Jumaat, 18 April 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Rapper Potong Zakar Sebelum Cuba Bunuh Diri

Posted: 18 Apr 2014 02:32 AM PDT



[HM] Los Angeles: Seorang penyanyi rap yang pernah membuat persembahan bersama Wu-Tang Clan memotong zakarnya sebelum cuba membunuh diri dengan terjun dari sebuah bangunan, kata polis, semalam.

Andre Johnson dikejarkan ke hospital semalam selepas dia terjun dari tingkat dua balkoni sebuah apartmen di Hollywood Utara.

Johnson ditemui dalam keadaan parah di tepi jalan dan dibawa ke hospital dengan zakarnya yang terputus. Tidak dapat dipastikan jika doktor cuba mencantum semula zakarnya, lapor TMZ.

Dia kini dirawat di Pusat Perubatan Cedars-Sinai di Los Angeles.

Rakan penyanyi rap yang tinggal di bangunan itu memberitahu semalam, Johnson memotong zakarnya dan terjun dari tingkat dua secara tiba-tiba.

Kejadian berlaku dengan pantas, apabila rakannya turun ke bawah, Johnson dikatakan sudah berdiri, berlari sambil menjerit, lapor laman web itu.

Kejadian itu dikatakan tidak membabitkan sebarang dadah berbahaya.

Johnson, penyanyi rap dikenali dengan nama Christ Bearer dalam kumpulan Northstar. Bakatnya 'ditemui' oleh produser Wu-Tang dan penyanyi rap RZA pada tahun 1998. Dia menerbitkan album pertama kumpulan itu RZA Presents Northstar pada 2004.

Jurucakap Jabatan Polis Los Angeles memberitahu semalam, ada individu dibawa dengan ambulans ke hospital tempatan berikutan kemalangan sejurus sebelum 1 pagi. Ia bagaimanapun tidak mendedahkan identiti individu terbabit atau kecederaan yang dialaminya. - Agensi/18/4/14



Bapa Bangga Anaknya Berusia 12 Tahun Lahir Anak Luar Nikah

Posted: 18 Apr 2014 02:29 AM PDT


[HM] London: Bapa seorang budak perempuan berusia 12 tahun yang menjadi ibu termuda di Britain berkata semalam dia bangga dengan anaknya.

Pelajar sekolah yang dihamilkan oleh teman lelakinya berusia 13, semasa masih di sekolah rendah ketika berumur 11 tahun, melahirkan bayi perempuan seberat 3.29kg Ahad lalu.

Pada usia 12 tahun dan tiga bulan, dia lima bulan lebih muda daripada ibu termuda Britain sebelum ini.

Murid tahun 7 dan bapa bayi itu, dikatakan dilamun cinta dan menjalin hubungan selama setahun, kini dipercayai ibu bapa termuda Britain.


BAYI yang dilahirkan kanak-kanak perempuan itu dilapor sihat.

Semalam, bapa budak perempuan itu berkata dia akan membantu anaknya mengharung kehidupan.

Bagaimanapun dia mengaku kecewa kerana hanya mengetahui mengenai anaknya akan melahirkan anak bulan lalu.

Lelaki itu berkata: "Anak saya langsung tidak memalukan saya. Saya bangga dengannya. Malu bukanlah masalah di sini.

"Kami tidak mengetahui ini akan terjadi. Kanak-kanak usia sebegini akan membesar dan mempunyai teman lelaki dan sebagainya. 

"Mereka melakukan sesuatu di belakang ibu bapa. Dan kami tidak tahu apa yang mereka lakukan."

Lelaki itu berasal dari London Selatan sudah berpisah dengan ibu anaknya itu yang kini dalam usia 27 tahun menjadi antara nenek paling muda di Britain.

Dengan menganggap dirinya 'datuk yang bangga' dan menggunakan nama samaran untuk melindungi identiti anaknya, dia memberitahu radio LBSC bahawa kedua-dua keluarga akan memberi sokongan kepada pasangan muda itu.

Dia juga menggambarkan teman anaknya sebagai 'remaja yang hebat.'

"Kami tidak tahu bagaimana ia terjadi. Anda mungkin beranggapan kami mengetahui mereka berasmara di dalam bilik tidur. Tidak."

Dia berkata dia tidak akan membiarkan seorang lagi anak perempuannya yang berusia tiga tahun dan seorang lelaki berumur sembilan tahun melakukan kesalahan sama pada masa akan datang.

Pasangan kanak-kanak itu berkenalan bertemu pada musim Krismas 2012 di sebuah taman. - Agensi/18/4/14


Tiada ulasan: