Isnin, 7 April 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Jelaskan kenapa 1MDB diberi tender solar secara terus – Izzah

Posted: 07 Apr 2014 05:20 AM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mempersoalkan tindakan kerajaan menganugerahkan tender secara langsung kepada 1Malaysia Development Fund (1MDB) bagi projek loji tenaga solar.

nurul izzah_2Katanya, projek loji solar 50MW melibatkan 500 ekar tanah di Kedah itu, dianugerah melalui tender langsung meskipun rekod dan kepakaran 1MDB diragui.

"Kerajaan perlu jelaskan mengapa buat tender secara terus kepada 1MDB walhal Sustainable Energy Development Authority (SEDA) juga telah buat bidaan untuk kuota tenaga tetap antara 1MW dan 5MW pada tahun 2012,"

"Projek solar 1MDB akan ceroboh kawasan TNB, selain itu kemasukan 1MDB akan meminggirkan syarikat kuasa solar yang lebih kecil," kata Nurul Izzah.

1MDB dilihat memonopoli projek kuasa solar bermula dengan pembelian aset lebih RM10 bilion termasuk aset kuasa Tanjong, Jimah dan Genting, 2000MW projek arang batu dan 50MW untuk projek panel solar.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan rekod dan kepakaran 1MDB untuk menguruskan projek solar dan satu kajian perlu dilakukan untuk mengenalpasti kesan kepada penduduk setempat.

Tambah Izzah, kos projek untuk loji solar 50MW dianggarkan sehingga RM900 juta walaupun harga sel solar dilihat menurun dan ini merupakan satu strategi kerajaan sebagai sebahagian daripada program rasionalisasi subsidi.

"Kerajaan perlu segera jelaskan jenis bantuan yang diberikan kepada projek itu untuk menampung selera kuasa 1MDB," ujarnya.

14 Peratus Daripada 70 Peniaga Kedai Runcit Program Tukar Gulung Tikar

Posted: 07 Apr 2014 05:13 AM PDT

tukar
 
Oleh: BERNAMA 


KUALA LUMPUR: Sebanyak 26 peratus daripada 70 kedai di bawah Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar) yang diselia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengalami kemerosotan nilai jualan manakala 14 peratus lagi bergulung tikar.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara, 2013 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin, kedai-kedai yang mengalami kemerosotan nilai jualan berpunca antaranya disebabkan wujudnya persaingan daripada pasar raya berdekatan.

"Kedai yang telah menutup perniagaan mereka pula adalah kerana menghadapi masalah kekurangan modal dan kesukaran peserta mendapat bekalan barang jualan disebabkan mereka (peserta) tidak memaksimakan pulangan ke atas jualan stok sebagai pusingan untuk pembelian stok seterusnya," menurut laporan itu.


Laporan itu turut mendapati terdapat juga peserta yang bertukar milik kedai selain menutupnya disebabkan peniaga menghadapi kekurangan modal dan klausa dalam perjanjian pinjaman tidak terdapat larangan kepada peserta Tukar untuk menjual (kedai tersebut) dalam tempoh perjanjian berkuat kuasa, menurut laporan itu.

Laporan itu menyebut pihak KPDNKK bersetuju dengan syor Audit Negara untuk meletakkan syarat bahawa pekedai tidak boleh menukar milik atau menjual kedai mereka kepada pihak lain tanpa persetujuan kementerian itu terlebih dahulu.


Bagaimanapun, sebanyak 56 peratus daripada keseluruhan kedai yang menyertai program tersebut berjaya meningkatkan nilai jualan berbanding sebelum menyertai program Tukar, menurut laporan itu.

Sementara itu, sebanyak 75 peratus daripada 60 peserta program Tukar tidak mendapat latihan yang sewajarnya disebabkan masalah ketiadaan pembantu untuk menguruskan perniagaan ketika menghadiri latihan, lokasi latihan yang jauh dan masalah pengangkutan serta masalah kesihatan.

Program Tukar telah dilancarkan pada Feb 2011 dengan tujuan memodenkan kedai runcit tradisional dan sedia ada bagi meningkatkan daya saing dalam bidang peruncitan yang kompetitif.

Selepas Denggi, TB Juga Dilaporkan Meningkat

Posted: 07 Apr 2014 05:06 AM PDT

BULETIN ONLINE

Fakta TB trg1KUALA TERENGGANU – Selepas diserang demam denggi yang luar biasa, Terengganu dilapor mencatatkan 770 kes batuk kering (TB) pada tahun lepas, meningkat lima peratus daripada 733 kes yang dilaporkan dalam tempoh yang sama tahun 2012.

Pengarah Kesihatan Terengganu , Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata sehingga Mac tahun ini , sebanyak 203 kes TB telah dilaporkan di negeri ini dengan purata 68 kes sebulan.

" Menurut statistik, 770 kes Batuk Kering dilaporkan pada tahun lepas di negeri ini untuk kadar pemberitahuan 70.5 kes bagi setiap 100,000 penduduk, peningkatan sebanyak 5.0 peratus daripada 733 kes pada 2012," katanya semasa melancarkan kempen anti TB peringkat negeri di Setiu, pada Selasa 1 April.

Dr Anwa berkata jabatan kesihatan , dalam menjangkakan peningkatan dalam kes-kes TB untuk tiga tahun akan datang, telah memberi perhatian yang serius kepada penyakit tersebut.

Beliau berkata cabaran utama dalam membasmi penyakit itu adalah pencegahan dan kawalan dengan kadar pemulihan tahun lepas dicatatkan pada 79 peratus , yang malangnya , tidak memenuhi kadar Pertubuhan Kesihatan Sedunia disyorkan sebanyak 85 peratus.

Beliau turut menyebut, dalam tempoh tiga bulan tahun ini, terdapat 241 kes denggi dengan satu kematian telah direkodkan.

Jumlah kes denggi di Kuala Terengganu mencatat peningkatan 'luar biasa' dengan mencecah 3,650 peratus iaitu 150 kes dalam tempoh 10 minggu pertama tahun ini sehingga Mac lepas, berbanding hanya empat kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Daripada jumlah itu, 137 kes demam denggi manakala 13 kes lagi demam denggi berdarah manakala Besut pula meningkat 400 peratus, melibatkan 14 kes berbanding empat kes dalam tempoh serupa.

Fakta Denggi trg1Ia diikuti daerah Setiu dengan peningkatan 100 peratus, Dungun (16.7 peratus) dan Marang (14.3 peratus) sementara Hulu Terengganu dan Kemaman mencatatkan penurunan kes, masing-masing 20.0 peratus dan 12.5 peratus.

"Terdapat peningkatan kes denggi yang ketara dalam tempoh 10 minggu pertama tahun ini di negeri ini, sehingga 5 Mac, keseluruhan sebanyak 198 kes dilaporkan berbanding hanya 40 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

"Ia menunjukkan peningkatan kes sebanyak 395.0 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Perhimpunan Penyayang dan Jasamu Dikenang Peringkat Daerah Besut di Hospital Besut pada 8 Mac.

Beli ‘Amphicoah’ RM6 juta, Bantuan Mangsa Banjir Masih Belum Dibayar!

Posted: 07 Apr 2014 05:02 AM PDT

HanafiahBULETIN ONLINE


KEMAMAN – Janji Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak dan Menteri Besar (MB) Terengganu Dato' Seri Ahmad Said mahu memberikan bantuan kepada semua mangsa banjir di daerah Kemaman khususnya DUN Chukai masih belum ditunaikan, walaupun banjir telah lama surut.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat berkata, sebaliknya Ahmad Said menghabis wang rakyat pergi ke Antartika.

"banjir sudah selesai, rakyat yang mengalami banjir belum dapat peruntukan. Walaupun dijanjikan oleh Menteri Besar Terengganu kepada setiap mangsa banjir yang hilang semua alatan di dalam rumahnya (sebanyak) RM1500. Tapi, sampai sekarang pun tak diberi.

"Tiba-tiba Menteri Besar, pergi ke Antartika. Sepatutnya, selepas banJir, dia tolong rakyat. Dia tidak perlu ke antartika, cari Peguin! Tetapi dia menghabiskan duit rakyat. Kononya dia seorang saintis…….. Saya minta maaf kepada menteri besar, saya ingta dia belajar sains politik. Rupanya dia pakar sains sebab itu dia ke Antartika!,"ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Kemaman berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam DUN Chukai pada Jumaat 4 April.

Beliau mendakwa, selepas Ahmad berseronok di Antartika, pada dua hari yang lalu, beliau mengisytiharkan pula akan membeli bas 'amfibia, berharga RM6 juta.

"bas ini boleh berjalan atas air, di tasik Kenyir. (kononnya) ia kan bawa pelancong-pelancong untuk melihat keindahan tasik Kenyir.

"dua buah harga RM6 juta………bila ada orang (buat) carian (dalam) internet, harga sebuah baru RM1.6 juta. (tapi) dia (Ahmad Said) beli harga RM3 juta (sebuha),"jelasnya.

makan malam dun chukai1Menurutnya, beliau akan membawa perkara tersebut pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan datang, supaya Menteri Bear menjawabnya dengan segera.

Katanya, dakwaan kerajaan Umno bahawa bas 'amfibia' tersebut juga boleh digunakan untuk menyelamatkan mangsa banjir sebagai 'tidak praktikal' kerana pergerakannya yang lambat tidak akan dapt melakukan tugas penyelamatan dengan segera.

"Dia (MB) cakap, kalau baniir mari sekali lagi, dia akan bawa mangsa banjir…….cuba kita bayangkan, sebuah bas boleh naik 50 orang, bas itu boleh (bergerak) laju 8 knot, sepatutnya ada bot laju untuk ambil (selamatkan) orang,

"lepas itu, orang Kenyir. Orang yang ada bot (pengusaha) kat sana, bila mari (beli) bas ini, macam mana nasib mereka? Inilah penyelewengan yang besar di Terengganu,"tegasya.

Beliau berhara selain Majlsi Makan Malam yang diadakan bagi mengutip dana, para hadirin dapat membuka minda kerana katanya, bahawa sudah tiba masanya kita turunkan Umno dalam PRU yang akan datang.

Tetamu kehormat dan turut menyampaikan Majlis tersebut adalah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob dan Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman Ustaz Alias Hamid.

Lebih RM100,000dapat dikumpulkan pada majli tersebut bagi membeli sebuah van untuk khidmat DUN Chukai dan bagi membiayai program-program kebajikan bagi DUN Chukai

Audit tegur projek empangan lewat

Posted: 07 Apr 2014 04:55 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ketua Audit Negara menegur projek Empangan Paya Peda di Besut, Terengganu dengan kos RM348 juta yang disifatkan tidak memuaskan kerana hanya 65.21 peratus siap.

Dalam laporannya, audit turut menegur kontraktor untuk projek Kementerian Pertanian dan Sumber Asas Tani itu yang mungkin tidak berpengalaman untuk menjalankan projek besar itu.

Kontraktor itu juga didapati tidak mengikuti syor yang ditetapkan dalam laporan Penilaian Impak Alam Sekitar.

Kementerian itu melantik syarikat JAKS Resources Berhad dan Pembinaan Sujaman Sdn Bhd secara usaha sama melalui surat kelulusan bertarikh 12 September 2008.

Kementerian juga melantik Jurutera Perunding Zaaba Sdn. Bhd. sebagai perunding projek, yang melakukan kerja meliputi merekabentuk empangan, kajian kejuruteraan dan teknikal, penyediaan dokumen tender dan penyeliaan pembinaan.

Menurut laporan itu, kontraktor sepatutnya menjalankan ujian untuk mengesan mineral arsenik, yang boleh memudarakan keselamatan awam. Perkara itu didapati tidak dijalankan oleh kontraktor.

Audit mendapati, projek yang bermula 1 Jun 2010 hingga 30 November  2013 memakan masa terlalu lama disebabkan kontraktor gagal menepati terma kontrak yang ditetapkan.

Kelewatan itu didapati berpunca dari tindakan kontraktor yang tidak mematuhi sepenuhnya syarat dalam kontrak pembinaan, dengan mengurangkan bilangan jentera dan pelantikan subkontraktor tanpa kebenaran.

Ia seterusnya menegur kementerian kerana membuat bayaran berlebihan sebanyak lebih RM500,000 kepada satu syarikat juruukur tanah.

Laporan itu menyatakan, kelewatan boleh dielakkan jika kontraktor melaksanakan projek seperti yang dirancang dan pelantikan kontraktor berpengalaman dan berpengetahuan mengikut prosedur yang betul.

Dalam laporannya, audit menyebut Empangan Paya Peda mula dicadangkan pada 1995 dan hanya dilaksana bawah Rancangan Malaysia Kesembilan untuk membekal 1,120 juta liter air sehari kegunaan isi rumah, pertanian dan pembangunan di daerah itu.

Projek untuk Skim Pengairan Besut di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara itu juga dirancang sebagai struktur kawalan risiko banjir di hilir Sungai Besut.

Hadi bimbang GST dinasihati 'Qarun'

Posted: 07 Apr 2014 04:39 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) bimbang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan April tahun depan dibuat hasil nasihat "Qarun" luar negara seperti Tabung Kewangan Dunia (IMF) dan "penyangak kewangan".

Membaca sepotong ayat al-Quran mengisahkan seorang raja menolak permintaan mengenakan cukai kepada kaum lemah, Abdul Hadi berkata, pelaksanaan GST perlu dibuat dengan melihat situasi kewangan negara.

"Adakah negara kira dalam keadaan darurat sehingga memerlukan cukai GST (dan) percukaian yang sentiasa dibuat semasa ke semasa. Saya berpendapat menggunakan kaedah percukaian ini adalah (daripada) nasihat yang salah.

"Saya bimbang, (pelaksanaan cukai) ini nasihat daripada 'Qarun' luar negara. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia, penyangak-penyangak kewangan termasuk yang ada dalam negara kita.

"Penyangak-penyangak kewangan yang mahu menggalakkan diri mereka menunaikan amanah dan tanggungjawab, untuk menimpa dan mengenakan (cukai) kepada rakyat," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang GST di Dewan Rakyat tengah hari ini.

Abdul Hadi berkata pelaksanaan itu boleh dielak apabila negara menguruskan sumber dengan "petunjuk yang betul" bagi menambah pendapatan termasuk memanfaat hasil sedia ada tanpa mengadakan cukai baru kepada rakyat.

"Soalnya apakah pengurusan hasil bukan cukai seperti Petronas dan lain-lain diuruskan dengan betul bagi menambah hasil negara?

"Adakah cukai daripada mereka layak, sepatutnya membayar cukai selama ini diurus dengan baik, sehingga (boleh) membanyakkan hasil negara.

"Ini perlu dilihat dengan petunjuk dengan betul untuk mengendali sumber sedia ada," katanya.

Selain itu, Abdul Hadi turut menempelak sikap kerajaan yang berdepan 'penyakit' "membazir, boros, bocor, hutang, rasuah dan tak mampu berjimat" dengan projek dilaksanakan.

"Projek itu ada tapi membazir (seperti) projek mewah, saja nak tunjuk lagak, nak berhibur. Boros dapat dilihat projek ditambah peruntukan..." katanya sambil beberapa MP BN bangun untuk mencelah bagi mendapatkan penjelasan daripadanya.

'Kami bukan Melayu mudah lupa'

Bagaimanapun, Abdul Hadi tidak mengendahkan permintaan mereka memandangkan "masa tidak cukup" dan meneruskan perbahasannya.

Speaker Datuk Ismail Mohamed Said turut menegur pemimpin BN yang kerap mencelah sedangkan peraturan mesyuarat 37(2) menetap supaya tidak perlu mencelah jika seseorang MP enggan memberi laluan.

Abdul Hadi kemudiannya berkata kerajaan seringkali menyediakan perbekalan tambahan yang didakwanya dibuat kerana boros dan kebocoran dan bukan disebabkan oleh perkara yang sebenarnya.

"Berlakunya bocor, hutang dengan riba yang semakin meningkat. Inilah yang merudumkan ekonomi kuasa besar dunia (seperti) Amerika dan Eropah.

"Kalau mampu berjimat, tak ada boros, membazir, hutang dan rasuah diatasi, maka tak perlu GST. GST diadakan untuk menampung defisit," katanya sambil sekali lagi beberapa MP BN termasuk Tasek Gelugor Shabudin Yahya bangun mencelah untuk mendapatkan penjelasan.

Selepas beberapa kali Shabudin berdiri meminta celahan, akhirnya Abdul Hadi memberi laluan kepadanya yang menempelak kenyataan Abdul Hadi supaya mengemukakan bukti terhadap dakwaannya.

Dan pada masa yang sama, Shabudin menjelaskan negara memerlukan wang dengan melaksanakan projek pembangunan dan juga integriti yang dimantap dari masa semasa bagi mengelakkan penyakit yang dimaksudkan Abdul Hadi.

Bagaimanapun, Abdul Hadi yang juga ADUN Rhu Rendang kemudiannya bangun dan membidas sinis dan berkata:

"Mungkin Yang Berhormat tidak baca Laporan Audit Negara. Mesti baca laporan audit negara tiap-tiap tahun, dan kami bukan Melayu yang mudah lupa.

"Kami tidak lupa peristiwa IMF, Perwaja, KWSP, Tabung Haji, kapal terbang Skyhawk, kapal selam dan lain-lain lagi. Tidak ada apa-apa tindakan.

"Tindakan terhadap ikan bilis kecil, yang besar tak ada tindakan, yang kena tindakan pegawai, orang politik tak ada tindakan, menteri tak kena tindakan... Mana integriti?" katanya sambil diiringi sorakan daripada MP Pakatan Rakyat.

Taklimat MH370 pada Pakatan tak jadi lagi

Posted: 07 Apr 2014 04:33 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Hasrat anggota Parlimen Pakatan Rakyat untuk mendengar taklimat berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dijadual esok masih tidak menjadi kenyataan.

Ini ekoran kerajaan hanya akan mengadakan taklimat selepas kesemua jawatankuasa berkaitan menjalankan siasatan dan terdapat maklumat baru untuk disampaikan.

"Pada ketika ini, segala tumpuan sedang diberikan terhadap proses memastikan perjalanan serta pelaksanaan semua jawatankuasa ini berada di tahap yang terbaik," kata menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

"Oleh yang demikian, pihak kerajaan berpendapat taklimat lebih menyeluruh hanya akan disampaikan setelah jawatankuasa-jawatankuasa ini menjalankan siasatan dan terdapat fakta-fakta baru untuk diberi penerangan."

Pelbagai jawatankuasa penyiasat ditubuhkan bawah Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar dan jawatankuasa carian dan menyelamat peringkat antarabangsa.

Awal bulan ini dilaporkan taklimat itu dibatalkan selepas Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak dapat memberi taklimat kepada gabungan pembangkang itu kerana terpaksa ke Hawaii.

Surat permohonan untuk mengadakan taklimat kali ini dipohon oleh MP Anthony Loke (DAP-Seremban) pada 2 April lalu.

Loke (kiri) meminta taklimat peristiwa itu diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Hishammuddin sendiri.

"Saya amat berharap YB Loke Siew Fook agar bersetuju untuk menerima cadangan kerajaan ini kerana beliau juga telah bersetuju untuk menerima apa-apa cadangan lain," katanya.

Shahidan yang juga MP Arau turut menegaskan "tiada apa yang disembunyikan" kerajaan berhubung insiden itu.

Menurutnya lagi, semua maklumat serta perkembangan terbaru telah disampaikan secara telus dalam sidang media yang disiarkan secara meluas.

Jururawat dapat RM27 juta setahun?

Posted: 07 Apr 2014 04:31 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Berdasarkan rekod Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN), jururawat berdaftar boleh menjana pendapatan sehingga RM27 juta setahun dan anak-anak mereka masih boleh memohon bantuan kewangan.

Manakala kerani pula perlu berusaha keras untuk memperoleh pendapatan tahunan sebanyak RM34.

Perbezaan ini telah dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013 dengan mengambil kira gaji ibu bapa dan penjaga pemohon pinjaman.

Perkara itu didedahkan dalam jadual dinamakan "pendapatan tidak munasabah berbanding jenis pekerjaan".

Laporan itu menyatakan bahawa terdapat 384 rekod yang luar biasa itu.

Ketua audit negara juga melaporkan bahawa terdapat 921 rekod berganda, dengan seorang pelajar mempunyai 13 akaun yang sama

Bertengkar BI demi perhatian MP Australia

Posted: 07 Apr 2014 04:27 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Anggota Dewan Rakyat hari ini bertengkar sesama sendiri dalam Bahasa Inggeris, seolah-olah bagi mendapatkan perhatian anggota Parlimen Australia yang melawat Parlimen hari ini.

Membahaskan Rang Undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2014, Azmin Ali (PKR-Gombak) mencetuskan kekecohan apabila menyindir dalam Bahasa Inggeris bahawa kerajaan BN hanya mendapat sokongan 47 peratus undi popular.

"Saya dengan sukacitanya mengalu-alukan delegasi Australia hari ini untuk memerhatikan perbahasan berkaitan GST, yang diperkenal oleh kerajaan BN yang hanya mempunyai sokongan 47 peratus undi," kata Azmin.

Kata-kata itu mendorong Datuk Seri Jamaluddin Jarjis (BN-Rompin) bangun membalas.

Sambil berterima kasih terhadap bantuan Australia dalam pencarian MH370, Jamaluddin juga memaklumkan beliau juga terlibat dalam lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.

"Jangan terlibat dengan politik remeh," kata Jamaluddin, memanaskan lagi keadaan di kedua-dua pihak.

Kedua-dua pihak Azmin dan Jamaluddin (kanan) terus bercakap dalam Bahasa Inggeris sehinggalah timbalan speaker Datuk Ronald Kiandee campur tangan.

"Tiada keperluan untuk bercakap dalam bahasa orang putih," kata Ronald.

Untuk itu, Azmin menjawab, dalam Bahasa Inggeris: "Kamu beritahu saya jangan cakap Bahasa Inggeris. Oleh itu saya akan cakap dalam Bahasa Malaysia."

Wakil BN gesa timbalan menteri letak jawatan

Posted: 07 Apr 2014 04:23 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


MP BN Kalabakan Datuk Ghafur Salleh mendesak Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri dalam negeri ekoran saranannya agar resort di pulau terpencil ditutup bagi menjamin keselamatan pelancong.

Selain itu, Ghapur (kanan) juga mendesak supaya Wan Junaidi memohon maaf di atas kenytaanya, susulan insiden penculikan dua individu termasuk seorang seorang pelancong China di Singamata Adventures and Reef Resort, di pantai Semporna.

"Jika tidak mahu minta maaf, letak jawatan sama sekali.

"Kita tidak mahu menteri yang bermuka-muka dan tidak menjaga sensitiviti rakyat Sabah," katanya sewaktu membahaskan usul penambaikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Bersih desak tuduhan Mejar Zaidi digugurkan, berhimpun di Mahkamah Tentera esok

Posted: 07 Apr 2014 12:40 AM PDT

OLEH DIYANA IBRAHIM


Bersih 2.0 ahli dan beberapa NGO memegang mengajak orang ramai memberi sokongan kepada Mejar Zaidi Ahmad yang akan dibicarakan di Mahkamah Tentera Kuala Lumpur esok. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 April, 2014.Bersih 2.0 ahli dan beberapa NGO memegang mengajak orang ramai memberi sokongan kepada Mejar Zaidi Ahmad yang akan dibicarakan di Mahkamah Tentera Kuala Lumpur esok. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim,


Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bersama 40 badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain‎ mendesak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengugurkan pertuduhan terhadap Mejar Zaidi Ahmad kerana membuat laporan polis berhubung dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum ke -13 (PRU13) yang lalu.

Pengerusi Bersih, Maria Chin berkata, ‎sokongan badan tersebut ke atas Zaidi bukan untuk mengkritik TUDM namun demi mempertahankan hak tentera sebagai pengundi di negara ini.

Katanya, beliau mahu TUDM melihat konteks yang lebih meluas dan memahami tindakan Zaidi yang hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengundi.

"Sokongan kita terhadap Mejar Zaidi tidak bermakna Bersih mengkritik TUDM. Kes beliau adalah amat istimewa sebab sedar akan perbuatannya tapi tetap meneruskannya‎.

"Kerana itu TUDM seharusnya melihat dari konteks meluas‎ kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri mengakui dalam laporan media mengenai kegagalan dakwat kekal, dan Mejar Zaidi bercakap hanya demi kepentingan awam," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari (gambar), menyifatkan tuduhan  Zaidi ini sebagai kes klasik.

Beliau berkata, melihat daripada situasi Malaysia dalam keadaan aman maka akta lembaga tentera perlu dibaca dalam Perlembagaan.

"Dalam kes ini beberap‎a perkara TUDM terlepas pandang namun kita tidak boleh dedahkan sekarang kerana risau ia akan menjejaskan perbicaraan kes esok.

"Bagaimanapun kita nak tekankan di sini hak beliau sebagai rakyat Malaysia. TUDM menganggap beliau melanggar peraturan namun sebenarnya ramai lagi anggota dalam perkhidmatan awam pernah membuat laporan. Ini sebuah contoh kes klasik," katanya.

Zaidi menghadapi tujuh pertuduhan melanggar arahan Majlis Angkatan Tentera Malaysia dengan membuat laporan polis pada 1 Mei 2013 mengenai ketidak-kekalan dakwat kekal dalam pengundian awal semasa PRU-13.

Tiga daripada tujuh pertuduhan yang dikenakan adalah kerana beliau membuat kenyataan media tanpa kebenaran pihak atasan tentera dan menghantar dua SMS lanjutan berbau politik.

Manakala Presiden Kebajikan Bekas Angkatan Tentera Kebangsaan, Leftenan Kolonel Mohd Naziri Mokthar berkata, dari segi kapasiti seorang rakyat Malaysia, Zaidi tidak boleh dianggap bersalah.

"Kita tidak merasakan beliau membuat kesalahan hanya kerana ingin menyuarakan perkara benar mengenai kegagalan dakwat tersebut.

"Namun kita perlu faham di sini adalah TUDM bukan institusi caca-marba. Ia mempunyai pengurusan yang sangat teratur namun mungkin ada kekurangan dari segi pelaksanaan namun bukan pentadbirannya," katanya.

Jesteru, beliau bersama Bersih menyeru rakyat Malaysia untuk memberi sokongan kepada Zaidi dalam perbicaraan di Mahkamah Tentera Kuala Lumpur pagi esok.

"Kita menyeru rakyat Malaysia untuk hadir memberi sokongan pada jam 8 pagi esok. Marilah kita beramai-ramai menyatakan soladariti terdapat Mejar Zaidi," katanya.

Zaidi kini didakwa mengikut Seksyen 502(2) dan Seksyen 51 Akta Angkatan Tentera 1972 di Mahkamah Tentera Kuala Lumpur.

‎Kes beliau ditetapkan pada 8 hingga 10 April ini di hadapan enam ahli panel iaitu Kolonel Saadon Hasnan, Leftenan Kolonel Zainurin Mohd Dom, Mejar Khuzairi Mohd Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib, Mejar S Nadzeer Salehuddin dan Mejar Noor Azman Ahmad.

Jika didapati bersalah, bapa kepada empat anak itu yang berkhidmat selama 25 tahun akan menghadapi hukuman penjara dan hilang pencen.

15 Februari lalu, The Malaysian Insider melaporkan Zaidi ‎tidak menyangka beliau bakal berhadapan dengan tindakan mahkamah.

Juruterbang jet pejuang berusia 45 tahun yang sudah berkhidmat selama 25 tahun itu terkejut apabila mendapati dirinya bergelut dengan masalah dan bukannya pembekal dakwat serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang seharusnya. dipertanggungjawabkan.

Di samping itu, beliau juga dibekukan daripada menjalankan tugas sebagai juruterbang dan terpaksa  bertugas di jabatan am.

Kontroversi dakwat kekal yang digunakan buat pertama kali pada PRU13, dikritik selepas ramai pengundi mengadu ia boleh dibasuh dengan mudah.

Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) menegaskan kegagalan sistematik dakwat kekal semasa pengundian awal dan hari pengundian menjejaskan hasil pilihan raya itu.

SPR akhirnya mengaku November lalu dakwat kekal digunakan pada PRU13 mempunyai kelemahan; antara lain, ia boleh dibasuh dan mengambil masa yang lama untuk kering dan kerana itu ia meninggalkan kotoran pada kertas undi. Bagaimanapun SPR menegaskan dakwat kekal masih akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang.

Zaidi, yang berpangkalan di kem  Butterworth  di Seberang Prai, Pulau Pinang, adalah seorang daripada 235,826 kakitangan pasukan keselamatan dan pasangan di seluruh negara yang mengundi lebih awal pada 30 April tahun lepas.

5 kementerian akan dipanggil, 121 berdepan tindakan, kata PAC

Posted: 07 Apr 2014 12:35 AM PDT
























 OLEH HASBULLAH AWANG CHIK


Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil lima kementerian berkaitan setelah Laporan Ketua Audit Negara 2013 dibentangkan hari ini.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar) berkata, kementerian yang terlibat adalah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

"Sebanyak 71% audit yang terlibat adalah penambahbaikan manakala 29% lagi membabitkan penyelewengan, salah guna kuasa, salah laku dan kecuaian.

"121 kes dibawa untuk diambil tindakan, 92 kes diselesaikan manakala 29 kes lagi belum selesai," katanya pada satu sidang media di Parlimen hari ini.

Jazlan berkata, Jabatan Kerja Raya dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan turut dipanggil apabila semua kementerian yang terlibat selesai berdepan dengan PAC.

Mengubah Persepsi Rawatan Bekam

Posted: 07 Apr 2014 12:31 AM PDT

Gambar hiasan

Oleh: BERNAMA


KUALA LUMPUR: Kaedah rawatan bekam, yang wujud sejak zaman purba Greek ribuan tahun, semakin diyakini terutama di negara-negara Islam sebagai kaedah perubatan yang dikatakan dapat membantu menyembuhkan penyakit terutama yang kronik.

Bekam adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah S.A.W. dan para sahabat.

Diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan mengenai rawatan bekam, ia dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati segala penyakit.

Di Malaysia, walaupun rawatan bekam semakin meluas terutama di pusat-pusat rawatan bekam dan pusat rawatan kecantikan, namun masih terdapat kebimbangan dalam kalangan masyarakat untuk mengamalkannya.

Keadaan ini timbul berikutan terdapat kekeliruan daripada andaian-andaian negatif antaranya perempuan tidak perlu berbekam kerana akan mempercepatkan proses menopaus, berbekam akan menyebabkan darah bertambah kurang, ketagihan untuk berterusan melakukan bekam selain tidak yakin kaedah itu mampu menyembuhkan penyakit terutama penyakit-penyakit kronik.


KEKELIRUAN PERUBATAN BEKAM

Kegagalan menjelaskan secara saintifik rawatan bekam dan kebaikannya mungkin antara punca wujudnya andaian-andaian itu.

Pengusaha dan pakar rawatan bekam, Pusat Homeopati, Refleksiologi dan Bekam Al-Jawad, Dr(homeopati) Ibrahim Burhanuddin berkata seseorang pengamal rawatan perubatan bekam harus mempunyai ilmu bukan sahaja ilmu bekam tetapi ilmu-ilmu berkaitan dengannya seperti psikologi dan saraf.

Beliau, yang telah berpengalaman lebih 17 tahun dalam rawatan bekam berkata, masyarakat hari ini yang berpendidikan tinggi dan terbuka, mahu mengetahui secara saintifik satu-satu rawatan itu sebelum bersetuju untuk melakukannya.

"Ramai pengusaha yang kurang mahir, jadi apabila ditanya apa tujuan bekam, macam mana fungsi setiap rawatan itu kepada anggota badan, mereka gagal menjelaskannya.

"Ini menyebabkan masyarakat tidak faham dan ia antara kekangan mengapa rawatan bekam sukar untuk pergi lebih jauh sepertimana bidang perubatan akupuntur yang mendapat pengiktirafan dunia," katanya.

Berkongsi pengalamannya sendiri, beliau berkata segalanya bermula pada tahun 1991 setelah mencuba rawatan bekam bagi mengubati penyakit gastrik dan paru-paru berair yang dialami sejak sekian lama.

Setelah mencuba pelbagai ubat, masih gagal merawat penyakit yang dihidapi hingga beliau mencuba rawatan bekam dan kemudian pulih daripada penyakit itu.

"Dari situlah saya mengkaji dan belajar kaedah rawatan bekam daripada beberapa orang guru termasuk seorang guru bekam dari Korea. Saya kaji bagaimana bekam boleh menyembuhkan penyakit dan bagaimana ia menjadi perubatan terbaik sepertimana yang dinyatakan dalam hadis Nabi," katanya, yang turut mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang homeopati dari Universiti Sumatera Utara, Indonesia.


TOKSIN PUNCA PENYAKIT?

Daripada kajian-kajian perubatan, penyakit yang singgah dalam tubuh individu itu berpunca daripada toksin. Ia diumpamakan seperti sampah yang menyebabkan tiga pembuluh darah iaitu alteri, vena dan kapilari menjadi sempit dan lemah hingga tidak mampu menjalankan tugasnya dengan sempurna.

Ketiga-tiga pembuluh darah ini jika disambungkan akan menjadi sepanjang 96 kilometer, menurut Ibrahim.
Ia perlu dibersihkan bagi membolehkan ia mengalir dengan lancar.

Jelas beliau, apabila darah tidak dapat mengalir dengan sempurna, ia tidak dapat menghantar oksigen dan pemakanan yang diperlukan ke seluruh organ-organ tubuh.

"Apabila semakin banyak toksin dalam badan, oksigen akan bertambah kurang. Ini menyebabkan orang yang sakit akan bertambah-tambah sakit sekiranya sel-sel dalam badan tidak mendapat nutrien dan oksigen yang cukup," katanya.

Apa yang membezakan setiap pesakit ialah tempat-tempat toksin itu berkumpul hingga menyebabkan pelbagai penyakit datang seperti gout, kencing manis, jantung, darah tinggi dan buah pinggang.

Jika toksin banyak berkumpul di kepala, sakit kepala mudah datang, akan cepat mengantuk, tumpuan akan hilang, susah untuk tidur dan pelupa hingga menyebabkan darah tinggi dan akhirnya strok, katanya.

"Contohnya, gula dalam darah yang normal bacaannya 4 hingga 6, jika lebih daripada itu seperti bacaan 8 hingga 10 yang lebih itulah toksin. Begitu juga dengan kolestrol dalam badan.

"Cara untuk membuang toksin ini dengan cara membuang darah kotor yang terkumpul. Semakin banyak darah kotor yang dibuang semakin lancar dan bersih darah yang tinggal dan penghantaran oksigen dan pemakanan dalam tubuh akan berjalan lancar," katanya.


PUNCA TOKSIN

Ramai yang menyatakan toksin dalam badan diperoleh melalui pemakanan dan minuman. Ia mungkin satu daripada puncanya. Namun punca sebenar toksin terkumpul dalam tubuh kerana terganggunya sistem buah pinggang dan hati yang bertindak sebagai penapis terbaik di dunia.

Buah pinggang yang sihat bekerja sebagai penapis darah daripada segala kekotoran yang akan dikeluarkan melalui air kencing, manakala hati pula bertindak sebagai penapis bahan-bahan kimia yang masuk ke dalam tubuh badan.

Apabila seseorang itu mengalami penyakit kronik, fungsi hati dan buah pinggang yang akan terganggu terlebih dahulu.

"Tidak akan berlakunya penyakit kronik kepada diri individu sebelum menurunnya fungsi kedua-dua organ ini. Selama buah pinggang dan hati seseorang itu sihat, dia akan sihat", katanya.

Cara perubatan dan penyembuhannya ialah dengan menyihatkan kedua-duanya kerana selagi organ utama ini tidak sihat, penyakit kronik yang dihadapi tidak akan sembuh.

"Bukan nama penyakit itu yang harus dihilangkan kerana penyakit kencing manis, sampai mati tidak akan hilang. Begitu juga jantung dan darah tinggi.

"Yang penting orang itu yang harus disihatkan. Apabila orang itu diubati, penyakit itu akan hilang. Caranya dengan mengesan mana punca datangnya sakit itu," katanya.


BEKAM UNTUK PESAKIT KRONIK

Ada yang menyatakan bahawa pesakit kronik seperti kencing manis tidak boleh menjalani rawatan bekam kerana dibimbangi akan menyebabkan luka sukar untuk disembuhkan.

Ibrahim berkata pendapat itu tidak benar, kerana beliau sendiri telah merawat pesakit kencing manis kronik melalui bekam dan pesakit telah menunjukkan kesan yang positif melalui kaedah itu.

Katanya, seseorang pesakit kencing manis sukar sembuh pada luka yang terdapat di kakinya kerana kandungan gula dalam darah telah menyumbat pembuluh darah hingga menyebabkan kaki menjadi kebas, saraf tidak dapat berfungsi kerana darah tidak dapat dihantar ke kawasan itu.

Yang akan menyembuhkan luka itu ialah antibodi yang terdapat didalam darah bersih dan apabila pengaliran darah telah tersumbat, ia tidak dapat sampai ke tempat yang luka.

"Perlu dikeluarkan toksin itu dan secara perlahan-lahan darah bersih akan mengalir ke kawasan luka, yang akan menjadi antibodi terbaik berbanding antibiotik untuk menyembuhkannya.

"Dengan berbekam akan membuka laluan-laluan darah tersebut jika dilakukan dengan betul," katanya.

Untuk pesakit kronik, bekam harus dilakukan secara teratur melalui konsultasi yang betul bagi menyembuhkannya. Ia berbeza bagi setiap individu. Manakala bagi yang tidak mempunyai penyakit kronik digalakkan melakukan rawatan bekam sekurang-kurangnya tiga bulan sekali bagi membuang darah kotor untuk melancarkan pengaliran darah bersih.

Beliau, yang turut membuka dua cawangan pusat perubatan Al-Jawad di Pekan Baru dan Batam, Indonesia melihat rawatan bekam boleh disebarluas di seluruh dunia sekiranya dilakukan secara profesional.

"Kecenderungan untuk kembali kepada rawatan Islam itu telah ada. Cuma apa yang perlu dilakukan oleh mereka yang terlibat dalam rawatan perubatan bekam ini ialah menambah ilmu agar mereka diberi kepercayaan dengan ilmu dan kemahiran yang ada," katanya.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi tel: 016-6274200 atau www.homeopatiindonesia.com.

[BONGKAR] Benarkah Pemuda Hina Rosmah Itu Penyokong PR?

Posted: 07 Apr 2014 12:22 AM PDT

KELAB GREENBOC


Pemilik akaun Facebook 'Syed Saifullah' ditahan polis tengah malam tadi


Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama "Syed Saifullah" ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar yang menunjukkan cebisan daging dan wajah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata lelaki berusia 25 tahun itu, yang bekerja di sebuah kedai dobi, ditahan di rumahnya di Seri Iskandar, Perak kira-kira 12.05 tengah malam tadi.

"Polis turut memeriksa rumah lelaki berkenaan dan merampas antaranya satu telefon bimbit, satu set komputer dan pemacu," katanya hari ini.

Mohmad berkata lelaki itu direman sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Baru-baru ini, akaun Facebook yang menggunakan nama "Syed Saifullah" memuat naik status dan sekeping gambar cebisan daging dan wajah Rosmah yang kemudian menjadi tumpuan dalam laman sosial itu.

Antara teks yang dimuat naik oleh akaun itu ialah "Dari ia kite datang, dan dari ia jugak kiter dikembalikan... pesawat yang membawa isteri dan PM dlm perjalanan pulang dari Perth telah hilang dari radar dan dijumpai terhempas kat Lautan Sumatera Selatan... Al-Fatihah".

Dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini, Rosmah menasihatkan individu itu supaya kembali ke pangkal jalan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata polis menerima dua laporan mengenai Twitter Pray4Rosmah ekoran kenyataan di dalam Twitter itu boleh menyebabkan ketakutan dan kegentaran kepada awam yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

"Ia juga disifatkan menganggu dan tidak menghormati keluarga mangsa MH370 yang masih dibelenggui dengan pencarian MH370 yang belum ditemui," katanya.

Gan berkata kedua-dua laporan itu disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan (mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mendorong ketakutan dan kegentaran kepada awam) dan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Bernama

ULASAN GB

Dihebohkan melalui media sosial terutama blog-blog pro-UMNO bahawa pemuda berkenaan ialah seorang penyokong Pakatan Rakyat. Namun ada beberapa keraguan mengenai status pemuda berkenaan, apakah benar beliau penyokognPR?

Dan di dalam sebuah blog, dinyatakan bahawa Syed Saifullah telah mengaku dirinya ahli Red Bean Army.

Bagi GB di sini terdedahnya "kepalsuan" bahawa pemuda ini penyokong PR. Kerana apa? Benarkah beliau ahli Read Bean Army (RBA), sedangkan pertubuhan yang bernama RBA itu diragui kewujudannya dan umum mengetahui bahawa RBA hanyalah fantasi liar dan rekaan UMNO, rekaan Awang Selamat dan Utusan bagi menutup kewujudan Unit Media Baru kepunyaan UMNO yang sememangnya menerima pembiayaan besar dari parti tersebut.

Setakat ini BELUM ada sabarang bukti kewujudan Red Bean Army.

Berita mengenai pemuda ini menyusul selepas satu kenyataan dari sebuah NGO yang mendakwa kononnya beliau mempunyai senarai nama 'tentera siber' pembangkang yang dipercayai dibiayai oleh 20 syarikat besar di dua buah negeri Pakatan Rakyat. Seramai 800 Red Bean Army didakwa menerima bayaran lumayan sehingga RM3,000 sebulan untuk memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional dengan pelbagai provokasi.

Kebenaran akan tetap terbongkar. GB yakin pemuda tersebut akan dilepaskan dengan jawapan klise yang ada sebelum ini... "tulisan saya di media sosial itu hanya main-main dan bergurau..." dan yang demikian ternyata beliau bukan penyokong PR!

Kronologi peristiwa kehilangan MH370

Posted: 07 Apr 2014 12:18 AM PDT

MH370


KUALA LUMPUR - Pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, yang masuk hari ke-30 hari ini, terus dipergiat dan menyaksikan lebih banyak aset ketenteraan digerak ke selatan Lautan HIndi, termasuk pesawat C-130 Hercules ketiga milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Berikut kronologi insiden kehilangan MH370:

* 8 Mac - Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.

* 8 Mac - Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan.

* 8 Mac - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi melibatkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

* 8 Mac - Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).

* 9 Mac - Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka.

* 9 Mac - Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat MH370.

* 10 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat MH370.

* 10 Mac - APMM menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemui di perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan sebagai minyak bagi kapal kargo.

* 11 Mac - Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29. Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah.

* 12 Mac - Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar penerbangan luar negara dan semua orang yang mendaftar dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat.

Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki pesawat. Tiada bagasi yang tidak dimuatkan.

Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki pesawat MH370, menggunakan pasport yang sama.

* 13 Mac - Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar.

* 13 Mac - China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu.

* 14 Mac - Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk membantu pencarian.

* 14 Mac - Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup.

* 15 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas.

Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan ditamatkan.

* 16 Mac - Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubung kehilangan pesawat.

* 16 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.

* 16 Mac - Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.

* 17 Mac - Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.

* 18 Mac - Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit dalam usaha mencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe.

* 19 Mac - Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives.

* 20 Mac - Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang

Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua objek di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya Perth.

Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu diteruskan dan objek yang dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian daripada MH370.

* 21 Mac - Malaysia masih menunggu maklumat daripada pihak berkuasaAustralia sama ada objek yang dikesan di selatan Lautan Hindi pada Khamis ada kaitan dengan MH370.

Hishammuddin berkata agensi perisikan antarabangsa tidak menemui sebarang keganjilan berdasarkan manifes penumpang pesawat itu.

Hishammuddin berkata siasatan terhadap penumpang tunggal warga Ukraine yang dijalankan oleh pihak berkuasa negara itu juga mengesahkan latar belakang penumpang berkenaan bersih.

* 22 Mac - transkrip komunikasi yang didakwa antara pesawat MH370 dan pusat kawalan trafik udara pada malam pesawat dilapor hilang diklasifikasi sebagai tidak tepat dan tidak sah, kata DCA.

Hishammuddin berkata satelit China mencerap imej objek terapung berukuran 22.5 meter x 13 meter.
  
Hishammuddin berkata pihak berkuasa Australia tidak mengesan sebarang objek dalam pencarian di kawasan berkedudukan kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth.

* 23 Mac - Hishammuddin berkata Malaysia menyerahkan imej baharu yang dicerap oleh satelit pihak berkuasa Perancis kepada pusat koordinasi menyelamat Australia.

Hishammuddin berkata setakat 2.30 petang waktu Malaysia, pihak Australia memaklumkan mereka tidak menemui sebarang petunjuk baharu berhubung MH370.

* 24 Mac - Hishammuddin berkata polis sudah mengambil keterangan lebih 100 orang termasuk keluarga juruterbang MH370.

Pada 10 malam, Najib mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370 dikesan di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

*  25 Mac - Pengerusi MAS berkata syarikat penerbangan itu mengisytiharkanpesawatnya bagi penerbangan MH370 bersama-sama 239 penumpang serta anak kapal 'hilang' berdasarkan bukti daripada Inmarsat dan AAIB

Najib berkata Perdana Menteri Australia Tony Abbot memberi jaminan negara itu akan meneruskan usaha mencari MH370.
- Hishammuddin berkata kedudukan terakhir MH370 akan dikenal pasti menerusi kaedah 'Kesan Doppler' oleh AAIB dan pencarian MH370 di koridor utara ditamatkan
- Muka depan akhbar arus perdana Malaysia dicetak hitam putih sebagai tanda media berkabung dengan berita tragedi yang menimpa pesawat malang MAS itu.

*  26 Mac - Najib berkata Malaysia dan China akan terus menjalin kerjasama rapat dalam pencarian MH370.

- Hishammuddin berkata imej satelit mengesan 122 objek berpotensi yangmungkin mempunyai kaitan dengan pesawat MH370, kira-kira 2,557 kilometer dari Perth, Australia.

*  27 Mac - Hishammuddin berkata Malaysia sedia menghantar satu pasukan ke Perth, Australia yang terdiri daripada DCA, MAS, TLDM dan TUDM.
- Satu satelit Thailand mengesan 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi kira-kira 2,700 kilometer (1,680 batu) di barat daya Perth.

* 28 Mac - Hishammuddin berkata operasi pencarian bagi menjejaki pesawat MH370 memfokus kepada mendapatkan serpihan yang dikesan di selatan Lautan Hindi berikutan laporan beberapa negara.

- Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia T.S. Tirumurti berkata kerajaan India menzahirkan penghargaan kepada Malaysia berhubung cara ia mengendali tragedi pesawat MH370, yang disifatkannya sebagai "tugas amat penting."

* 29 Mac - Hishammuddin berkata wujud keperluan untuk Malaysia meningkatkan kekuatan aset ketenteraan bermula dengan sistem radar hinggalah kepada keupayaan teknologi.

- Hishammuddin menasihati media, terutama media antarabangsa, agar tidak menyebarkan maklumat palsu atau membuat spekulasi berhubung kehilangan MH370.

* 30 Mac - Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata beberapa objek yang diperoleh kapal HMAS Success dan Haixun 01 pada Sabtu, dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 selepas diperiksa.

- Anggota keluarga penumpang dan anak kapal MH370 menggesa kerajaan menunjukkan bukti bahawa penerbangan pesawat itu berakhir di Lautan Hindi.

* 31 Mac - Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun dilantik sebagaipegawai khas Malaysia ke China bagi bertemu anggota keluarga penumpang pesawat MH370 yang hilang.

- Hishammuddin mengeluarkan transkrip perbualan terakhir antara pengawaltrafik udara dan kokpit pesawat  MH370 pada jam 0119 (waktu Malaysia) pada 8 Mac iaitu "Selamat malam pesawat Malaysia tiga tujuh kosong".

- PM Australia menyokong pandangan Najib bahawa penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi yang terpencil.

* 1 April - Kementerian Pengangkutan mengeluarkan transkrip penuh perbualanradiotelefon antara juruterbang MH370 dan pengawal trafik udara, tanpa petunjuk terdapat sebarang perkara yang tidak normal.

- MAS berkata ia dimaklumkan bahawa satu petisyen yang difail bagi pihak seorang penumpang pesawat MH370 ditolak oleh sebuah mahkamah di Amerika Syarikat.

* 2 April - Sebuah kapal selam kelas Trafalgar, HMS Tireless, tiba di selatan Lautan Hindi tatkala misi mencari pesawat MH370 di kawasan itu masuk hari ke-26.

- Polis mendapati semua penumpang pesawat Malaysia yang hilang "bersih"daripada elemen rampas, sabotaj dan masalah psikologi dan peribadi namun masih menjalankan siasatan terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang.
- Pihak berkuasa mengendalikan penyiasatan dan pencarian pesawat MH370bertemu lebih 40 anggota keluarga penumpang di Hotel Bangi-Putrajaya, di mana mereka ditempatkan, kebanyakannya warga China.
- Perkataan "berakhir" di selatan Lautan Hindi yang dipilih Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menerangkan nasib pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 adalah pilihan terbaik, kata Duta Besar China di Malaysia Dr Huang Huikang.

* 3 April - Operasi mencari pesawat Malaysia yang hilang masuk hari ke-27, dengan kawasan pencarian meliputi kira-kira 223,000 kilometer persegi kira-kira 1,680 kilometer di barat laut Perth, Australia.

- Operasi pusat media mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini akan dihentikan mulai 8 April.
- Najib berkata teknologi dron bawah air diperlukan untuk fasa seterusnyadalam operasi mencari dan mengesan di selatan Lautan Hindi memandangkan hayat pinger bateri kotak hitam akan kehabisan dalam tempoh empat hari.
- Malaysia dan Australia berikrar akan meneruskan usaha mencari pesawat MH370 tanpa garis masa.
- Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC) menyatakan tiada sebarang objek dikesan di kawasan pencarian hari ini.

* 4 April - Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu Datuk Dr Hasan Madmeminta media tempatan agar proaktif menangkis semua laporan negatif dan tidak tepat oleh media asing berhubung kehilangan pesawat Mh370 sejak 8 Mac lepas.

- Australia hari ini berkata pihaknya sedang merangka satu perjanjian komprehensif untuk berkhidmat sebagai 'wakil bertauliah' dalam penyiasatan mengenai kehilangan pesawat MAS.

Angus Houston, ketua penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) di sini, berkata perjanjian itu akan membolehkan Australia membantu Malaysia dalam menjalankan penyiasatan mengenai Penerbangan MH370 dengan berlandaskan undang-undang antarabangsa.

- Usaha menjejaki pesawat MH370 kini diperluas kepada pencarian di dalam air bagi mengesan kotak hitam yang dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi itu.

* 5 April - Hishammuddin mengumumkan bahawa Malaysia akan melantik seorang 'Penyiasat Bertanggungjawab' yang bebas bagi mengetuai pasukan penyiasatan merangkumi kumpulan layak terbang, kumpulan operasi serta kumpulan perubatan dan faktor manusia bagi menyiasat kehilangan MH370.

- Pasukan itu akan turut disertai negara bertauliah seperti Australia, China, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis.
- Kerajaan juga mewujudkan tiga jawatankuasa peringkat menteri iaitu Jawatankuasa Waris, Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Penempatan Aset dalam usaha memperkemas serta memperkukuh usaha berterusan pencarian pesawat itu.
- Hishamuddin juga berkata penyiasatan ke atas anak kapal penerbangan MH370 masih berjalan dan tiada siapa telah dibersihkan.
- Alat pengesan kotak hitam yang digunakan kapal peronda China Haixun 01, mengesan isyarat detik di perairan selatan Lautan Hindi.

* 6 April - Pencarian MH370 dipertingkat di selatan Lautan Hindi membabitkan 112 pesawat dan 13 kapal meliputi kawasan seluas 134,000 batu persegi.

- Satu lagi isyarat detik dikesan di selatan Lautan Hindi oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield kira-kira 300 batu nautika dari isyarat detik yang dikesan oleh Haixun 01
- Pusat Penyelerasan Agensi Bersama (JACC) bagaimanapun belum dapat mengesahkan sama ada isyarat detik yang dikesan oleh Haixun 01 dan Ocean Shield adalah dari pesawat MAS penerbangan MH370. - Bernama

Susulan Kes Pelajar UITM Perlis Dicabul Pensyarah

Posted: 07 Apr 2014 12:09 AM PDT

KELAB GREENBOC


 

Pensyarah Cabul Kerhormatan Itu Adakah Benar Professor Izzi Haji Ali? Pensyarah Raba Payudara Itu Adakah Benar Professor Izzi Haji Ali? Semalam Harian Metro mengeluarkan berita mengenai kelakuan tidak senonoh seorang pensyarah IPT Awam. Namun, baru hari ini kecoh media sosial apabila tersebarnya satu salinan Laporan Polis yang dibuat oleh pelajar wanita di UiTM Arau, Perlis itu yang mendakwa dirinya dir*ba oleh pensyarah yang juga seorang pakar motivasi terkenal.

Nurul Shuhada binti Shahadan, dalam laporannya mendakwa pensyarah Matematiknya, Prof Izzi Hj. Ali telah melakukan perbuatan tidak senonoh itu di dalam pejabatnya. Baca laporan penuh dibawah:

Pada 28/3/2014 jam lebih kurang 2.30 petang saya telah pergi ke pejabat Prof Izzi (MD Izuddin Bin Hj Ali) komplek Star No F204 dalam UiTM Arau Perlis untuk mengulangkaji pelajaran matematik.

Semasa didalam pejabatnya, terdapat saya dan (2) rakan saya nama:Nur Erina Fazlin dan Nur Syafina.

Kemudian Prof Izzi telah datang kearah saya dan duduk bersila disebelah saya. Selepas itu, saya telah bertanyakan kepada prof izzi berkenaan dengan subjeknya.

Tiba-tiba Prof Izzi telah meraba saya bermula dibahagian kaki sehingga kebahagian d*da saya tanpa kerelaan saya. dalam masa yang sama juga prof izzi telah mer*mas buah d*da saya dengan beberapa kali. dalam kejadian ini saya berasa takut untuk menghalang prof izzi melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap saya kerana saya bimbang kertas peperiksaan akan saya ambil pada hari ahad 30/03/2014 gagal.

Sebelum ini prof izzi pernah berkelakuan seperti itu di dalam kelasnya semasa sesi pembelajaran berlangsung. Hampir setiap kali saya menghadiri kelasnya prof Izzi berkelakuan tidak senonoh seperti mengambil kesempatan terhadap saya dengan menggeselkan kakinya ke kaki saya.

Saya juga dapat tahu perkara ini telah berlaku kepada kawan-kawan saya yang lain. Perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak atas UiTM Arau Perlis.

Tujuan saya buat repot adalah kerana tidak puas hati dengan tindakan prof Izzi memandangkan kejadian ini menjatuhkan maruah saya dan bimbang takut terjadi apa-apa ke atas diri saya dikemudian hari. Datang balai buat laporan.


Pelajar UiTM Arau buat laporan polis dakwa diraba Prof Izzi Hj Ali 'Selamat beramal'



pic.twitter.com/sb5P1wIj31
— J o e (@azizul_MY) April 4, 2014

Sekiranya dakwaan Nurul Shuhada itu benar, kejadian ini pasti amat memalukan buat seorang pakar motivasi dan siasatan perlu dijalankan segera. Namun, sekiranya ini hanya fitnah semata-mata, Prof Izzi juga perlu tampil menjawab dakwaan itu untuk membersihkan namanya.

Sebelum ini, Prof Izzi mula dikenali melalui satu slot motivasi yang bersiaran di Radio Hot FM. Ramai yang mengenali beliau dengan tagline 'renung-renungkan dan selamat beramal'…



Respon beberapa pengguna Twitter bercampur aduk
sumber: FB

Wa Allahu'alam..
-matabulat.my

Hudud: Biar MP bahas, bentang cara ilmiah

Posted: 07 Apr 2014 12:02 AM PDT


 Hudud: Biar MP bahas, bentang cara ilmiah "Kenyataan MCA itu tidak patut dan kita sebagai orang Islam pun tidak pernah mencampuri urusan agama mereka." -Razali


KUALA TERENGGANU – Mana-mana pemimpin parti bukan Islam tidak perlu campur tangan atau membuat bantahan dalam isu melibatkan pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Umno Terengganu, Datuk Razali Idris mengakui terkilan dengan pihak tertentu yang mengeluarkan kenyataan supaya hudud dikaji semula menegaskan bahawa pelaksanaan undang-undang syariah tersebut hanya melibatkan orang Islam yang sepatutnya diselesaikan orang Islam.

"Tidak perlu kenyataan sedemikian daripada bukan Islam tidak kira sama ada ahli MCA atau sesiapa pun. Bagi orang Islam, inilah masanya ahli-ahli Parlimen Islam buat perbahasan.

"Kita juga sokong ia di bawa ke Parlimen dan kita mahu ia dibentang secara ilmiah, bukan politik semasa. Kita juga berharap ia turut disertai oleh mufti dan mereka yang berkenaan dalam memastikan akta jenayah Islam ini dapat direalisasikan," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan seorang pemimpin MCA berhubung isu pelaksanaan hudud yang meminta perkara itu dikaji semula.

Razali berkata, perkara itu tidak sewajarnya dibuat pemimpin parti itu, seolah-olah menghalang kerajaan, sedangkan pihak tersebut telah membuka ruang bagi membolehkan perkara itu diluluskan.

"Kenyataan MCA itu tidak patut dan kita sebagai orang Islam pun tidak pernah mencampuri urusan agama mereka," katanya.

Pada masa sama, Razali menjelaskan usaha Kerajaan Kelantan dengan sokongan daripada wakil rakyat BN memperlihatkan Pas dan Umno sedang mencapai titik persamaan dalam perjuangan agama di negara ini.

Sebelum ini, Kerajaan Pas Kelantan melalui Ahli Parlimennya akan membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat bagi melaksanakan hukum hudud di negeri itu menjelang 2015.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sebelum ini berkata, kerajaan Pas sedang membuat persiapan untuk membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di Dewan Rakyat bagi mendapatkan persetujuan meminda undang-undang yang berkaitan untuk memastikan ia dapat dilaksanakan di Kelantan.

Wan Azizah angkat sumpah Adun Kajang

Posted: 06 Apr 2014 11:56 PM PDT


Wan Azizah Wan Ismail  
Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Foto Sinar Harian Oleh Rosli Talib


SHAH ALAM - Adun Kajang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengangkat sumpah di hadapan Speaker, Hannah Yeoh tepat jam 10 pagi tadi pada Mesyuarat Kedua Pembukaan  Penggal Kedua Dun Selangor kali ke-13.

Wan Azizah dilantik sebagai Adun Kajang setelah memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun itu yang berlangsung 23 Mac lalu.

Pengosongan kerusi Kajang itu oleh bekas Adunnya, Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu pada awalnya memberi laluan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding kerusi itu.

Bagaimanapun beliau yang hilang kelayakan ekoran keputusan mahkamah yang menyabitkannya bersalah dalam kes liwat bekas pembantu peribadinya telah digantikan oleh Wan Azizah.

Mahkamah Rayuan sebelum ini menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar kerana didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Dua hari selepas hukuman mahkamah dijatuhkan, PKR mengambil keputusan meletakkan Wan Azizah sebagai calon untuk menggantikan Anwar dan meneruskan Kajang Move seperti yang direncanakan PKR sebelum ini.

Kemasukan Presiden PKR ini mengisi komposisi 44 Adun PR dan 12 BN.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan titah ucapan pembukaan persidangan kedua Dun Selangor.

Hudud: 'Laksanalah kami sokong', kata Ku Li

Posted: 06 Apr 2014 11:53 PM PDT


Tengku Razaleigh Hamzah Tengku Razaleigh Hamzah


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menyatakan bahawa beliau dan Umno Kelantan menyokong penuh usaha kerajaan negeri untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Menurut Ku Li yang juga bekas menteri Kabinet, disebabkan itulah Umno Kelantan menyokong penuh pembentangan Rang Undang-Undang tersebut sebelum ini.

"Laksanalah kita sokong, saya tidak tentang.

"Masa Rang Undang-Undang itu dibentang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, kita tidak tentang, tidak ada masalah, mana mungkin kita hendak tentang hukum ALLAH," katanya ketika ditemui Sinar Harian Online di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu,  Kerajaan Kelantan menetapkan sasaran untuk menguatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) yang membawa kepada perlaksanaan hukum hudud pada 2015.

Ia berikutan kesediaan kerajaan pusat untuk memberi laluan kepada penguatkuasaan enakmen tersebut, sebagaimana jawapan diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Parlimen, baru-baru ini.

Tiada kompromi bocor rahsia kerajaan

Posted: 06 Apr 2014 11:52 PM PDT

SINAR HARIAN


KUALA LUMPUR - Perbuatan warga Kementerian Pertahanan membocorkan rahsia kerajaan termasuk menyebarkan maklumat sulit dan sensitif kepada pihak tertentu tidak akan dikompromi.
  
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri menegaskan setiap ketua jabatan perlu lebih tegas dalam memberikan teguran atau amaran serta mengambil tindakan sewajarnya jika berlaku ketidakpatuhan, kecuaian, kelalaian penjawat awam sehingga berlakunya kebocoran rahsia rasmi kerajaan.

"Dalam dunia tanpa sempadan dengan medium komunikasi menjadi semakin mudah, penjawat awam perlu lebih berwaspada ketika menggunakan media sosial antaranya Facebook dan Twitter, jangan sampai maklumat yang diklasifikasi sebagai sulit atau rahsia sampai ke tangan pihak luar," katanya ketika merasmikan majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementerian di sini hari ini.
  
Mengenai pelan transformasi Kementerian Pertahanan yang dilancarkan pada tahun 2010, Abdul Rahim berkata ia kini memasuki fasa kedua bagi tempoh 2013 hingga 2015.
  
Hala tuju transformasi yang digariskan mempunyai matlamat untuk membina keupayaan baharu Kementerian Pertahanan serta mendokong inisiatif kepimpinan negara, katanya.

Pada majlis itu, sebanyak 134 orang pegawai awam dan 142 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang manakala sebanyak 334 pegawai dan kakitangan awam daripada unit-unit tentera di seluruh negara yang bersara wajib turut menerima Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang. - Bernama

'Najib akan biar teori konspirasi Utusan?'

Posted: 06 Apr 2014 11:42 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Seorang bekas duta AS ke Malaysia John Mallot menyelar akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan satu tulisan menggemparkan yang membangkitkan spekulasi bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) negara itu mendalangi kes kehilangan pesawat MH370.

"Ini satu lagi contoh bahawa Utusan menjadi bahan jenaka dalam kewartawanan Malaysia, yang menulis dengan rekaan, teori konspirasi, paranoia, dan perkauman," katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga presiden Umno perlu menjelaskan sekiranya akhbar milik parti tersebut akan dibiarkan begitu sahaja susulan penyiaran tulisan "tidak masuk akal" itu.

Katanya lagi, Washington tentunya akan menunggu tindakan Najib dalam isu ini memandangkan presidennya Barack Obama juga akan melawat Malaysia dalam rangka lawatannya ke wilayah ini.

"Utusan bukan calang-calang akhbar. Ia dimiliki oleh Umno, parti pemerintah Malaysia, yang mana presidennya adalah Najib Razak.

"Umno dan presidennya secara turun temurun memberi bimbingan redaksi dan seliaan ke atas Utusan.

"Jadi, apa kata anda, Najib? Anda akan mengalu-alukan kedatangan Presiden Obama ke Malaysia. Anda akan biarkan kenyataan tidak masuk akal ini dipertahan dalam akhbar anda?

"Adakah anda akan membuat kenyataan – dan mengutuk karut marut ini – sebelum Obama tiba?," soalnya.

Tulisan bertajuk 'CIA dan teori konspirasi hilangnya MH370' oleh pembantu pengarangnya Ku Seman Ku Hussein itu disiarkan semalam dalam edisi hujung minggunya, Mingguan Malaysia.

JACC: Isyarat mungkin dipancar kotak hitam

Posted: 06 Apr 2014 11:40 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pasukan penyiasat Australia menyebut, kapal negara itu ADV Ocean Shield kini sedang menentukan kedudukan isyarat denyutan yang dikesan sebanyak dua kali dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston dalam satu laporan Reuters menyebut, kapal berkenaan juga sedang berusaha mengesan semula isyarat tersebut.

Tambahnya, isyarat tersebut mungkin dipancarkan dari kotak hitam pesawat apabila ia dikesan buat kali kedua.

"Ketika itu, dua ping berasingan dapat didengar. Apa yang penting, ia konsisten dengan pancaran dari perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit," katanya dalam sidang media di Perth, Australia.

Katanya ADV Ocean Shield mengesan isyarat tersebut untuk tempoh dua jam dan 20 minit sebelum terputus hubungan dan kini berusaha berpatah balik untuk membuat pengesanan semula.

Menurutnya, isyarat yang dikesan itu merupakan petuntuk terbaik buat masa ini.

Satu kenderaan bawah air, Bluefin 21 yang berkeupayaan menyelam ke kedalam 4,500 meter, akan ditugaskan untuk membuat siasatan lanjut selepas kedudukannya dikenalpasti, kata Houston.

DUN Selangor tolak bahas isu 'Allah'

Posted: 06 Apr 2014 11:38 PM PDT

MALAYSIAKINI



 


Pembangkang Dewan Negeri Negeri (DUN) Selangor kecewa apabila tiga dari empat usul untuk dibahas telah ditolak speaker dewan.

Ketua Pembangkang Datuk Shamsuddin Lias (Umno-Sg Burong) berkata, antara usul yang ditolak ialah isu kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan kalimah Allah yang menjadi polemik di seluruh negara.

"Memang saya kecewa kerana ia perlu didedah.

"Isu ini timbul kerana ia keutamaan rakyat dan ia juga telah menjadi polemik dalam media," kata beliau ketika ditemui di lobi DUN di Shah Alam hari ini.

Larangan kalimah Allah disokong penuh oleh Umno Selangor yang membuat himpunan membantah tindakan pengarang The Herald, Lawrence Andrew menggunakan kalimah itu dalam penerbitannya.

Sementara itu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Persatuan Bible Malaysia (BSM) dan rampasan lebih 300 kitab berbahasa Melayu dan Iban Januari lalu mendapat bantahan dari ADUN Pakatan Rakyat.

Mereka berpendapat JAIS tiada kuasa sedemikian.

Sumber kerajaan negeri memaklumkan kedua-dua usul debat itu ditolak kerana ia masih dalam perbicaraan mahkamah.

Shamsuddin memaklumkan, usul lain ditolak berkaitan isu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kerana telah didengar oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) dan belum diputuskan hasilnya.

"Hanya satu daripada empat usul berkenaan diterima iaitu penentangan tindakan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango)," katanya.

'Kajang tanpa makna'


Sementara itu, Shamsuddin turut mengulas keputusan pilihan raya kecil Kajang yang menurutnya tidak membawa sebarang makna dan perubahan dalam DUN Selangor.

"Cubaan menjatuhkan menteri besar dan mencetuskan pergolakan, sedangkan pilihan raya itu cuma menggantikan ADUN sahaja, jelas membazirkan wang rakyat.

"Sewajarnya pimpinan negeri terus memberi tumpuan kepada pembangunan rakyat," katanya.

Tiada ulasan: