DIALOG RAKYAT |
- Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Timbang Tanding PRK Bukit Gelugor
- Kapal Terbakar Di Pelabuhan Klang
- PAC persoal pembinaan sambungan 1km ERL bernilai RM100 juta di klia2
- MH370: 'Kemungkinan Besar' Serpihan Pesawat Tidak Ditemui
- 3 pokok untuk rakyat, berpuluh ekar untuk YB?
- MH370: Operasi mencari masuk hari ke-52
- Kapal terbang jatuh di padang
- Adam AF dan Fiza Elite Sah Cerai Talak Satu
- Pelakon Sidek Hussain Meninggal Dunia
- Umno tak bersungguh halangan utama hudud
- Kes peneroka Bera saman Felda ditangguh 30 April
- Fitnah KGT: Utusan mohon maaf, bayar gantirugi
- Himpunan 1 Mei: PAS Kedah sedia 56 buah bas
- Pembangkang pilih kasih, tidak mahu adakan perhimpunan di negeri Pakatan, kata Zahid
- Zahid bidas Obama: Tiada penindasan agama di Malaysia
- MP: Buktikan air lombong tak beracun
- PKR siasat dakwaan penipuan kumpulan Azmin
- Feri Karam, PM Korea Letak Jawatan Tapi MH370 Hilang, PM Malaysia Sibuk 'Berselfie'
- JPP akan tentukan tindakan Fuziah, kata PKR Pahang
- Obama perlu beritahu Najib, rekod hak asasi manusia Malaysia teruk
- TPPA agenda Obama jajah ekonomi Malaysia
- Obama: M'sia perlu telus dalam kes MH370
- Hudud agenda solo PAS, rakan Pakatan boleh tolak
- Surat terbuka untuk Barack Obama – Tony Pua
- Majlis agama Pahang calar imej sederhana Malaysia
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Timbang Tanding PRK Bukit Gelugor Posted: 28 Apr 2014 05:40 AM PDT Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan sedang mempertimbangkan untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor 25 Mei ini. Beliau berkata, keputusan itu bukan disebabkan oleh sebarang motivasi untuk pengagungan kedudukan diri sendiri, tetapi kerana percaya bahawa terdapat keperluan yang mendesak untuk mengisi ruang di Parlimen supaya negara ini boleh bergerak ke hadapan. "Tidak dinafikan, rekod pencapaian saya sebagai bekas naib presiden Gerakan, pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Kawan dari 2004 sehingga 2008, dan kini menjadi Naib Presiden Parti Cinta Malaysia telah memperkayakan pengalaman dan kebolehan saya. "Jika saya membuat keputusan (untuk bertanding), saya akan mengumumkan manifesto pilihan raya pada hari pencalonan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Huan berkata, pada masa ini beliau ikhlas dengan kesanggupannya berkhidmat untuk rakyat Malaysia tanpa rasa gentar atau pilih kasih, dan paling penting dengan bersandarkan moral dan hati nurani yang kuat. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 Mei sebagai hari mengundi untuk PRK Parlimen Bukit Gelugor manakala penamaan calon ditetapkan pada 12 Mei ini. Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh, yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak pada 17 April lalu. Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada Mei tahun lalu, Karpal Singh memenangi kerusi itu dengan majoriti 41,778 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Teh Beng Yeam. |
Kapal Terbakar Di Pelabuhan Klang Posted: 28 Apr 2014 05:35 AM PDT Dalam kebakaran pada pukul 1 petang itu, kapal tersebut berada kira-kira dua batu nautika dari pelabuhan. Kebakaran bagaimanapun berjaya dikawal apabila pasukan Bomba dan Penyelamat menggunakan dua bot untuk memadam api. Seramai 11 anggota dari Balai Bomba Pelabuhan Klang turut dibantu oleh anggota polis marin. |
PAC persoal pembinaan sambungan 1km ERL bernilai RM100 juta di klia2 Posted: 28 Apr 2014 05:31 AM PDT Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar) berkata, penumpang seharusnya tidak dikenakan caj memandangkan perkhidmatan ERL itu dibina sekali dengan klia2. "PAC bertanyakan mengenai ERL yang dibuat menyambungkan klia dengan klia2, walaupun jarak 1km, kosnya RM100 juta dan masih dikenakan bayaran kepada penumpang. "Kita pun nak tanya rasionalnya, berikan kos penyambungan, sepatutnya diambil kira dalam satu projek di kawasan yang sama," kata Nur Jazlan pada sidang media selepas prosiding bersama syarikat penerbangan tambang murah AirAsia di Parlimen hari ini. Dalam pertemuan itu, Nur Jazlan berkata, AirAsia juga meminta agar Putrajaya mempertimbangkan penubuhan Suruhanjaya Penerbangan bagi membolehkan mereka meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap industri penerbangan negara. "AirAsia minta kalau boleh kerajaan fikirkan industri penerbangan negara lebih bebas dengan penubuhan suruhanjaya penerbangan negara untuk mendengar pendapat pelbagai pihak sebelum kerajaan buat keputusan berdasarkan dasar penerbangan negara," kata Nur Jazlan kepada pemberita. Dalam prosiding itu, Nur Jazlan berkata, pihaknya turut mendapat penjelasan AirAsia mengenai dasar penerbangan negara dan pemonopolian syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam industri penerbangan negara. "PAC pun nak tahu, kerajaan mengawal Malaysia Airlines (MAS), MAHB secara monopoli dan pada waktu sama kenapa MAS rugi manakala AirAsia berkembang terus untung," kata Nur Jazlan. AirAsia dipanggil memberi keterangan kepada PAC bagi mendapatkan penerangan lanjut berhubung klia2 ekoran beberapa isu yang timbul membabitkan lapangan terbang tersebut. Sebelum AirAsia, PAC memanggil Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) bagi mendapatkan penjelasan pihak berkepentingan berkenaan isu melibatkan klia2. "Yang pentingnya, kita nak dapatkan penjelasan berkenaan klia2 untuk beri peluang kepada mereka yang terlibat supaya kita dapat membuat keputusan yang adil," kata Nur Jazlan. |
MH370: 'Kemungkinan Besar' Serpihan Pesawat Tidak Ditemui Posted: 28 Apr 2014 05:27 AM PDT Bagaimanapun beliau mengumumkan usaha carian dalam air akan dilakukan dengan lebih intensif. "Saya kini perlu mengatakan kepada anda bahawa ia adalah sangat tidak mungkin pada peringkat ini kita akan menjumpai apa-apa serpihan MH370 di permukaan laut," katanya pada Isnin. |
3 pokok untuk rakyat, berpuluh ekar untuk YB? Posted: 28 Apr 2014 05:19 AM PDT "Ini ladang siapa?" tanya Dr Azman. SETIU: "3 pohon sawit boleh 150 sebulan? Hahaahaaa… ni kerja pelawok! Sawit baka apa dia tanam tu sampai buah banyak gitu sekali? "Kalu ada sungguh, kita pun nak tanam jugok!" ujar Idris Mustafa dari Kampung Bukit Tanah Jabi apabila ditanya tentang projek Umno dari bekas wakil rakyat Jabi sesi lepas dan dipertahankan sebagai sangat berjaya oleh wakil rakyat sekarang. Projek 3 pohon sawit sebuah rumah, menjana pendapatan RM150 sebulan. "Orang kampung pun bukannya bodoh nak tanam 3 pohon jah! Sawit hok ada di kampung loni bukannya hok Umno bagi. Ni hasil penat lelah orang kampung. "Seekar dua sorang, bolehlah buat tanggung anak sekolah. 3 pohon sawit, nak wat beli nasik berlauk pagi pun tak berapa lepas," jelas Saudara Salleh Husin yang memiliki kebun sawit sendiri berhampiran rumahnya di Bukit Tanah. Sementara itu, Saudara Saiful Ridza (kanan) dari Kampung Padang Lengkuas menempelek kerja bodoh Umno tersebut. "Marilah tengok di Jabi, siapa dia hok gong (bodoh) nak tanam sawit 3 pohon! Untuk rakyat mung nak bagi anak sawit 3 pohon, tu pun kesudahannya tak sampai. Untuk Tok Wokil mung baham sampai 50 ekar!" ujarnya dengan nada sedikit marah. "Kalau sawit tengah kemuncak keluar hasil sekitar umur 8 tahun, purata satu pokok boleh ambik 2 tandan sebulan. 3 pokok baru 6 tandan. Tak dapat 150 sebulan," kata Abdul Razak Ramli (kiri) dari Kampung Gong Pasir Jabi yang menjelaskan kadar biasa penghasilan untuk sepohon kelapa sawit. Sementara itu, Pengerusi Majlis Tindakan Dun Jabi yang juga AJK Badan Perhubungan PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim menasihatkan pemimpin Umno supaya menghentikan gurauan bodoh yang tidak bermanfaat itu. "Dalam keadaan kehidupan rakyat yang serba kesempitan, jenaka-jenaka atas angin begini tak akan mampu merungkai masalah rakyat. Rakyat inginkan sesuatu tindakan yang boleh membantu meringankan beban hidup mereka," ujarnya. "Sebagai pimpinan masyarakat di sini, telah hampir setiap lorong dan jalan di 25 Kampung dalam Dun Jabi telah saya lalui. Bukan sehari dua, tetapi sejak diamanahkan sebagai calon PAS Jabi dari tahun 2008 dan berterusan sehingga sekarang. "Maaf kalau saya katakan, saya tak jumpa rumah yang tanam kelapa sawit 3 pohon sahaja. Kalau ada yang mendakwa, siapa yang nak tengok kejayaan projek yang dicanangkan mampu menghasilkan RM150 sebulan, maka sila datang ke Jabi, saya boleh istilahkan, ini adalah lawak bodoh!" ujarnya. Beliau menyatakan demikian apabila diminta mengulas tentang kenyataan Adun Jabi yang mempertahankan projek itu sebagai berjaya ketika persidangan Dewan Undangan Negeri yang lepas. "Isu bekas YB Jabi teroka tanah kerajaan berpuluh ekar untuk buat ladang sawit masih tak selesai sampai sekarang. Dia pun dah jadi kaya raya. Pihak berwajib masih senyap sunyi tanpa sebarang tindakan walau telah berkali-kali kita dedahkan," sambung Dr Azman lagi. |
MH370: Operasi mencari masuk hari ke-52 Posted: 28 Apr 2014 05:03 AM PDT PERTH - AUSTRALIA. Operasi mencari MH370 yang hilang di Lautan Hindi yang ditangguhkan semalam akibat cuaca buruk diteruskan hari ini membabitkan pencarian dalam air dan permukaan laut. Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata operasi mencari yang masuk hari ke-52 pada Isnin membabitkan sembilan pesawat tentera dan 12 kapal. Agensi itu yang menyelia operasi itu di sini, berkata misi pencarian pada Isnin akan melibatkan kawasan seluas kira-kira 54,921 kilometer persegi dengan garis pusatnya kira-kira 1,667 km barat laut Perth. Keadaan cuaca hari ini diramalkan bertambah baik dengan ombak setinggi empat hingga lima meter, menurut kenyataan itu hari ini. Sementara itu, bagi misi pencarian dalam air, agensi itu berkata Kenderaan Dalam Air Automatik, Bluefin-21 meneruskan misi ke-16 dalam usaha mengesan pesawat itu sejak awal pagi Isnin. Setakat ini, tiada apa-apa objek atau petunjuk ditemui berkaitan pesawat itu, menurut JACC. Penerbangan MH370 membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat Boeing 777-200 itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di selatan Lautan Hindi apabila ia dikatakan melencong daripada laluan asalnya. Selepas analisis terhadap data satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat itu adalah di Lautan Hindi, di barat Perth, Australia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama |
Posted: 28 Apr 2014 05:01 AM PDT Kelihatan kapal terbang hampir terbelah dua selepas terjatuh. - Foto ihsan pembaca Sinar Harian oleh KOPERAL RADUAN AYOB KOTA BHARU - Sebuah pesawat ringan Jenis Piper Warrior II milik syarikat latihan penerbangan Asia Pasific Flight Training (APFT) terhempas di sebuah kawasan tanah lapang di Taman Kurnia Jaya di sini, hari ini. Ketua Bomba dan Penyelamat Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Kelantan Mohd Nurizwan Basri berkata pesawat yang dipandu juruterbang pelatih Shankar a/l Muthu, 20, itu dilaporkan terhempas kira-kira pukul 12.30 tengah hari. Katanya bagaimanapun juruterbang itu hanya mengalami kecederaan bahagian kaki dan kepala dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk rawatan. "Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.47 tengah hari dan jentera bomba bersama-sama lima anggota bergegas tiba di tempat kejadian lima minit kemudian. "Mangsa yang juga pelatih APFT itu berjaya dikeluarkan dan dihantar ke HRPZII untuk pemeriksaan dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian. Beliau berkata bomba sedang mengeluarkan baki minyak pesawat berkenaan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini. Mohd Nurizwan berkata punca kejadian masih dalam siasatan. Sementara itu, seorang saksi yang juga penduduk berhampiran Mohd Zairie Ismail, 43, berkata ketika kejadian beliau sedang mengemas rumah sebelum melihat sendiri kapal terbang itu terhempas kira-kira 100 meter dari rumahnya. "Saya dengar bunyi pelik sebelum melihat sebuah kapal terbang melintas di atas bumbung saya, kemudian kapal terbang itu berpusing dahulu sebelum ia terhempas di kawasan lapang di hadapan rumah saya. "Saya kemudiannya pergi menyelamatkan mangsa yang tersepit sebelum orang ramai datang untuk membantu dan memberitahu pihak bomba," katanya. Tinjauan mendapati terdapat kesan darah di bahagian tempat duduk juruterbang itu manakala anggota bomba bersama-sama pegawai APFT sibuk mengalih bangkai pesawat itu. - Bernama |
Adam AF dan Fiza Elite Sah Cerai Talak Satu Posted: 28 Apr 2014 04:56 AM PDT Amirul Ashraff SHAH ALAM - Selepas beberapa kali menafikan dakwaan bahawa berlakunya keretakan rumah tangga akhirnya Mohd Aizam Mat Saman atau dikenali sebagai Adam melafaz cerai talak satu kepada pasangannya iaitu Siti Zaidatul Fiza Abd Halim atau Fiza Elite di Mahkamah Rendah Syariah hari ini. Adam, 31, melafaz cerai talak satu di hadapan hakim Syarie Muhammad Nazri Basrawi pada jam 1.05 tengah hari. Sebelum itu Fiza, 33, telah mengemukakan permohonan lisan kepada pihak mahkamah untuk mengadakan prosiding secara tertutup diatas alasan bahawa dia seorang artis dan tidak mahu masalah rumah tangga yang dihadapi bersama Adam diketahui oleh umum. Mahkamah kemudiannya bersetuju dengan permohonan yang dikemuka oleh Fiza secara tertutup tanpa kehadiran wartawan dan memerintahkan semua wartawan berada di luar makhamah. Fiza yang hadir memakai jubah hitam bersama Adam serta ditemani oleh beberapa rakan artis termasuk rakan karib, Azza Elite. Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 26 September 2013. Sebelum mengahwini Adam, Fiza pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai 4 tahun kemudian. Hasil perkahwinan pertama, Fiza dikurniakan 2 cahaya mata iaitu Aryana Ahmed Farriq, 6, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq, 5. |
Pelakon Sidek Hussain Meninggal Dunia Posted: 28 Apr 2014 04:25 AM PDT Radhi Razak KUALA LUMPUR - Pelakon drama, Sidek Hussain disahkan meninggal dunia malam tadi setelah sekian lama menderita akibat ketumbuhan di bahagian pipinya sehingga menyebabkan kanser pada tahap empat. Sidek, 63, yang kembali ke rahmatullah sekitar jam 11:55 malam tadi di Hospital Kuala Lumpur telah mengalami kompilasi kanser yang agak serius di seluruh badannya Ketumbuhan yang mencapai berat dua kilogram itu pada peringkat permulaannya muncul ketika Sidek berusia dalam lingkungan 20-an. Allahyarham pernah mendapatkan rawatan pakar di Hospital Sungai Buloh bagi menjalani pembedahan tetapi tidak berjaya kerana berisiko tinggi. Selain kanser berkenaan, beliau turut mengalami masalah jantung dan paru-paru. |
Umno tak bersungguh halangan utama hudud Posted: 28 Apr 2014 04:16 AM PDT Ketuanya, Datuk Hassan Mohamood berkata, pihaknya bersedia duduk bersama dalam jawatankuasa seperti dicadangkan kerajaan pusat bagi memastikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II dapat dilaksanakan di Kelantan. "Kita sokong apa sahaja usaha yang dilakukan bagi melicinkan lagi ke arah pelaksanaan perundangan terbabit di negeri ini. "Lagi pun kerajaan negeri telah mewujudkan jawatankuasa teknikal pelaksanaan dan jawatankuasa teknikal pra pelaksanaan yang turut membabitkan semua pihak," katanya pada sidang media selepas mesyuarat bersama wakil-wakil NGO Kelantan di JKR 10 di sini hari ini. Semalam Timbalan Perdana Menteri mencadangkan Jawatankuasa Teknikal Khas membabitkan wakil kerajaan Persekutuan dan kerajaan Kelantan diwujudkan di peringkat kebangsaan bagi membolehkan undang-undang Islam itu dibincangkan secara terperinci. Menurut Muhyiddin perbincangan yang dibuat sistematik dan hudud dapat dikaji lebih teliti bagi melihat situasi sebenar sebelum usul mengenainya dibawa ke Parlimen. Hassan juga berkata, halangan utama ke arah pelaksanaan hudud kerana sikap pemimpin itu sendiri yang tidak memperlihatkan kesungguhan sebelum ini. "Kalau betul-betul pemimpin kerajaan di peringkat pusat mahu memastikan perundangan syariah dapat dilaksanakan, kerajaan sendiri boleh membawa usul di parlimen. "Kalau kerajaan sendiri membawa rang undang-undang tersebut peluang untuk dilulus lebih besar berbanding usul yang dibawa secara persendirian," ujarnya. Hassan yang juga Adun Tawang berkata, isu hudud tidak akan merenggang hubungan dalam Pakatan Rakyat biar pun kelihatan banyak kenyataan bersifat negetif sebelum ini. Malah kata beliau hudud diharap dapat memperkukuhkan lagi hubungan dalam Pakatan apabila semua pihak memahami manfaat perundangan tersebut. Menurutnya kenyataan negetif dikeluarkan pemimpin bukan Islam tidak menjadi masalah kerana mereka belum mendapat maklumat sepenuhnya lagi. Sementara itu pada malam 30 April ini Dewan Ulamak PAS Kelantan bersama NGO akan menganjurkan program solat hajat dan penerangan mengenai hudud bertempat di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV. Kata Hassan pada program itu wakil-wakil NGO termasuk bukan Islam akan melafazkan ikrar mendokong pelaksanaan perundangan syariah di Kelantan. |
Kes peneroka Bera saman Felda ditangguh 30 April Posted: 28 Apr 2014 04:11 AM PDT TEMERLOH: Mahkamah Tinggi Temerloh hari ini menangguhkan kes saman 533 peneroka Felda Gugusan Bera terhadap Felda, kepada 30 April ini. Peguam peneroka, Mohamed Hanipa Maidin berkata, kes tersebut sepatutnya dimulakan hari ini selama tiga hari tetapi ditangguhkan berikutan pihak Felda mencadangkan mediasi ataupun selesai di luar mahkamah. (Foto: Hanipa memberi taklimat kepada peneroka di luar Mahkamah Tinggi Temerloh.) "Hakim (Datuk Ab Karim Abdul Rahman) juga tadi menimbulkan terlalu ramai memfailkan saman jadi akan mengambil masa terlalu lama jika dipanggil seorang demi seorang. "Justeru beliau mencadangkan supaya peneroka-peneroka yang betul-betul menghantar secara terus kepada kilang Felda tanpa melalui peraih atau orang tengah, akan dipanggil dulu" katanya kepada media selepas kes disebut. Katanya, dijangka enam peneroka akan dipanggil sebagai saksi Rabu ini. Turut hadir, dua orang lagi peguam bagi pihak peneroka iaitu Nasar Mirbas Khan dan Diana serta sebahagian peneroka. Pada 20 September 2012, seramai 533 peneroka dari 9 Tanah Rancangan Felda Gugusan Bera telah memfailkan writ tuntutan berkaitan kadar perahan gred (KPG) yang dibayar kepada peneroka dengan terdapat unsur penipuan kerana lebih rendah daripada gred sebenar di mahkamah ini. Selain daripada itu peneroka juga menuntut wang isi rong sawit, tandan yang ditolak tetapi diproses, keladak minyak dan abu tandan sawit yang semuanya mempunyai nilai tetapi tidak dibayar atau dikembalikan oleh Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd selaku defendan. Kesemua peneroka menuntut pihak defendan membayar ganti rugi hasil penjualan sawit mereka sejak tahun 1995, hari ini ditangguhkan atas sebab-sebab teknikal. Kes tersebut sepatutnya mulai dibicarakan pada 17 September tahun lalu ditangguhkan bagi memberi masa kepada plaintif mendapatkan rekod jualan sawit semua peneroka ke kilang-kilang Felda atau daripada pihak ketiga. Kes tersebut kemudiannya dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk pengurusan kes. Mengenai jumlah tuntutan, Hanipa berkata, bagi tahun 2008 sahaja, kerugian yang dialami peneroka kerana tidak dibayar hasil yang sepatutnya ialah RM19 juta dan tuntutan bermula sejak tahun 1995. Dengan itu dijangka peneroka sepatutnya dibayar sekitar RM300 juta lagi. Sebelum ini, peneroka-peneroka Felda Kemahang dan Sungai Koyan telahpun memenangi kes saman melibatkan isu yang sama. |
Fitnah KGT: Utusan mohon maaf, bayar gantirugi Posted: 28 Apr 2014 04:10 AM PDT Permohonan maaf tersebut menyebut Utusan Melayu dengan suci hati menyesali penerbitan artikel berkaitan KGT berdasar kenyataan diberi defendan keempat, Nik Mahani Mohamed. Selain itu Utusan memohon maaf terhadap segala kesulitan, penjejasan ke atas reputasi dan apa-apa kerugian yang dialami hasil penerbitan berita-berita tersebut. Oleh itu akhbar yang didominasi Umno tersebut juga berjanji tidak mengulangi kenyataan-kenyataan yang telah diterbitkan. Perbicaraan kes tersebut dikendalikan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Datuk Azman Abdullah pada prosiding yang berlangsung semalam. Sebelum ini akhbar terbabit pada 18 Jun sehingga 2 Julai 2012 menerbit beberapa berita berunsur fitnah mengenai KGT antaranya bertajuk "KGT Didakwa Diselubungi Skandal", "Polis Siasat Skandal Dinar Emas", "Dinar KGT Didakwa Tiada Ciri Islam", "Skandal KGT: Syed Azidi Sedia Kemuka Bukti" dan "Dinar Kelantan Sekadar Perhiasan Biasa". Berita-berita terbabit ditulis wartawan Saifulizam Mohamad dan Azran Fitri Abdul Rahim. Pada perbicaraan itu Utusan Melayu diwakili peguam M Reza Hassan dan Ellia Zuraini Mat Zin bersetuju membayar sebanyak RM40,000 kepada KGT. Plaintif (KGT) diwakili peguam Zainal Abidin Mustaffa. Sebelum ini defenden keempat kes terbabit, Nik Mahani memohon maaf kepada KGT kerana memberi maklumat tidak benar berkaitan agensi itu kepada Utusan Melayu. |
Himpunan 1 Mei: PAS Kedah sedia 56 buah bas Posted: 27 Apr 2014 11:19 PM PDT KUALA LUMPUR: Sebanyak 56 buah bas disediakan PAS Kedah kepada para penyokong dan ahlinya bagi mengikuti Himpunan 1 Mei di Kuala Lumpur nanti. Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar memberitahu selain bas terdapat juga mereka yang hadir menaiki kenderaan sendiri mahupun pengangkutan awam. "Tambang dibayar sendiri oleh mereka antara RM50 hingga RM60 setiap seorang. "Setakat ini 56 buah bas dan kita menjangkakan akan ada penambahan bas lagi," jelasnya kepada Harakahdaily. Mahfuz yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat turut menggesa agar organisasi PAS di seluruh negara terus menggerakkan ahli-ahli bagi memastikan lebih ramai yang hadir pada perhimpunan itu. "PAS setiap negeri perlu terus menggerak jentera mereka bagi memastikan lebih ramai penyokong dan ahli mereka hadir pada 1 Mei. "Ini yang kita ingin tunjukkan kepada kerajaan terhadap bantahan yang kita lakukan," sambung beliau. Beliau yang memberi jaminan himpunan membantah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) itu akan berlangsung dengan aman dan meminta semua pihak yang hadir agar tidak menimbulkan provokasi sehingga boleh mendatangkan ketegangan. |
Pembangkang pilih kasih, tidak mahu adakan perhimpunan di negeri Pakatan, kata Zahid Posted: 27 Apr 2014 11:16 PM PDT Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyelar kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) kerana mahu mengadakan perhimpunan, tetapi enggan menggazetkan kawasan sendiri sebagai lokasinya. Menteri Dalam Negeri itu berkata kerajaan negeri PR mengamalkan 'double standard' selepas menolak pelawaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggazetkan lokasi perhimpunan di negeri pimpinan mereka. "Melalui Akta Perhimpunan Aman (PAA) ini mengizinkan beberapa kawasan yang digazetkan untuk dijadikan tempat perhimpunan. "Yang menghairankan negeri yang diperintah mereka, apabila KDN meminta kawasan tertentu untuk digazetkan mereka sendiri menolak kawasan itu untuk digazetkan. Ertinya mereka pilih kasih dalam perkara ini," katanya pada sidang media Bengkel Keadilan Jenayah Penyeludupan Manusia Asean kali ke-4 di Kuala Lumpur hari ini. Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin PR akan mengadakan perhimpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei ini, namun mendapat bantahan polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Jurucakap jawatankuasa protes 1 Mei, S Arutchelvan berkata perhimpunan itu tetap akan diadakan di Dataran Merdeka meskipun ia kini ditutup untuk tujuan naik taraf. Katanya, biarpun wujud kebimbangan pihak tertentu mengenai pembinaan yang sedang berjalan, namun perhimpunan itu diadakan di jalan bersebelahan padang. "Kami fikir Dataran Merdeka adalah simbol kepada gerakan rakyat," katanya. Zahid berkata contoh terdekat menggambarkan keangkuhan kerajaan negeri PR adalah enggan menggazetkan Stadium Shah Alam sebagai lokasi perhimpunan dalam PAA. Katanya, ahli Parlimen PR sering kali dilihat gah berucap di Dewan Rakyat, namun apa yang dikatakannya bercanggah apabila berada di luar Parlimen. "Saya ambil contoh Stadium Shah Alam sepatutnya digazetkan sebagai tempat untuk berhimpun tetapi tidak dipersetujui kerajaan negeri. "Sedangkan kerajaan negeri dikuasai pembangkang beria-ia mendesak perhimpunan ini diizinkan, tetapi apabila kita meletakkan salah satu premis mereka sebagai premis perhimpunan, mereka tidak izinkan," katanya. |
Zahid bidas Obama: Tiada penindasan agama di Malaysia Posted: 27 Apr 2014 11:13 PM PDT Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyelar Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang menyifatkan Malaysia tidak berlaku adil dalam konteks agama kepada semua kaum. Menteri Dalam Negeri itu berkata peluang yang adil dan saksama diberikan kepada semua agama dan semua penganut agama sememangnya tidak menghadapi apa-apa kekangan mengamalkan agama di negara ini. "Kita berikan peluang yang sama kepada bukan Islam dan kerajaan Malaysia berlaku adil kepada semua agama. "Saya tidak fikir ada halangan untuk mengamalkan agama di sini. Berat sebelah dalam agama perlu dijauhi kerana kita perlu menghormati agama lain supaya agama lain menghormati agama kita," katanya pada satu sidang media selepas merasmikan Bengkel Keadilan Jenayah Penyeludupan Manusia kali ke-4 Asean di Kuala Lumpur hari ini. Semalam, Obama berkata, Malaysia perlu memastikan masyarakat bukan Islam di negara ini mendapat peluang yang sama seperti majoriti penduduk beragama Islam jika negara ini mahu terus makmur. Katanya, masyarakat bukan Islam di Malaysia pada masa ini berdepan permusuhan, dan ada yang rasa tertindas. "Sepatutnya tidak ada alasan untuk diskriminasi, dan anda perlu memastikan anda menentang perkara ini dalam kehidupan harian. "Malaysia tidak akan berjaya jika bukan Islam tidak mendapat peluang yang sama adil, Myanmar tidak akan berjaya jika populasi Islam di sana terus ditindas," katanya dalam majlis pertemuan dua hala untuk belia Asean di Dewan Tunku Canselor di Universiti Malaya, Kuala Lumpur semalam. Mengulas mengenai cadangan pembentangan rang undang-undang persendirian hudud yang akan dibentangkan kerajaan negeri Kelantan di Parlimen, Zahid berkata mereka perlu serius dan melihat segala implikasi sebelum melaksanakannnya. Katanya, pindaan terhadap Perlembagaan perlu dilakukan dan sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat diperlukan bagi merealisasikan hasrat itu. "Bukan mudah untuk melakukan sesuatu hukuman hudud, walaupun kita tidak harus menolak hudud. Harus kita ketahui hudud adalah salah satu elemen dalam banyak perundangan Islam. "Ia bukan sahaja melibatkan pelaksanaan perundangan oleh pihak polis dan badan lain. Ia tidak semudah selepas ayam berkokok, mereka boleh melaksanakannya,"katanya. Naib presiden Umno itu berkata selepas 20 tahun, enakmen negeri mengenai hudud diluluskan kerajaan negeri, namun pelbagai kekangan dihadapi sehingga ke hari ini, perundangan Islam itu masih gagal dilaksanakan. Katanya, pelaksanaan dan dasar hukuman hudud perlu diteliti kerajaan negeri Kelantan sebelum keputusan lanjut dibuat untuk membentangkannya di Parlimen. "Jelas selepas lebih 20 tahun mereka dengar ayam berkokok setiap pagi, ia masih belum dapat dilaksanakan. "Kita tidak menolak. Aspek perundangan dan pelaksanaan harus diteliti. Undang-undang itu harus tidak lari daripada undang-undang Islam keseluruhannya dan supaya tidak menjadi rancangan 'flip flop' dan disanggah oleh orang lain," katanya. Ketika ditanya media, apakah pandangannya secara peribadi mengenai undang-undang hudud, beliau berkata: "Pendirian saya sama dengan pendirian kerajaan. Pendirian kerajaan akan diumumkan Perdana Menteri. Ahli parlimen BN juga akan berpendirian sama dengan kerajaan. |
MP: Buktikan air lombong tak beracun Posted: 27 Apr 2014 11:09 PM PDT MALAYSIAKINI Anggota Parlimen Klang daripada DAP Charles Santiago mendesak kerajaan Selangor mengeluarkan laporan Jabatan Kesihatan berhubung air daripada lombong yang disalurkan ke Sungai Selangor bagi menghadapi masalah kekurangan air. "Laporan itu patut memperincikan kandungan kimia termasuk pencemaran atau kandungan toksik, jika, ada daripada pelbagai lombong," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau merujuk kepada pelan kecemasan mengepam air daripada lombong terbiar bagi membekalkan air ke lori rawatan ekoran aras Sungai Selangor dalam keadaan kritikal. Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (kanan) menjamin kaedah itu selamat ekoran lombong itu tidak digunakan untuk jangka masa lama dan Jabatan Kesihatan tidak mempunyai sebarang kebimbangan keselamatan berhubung langkah itu. Santiago bagaimanapun berkata, beliau menerima banyak aduan daripada kumpulan profesional kesihatan yang tidak yakin dengan jaminan itu. "Terdapat kebimbangan lombong terbiar itu tahun demi tahun menjadi tempat mendapan pencemaran dan kandungan toksik termasuk bahan radioaktif. "Kebanyakan takungan lombong tidak diurus atau dirawat untuk pemulihan," katanya. |
PKR siasat dakwaan penipuan kumpulan Azmin Posted: 27 Apr 2014 11:03 PM PDT MALAYSIAKINI Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) akan menyiasat langsung dakwaan penipuan undi yang didakwa melibatkan calon timbalan presiden PKR. Pengerusi JPP Datuk Johari Abdul berkata beliau akan terus ke Batang Sadong, dekat Sri Aman, Sarawak hari ini bagi menyiasat dakwaan itu dan akan mengambil tindakan serta-merta jika ia didapati berasas. "Kalau dapati benar apa yang berlaku kita ambil tindakan sewajarnya dan akan buat makluman di situ dan saya beri amaran tegas. Kami serius. "Kami akan ambil tindakan tidak kira apa jawatan mereka yang terlibat," kata beliau dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini. Ahli PKR Badrul Hisham Shaharin mendakwa penipuan berlaku ketika kiraan undi di Batang Sadong, Sarawak semalam melibatkan kumpulan penyokong Azmin Ali. Beliau menyebarkan gambar di laman media sosial menunjukkan beberapa lelaki sedang bersama kertas undi pemilihan kawasan terpencil itu. Johari mengaku menerima beberapa aduan berkenaan perkara itu. "Bukan saja Chegubard (Badrul) ramai lagi buat aduan," kata beliau. |
Feri Karam, PM Korea Letak Jawatan Tapi MH370 Hilang, PM Malaysia Sibuk 'Berselfie' Posted: 27 Apr 2014 10:55 PM PDT shahbudindotcomAda dua kejadian malang sedang menimpa dunia ketika ini. Satu, mengenai kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia membawa 239 penumpang yang masih misteri sehingga kini sejak 8 Mac lalu manakala yang kedua ialah tragedi feri karam di Korea Selatan pada 16 April lalu yang dipercayai mengorbankan hampir 300 nyawa. Dalam kejadian feri karam itu, sehingga ini seramai 180 orang sudah disahkan meninggal dunia dan hanya selepas 11 hari daripada kejadian itu, Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong-won mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya bagi memikul tanggungjawab atas kritikan terhadap kerajaan mengenai tragedi itu. Perkara terbaik untuk saya lakukan ialah memikul tanggungjawab dan meletakkan jawatan, katanya tanpa ragu-ragu. Tetapi dalam kes kehilangan pesawat MH370 yang sudah memasuki minggu keenam sehingga ini, di sebalik pelbagai kritikan dari dalam dan luar negara terhadap cara kerajaan menguruskan tragedi itu, langsung tidak terlibat ada mana-mana pemimpin negara yang sedia memikul tanggungjawab dan meletakkan jawatan. Baik Perdana Menteri, Najib Razak ataupun pemangku Menteri Pengangkutan, Hishammuddin Hussein - kedua-duanya langsung tidak menunjukkan moral yang tinggi sebagai pemimpin atas kejadian itu. Bukan saja tidak menunjukkan keinginan untuk memikul tanggungjawab dan meletakkan jawatan, malah seboleh-bolehnya cuba melindungi dan mempertahankan lagi kedudukan yang disandang sekarang. Perdana Menteri khususnya seolah-olah tidak terkesan dengan kehilangan pesawat yang membawa 239 nyawa yang sekaligus menyebabkan beribu-ribu yang lain yang sedang menangis ketika ini dengan terus menunjukkan wajah seolah-olah tiada apa yang perlu dikesali dan dipertanggungjawabkan daripadanya. Ketika kenyataan Najib bahawa MH370 telah berakhir di Lautan Hindi dan MAS pula menghantar pesanan ringkas memaklumkan tiada penumpang yang selamat tapi tidak dapat disertakan dengan apa-apa bukti sehingga menimbulkan kemarahan keluarga dan waris mangsa, bukan saja perkataan maaf jauh panggang daripada api, bahkan kenyataan Perdana Menteri itu pula yang cuba dipertahankan sebagai tidak bermaksudkan pesawat itu telah terhempas dan penumpangnya meninggal dunia. Ini dapat dibayangkan bahawa andainya nanti MH370 tidak terhempas sebagaimana yang ditafsirkan sebelum ini dengan pencarian dilakukan di Lautan Hindi dan usul takziah juga sudah dibentangkan di Parlimen, tindakan mahu memikul tanggungjawab dan meletakkan jawatan turut mustahil dilakukan. Jelas bahawa prinsip moral dan konsep pertanggungjawaban antara Perdana Menteri Korea Selatan dengan Perdana Menteri Malaysia begitu jauh beza dan jaraknya. Lebih dari itu, penyerlahan "wajah tidak berdosa" Najib ini juga dapat dilihat ketika beliau giat "berselfie" dengan pemimpin-pemimpin dunia yang ditemuinya. Minggu lalu beliau "berselfie" dengan Perdana Menteri Turki, Tayyib Erdogan dan semalam pula kelihatan cukup berseri-seri dapat "berselfie" dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. Gambar beliau "berselfie" itu, terutamanya dengan Barack Obama menjadi viral dan perbualan di media sosial ketika ini. Walaupun "berselfie" adalah hobi kebanyakan orang ketika ini tetapi ada pula yang menyifatkan kegilaan terhadapnya sebagai tanda-tanda mengalami gangguan jiwa iaitu kerana mengharapkan puji-pujian, untuk menarik perhatian dan untuk menunjukkan sikap 'humble' yang sebenarnya tiada dalam diri seseorang itu. Sama ada Najib mengalami salah satu gangguan itu atau sebaliknya, tiada siapa yang dapat memastikannya dengan tepat tetapi dalam beliau ghairah "berselfie" itu, janganlah sampai terlupa akan tragedi malang MH370 itu sehingga bukan saja waris keluarga mahukan ketelusan kerajaan, malah Obama sendiri mengharapkan perkara yang sama. Namun lebih afdal jika dapat mencontohi sikap terpuji seperti Perdana Menteri Korea Selatan itu dan kurang-kurangkanlah "berselfie". |
JPP akan tentukan tindakan Fuziah, kata PKR Pahang Posted: 27 Apr 2014 10:49 PM PDT Fuziah didakwa menghalang ahli PKR daripada mengundi dalam pemilihan cabang Kuantan yang diadakan semalam. PETALING JAYA: Tindakan Ketua PKR Cabang Kuantan Fuziah Salleh yang didakwa menghalang ahli daripada mengundi dalam pemilihan parti semalam akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yang diketuai Datuk Johari Abdul. Ketua Penerangan PKR Pahang, Razali Alias berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa mengambil tindakan ke atas kes itu. "Kita serahkan kepada JPP kerana mereka yang mempunyai kuasa dan bertanggungjawab dalam kes tersebut. "Mereka (JPP) mempunyai kelayakan dan berkuasa, kita tengok nanti," kata beliau ketika dihubungi. Fuziah yang juga ahli parlimen Kuantan didakwa menghalang ahli PKR daripada mengundi dalam pemilihan cabang Kuantan yang diadakan semalam. Razali berkata, ahIi PKR yang dihalang itu ialah Mohd Shukri Mohd Ramli, bekas calon bebas kerusi negeri Semambu. Beliau merupakan bekas ahli PKR Kuantan. `Calon bebas' "Fuziah bertindak kerana Mohd Shukri telah menjadi calon bebas telah dipecat dari PKR. Mohd Shukri melanggar perlembagaan parti kerana menjadi calon bebas dan menentang calon PKR. "Bagaimanapun, tidak ada surat pemecatan dikeluarkan kepada Mohd Shukri. Senarai pemilih menunjukkan namanya masih ada," kata Razali lagi. Sementara itu Mohd Shukri berkata, beliau dihalang dan dihalau dari membuang undi di Pejabat PKR Kuantan. "Soal saya masih PKR atau tidak bukan Fuziah yang tentukan tapi JPP," katanya dalam blognya. Mohd Shukri menambah, seburuk-buruk SPR, mereka tidak pernah halang pengundi berdaftar mengundi. Katanya, semakan di kaunter nama saya masa ada wujud dan layak mengundi. "Kalau saya tanding bebas pun, ramai lagi yang tanding bebas dan masih ada nama dalam parti. "Kat cabang Indera Mahkota ada yang dah declare (isytihar) masuk Umno, MIC dan lain-lain pun dibenarkan mengundi tadi. "Tapi di cabang Kuantan, Fuziah halau saya, dia calon bukan JPP. Fuziah dah langgar peraturan dan saya akan bawa isu ini kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk tindakan selanjutnya," tambah Mohd Shukri. |
Obama perlu beritahu Najib, rekod hak asasi manusia Malaysia teruk Posted: 27 Apr 2014 10:43 PM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR: Amnesty International (AI) Amerika Syarikat, mendesak Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama bersuara kepada pihak berkuasa Malaysia mengenai isu pelanggaran hak asasi manusi di negara ini. Pengarah Advokasi Antarabangsa, T Kumar turut mendesak Obama untuk menggesa Malaysia menuntut pemansuhan undang-undang yang digunakan pihak berkuasa Malaysia untuk menangkap dan memenjarakan aktivis dan pembela hak asasi manusia. "Ini termasuk Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Akta Mesin Cetak & Akta Penerbitan dan Akta Perhimpunan Aman. "Lawatan Presiden Obama ke Malaysia boleh mewujudkan peluang penting untuk menolak penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa Malaysia dalam menjamin hak asasi manusia. "Hak asasi manusia di Malaysia semakin teruk dan Presiden Obama perlu bersuara bagi hak rakyat yang sedang didiamkan pemerintah Malaysia," kata Kumar. Dalam pada itu, Amnesty International turut menggesa Obama melihat keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman lima tahun penjara ke atas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Fitnah II yang jelas bermotif politik. "Pemerintah (Malaysia) bertahun secara terang-terangan menyerang suara pembangkang yang penting. "Presiden Obama perlu beritahu Perdana Menteri Malaysia Najib Razak secukupnya supaya rekod hak asasi manusia di Malaysia dibaiki," ujarnya. |
TPPA agenda Obama jajah ekonomi Malaysia Posted: 27 Apr 2014 10:40 PM PDT Oleh: Fiza Halim KUALA LUMPUR: Kunjungan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia mempunyai agenda tersendiri untuk menjajah ekonomi negara dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pacific (TPPA). Jurucakap bantah TPPA, Azlan Awang mendesak kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak tunduk kepada tuntutan Amerika Syarikat kerana ia bakal menjejaskan ekonomi negara dan membebankan rakyat. "Obama datang nak seru dan pujuk PM supaya ikut kehendak dia untuk tandatangan perjanjian tersebut, ini agenda sebenar dia datang ke sini. "Hari ini kita buat bantahan untuk beri amaran pada kerajaan supaya jangan ikut telunjuk Obama. Kita tak mahu rakyat terbeban, kerajaan harus fikirkan rakyat dahulu sebelum bertindak," katanya ketika flashmob membantah TPPA di hadapan kompleks membeli belah Sogo, semalam Menurutnya, kerajaan tidak boleh pandang remeh perkara itu kerana ia membabitkan soal ekonomi dan masa depan rakyat di negara ini. TPPA katanya memberi banyak kesan buruk kepada rakyat termasuk monopoli ke atas ubat-ubatan yang menyebabkan kos rawatan kesihatan menjadi mahal. "Kami bantah TPPA dan berpegang teguh bahawa TPPA ini perlu ditolak jika kita mahu pastikan harga ubat ini dan kos rawatan terkawal. "Kalau ubat mahal, macam mana dengan orang miskin yang mahukan rawatan? Macam mana mereka nak beli ubat, di sini perlunya tindakan rasional dari kerajaan. "Walaupun perjanjian ini belum ditandatangani tetapi langkah awal perlu dibuat, jangan makan pujuk rayu Obama," ujarnya. Flashmob tersebut diadakan dengan menampilkan 'zombie-walk', yang membawa mesej terhadap kesan TPPA yang dianggap sebagai perjanjian penuh rahsia dari AS. "Kita mahu orang ramai tahu mengenai hal ini, supaya mereka faham bantahan yang kita adakan. Ini perkara serius yang boleh jatuhkan ekonomi negara kita," jelasnya. |
Obama: M'sia perlu telus dalam kes MH370 Posted: 27 Apr 2014 09:58 PM PDT MALAYSIAKINI Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menggesa Malaysia bertindak telus dalam mendedahkan semua usaha yang dijalankan negara ini untuk mencari pesawat MH370. "Perlu ada ketelusan sepenuhnya dari segi apa yang kita tahu dan apa yang kita tidak tahu, bagaimana proses itu diteruskan," katanya selepas bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kuala Lumpur. Obama berkata Amerika Syarikat tetap komited dengan usaha mencari pesawat Malaysia Airlines itu. |
Hudud agenda solo PAS, rakan Pakatan boleh tolak Posted: 27 Apr 2014 09:51 PM PDT MALAYSIAKINI Lanjutan dari pengumuman yang dibuat oleh menteri besar Kelantan berhubung keputusan untuk membentangkan rang undang-undang persendirian bagi membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 atau undang-undang hudud dikuatkuasakan di Kelantan, pelbagai pihak tampil memberikan pandangan, sama ada pro atau kontra. Sebagai sebuah parti yang sejak dari awal penubuhannya bergerak di atas landasan demokrasi, PAS menghormati dan mengalu-mengalukan apa jua pandangan dan kritikan yang diberikan. Dalam hal ini, PAS juga ingin menyatakan kesediaan untuk berdialog dengan mana-mana pihak yang ingin mendapatkan penjelasan atau memberikan kritikan, teguran atau pandangan terhadap rang undang-rang undang yang ingin dibentangkan dan juga terhadap enakmen kanun jenayah syariah (hudud) yang ingin dikuatkuasakan. Meskipun undang-undang hudud adalah undang-undang Allah yang bersumberkan al-Quran dan Hadis, namun lantaran penguatkuasaannya dilaksanakan oleh manusia, PAS akur bahawa sudah tentu terdapat ruang-ruang yang boleh diperbaiki, baik dari aspek undang-undang substantif mahupun dari aspek prosedural. Dalam masa yang sama, PAS juga menyeru kepada pihak-pihak yang menentang atau tidak bersetuju dengan penguatkuasaan undang-undang hudud ini supaya sekurang-kurangnya menghormati hak demokratik PAS untuk membentangkan rang undang-undang berkaitan di Parlimen. PAS berulangkali menegaskan bahawa apa jua agenda dan dasar yang hendak di bawa PAS, ianya tidak akan dipaksakan ke atas rakyat atau dilaksanakan secara 'pintu belakang' melalui cara-cara yang diluar dari kaedah Perlembagaan dan undang-undang. Jika sekiranya ketentuan proses demokrasi tersebut tidak menyebelahi kehendak PAS, kami akan akur dan bersedia menerima apa jua keputusan. Jika dilihat dalam konteks penguatkuasaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 ini, PAS sebenarnya mempunyai pilihan untuk terus menguatkuasakan Enakmen tersebut di Kelantan oleh kerana Enakmen ini telah diluluskan melalui proses perundangan yang sewajarnya di dalam DUN Kelantan lebih 20 tahun yang lalu. Tak timbul pinda perlembagaan Apatah lagi ianya hanya terpakai di Kelantan untuk orang Islam sahaja. Bahkan terdapat pakar undang-undang seperti Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang berpandangan bahawa undang-undang hudud yang diluluskan ini adalah berada di dalam bidang kuasa negeri sebagaimana Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu ianya tidak menceroboh bidang kuasa Persekutuan dan tidak tidak timbul keperluan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Namun, PAS menyedari bahawa amat perlu suatu langkah yang besar ini mendapat legitimasi demokrasi melangkaui badan perundangan negeri Kelantan di samping untuk memberi peluang kepada ruang perbahasan nasional yang melibatkan semua pihak di dalam negara ini. Oleh kerana itu, PAS memilih untuk membentangkan rang undang-undang bawah Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan agar Parlimen sendiri memberikan kebenaran kepada DUN Kelantan untuk melulus dan seterusnya melaksanakan Enakmen hudud tersebut. Fakta ini sewajarnya direnungkan dan tidak disembunyikan oleh mereka yang menggelarkan diri sebagai pejuang demokrasi tetapi begitu bersungguh untuk menghalang PAS dari membentangkan rang undang-undang berkaitan di Parlimen. PAS juga menghormati ketetapan yang dibuat oleh parti dalam komponen Barisan Nasional dan rakan komponen dalam Pakatan Rakyat yang tidak bersetuju dengan undang-undang hudud ini atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Sejak awal penubuhan Pakatan Rakyat, PAS sedia maklum pendirian rakan-rakan Pakatan Rakyat tentang hudud dan rakan-rakan Pakatan Rakyat juga telah sedia tahu bahawa hudud adalah antara perincian kepada agenda perjuangaan Islam PAS yang mustahil untuk dikompromikan. Namun, kerjasama yang dibina adalah berteraskan kepada agenda-agenda yang dipersetujui bersama yang bilangannya jauh lebih banyak jika hendak dibandingkan dengan agenda tunggal hudud (Enakman Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993) yang merupakan agenda PAS secara solo yang diperjuangkan PAS jauh lebih awal sebelum pembentukan kerjasama politik di dalam Pakatan Rakyat. Perbezaaan kecil Oleh kerana itu, PAS tidak mempunyai sebab untuk memusuhi rakan-rakan Pakatan Rakyat sekiranya mereka tidak bersetuju dengan PAS dalam soal hudud ini dan mereka berhak untuk tidak menyokong rang undang-undang yang akan Pas bawa di Parlimen kelak. Perbezaan dalam soal hudud dengan rakan Pakatan Rakyat adalah terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan komitmen dan iltizam Pakatan Rakyat untuk membawa perubahan yang lebih baik dalam pemerintahan negara. Justeru, kita bersetuju untuk tidak bersetuju dalam soal hudud ini namun ia tidak akan sesekali memecahkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang membawa amanah yang diberikan oleh rakyat. Akhir sekali, PAS masih tertanya apakah sebenarnya pendirian Umno terhadap Enakman Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 (undang-undang hudud). Peringkat awal dulu mereka begitu bersungguh mencabar PAS dan menyatakan sokongan padu sekiranya PAS membawa perkara ini (rang undang undang) ke Parlimen. Tapi hipokrasi Umno terserlah apabila kerajaan Terengganu bawah Umno menyekat usaha PAS untuk membawa usul perlaksanaan undang-undang hudud di DUN Terengganu baru-baru ini. Inilah sikap sebenar Umno terhadap Islam yang hanya menjadikan agama sebagai alat politik dan juga bahan untuk melagakan seteru politik mereka. Dalam hal rang-rang undang-undang yang ingin dibawa PAS ke Parlimen ini, presiden Umno wajar menyatakan pendirian dan sikap sebenar dengan ikhlas dan berhenti dari berdolak dalik. PAS bersedia memberi laluan kepada kerajaan untuk membawa cadangan pindaan undang undang untuk membolehkan Kelantan melaksanakan Enakman Kanun Jenayah Syariah 1993 secara demokratik dan sedia menerima apa pun keputusan undian di Parlimen. DATUK MAHFUZ OMAR adalah ahli parlimen Pokok Sena dan ketua penerangan PAS Pusat. |
Surat terbuka untuk Barack Obama – Tony Pua Posted: 27 Apr 2014 09:40 PM PDT Ke hadapan Presiden Barack Obama, Selamat datang ke negara saya, tanahair saya, Malaysia yang indah. Kami rakyat Malaysia sangat berbangga bahawa tuan, sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat (AS), menjadi presiden AS yang pertama pula memutuskan untuk melawat negara kami yang tidak seberapa ini dalam tempoh 48 tahun lalu. Meski pun tuan berbangsa Amerika, rakyat Malaysia telah turut sama dengan masyarakat seluruh dunia merayakan kejayaan tuan memenangi pilihanraya presiden yang bersejarah pada tahun 2008. Mengambil kata-kata pendahulu tuan, Presiden George W Bush, perjalanan tuan "melambangkan satu kemenangan dalam kisah perjuangan Amerika". Saya secara peribadi terkesan dan terdorong dengan ucapan kemenangan tuan di Chicago, "Jika ada di luar sana yang masih meragui bahawa Amerika adalah tempat di mana segalanya mungkin; yang masih tertanya-tanya adakah impian pengasas kita masih menyala pada zaman ini; yang masih mempersoalkan kuasa demokrasi, malam ini adalah jawapannya…pada detik penentuan ini, perubahan sudah berlaku di Amerika." Bererti, tuan tentunya ingat dan menghargai perjuangan kaum Afro-Amerika dalam sejarah AS demi kebebasan, keadilan dan kesamarataan. Artikel 1, Seksyen 2 perlembagaan pertama AS tahun 1787 menyatakan golongan kulit hitam sebagai "tiga per lima insan" (bukan insan sempurna). Dalam kes penting Dred Scott melawan Sandford (1857), Mahkamah Agung AS telah memutuskan bahawa golongan kulit hitam, merdeka atau hamba, tidak boleh menjadi warganegara. Sehingga selepas Perang Saudara dan pemansuhan perhambaan oleh Pindaan ke 13 dan 15 Perlembagaan Amerika Syarikat (1865) sekali pun, golongan pelampau kulit putih telah menggagalkan tujuan perubahan itu dengan menggunakan pelbagai strategi untuk meminggirkan warga kulit hitam. Penggagalan Perlembagaan AS malah disokong secara langsung mahu pun tidak langsung oleh Presiden dan ahli Kongres era itu, dengan menguatkuasakan pemisahan dan diskriminasi. Hanya melalui usaha politik berterusan oleh gerakan hak sivil Afro-Amerika pada tahun 1950-an dan 60-an, yang mencapai kemuncaknya dalam Akta Hak Sivil 1964 dengan pengharaman diskriminasi berasaskan kaum, warna kulit, agama, jantina dan tempat asal, barulah dapat dihapuskan syarat pendaftaran pengundi yang tidak adil dan pemisahan kaum di sekolah, tempat kerja dan kemudahan awam. Empat dekad kemudian, dunia menyaksikan pelantikan Presiden kulit hitam pertama AS. Kami dirangsang oleh kejayaan tuan dan kami merayakannya kerana di Malaysia, kami berhadapan dengan cabaran yang sama, dan kami masih bergelut untuk mengatasinya. Kaum minoriti di negara ini didiskriminasi secara meluas dalam aspek politik, sosial dan ekonomi. Tiada seorang pun warga Malaysia mampu membayangkan kemungkinan bahawa seorang bukan-Melayu akan menjadi Perdana Menteri di negara ini. Isu kaum dan agama diperalatkan secara terang-terangan untuk mengukuhkan kuasa elit pemerintah. Kebebasan sivil dikekang melalui pelbagai undang-undang kuku besi, dibantu oleh badan eksekutif, perundangan dan kehakiman. Mendiang Karpal Singh, bekas Pengerusi parti saya, disabitkan atas kesalahan menghasut, hanya kerana beliau cuba menegakkan Perlembagaan Persekutuan. Malah kerajaan mahu memenjarakan beliau atas 'kesalahan' itu, walau pun beliau lumpuh separuh badan. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditindas secara politik dan dengan tidak adil, serta pernah dipenjarakan sebelum ini, pada tahun 1998. Malah saya sendiri mungkin bakal hilang kelayakan selaku Ahli Parlimen dan dipenjara sehingga dua tahun jika didapati bersalah terbabit dalam "perhimpunan haram" sewaktu menyertai himpunan nyalaan lilin (candlelight vigil) yang aman. Selain itu, kebebasan beragama dalam negara ini semakin hari semakin ditekan, dengan ekstremisme agama yang semakin menonjol. Malaysia adalah satu-satunya negara yang memutuskan kalimah 'Allah' sebagai hak eksklusif Muslim – pendirian yang disokong secara terbuka oleh Perdana Menteri kami, Datuk Seri Najib Razak. Bible berbahasa Melayu dirampas. Pihak Gereja kini didakwa di mahkamah, sementara pemimpin agama disiasat menurut akta hasutan. Tuan Presiden, saya yakin, pegawai-pegawai diplomatik tuan tentunya telah memberi penerangan berhubung amalan korupsi yang berleluasa, serta salah guna kuasa oleh kerajaan kami untuk mengkayakan golongan elit berpengaruh dan kroni mereka. 53 peratus rakyat Malaysia telah mengundi untuk menukar kerajaan pada pilihanraya umum setahun lalu. Malangnya, disebabkan helah persempadanan pilihanraya (gerrymandering) yang meluas, manipulasi media dan juga amalan pilihanraya yang korup, cita-cita perubahan yang diimpikan rakyat biasa tidak tercapai. Maka menjadi harapan kami bahawa tuan tidak cuma melawat negara ini semata-mata untuk mengukuhkan "perhubungan perdagangan", suatu ungkapan berdiplomasi sebagai ganti bagi "keuntungan maksima" dan "keselamatan wilayah". Rakyat Malaysia berharap agar lawatan tuan ke negara ini boleh menjadi cahaya pemberi harapan dalam saat-saat sukar kini. Kami berharap tuan akan dapat berkongsi perjalanan peribadi tuan dan perjuangan para pemimpin agung Amerika melawan perkauman dan diskriminasi yang suatu masa lalu terlembaga di negara tuan, sehingga memungkinkan tuan untuk dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat – pemimpin dunia bebas. Rakyat Malaysia juga mengimpikan tibanya hari di mana diskriminasi, peminggiran dan pemisahan mengikut kaum, agama, warna kulit, dan jantina menjadi peristiwa silam, supaya seluruh rakyat Malaysia diberikan layanan dan peluang yang sama rata. Tuan Presiden, dengan penuh hormat, kami tidak mengharapkan tuan untuk datang ke sini bagi memberitahu kami bahawa negara ini adalah contoh cemerlang bagi kesederhanaan, kerana perkara itu tidak benar; atau untuk tuan memuji kerajaan kami bahawa ia adalah model masyarakat majmuk yang hidup aman dan harmoni, kerana ia topeng semata-mata. Kami perlukan tuan, Tuan Presiden, untuk bercakap tentang nilai kemanusiaan yang sejagat, tentang prinsip-prinsip yang leluhur tuan tegakkan dengan darah dan keringat mereka. Kami ingin tuan bercakap tentang kepentingan hak asasi manusia, kesamarataan, kebebasan dan prinsip-prinsip asas demokrasi. Kami ingin tahu bahawa Presiden Amerika Syarikat masih lagi yakin dengan usaha mempertahankan dan mengembangkan kebebasan sivil di seluruh dunia – kebebasan yang memungkinkan tuan sendiri untuk berdiri di tempat tuan hari ini. Kami berharap, Tuan Presiden, tuan akan meneruskan legasi salah seorang aktivis hak asasi paling disanjungi, Dr Martin Luther King, yang percaya kepada penentangan awam (civil disobedience) tanpa kekerasan. Tuan sendiri telah menonjolkan pencapaian beliau dalam ucapan ulangtahun ke-50 pidato ulung Dr King, November tahun lalu. Tuan menyebut ketika itu, "Kita meyakini kebenaran ini sebagai hakikat, bahawa setiap insan diciptakan sama rata, bahawa mereka dianugerahkan oleh pencipta hak-hak yang tidak ternafikan, antaranya adalah hak untuk hidup, hak kebebasan dan hak untuk mengejar kebahagian. …Kita secara wajar mengenang sebaik-baiknya pidato mengangkasa Dr. King hari itu, bagaimana gemuruh suara beliau memberikan harapan kepada jutaan manusia yang diam-diam berharap, bagaimana beliau telah menawarkan jalan penebusan kepada yang tertindas, juga kepada yang menindas. Kata-katanya merentasi zaman, memiliki kuasa dan daya ramalan tak tertanding pada zaman kita. …Dan kerana mereka tetap mara, Amerika berubah. Kerana mereka mara, undang-undang hak sivil diluluskan. Kerana mereka mara, undang-undang hak mengundi ditandatangani. Kerana mereka mara, pintu-pintu peluang dan pendidikan terbuka agar anak-anak akhirnya dapat membayangkan kehidupan yang lain, melampaui kehidupan sebagai pembasuh baju dan pengilat kasut orang. Kerana mereka mara, anggota pihak berkuasa bandar, badan perundangan negeri, Kongres, dan, ya, akhirnya Rumah Putih bertukar. Kerana mereka mara, Amerika menjadi lebih bebas dan saksama…" Kami rakyat Malaysia mengharapkan tuan akan berkongsi impian tuan dengan rakyat Malaysia dan seluruh warga dunia, seperti Dr King berkongsi impiannya dengan rakyat Amerika, dalam "pidato mengangkasa" itu, di mana beliau mengatakan; "Saya ada impian, bahawa suatu hari nanti negara ini akan bangkit dan melaksanakan makna sebenar kata-kata yang menjadi pegangannya: 'Kita meyakini kebenaran ini sebagai hakikat yang nyata: bahawa setiap insan diciptakan sama rata.' Saya ada impian, bahawa suatu hari nanti di atas bukit merah Georgia, anak-anak bekas hamba dan anak-anak bekas pemilik hamba akan dapat duduk bersama di meja persaudaraan. Saya ada impian, bahawa empat anak kecil saya suatu hari nanti hidup dalam sebuah negara yang tidak menilai mereka berdasarkan warna kulit, tetapi berdasarkan inti watak mereka. Hari ini, saya ada impian." Tuan Presiden, rakyat Malaysia juga ada impian, dan kami berharap, dari lubuk hati kami, tuan akan berkongsi impian kami. Terima kasih, Tuan Presiden. Kami berharap tuan akan menikmati layanan daripada kami rakyat Malaysia yang diakui sebagai pemberi layanan yang baik. Yang benar, Tony Pua Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP - Roketkini.com |
Majlis agama Pahang calar imej sederhana Malaysia Posted: 27 Apr 2014 09:34 PM PDT KUALA LUMPUR Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob digesa supaya segera campur tangan terhadap tindakan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang mengharamkan penggunaan bible di hotel seluruh negeri itu. Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok Suh Sim berkata, tindakan MUIP bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah ternyata telah melanggar jaminan Perlembagaan dalam kebebasan beragama. "Bible itu diletakkan di bilik-bilik hotel dengan tulisan perkataan 'untuk bukan Islam sahaja', oleh itu adalah salah bagi MUIP mengandaikan bahawa ia sebagai tindakan untuk menyebar kepercayaan agama lain kepada orang Islam. "Imej Malaysia di mata antarabangsa sebuah negara yang sederhana telah terjejas oleh isu kata nama Allah baru-baru ini dan kini ditambah dengan tindakan melampau MUIP. "Perkara ini sekali lagi meletakkan negara kita di pandang salah oleh media antarabangsa," tegasnya yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan dalam kenyataan. Timbalan Pengarah MUIP, Datuk Seri Wan Wahid Wan Abdul Hasaan dua hari lalu menyatakan bahawa surat pengharaman mengenai perkara itu telah dihantar kepada 147 hotel di seluruh Pahang sejak 6 Mac lalu dan sesiapa yang melanggarnya akan dikenakan tindakan undang-undang. Beliau berkata, surat pengharaman itu dikeluarkan di bawah Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam 1989, selaras dengan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini pada 12 April lalu juga telah bertegas bahawa beliau tidak akan menerima tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan sosial negara. Katanya, kerajaan akan terus mempertahankan hak-hak Perlembagaan semua rakyat Malaysia termasuk kebebasan beragama, kepelbagaiaan budaya, menghormati sambutan kebesaran semua agama dan penganutnya. "Ironinya di Pahang, MUIP telah memulakan satu tindakan melampau dengan melarang pemilik hotel dari meletakkan bible di dalam bilik-bilik," kesalnya. – Roketkini.com |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan