dapat diselamatkan.

Bapa saudara Xu, Wu Chin, 47, berkata, keluarganya pernah menasihatkan wanita itu supaya berhati-hati dalam hubungannya dengan Li. - Agensi/28/4/14


"Saya memang masuk kemaluan saya ke dalam mulut dia...."

Posted: 27 Apr 2014 10:59 PM PDT


Bilal Mengaku Tidak Bersalah Rogol Pelajar

[UM] KUALA LUMPUR 25 April - Seorang bilal yang tempang kakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol seorang pelajar tingkatan dua dan memaksa mangsa melakukan seks oral, bulan lalu.

Shary A. Rahman, 50, yang juga penjual sate didakwa merogol mangsa yang merupakan anak kepada pembeli tetap sate yang dijualnya di dalam sebuah kereta Proton Wira di depan sebuah klinik di Setapak, di sini kira-kira pukul 11 malam, Mac lalu.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Dia yang akan menjalani pembedahan jantung pada Isnin depan juga mengaku tidak bersalah melakukan seks oral terhadap mangsa yang berusia 14 tahun itu di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan tersebut, dia didakwa mengikut Seksyen 377C kanun tersebut yang memperuntukkan hukuman yang sama.

Terdahulu tertuduh yang memakai jubah biru dan kopiah berwarna merah gelap mempertikaikan pertuduhan seks oral yang didakwanya tidak dilakukan di tempat tersebut.

"Saya memang masuk kemaluan saya ke dalam mulut dia tapi saya bukan buat kat tempat itu, tempat kejadian tu salah," katanya.

Ekoran itu, jurubahasa terpaksa membacakan semula pertuduhan berkenaan sebelum tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah.

Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzie tidak mencadangkan sebarang ikat jamin kerana tertuduh mengenali mangsa yang pernah membeli sate daripadanya.

Walau bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela memohon jaminan diberikan dengan alasan dia menanggung anak yang masih bersekolah selain mengalami kecacatan lutut dan memakai kaki palsu.

Hakim Dazuki Ali membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Janda Tak Tahan

Posted: 27 Apr 2014 10:44 PM PDT


ANAK lelaki janda (kanan) lena tidur ketika pemeriksaan dillakukan.

[HM] Melaka: Tindakan seorang janda membawa anak berusia lima tahun ketika berkhalwat dengan teman lelakinya terbongkar selepas mereka ditahan dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Taman Merdeka Permai, Batu Berendam, semalam.

Difahamkan, dalam serbuan jam 3.30 pagi itu, wanita berusia 33 tahun dari Kuala Lumpur itu membawa anak lelakinya ketika ditahan bersama pasangannya berusia 43 tahun.

Menurut sumber, ketika pemeriksaan pasangan itu cuba menyembunyikan status mereka dengan mengaku sudah berkahwin sebelum diserahkan kepada penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

"Sebaik pintu bilik diketuk anggota polis, seorang lelaki membuka pintu dan mengaku sudah berkahwin serta mempunyai anak.

"Namun, apabila kita membuat siasatan awal, mereka gagal menunjukkan bukti pernikahan sebelum mengaku baru saja berkenalan dan belum berkahwin," katanya, semalam. -28/4/14

Berkaitan:

Janda Dicekup Bersekedudukan dengan Kekasih

Seorang janda yang membawa anaknya ditahan kerana bersekedudukan dengan teman lelaki di sebuah hotel bajet di Taman Merdeka Permai, di sini, semalam.


[SH] BATU BERENDAM - Seorang janda yang sanggup membawa anak kecil untuk bersekedudukan dengan teman lelaki antara tujuh pasangan ditahan penguatkuasa dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Taman Merdeka Permai, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi, wanita berusia 33 tahun turut membawa anak lelaki lima tahun itu ditahan bersama pasangannya berumur 43 tahun ketika menghabiskan masa cuti hujung minggu ke negeri ini.

Terdahulu, pasangan tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur cuba menyembunyikan status sebenar dengan mengaku sudah berumah tangga ketika disoal siasat polis sebelum diserahkan kepada penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang mencurigai mereka.

Menurut sumber, kedua-duanya antara tujuh pasangan ditahan penguatkuasa Jaim kerana berkhalwat ketika serbuan dalam operasi bersepadu di tiga buah hotel bajet dua lokasi berasingan di Batu Berendam.

"Sebaik sahaja pintu bilik diketuk oleh anggota polis yang menyertai Ops Gejala Sosial berkenaan, seorang lelaki muncul di balik pintu dan mengaku sudah berkahwin dan mempunyai anak.

"Namun apabila kita membuat siasatan awal, mereka gagal menunjukkan bukti pernikahan dan kemudian mengaku baharu berkenalan serta belum berkahwin," katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, selain mereka terdapat enam pasangan lain berusia dari sembilan hingga 45 tahun ditahan kerana melakukan maksiat.

"Semuanya ditahan di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekedudukan dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara 24 bulan atau kedua-duanya sekali," katanya. -SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN/28/4/14



Tiada ulasan: