DIALOG RAKYAT |
- [TERKINI] Juruterbang Dakwa MH370 Di Laut Cina Selatan... Seperti Yang GB Jangka..
- Maklumat serpihan di Teluk Bengal masih disiasat
- Demo Dataran Merdeka boleh jatuhkan Najib?
- Bolehkah Amerika dipersalahkan kerana melabel Najib ‘lidah bercabang’? -
- Bekas pemandu anak menteri dalam negeri ditahan kes curi
- 10 anggota militan ditangkap termasuk seorang wanita
- Hudud: Umno patut singkir MCA dari BN
- 'J'kuasa teknikal hudud peringkat pusat tak perlu'
- MH370: Malaysia-Australia bincang kos aset tambahan
- 29 penumpang terselamat bas ekspres terbabas di Gua Musang
- MP: Obama sebenarnya sindir intelektual Najib
- MH370: Jepun mohon sertai panel pakar - Hishammuddin
- Anwar arah tindakan tegas terhadap kes tipu undi di Batang Sadong
- Jualan Proton Tahun 2002 : 214,985 Unit VS Tahun 2013 : 138,730 Unit. Pengerusi Proton Mohon Sokongan Rakyat Malaysia!
- Ganti rugi DBKL pada Majlis Peguam kekal
- MCA akan bertanding di 'jerumun harimau'
- MTES putuskan tarik balik catuan air S'gor
- Ada orang berani kecam Obama selepas dia balik
- Melayu Nazi mentertawa bomoh
- Jepun tarik diri dari pencarian MH370
- MP: K'jaan yang patut bentang RUU hudud
- Dr M terus mengeluh tentang demo besar
- Polis & BERNAMA Tidak Wajar Lagi Gunakan Istilah "Perhimpunan Haram"
- Najib berbohong tentang kes Anwar di sidang media Obama
- Wall Street Journal bangkit isu Obama gagal temui Anwar
[TERKINI] Juruterbang Dakwa MH370 Di Laut Cina Selatan... Seperti Yang GB Jangka.. Posted: 29 Apr 2014 05:36 AM PDT KELAB GREENBOC MH370: Juruterbang Dakwa Temui Pesawat Terhempas SEORANG juruterbang dari New York mendakwa telah menemui serpihan pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu di lautan berhampiran pantai Thailand. Michael Hoebel, 60, mendakwa telah menemui imej serpihan itu selepas membuat pencarian menerusi ribuan imej pelbagai satelit yang terdapat di sekitar laluan pesawat berkenaan. Juruterbang dari Tonawanda itu berkata, dia terkejut dengan imej yang diperolehi dan percaya pesawat dalam air itu telah terhempas sejak dua bulan lalu di timur laut pantai Malaysia iaitu lokasi ia dikesan melakukan lencongan. Jelasnya, imej satelit tersebut dirakam pada 10 Mac iaitu dua hari selepas pesawat berkenaan dilaporkan hilang. Ditanya mengenai kemungkinan imej itu merupakan banyangan seekor ikan yu, Hoebel menyoal," adakah seekor ikan yu sepanjang 21 kaki (6.4 meter) boleh didapati di lautan tersebut". Lelaki itu juga yakin imej tersebut merupakan pesawat MH370 yang didakwa berakhir di Lautan Hindi baru-baru ini. -mstar ULASAN GB Jika dakwaan juruterbang berkenaan adalah benar, bahawa serpihan MH370 ditemui berhampiran pantai Thailand, ini bererti jangkaan GB sebelum ini bahawa pesawat MH370 terhempas di Laut Cina Selatan, bukan di Lautan Hindi adalah benar. Sebelum ini GB pernah mengulas di SINI. Petikan: GB berpendapat bahawa pesawat itu telah terbakar dan terhempas ke dasar laut di titik dimana dikatakan ia membuat U-turn. Ada yang bertanya kalau terhempas tentu ada serpihannya dan mengapa satelit tak menemui apa-apa? Dan sekali lagi GB telah tegaskan di SINI. Petikan: Sekarang dimana sebenarnya MH370 jika Inmarsat sendiri hari ini menafikan bahawa mereka berkesimpulan MH370 di Lauatan Hindi? | |||
Maklumat serpihan di Teluk Bengal masih disiasat Posted: 29 Apr 2014 05:32 AM PDT KUALA LUMPUR - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan mengenai serpihan yang mungkin mempunyai kaitan dengan MH370 pada bahagian timur laut Lautan Hindi iaitu di Teluk Bengal. Menurutnya, semua pihak termasuk pasukan siasatan sedang bekerjasama untuk menyiasat kesahihan maklumat yang diperoleh. "Kami sedang cuba menganalisis maklumat berdasarkan laporan yang telah diterima, sebarang informasi terkini yang diperoleh akan dimaklumkan kepada semua pihak secepat mungkin," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan perlantikan bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Kok Soo Chon untuk mengetuai Pasukan Penyiasat Antarabangsa MH370. "Saya mahu tekankan di sini bahawa tugas pasukan penyiasat adalah untuk menyiasat, menilai dan memastikan kesilapan sama yang berlaku pada pesawat tersebut tidak akan berlaku kepada mana-mana kapal terbang pada masa akan datang," katanya lagi. Menurutnya lagi, perbincangan antara para pemimpin bagi negara yang terlibat dalam operasi mencari akan membincangkan misi pencarian MH370 yang akan memasuki fasa baru menjelang minggu hadapan. "Kami akan membincangkan soal kos bagi seluruh operasi carian dan penambahan aset untuk misi carian di kawasan laut dalam. "Selain itu, kami juga akan mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menyalurkan maklumat yang lebih pantas dan tepat kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat terbabit," jelasnya. | |||
Demo Dataran Merdeka boleh jatuhkan Najib? Posted: 29 Apr 2014 05:27 AM PDT Oleh HARIS ZALKAPLI DEMONSTRASI membantah cukai barangan dan perkhidmatan dijadual pada 1 Mei nanti, dekat Dataran Merdeka, tempat yang selama ini tidak dapat dijadikan lokasi sentral protes oleh Pakatan Rakyat dan penyokong. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan lokasi pilihan tetap Dataran Merdeka walau apa pun yang menghalang. Dalam siri demonstrasi sebelum ini, Dataran Merdeka sentiasa tersenarai sebagai salah satu lokasi, tetapi bukan lokasi utama yang menjadi pusat protes di ibu negara. Kawasan yang biasa dipenuhi ialah sekitar depan Dataran Merdeka hingga ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India, tetapi bukan betul-betul di atas padang Dataran Merdeka. Sebelum ini pernah diadakan protes menduduki Dataran Merdeka, yang dikreditkan sesetengah pihak sebagai melahirkan gerakan Occupy antarabangsa. Aksi protes ini walau bagaimanapun ditamatkan dengan segera dan tegas oleh pihak berkuasa, yang mungkin menyedari kelebihan yang dimiliki pihak memprotes dengan menduduki lokasi itu. Di tengah bandar Kuala Lumpur, Dataran Merdeka ialah lokasi simbolik dan sentral yang paling menarik untuk dijadikan lokasi protes besar-besaran. Di negara-negara lain yang telah menyaksikan protes, terutama yang berjaya mencapai matlamat menjatuhkan pemerintah, protes mengambil lokasi dataran utama di ibu negara, seperti Dataran Merdeka di Kiev, Ukraine, Medan Tahrir di Kaherah, Mesir, dan Bulatan Mutiara di Manama, Bahrain. Kuasa tersendiri lokasi simbolik dan sentral itu menghadirkan sekali pelbagai faktor lain yang membantu protes, termasuk akses dan perhatian segera. Di Bahrain, pihak berkuasanya akhirnya merobohkan monumen sejarah berbentuk mutiara yang menjadi titik fokal Bulatan Mutiara, dalam usaha menamatkan terus kewujudan lokasi penting itu. Bahrain, negara yang menyaksikan kebangkitan rakyat hampir sekitar setahun sebelum kebangkitan di Tunisia yang dinilai sebagai permulaan kebangkitan Arab akhirnya menyaksikan kemerosotan kekuatan protes terhadap pemerintah selepas lokasi simbolik itu dimusnahkan, ditambah dengan faktor geopolitik melibatkan kuasakuasa serantau dan Amerika Syarikat Menurut taktik-taktik yang disenaraikan oleh pengkaji kebangkitan sivil, Gene Sharp, lokasi simbolik penting untuk diduduki dan dijadikan kubu kepada gerakan protes. Mesir dan Ukraine membuktikan kuasa lokasi simbolik dan sentral itu, yang menjadi penyumbang besar kepada kejayaan protes, dan dalam kes Ukraine, lebih daripada sekali. Protes di lokasi utama, dalam kes Malaysia Dataran Merdeka, memberi nilai sentimen politik yang tinggi akibat kedudukannya dalam sejarah negara, selain kelebihan lain seperti akses yang mudah. Walau bagaimanapun, Dataran Merdeka tidak berjaya dijadikan sebagai lokasi utama demonstrasi di negara ini, seperti halnya melibatkan Mesir dan Ukraine. Lokasi protes di Kuala Lumpur biasanya berubah-ubah, dengan penetapan dilakukan pada saatsaat akhir dan melibatkan banyak tempat sekaligus, walaupun tempat pertemuan biasanya ditetapkan di satu lokasi. Tetapi berbeza dengan protes di luar negara, demonstrasi di negara ini biasa berlangsung dalam masa yang singkat, dan tidak melibatkan aksi menduduki lokasi simbolik dan sentral untuk tempoh yang panjang. Protes menolak GST pada 1 Mei nanti bakal mengubah pendekatan dari segi lokasi ini, sekiranya Dataran Merdeka berjaya dimasuki dan dijadikan pusat demonstrasi, dan lebih utama, dijadikan lokasi tetap protes-protes berikutnya sekiranya ada. Tajuk protes melibatkan cukai dan kos hidup meningkat yang dirasai oleh lebih ramai warga berbanding isu-isu politik yang secara terus lebih melibatkan partiparti politik dan pertubuhan bukan kerajaan, berupaya memberi impak tambahan kepada protes menolak GST ini kepada pembangkang. Hal ini mungkin menjadi satu nilai tambah yang paling kuat kepada gabungan Pakatan dalam memimpin penyampaian protes terhadap pemerintah. Tarikh 1 Mei nanti akan menunjukkan kepada kita hala tuju dan perkembangan hal ini, dan sejauh mana Pakatan dan sekutu dapat menguasai dan memanfaatkan Dataran Merdeka. http://siasahdaily.blogspot.com/ | |||
Bolehkah Amerika dipersalahkan kerana melabel Najib ‘lidah bercabang’? - Posted: 29 Apr 2014 05:16 AM PDT Oleh Ng Kee Seng Pada 2012, Washington Post mendatangkan rasa kurang senang sebilangan pemimpin kerajaan Malaysia apabila melabel Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai pemimpin 'lidah bercabang'. Penulisnya Maclean Patrick berkata: "Perdana Menteri diam seribu bahasa! Ketika dunia tersentak dengan skandal FBC Media, dimana pentadbirannya menggunakan wang rakyat bagi membeli ruangan agar nama Malaysia disiarkan di kaca TV antarabangsa, Najib langsung tidak kelihatan. Adakah dia menyorokkan kepala kerana malu? Di masa lalu, dia langsung tidak pernah menunjukkan sikap menyesal." Adakah Maclean bakal membuat laporan susulan berikutan sidang akhbar bersama yang diadakan Najib dan Presiden Barack Obama di Putrajaya baru ini? Sedang ketegangan kaum dan agama semakin terasa, dipalu gendang pihak konservatif Umno dan pengikutnya yang menggunakan isu kalimah Allah serta ugutan 13 Mei, Najib bersyarah tentang moderasi tetapi tidak bertindak ke atas golongan ektremis. Antara kenyataannya di sidang akhbar itu: > Malaysia dan AS telah lama menjalin hubungan baik. Kami menjalinkan hubungan diplomatik sejak kemerdekaan Malaysia pada 1957. Walaupun diselubungi ketegangan ideologi di Asia Tenggara, hubungan yang dijalin berkekalan. Kami juga berusaha mengukuhkan persefahaman di antara kedua negara. (Bagaimana pula protes Umno dan penyokong mereka berhubung lawatan presiden AS itu? Obama digelar pemimpin kafir, dsb) > Sebulan lalu, Malaysia membantu perjanjian komprehensif di Selatan Filipina, dan menamatkan konflik yang telah mengorbankan 150,000 penduduk di wilayah itu. Pengaruh AL Qaeda dan sekutunya mungkin dapat dibendung. Kami menolak ekstremisme, dengan penubuhan Pergerakan Moderat Sedunia. (Menolak fahaman ekstremis? Ia mekar bersama-sama Perkasa, Isma, Pekida, dsb) > Malaysia kekal sebagai jambatan bagi pelbagai penduduk dan budaya; negara pedagang, dikelilingi perairan penting. Kami negara Islam yang moden dan progresif; berbilang bangsa dan agama. Kami telah lama sedar faedah kerjasama antara sempadan. Kami tahu kami perlu bersama-sama berkongsi kekayaan. (Oh! Tolonglah hentikan Perkasa, Isma, Pekida sebelum anda cuba mengaku bahawa pentadbiran anda komited dengan perpaduan. Bertindaklah terhadap golongan bigot ini; tunjukkan iltizam bagi menghentikan golongan anti-perpaduan) Najib, sebelum PRU13 dahulu, mencadangkan pelbagai usaha bagi reformasi. Kini tiada yang berubah, sebaliknya Malaysia semakin melangkah ke belakang. Najib tiada iltizam bagi membawa negara ke arah kemajuan sosio-ekonomi. Beliau gagal melindungi slogan 1Malaysia daripada ungkapan timbalannya sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang berkata "Saya Melayu dahulu..." serta kata-kata berbaur hasutan dari kalangan puak konservatif Umno. Bagi kemelut isu kalimah Allah, ketika diserang pihak konservatif ini, Najib tidak mempertahankan solusi 10-perkara yang dijanjikan kerajaan persekutuan. Najib berjanji mahu membatalkan Akta Hasutan namun Laporan Dunia bagi Pemantauan Hak Asasi Manusia 2014 menunjukan kerajaan berterusan menggunakan akta itu bagi menghukum musuh politik kerajaan di Malaysia. Perlukah kita menantikan pihak Amerika menggelar pemimpin kita "No Action Talk Only" (Tiada tindakan, cakap saja) yang hanya mampu melakukan urusan "seperti biasa"?- See more at: http://bm.theantdaily.com/ | |||
Bekas pemandu anak menteri dalam negeri ditahan kes curi Posted: 29 Apr 2014 05:11 AM PDT ANTARAPOS.COM SHAH ALAM: Polis menahan bekas pemandu anak sulung Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bagi membantu siasatan berhubung kejadian kecurian di rumahnya di Country Heights, Kajang pada Sabtu lalu. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata lelaki berusia 42 tahun itu ditahan di rumahnya di Seri Kembangan pada pukul 1 pagi Ahad. Katanya, lelaki terbabit dipercayai menceroboh masuk ke rumah bekas majikannya, Nurul Hidayah menggunakan kunci rumah yang diberikan ketika masih berkhidmat. "Siasatan awal bagaimanapun mendapati tiada sebarang kesan pecah masuk dalam kejadian itu," katanya selepas melancarkan Program Keselamatan Jalan raya dan Pemanduan Berhemah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, Isnin. Beliau berkata, lelaki itu ditahan reman sehingga esok. Pada kejadian Sabtu lalus, lelaki itu dipercayai melarikan dua jam tangan serta wang tunai RM1,000. Dalam kes berasingan, Abdul Rahim berkata seorang lelaki ditemui mati di kaki lima di Jalan Seapark, Petaling Jaya, awal pagi Isnin. Beliau berkata mayat suspek yang berusia dalam lingkungan 40 tahun ditemui berdekatan sebuah farmasi di kawasan itu pada pukul 4.13 pagi. Katanya lelaki terbabit dipercayai cuba memecah masuk sebuah pejabat guaman dengan menendang pintu premis sebelum cedera di paha kanan akibat tertusuk kaca dan mati di tempat kejadian disebabkan pendarahan teruk. "Kejadian dilaporkan oleh seorang peguam yang kebetulan memasuki pejabat pada pagi itu," katanya. Mayat suspek dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat. Polis menemui sebuah beg sandang dan beberapa peralatan pecah rumah dipercayai milik suspek di tempat kejadian. | |||
10 anggota militan ditangkap termasuk seorang wanita Posted: 29 Apr 2014 05:09 AM PDT Wanita yang ditahan hari ini merupakan seorang balu namun enggan mendedahkan lokasi serta waktu dia ditahan. KAJANG: Seorang lagi individu dipercayai terlibat dengan kegiatan militan ditahan di Kuala Lumpur pagi tadi menjadikan jumlah keseluruhan yang ditangkap ialah 10 orang. Semalam, sembilan ditahan Polis Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas,Bukit Aman. Mereka berumur antara 25 hingga 26 termasuk seorang wanita, tiga ditahan di Kedah dan enam di Selangor. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata wanita yang ditahan hari ini merupakan seorang balu namun enggan mendedahkan secara terperinci lokasi serta waktu dia ditahan. "Setakat pagi tadi, kami sudah menahan 10 orang yang dipercayai ada hubung kait dengan rangkaian Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah serta menerima latihan ala ketenteraan," katanya. Beliau memberitahu sidang media selepas majlis 'Pemakaian Pangkat Time Based berasaskan kecemerlangan koperal dan sarjan penjara', pelancaran unit pengiringan bermotosikal dan jersi pasukan bola sepak Penjara FC. Ahmad Zahid berkata pihaknya juga telah merampas pakaian ala tentera, buku jihad, pisau rambo, pedang samurai dan bendera kumpulan pengganas antarabangsa daripada 10 individu berkenaan. Tambahnya, maklumat risikan juga mendapati mereka mempunyai rangkaian di luar dan dalam negara, dan telah menyertai beberapa misi jihad di negara yang sedang bergolak. "Mereka menyamai apa yang dilakukan Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah berselindung atas nama misi kemanusiaan," katanya. Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneruskan misi mengesan saki baki kumpulan itu yang dipercayai lebih daripada 10 orang. Ketika ditanya mengenai cara anggota kumpulan itu direkrut, beliau berkata PDRM menyelidiki semua punca pengambilan yang dilakukan daripada individu, kumpulan atau laman sosial seperti Facebook dan tidak akan ada unsur kompromi kepada sesiapa sahaja yang terlibat. Ahmad Zahid berkata setelah siasatan selesai, beliau akan meminta Bukit Aman mendedahkan mengenai kumpulan itu, yang terdiri dari pelbagai latar belakang individu. Kesemua ditahan mengikut Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan dan Akta Kanun Keseksaan serta disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma). "Saya yakin di bawah Sosma kita akan dapat membendung gejala keganasan di negara ini yang mengamalkan kesederhanaan dalam Islam," katanya.- Bernama | |||
Hudud: Umno patut singkir MCA dari BN Posted: 29 Apr 2014 05:06 AM PDT Umno sudah setuju bantu PAS laksanakan hukum hudud tapi MCA gesa pemimpin Islam menolaknya PETALING JAYA: Tindakan MCA yang menggesa ahli parlimen Islam untuk tidak menyokong rang undang-undang persendirian oleh PAS pada sesi Dewan Rakyat akan datang bagi membenarkan Kelantan melaksanakan hudud adalah satu perbuatan yang tidak wajar dan ia merupakan satu penghinaan kepada ahli parlimen Islam. Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar, MCA boleh menolak dan tidak menyokong rang undang-undang persendirian itu, tetapi mereka tidak boleh untuk mengajak ahli parlimen Islam yang lain untuk menolak hudud. "MCA boleh menolak hudud, tetapi tidak boleh untuk mengajak dan mengajar ahli parlimen Islam yang lain untuk menolak hudud dan tindakan MCA tersebut merupakan satu penghinaan kepada agama Islam," katanya sewaktu dihubungi FMT melalui telefon. Jelas Ahli Parlimen Pokok Sena itu, tindakan MCA menunjukkan seolah-olah MCA adalah guru dan berniat untuk mengajar Umno terutama dalam hal yang berkaitan agama Islam terutamanya berkenaan hudud. Katanya lagi, Umno melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Johari sendiri sudah bersetuju untuk membantu Kerajaan Negeri Kelantan agar dapat merealisasikan hukum hudud di Negeri Kelantan. "Umno sudah menyatakan persetujuan mengenai pelaksanaan hudud, tetapi MCA pula tidak bersetuju. Bagaimana perkara ini boleh berlaku dan apakah peranan Umno dalam soal ini?" Soal Pesuruhjaya PAS Kedah itu. Dalam pada masa yang sama, Mahfuz turut mendesak agar Umno bertegas dan mengambil tindakan atas kenyataan MCA yang menggesa ahli parlimen Islam untuk tidak menyokong rang undang-undang persendirian oleh PAS pada sesi Dewan Rakyat akan datang. "Umno perlu keluar daripada Barisan Nasional (BN) sekiranya MCA terus bersikap demikian ataupun, Umno menyingkirkan MCA daripada BN. "Saya dan seluruh rakyat Malaysia ternanti-nanti, apakah pendirian Umno untuk menangani sikap MCA ini," Sebelum ini, Pengerusi Biro Agama MCA dan ahli jawatankuasa kerja pusat Datuk Ti Lian Ker mendakwa rancangan PAS mengenai hudud adalah tidak benar pada Islam dan PAS cuba "mengelirukan" perkara itu. Dalam kenyataan medianya, Ti mendakwa wujud kekeliruan yang berterusan dan perdebatan mengenai enakmen hudud PAS, maka undang-undang hudud versi PAS tidak boleh dikaitkan dengan hudud bawah undang-undang dan roh Islam yang sebenar. Oleh itu, Ti merayu kepada ahli parlimen yang beragama Islam tidak berasa dipaksa untuk mengundi rang undang-undang persendirian PAS yang menurutnya satu muslihat politik dan tidak berdasarkan semangat dan niat Islam. Beliau juga menggesa semua 38 ahli parlimen DAP dan 30 bagi PKR menghentikan rancangan PAS membentangkan cadangan rang undang-undang persendirian itu bagi mengakhiri penantian dua dekad sejak enakmen itu diluluskan di DUN Kelantan pada 1993. | |||
'J'kuasa teknikal hudud peringkat pusat tak perlu' Posted: 29 Apr 2014 05:03 AM PDT MALAYSIAKINI Dewan Pemuda Pemuda (DPP) PAS Kelantan menganggap tiada keperluan menerima cadangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin menubuhkan jawatankuasa teknikal peringkat pusat bagi membincangkan tentang hudud sebelum dibawa ke Parlimen. Sebaliknya, Ketua Pemuda Ahmad Fadhli Shaari berkata jawatankuasa itu telahpun wujud di peringkat negeri dan dianggotai wakil agensi kerajaan persekutuan yang terlibat dalam pelaksanaan hukum itu. "Justeru, untuk mendapatkan gambaran jelas tentang undang-undang ini, cukuplah sekiranya wakil kerajaan Kelantan dipanggil untuk memberikan taklimat kepada mana-mana pihak di peringkat kerajaan Persekutuan dalam konteks hubungan kerajaan dengan kerajaan," katanya. Dalam kenyataannya, beliau berkata cadangan yang PAS bawa ke PAS ke Parlimen berkaitan pindaan Akta Mahkamah Syariah 1965 yang menyekat had hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Syariah negeri dan bukan undang-undang hudud yang diluluskan DUN Kelantan pada 1993. Kelmarin Muhyiddin berkata Umno ingin bekerjasama dengan PAS bagaimana untuk memberi pemahaman kepada semua pihak tentang hudud dan Umno bercadang mewujudkan sebuah jawatankuasa teknikal mengenai perkara itu di peringkat kebangsaan. Ahmad Fadhli juga menyarankan kerajaan persekutuan menumpukan penerangan tentang perundangan Islam kepada semua agensi termasuk Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Katanya lagi, penerangan itu juga harus diberikan kepada negeri yang ditadbir BN agar melaksanakan undang-undang yang sama termasuk di Terengganu setelah diluluskannya lebih 10 tahun lalu. "Kegagalan untuk menggerakkan langkah untuk melaksanakan undang-undang ini di negeri-negeri yang lain dan hanya memberikan penumpuan kepada Kelantan hanya akan memberikan persepsi bahawa Umno hanya bermain politik dalam isu ini," katanya. | |||
MH370: Malaysia-Australia bincang kos aset tambahan Posted: 29 Apr 2014 05:00 AM PDT ANTARAPOS.COM KUALA LUMPUR: Malaysia akan berbincang dengan Australia mengenai kos yang melibatkan penambahan aset dalam operasi mencari pesawat MH370 di Lautan Hindi yang kini memasuki fasa kedua. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, persefahaman perlu diwujudkan dengan Australia mengenai pembiayaan aset berkenaan. "Kita sedang menuju kepada fasa kedua pencarian. Kita perlu adil dengan Australia kerana kita masih lagi belum berbincang mengenai kewangan. "Kini kita akan meneruskan operasi mencari ke dalam lautan dan kita perlu persefahaman dengan Australia dari segi pembiayaan aset-aset," jelas beliau selepas mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dari Jepun, Itsunori Onodera di pejabat beliau di Kementerian Pertahanan. Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, isu berkaitan pembiayaan itu akan dibincangkan dengan jawatankuasa teknikal berkaitan MH370 hari ini. "Perdana Menteri Australia, Tony Abbott semalam berkata mungkin visual pencarian daripada udara dan lautan dalam tidak sesuai kerana kekangan negara dan syarikat yang mempunyai peralatan canggih yang diperlukan. "Inilah apa yang dilalui oleh Perancis semasa mencari pesawat Air France yang hilang lalu. Bila kita telah tahu aset yang diperlukan maka kita akan berapa kos yang diperlukan," jelasnya. Sementara itu, Hishammuddin berkata, dakwaan syarikat penerokaan Australia yang kononnya mengesan bangkai sebuah pesawat di Teluk Bengala iaitu 5,000km dari lokasi pencarian pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa teknikal petang ini. "Banyak sangat spekulasi di luar sana. Hendak layan semua adalah mustahil. Tapi percayalah misi mencari akan diteruskan dan kita akan umumkan apabila pengesahan dilakukan oleh pakar," tegas beliau. | |||
29 penumpang terselamat bas ekspres terbabas di Gua Musang Posted: 29 Apr 2014 04:58 AM PDT ANTARAPOS.COM GUA MUSANG: Seramai 29 penumpang bas ekspres terselamat selepas kenderaan itu terbabas ke dalam parit di Kilometer 3.5 Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Bandar Utama di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah, berkata bas ekspres Shamisha Holiday itu remuk sedikit di bahagian depan dan tiada penumpang mengalami kecederaan. Menurutnya, bas itu dipercayai hilang kawalan sebaik melepasi kawasan selekoh menuruni bukit sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan lalu terhumban ke dalam parit dalam kejadian 3.30 pagi. "Bagaimanapun, penumpang yang menaiki bas yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Rantau Panjang itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kemudian menaiki bas lain daripada syarikat sama untuk meneruskan perjalanan," katanya ketika dihubungi. | |||
MP: Obama sebenarnya sindir intelektual Najib Posted: 29 Apr 2014 04:18 AM PDT MALAYSIAKINI Selepas lawatan kilat Presiden Barack Obama ke Malaysia hujung minggu lalu, pelbagai analisis dibuat berkaitan kesannya kepada keadaan sosial, ekonomi dan politik. Tetapi teguran paling kasar, terutamanya pada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dibuat oleh anggota Parlimen DAP Ariff Sabri. Memfokuskan bagaimana presiden Amerika Syarikat menggambarkan Najib sebagai seorang yang mempunyai naluri untuk perpaduan dan kesederhanaan, pemimpin pembangkang itu berkata: "Ia cara paling diplomasi untuk mengatakan – Saya rasa kamu tak berguna." Menurut Ariff, kenyataan itu dibuat bagi mengesahkan bahawa Najib bukan pemimpin rasional yang percaya arah masa depan melalui kesederhanaan dan perpaduan. "Naluri seperti yang kita tahu berkait dengan haiwan yang tidak berfikir tetapi bertindak menurut naluri dan gerak hati. "Jadi apa yang Obama kata, kecerdasan fikiran Najib sama tahapnya dengan haiwan seperti cimpanzi dan orang utan," tulisnya dalam blog. | |||
MH370: Jepun mohon sertai panel pakar - Hishammuddin Posted: 29 Apr 2014 04:16 AM PDT ANTARAPOS.COM KUALA LUMPUR: Japan telah memohon untuk menyertai panel pakar antarabangsa yang akan membuat penyelidikan berhubung insiden kehilangan MH370 Malaysia Airlines, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata Jepun dialu-alukan untuk menyertainya kerana panel itu mengamalkan ketelusan dan mempunyai kredibiliti. "Ada permintaan bahawa mereka (Jepun) diberi ruang dalam panel pakar yang akan membuat penyelidikan berhubung kait dengan MH370. "Kami tiada masalah untuk mereka menyertai panel kerana seluruh dunia ingin tahu mengenai MH370 dan seperti saya sebutkan sebelumnya, mungkin apa yang kita tahu berhubung MH370 akan mengubah sejarah penerbangan," kata beliau kepada pemberita. Sebelum itu, Hishammuddin menerima kunjungan rakan sejawatannya dari Jepun Itsunori Onodera di Kementerian Pertahanan di sini hari ini. Hishammuddin menegaskan bahawa Malaysia dan Jepun berminat untuk meneruskan usaha menangani isu seperti menjamin keamanan dan kestabilan di rantau ini, bantuan bencana, berkongsi maklumat bagi memerangi keganasan dan industri pertahanan. Mengulas laporan bahawa Jepun menarik diri daripada operasi mencari pesawat yang hilang itu, Hishammuddin berkata: "Jauh sekali.. (tarik diri), Menteri Pertahanannya datang tadi untuk menyatakan bahawa apa lagi yang mereka boleh bantu. "Ini menunjukkan bahawa komitmen mereka masih lagi kukuh," katanya. Penerbangan MH370 bersama 239 orang dalam pesawat hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Misi pencarian di bawah permukaan laut yang diketuai Australia kini dijalankan di perairan dekat Perth, Australia. Ia merupakan pertemuan pertama Onodera, yang menjadi Menteri Pertahanan Jepun pada Disember 2012, dengan Hishammuddin. | |||
Anwar arah tindakan tegas terhadap kes tipu undi di Batang Sadong Posted: 29 Apr 2014 04:13 AM PDT Oleh Shawaliah HadirPETALING JAYA: Penyandang Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang sebelum ini didesak agar dibatalkan pencalonan pada pemilihan parti, hari ini menerima satu lagi tamparan apabila Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan yang dilihat tidak memihak kepada beliau. Anwar sebalikya mahu Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bertindak keras kepada mana-mana calon yang telah terbukti salah memanipulasi undi menjelang pemilihan parti itu. Seolah-olah merujuk kepada Azmin, Anwar yang memetik contoh kes Batang Sadong, Sarawak berkata, tiada pihak yang akan terlepas daripada tindakan disiplin jika terdapat elemen penipuan dan kecuaian sekalipun ianya melibatkan pemimpin. "JPP dalam memberikan penjelasan kepada saya arahan kita adalah sebaik ada elemen kecuaian dan penipuan siasat segera, batal atau tangguh jangan tolak ansur sama sekali. Tidak kira siapa calon yang menang. "JPP tidak terikat dengan pimpinan tetapi sebaik sahaja yang dianggap curang atau cuai atau ada jelas penipuan tindakan segera diambil," katanya semasa sidang media di ibu Pejabat PKR hari ini. Semalam, Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendesak supaya Azmin dibatalkan pencalonannya dalam pertandingan merebut jawatan itu ekoran didakwa memanipulasi undi di cabang Batang Sadong, Sarawak. Beliau yang lebih dikenali Che Gu Bard berkata, berdasarkan laporan yang dibuat oleh pasukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, JPP perlu bertindak tegas terhadap Azmin. JPP semalam menegaskan tidak akan bertoleransi dengan pihak yang terbabit jika didapati bersalah dan sekiranya dakwaan terbabit benar. Dimaklumkan ketika proses pengiraan undi dilakukan di dalam tiga bilik hotel bajet, pintu lambat dibuka dan pada masa sama berlaku 'blackout'. | |||
Posted: 29 Apr 2014 04:08 AM PDT Ibarat lagu popular lagenda seniman tanahair, Allahyarham Tan Sri Sudirman Haji Arshad iaitu "Merisik khabar". Di mana bait-bait lagu "terkapar-kapar ku kelemasan" cukup sesuai dengan situasi Proton hari ini. Terbaru…. Terbaru, Pengerusi Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil yang telah "berjaya" memiliki jenama nasional iaitu Proton melalui DRB Hicom Berhad ke atas syarikat Proton Holdings Bhd mula mengadu nasib mereka kepada umum melihatkan prestasi jualan model kereta Proton mereka: Prestasi Jualan ProtonIni antara sebahagian kenyataan media Pengerusi Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil mengenai situasi Proton hari ini….
RM500 untung bersih jual kereta? Lawak apakah ini Tan Sri? Fakta atau auta?
Bagi Berita Semasa sendiri Proton perlu sedar, permintaan pengguna semakin kompleks hari ini. Tidak mahu kereta sub-standard seperti di zaman tahun 80an dan 90an, banyak pilihan di kalangan jenama yang lebih baik hari ini. Mereka ada pilihan. Proton Mengkhianati Kepercayaan Pengguna & PembeliLagipun Proton bukan semua syarikat kebajikan untuk rakyat tolong dan bantu. Anda keluarkan produk yang bagus pada harga yang kompetitif, pastinya saiz pasaran model kereta anda akan melonjak semula. Kepada Tan Sri Mohd Khamil Jamil merangkap Pengerusi Proton :
Pada pemerhatian Berita Semasa, rakyat malaysia rasa dikhianati Proton apabila beli Proton Wira dan Gen2 contohnya. Proton ambil kesempatan terhadap sokongan rakyat tidak berbelah bagi kepada Proton semasa penjualan WIRA. Apabila sudah kecewa, susah untuk dapatkan kepercayaan balik. Dalam syarikat luar berlumba-lumba menghasilkan & menawarkan model terbaik mereka kepada pengguna. Cara Meningkatkan Kembali Kepercayaan Modle Kereta Proton?Cadangan Berita Semasa terpulang kepada Proton untuk melaksanakannya atau tidak, turunkan harga tanpa mengabaikan aspek kualiti kepada pengguna. Inilah "harga yang perlu dibayar" oleh Proton bagi menebus kembali tindakan Proton sebelum ini jika benar-benar bercita-cita besar untuk meningkatkan saiz pasaran jualan kereta mereka di Malaysia pada masa akan datang. Bagi Berita Semasa kualiti produk Proton ada peningkatan tetapi dihimpit masalah kepercayaan daripada rekod buruk Proton sebelum ini.
P/S : Proton mengatakan sudah bersiap siaga dengan "globalization" & "free market". Tetapi masih lagi mengeluarkan kenyataan seperti ini. Ermmmm…….Masih mengharapkan tongkat berterusan? | |||
Ganti rugi DBKL pada Majlis Peguam kekal Posted: 29 Apr 2014 04:05 AM PDT MALAYSIAKINI Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membayar ganti rugi RM12,320 kepada Majlis Peguam kerana menceroboh dan menurunkan tiga sepanduk yang dipasang di premisnya bagi menyambut Hari Hak Asasi Manusia pada 2007. Panel tiga anggota dipengerusikan Hakim Datuk Abdul Wahab Patail sebulat suara menolak rayuan DBKL supaya diketepikan keputusan Mahkamah Tinggi itu. Hakim-hakim Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Hamid Sultan Abu Backer turut menganggotai panel. Pada 2009, Majlis Peguam memfail tindakan sivil terhadap Datuk Bandar Kuala Lumpur dengan mendakwa beberapa pegawai DBKL memasuki premisnya di Jalan Leboh Pasar Besar di Kuala Lumpur pada 9 Disember 2007 dan menurun serta merampas sepanduk berkenaan. Majlis itu mendakwa tindakan pegawai DBKL itu menyalahi undang-undang dan perlembagaan. Tiga sepanduk itu menyebut 'Stop the Patronage, Stop the Rot', 'As I Believe Freedom of Expression through Art, Music, Culture and Conscience...' dan 'Rakyat Hakim Negara'. Majlis Peguam berkata akibatnya ia menanggung kerugian dan kerosakan dan memohon ganti rugi khas, ganti rugi am teruk dan teladan. Dalam pembelaannya, datuk bandar Kuala Lumpur menafikan tindakan pegawai-pegawainya menyalahi undang-undang. Beliau menegaskan mereka memasuki premis itu kerana majlis tersebut gagal mendapatkan lesen untuk memasang sepanduk itu sebagaimana menurut Undang-undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982. Pada 26 Sept tahun lepas, mahkamah membuat penghakiman memihak kepada Majlis Peguam, dan menganugerah ganti rugi khas RM320 dan ganti rugi am RM12,000. Ia memutuskan bahawa sepanduk mengenai hak asasi manusia itu tidak termasuk dalam takrif 'iklan' yang memerlukan lesen dari DBKL, seperti terpakai pada produk atau perkhidmatan komersil. DBKL diwakili peguam B Thangaraj sementara majlis itu oleh peguam-peguam Ranjit Singh, Razlan Hadri Zulkifli dan Jamie Wong. -Bernama | |||
MCA akan bertanding di 'jerumun harimau' Posted: 29 Apr 2014 04:02 AM PDT MALAYSIAKINI MCA mengumumkan parti itu akan tetap meletakkan calon untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Bukit Gelugor walaupun sebilangan pemimpinnya tidak bersetuju. Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan, MCA akan mengemukakan senarai pendek calonnya kepada perdana menteri yang juga pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi. Pilihan raya kecil 25 Mei itu diadakan susulan tragedi yang menyebabkan penyandangnya Karpal Singh terbunuh dalam kemalangan jalan raya, 17 April lalu. Beberapa pihak dalam MCA menyatakan pandangan agar parti itu tidak bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut kerana ia diramalkan akan menyebabkan parti komponen BN itu kalah lebih teruk kali ini. Dalam pilihan raya umum lalu, mendiang Karpal yang dikenali dengan nama jolokan Harimau Jelutong menewaskan pencabarnya dari MCA dengan majoriti lebih 40,000 undi. | |||
MTES putuskan tarik balik catuan air S'gor Posted: 29 Apr 2014 03:57 AM PDT MALAYSIAKINI Selepas tekanan demi tekanan, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) memutuskan menarik balik catuan air yang dilaksanakan negeri itu ekoran masalah kekurangan bekalan. Perkara itu itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) yang dipengerusikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lewat petang semalam. Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini, cadangan penarikan balik catuan itu terbit daripada mulut Khalid (bawah) sendiri. "Khalid berkata keputusan itu adalah untuk rakyat Selangor," menurut sumber yang mengetahui tentang mesyuarat di pejabat MTES di Shah Alam lewat petang semalam. Walaupun mendapat bantahan dari beberapa pihak yang menghadiri mesyuarat tersebut, Khalid dikatakan bertegas untuk mengakhiri catuan itu. Keputusan itu sepatutnya diumumkan hari ini oleh exco Selangor Dr Abdul Yunus Hairi bagaimanapun ditunda kepada esok, selepas mesyuarat exco Selangor. Tweet Khalid hari ini turut membayangkan perkembangan "positif" selepas hampir 2.9 juta pengguna bertahan hampir dua bulan sejak catuan diumumkan Mac lalu. "Untuk makluman, pengumuman penting isu catuan air pada jam 2.30 petang ini akan ditangguhkan ke hari esok. Insya-Allah positif #DemiRakyat," tulisnya hari ini. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sebelum ini berkata, catuan tidak akan ditarik balik sehingga paras air di Empangan Sungai Selangor melebihi 55 peratus. Bagaimanapun Khalid dikatakan membuat keputusan drastik dengan berharap paras empangan – kini 40.2 peratus – akan terus naik dengan bantuan pam bertekanan tinggi dan hujan sejak minggu lalu berterusan. Mesyuarat exco minggu lalu meluluskan peruntukan RM10 juta bagi melicinkan operasi itu. Jika gagal, bekalan yang ada sekarang hanya mampu bertahan 29 hari dan bakal menjurus kepada krisis yang lebih serius. Empangan Sungai Selangor membekalkan 60 peratus keperluan air ke Lembah Klang. | |||
Ada orang berani kecam Obama selepas dia balik Posted: 29 Apr 2014 12:05 AM PDT MSO Bekas ahli parlimen Pasir Mas yang kalah empat kali, hanya berani melaung mengherdik presiden Amerika Syarikat Barack Obama selepas presiden itu terbang meninggalkan negara ini pukul 10:00 pagi tadi. Semasa Obama berada di negara ini lebih 60 jam, ahli parlimen berkenaan yang juga presiden kepada NGO rasis menikuskan diri tidak "berketek" - senyap tipas. Ahli parlimen itu marah kepada Obama yang memberi ingatan kepada Najib Razak supaya tidak melakukan diskriminasi ke atas rakyat bukan Islam negara ini sekiranya Najib mahu Malaysia maju. Kenyataan Obama itu 'dimurih' oleh ahli politik yang kalah empat kali termasuk hilang deposit di Pengkalan Pasir itu dengan mempersoalkan siapakah yang punya bangunan pencangkar langit di Kuala Lumpur. Dia juga mengungkitkan dan bertanya siapa yang membiayai sekolah kebangsaan China walaupun ada yang kata bertentangan dengan Perlembagaan. Selain itu ahli politik yang tidak tahu mengenang budi juga berkata orang yang mempersoalkan kerajaan tidak adil sebagai tidak waras. Keberanian ahli politik yang sudah bankrup ini samalah dengan perangai Zahid Hamidi yang membantahkan pandangan Obama selepas presiden Amerika itu balik. Kalau mereka benar-benar berani dan tidak setuju dengan Obama kenapa tidak mengecamnya semasa beliau berada di negara ini. Sepanjang Obama berada di negara ini tidak kedengaran surak garang mereka dan tidak ada sehelain flayer pun mengecam Obama disebarkan seperti mana sebelum ini. Apakah Dr Mahathir tidak 'hulur' modal? Lagak bekas ahli parlimen dan Zahid itu samalah dengan perangai Aziz Sattar dalam filem klasik Pendekar Bujang Lapok yang berani melontar batu apabila para penyamun sudah meninggalkan rumah pendekar Mostar. | |||
Posted: 28 Apr 2014 10:35 PM PDT FAISAL TEHRANI Minggu lalu aku dijemput untuk hadir satu perbincangan intelektual secara tertutup anjuran sebuah kumpulan akademik yang teratas. Judul perbincangan itu adalah "Melayu-Islam dan Ancaman Masa Kini". Ramai yang mengomel bercakap tentang 'ancaman' liberalisme, Syiah, Ahmadiyyah, kumpulan universalis dalam kalangan pendukung hak asasi manusia, gerakan Kristianisasi, sekularis ala mendiang Karpal Singh dan bermacam-macam 'ancaman' yang belum pernah aku dengarkan. Tanggapan awal aku adalah kumpulan ini adalah sejumlah ilmuwan yang sedang takut dan lemah lutut oleh sekian ancaman oleh pelbagai kumpulan, seolah-olah survival mereka dalam bahaya dan sangat berisiko. Menurut mereka budaya Melayu Islam akan pupus dan terkorban jika mereka tidak bertindak dan bangkit melawan. Mereka mahu menyelamatkan Melayu yang sedang digigit dibaham pelbagai ancaman. Salah seorang ilmuwan bertaraf profesor telah menyatakan dengan begitu tegas sekali: "Kembalikan maruah Melayu. Kita mesti kembalikan maruah Melayu." Salah seorang peserta kemudian, mungkin, untuk menarik lebih perhatian dari orang lain, atau untuk mencipta kelainan; telah menyatakan kebimbangan, dan mengungkit betapa industri bomoh adalah satu ancaman kepada Melayu Islam memandangkan terdapatnya beberapa insiden oleh Raja Bomoh yang didakwa menyebabkan Malaysia mendapat aib besar. Menurut beliau lagi Melayu dianggap bangsa bodoh dan digelakkan seantero dunia lantaran tindak tanduk Raja Bomoh tersebut. Walaupun aku tidak berminat dan tidak berniat untuk membela apatah lagi mempertahankan seorang bomoh dengan dua biji kelapa, bubu lukah, air dalam tempurung dan kayu sakti, aku akhirnya mengambil keputusan untuk bercakap dari mendiamkan diri. 3 penghuni asal Nusantara Aku menjelaskan kepada hadirin bahawa rantau Nusantara ketika zaman prasejarah, menurut Profesor G De Sieveking terletak di bawah pengaruh budaya Hoabinhian. Demikian tuanya Nusantara dan orang Melayu, Hamka dalam Sejarah Umat Islam ada memetik satu gagasan yang entah dari mana ia perolehi bahawa tanah Melayu telah pun disebut-sebut dalam naskhah tua sebuah buku Yunani Periploustes Erythras Thalasses. Khabarnya Tanah Melayu atau sekarang Semenanjung Malaysia dirujuk sebagai Chryses yang bererti 'negeri emas'. Kononnya Chryses juga disebut Chersonesos. Nama negeri-negeri sekitarnya seperti Barousai yang dikatakan bermakna Barus, Sabadebai yang ertinya Jawadwipa atau Andalas turut disentuh sambil lalu. Kata Hamka, buku Yunani itu bertarikh 70 Masehi. Ia menambah, Protolomeus yang hidup pada sekitar tahun 150 Masehi juga telah menjelaskan lagi hubungan itu, sehingga menjadi lebih nyata Chryses adalah Tanah Melayu. Buat seketika ahli kumpulan tersebut berasa seronok dan terjungkit punggung kerana itu buktinya Melayu telah wujud ribuan tahun justeru itu juga menjadi bukti Melayu adalah bangsa yang bukan calang-calang. Dalam satu kesimpulan; bangsa yang superior dari bangsa-bangsa lain yang ada di sini. Seolah-olah mengesahkan kepala otak mereka yang Melayu adalah bangsa hos, dan bangsa-bangsa lain adalah bangsa penumpang. Tatkala aku menatap muka-muka 'Nazi Melayu' yang berada di hadapanku itu aku menyambung dengan memberitahu mereka bahawa penghuni Nusantara yang asal dibahagi kepada tiga kelompok iaitu Negrito yang merupakan penduduk pertama di rantau ini dan mempunyai banyak persamaan dengan manusia di Afrika. Kelompok kedua ialah Veddoid yang dikatakan mempunyai campuran bangsa Kaukasian di mana menghasilkan pula suku kaum Senoi, Sakai dan Kubu serta dapat dikenali berdasarkan ciri-ciri fizikal seperti rambut kerinting, bulu badan tidak begitu tebal dan warna kulit sawo. Sementara kelompok terakhir ialah Palae Mongoloid atau Melayu yang dipecahkan pula kepada Melayu Proto yang mendiami kawasan pedalaman dan Melayu Deutro. Percampuran kebudayaan Pada waktu aku menerangkan darihal itu, aku dapat melihat riak kehampaan pada wajah-wajah 'ilmuwan' tersebut seolah-olah aku menyatakan bahawa Melayu asal-usulnya adalah dari beruk dan monyet. Profesor yang dengan gah menyatakan "kembalikan maruah Melayu" sebentar tadi kelihatan mencebik sedikit dan menunjukkan gejala marah seperti bibirnya terketar, jari tangannya diketuk-ketuk di permukaan meja, cermin matanya digosok berkali-kali dengan hujung tudung dan ia mendesah-desah seperti pelakon porno Itali mendapat kenikmatan persetubuhan. Ternyata bahasa badannya memberitahuku yang Melayu seharusnya bukan sakai dan jakun. Tanpa berlengah aku memberitahu, dengan pandangan tepat ke matanya yang 'keimanan' Melayu paling awal dan dominan adalah dinamisme-animisme di mana kepercayaan terhadap Tuhan Yang Esa sudah ada tetapi dalam bentuk yang terlalu kabur. Dalam masa yang sama dua bangsa manusia yang mempunyai peradaban tinggi iaitu bangsa Cina di Timur dan India di Barat telah menjadikan rantau ini kawasan lalu lintas perdagangannya dan ada yang menyinggah lantas terjadi percampuran kebudayaan secara sinkretis iaitu pelbagai unsur kebudayaan masuk bersatu sehingga sukar untuk dibezakan dan dipisahkan. Aku menaburkan poin bahawa dinamisme-animisme bermakna kepercayaan adanya tenaga tidak berperibadi dalam diri manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan benda-benda. Beberapa kepercayaan lain penghuni Nusantara pada zaman lampau antara lain adalah mempercayai jiwa dan roh dapat mempengaruhi kehidupan alam manusia. Animisme ini membibitkan pemujaan dan perhambaan diri kepada kuasa yang berperibadi kerana orang berasa terikat kepada roh dan menyakini ia boleh mendatangkan nasib buruk atau nasib baik. Kekuasaan alam Ketika itu juga Melayu mempercayai magis dan religis. Magis adalah keyakinan adanya penguasaan terhadap tenaga ghaib dengan tindakan tertentu. Sementara religis pula ialah pemujaan dan perhambaan diri kepada kuasa ghaib di mana manusia di sini mengharap perlindungan atau meminta sesuatu hajat kepadanya. Antara jenis magis ini yang masih diwarisi orang Melayu tanpa disedari adalah magis analogis seperti membuka pintu ketika melahirkan anak dengan tujuan kononnya untuk memudahkan kelahiran, juga magis imitatif seperti menikam pisau pada jantung pisang untuk melukakan seseorang, ini termasuk juga magis bahasa di mana contohnya pawang dalam perburuan memanggil atau menyeru dengan pantun tertentu semangat atau jembalang rusa. Ilmuwan yang ada di hadapanku mulai berkerut. Peserta yang menyatakan kekhuatirannya terhadap Raja Bomoh mulai menunjukkan wajah resah dan geram tidak semena-mena. Giginya diketap-ketap. Tanpa membiarkan mereka tertunggu aku melanjutkan yang kepercayaan totemisme turut pernah menguasai kepercayaan awal penghuni rantau ini (orang Melayu). Totemisme bermaksud mempercayai diri mereka berasal dari sebangsa haiwan atau tumbuh-tumbuhan atau antara mereka dan haiwan atau tumbuh-tumbuhan itu ada pergantungan nasib. Justeru mereka menghormati haiwan atau tumbuhan tersebut sambil menganggapnya nenek moyang serta melarang ia dari dimakan melainkan pada upacara tertentu sahaja. Kepercayaan lain yang turut diterima termasuklah Javadwipa iaitu pengagungan alam semesta seperti memuja dewi yang menguasai lautan Hindi di sebelah selatan Jawa iaitu Nyi Roro Kidul. Ulama terkenal Hamka juga pernah menyebut hal yang sama iaitu sebelum kemunculan agama Buddha dan Hindu, rantau ini lebih mempercayai kepada kekuasaan alam. Masa berleter telah tamat Justeru timbullah pemujaan terhadap matahari, hujan dan roh nenek moyang sehingga menurutnya fahaman-fahaman dinamisme, animisme dan totemisme ini telah bercampur baur. Waktu itu, tegas Hamka lagi sudah pun ada konsep Hyang atau yang paling berkuasa. Siri kepercayaan tidak teratur ini lebih terurus kemudiannya bila tiba agama Hindu yang membahagikan semua tersebut kepada tiga jurusan iaitu Krishna (yang mencipta), Vishnu (yang memelihara) dan Shiva (yang merosak) sementara kedatangan agama Buddha pula menokok dari segi rohani dan jasmani di mana ajaran mengenai buddhi dan prakharti diketengahkan. Seingatku juga, Hamka turut mengemukakan pandangannya mengenai kewujudan agama Hindu di rantau ini. Menurut beliau kerajaan Hindu tua telah dijangka wujud kira-kira tahun 400 Masehi iaitu dua abad sebelum lahirnya Nabi Muhammad SAW, kerajaan tersebut bertapak di Kalimantan Timur iaitu di Kutai, di mana telah ditemui batu tercatat mengenai raja bernama Mulawarman dan huruf pada batu itu adalah bertulisan Pallawa yang menjelaskan ada hubungan kerajaan ini dengan kerajaan di India Selatan. Sebuah lagi kerajaan di Jawa Barat bernama Taruma Negara dalam abad kelima (satu abad sebelum kelahiran nabi Muhammad SAW) pula dipimpin raja Purnawarman. Lain-lain kerajaan yang diketahui oleh ahli sejarah adalah Sriwijaya, Sambojaya, Langkasuka dan Kataha, Sailendra, Kalinga dan Mataram, Kediri dan Singasari, Majapahit, Darmashraya, Aditiawarman dan Pagarruyung. Kerajaan Hindu paling akhir menurut Hamka ialah Majapahit di mana ketika itu rajanya ialah Kartarajasa (1292-1309), di mana pada masa yang sama kerajaan-kerajaan Islam sudah mula bertapak kukuh di Pasai. Profesor yang ingin mengembalikan maruah Melayu Islam cuba mencelah kerana barangkali resah mendengar kata Hindu dan Buddha berulang kali sedangkan yang harus didiskusikan ialah Islam. Aku menolak permintaannya untuk menyampuk, aku mengatakan yang tatkala mereka berleter aku telah bersabar, dan kali ini giliranku tiba. | |||
Jepun tarik diri dari pencarian MH370 Posted: 28 Apr 2014 10:30 PM PDT MALAYSIAKINI Menteri Pertahanan Jepun Itsunori Onodera pada Isnin mengumumkan kepada pasukan pencarian pesawat hilang MH370 negara itu bahawa misi mereka tamat setakat ini. Ia berlaku selepas pencarian hampir dua bulan gagal mencari sebarang serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu, lapor Kyodo. Perdana Menteri Australian Tony Abbott pada Isnin berkata, pencarian akan segera memasuki fasa baru dengan "carian bawah laut dipergiat menggunakan teknologi berbeza" di kawasan lebih luas. Pasukan Jepun dijadual pulang ke negara matahari terbit itu bersama pesawat P-3C mereka daripada pangkalan tentera udara Australia di Perth hari ini. Pada pertengahan Mac, Onodera (kanan) mengeluarkan arahan itu sejajar dengan undang-undang pentadbiran bencana alam negeri itu. Mereka terbang ke Perth dari Malaysia pada hujung Mac untuk menyertai usaha carian di Lautan Hindi. Pesawat MH370 hilang daripada radar di Laut China Selatan ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac. Usaha pencarian memasuki hari ke-53 hari ini. | |||
MP: K'jaan yang patut bentang RUU hudud Posted: 28 Apr 2014 10:26 PM PDT MALAYSIAKINI Anggota jawatankuasa PAS pusat Khalid Samad berkata, usul untuk membentangkan mendapatkan sokongan Parlimen ke atas pelaksanaan hudud di Kelantan seharusnya akan lebih mudah diterima jika dikemukakan sendiri oleh kerajaan. Laporan Harakahdaily menyebut, beliau berkata kerajaan seharusnya dilihat bersungguh-sungguh dalam mendahului dengan mengemukakan usul tersebut, dan bukan hanya menyokong dari belakang. "Bagaimanapun, lebih mudah lagi apabila usul tersebut dibawa wakil kerajaan, Mengapa mereka hanya menyokong dari belakang dan tidak membawa sendiri usul tersebut kalau benar-benar serius. "Sekiranya kerajaan yang membaWa usul tersebut peluang untuk diterima dan dibahas lebih terbuka berbanding dibawa secara persendirian wakil pembangkang," katanya seperti dipetik dalam laporan lidah parti PAS itu. Kenyataannya itu bagi menjawab kesediaan beberapa MP Umno – Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Jerai), Tan Sri Annuar Musa (Ketereh) dan Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) untuk menyokong usul tersebut. Ia juga lanjutan dari kenyataan di blognya, pertengahan bulan ini, yang mendakwa Umno cuba mengasak PAS untuk membawa usul tersebut supaya parti Islam itu berseteru dengan DAP – yang tegas dengan pendirian menentang pelaksanaan hudud. "Sebenarnya mereka tidak serius dan mereka tahu yang serius dan bersungguh-sungguh berhubung sistem perundangan Islam hanyalah PAS. "Mereka minta PAS bawa usul berkenaan dengan tujuan dan harapan supaya PAS akan bergaduh dengan DAP. Pendirian DAP berhubung hudud sudah diketahui umum. "Dengan diacah dan dicucuk oleh MCA, seperti yang dilakukan sekarang, adalah diharap DAP pula akan melatah dan bertembung dengan PAS. "Pertembungan ini diharapkan akan semakin meruncing sehingga akhirnya Pakatan Rakyat itu sendiri akan berpecah," katanya dalam tulisan 17 April. | |||
Dr M terus mengeluh tentang demo besar Posted: 28 Apr 2014 10:24 PM PDT MALAYSIAKINI Semasa pentadbirannya, tiada protes jalanan berskala besar kecuali ketika musuh politiknya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai timbalan perdana menteri. Pengkritiknya mendakwa, ia ekoran Tun Dr Mahathir Mohamad memerintah secara kuku besi dan penentangnya akan merengkok dalam penjara. Bagaimanapun, sejak beliau meletakkan jawatan pada 2003, protes jalanan menjadi perkara biasa dalam pentadbiran dua penggantinya selepas itu dan perkara itu sukar diterimanya. Dalam blonya, bekas perdana menteri itu mencoretkan bagaimana demonstrasi yang dianjurkan bagi menggulingkan kerajaan yang dipilih. Beliau sekali gus mengkritik kumpulan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH. "Setakat ini Malaysia masih bertahan daripada ketidakstabilan akibat demonstrasi jalanan berpanjangan. Tetapi tanda-tandanya sudah ada. "Jelas sekali, terdapat rakyat Malaysia yang mahu menurunkan kerajaan yang dipilih melalui demonstrasi," katanya. Siri-siri demonstrasi BERSIH, tambah Dr Mahathir, jelas untuk membangkitkan sokongan awam dan mencemarkan nama baik kerajaan seterusnya menjatuhkannya. Kumpulan NGO disokong pembangkang akan menganjurkan perhimpunan besar menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 Mei (Khamis) ini. | |||
Polis & BERNAMA Tidak Wajar Lagi Gunakan Istilah "Perhimpunan Haram" Posted: 28 Apr 2014 10:18 PM PDT KELAB GREENBOCPKR bidas IGP masih mahu notis 10 hari PAA Naib Presiden PKR N Surendran menyifatkan pendirian Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa mereka yang mengadakan perhimpunan awam masih perlu memberi notis 10 hari, sebagai 'tidak bertanggungjawab ', 'angkuh ', dan 'mengingkari' mahkamah Surendran berkata ekoran keputusan Mahkamah Rayuan bahawa adalah tidak sah untuk menghukum mereka yang gagal berbuat demikian, maka tidak ada undang-undang untuk menguatkuasakan keperluan tersebut. Alasan mahkamah, tegas Surendran, ialah hak orang ramai untuk berhimpun secara aman tidak boleh tertakluk kepada 'criminal sanction'. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, Khalid perlu membaca penghakiman penuh sebelum membuat komen yang mengelirukan. Surendran, yang merupakan peguam perayu dalam kes tersebut, menjawab komen Khalid mengenai Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 yang disiarkan oleh The New Straits Times online hari ini. Khalid dilaporkan berkata walaupun mahkamah telah membatalkan Seksyen 9 ( 5) PAA berkaitan hukuman kerana tidak memberi polis notis 10 hari, tetapi keperluan itu, katanya, masih kekal dalam Seksyen 9 (1) undang-undang yang sama,. Khalid dilaporkan berkata bahawa keperluan undang-undang itu perlu dipatuhi kerana ia menyatakan bahawa notis 10 hari hendaklah dikemukakan (sebelum mengadakan sebarang perhimpunan). Surendran berhujah bahawa tanpa Seksyen 9 (5), maka tidak ada kewajipan undang-undang untuk orang ramai memaklumkan kepada pihak polis tentang perhimpunan yang akan diadakan dan oleh itu, pemakluman tersebut adalah sukarela semata-mata. "Pemakluman kepadapihak polis mungkin boleh membantu dari segi kawalan trafik dan logistik yang lain, dan perlu digalakkan. Malah, katanya, adalah diharapkan kebanyakan penganjur perhimpunan besar akan terus secara sukarela memaklumkannya kepada pihak polis mengenai tarikh dan tempat perhimpunan.
ULASAN GB Alhamdulillah, nampaknya apa yang GB ulaskan sebelum ini telah disahkan dengan keputusan Mahkamah Rayuan. Di dalam ulasan GB sebelum ini GB telah menulis di SINI. Petikan: Menggunakan istilah "perhimpunan haram" oleh pihak berkuasa bersama-sama dengan sekalian media massa termasuk BERNAMA sudah merupakan satu kesilapan. Di Malaysia ini cukup pelik, perhimpunan aman pro-PR sentiasa dilabelkan sebagai perhimpunan haram. Pelbagai publisiti buruk diberikan bagi menghalang rakyat menyertainya sedangkan perhimpunan yang betul-betul haram tajaan UMNO/BN atau para sekutunya seperti PERKASA, PEKIDA & JATI diberikan publisiti yang muluk-muluk dan lansung tidak disentuh oleh pihak berkuasa. Putrajaya tidak boleh menafikan kebenaran. GB sudah menyatakn lebih awal lagi iaitu apabila pihak berkuasa terutama polis dan media massa kangkung sentiasa memainkan istilah "perhimpunan haram" terhadap perhimpunan aman yang disertai rakyat, sebenarnya ia akan hanya mengundang krtikan di mata dunia dan merudumkan indeks kebebasan bersuara dan hak asasi manusia. Dengan keputusan Mahkamah Rayuan berkenaan, jelas kenyataan-kenyataan yang merujuk perhimpunan aman sebagai perhimpunan haram adalah perbuatan "menghina mahkamah" dan mereka yang terlibat termasuk KPN dan BERNAMA boleh dikenakan tindakan undang-undang. | |||
Najib berbohong tentang kes Anwar di sidang media Obama Posted: 28 Apr 2014 10:09 PM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR: Perdana Meneri, Datuk Seri Najib Razak berbohong tentang kes Fitnah II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama. Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, kenyataan Najib bahawa Fitnah II adalah kes peribadi antara seorang individu dengan individu yang lain adalah sangat mengejutkan, tidak jujur dan terang-terangan palsu. "Kes terhadap Anwar bukan tindakan peribadi oleh seorang individu. Ia adalah dakwaan jenayah yang dibawa Peguam Negara "Peguam Negara adalah penasihat undang-undang dan bertindak bagi pihak kerajaan," kata Surendran dalam kenyataannya hari ini. Semalam, pada sidang media bersama Obama di Putrajaya, Najib berkata bahawa kes Fitnah II adalah kes yang difailkan seorang individu terhadap Anwar dan bukannya tindakan kerajaan. Justeru kata Surendran, penafian tersebut adalah tindakan pura-pura yang memalukan, kerana Najib sendiri dikaitkan apabila dia secara peribadi bertemu saksi utama kes, Saiful Bukhari Azlan dua hari sebelum kejadian fitnah itu dikatakan berlaku. "Kalau ia aduan seseorang yang tidak melibatkan pemerintah, mengapa Perdana Menteri bertemu pengadu sebelum insiden? "Tidak ada penjelasan masuk akal pernah diberikan Najib mengenai pertemuan jahat ini," kata Surendran. Rambahnya, Najib juga sengaja mengabaikan kebimbangan luas oleh pemerintah dan organisasi dari seluruh dunia terhadap dakwaan keatas Anwar dan secara hipokrit menyatakan bahawa Fitnah II adalah kes biasa. "Kenyataan Najib tak masuk akal, memalukan negara di hadapan media antarabangsa dan Presiden AS yang melawat negara ini," tegas Surendran. | |||
Wall Street Journal bangkit isu Obama gagal temui Anwar Posted: 28 Apr 2014 10:03 PM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR: Kegagalan Presiden AS, Barrack Obama bertemu Ketua Pembangkang parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat dikesali dibangkitkan lapor The Wall Street Journal (WSJ). Sebaliknya lapor WSJ, Obama bertemu pula dengan pembangkang Jerman, Peer Steinbrueck dan bekas pembantu kempennya yang kini menjadi penasihat pemimpin pembangkang dari Parti Buruh Britain, Ed Miliband. Dalam laporan WSJ bertajuk 'Misfire in Malaysia, Obama declines to meet with a harassed opposition leader' 27 April lalu, turut menyebut bahawa Obama sewajarnya 'bertoleransi' dan menyampaikan mesej keprihatinan negara itu melalui pertemuan dengan Anwar. "Kegagalan pertemuan itu tidak akan dilupakan terutamanya oleh pengundi muda bandar yang merupakan penyokong akar umbi Anwar. "Adalah suatu yang memalukan apabila Obama jelas memilih untuk tidak menemui Anwar yang hampir memenangi pilihan raya tahun lalu," laporan tersebut dipetik. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan