Jumaat, 4 April 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Tiada media berani dedah kebenaran isu Memali

Posted: 04 Apr 2014 12:59 AM PDT

 

Musa Hitam


Pada jam 9.00 malam 27 Mac 2014, saya bersama YB Husam Musa adalah dua ahli panel dalam majlis diskusi anjuran kerajaan negeri Kelantan bertemakan "Politik Malaysia: Dahulu dan Sekarang". Profesor Dr Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia berperanan sebagai moderator.

Format diskusi menyamai program "Hard Talk" BBC London yang meletakkan syarat bahawa ahli panel tidak dibenar menggunakan skrip atau nota lebih awal tetapi bersedia menghadapi apa
juga soalan yang diajukan oleh moderator.

Sepanjang dua jam, moderator diskusi bersikap combative, aggresive serta provocative. Dalam pada itu saya akui bahawa moderator memperlihatkan sifat saksama, berkecuali dan tidak partisan.

Di penghujung diskusi, saya telah diajukan soalan berkaitan peristiwa Memali yang dapat saya rumuskan berpusat kepada tiga perkara berikut:

1. Pengesahan saya bahawa pada hari peristiwa Memali berlaku, Tun Dr Mahathir berada di negara China dan saya adalah pemangku perdana menteri.

2. Saya bertanggungjawab sepenuhnya kepada peristiwa tersebut.

3. Bagaimanakah perasaan saya dengan peristiwa Memali.

Titik hitam karier politik

Saya telah memberi respons kepada soalan yang diajukan berteraskan empat aspek berikut:

1. Saya menegur moderator dengan mengatakan sebagai seorang profesor, sesuatu perkara yang disuarakan hendaklah berasaskan penyelidikan mendalam dan fakta yang tepat.

2. Pada hari peristiwa Memali (iaitu 19 November 1985) Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur dan saya bukannya pemangku perdana menteri.

Moderator menunjukkan reaksi terkejut dan dengan suara yang jelas melafazkan perkataan "my god" yang mengejutkan hadirin.

3. Sebagai menteri dalam negeri saya telah menggariskan panduan umum, memberi ingatan dan mengarahkan pihak polis tentang dua perkara:

(i) Proses undang-undang hendaklah dipatuhi.
(ii) Elakkan kekerasan (violence) dan pertumpahan darah.

Namun saya mengambil tanggungjawab dan akauntabiliti terhadap kejadian yang berlaku walaupun saya tidak terlibat secara langsung tetapi menyerahkan kepada budi bicara pihak polis untuk melaksanakan operasi dari segi menentukan waktu terbaik ianya dilakukan serta kaedah dan pendekatan untuk melaksanakan operasi.

4. Saya berterus terang dan dengan ikhlas serta penuh insaf mengaku bahawa titik hitam dalam sejarah karier politik saya ialah peristiwa Memali.

Dalam ruang masa yang diberikan oleh moderator, saya telah menghuraikan urutan peristiwa yang berlaku. Pada hari kejadian, saya bersama pemangku ketua polis negara (KPN) telah menemui perdana menteri di pejabat beliau dan pemangku KPN telah memberikan taklimat tentang perkara yang berlaku berikutan operasi polis di Memali yang melibatkan kematian empat anggota polis dan 14 orang awam.

Mohon Dr M tangguh lawatan

Dalam pertemuan tersebut saya memohon agar Dr Mahathir menangguhkan program lawatan ke Negara China atas tiga sebab:

1. Peristiwa ini berlaku di negeri Kedah; negeri perdana menteri sendiri.

2. Peristiwa ini melibatkan orang Melayu beragama Islam.

3. Dengan menangguhkan lawatan ke Negara China, Dr Mahathir memperlihatkan sifat ia mengutamakan dan mengambil berat terhadap peristiwa yang telah berlaku di dalam negeri.

Dr Mahathir membuat keputusan untuk tetap berlepas ke negara China. Saya telah memaklumkan kepadanya cadangan saya untuk membentangkan peristiwa Memali di Parlimen. Di samping itu, saya turut meminta agar semua media, termasuk media luar negara memberi saya ruang 24 jam untuk membolehkan saya mendapat gambaran lebih tepat lagi lengkap. Saya telah membentangkan peristiwa Memali di Dewan Rakyat pada keesokan harinya (20 November 1985) dan selanjutnya mengadakan perjumpaan media.

Kesimpulannya ialah:

1. Bukan niat saya mahu mencetuskan polemik baru berkaitan Memali. Ia dihidupkan semula berikutan respons saya kepada soalan yang diajukan oleh moderator dalam program diskusi yang diadakan.

2. Isu utama dalam perkara ini adalah fakta, sama ada pada hari peristiwa tersebut berlaku, saya menjawat jawatan pemangku perdana menteri kerana Tun Dr Mahathir berada di luar negara. Berdasarkan penyelidikan daripada bahan-bahan rujukan yang masih dapat saya temui, nyatalah Tun Dr. Mahathir berada di dalam negara pada hari tercetusnya peristiwa Memali, dan saya tidak memangku jawatan perdana menteri pada hari tersebut.

3. Sewaktu berlangsung prosiding kes dakwaan saya terhadap seorang penulis di Mahkamah beberapa tahun lalu di mana dalam kes ini saya berjaya, (ketika itu Tun Dr Mahathir masih perdana menteri), peguam bela bertanya dua soalan yang serupa, sama ada Dr Mahathir berada di dalam negara pada hari peristiwa Memali berlaku dan adakah saya memangku jawatan perdana menteri. Jawapan konsisten saya berikan bahawa beliau berada di dalam negara dan saya tidak memangku jawatan Perdana Menteri. Tetapi tidak ada media yang sedia melaporkan fakta ini.

Peluang dari Ilahi

Sekian lama saya dicerca, dicela dan dinista mengenai peristiwa Memali oleh pelbagai pihak terutama oleh parti PAS. Seingat saya, apatah lagi selepas saya berundur daripada jawatan menteri; tidak ada pihak baik daripada kerajaan, begitu juga parti Umno yang saya anggotai bersedia menyuarakan fakta yang benar.

Saya pernah menawarkan diri untuk mengadakan wawancara eksklusif dengan media khusus atas subjek peristiwa Memali, tetapi tidak ada pihak media yang bersedia berwawancara dengan saya. Saya sedar dan memahami ketika itu tidak ada pihak yang bersedia berhadapan risiko untuk bercakap perkara yang boleh dianggap menyentuh kedudukan dan batang tubuh seorang perdana menteri yang sedang berkuasa.

Sekian lama saya berseorangan untuk mendapatkan keadilan namun saya terus berdoa dan akhirnya program diskusi di Kelantan saya sifatkan sebagai anugerah ilahi memakbulkan doa saya. Ruang tersebut memberikan saya peluang untuk memperbetulkan fakta sejarah akan peristiwa penting yang melibatkan diri saya.

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi yang telah memberikan peluang tersebut kepada saya.

Saya sedar perkembangan terbaru ini telah menjemput pelbagai ulasan dan pandangan secara positif dan secara negatif, tidak terkecuali yang berbentuk tohmahan, tuduhan dan fitnah baru ke atas diri saya. Saya serahkan segala-galanya kepada Allah yang Maha Mengetahui akan kebenaran dan kepada-Nya saya memohon petunjuk dan keadilan.  malaysiakini

Putrajaya mahu hukuman lebih berat terhadap Karpal kerana menghasut

Posted: 04 Apr 2014 12:40 AM PDT

Oleh V Anbalagan, Penolong Pengarang Berita


Peguam veteran, Karpal Singh berdepan hukuman penjara apabila pendakwaraya memfailkan kepada mahkamah supaya ahli Parlimen Bukit Gelugor itu dikenakan hukuman lebih berat atas kesalahan menghasut. Gambar fail The Malaysian Insider.Peguam veteran, Karpal Singh berdepan hukuman penjara apabila pendakwaraya memfailkan kepada mahkamah supaya ahli Parlimen Bukit Gelugor itu dikenakan hukuman lebih berat atas kesalahan menghasut. Gambar fail The Malaysian Insider. 






























Peguam veteran, Karpal Singh yang dijatuhkan hukuman denda RM4,000 bulan lalu mungkin akan dipenjarakan selepas pihak pendakwa memfailkan rayuan balas bagi meminta mahkamah menjatuhkan hukuman lebih berat.

Karpal didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman denda oleh Mahkamah Tinggi pada 11 Mac lalu.

Bagaimanapun, beliau memberitahu The Malaysian Insider, beliau menerima salinan notis rayuan daripada pendakwaraya semalam meminta mahkamah meningkatkan hukuman ke atasnya.

"Mereka mahu saya dipenjarakan," kata Karpal yang meletakkan jawatan sebagai pengerusi DAP susulan keputusan mahkamah bulan lalu itu.

"Ya, mereka berhak untuk memfailkan rayuan balas," katanya.

Ahli Parlimen berkerusi roda yang berumur 73 tahun itu tidak pasti adakah pendakwa mahu beliau dikenakan hukuman maksima RM5,000 atau mahu beliau dipenjarakan iaitu sehingga tiga tahun sebagaimana yang termaktub dalam Akta Hasutan.

Karpal membuat rayuan kepada kedua-duanya iaitu keputusan bersalah dan hukuman denda RM4,000.

Beliau didapati bersalah berdasarkan kenyataannya kepada media pada 6 Februari 2009, ketika memberikan ulasan terhadap keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memecat menteri besar Perak ketika itu, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

Pada 21 Februari, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Paduka Azman Abdullah mendapati Karpal bersalah dan pada 11 Mac menjatuhkan hukuman denda RM4,000 walaupun timbalan pendakwaraya mendesak agar dia dijatuhkan hukuman yang lebih berat.

Karpal boleh kehilangan kerusi Parlimen Bukit Gelugornya kecuali hukuman ke atasnya dikurangkan di bawah RM2,000.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, wakil rakyat boleh hilang kelayakan jika didenda lebih RM2,000 atau penjara melebihi setahun.

Hukuman ke atas Karpal dikecam oleh persatuan peguam dalam dan luar negara termasuk  International Commission of Jurist (ICJ), Majlis Peguam Malaysia dan Lawyers for Liberty.

Pakatan berhimpun 1 Mei bantah GST, TPPA di Dataran Merdeka

Posted: 04 Apr 2014 12:36 AM PDT

OLEH MD IZWAN


Pakatan Rakyat akan mengadakan perhimpunan membantah GST dan TPPA pada 1 Mei. Gambar fail.Pakatan Rakyat akan mengadakan perhimpunan membantah GST dan TPPA pada 1 Mei. Gambar fail.



























Pakatan Rakyat (PR) akan mengerakkan semua penyokong bagi menghadiri satu perhimpunan besar-besaran pada 1 Mei depan bagi menyuarakan bantahan ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata himpunan tersebut diadakan bagi membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan isu kenaikan harga barang.

"Pakatan Rakyat menyokong dan akan turut serta dalam himpunan pada 1 Mei, iaitu untuk membantah GST, TPPA dan isu kenaikan harga barang," kata Mohamad pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Mohamad berkata, semua ahli dan penyokong Pakatan akan dikerahkan bagi menghadiri perhimpunan yang jatuh sempena sambutan Hari Pekerja.

"Pakatan akan mengerahkan ahli dan penyokong untuk bersama dalam himpunan tersebut di Kuala Lumpu," katanya.

Himpunan tersebut akan bermula pada jam 2 petang hingga 5 petang, serta akan disertai oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Mohamad berkata, seperti kebiasaan himpunan sebelum ini, lokasi himpunan akan bermula di beberapa lokasi antaranya Masjid Negara, Sogo, Dataran Maybank dan Brickfield.

Peserta kemudiaannya akan berarak ke Dataran Merdeka berkumpul beramai-ramai di sana.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang, berkata himpunan tersebut sebagai peringatan kepada kerajaan tentang bebanan dan kesempitan hidup yang dihadapi rakyat ketika ini.

"Kerajaan tidak menyediakan persiapan konkrit kepada rakyat untuk menghadapi bebanan.

"Himpunan ini satu peringatan untuk kerajaan bekerja dengan baik," kata Chua.

Chua berkata, dalam keadaan sekarang inflasi meningkat kepada 3.5%, pelaksanaan GST bakal memberi beban baru kepada rakyat khususnya golongan pertengahan dan bawahan.

Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata himpunan kali ini penting bagi memberikan isyarat kepada kerajaan terhadap kesengsaraan yang dihadapi rakyat ketika ini.

"Himpunan ini penting," katanya.

Himpunan ini bakal menjadi yang pertama untuk tahun ini, selepas beberapa siri himpunan besar-besaran sebelum ini selepas berakhir Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu.

Pakatan iringi Mejar Zaidi hadir perbicaraan, pertikai bila pembekal dakwat akan didakwa

Posted: 04 Apr 2014 12:24 AM PDT

OLEH MD IZWAN


Pakatan Rakyat dan penyokong akan berhimpun di Kem Sungai Besi Selasa depan sebagai sokongan kepada Mejar Zaidi Ahmad. Gambar fail The Malaysian Insider.Pakatan Rakyat dan penyokong akan berhimpun di Kem Sungai Besi Selasa depan sebagai sokongan kepada Mejar Zaidi Ahmad. Gambar fail The Malaysian Insider. 



























Menjelang perbicaraan Mejar Zaidi Ahmad Selasa depan, Pakatan Rakyat (PR) menggesa penyokongnya untuk turun berhimpun di Kem Sungai Besi bagi membantah pendakwaan ke atas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata penyokong Pakatan bersama badan bukan kerajaan akan berhimpun pada 8 April ini bagi memberikan sokongan ke atas ketidakadilan terhadap Zaidi.

"Kami Pakatan Rakyat dan NGO lain akan mengiringi Mejar Zaidi pada hari perbicaraan tersebut jam 9 pagi di Kem Sungai Besi.

"Kami akan beri sokongan kepada Zaidi atas ketidakadilan yang berlaku," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS, hari ini.

Mohamad turut membidas Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana bersekongkol terhadap pendakwaan tersebut.

"Sepatutnya SPR yang didakwa kerana gagal menjalankan tugas tetapi sebaliknya yang berlaku," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang, berkata kerajaan mengambil sikap lepas tangan apabila pembekal dakwat tersebut sehingga hari ini bebas dan tidak dihadapkan ke muka pengadilan.

"Kami mengganggap pendakwaan ke atas beliau adalah salah, Zaidi didakwa tetapi pembekal dakwat tidak didakwa pula," kata Chua pada sidang media sama.

Sebelum ini, Bersih 2.0 juga melancarkan kempen "Rakyat sokong Mejar Zaidi" untuk menyokongnya.

 Zaidi kini didakwa atas beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 502(2) dan Seksyen 51 Akta Angkatan Tentera 1972 di Mahkamah Tentera Kuala Lumpur.

Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan media mengenai dakwat kekal tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan dan gagal melalui saluran tentera yang betul untuk menyuarakan kekecewaannya ketika membuat laporan polis dan bercakap kepada media pada 1 Mei Tahun lalu di luar perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kepala Batas, Pulau Pinang.

Pegawai veteran itu juga didakwa menghantar dua sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur politik dan hasutan ketika bertugas di Pengkalan Udara Butterworth 1 Mei lalu.

Beliau juga didakwa kerana membuat kenyataan media meluahkan rasa tidak puas hati mengenai dakwat kekal tanpa yang sepatutnya perkara itu disiasat melalui saluran pihak Angkatan Tentera dan membuat kenyataan itu tanpa kelulusan Majlis Angkatan Tentera di Taman Bertam Indah, Kepala Batas pada 3 Mei tahun lalu.

Kes beliau ditetapkan pada 8 hingga 10 April ini di hadapan enam ahli panel iaitu Kolonel Saadon Hasnan, Leftenan Kolonel Zainurin Mohd Dom, Mejar Khuzairi Mohd Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib, Mejar S Nadzeer Salehuddin dan Mejar Noor Azman Ahmad.

Jika didapati bersalah, bapa kepada empat anak itu yang berkhidmat selama 25 tahun akan menghadapi hukuman penjara dan hilang pencen.

Kawasan Kes Culik Di Resort Semporna Ada Banyak Sejarah Penculikan Lain

Posted: 04 Apr 2014 12:10 AM PDT

culik
Gambar fail yang diambil pada 27 Mei 200 menunjukkan kumpulan lelaki bersenjata Abu Sayyaf di luar sebuah masjid di Pulau Jolo, Filipina. Foto AFP

Oleh: T. AVINESHWARAN 


PETALING JAYA: Kes penculikan dua wanita di Singamata Reef Resort, Semporna merupakan salah satu insiden penculikan yang banyak berlaku di pantai Sabah selama ini.

Pada Oktober 1979, kumpulan lelaki bersenjata merampas feri, Saleha Baru, dengan 44 orang di dalamnya, di Semporna.

Mereka membebaskan 27 tebusan dalam masa dua hari, tetapi 17 ditahan selama berbulan-bulan sebelum mereka akhirnya dibebaskan.

Dua penumpang terbunuh dalam kejadian itu, seorang gadis berusia 11 tahun lemas dan seorang lelaki ditembak oleh perampas.

Pada 23 April 2000, sebuah kumpulan yang diterajui Abu Sayyaf menculik diculik 21 orang di Pulau Sipadan.

Mereka yang diculik dibawa ke kem kumpulan itu di Pulau Jolo di mana kesemua mereka ditahan selama enam bulan.

Mereka kemudiannya dibebaskan secara berperingkat-peringkat dengan yang terakhir dikeluarkan pada 11 September tahun yang sama.

Pada 12 September 2000, 14 lelaki menaiki dua bot laju dengan bersenjatakan senapang M-16  menculik tiga rakyat Malaysia di Pulau Padanan, 38 kilometer (km) timur laut Semporna.

Tebusan diselamatkan apabila angkatan tentera Filipina melancarkan serangan terhadap pemberontak tersebut beberapa hari kemudian.

Pada 8 Februari 2010, dua rakyat Malaysia yang bekerja di ladang ternakan rumpai laut di Pulau Sebangkat ditangkap oleh lelaki bersenjata yang tidak dikenali.

Kedua-dua mereka yang diculik, Lai Wing Chau, 35, dan Tsen Vui Chung, 43, dijadikan tawanan selama lebih 10 bulan sebelum dibebaskan di Pulau Tawi-Tawi di selatan Filipina.

Dua tahun kemudian pada 14 November 2012, Tung Wee Jie dan Wee Wei kedua-duanya adalah sepupu diculik di ladang sarang burung mereka yang dikendalikan keluarga di Lahad Datu.

Wee Jie, 26, berjaya melarikan diri dari penculik itu dengan melepaskan dirinya menggunakan garpu selepas ditawan selama hampir sembilan bulan di Pulau Jolo.

Sepupunya, Wee Wei, malangnya tidak dapat diselamatkan kerana meninggal dunia ketika berada dalam kurungan.

Dua insiden berlaku pada 2013, yang pertama pada 27 Ogos, apabila kira-kira 20 lelaki bersenjata menculik sembilan nelayan Malaysia dari dua bot berhampiran Pulau Mabul.

Bagaimanapun, kumpulan lelaki bersenjata segera membebaskan mangsa dan melarikan diri selepas mereka ditipu oleh tawanan mereka belayar ke pangkalan Pasukan Gerakan Am berhampiran Pulau Mabul.

Pada 15 November, kumpulan lelaki bersenjata menyerbu tiga daripada lima vila terapung di Pulau Pom Pom.

Ketika pencerobohan itu, pelancong Taiwan, Hsu Lin Min, 57, terbunuh, dan isterinya Chang An Wei, 58, diculik.

Selepas 36 hari, beliau dibebaskan oleh penculik dan kembali dari pulau Jolo di selatan Filipina.

[MEMALUKAN NEGARA] Najib Cabut Lari Elak Jawab Soalan, Tak Layak Jadi PM Lagi!

Posted: 04 Apr 2014 12:00 AM PDT

KELAB GREENBOC


Najib kecut berdepan media asing, beri imej buruk pada negara

KUALA LUMPUR 3 APRIL : Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengelak daripada menjawab soalan media antarabangsa disifatkan sebagai pengecut sekaligus memberi imej buruk kepada Malaysia.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, Najib seharusnya lebih bersikap terbuka dan profesional dalam mendepani media antarabangsa berhubung kes kehilangan pesawat MH370.

Fahmi"Bila mengelak, gambaran buruk kepada Malaysia bahawa kita mempunyai Perdana Menteri yang takut dan pengecut.

"Jangan hanya sekadar membaca teks yang disediakan. Seorang perdana menteri perlu lebih bersedia untuk menjawab apa sahaja soalan yang dikemukakan oleh media tempatan mahupun antarabangsa.

"Macam mana sekalipun kalau tidak tahu jawapan yang tepat untuk menjawab soalan yang dikemukakan, terus terang, cakap 'saya tak pasti dan akan memberi kenyataan dengan lebih lanjut nanti'. Itu lebih baik daripada terus mengelak daripada mereka," katanya ketika dihubungi.

Najib dalam sidang media ketika lawatannya di Perth Australia dilapor hanya membaca kenyataan akhbar dan terus meninggalkan majlis selepas pihak media mula bertanya soalan.

Beliau juga tidak menjawab soalan daripada media sejak sidang media pertamanya berkenaan kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu.

Fahmi berkata, ketakutan Najib terhadap media asing disebabkan mereka lebih terbuka berbanding media arus perdana yang dikawal kerajaan di negara ini.

"Sepatutnya PM itu sendiri kena berani berdepan dengan media antarabangsa. Suara beliau itu perlu didengari rakyat, dan apa yang keluar daripada mulut perdana menteri itu ditunggu rakyat,

"Tapi bila Najib mengelak untuk menjawab soalan daripada media, ia jelas menunjukkan Najib takut dengan mereka.

"Mana tidaknya, selama ini hanya dikawal oleh media pro kerajaan sahaja, tapi kali ini berdepan dengan media yang lebih terbuka," ujarnya. -KD


Di Perth, Najib terus elak soalan media

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Australia berhubung peranannya mencari pesawat MH370 dalam lawatannya ke Perth hari ini.

Beliau bagaimanapun sekali lagi mengelak menjawab soalan.

Dalam sidang media yang disiarkan langsung oleh CNN menunjukkan Najib membaca kenyataan akhbar dan terus meninggalkan majlis selepas pihak media mula bertanya soalan.

Kecuali sidang media pertamanya selepas pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu hilang pada 8 Mac, beliau tidak pernah terlibat dalam sesi soal jawab bersama media berhubung isu itu.

Perdana Menteri Australia Tony Abbott turut membuat kenyataan dalam acara bersama Najib. Beliau juga meninggalkan sidang media selepas Najib berbuat demikian.

"Di saat-saat sukar ini, Australia membuktikan dirinya sebagai rakan yang tidak ternilai.

"Pihak berkuasa Australia, seperti banyak lagi, menawarkan bantuan tanpa teragak-agak atau bertangguh lagi.

"Saya mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada Australia atas apa yang telah dilakukan dan akan dilakukan, untuk mencari pesawat itu," kata Najib membaca kenyataannya dalam sidang media itu. [Baca berita penuh]

Berikut Bernama melaporkan kenyataan penuh perdana menteri sidang media di Perth, Australia

Saya ingin memulakan bicara dengan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus berusaha mencari MH370.

Sepanjang tiga minggu lepas, beratus-ratus orang telah mengharungi perjalanan beribu-ribu kilometer untuk membantu. Mereka telah melakukan pencarian dalam keadaan laut bergelora, berkabus dan suhu amat sejuk.

Mereka belayar dalam keadaan ribut petir untuk mencari pesawat. Kita terhutang budi kepada setiap seorang daripada mereka.

Ini merupakan satu usaha yang amat mengagumkan, telah menyatukan negara-negara dari seluruh dunia. Semasa MH370 didapati hilang, berpuluh-puluh negara menjawab seruan bagi bantuan. Komitmen mereka tidak akan dilupakan.

Tatkala berdepan tragedi ini – bagi negara-negara yang warganegara mereka berada dalam pesawat ini, dan keluarga yang anggota keluarga tersayang mereka hilang - kerjasama ini memberikan kekuatan kepada kita.

Perbezaan diketepikan, pada saat 26 negara bersatu dengan satu matlamat. Kehilangan MH370 merupakan insiden yang tidak pernah dialami sebelum ini; begitu juga dengan misi pencarian ini.

Pagi ini saya berjumpa dengan anggota tentera laut dan tentera udara di Pangkalan Udara Pearce. Saya juga berbual dengan komander dari tujuh negara yang berada di sini untuk misi mencari MH370.

Mereka memberitahu saya tentang kesukaran misi pencarian seperti ini; dari segi jarak, dan cuaca, dan untuk mengekalkan semangat jitu untuk tempoh yang lama.

Ketika ini, 10 pesawat dan sembilan kapal sedang melakukan pencarian di Lautan Hindi bagi mengesan sebarang petanda berhubung pesawat yang hilang. Kawasan pencarian amat luas, dan keadaannya bukan mudah.

Tetapi kawasan pencarian baharu yang telah dikecilkan memberikan kita harapan baharu. Dan saya percaya semangat dan keberanian adalah setara dengan tugas itu. Sekali lagi, saya mengucapkan terima kasih atas apa yang mereka sedang lakukan.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri (Tony) Abbott kerana menjadi hos kepada kami di sini di Perth; atas persetujuan untuk mengetuai operasi mencari di selatan Lautan Hindi; dan sudi menerima undangan kami untuk Australia turut serta sebagai Wakil Bertauliah dalam penyiasatan ini.

Kami akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan Australia untuk mengggariskan persetujuan komprehensif berhubung pencarian ini.

Pada waktu sukar ini, Australia terbukti sahabat yang amat bernilai. Pihak berkuasa Australia, seperti banyak negara lain, telah menawarkan bantuan mereka tanpa teragak-agak atau lewat. Saya dengan penuh ikhlas mengucapkan terima kasih kepada Australia bagi semua yang mereka telah lakukan, dan sedang lakukan, untuk mencari pesawat.

Kami juga amat berterima kasih kepada mereka yang telah membawa bersama-sama pakar mereka untuk merungkai apa yang disebutkan oleh Perdana Menteri Abbott sebagai 'satu daripada misteri paling luar biasa pada masa kini'.

Kehilangan MH370 telah menguji azam kolektif kita untuk menyelesaikannya. Berdepan dengan begitu sedikit bukti, menjadikan tugas amat sukar, para penyiasat dari Malaysia, AS, UK, China, Australia dan Perancis telah bekerja keras tanpa mengenal penat lelah untuk mendedahkan pergerakan pesawat. Usaha kolektif mereka telah membawa kita ke sini.

Kami berada di sini hari ini, tetapi ingatan kami berada beribu-ribu kilometer jauhnya. Di bandar raya-bandar raya dan negara-negara di seluruh dunia, tatkala anggota keluarga kepada mereka yang berada dalam pesawat sedang resah menunggu berita. Dan tentang betapa luasnya Lautan Hindi, tempat MH370 sedang menunggu.

Saya tahu selagi pesawat itu tidak ditemui, banyak keluarga tidak boleh mula berkabung. Saya tidak dapat bayangkan kesedihan yang sedang mereka lalui. Tetapi saya boleh berjanji kepada mereka yang kami tidak akan berputus asa dan mengalah. Terima kasih.
-mk

ULASAN GB

Dengan tindakan sedemikian (mengelak untuk menjawab waertawan) tindakan itu bukan saja memalukan negara malah menjelaskan bahawa Najib sudah tidak layak untuk menjadi PM.

Kita tunggu hukum kebenaran dan keadilan mengambil tempatnya.

Stadium hoki: Khairy dapat maklumat ‘tidak cukup masak’

Posted: 03 Apr 2014 09:54 PM PDT

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Dr. Ahmad Yunus Hairi menyelar kenyataan liar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin yang menegur Selangor tidak prihatin terhadap masalah pembaikan stadium hoki di negeri itu semasa sidang akhbar beliau baru-baru ini.

"Saya ingin mengingatkan kepada Khairy supaya tidak mengambil maklumat daripada 'sembang gebang kedai kopi' ataupun daripada 'hiruk pikuk pasar borong' dan kemudian terus menyalahkan Kerajaan Negeri Selangor kerana tidak melakukan usaha untuk memulihkan keadaan stadium hoki yang ada di negeri Selangor terutamanya Stadium Hoki Pandamaran, Klang dan Stadium Hoki MBPJ, Petaling Jaya," ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Saya selaku Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor dengan ini menyelar kenyataan liar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin yang menegur Kerajaan Negeri Selangor tidak prihatin terhadap masalah pembaikan stadium hoki di dalam negeri Selangor semasa sidang akhbar beliau baru-baru ini.

Saya ingin mengingatkan kepada Khairy supaya tidak mengambil maklumat daripada 'sembang gebang kedai kopi' ataupun daripada 'hiruk pikuk pasar borong' dan kemudian terus menyalahkan Kerajaan Negeri Selangor kerana tidak melakukan usaha untuk memulihkan keadaan stadium hoki yang ada di negeri Selangor terutamanya Stadium Hoki Pandamaran, Klang dan Stadium Hoki MBPJ, Petaling Jaya.

Saya ingin mempertegaskan bahawa Kerajaan Negeri Selangor amat mengambil serius terhadap pembaikan kedua-dua buah stadium hoki yang dinyatakan. Dan kini ianya berada di peringkat akhir semakan kertas kerja yang akan dibentangkan untuk kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

Selepas mendapat kelulusan tersebut barulah proses untuk membaiki kedua-dua buah stadium tersebut akan dilakukan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Saya juga ingin menyatakan bahawa pihak Kerajaan Negeri Selangor tidak akan berkompromi terhadap perkara yang membabitkan aspek keselamatan terhadap pengunjung stadium terutamanya apabila ianya membabitkan salah sebuah mercu tanda Negeri Selangor iaitu Stadium Shah Alam yang mempunyai memori tersendiri kepada Negeri Selangor.

Stadium Shah Alam sendiri telah berusia 20 tahun dan sewajarnya dilakukan sedikit pembaikpulihan sejajar dengan taraf stadium tersebut yang kerap digunakan untuk pertandingan bolasepak peringkat antarabangsa. Tetapi itu tidak bermakna stadium-stadium untuk acara sukan yang lain dianaktirikan dari sudut pembaikpulihan tempat latihan mereka.  Ada pusat latihan dan stadium yang perlu kepada proses yang disegerakan dan ada yang dilewatkan.

Begitupun Khairy sepatutnya berbangga terhadap komitmen pengurusan Persatuan Hoki Negeri Selangor dan pasukan Hoki Selangor yang masih boleh menjuarai Kejohanan Hoki Bawah 16 Tahun walaupun mempunyai masalah tempat untuk menjalani latihan.

Saya juga turut meminta supaya pihak menteri tidak terlalu prejudis disebabkan masalah perbezaan ideologi politik dan cuba untuk mengambil langkah murahan dengan mempolitikkan isu masalah stadium hoki ini sedangkan ianya telah berlaku semenjak dari zaman Barisan Nasional memerintah negeri Selangor.

Oleh itu janganlah hanya pandai menuding jari dan meletakkan kesalahan kepada kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang terpaksa mewarisi kelemahan dan kecuaian pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini.

"Saya ingin memaklumkan kepada Khairy bahawa saya telah mengutus surat untuk bertemu dan berbincang dengan beliau berkenaan pelbagai isu dan program yang berkaitan dengan pembangunan Belia dan Sukan samada peringkat negeri Selangor ataupun negara seusai beliau dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baru, tetapi malangnya sehingga ke hari ini saya masih lagi belum mendapat sebarang jawaban balas daripada pihak beliau".

Maka saya dengan ini mengharapkan semoga Khairy mempunyai keterbukaan untuk bertemu dengan saya ataupun boleh menghubungi saya secara terus selaku Exco Belia dan Sukan Negeri Selangor sekiranya memerlukan maklumat yang sahih terhadap perkembangan sukan dan prasarana sukan di dalam negeri Selangor.

Culik: Belum apa-apa, Najib sudah buat spekulasi?

Posted: 03 Apr 2014 09:51 PM PDT

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Belum pun nampak 'kekeruhan' hubungan Malaysia dengan China dapat dijernihkan berikutan insiden kehilangan pesawat MH370, kini berlaku lagi kejadian penculikan dua pelancong di Semporna, Sabah di mana salah seorang daripadanya adalah warga China. Seorang lagi mangsa ialah rakyat Filipina.

Memang diketahui Malaysia adalah antara negara yang paling digemari oleh pelancong China.

Jika dalam insiden MH370, 158 daripada 239 penumpangnya adalah warga China, ketika kejadian penculikan di sebuah resort di Semporna itu pula, daripada 61 pelancong yang sedang menginap, 59 daripadanya adalah warga China.

Menurut penulis Shahbudin Husin, dalam insiden penculikan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak awal-awal lagi sudah membuat spekulasi dan andaian awal mengenainya.

"Menulis di twitternya, beliau tidak menolak kejadian ini didalangi oleh pihak-pihak tertentu yang cuba mengeruhkan lagi hubungan Malaysia dengan China," tulis beliau di dalam blognya, semalam.

Kerajaan tidak tolak kemungkinan kes penculikan di Semporna perbuatan pihak tertentu untuk keruhkan hubungan Malaysia-China, demikian tulisan itu dipetik.

"Hanya bersandarkan andaian dan kebetulan kemarahan ramai warga China berikutan insiden kehilangan pesawat MH370, Najib seolah-olah terus membuat kesimpulan ianya didalangi oleh mereka yang mahu mengeruhkan hubungan Malaysia dengan China," tulis beliau lagi.

Justeru, Shahbudin mempersoalkan siapakah pihak yang dimaksudkan Najib itu?

Adakah beliau pasti mengenainya? Apakah pula bukti yang menyokong dakwaan itu? Tidakkah ini bertentangan dengan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah yang mengaitkannya dengan penculikan bermotifkan wang?

Hayat bateri berkurangan, kotak hitam MH370 terus dicari

Posted: 03 Apr 2014 09:49 PM PDT

 
HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Dengan hayat bateri kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 tinggal dua hari lagi, pasukan pelbagai negara meneruskan usaha pencarian mereka pada Jumaat di kawasan seluas  217,000 kilometer persegi, yang terletak kira-kira 1,700 kilometer di barat laut Perth, Australia.
  
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) hari ini menyatakan sebanyak 10 pesawat tentera, empat pesawat awam dan sembilan kapal dikerahkan untuk membantu pencarian pesawat itu hari ini.

"Pencarian hari ini memberi tumpuan kepada tiga kawasan dalam sekitar yang sama. Pesawat pertama akan berlepas ke kawasan pencarian pada 6 pagi Waktu Standard Barat," kata JACC dalam satu kenyataan di sini.

JACC dilancarkan pada 1 April lepas bagi menyelaraskan pencarian pesawat MH370, yang hilang sejak 28 hari lepas, di selatan Lautan Hindi.
  
Menurut kenyataan itu, sejumlah 26 sukarelawan Perkhidmatan Kecemasan Negeri (SES) dari Australia Barat, New South Wales dan Victoria bertugas sebagai pemerhati udara dalam tiga pesawat awam itu. - Bernama

Laksana 'cukai maha kaya' dulu sebelum GST

Posted: 03 Apr 2014 09:10 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


MP Pandan Rafizi Ramli menggesa kerajaan mempertimbang bagi melaksanakan tiga cukai yang telah dilaksanakan negara maju sebelum melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di negara ini.

Menurutnya yang juga pengarah strategi PKR, cukai itu antara lain dapat menambah pendapatan negara sekali gus mengelakkan membebankan rakyat yang miskin dan berpendapatan rendah jika GST dilaksanakan.

Tiga cukai itu antaranya Cukai Pertambahan Nilai (Capital Gain Tax), Cukai Durian Runtuh (Windfall Tax) dan cukai yang disifatkan 'cukai maha kaya' yang dikenakan atas individu berpendapatan berbilion ringgit.

Membahaskan rang undang-undang GST di Dewan Rakyat petang ini, Rafizi berkata cukai tersebut telah dilaksanakan di negara maju tetapi tidak dilaksanakan di negara ini.

Malah beliau memberi contoh untuk mudah penjelasannya dan perbahasannya.

Mengulas 'cukai atas pertambahan nilai', dengan memberi contoh, jika beliau memegang saham dalam satu syarikat dan kemudiannya mendapat keuntungan daripada harga saham naik mendadak itu, maka ia dinamakan laba modal (capital gain).

Tanah PKFZ

"(Maka keuntungan itu) di negara lain kena cukai, hanya Malaysia saja tak ada. Ambil tanah PKFZ, dulu ambil cara murah, jual kepada kerajaan cara mahal, dengan transaksinya dapat untung besar.

"Itu namanya capital gain. Di negara lain capital gain kena cukai, tapi di Malaysia tak kena cukai.

"Kalau tengok kekayaan orang Malaysia, kalau nak tambah pendapat tanpa mangsakan rakyat perkenalkan 'Capital Gain Tax' dulu sebelum perkenalkan GST," katanya.

Mengulas 'Cukai Durian Runtuh' (Windfall Tax) ia perlu dikenakan kepada pemain industri atau syarikat yang memonopoli industri dengan mendapat keuntungan yang dianggapnya tidak munasabah atau berganda dengan memberi contoh seperti syarikat televisyen berbayar.

"Sebut Astro, marah, (syarikat lain) tak boleh masuk. Kalau di negara lain, syarikat ataupun industri yang monopoli atau syarikat dapat untung yang tidak munasabah, dikenakan cukai baru.

"Yang kena ini orang-orang kaya dan syarikat besar. Tapi sebut sahaja di Malaysia, sebut nak (buat saja), semua bangun (berkata ini) untuk kepentingan ekonomi. (Kerajaan) tak berani nak bangkang seperti kita bangkang GST.

'Cukai Maha Kaya'

"Dalam industri (untung) berlipat kali ganda besar, sepatutnya ada cukai durian runtuh supaya durian itu dikongsi, jangan dia seorang makan," katanya.

Mengulas 'cukai maha kaya', Rafizi berkata ia dikenakan kepada individu yang "terlalu kaya dan sampai mati makan tak habis", bagi membezakan dengan dengan rakyat biasa dan kelas pertengahan.

"Pada kadar dan struktur yang ada sekarang, pekerja eksekutif, di syarikat swasta,bayar cukai yang sama dengan orang paling kaya di negara ini.

"Tanya rakyat di kampung atau bandar, adil atau tidak, untuk melaksanakan GST, sedangkan perkara ini tidak diperbetulkan terlebih dahulu.

"Kalau kerajaan kata perlu tambah pendapatan, kenapa tidak dipertimbang perkara ini dulu, sebelum dilaksanakan GST ini," katanya.

K'jaan pernah beli getah dengan harga tinggi - TG Nik Aziz

Posted: 03 Apr 2014 09:07 PM PDT



RATU SYAHADAH 


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyokong Himpunan Derita Rakyat Baling 2.0 yang bakal diadakan di Baling esok.

Katanya, himpunan di Baling esok wajar bagi warga pekebun getah menzahirkan keperitan dan menuntut hak mereka berdepan kejatuhan harga komoditi yang menjadi punca rezeki mereka.

"Saya meminta rakyat Kedah, khasnya rakyat Baling turun ramai-ramai, meluahkan isi hati bahawa kami (rakyat) miskin kerana harga getah yang agak murah.

"Hal ini bukan sahaja berlaku di Baling  malah diseluruh Malaysia. Dengan cara berhimpun , ianya dapat menzahirkan pada dunia kita menderita sekarang ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas  berhubung himpunan itu.

Menurut Tuan Guru lagi, sewaktu di zaman Tun Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri, harga getah juga  jatuh menjunam.

Namun kata beliau, kerajaan ketika itu mengambil langkah membeli  getah dari pekebun pada harga yang mahal kemudiannya getah tersebut disimpan.

Apabila harga komoditi itu mula tinggi, barulah kerajaan bertindak menjualnya semula kepada pengilang, kata beliau.

Dalam pada itu beliau mengingatkan bahawa apa yang berlaku dalam negara ini termasuk tragedi MH370, kemarau sehingga ketiadaan air dan penurunan harga getah adalah sebahagian ujian dari Allah SWT.

Katanya, sebagai seorang Islam, wajar untuk kita menginsafi segala kesilapan yang dilakukan dan kembali kepada ajaran agama.

"Untuk perhimpunan di Baling pada Sabtu ini,  jangan tinggal solat hajat. Supaya Allah mengangkat bala kita", tegasnya.

MB : Hasil sumber negeri untuk kebajikan rakyat

Posted: 03 Apr 2014 09:03 PM PDT

Oleh : NORFARAHIDAYU BAHARUDIN


KAJANG : Seramai 80 penerima bertuah Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) menyambut hari kelahiran mereka bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, di Kampung Sungai Sekamat, di sini, hari ini.

Abdul Khalid menegaskan, program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) akan sentiasa menjaga kebajikan penerimanya tanpa mengira usia.

Abdul Khalid berkata, penerima TAWAS yang lahir pada tahun 2008 sudah menerima sumbangan jom shopping, manakala penerima yang lahir pada tahun 2009 dan 2010 bakal menerima bonus RM30.

khalid"Program TAWAS akan merapatkan kita dan semua anak Selangor dengan kerajaan negeri.

"Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat (PR) akan sentiasa memastikan semua rakyat di negeri ini merasakan hasil kebajikan daripada sumber negeri," katanya.

Penerima juga akan diberikan insurans khairat kematian bernilai RM1500 kepada pendaftar yang meninggal sebelum berusia 18 tahun.

Kebanyakan ibu bapa penerima menyatakan kesyukuran atas program yang dianjurkan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Raja Nor Fauzura Raja Mohd Fauzi berkata, dia sangat berasa bersyukur apabila menerima berita anaknya, Raja Nor Farisha Raja Mohd Saleh terpilih sebagai salah seorang penerima Tawas.

tawas logo bear"Kami sekeluarga amat bersyukur pada kerajaan negeri dan TAWAS. Majlis sebegini sangat baik kerana dapat merapatkan hubungan tanpa mengira bangsa." Katanya ketika ditemubual.
Ibu penerima, Ratiah Abbas pula menyifatkan dia ibarat menerima kejutan apabila anak bongsu, Nur Zalaikha Abdullah dihubungi untuk menyambut hari kelahiran bersama Menteri Besar.

"Pada kami, bukan senang untuk dipilih sebagai penerima dan Alhamdulillah kerana anak bongsu saya sangat bertuah kerana terpilih. Saya sangat bersyukur dan terharu dengan usaha kerajaan negeri, katanya.

Abdul Khalid turut menyampaikan sijil penyata akaun yang bernilai RM1500 kepada setiap 80 penerima yang turut dihadiri Exco Wanita dan Kebajikan, Rodziah Ismail dan Penasihat YAWAS, Datuk Anuar Md. Zin serta dihadiri hampir 500 orang penduduk.-NFN-

TAWAS serah sumbangan kepada waris mangsa kelar

Posted: 03 Apr 2014 09:01 PM PDT

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM : Bapa kepada dua kanak-kanak lelaki yang maut dikelar pembantu rumah, Februari lalu menerima manfaat khairat kematian Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) bernilai RM1,500.

Perunding bebas Teknologi Maklumat, Selvan Joseph, 44, menerima bantuan terbabit bagi pihak anaknya, Melvin Selvan Joseph, 18 bulan yang sebelum ini berdaftar dengan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan dia adalah penerima kedua manfaat program itu selepas dilancarkan, Mac lalu.

Selvan ketika ditemui dalam di Ibu Pejabat YAWAS berkata, beliau terharu dengan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap rakyat di negeri berkenaan.

IMG_4469"Saya tidak menyangka saya layak menerima bantuan daripada program ini. Ketika melihat sijil kematian anak, saya terfikir bahawa mereka ada berdaftar dengan TAWAS, jadi saya memaklumkan kepada mereka berkenaan kematian untuk menutup akaun.

"Kemudian mereka menghubungi saya untuk menerima bantuan RM1,500 ini," katanya.

Beliau berpendapat manfaat terbabit sememangnya perlu kepada ibu bapa yang memerlukan.

"Terima kasih kepada Kerajaan Negeri untuk bantuan ini. Walaupun manfaat ini jumlahnya bukan sesuatu yang besar tetapi ramai ibu bapa di luar sana yang memerlukan," katanya.

Februari lalu, seorang pembantu rumah warga Indonesia bertindak mengelar leher dua anak Selvan, di Taman Sri Putra, Sungai Buloh.

Suspek dipercayai membunuh Melvin terlebih dahulu sebelum membunuh abangnya, Kuay Jia Hiong, 5 tahun.

IMG_4420Sementara itu, Pengurus Besar YAWAS, Mohd Noor Mohd Zin, berkata manfaat itu layak diterima bagi kematian anak yang berdaftar dengan TAWAS, selepas Mac lalu.

Namun, katanya, disebabkan kes kematian anak Selvan itu dikategorikan sebagai 'kes khas', jadi beliau layak menerima bantuan selepas mesyuarat Kerajaan Negeri.

"Pihak kami bersimpati dengan kejadian itu. Walaupun nilai bantuan tidak banyak, namun diharapkan ia dapat membantu meringankan beban," katanya.

Bantuan itu disampaikan dalam bentuk cek oleh Mohd Noor sambil diperhatikan Pembantu Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Hamka Hassan.

Skim manfaat itu membolehkan ibu bapa peserta TAWAS yang meninggal dunia sebelum mencapai umur 18 tahun layak menerima sumbangan RM1,500 dan sehingga kini seramai 129,270 yang berdaftar.-NFN-

Kajian: ADUN PR lebih responsif aduan rakyat banding ADUN BN

Posted: 03 Apr 2014 08:59 PM PDT

Oleh: NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM: Kajian yang dijalankan badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Kuasa mendapati Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) lebih responsif terhadap aduan yang dikemukakan orang ramai berbanding ADUN Barisan Nasional (BN).

Keputusan kajian yang disiarkan di laman sesawang mykuasa.org/ms itu juga mendapati 67 peratus ADUN di Selangor membalas aduan yang dikemukakan berbanding hanya 23 peratus di Perak.

sidang dun 01

Kajian yang dijalankan dari 22 hingga 31 Mac itu dibuat menerusi kaedah aduan oleh 'pengadu misteri' kepada ADUN di Selangor dan Perak melalui media elektronik e-mel, facebook dan twitter.

Ketua Ekskutif Kuasa, Praba Ganesan berkata wakil rakyat harus bertanggungjawab memberi respon apabila dihubungi orang ramai menerusi alamat yang mereka sendiri berikan.

"Wakil Rakyat Kubu Bahru, Lee Kee Heong dari DAP bukan sahaja dapat dihubungi menerusi ketiga-tiga kaedah, malah beliau menjawab dalam masa 15 minit," kata Praba dipetik dari MStar semalam.

Selain Kee Heong, Praba juga memuji ADUN Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan (PAS); Teratai, Tiew Way Keng (DAP); Kinrara, Ng Sze Han (DAP), Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran (DAP); Kampung Tunku, Lau Weng San (DAP) dan Teja, Chang Lih Kang.

Kata Praba lagi, ADUN yang lebih muda juga didapati lebih responsif apabila dihubungi melalui media elektronik berbanding ADUN berusia 50 tahun ke atas.EZY

Bayi ditemui dalam tong sampah

Posted: 03 Apr 2014 08:56 PM PDT

MALAYSIAKINI


Seorang bayi lelaki ditemui di dalam tong sampah di Lorong Lebuh Pulau Pinang 2 Off Jalan Meru di Klang semalam.
  
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Shukor Sulong berkata bayi itu yang dianggar berusia lebih seminggu ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 11 pagi semalam.
  
"Bayi itu ditemui dibalut dengan beg plastik sampah berwarna hitam. Pemeriksaan lanjut mendapati tiada kecederaan pada bayi itu," katanya ketika dihubungi.
  
Katanya bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk pemeriksaan lanjut.
  
"Kawasan tempat bayi dibuang itu ialah bangunan rumah kedai empat tingkat, lokasi itu juga kawasan perniagaan yang bercampur dengan rumah kediaman," katanya.
  
Mohd Shukor berkata kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran.- Bernama

DG DCA bertemu keluarga penumpang MH370

Posted: 03 Apr 2014 08:49 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman meluangkan masa lebih tiga jam bertemu dengan kira-kira 20 anggota keluarga penumpang penerbangan MH370 yang ditempatkan di Hotel Everly, di Putrajaya malam tadi.
  
Beliau tiba pada 8.30 malam bersama-sama Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Seri Long See Wool dan beberapa pegawai kanan Malaysia Airlines (MAS) serta Malaysia Airports Holdings Berhad.
  
Azharuddin yang keluar meninggalkan dewan tempat pertemuan itu pada pukul 11.50 malam bagaimanapun enggan mengulas mengenainya ketika ditanya oleh pemberita yang menunggu di luar dewan tersebut.
  
Pemberita bagaimanapun difahamkan dalam pertemuan itu Azharuddin memberi taklimat mengenai perkembangan terkini usaha menjejaki pesawat tersebut yang dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi.
  
Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac, sebelum hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan.
  
Pesawat sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
  
Misi mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara yang dilancar di Laut China Selatan kemudian diperluas ke Selat Melaka, Laut Andaman dan kemudian ke Lautan Hindi selepas data satelit menunjukkan pesawat itu mengubah haluan jauh daripada laluan asal.
  
Pada 24 Mac lalu, iaitu hari ke-17 misi menjejaki MH370, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, berdasarkan analisis data satelit Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB).   
- Bernama

Pakar: MAS terdedah luas pada tindakan undang-undang

Posted: 03 Apr 2014 08:42 PM PDT

MALAYSIAKINI



 


Dengan pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 masih belum ditemui sehingga ini, para peguam berkata MAS terdedah luas kepada potensi tindakan undang-undang dari keluarga para penumpangnya.

Peguam yang berpejabat di Brisbane, Joseph Wheeler menjelaskan bahawa di bawah Konvensyen Montreal 1999 (dikemaskini pada 2009), syarikat penerbangan bertanggungjawab membayar pampasan bagi kehilangan yang terbukti sehingga RM570,820.

Untuk menangkis saman yang menuntut gantirugi melebihi RM570,820, maka konvensyen tersebut menyatakan bahawa MAS perlu membuktikan di mahkamah bahawa kehilangan pesawat itu bukan disebabkan kecuaian sendiri, atau pihak ketiga bertanggungjawab sepenuhnya terhadapnya.

Di sinilah di mana MAS mungkin berdepan dengan masalah.

"Bukti itu tidak ada untuk berhujah bahawa mereka tidak bersalah Mereka tidak boleh berhujah bahawa sesuatu yang lain yang bersalah seperti komponen pesawat atau pengeboman pengganas - sesuatu yang tiada dalam kawalan mereka," katanya.

Tanpa penemuan sebarang serpihan pesawat, tambahnya, MAS tidak ada peluang untuk berhujah mempertahankan dirinya.

Malaysia menandatangani Konvensyen Montreal mengenai liabiliti sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan kargo udara, bagasi, atau penumpang. Anak kapal, sebaliknya,  dilindungi oleh skim pampasan pekerja.

Tiada ulasan: